TERKINI :

Monday, January 9, 2012

DEKLARASI BANGKIT 2012

Menginsafi firman Allah s.w.t, :

وَاتَّقُواْفِتْنَةً لَاتُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوامِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya". (Surah al-Anfal, ayat 25).

Tugas menentang kezaliman dan kefasadan adalah tugas rakyat. Dengan ini, kami melancarkan revolusi minda untuk mengangkat kuasa rakyat menentang kezaliman demi menegakkan kebenaran. Arus revolusi ini mesti disambut. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melancarkan kebangkitan.

Iktibarkanlah firman Allah s.w.t. :

وَإِذَاقِيلَ لَهُم لَاتُفْسِدُواْفِى اْلأَرْضِ قَالُواْإِنَّمَانَحْنُ مُصْلِحُونَ

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana (kefasadan) dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. (al-Baqarah, ayat 11)

Maka kami menyeru seluruh rakyat agar bangkit malakukan perubahan total yang pantas dan radikal terhadap perkara-perkara berikut.

Pertama: Kebangkitan untuk menegakkan Hak Asasi Manusia berdasarkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Kami percaya bahawa hak-hak asasi dan kebebasan sejagat ialah elemen yang melengkapi agama dan bahawa tiada seorangpun secara prinsip berhak menangguhkannya secara keseluruhan atau sebahagian atau melanggar atau mengabaikannya.

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوااْلأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوابِالْعَدْلِ إِنَّ اللهَ نِعِمَّايَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا – النساء : 58

“Seusngguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hokum di antara manusia. (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu member pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

Kedua: Kebangkitan untuk menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan rasuah, yang akan membolehkan semua rakyat tanpa sekatan kaya miskin dapat memenuhi keperluan hidup yang sama termasuk makanan dan pakaian yang baik, tempat tinggal mampu milik, pendidikan yang sempurna, rawatan yang berkualiti dan persekitaran yang bebas pencemaran kimia dan radioaktif;

Ketiga: Kebangkitan untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan bersih. Kekuasaan adalah satu amanah, dan mendapatkan kuasa melalui eksploitasi dan penipuan adalah satu bentuk kekejian yang mesti dihapuskan.

Keempat: Kebangkitan untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, dengan merapatkan jurang kaya miskin. Cukai dan wang zakat, mesti digunakan untuk membantu yang lemah bukan untuk kepentingan segelintir golongan elit. Peluang ekonomi mesti dibuka luas dengan adil tanpa meminggirkan golongan marhain.

Keadilan berdasarkan firman Allah s.w.t.:

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيتاّئِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ – النحل : 90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuna kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.

Kelima: Kebangkitan untuk merevolusikan minda rakyat agar bijak menilai baik buruk dasar-dasar pemerintahan dan perilaku pemimpin, sama ada kerajaan yang memerintah atau pembangkang, termasuk raja-raja dan sultan agar kuasa sebenar terus berada ditangan rakyat. Rakyat berhak meruntuhkan kerajaan yang zalim dan membina semula kerajaan yang adil selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Dengan ini, kami berikrar akan terus membina momentum kebangkitan rakyat dan menyeru pihak-pihak berwajib agar insaf dan kembali kepada prinsip-prinsip keadilan yang sebenar sebelum rakyat menunjukkan jalan keluar.

Renungilah Firman Allah s.w.t. ini:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِنْ جَاّءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْأَعْرِضْ عَنهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ - المائدة : 42

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah diri mereka; dan jika engkau berpaling dari mereka makan mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

Semoga tahun 2012 ini membawa satu perubahan yang bermakna buat negara dan rakyat.

Renungilah peringatan Hadis ini, apabila umat ini melakukannya 15 perkara, nuscaya mengundang bala musibah daripada Allah s.w.t.:

عَنْ عَلِىٍّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا فَعَلْتَ أُمَّتِى خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ , قِيْلَ وَمَا هِىَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَغْنَمَ دُوَلًا وَاْلأَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيْقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتِ اْلأَصْوَاتُ فِى الْمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيْمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتِ الْخُمُوْرُ وَلُبِسَ الْحَرِيْرُ وَاتُّخِذَتِ الْقِيَانُ وَالْمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ اْلأُمَّةِ أَوَّلَهَا , فَلْيَرْتَقِبُوْاعِنْدَ ذَلِكَ رِيْحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا أَوْ مَسْخًا .

رواه الترمذى

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

  • 1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
  • 2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
  • 3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
  • 4. Suami taat pada isteri.
  • 5. Anak mendurhakai ibunya.
  • 6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
  • 7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
  • 8. Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
  • 9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
  • 10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
  • 11. Arak diminum di merata-rata tempat.
  • 12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
  • 13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
  • 14. Banyak jenis muzik dimainkan.
  • 15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

SEKRETARIAT BANGKIT 2012

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...