TERKINI :

Monday, January 9, 2012

30 tahun BN Kedah nak selesai tapi GAGAL... mai PR perintah 3 tahun terus selesai...itu yang jelouse tuu..!!

‘Mereka rasa tamparan bila kita dapat bangun projek terbengkalai 30 tahun’ [kedahLa]


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun menjadi satu tamparan hebat kepada pembangkang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat yang baru memerintah empat tahun berjaya membangunkan semula projek Plaza Tunku Yaakob yang selama ini mencacatkan pandangan bandaraya Alor Setar.

Maka, pihak pembangkang merasakan mereka tercabar dengan isu ini kerana gagal memulihkan projek terbengkalai 30 tahun ini.

Jadi, isu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut dijadikan modal sebagai isu politik.

“Tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional kerana masalah Plaza Tunku Yaakob terbengkalai telah berlarutan kira-kira 30 tahun, mereka (kerajaan dahulu) tak boleh selesaikan, tiba-tiba zaman kita jadi kerajaan, dengan izin Allah, boleh selesai,” ujar beliau pada satu ceramah di Batu 2, di sini.

Dalam perbincangan dengan pemaju untuk bangunkan semula projek tersebut, kerajaan negeri memutuskan supaya surau tersebut merupakan bangunan terakhir yang dirobohkan.

Tambah beliau, daripada sumber maklumat yang diperolehi, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengakui bahawa projek pembangunan semula ini adalah satu langkah yang baik.

“Saya dapat makluman bahawa Dato’ Bashah juga kata projek ini adalah projek yang baik, tetapi dia kena buat juga sebagai isu politik memandangkan beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang perlu mencari kesilapan kerajaan negeri.

“Pada awal dia (Dato’ Bashah) rancak, lepas tu dia pun lepas kepada orang lain, sebab dia tahu lepas ni dia kena berdepan dengan Majlis Fatwa,” jelas beliau.

YB Dato’ Ir Amiruddin turut menyingkap sejarah bagaimana pemaju bersetuju dengan projek ini.

“Projek ini adalah dengan izin Allah, tiba-tiba kita didorong untuk kenal dengan pemaju yang mempunyai track record yang baik, beliau (pemaju) telah datang ke Kedah untuk melihat projek lain, kita (kerajaan) pelawa tengok bangunan yang menyakitkan mata 30 tahun tu, mana tahu ada satu benda baru yang boleh dilakukan untuk manfaat semua.

“Setelah dilihat, Alhamdulillah kita dapat maklum balas positif, beliau kata projek ini ada peluang untuk dibangunkan semula,” jelas beliau.

1 comment:

ukur bahan : quantity surveying said...

Pembetula sikit...
jealous buka jelouse. TQ.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...