TERKINI :

Tuesday, December 27, 2011

Gerakan 5B porak porandakan UMNO Kedah

TOK DET & MUKHRIZ JUMPA NAJIB MINTA BUANG MAT BASHAH

Oleh: Mat Kering Bakag Bata





Satu Kedah dah tahu cerita ini. Syeikh Mukhriz Mahdir Al-Hafiz dan Tok Det Khalid dilaporkan mengadap Presiden Umno sebuah parti tua yang sedang nazak nyawa2 ikan... Depa minta Tok Mat Bashah disingkirkan. Pasai apa pulak? Sebab Mat Bashah kini dah jadi liability pada UMNO/BN Kedah. Bila orang tengok UMNO Kedah dipimpin oleh Mat Bashah maka orang tak nampak apa2 perubahan pada UMNO/BN. Orang tak nampak Mat Bashah layak jadi MB kalau BN menang dan BN jugak tak ada harapan langsung nak menang kalau Mat Bashah pimpin UMNO.. Maka Najib didesak singkirkan saja Mat Bashah, selamat UMNO!

Bila Mat Bashah tahu permainan jahat rakan sepasukannya apa lagi... mengamuk sakanlah. &$@/:;#%^*+¥£€><~|...pendekkan cerita perang besarlah UMNO Kedah kini kerana berebut nak jadi calon, nak jadi MB. Menang pun tak tau lagi, harapan nak menang pun gelap gelemat. Hampir semua kajian yang dibuat oleh badan professional di Kedah termasuk oleh pihak UMNO menunjukkan BN sukar untuk menang di Kedah. Tapi UMNO dah berperang macam dah menang 36 kerusi.

Hai teruk sungguh UMNO ni.. pakat dok pasang angan2 mcm mana nak khekah reta meredak kerajaan negeri Kedah demi kepuasan nafsu serakah duniawi depa.

Golongan macam ni rakyat Kedah nak angkat balik jadi kerajaan? WAI'IYAZUBILLAHIMINZAALIK.

(Apakah Gerakan 5B? = Gerakan Buang Bashah Bertanding Bakar Bata)

http://kedahla.blogspot.com/2011/12/gerakan-5b-porak-porandakan-umno-kedah.html

Surau Salihiah: Sejak bila Umno juara agama

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.

"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.

"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.

Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.

"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.

Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Aduhai buat malu waris "SILAT GAYUNG" jaa bagi kat MAK CIK LUCAH nie..!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/399478_10150448979387157_319981142156_8673626_2011315615_n.jpg

Keputusan kes Anwar tak jejas PRU13

ALOR SETAR - PKR Kedah yakin keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari depan, tidak akan menjejaskan momentum parti itu membuat persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, sekiranya keputusan kelak tidak memihak kepada Anwar, ia tidak akan menjejaskan tumpuan gerak kerja parti.
“Kita tetap teruskan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada 14 Januari. Ia tidak jejaskan perjuangan parti, malah saya percaya semangat lebih memuncak untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Menurutnya, rakyat harus bangkit membuat perubahan sekiranya sudah sedar akan kepincangan dalam pentadbiran Pusat, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalannya, Senator Ir Zamri Yusof berkata, sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara, gerak kerja PRU13 tetap berjalan seperti biasa dan momentum parti akan bertambah kukuh sekiranya beliau dibebaskan.
Ditanya sama ada isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan kes sabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini memberi kelebihan pada PR, Ir Zamri berkata, ia adalah bonus kepada PR menjelang PRU13.
“Isu NFC ini dilihat lebih mudah difahami rakyat berbanding kes besar membabitkan Pusat, yang didedahkan pemimpin PR sebelum ini,” katanya.

Hanya 20% isi rumah berpendapatan lebih RM3,000

Oleh Lanh

http://3.bp.blogspot.com/-PPsOyX9KsPM/TuME6AZxffI/AAAAAAAAA-s/kcuuWxJBHwQ/s1600/bantuan500_thumb%255B4%255D.jpgKita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan dan rakyat dalam pemberian wang bantuan RM500 sekali beri, tetapi dalam keghairahan pemimpin negara dan media massa membesar-besaran pemberiaan berkenaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan; terdedahlah satu hakikat yang perlu direnungkan – hanya 20 peratus saja isi rumah di negara ini yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan!

Kementerian Kewangan menyatakan RM2.6 bilion akan mula dibayar mulai pertengahan Januari depan yang akan memanfaatkan 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada isi rumah di negara ini. Jika 79.5 peratus daripada seluruh isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, bermakna hanya ada 20.5 peratus saja isi rumah yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Sekarang ini pendapatan isi rumah biasanya disumbangkan oleh suami dan isteri; ini bermakna jika sebuah keluarga itu berpendapatan RM3,000 sebulan; masing-masing hanya berpendapatan dalam lingkungan RM1,500. Jika perkiraan begini dilakukan apakah ini bermakna kira-kira 80 peratus daripada rakyat berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan?

