TERKINI :

Tuesday, January 31, 2012

Jangan biar Najib ‘terlalu selesa’

Oleh Zulkifli Yahaya

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/datuk-seri-anwar-ibrahimmmm.jpgPASCA Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan daripada Umno dan kerajaan 1998, pertarungan dilihat lebih bertumpu kepada persaingan karektor antara Anwar dan Dr Mahathir. Imej Anwar cuba dihancurkan menggunakan semua media utama oleh BN juga menggunakan seluruh instrument kerajaan, terutamanya melalui proses mahkamah

Kebetulan ledakan maklumat melalui teknologi internet mula menguasai masyarakat, maka itu saja medium terbaik pihak pembangkang melakukan serangan balas; menghancurkan karektor Dr Mahathir pula habishabisan.

Segala perkara negatif mengenai Mahathir dikorek dan didedah semahunya. Imej Presiden Umno itu menjadi lebih teruk dari partinya sendiri.

Apabila prestasi Umno merosot teruk pada pilihan raya umum 1999, sehingga hilang dua negeri Melayu (Kelantan dan Terengganu) dan pembangkang Parlimen dikuasai PAS dengan 27 kerusi; Dr Mahathir didakwa sebagai penyebab. Dalam satu mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno selepas PRU 1999, Presiden Umno itu dibelasah teruk oleh AJK Umno sehingga ke peringkat mendesak beliau meletak jawatan.

Dr Mahathir menjadi liabiliti kepada Umno dibuktikan melalui PRU 2004. Tanpa beliau Umno dan BN mampu menang besar. Mahathir sendiri mengakui bahawa faktor kemenangan besar BN PRU11 ialah kerana dirinya tidak lagi memimpin Umno dan kerajaan.

Menjelang PRU12 pemusnahan imej terhadap Dato’ Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri pula dilakukan. Imej ‘Pak Lah lena’ dan pelbagai skandal menantunya, Khairy Jamaluddin, dijadikan modal serangan. Sehinggakan puisi ‘Al-Ghazali’ ciptaan Pak Lah pun digubah dalam pelbagai versi oleh pembangkang. Kemerosotan teruk BN PRU12 dikaitkan dengan imej buruk Pak Lah. Ia berlarutan dalam Umno sehingga akhirnya beliau sendiri tersingkir dari kepimpinan Umno akibat imejnya itu.

Sejak zaman PRU 1999, cabaran besar bagi BN ialah Anwar. Justeru pemusnahan imej Anwar dilakukan oleh BN dengan penuh istiqomah, berperancangan, pelbagai, saban hari dan tidak pernah putus asa; persis syaitan yang tidak pernah berhenti dari menyesatkan manusia. Adakah ia langsung tidak berhasil? Penyokong PR jangan syok sendiri untuk berkata imej Anwar tidak terjejas. Ia menjejaskan! Secara peribadi saya tidak yakin Anwar dapat mempertahankan majoriti lumayannya di Permatang pauh yang diperolehi dalam pilihan raya kecil lalu.

Beberapa kajian yang dibuat oleh badan-badan profesional menunjukkan sokongan terhadap Najib meningkat mutakhir ini. Perkara besar yang harus disedari oleh semua aktivis, pendokong dan penyokong PR bahawa sejak mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan dari Pak Lah, Najib dibiarkan berada dalam keadaan yang agak selesa; tiada ‘pembunuhan’ imej dan serangan peribadi secara bersungguh-sungguh yang dilakukan. Najib tidak diserang seperti Mahathir dan Pak Lah di zamannya.

Apakah Najib seorang yang sangat bersih? Mustahil, tiada seorang pemimpin Umno yang bersih. Kalaupun dilihat bersih, terdapat unsur persekitaran yang mengotorinya. Seperti Pak Lah yang ‘dikotorkan’ oleh menantunya Khairy dan anaknya yang menjadi jutawan segera. Semua setuju bahawa Rosmah adalah objek terdekat Najib yang boleh digunakan untuk memusnahkan imejnya, tetapi sejauh mana ia digunakan?

Aspek kekuatan dan kelemahan pemimpin sangat penting dalam melonjak atau menjahanamkan imej parti atau kerajaan. Usaha merosakkan imej pakatan pihak pembangkang di negara ini dilakukan dengan menjahanamkan karektor Anwar kerana dia dianggap bakal Perdana Menteri. Beliau yang memimpin Pakatan Rakyat.

Mereka tidak menumpukan serangan peribadi terhadap Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang.

Modus operandinya, apa juga aspek negatif dalam PR semua dikaitkan dengan Anwar atau apa-apa saja perkara yang dibuat oleh PR dinegatifkan dengan alasan ‘penglibatan’ Anwar.

Pertelingkahan dalam KeADILan, tumpuan PAS terhadap negara berkebajikan, keputusan pemilihan dalam muktamar PAS, pemecatan dan pelantikan dalam PAS; semua dikaitkan dengan Anwar seolah-olah kepimpinan PAS tidak kenal Quran, Hadis dan Ijmak Ulama dalam membuat keputusan. Bayangkan setiap hari sekurang-kurangnya satu tuduhan baru yang berbeza terhadap Anwar dibuat oleh media talibarut Umno. Sehingga kini sudah beribu tuduhan liar yang dikenakan kepada beliau.

Berbeza dengan pembangkang, yang lebih menumpu kepada isu tetapi tidak kepada Najib. Najib langsung tidak terkena najis lembu peliharaan keluarga Shahrizat. Jika Shahrizat meletakkan jawatan, maka imej Najib tidak akan terjejas. Isu-isu besar yang pernah dikaitkan dengan Najib seperti Altantuya, kapal selam Scorpene, penasihat Yahudi APCO, kehilangan RM888 bilion wang negara menjadi serangan hangat-hangat taik ayam terhadap Najib.

Beribu-ribu laporan polis terhadap Anwar dalam pelbagai isu, beratus demonstrasi haram terhadap beliau tetapi tidak ada pula tindakan serupa untuk Najib dan Rosmah. Menteri Besar Selangor dihadapkan dengan demonstrasi dan ugutan oleh segelintir rakyat Selangor dalam isu remeh sekecil sampah, pengangkutan awam dan pasir tetapi tiada demonstrasi seumpama itu (picisan dan merata) terhadap Najib dalam pelbagai isu besar negara. Apa ilmu yang Najib pakai sehingga beliau menjadi begitu selesa bermaharajalela menggilap imej di mata rakyat?

Dalam perlawanan bola sepak pemain yang paling handal seperti Pele, Maradona, Zidane dan sebagainya adalah yang paling kuat dikekangi kawalan pihak lawan supaya ia tidak dibiar terlalu bebas melakukan serangan.

Malaysia selari dengan era politik dunia yang meletakkan ketokohan individu sebagai faktor yang penting. Lebih dua dekad lalu orang lebih melihat parti sebab itu BN mampu menang walau calon yang bertanding ialah penyapu. PRU 13 membuktikan bahawa calon peringkat DUN boleh kalah kesemuanya dalam satu kawasan Parlimen walaupun calon parlimennya menang, begitu juga sebaliknya.

Maka imej pemimpin nombor satu parti sangat penting untuk dimusnahkan sama seperti pentingnya membunuh imej parti lawan. Jadi, pastikan Najib senasib dengan Mahathir dan Pak Lah. Jangan terlepas pandang.

Mahal sungguh nak 'maintain' UMNO ini

Oleh Aspan Alias

http://farm8.staticflickr.com/7028/6437135297_326bf0207c_z.jpg
Masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO.

Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik Ia bermakna UMNO memang sedang berada didalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli UMNO yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh.

Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Mahathir adalah seorang yang sentiasa 'flip-flop' dalam perjuangan beliau.

Jadi benarlah pandangan saya selama ini yang UMNO memang tidak ada kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Jika seorang pemimpin yang digelar sebagai negarawan oleh penyokong-penyokong setianya itu, boleh menzahirkan kata-kata seruan seperti itu maka sah UMNO memang sedang menghadapi masalah yang bertindih-tindih yang tidak dapat diselesaikan walaupun PRU akan diadakan tidak lama lagi.

Malah semalam saya terdengar Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan J/K disiplin parti untuk mencari jalan bagaimana hendak mengelakan ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini. PRU kali ini amat sengit yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam sejarahnya kewujudannya.

Dalam satu dua isu ini, kita boleh memahami dengan jelas yang UMNO sebenarnya tidak ada masa untuk menyaingi PR kerana masalah dalam parti pemerintah itu masih terlalu besar untuk diatasi dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, bagi UMNO untuk mnyelesaikan isu dalamannya parti itu memang sewajarnya berehat dari memerintah negara. Apabila sudah dapat cari formula yang baik barulah kembali menawarkan diri dalam pilihanraya yang berikutnya nanti.

Keadaan akan sampai keperingkat lebih teruk lagi apabila sampai waktu nama calon-calon diumumkan oleh pucuk pimpinan. Apabila diumumkan sahaja nama-nama calon itu nanti maka akan bermulalah perpecahan dan sabotaj dikalangan ahli-ahli dan pemimpin yang tidak berpuas hati terhadap calon yang diturunkan. Tidak ada calon yang tidak akan disabotaj oleh pihak yang tidak berpuas hati itu.

Masalah isu ditokok tambah pula dengan kekosongan pimpinan yang akan menjadi pemimpin yang akan menjadi Menteri Besar di sebabkan kekurangan peribadi yang layak untuk menerajui kerajaan-kerajaan negeri bagi BN. Di Selangor contohnya tidak ada nama yang sesuai untuk dijadikan Menteri Besar di negeri itu dan jika ada pun mungkin seorang yang akan diturunkan secara ‘parachute’ dari atas dan mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir supaya ahli-ahli UMNO menerima sahaja sesiapa yang diturunkan oleh parti walaupun mereka itu bukan ahli UMNO.

Sebenarnya perkara ini telah berlaku dalam PRU ke 12 yang lalu dimana lebih dari 1.3 juta ahli-ahli UMNO telah bertindak menyokong pembangkang. Tetapi dengan keadaan lebih buruk di zaman pentadbiran Najib ini prestasi UMNO dijangka berada di dalam keadaan yang lebih tenat. Keadaan ini ditambah pula dengan perasaan kecil hati ahli-ahli dan pemimpin UMNO di bahagian kerana menurunkan calon-calon yang datang dari entah mana.

Maka UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar kali ini…..masalah yang tidak pernah dialami oleh UMNO sejak penubuhannya pada Februari 1988 yang lalu. Berbagai-bagai kaedah dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Najib, Presidennya, akhir-akhir ini.

Tindakan Najib membeli sokongan rakyat melalui pengagihan wang RM500 itu sebenarnya tidak membantu UMNO. Malahan ia memberi kesan negatif dikebanyakkan tempat. Saya merasakan sangat sedih apabila kita melihat ribuan yang beratur panjang itu adalah dari kaum Melayu dan hanya segelintir bangsa bukan Melayu yang beratur. Ia menunjukkan indikasi yang ‘desperate’ adalah orang Melayu.

Sekaligus menunjukkan kegagalan UMNO untuk menjayakan kehidupan orang Melayu. Laungan puluhan tahun untuk meningkatkan kehidupan orang Melayu hanyalah lagu yang sudah begitu lama yang begitu jauh dari mendekati kejayaan. Inilah caranya UMNO mendapatkan sokongan terus-terusan dengan membiarkan Melayu yang ramai ini berada di dalam pengharapan sentiasa dan waktu inilah UMNO cuba untuk mendapatkan semula kuasa dengan membayar ratus-ratusan ringgit sahaja.

Itulah sebabnya ramai orang-orang Melayu sedang meninggalkan UMNO. Mereka meninggalkan parti UMNO untuk menyeberang kepada parti-parti alternatif atau mendiamkan diri sambil menunggu untuk melakukan penentuan dalam PRU yang akan datang. Najib tidak mampu melakukan transformasi seperti yang digembar gemburkan.

Tindakan membayar RM500 ini sudah dianggap sebagai satu tindakan ‘desperate’ Najib untuk memenangi PRU yang akan datang. Benarlah anggapan setengah-setengah pihak yang Najib mempunyai anggapan yang semuanya boleh diselesaikan cara membayar segala-galanya dengan wang ringgit. Najib mempercayai yang undi ini boleh dibeli seperti beliau membeli barang-barang ‘shopping’ beliau di seluruh dunia itu.

Najib lupa yang manusia mempunyai perasaan dan perasaan ini tidak boleh dijual beli terutamanya semasa rakyat sedang menunggu perubahan dalam landskap politik negara. Najib sudah jauh meninggalkan penyokong yang mempunyai ‘convictions’ terhadap perjuangan. Najib merasakan yang rakyat hanya memperjuangkan untuk mendapatkan RM500 sahaja.

Dengan cara membayar duit ini ia akan melumpuhkan nilai dan kekuatan orang Melayu dan tidak kita ketahui sampai bila beli membeli ini akan dilakukan. Inilah dia cara orang yang datang dari keluarga ‘pembeli belah’ ini. Selain dari membeli belah besar besaran dengan jenama yang hebat-hebat dan berharga tinggi, dalam pilihanraya juga orang seperti ini beranggapan yang cara untuk mengekalkan kuasa itu adalah melalui ‘membeli belah’.

Pentadbiran kerajaan pimpinan berbelanja seperti duit boleh dipetik dari pokok-pokok rimbun. Kerajaan Perak sahaja sedang berbelanja duit rakyat berjuta ringgit untuk menyambut kedatangan ‘Najib the shopper’ ini. Zambry Kadir dilaporkan telah berbelanja jutaan ringgit wang rakyat untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin dalam bulan Februari ini.

Nampaknya UMNO memang seperti orang tua yang sedang sakit tenat. Terlalu banyak wang diperlukan untuk membiayai perubatan. Penyakit yang dialami oleh UMNO ini membuatkan rakyat berbelanja begitu banyak wang untuk memulihkan penyakit ’terminal’ yang sedang dihadapi UMNO kini.UMNO sedang mengalami ‘brain death’ dan sedang disokong oleh penyokong hayat (life support) iaitu wang semata-mata.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada ‘life support’ ini? Saya ada jawapan yang ‘conclusive’ kepada jawapan ini; iaitu rakyat akan menyabutkan ‘life support’ ini tidak lama lagi.

Rakyat sudah tidak berjaya hendak 'maintain' UMNO yang sudah menjadi seperti kereta buruk ini.Setiap hari terpaksa menambah minyak enjen bertin-tin kerana terlalu banyak memakan minyak enjen. tayarnya dah makan sebelah kerana selalu lari kekiri dan kekanan. Lampunya selalu padam dan breknya selalu rosak. Wipernya pula kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak berfungsi. Asap hitamnya tebal dan merosakkan persekitaran kita.

Rakyat hantar sahaja UMNO ke bengkel dan lakukan 'overhaul' kali ini. Sementara UMNO berada dalam bengkel itu, kita pakai kereta kedua kita yang masih baik dan berfungsi dengan baik...mudah nak menghala kesana dan kemari.

