TERKINI :

Thursday, December 29, 2011

Budaya politik kurang ajar.. Siapa yang Ajarnya..???

Oleh Fairuz Azhan

Semakin jelas bahawa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin dicabar oleh rakyat prihatin.

Ini termasuk menyeleweng wang negara, memfitnah anak bawah umur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa mencabul seorang gadis dan menghina rakyat Malaysia yang menolak politik mereka dengan menggelar mereka dengan pelbagai nama termasuk “bangsat”.

Semasa Perhimpuan Agung UMNO baru-baru ini, seorang wakil Pemuda UMNO yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai “bangsat:.

Konco-konco UMNO di Pulau Pinang pula telah menghantar kek berbentuk najis kepada Guan Eng sempena hari lahir beliau. Begitu bangga sekali mereka yang kebanyakannya dari keturunan India Muslim dengan kelakuan tidak senonoh dan memalukan orang Melayu yang dahulunya terkenal dengan sifat sopan santun serta beradab mulia.

Malah, jika diingatkan semula, apabila segelintir warga Indonesia melemparkan najis ke bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta tahun lalu, ramai rakyat Malaysia marah dengan perbuatan biadap itu. Apakah ia tidak menjadi peringatan buat kita semua?

Inilah politik samseng yang berasaskan ugutan, tekanan, membuat kacau bilau, fitnah terhadap orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah ‘kehebatan’ kepimpinan UMNO dan konco-konco mereka. Apakah ini warisan perjuangan Melayu 1946?

Kedangkalan politik, kerendahan hati budi

Seolah-olah tiada daya intelektualisme untuk berhujah dan menggunakan akal untuk membuktikan bahawasanya mereka adalah pilihan yang lebih baik daripada alternatif yang ditawarkan pihak lawan.

Rakyat melihat dan menilai mana satu pihak yang memberikan alternatif yang lagi baik melalui wacana penyampaian ilmu yang baik, bukannya siapa paling samseng di Malaysia mahu pun siapa lagi banyak membuat fitnah dan dusta.

Anak-anak sekolah pun jijik dengan ‘kematangan’ wira-wira perkauman ini. Bagaimana mereka tangkis skandal yang benar-benar berlaku? Dengan memfitnah orang lain. Bagaimana mereka menjelaskan penyelewengan dan salah guna kuasa? Dengan menjadikannya isu perkauman.

Bagaimana mereka mahu membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat lemah dan tidak baik untuk rakyat? Dengan menghantar ‘Mat Rempit’ yang berusia ‘bapak budak’ untuk membuat demonstrasi sambil memakai t-shirt perkauman. Malah pengayuh beca juga dikatakan dibayar sedikit wang untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang.

Semua itu dihebohkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apabila yang berdemo itu meminta maaf dan mengakui mereka dibayar oleh pihak-pihak perkauman, semua media kawalan BN diam membisu.

Mereka melayan rakyat seperti hamba yang dangkal otak. Apabila rakyat mendesak hak dan peluang untuk berhujah, dikusi, debat dan sebagainya, ia dibalas dengan intimidasi, fitnah dan budaya samseng.

Mahasiswa pun menjadi mangsa fitnah

Awal bulan ini, sekumpulan mahasiswa telah ditahan kerana berpidato di UiTM walau pun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang lebih dikesali ialah sekumpulan mahasiswa pro-BN telah membuat kacau dan berlagak samseng di majlis tersebut. Bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Ramai orang UMNO, khususnya ahli-ahli veteran sudah sedar bahawa demokrasi dalam UMNO sudah lama mati di mana titik nokhtahnya bermula semenjak penubuhan UMNO Baru pada 1988.

Tetapi bagi rakyat, itu soal UMNO. Jika tidak suka dengan demokrasi dalam parti sendiri, itu soal parti tersebut sahaja. Tapi janganlah mendidik rakyat dengan sedemikian juga.

Kita ada Perlembagaan Persekutuan. Walau ada beberapa pindaaan yang menghalang hak dan kebebasan, yang penting adalah amalan mengikut perlembagaan asal yang membentuk negara kita yang merdeka lebih 54 tahun lalu. Ia adalah amanah dan tanggungjawab kerajaan yang diberikan oleh rakyat.

Rakyat yang mahu demokrasi perlu membuat pilihan

Sesungguhnya rakyat dahagakan sebuah demokrasi yang matang dan baik. Ia memberikan peluang yang adil untuk segenap lapisan masyarakat terlibat dalam isu membangunkan negara yang tercinta ini.

