TERKINI :

Monday, January 9, 2012

PERKASA tawar Hasan Ali jawatan PRESIDEN...



KUALA LUMPUR - Perkasa sedia menerima dan menawarkan jawatan kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat dari Pas berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.

"Sekiranya Datuk Hasan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu laporan Bernama juga menyebut Perkasa menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar hari ini bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok.

Ibrahim berkata, solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang dan Perkasa akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai esok.

"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang," katanya

Ibrahim turt mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan itu kerana ia akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara.

"Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/perkasa-tawar-hasan-ali-jawatan-1.17147

2 comments:

yusofali_zn said...

nampaknya murah sgt presiden perkosa tu tempat mengumpulan org2 bangang dan xder haluan yg elok dan jelas mcm daun lalang ditiup angin..tempat aku diMuadzam Phg perkosa tu x laku wpun borang ahli diletakkan dikedai2 sini.

Anak Perelih said...

aik... Ibrahim Ali ni tak reti hukum ke???? mana boleh solat sunat selepas solat asar...?????

"Perkasa menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar hari ini bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...