Perjalanan kita pun tidak tergendala di lebuhraya yang jauh itu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kalau aku seorang ADUN, akanku...

oleh PAK TAM KOB

http://4.bp.blogspot.com/-RdjzHxQGJoY/TgATEV4sNMI/AAAAAAAABi0/6fjp4yZhkqY/s400/saas.jpg

Aku tak tahu bagaimana menjadi seorang ADUN. Aku tak tahu apa kerja seorang ADUN. Aku tak tahu apa mereka buat. Aku tak tahu apa mereka dapat. Tapi, yang aku tahu, ADUN dipilih oleh rakyat. Rakyat yang memilih ADUN. Sebelum pilihanraya, "dia" orang biasa, macam aku, macam mereka, macam kita, macam orang lain. Namun selepas pilihanraya, "dia" ialah ADUN. Bagaimana ADUN dipilih? Rakyat memilih atas dasar kepercayaan dan kebertanggungjawaban "dia" sebelum ini. Namun selepas bergelar "YB", "dia" menjadi tumpuan. Tanggungjawabnya makin besar, kerjanya makin berat, masanya makin singkat, waktunya makin cepat, fikirannya makin ligat, dan "dia" makin hebat.

Kalau aku seorang ADUN, akanku jaga dan ambil berat hal rakyat marhean yang telah aku mereka undi. Apa dia? Contohnya, suasana yang dihadapi sekarang di negeri Kedah especially kekurangan minyak masak yang melampau. Walau apa jua alasan yang diberi, itu hanya alasan semata-mata. Yang penting bagaimana aku menggunakan ruang dan peluang yang ada ini untuk membantu rakyat seterusnya mengekalkan status aku sebagai YB. Apa nak buat? Mudah saja, deal dengan pengeluar minyak masak (x kira la cap kasawari ka, cap buroh kasar ka, cap lembing ka, asalkan minya masak laa), order 1000 paket (1000 paket x RM2.50), invest RM2500, dan edarkan kepada golongan faqir dan miskin di kawasan masing-masing. Ingat, waima hanya dengan 1 paket minyak masak atau 250 sen, tetapi sekiranya diberikan kena dan tepat pada masanya, amat besar pengertiannya kepada orang yang amat memerlukannya. "Air kosong amat bererti kepada orang yang haus, berbanding erti sepinggan nasi kandaq 1Malaysia kepada orang yang kenyang".

Kalau aku seorang ADUN, akanku "turun padang" setiap Jumaat. Kenapa Jumaat? Sebab hari lain bz? Maybe, tapi semua orang tahu akan kelebihan dan kemuliaan hari Jumaat. Salah satunya ialah hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Setiap Jumaat, akanku jelajah sebanyak mungkin masjid surau yang ada di sekitar DUNku. Sibuk? Bz? Dah lupakah, sebelum ini, "dia" orang biasa, macam aku, macam mereka, macam kita, macam... Inilah tanggungjawab sebenar, iaitu rapat dan ambil tahu seramai mungkin rakyat di DUNku, di samping mesyuarat-mesyuarat yang lain. Ingat, "mesyuarat" dengan rakyat juga tak kurang pentingnya.

Kalau aku seorang ADUN, akanku... ceritakan banyak lagi selepas ini, kerana sudah cukup untuk kali ini. Semoga bertemu di lain lembaran. "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, menabung dari kecil lama-lama boleh beli barang kemas".

BN yang dok kawan tapi PR pulak yang dituduhnya.. Standard laa takan hangpa tak kenai kelaku depa...!!

UMNO ANTI ISRAEL DAN YAHUDI ? BIAR BETUL....JANGAN OTAK KITA DILEMBUKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar? Kes liwat, hancur lebur. Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa. Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu. Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.
Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang....
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel. Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar. `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani. Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar. Sebab apa? Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar. Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh. Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita? Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya. Umno anti Israel? Jangan sampai termuntah ok.

Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai. Mengapa kerajaan berdiam diri? Fitnahkah Chegu Bard? Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu. Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno).

Oleh Zaini Hassan

KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
/Sumber: Chegu Bard

MCA: kapal yang hampir karam

Oleh Amin Iskandar

Malaysian Chinese Association (MCA) takut akan kehadiran pilihan raya umum (PRU) akan datang. MCA sedar, mereka tidak mampu untuk mengekang kemaraan Democratic Action Party (DAP) — yang semakin kuat disokong oleh masyarakat Cina.

Silap haribulan, MCA akan kalah teruk sehingga parti tersebut terpaksa tutup kedai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tahu akan realiti dan hakikat ini.

Sebab itu kita boleh lihat bagaimana mantan Menteri Kesihatan itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang menjadi tunjang MCA.

Kemerlangan DAP memerintah Pulau Pinang sehingga menjadikan negeri tersebut sebagai diantara model pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang terbaik.

Ini menyukarkan misi MCA untuk menyakinkan Umno dan sahabat lain dalam Barisan Nasional (BN) bahawa mereka masih lagi mewakili suara masyarakat Tionghua.

Strategi Chua Soi Lek

Chua Soi Lek tidak berputus asa. Daripada duduk menyerah kalah, lebih baik lakukan sesuatu.

Untuk terus menyerang DAP dari segi rasuah dan penyelewengan, sukar untuk dilakukan kerana sehingga kini, DAP mempunyai rekod bersih.

Dari segi prestasi kerja, Adun dan Ahli Parlimen DAP kebiasaannya terdiri daripada orang yang kuat kerja.

Jadi, strategi yang terbaik MCA adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina.

Jika kita ingat kembali, tidak berapa lama dulu, Dr. Chua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA tidak akan mengambil sebarang jawatan kabinet jika kalah teruk dalam PRU akan datang.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina - mereka tidak akan mempunyai wakil dalam kabinet jika mengundi DAP.

Ini akan menjadi diantara strategi kempen MCA yang bakal dilakukan secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Kedua, Chua Soi Lek dan MCA menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan slogan “jika undi DAP, PAS akan berkuasa”. Jika PAS berkuasa, hukum Hudud akan dilaksanakan di Malaysia.

MCA percaya, masyarakat Cina tidak akan selesa jika undang-undang Islam seperti Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia.

Dua strategi kempen ini akan dijalankan oleh MCA secara habis-habisan di masa ini dan sewaktu kempen PRU akan datang.

Persoalannya, apakah begitu mudah masyarakat Cina ditakut-takutkan lagi?

Strategi ala Mahathir

Pada PRU ke 10, strategi menakut-nakutkan masyarakat Cina berkesan. Pilihan raya terakhir bagi Tun Dr. Mahathir itu menyaksikan bagaimana masyarakat Cina menjadi penyelamat kepada nyawa BN.

Pada ketika itu, majoriti undi orang-orang Melayu telah beralih arah kepada gabungan Barisan Alternatif.

Strategi kempen Dr. Mahathir untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berjaya.

Gerakan Reformasi yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim disamakan dengan rusuhan di Indonesia ketika reformasi menjatuhkan Soeharto — di mana masyarakat Tionghua menjadi mangsa kemarahan rakyat.

Peminat-peminat politik pasti tidak akan terlupa bagaimana “billboard-billboard” yang bertemakan undi pembangkang menyebabkan negara huru-hara dinaikkan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk Cina.

Kesannya DAP menjadi parti yang paling rugi dalam PRU 1999. Jaguh DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh turut tewas dalam PRU tersebut.

