TERKINI :

Wednesday, February 1, 2012

Negara Bankrap Jika PR Tiru BN

Oleh Idria hj Ahmad

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2010/05/bankrap.jpgPR sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN. Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau, mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang boleh menghancurkan negara

Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR. Pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi bukan bertindak secara membabi buta

Setakat hari ini semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN. Sabah dan Terengganu walaupun negeri ini memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.

Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019 ialah Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya. Negara bankrap jika bil letrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160, 000 sebulan dan bil air RM31,000 sebulan. Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta.

Negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan. Negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingg a negara rugi RM28 bilion setahun.

Negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara. Contohnya Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer. Bukan RM100.00 tetapi hampir RM1 bilion. Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap.

Pakatan jangan mengganti perangai buruk pemimpin Umno Bn yang menjahanamkan khazanah negara. Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti Sabah dan Sarawak.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...