Janganlah kita menganggap demokrasi itu sebagai ‘agama baru’ untuk menghancurkan negara semata-mata kerana takut berhadapan dengan rakyat yang sudah celik, bijaksana dan prihatin tentang hak dan tanggungjawab.

Budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja tiada tempat di Malaysia, ia juga ditolak oleh semua ajaran agama dan ideologi politik yang bebas dan demokratik. Mengugut dan berselindung di sebalik undang-undang yang zalim hanya menonjolkan kedangkalan untuk berhujah dengan baik dalam ruang demokrasi.

Rakyat yang bosan dan meluat dengan budaya UMNO-BN ini, termasuk dari kalangan ahli-ahli parti-parti komponen mereka sendiri, mempunyai alternatif untuk memperbaiki keadaan yang semakin parah ini. Sesungguhnya kuasa itu di tangan rakyat. – Roketkini.com

Salahguna Wang Zakat : Mana Jamil Khir... diam jee...!!??

Salahguna Wang Zakat: Mengapa Jamil Khir terus diam membisu?

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (gambar bawah), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Anwar Ibrahim..

Isu ini yang telah dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar. Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010. Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.

Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI? Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara ini.

Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

ISU MADRASAH SALIHIAH - DEPA TANYA KERAJAAN NEGERI JAWAB

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

DUIT ZAKAT BIAYAI KOS GUAMAN MENTERI : Mana suara Ulamak dan Mufti??

KENYATAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
DUIT ZAKAT BIAYAI KOS GUAMAN MENTERI:
PARA ULAMA’DAN MUFTI PERLU BERSUARA
(28 Disember 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama’ dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. DPPWP merasakan pandangan para ulama’ dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Bagi DPPWP, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin. Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya. Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya. Dalam hal ini, beliau mesti mengelakkan diri dari mempunyai rekod buruk yang akan menghakis kepercayaan beliau dalam menguruskan institusi zakat.

Tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan. Keadaan ini boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu, DPPWP mengharapkan agar para ulama’ dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka. Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras. Kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut. Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan.

Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan

IKUTI SIARAN LANSUNG MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

mohon war-warkan kepada umum moga diberkati

https://lh5.googleusercontent.com/-nbvdEkjqTgE/Tt9mGrG3rtI/AAAAAAAAFeQ/JIk1T0600zE/s500/222.gif


IKUTI SIARAN LANSUNG
MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH
DARI STADIUM SULTAN ABD HALIM
SUKA MENANTI ALOR SETAR

PADA 30 DAN 31 DISEMBER 2011
MULAI JAM 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM

JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI
PERTAMA KALI -

APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI
1. 1. Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis,Darul Quran ,kumpulam Firqah Al Hafizh , Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)

3 2. 30.12 – sebelah pagi - SS Dato Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti ( moga kita antaranya)

3. 3. 30.12 – 11.30 pg- SS dato Mufti akan menyempurnakan PELANCARAN PENGUMPULAN AL QURAN ROSAK
4.
4. 30.12 – sebelah petang - Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN K4. ASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah rasulullah)
5.
5. 30.12 – sebelah malamnya- kita bersama 3 anak tokoh Gerakan Islam Malaysia. Pertama kali dibariskan mereka di atas satu pentas. Ayah mereka Ulamak haraki disegani iaitu Anak Al marhum Ust. Fadhil Noor - Ust. Fauwaz , Anak Tuan Guru NIk Abd.Aziz - Ustaz Nik Abduh dan Anak Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang - ust Mohd. Khalil. Mereka akan membawa kita memahami ciri-ciri dan PERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. Ulamak melahir ulamak ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)
6.
6. 31.12 – 8.30 pagi- Ust Zul Ramli dan Prof madya Dr Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH

7. 7. 31,12 – 10.00 pagi - TG dato dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu rasulillah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu rasulullah s.a.w ( moga kita memperolehinya)

8. 8. 31.12- 11.30 pg – TG dato dr. Harun Din menyempurnakan PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu

9. 9. 31.12 – sebelah petang - Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN QASIDAH SENTUHAN QALBU. Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.
10.
10. 31.12 selepas soalt maghrib MAJLIS TAHLIL dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mahd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)

11. 11. 31.12. – 9.00 malam - Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIs MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. Sehiasi dengan alunan qasidah memuji rasulullah dan selawat ( moga allah
memilih kita dalam ribuan yang hadir )
.
12Sepanjang 2 hari anda dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan. ( moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )


keterangan lanjut hubungi cikgu sukarno abd hamid 0195987842

Laporan Polis untuk puak DERHAKA ke atas intitusi yang TUANKU SULTAN KEDAH naungi...!!

oleh Anakkedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/402856_288513371199611_100001228506326_871736_1555814115_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/404894_333569113338884_100000573934515_1247338_1936388245_n.jpg

Alhamdulillah PAS ALOR SETAR dah mula... kawasan lain apa cerita... pakat counter pie report cepat.. kita tengok macamana tindakan pihak berkuasa... alaaa chegu bard dekat twitter pon depa siasat.. nie dah terang2 lawan keputusan MAJLIS FATWA & TOK MUFTI yang dinaungi oleh TUANKU SULTAN.... tak jatuh derhaka kaa...