PRU 13 keadaan berbeza

Strategi untuk menakut-nakutkan pengundi ini tidak akan berjaya selalu. Setelah berulang-ulang kali dilakukan, orang pasti sudah tahu.

Tambahan lagi dengan perkembangan internet yang pesat, maklumat berada dihujung jari semudah dengan telefon bimbit.

DAP pula sudah mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan PAS. Di negeri Perak membuktikan bagaimana DAP dan PAS boleh bekerjasama dengan erat. Mereka memerintah dan melawan rampasan kuasa bersama-sama.

Apatah lagi pada ketika PAS sudah diterima oleh masyarakat Cina. PRU 12 lalu membuktikan bagaimana undi kaum Cina membantu menaikkan kerajaan PAS di Kedah.

Chua Soi Lek harus sedar, zaman dimana orang Cina diwakili oleh orang Cina telah berlalu.

Apabila masyarakat Cina menerima DAP, mereka turut menerima Karpal Singh, Sivakumar, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi pemimpin berbilang bangsa sebagai pemimpin mereka.

Jika dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Hata Wahari, Aspan Alias dan Datuk Arif Sabri juga tidak mustahil akan dipilih oleh masyarakat Cina.

Jika masih gagal untuk memahami masyarakat Malaysia pada hari ini, Chua Soi Lek dan MCA akan “karam” dalam PRU akan datang. Apabila itu berlaku, MCA akan digugurkan oleh Umno.

Umno akan mencari sahabat “baru” yang boleh dijadikan sebagai wakil kepada masyarakat Cina. Di dalam politik, tidak ada yang mustahil

* Segala pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis

Israel: Penjelasan Anwar

Anwar Ibrahim,

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Siswa di negara lain turunkan PM bukan gambar PM

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/04/CIKGU-BARD12334.jpg“Kalau saya katakan pembangkang menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia. Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja,” tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Cikgu Bard. Ikuti pendapat beliau tentang Auku 1971 bersama wartawan SALMIYAH HARUN

WARTAWAN :Seksyen 15, Auku 1971 akan dipinda bagi membolehkan pelajar IPT menyertai parti politik. Sejauh mana saudara lihat keikhlasan kerajaan dalam meminda akta ini?

BADRUL HISHAM: Semangat Auku tahun 1971 adalah untuk mengekang gerakan dan aktiviti pelajar. Justeru, pada peringkat awal lagi saya tidak bersetuju dengan hanya meminda Auku, kerana daripada semangat undang-undang tersebut jelas bahawa akta itu mahu mengekang aktiviti dan semangat pelajar itu sendiri.

Pada SAMM, saya tegaskan Auku bukan perlu dipinda tetapi Auku perlu dimansuhkan dan perlu diganti dengan satu sistem undang-undang yang bukan mengawal tetapi menyelia aktiviti pelajar universiti dalam masa yang sama menggalakkan aktivisme pelajar di kalangan mereka.

Jadi, sebarang usaha yang hanya untuk meminda sedikit demi sedikit Auku bermula zaman Tun Mahathir, di mana beliau telah meminda Auku di Parlimen ternyata pindaan tersebut bergerak ke arah lebih mengekang pelajar kerana Auku itu semangat kasarnya adalah untuk mengekang pelajar.

Bagi saya kononnya kerajaan mahu meminda akta Auku adalah tindakan retorik sematamata. Ini kerana kalau kita membaiki sesuatu yang memang diwujudkan hanya kerana mengekang pelajar ia akan menjadi sebaliknya. Justeru, pandangan kita jelas mansuhkan Auku dan gubal undang-undang baru.

Kebangkitan mahasiswa agak agresif sejak akhir-akhir ini. Mengapa?

Kita kena lihat, dari sudut kenapa negara-negara Arab di mana orang muda negara mereka bangkit? Isunya adalah kebebasan! Isunya adalah ruang demokrasi.

Contohnya di Libya, dari segi kebajikan rakyat amat jauh daripada Malaysia, tetapi kenapa ada riak-riak protes di Libya sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan yang mentadbir Libya ketika itu?

Hanyalah kerana ruangruang kebebasan. Rejim yang memerintah Malaysia tidak faham kehendak anak-anak muda sekarang ini. Mereka memerlukan ruang untuk mengeluarkan pendapat, ruang untuk mereka bertindak.

Mahasiswa sudah cukup agresif?

Bagi saya belum agresif! Saya masih malu anak muda Malaysia baru bertindak turunkan bendera Perdana Menteri.

Seharusnya kalau perkara ini diambil kira berdasarkan kayu pengukur dengan gerakan anak muda dan mahasiswa di seluruh dunia, kita harus rasa malu!

Kenapa?

Protes mahasiswa hanya turunkan bendera berwajahkan Perdana Menteri dan kita bagi tahu ini adalah paling tidak radikal! Kalau disenaraikan tindakantindakan dalam gerakan anak muda di seluruh dunia. Ini kerana, gerakan pelajar dan mahasiswa di negara lain sudah turunkan Perdana Menterinya, kita baru turunkan bendera Perdana Menteri sudah jadi gundah gulana.

Bagi saya mudah, kerana itu dalam pakatan Rakyat perlu memandang serius perkara ini di samping membuka ruang yang sesuai dan explore ruang-ruang ini untuk bagi kepada anak-anak muda seperti mahasiswa.

Adakah kerana Auku mahasiswa hari ini memperlihatkan ‘taringnya’ sehingga mereka sanggup berdepan dengan tindakan gantung pengajian?

Saya puji mereka kerana kali ini mahasiswa bangkit bukan sekadar menentang Auku sebaliknya mereka sudah menghantar memorandum yang mengandungi cadangan undang-undang barubaru yang menggantikan Auku.

Jadi sebeginilah yang harus kita bergerak cuma sejauh mana penerimaan kerajaan dan akta yang disentuh ini lebih terbuka. Memandangkan ramai yang beranggapan yang mempersoalkan mahasiswa ini tidak fikir soal negara, melahirkan generasi yang tidak memikirkan soal negara, masalah sosial dan sebagainya.

Perkara ini berlaku kerana apa? Apabila mahasiswa hendak bangkit dan ada idea sendiri, kerajaan pula tidak bagi. Akhirnya mereka marah dan fikir, kamu bagi hutang PTPTN kemudian ibu bapa akan bercakap dan mengingatkan anak-anak mereka supaya belajar baik-baik sebab ada hutang PTPTN.

Lepas habis belajar dan sudah mula hendak memikirkan soal negara ada halangan sebab ada hutang dengan PTPTN yang perlu dijelaskan! Akhirnya, negara ini akan jadi negara yang mandul kerana anak mudanya akan mati.

Betulkah dakwaan mereka turunkan bendera gambar PM kerana hasutan pembangkang?

Kalau saya katakan pembangkang (Pakatan Rakyat), menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia.

Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja. Seharusnya kita hasut mereka untuk keluar dan menurunkan kerajaan itu.

Segala perkara yang mahasiswa bangkit dan tidak sokong kerajaan sudah pasti mereka menuduh pembangkang iaitu Pakatan Rakyatlah yang ada hari ini. Ini bukan tuduhan baru. Suharto di saat kejatuhannya dia sendiri mengeluarkan kenyataannya bahawa kebangkitan mahasiswa bukan sekadar dipengaruhi politik tetapi percaturan yang dilakukan oleh orang asing.

Percaya dan yakinlah jika mahasiswa terus bangkit selepas ini mereka juga dituduh mereka jugalah yang dicaturkan oleh pihak-pihak asing. Ini adalah perkara biasa dan pengulangan sejarah yang biasa dilakukan.

Gaya pidato Najib juga hebat; kenapa takut berdebat?

