TERKINI :

Sunday, January 22, 2012

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH

Oleh Muhammad Sanusi

kOLeJ uNivERsiTi iNsAniAh...Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untukmemberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut. Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh
kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

​ Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka.. kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.

7 comments:

sim_2096 said...

isunya sekarang bukannya berkaitan dengan masalah kuin..kalau ada pun itu bukannya masalah besar...kat mana2 institusi pun ada masalahnya yg tersendiri..itu memang tidak dinafikan..TAPI ISU BESAR YG MEMBUATKAN RAKYAT X PUAS HATI ADALAH BERKAITAN PENGGUNAAN AKTA ZALIM AUKU TERHADAP MAHASISWA ITU YG PALING DIKESALKAN..MENGAPA PERLU GUNA AUKU MILIK UMNO BN DI MANA PAKATAN RAKYAT INGIN MANSUHKAN..tindakan yg kurang bijak ini mungkin menyebabkan azizan tersungkur pd pru13

mat said...

Salam... cik/encik sim, sebab AUKU kerajaan pusat punya lah bukan senang nak mansuh2. lu pergi berlutut di putrajaya lah suh mansuhkan AUKU di Kedah. Lu pi jumpa MB lah, jangan melalak dan wat fitnah di sini

mykuntakunte said...

benda yang sama berlaku di KUIS (Kolej UNiversiti Islam Antarabangsa Selangor) yang buat demo penguris SMM tu jugak....berdemo je yg tau...pelajaran K.O diorang ni sebenarnya opurtunis mcm zulkifly noordin dan khairy jamaluddin..cuba mempopularka diri dengan berjuang seolah2 membantu mahasiswa....akhirnya nanti bila popular...tiba2 jadi calon UMNO....DPPNK kena siasat...setakat ni SMM ni dah rosakkan nabi baik kolej negeri yang diperintah pakatan...masa UMNO perintah diorang tak pulak buat demo...mcm ada..udang disebalik mee.....

Khairul said...

Isu paling besar masalah kewangan la nak belanja rm 30 bagi bate 9 juta huhu memang pening.KUIN kena selesai masalah ni kalau nak ajdi IPTS yang ternama

muhannad attahir said...

Jgn kita jadi jahil. Peraturan Tatatertib 2007 bukan mematuhi AUKU, kerana KUIN tertakluk di bawah Akta IPTS 1996. Jika ada persamaan, mungkin kebetulan. Nak buang AUKU mcm mana, kalau pakai AUKU pun tidak. Cuba periksa kembali, sapa yang perlu ikut AUKU, IPT Awam atau Swasta mcm KUIN??

Chow Sing Chi said...

Woi budak2...blaja bg grad dulu..x pyh dok lorat kat auku...kalau kata hangpa bodo,hangpa marah..umoq baru besaq ayaq bah hari tu hangpa dok sembang pandai no...stakat sembang dlm blog ni boleh la dok sembang,buleh kat aku sekoq2 sepak biaq menene hangpa balik habaq kat mak pak hangpa...p blajaq elok2 bagi ada kelulusan baru mai sembang politik..budak2 kanyiaq

alex said...

budak2 baru nak up..depa rasa depa masuk universiti depa ceredek tak kira dah..depa ingat depa ja masuk uni,orang lain tak masuk uni..org lain masuk uni hebat dari KUIN tak bising pon..takat masuk insaniah pon nak bising,kalau tak dak isu ni orang tak kenai aih apa tu KUIN..majority student kat Mesia ni baru tanya apa itu KUIN..budak2 ni baru masuk uni,terpengaruh dengan gerakan masa dulu..dalam hati dok berangan nak jadi macam depa..tak dak isu nak berjuang,berjuang lah isu remeh temeh pon..janji berjuang..bila berjuang, masuk media..bila masuk media jadi femes..bila jadi femes orang kata budak ni ada talent..bila dah femes boleh jadi calon segera tanpa perlu pentarbiahan..sifir dia mudah..berjuang lah apa isu2pon walaupon isu bodoh,janji boleh asah bakat..pi mampuih la mahasiswa ni..bukan ramai pon depa ni..dok cakap macam depa mewakili majority mahasiswa lain,yg sebenar majority mahasiswa rasa menyampah dan jelek dengan puak ni..bajet dia la paling mulia,couple kehulu ke hilir bagai nak rak..copy assignment jangan cakap..kalau tak ponteng kelas bukan depa..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...