Kawasan lain bangun cepat jangan dok lena lagi....

Isu Azizan nak Roboh Surau di Kedah - Nak Tanya : Surau kaa Atau Pejabat Takaful..???

SURAU KAH ATAU PEJABAT TAKAFUL..???

Umno Kedah diminta akur
Oleh : ROSLINDA HASHIM
Tarikh : November 24, 2011

heheh

Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang mem­benarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Ke­rajaan Negeri sewenang-wenangnya.

“Kenapa mahu menidakkan ke­putusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan.

“Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat,” katanya.

Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ah­mad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengam­bilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah.

Ahmad Bashah mendakwa tin­dakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam.

Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati de­ngan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh me­rujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Jika bantah, ke­napa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya un­tuk menangkis dak­waan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya masya­rakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kom­pleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu.

“Pemaju juga ba­gi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat,” katanya.

Mohd Azam tu­rut menyangkal dak­waan bangunan ma­drasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007.

“Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Ada MKK tak tau buat kerja..??

oleh DepaKata

Assalamualaikum...

Apa habaq orang Kedah... hangpa tau kaa apa dia MKK... kalau hangpa tak tau memang punggah laaa....kalau kawasan di hangpa orang lagi kenai JKKKP dari kenai MKK memang haram bejadah laa MKK tu sebab tak reti nak promote buah tangan Kerajaan Negeri bagi rakyat tau.... kalau hangpa tak tau jugak MKK tu menatang apa mai kami nak habaq.. MKK tu stand for MAJLIS KOMUNITI KAMPUNG.. depa nie mcm JKKK dulu-dulu laaa tapi bila dah Kedah boleh kat PR... Azizan tak nak bagi depa celaru dengan Jin kacau kampung jadi Azizan buat komuniti baru iaitu MKK...

Nie dia list nama MKK kawasan hangpa yang kami ambik dari WARTA KEDAH - KLIK SINI dan untuk pengetahuan semua setiap MKK nie kerajaan negeri dah lantik seorang setiausaha untuk melancarkan kerja depa.... dan yang best lagi depa nie ada elaun setiap bulan bukan buat kerja free.... MKK dibayaq RM300 manakala setiausaha dia di bayaq RM200......

Kami bukan apa dok cerita semua nie..sebab ada depa dok kata... depa tak kenai MKK kawasan depa.... sampai ada yg kata MKK nie menatang apa... jadi kalau dipikiaqnya masalah nie memang terok...sampai ketua satu kampung pun rakyat tak tau sapa.... jadi nampak sangat MKK dan s/u yang dilantik tak reti nak promote diri sendiri sambil membawa jenama Kerajaan Negeri Kedah....

MKK dan s/u nie kena ingat depa nie menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri.... hangpa kena ada list nama rakyat kawasan hangpa... berapa jantan berapa betina... mana yang kaya mana yang miskin.... berapa ibu tunggal.. berapa bapak tunggal.... dan hangpa kena tau selok belok jalan kawasan hangpa.... ini semua memain peranan untuk melancarkan kerja buat hangpa..... kalau hangpa ada semua tuuu ianya akan memudahkan kerja buat hangpa.....

Contoh kata ada rakyat perlu bantuan jalan kampung... itu tugas hangpa laa buat surat permohonan mintak jalan tu kat pihak yang terlibat... MKK tak tau buat surat s/u dah ada suruh la dia buat surat...kalau tak reti buat apa jadi s/u... nak bagi makan elaun buta kaaa...... nanti bila siap surat tu pie bagi kat PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT atau PIHAK AHLI MAJLIS atau AHLI DUN anda...suruh depa follow up permohonan rakyat kawasan hangpa.... bab dapat tak dapat itu biaq depa sana uruskan... kerja hangpa buat surat permohonan.... susah ka nak buat benda nie....

Contoh lagi jika ada rakyat rumah dia bocoq dan nak zink 2,3 keping.... jadi hangpa buat saja surat permohonan.. pie mintak kat pihak berkenaan... pihak2 berkenaan tu mcm tadi laaa...dan jugak boleh juga di pohon kepada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... PUSAT ZAKAT....dan sewaktu dengannya..... rakyat tak akan pertikai rasanya jika hangpa dah buat semua tuuu....