Oleh Dr Muhammad NurManuty


Ketua Penerangan

http://lh6.ggpht.com/-V6xBtNi5Qk8/Tx4taJRvUtI/AAAAAAAAJ14/ouyZD8oLdks/image%25255B2%25255D.pngKEADILAN menyatakan rasa amat kesal terhadap keengganan pihak Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri dan pemimpin utama UMNO/BN)menyahut seruan Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat) untuk berdebat secara terbuka mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini

Alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.

Jelas, UMNO belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat.

Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.

Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka.

Sesungguhnya, KEADILAN ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun.


Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125)

Hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan “insight” baru dapat dicernakakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

Kita pun merasa aneh mengapa pula pihak DS Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini. Sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga denganbekalan idea dan maklumat jika diperlukan.

Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan UMNO/BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini.

Selepas memerintah negara selama 54 tahun, jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini merupakan bukti kegagalan UMNO/BN sendiri?

Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran. Ia mempamirkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? UMNO/BN wajib menjelaskannya.

Politik Kedah dan kontroversi Ustaz Azizan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

BAHAGIAN PERTAMA

Berbanding nehttp://4.bp.blogspot.com/_aLYQfXHFubQ/S_sq_C7KklI/AAAAAAAADn8/zz8451-YYqA/s320/mbkedah%5B1%5D.jpggeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi.

Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.

Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan.

Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).

Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali.

Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!

Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.

Faktor kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India, yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi, yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999, lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya, Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor Mahathir

Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah. Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.

Kerusi Parlimen Pokok Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan (bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.

Terbukti perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004, keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.

Bagaimanapun, tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.

Mungkin menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah "agak rapuh" atau beliau sendiri suka memilih pendekatan "low profile", Ustaz Azizan mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri. Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila berdepan kerajaan pusat.

Malah hubungan baiknya dengan bekas pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir (termasuk memberi anugerah), mengundang pelbagai tafsiran, terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah, bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan peluang.

Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah. Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga "terselamat" walaupun banyak isu boleh dikaitkan dengannya.

"Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian," kata seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam Pemuda Umno.

"Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati," tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Azizan.

"Mengapa pula?" tanya saya.

"Yalah ... kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai perspektif oleh rakan-rakannya sendiri," ujar rakan saya itu, yang juga seorang blogger.

"Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak, kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah, di Kanchut ... lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno balik," tambahnya.

"Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah," katanya.

Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13

Saya akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor Setar.

Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.

Mengenali wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau memberi respons: "Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah. Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.

"Masa kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.

"Saya juga tekankan soal akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.

"Dulu mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri kebebasan kepada pegawai ... Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak berpolitik, hak berfikiran."

Keuzuran membataskan saya untuk turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.

"PAS perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi," katanya melalui telefon.

Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu, Alor Setar, jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu sama: "Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau. Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi."

Beliau mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak menangani isu-isu rakyat. "Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan tidak sombong," katanya.

Rakan saya itu turut membawa seorang kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat insuran.

"Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun dekat," ceritanya lancar.

Esoknya, saya "menziarahi" surau kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan -- walaupun sedikit -- oleh Umno Kedah. "Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak risau aja dengan isu surau ini," saya berkata kepada Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah. "Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah," tambah saya.

"Selepas waktu pejabat, surau atau yang sebenarnya pejabat insuran ini akan berkunci, takda siapa boleh solat di dalamnya," pintas Azamin.

"Siap ... kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi," panggilan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya di awal pagi Isnin, 23 Januari. Beliau merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.

Adab memberi komen...

OLEH pAK tAM kOB

Antara ciri orang yang berjaya ialah seseorang itu berkarya. Selain dari puisi, sajak, syair, gurindam, dan lagu, salah satu bentuk lain karya yang boleh dihasilkan ialah melalui penulisan. Penulisan memberi gambaran teks bagi menggambarkan keadaan atau suasana satu-satu perisitiwa atau kejadian. Yang menghasilkan penulisan kita panggil orang itu penulis. Melalui penulisan, penulis boleh memberi ekspresi atau gambaran yang beliau rasai dan alami. Ada penulisan yang selari dengan pandangan kita, namun tak kurang juga penulisan yang bertentangan dengan pendapat peribadi kita, dan ada penulisan yang diangap "sampah" oleh sesetengah masyarakat (eg: mns). Walau apa jua pandangan dan pendapat, penulisan itu tetap ditatap dan dibaca oleh semua genap. Apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah adab dalam memberi komen kepada sebarang bentuk penulisan.

Melihat kepada senario sekarang, yg mana ramai orang suka memberi "komen", tetapi amat kurang menghasilkan karya. Mungkin inilah kesam atau impak daripada realiti-realiti tv yang ada sekarang termasuklah Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Adik Kecil, Utazah Pilihan, dll program realiti, yang mana membenarkan pelbagai pihak memberi komen, samada komen membangunbina atau komen memusnahruntuh. Juri pilihan memberi komen menggunakan suaranya, penonton memberi komen melalui smsnya. Tetapi, realiti kepada realitinya ialah, "mereka" ini hanya seqadar mampu memberi komen dan terus mengomen sampailah orang lain mengomen pengkomen itu sendiri, apa nak jadi. Mana hasilnya? Mana outputnya? Mana karyanya? Kalau pandai sangat, hasilkan sesuatu, dan benarkan orang lain untuk memberi komen, dan jgn hanya tahu memberi komen tapi habuk pun tak ada.

Awal Islam, nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telah mengajar para sahabatnya kepada satu perkara yang paling penting dalam hidup, apa dia, iaitulah akhlak, yang sekarang kita panggil perangai, org putih panggil "morals", org perancis panggil "moralite". Apa pun manusia di muka bumi ni panggil, yang pasti, tidaklah nabi kita diutuskan melainkan bagi menyempurnakan akhlak. So, sebagai muslim, jagalah akhlak kerana Islam itu akhlak yang baik.

Baik, berbalik kepada tajuk utama iaitu adab memberi komen, seboleh mungkin, bagi menyahut penyempurnaan akhlak tadi, cubalah untuk kita memberi komen secara beradab. Antara adab dalam mengomen atau menceritakan sesuatu peristiwa, janganlah didedahkan nama atau sebarang maklumat peribadi individu yang terlibet dalam sesuatu peristiwa. Kita hanya boleh menceritakan peristiwa, tetapi tidak dibenarkan mendedahkan identiti atau maklumat individu yang terbabit (lainlah kalau di mahkamah, itu cerita lain), ini kita fokus kepada "virtual social" yang kita terlibat dalamnya sekarang.

Sesuatu komen boleh membantu virtual social kita menjadi lebih baik atau sebaliknya. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga akhlak dalam memberi sebarang komen ke atas sesuatu berita. Kesimpulannya, kalau tak boleh menghasilkan karya, berilah komen yang membantu orang yang berkarya. Sekian, terima kasih.

Siapa kata Kedah tidak berubah wajah sepanjang empat tahun?

Apabila membincangkan aspek kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan negeri perkara penting yang perlu dibuat ialah mengenalpasti skop pertanggungjawapan. Ada urusan yang menjadi bidangkuasa negeri semata-mata, misalnya urusan tanah, pentadbiran agama Islam dan protokol istana. Ada urusan yang menjadi bidangkuasa kerajaan Persekutuan semata-mata, misalnya pengurusan kesihatan, pendidikan melibatkan sekolah dan IPTA dan keselamatan. Ada juga urusan yang menjadi tanggungjawab bersama, misalnya bidang pertanian dan kebajikan.

Akibat kejahilan sebahagian rakyat dalam mengenalpasti peranan dua kerajaan ini (Pusat dan negeri) maka BN telah mengeksploitasi sepenuhnya keadaan itu dengan mendakwa bahawa segala yang buruk berlaku di dalam negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah berpunca dari kelemahan kerajaan negeri. Manakala semua kejayaan adalah dibuat oleh Pusat.

Media BN menyerang kerajaan negeri berhubung isu ekonomi dan pengangkutan awam, walhal perkara tersebut di bawah bidangkuasa Pusat. Mereka juga membangkitkan isu jalan MADA dan jalan luarbandar yang gagal diturap walhal perkara tersebut tidak menjadi tangungjawab kepada kerajaan negeri. Mereka membangkitkan isu pelancongan, pelaburan dan kebajikan sedangkan perkara tersebut adalah isu bersama yang mesti ditangani oleh Pusat dan Negeri.

Baru-baru ini RTM menganjurkan forum Bicara Rakyat. Seorang pensyarah kangkong dari sebuah IPTA menghentam kerajaan negeri kononnya sepanjang empat tahun mentadbir negeri tiada perubahan yang dilihatnya di Bandaraya Alor Setar. Mujur antara yang menjadi panel forum tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah Dr. Ismail Salleh. Beliau menjawab dengan ilmiah dan berhemah. Jika penulis yang menjadi panelis maka ayat pertama yang dilontarkan ialah, “Awak pensyarah buta!”

Begitu banyak perubahan yang berlaku di Bandaraya Alor Setar sepanjang empat tahun, jika perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan fizikal (yang menjadi kayu ukur pembangunan BN yang sekular); maka dalam tempoh yang singkat begitu banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar. Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.

Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah. Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki.

Kalau di zaman BN Bandaraya Alor Setar hanya menjadi bandar mati, atau sekadar tempat anak muda melepak dan merempit kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan adalah golongan Bumiputera.

Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula.

Anak Kedah di perantauan pulang ke Kedah dan berkunjung ke Alor Setar tercari-cari di mana letaknya ‘junjungan mahkota’ di bulatan Teluk Wanjah. Rupanya ia sudah hilang apabila sebuah jalan atas yang lebih besar dibina di situ. Kalau ada orang yang mendakwa wajah Alor Setar tidak berubah, maka individu itu sangat ketinggalan zaman.

Di zaman BN terdapat sebuah bangunan usang gergasi bersebelahan Menara Alor Setar. Pihak menara agak sukar melakukan promosi terhadap menara kerana pemandangan pertama yang pengunjung saksikan ialah sebuah bangunan lusuh yang terbengkalai. Bangunan itu terbengkalai selama 33 tahun tanpa dapat dilakukan apa-apa oleh lima orang Menteri Besar BN.

Alhamdulillah, selepas tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir bangunan usang itu berjaya dirobohkan untuk dibangunkan sebuah super mega mall. PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta akan membangunkan kawasan tersebut dengan nama Aman Central. Pembinaan projel Aman Mall yang bernilai 500 juta itu sedang berjalan dan dijangka siap dalam masa 30 bulan. Di penjuru super mega mall itu akan dibina sebuah surau besar yang boleh menampung 400 jemaah dalam satu masa. Ia mungkin kali pertama di negara ini sebuah pusat membelibelah raksasa mempunyai sebuah surau yang gah terserlah, ada kubah dan menara serta boleh melaungkan azan sepanjang lima waktu melalui pembesar suara tanpa halangan. Ia tidak berlaku atau tidak mampu dibuat di zaman BN.

Itulah yang membuatkan UMNO Kedah meracau siang malam, lalu mengaitkan pembinaan projek raksasa Aman Central kononnya melalui perobohan sebuah bangunan bernama Salihiah. Ia didirikan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Madrasah yang didakwa sebuah surau itu sebenarnya adalah sebuah bangunan yang sebelum ini adalah pejabat sebuah syarikat insuran. Terdapat sebuah surau di ruang atas bangunan itu tetapi tidak dimakmurkan sepanjang waktu.

Apabila Majlis fatwa memutuskan bahawa tanah wakaf dan bangunan itu boleh ditukar tempat melalui kaedah istibdal, maka pembangkang mengambil kesempatan mengeksploit sebagai isu itu sebagai isu politik, kononnya kerajaan negeri memaksa 10 ahli Majlis Fatwa membuat fatwa mengikut kehendak pemaju. Sungguh dungu tuduhan itu.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah kejayaan kerajaan PR mengubah wajah bandaraya Alor Setar dari aspek pembangunan fizikalnya, jika itulah yang ditagih oleh pihak pembangkang yang sering memomokkan kononnya kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa.

Penulis hanya mencatatkan secebis dari begitu banyak perubahan di bandaraya Alor Setar, belum lagi di tempat lain. Ruangan amat terhadap untuk menyenaraikan perubahan lanskap fizikal seluruh negeri Kedah. Sekurang-kurangnya ia dapat mencelikkan tohmahan seorang pensyarah kangkong pro BN.

Jika projek kerohanian pula yang ditohmah sebagai tidak dilakukan sepanjang PR memerintah Kedah, maka ia lebih sedap untuk disenaraikan. Kuliah agama di seri Mentaloon, Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah, Kem Belia Sejahtera, Mahligai Sejahtera, bantuan terhadap sekolah agama rakyat, guru Al-Quran sukarela, guru pra sekolah adalah antara yang berlaku di zaman PR oleh kerajaan negeri tetapi tidak dilakukan oleh kerajaan negeri dahulu.

Tapi biasalah pembangkang, jarang menumpu aspek kerohanian di Kedah untuk menyerang kerajaan negeri kerana mereka pun ‘kemere’ dalam bidang tersebut.

Monday, January 30, 2012

Azhar Idrus - Fenomena Baru Merubah Anak Muda


Satu malam entah macam mana dalam asyik melayari muka buku (Fb) sebelum melelap mata tiba-tiba saya terjumpa dengan you tube Ustaz Azhar Idrus. Saya membukanya dengan tidak sengaja dan mendengar syarahannya mengenai agama. Dialek atau slang Terengganu yang diguna pakai dalam berceramah menjadikan saya mengambil masa untuk mengamatinya kerana ada sesuatu kelainan dan sedikit unik. Sebutannya ada iras-iras pelawak Mat Over.

Dalam minda tertanya-tanya siapakah dia ini?

Tumpuan saya terpaku kepada you tube itu beberapa ketika kerana ada kemesraan cara dia berceramah. Patah-patah ungkapan dan anologi yang dibuat untuk menjelaskan sesuatu mauduk mengenai agama mematikan saya di situ untuk tidak menyentuh skin I-Pad mengalih kepada you tube syarahan ustaz-ustaz yang lain.

Duration video yang ringkas dalam tempoh tiga hingga lima minit meringkaskan kerja kita untuk terus menikmatinya. Selepas satu, satu saya membukanya. Tanpa disedari malam itu Azhar mengheret saya ke jam empat pagi. Hebat... tiada syarahan agama sebegitu yang saya mengikutinya sampai begitu lama, kecuali oleh ustaz atau Kiyai dari Indonesia.

Malam besok sesudah selesai membuat posting akhir - susupan tengah malam - saya mencari klik video beliau. Sambil berbaring - melentang meletakkan I-pad di atas dada mendengar Azhar bersyarah, lagaknya macam mendengar lagu-lagu hindustan lama nyanyian Mohamad Rafi dengan Asha Bosle pula. Dan malam seterusnya saya mengikuti lagi. Memang dia ini ada aura dan ada keunikan tersendiri.