Contoh lagi sewaktu YB kita turun kawasan... kompom rakyat akan mengadu masalah punya.... dan kompom depa akan mintak serba sikit bantuan punya.... mintak cermin nako laa... mintak bola laa... mintak nak repair jamban laa... mintak ganti zink dapoq bocoq laa.... benda nie semua kompom YB tersebut akan kata... Insya'allah nanti kita tengok ada bantuan tak... tak pon nak nampak macho dan cover.. terus kata takpa esok kita mai ganti..... jadi sekarang satu pengharapan dah terletak kepada rakyat tersebut utk terima bantuan tuuu.... jadi skrg inilah tukas MKK tadi... buatkan surat permohonan apa yg depa mintak tuuu...lepas tu pia la rembas kat pejabat YB suruh depa pie mintak kat pihak berkenaan..... benda nie semua kecik ja kalau di tengoknya... tapi ayaq muka akan jatuh kalau nak perbai zink bocoq 2 keping kita semua tak dapat bantu....malu Kerajaan negeri nak habaq kat hangpa semua.....

masalah skrg depa kata MKK tak buat kerja..dok melangut saja...lalu JKKKP mai masuk mencelah....dan puak tu buat semua kerja nie... usung rakyat pie PEJABAT ZAKAT... JKM... tolong isi borang....dapat tak dapat depa peduli apa janji depa dah tolong sampai terra tuuu...nanti depa akan kata bukan salah UMNO dah tak bagi...PEJABAT ZAKAT yg tak bagi.... jika baginya depa dengan muka tebai mai pakat sua sumbangan tersebut.... hahhh sekarang sapa dapat nama...

Itu laa tadi kami kata....MKK nie peranan dia penting...ia sebagai mata & telinga kepada Kerajaan Negeri Kedah... kalau hangpa dok lengai dan tak buat kerja dan asyik dok makan elaun buta... baik hangpa semua pakat letak jawatan saja...buat perabih duit rakyat jaa bayaq elaun hangpa....

note - kamai katakan benda nie kepada MKK yang makan elaun buta.... tetapi kepada MKK yang komited dengan amanah yang diberikan teruskan kerja mulia anda....

Laporan Polis terhadap 'GOLONGAN' yang menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia..

oleh KedahLa

Dewan Pemuda PAS Alor Setar yang diketuai Ketuanya Mohd Azam Awang telah membuat laporan polis terhadap puak-puak yang derhaka kat Sultan dan menghina majlis fatwa Negeri Kedah.


Berikut ini adalah salinan laporan tersebut:

LAPORAN POLIS TERHADAP BBSMS

Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.

Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:

1) Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.

2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.

3) Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.

4) Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.

Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:

1) Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.

2) Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.


Laporan polis oleh:

MOHD AZAM BIN AWANG
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.
Bertarikh: 28 Disember 2011

Bila Mukhriz menari ikut Utusan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir tidak perlu mengikut rentak tari mainan akhbar Utusan yang dilihat terus membina persepsi mengelirukan berhubung Madrasah Salihiah.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya menegaskan, asas kukuh berkaitan perkara itu telah pun diperjelaskan dan seharusnya Mukhriz tidak perlu mencari ‘glamour’ dengan menidakkannya.

“Kita nak ingatkan Mukhriz, dari segi hukum ia dilaksanakan setelah mendapat nasihat Majlis Fatwa Negeri. Ini bukan kerja menghancurkan macam Umno pernah buat. Berbeza dengan kerajaan pimpinan Umno yang pernah merobohkan surau dan masjid di beberapa tempat sebelum ini.

“Tetapi ini adalah pembangunan semula tapak berkenaan yang telah terbengkalai sekian lama. Sepatutnya Mukhriz kena rakam tahniah kerana dalam masa sama ruang solat dapat diperbesar dan diimarahkan. Amalan ini berlaku juga sepertimana pembesaran Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah,” terangnya.

Ujar beliau, jika Umno selama ini mengaku jaguh soal pembangunan, sepatutnya Mukhriz menyahut pelawaan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan dan pembangkang sama-sama memerintah dengan turut serta menyokong usaha untuk masa hadapan itu.

Tegas Ahmad, Pemuda PAS Kedah menyokong usaha kerajaan negeri dalam menguruskan perkara itu dan berdiri teguh dengan kepimpinan Ustaz Azizan.

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

Tu dia aihh.. Tak yah pie LAS VEGAS... kot Malaysia pon dah belambak dah...

Tarian tiang unsur seks

KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.


AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...