Satu tengahari semasa berkumpul dengan anak-anak terkeluar kisah Ustaz Ashar yang lebih menarik dari apa yang saya rumuskan. Saya cuba menarik perhatian anak-anak supaya membuka you tubenya. Tiba-tiba anak saya memberi tahu lebih mendalam mengenai Azhar dari apa yang saya tahu. Menurut anak saya memang Azhar popular dan you tube dia disaksi oleh anak-anak muda. Rakan-rakannya juga menjadi penagih kepada syarahan ustaz berjanggut hitam lebat itu.

Ah rupanya anak saya sudah jadi peminat kepada Azhar. Kemudian malam-malam seterusnya bila ada senggang waktu saya mengikuti syarahannya.

Maklumat diberikan anak saya itu menjadi saya makin ingin mengetahuinya. Menurut anak perempuan saya Azhar seorang yang meminati bidang fotografi dan dia merupakan ahli jurugambar yang baik dan dia juga ahli muzik. Saya tidak tanya lanjut muzik dalam bidang apa dan apakah dia pernah terlibat dengan gang rockers, atau artis lain yang insaf berpaling dari dunia hiburan komersial + sekular kepada dunia hiburan dakwah. Sebelum ini rasanya saya tidak pernah tenguk gambarnya sedang menyanyi?


Seorang anak buah yang suka menelaah internet memberi tahu, Azhar ini di zaman remajanya adalah ahli kumpulan nyanyian. Pernah menjadi pemain base guiter kepada kumpulan disertai seorang penyanyi yang ketika itu belum terkenal. Selepas itu beliau meninggalkan kumpulan muzik itu dan memasuki pondok di Terengganu selama 12 tahun. Azhar juga pernah bekerja sebagai guru sementara mengajar bahasa Inggeris. Itu cerita anak buah saya.

Mulanya saya pesimis kepada Azhar ini kalau dia benar-benar memang ahli muzik. Sebab sebelum ini sudah ada beberapa artis dan ahli muzik yang menukar pentas kemudian kembali kepada pentas asal. Banyak yang cuba mencari peluang dalam medium politik (Pas) untuk kepentingan dirinya. Dan setelah apa yang diharapkan itu meleset mulalah menjauhi diri dan kembali ke pentas asalnya semula. Atau pun terpaksa melupai niat untuk berdakwah dalam dunia politik kerana tekanan pihak berkuasa.

Pengetahuan dan maklumat yang diberikan oleh anak perempuan saya, serta oleh anak buah itu menjadi saya ingin mengetahui siapa gerangan Azhar. Saya mulai mencari dan tertanya-tanya sendiri. Video syarahan agamanya saya terus dengar dan dengar sambil menggali latar belakang dan idealismenya. Isi dan juga bentuk syarahan seseorang itu akan mengenali kita tentang latar belakang dan matlamatnya.

Justeru bila ada masa senggang saya membuka you tube dan mendengar ceramahnya. Sedikit sebanyak dan perlahan-lahan saya sudah mulai mengenali latar belakangnya. Sudah mulai tahu kenapa dia menjadi kegilaan anak-anak muda. Juga mengetahui apakah yang tertanam di dalam hatinya menerusi lisan ceramah-ceramahnya.

Ustaz Azhar diminatinya kerana ceramah yang disampai secara bersahaja dan penuh dengan jenaka (humour). Inilah menyeronokkan dan disenangi oleh anak-anak muda. Permasalahan agama yang dibawa juga yang ringan dan berlegar dalam diri anak muda seharian, misalnya mengenai permasalahan bertahrah, sembahyang, hukum halal haram dalam bersosial, berpakaian dan sebagainya. Azhar juga berani atau berterus terang dalam menyatakan sesuatu untuk memberi penjelasan. Kerana itu beliau dilihat nampak seperti kurang sopan.

Boleh dikatakan 80 peratus topik yang disentuh membabit golongan muda, tidak kira lelaki dan perempuan. Kelebihan lain dia bersyarah dalam bentuk jenaka. Tidak ada unsur-unsur politik melebih dari ceramahnya, apa lagi mengajak anak-anak muda menyokong mana-mana parti siasah.

Cara dia melayani anak-anak muda dengan menjawab soalan secara langsung juga satu faktor kenapa beliau popular dan disukai orang. Apa dilakukan sesuai dengan keadaan hidup hari ini yang berterus terang dan tidak perlu berkias-kiasan. Hari ini manusia suka ringkas dan direct to the point. Demikian juga bahasa penyampaian mudah difahami dan mengguna bahasa semasa, bahasa SMS dan Fb.

Dalam kata lain Azhar menjiwa anak-anak muda dan tepat kalau beliau digelajar sebagai Ustaz anak-anak muda atau pun Ustaz Fb atau pun Ustaz SMS. Ini satu instrument atau teknik berdakwah secara baru. Beliau juga menyinis dan menyindir tetapi kepedihannya tidak terasa kerana ia dilakukan dalam gelak tawa dan penuh kemanjaan. Tetapi setelah apa dijenakai itu didengari bersendirian barulah dapat merasai bahawa sindiran itu ditembak kepada diri kita atau sesiapa. Jadi di sinilah keinsafan timbul di dalam sanubari pendengar.

Kecenderongan siasah

Mengenai latar belakang atau kecenderongan siasahnya saya tidak dapat menyangka mulanya. Tetapi saya sudah merasakan dia mesti penyokong Pas atau ahli Pas. Logiknya, mana-mana Ustaz yang popular di negara ini, selalunya dia mestilah dari kalangan penyokong Pas. Sebab kebanyakan yang cenderong kepada ceramah agama ialah mereka yang ada kesedaran agama dan dalam hal ini orang Pas ada peminat utamanya. Dalam pemerhatian saya tidak ada ustaz bebas yang popular tetapi tidak ada sangkutan dengan Pas. Apa lagi tidak ada ustaz yang jelas "biru" yang popular?

Ternyata sangkaan saya ini benar apabila dia menghadiri satu program anjuran Dewan Pemuda Pas, berada di pentas bersama pemimpin Pemuda Pas. Dari sini menjelaskan bahawa kecenderongan politiknya ialah Parti Islam Se Malaysia. Seperkara lagi apabila beliau sering kali menyebut atau menjadikan 'JKKK' watak badut dalam kisah-kisah yang disebut dalam ceramahnya menunjukkan dia suka kepada Pas. JKKK adalah sinikal yang cukup melucu dan cukup signifiken.

Satu hari saya jumpa dengan Mustapa Ali Setiausaha Agung Pas dan saya menanyai mengenai Azhar. Katanya Azhar berasal dari Ladang Kuala Terengganu. Dia seorang ustaz biasa saja tetapi kini sudah popular, kata Mustapa. Pihak Pas ada berjumpa dengannya. Tujuan saya berjumpa itu juga untuk memberi tahu Mustapa agar Pas tidak menggunakan aset yang ada kepada Azhar. Maksud saya jangan sesekali meminta dia bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Pas. Jangan jadikan dia calon payung terjun untuk membantu Pas. Auranya jangan dicuri.

Jadi bila ada berita mengatakan kemungkinan Azhar akan diminta bertanding atas tikit Pas ia cukup membimbangkan saya. Keputusan itu tidak tepat dan tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya akan merugikan anak-anak muda yang dahagakan ilmu dan pengetahuan agama darinya. Saya takut kalau dia bertanding dan menang dia tidak lagi berkesempatan untuk beribadat seperti hari ini.

Jadi saya harap berita itu tidak benar dan Pas Terengganu tidak merosakan reputasi Azhar.

Dan malam tadi saya pertama kali hadir mendengar kuliyyah agama Azhar yang diadakan di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam. Saya memang menyempatkan diri. Awal-awal lagi sudah berjanji dengan sdr Zulaimi Kazin, taukeh Kopi Janda dan juga sdr Zaki Abdul Rahman kawan sekariah dengan saya untuk hadir pada ceramah tersebut.

Sebelum ini saya tidak pernah berkebetulan untuk hadir kuliyyahnya yang diadakan di Hulu Kelang berhampiran kediaman saya di Wangsa Melawati. Ada-ada sahaja perkara menghalang. Jadi malam tadi baru saya berjaya melepaskan niat untuk menyaksikan kuliyyah Azhar. Mahu tenguk sendiri secara live bagaimana Azhar beintraksi dengan pendengar dan peminatnya. Dan juga mahu tenguk sendiri bagaimana sambutannya.

Masya-Allah.. masya-Allah! Saya seakan tidak percaya saya berada di Malaysia. Saya merasakan persis berada di Indonesia. Di Indonesia fenomena begitu adalah biasa. Ceramah dan majlis Kiyai dihadiri ratusan ribu manusia, termasuk juga anak-anak muda rocker dan yang bergeladangan. Lapangan masjid akan penuh dan melimpah hingga ke jalan raya berkilo-kilo meter. Itu di Indonesia. Di sana para ustaz dan Kiyai sudah menjadi macam selebriti yang digilai dan diminati. Ustaz dan Kiyai yang digilai hidup senang lenang dan kaya raya. Saya masih ingat macam mana Allahyarham Zainuddin MZ memenuhi undangan berceramah menggunakan helikopter.

Nah... begitulah apa yang saya rasa. Bahawa Azhar sudah sampai standard dunia - dunia Indonesia. Saya sampai dua jam sebelum Maghrib. Suasana di perkarangan masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz sudah penuh sesak. Anak muda berderetan masuk macam hendak menuju ke bioskop melihat wayang. Belum pernah saya menyaksikan suasana demikian di Malaysia ini orang berderetan, berjujutan khasnya anak-anak muda lelaki perempuan menuju ke masjid.

Selalu ditenguk anak muda jantan betina keluar rumah sebelum Maghrib berjujutan untuk ke pesta ataupun ke pertandingan fesyen, lagu atau pun anugerah kepada artis dan bintang filem. Tetapi apa yang saya tenguk semalam adalah kelainan, satu fenomena yang sungguh membahagia dan mengharukan jiwa yang insaf.

Semasa mendirikan solat Maghrib sesuatu yang menyentuh hati kecil saya, rasa bahagia dan terharu berkecamukkan di dalam diri. Rasa suka dan cerita membalun lubuk hati. Merasakan diri hina dan kerdil di tengah-tengah jemaah yang berasak dan ramai begitu. Entah kenapa terasa semasa mendirikan solat Maghrib dan Isyak laksana persis berada di masjidil Haram dan masjid Nabawi di Madinah di mana jemaahnya begitu teguh merampatkan saf di antara satu sama lain dengan penuh ukhawah Islamiyah.

Untuk awal saya simpulkan, Azhar kini menjadi satu fenomen di kalangan anak-anak muda yang inginkan maklumat mengenai agama. Iya walaupun masih ada ramai lagi yang belum mengetahui dan mengenalinya serta tertarik kepada syarahannya kalau ada bantuan dari pihak berkuasa dan tidak ada pula dengki dan khianati insya-Allah Azhar akan dapat membawa sesuatu fenomena baru kepada dunia anak muda kita yang mana natijahnya memberi kehebatan kepada negara ini juga.

Jadi biarlah dan berikan kebebasan kepada Azhar untuk menangani dan melayani anak-anak muda semahunya. Biarlah ia basah muka anak-anak muda dengan wuduk dan mengajak mendekati Allah secara popular. Jangan diusik dan jangan didengki kepadanya. Juga jangan ada sesiapa yang cuba hendak menumpang pengaruhnya. Apa yang perlu semua pihak sokong dia.

Ada baiknya kalau kuliyyah seperti semalam yang bersih dari elemen politik dan bukan medium propaganda untuk mana-mana parti disiarkan secara langsung oleh seluruh rangkaian televisyen di negara ini.

Dalam tilikkan saya pendekatan dan kaedah diambil Azhar lebih baik dari kaedah dan pendekatan satu kumpulan yang kononya hendak memulihkan akidah ummah dengan mengadakan majlis Bicara Ummah atau sebagainya tetapi hakikatnya membelasah sebuah parti politik. [wm.kl.1:55 t/hari 30/01/12]

Mohd Sayuti Omar

Subsidi Gula - Jika Tak Menipu jangan panggil BN "BOHONG NEGARA"

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

dap scholarship fund pc 130607 tony pua"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.

Dasar sekular kerajaan punca gejala murtad

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah,” kata presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada punca murtad berlaku.

Menurutnya, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.

Katanya, kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.

Tambahnya, kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook

Menurutnya lagi, gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam,”katanya kpada Harakahdaily.

Beliau berkata, kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.

Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.

Justeru, ujarnya, Teras juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa itu membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.

Katanya, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad

Menrurutnya, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.

Ujarnya, jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabitbersalah maka enakmen dan agensi yang wujud akan menjadi momokan masyarakat.

Jawantankuasa tersebut juga, ujarnya perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.

Ini, katanya adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.

“Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam,” ujarnya lagi

Katanya lagi, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.

“Teras menggesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terutama dari sudut undang-undang,” ujarnya.

KUIN: ‘Serangan bertalu-talu macam nak jatuhkan Azizan’ dakwa Nasrudin Hassan

January 30, 2012

Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa serangan yang dilemparkan seolah-olah mahu menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata semua pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menghormati pandangan Azizan dalam isu penggantungan lima mahasiwa KUIN menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tegas beliau, walaupun sayap pemuda PAS itu tegas untuk memansuhkan AUKU namun perbezaan pandangan perlu ditangani dengan baik.

"Apabila ada dari kalangan kita yang berbeza pandangan seperti menteri besar Kedah...beliau berbeza pandangan dengan kita mengenai AUKU maka tangani perbezaan pandangan ini dengan positif sebab perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan.

"Jadi apabila menteri besar Kedah mempunyai pandangan berbeza, kita perlu dengan dan hadapi isu ini dengan baik...bukan serang bertubi-tubi, mengancam mahu jatuhkan kerajaan dan keluarkan kenyataan agar keluar PAS dan masuk Barisan Nasional (BN)," katanya menambah Pemuda PAS pusat konsisten berjuangan bersama Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mansuhkan undang-undang itu.

Nasrudin berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang bertindak menyerang Azizan yang sebelum ini menegaskan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN.

"Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?

"Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku," katanya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan parti itu.

Khamis lalu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga.

Namun Azizan menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Nasrudin turut membangkit persoalan mengenai serangan terhadap Azizan namun tidak menyerang Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh yang menjadi peguam bagi KUIN.

"Ia bukan sahaja libatkan Azizan, Karpal Singh juga peguam yang bela KUIN...adakah Karpal Singh sokong AUKU? Adakah Karpal Singh bertentang arus dengan Pakatan Rakyat? Kerapa Karpal Singh tidak diserang sebaliknya hanya serang menteri besar Kedah.

"Persoalan begini menimbulkan tanda tanya...kepada semua saya sarankan tangani keadaan ini dengan baik dan jangan keluarkan kenyataan berbaur jahat," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...