Dengan berpendapatan RM1,500 atau kurang daripada itu sebulan, hakikat ini perlulah menjadi bahan renungan kita – benarkah rakyat dalam ambang berpendapatan tinggi seperti yang dicita-citakan sesetengah pemimpin negara ini. Bagi kita perolehan sebanyak RM1,500 sebulan tidak begitu jauh daripada garis kemiskinan apatah lagi jika seseorang itu tinggal di kota dan bandar-bandar besar.

Jika sedar bahawa sebahagian besar daripada rakyat adalah miskin atau golongan sederhana (kira-kira 80 peratus daripada penduduk), maka sewajarnya langkah-langkah drastik dan berkesan dilakukan untuk mengatasi masalah ketidak-mampuan rakyat ini. Dengan pendapatan RM1,500 sebulan di kota sebenarnya tidak banyak perkara keperluan hidup yang boleh dilunaskan. Sewa (bayaran ansuran) rumah, tambang pengangkutan dan bayaran utiliti bulanan sudah cukup untuk melangsaikan wang sebanyak itu

Jadi bagi kita, usaha mengurangkan beban golongan majoriti rakyat golongan miskin dan sederhana ini bukanlah dengan pemberian sekali beri tetapi merancang mengurangkan penderitaan dan kesempitan hidup mereka. Isu jelas yang paling membelenggu rakyat adalah kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang sejak akhir-akhir ini seperti tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Memberi rakyat wang tunai RM500, dengan cepat mereka boleh menghabiskannya tetapi dengan berwibawanya kerajaan memastikan harga barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, tepung, susu, minyak, sayur-sayuran, ikan serta ayam dan daging dalam jangkauan rakyat miskin, inilah seribu kali lebih baik dan mulia.

Demikian juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan efisien terutama di kawasan luar bandar adalah amat dialu-alukan. Kini krisis pengangkutan awam di kawasan pinggir kota dan kawasan luar bandar menjadi terlalu buruk sehingga ribuan penumpang di Seremban, Temerloh, Shah Alam dan Kuala Selangor terkandas gara-gara penguasaha pengangkutan awam seperti bas berhenti-henti terpaksa memberhentikan perkhidmatan kerana syarikat mereka mengalami kerugian yang teruk.

Kita sedar syarikat-syarikat ini rugi besar kerana penggendalian perkhidmatan di luar bandar tidak menguntungkan tetapi bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani permasalahan seperti ini. Jika kerajaan boleh berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam canggih seperti MRT di ibu kota, mengapa tidak boleh diperuntukkan sedikit sebanyak untuk melegakan penderitaan rakyat luar bandar?

Berkenaan bantuan sekali beri RM500, kita berharaplah ia bukan umpan di kail, tetapi jika betul-betul umpan, harap-haraplah ikan yang ‘bersekolah’ akan mengigit-gigitnya secara bijaksana, jangan mulut tersangkut di kail sudahlah. Biarkah umpan habis tetapi ikan tak dapat-dapat juga!

PERBEZAAN MB BN & MB PR...!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/396251_10150448941977157_319981142156_8673427_622564377_n.jpg

Allah..huakbarr....

Perintah 8 tahun dah mentedarah duit rakyat.. itu pun belambak sokong BN lagi...

Isu Khir Toyo malukan rakyat: Siti Zailah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 27, 2011
Siti Zailah Mohd Yusof

KOTA BHARU – Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah mewah dan tanah ternyata memalukan rakyat.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, satu demi satu penyalahgunaan kuasa pada kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional berjaya dibuktikan dan ia menunjukkan dakwaan pembangkang selama ini adalah benar.
“Pas percaya banyak lagi isu-isu seumpama itu dipercayai melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi parti itu yang perlu disiasat pihak bertanggungjawab. Kes Khir Toyo ini salah satu bukti yang jelas kepada rakyat siapa sebenarnya mereka.
“Syabas kepada mahkamah yang kerana memberikan hukuman tanpa mengira kedudukan individu. Masih ramai lagi bekas-bekas pemimpin parti itu yang memiliki kekayaan luar biasa dan ini perlu diselidik segera,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Katanya, diharapkan keputusan itu memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin parti politik lain kerana mahkamah tidak melindungi sesiapapun walaupun bekas pemimpin tertinggi.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjara 12 bulan mulai tarikh jatuh hukum dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala perintah melucut hak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Beliau dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Isu Anak-Anak Ali - OK Sudah.. apa-apa hal lepas nie pie gaduh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

Pas sambut baik permohonan maaf
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 27, 2011
Datuk Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Pimpinan Pas menyambut baik permohonan maaf bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung ketelanjurannya mengkritik isu Negara Berkebajikan pada 20 Disember lalu.

Bagaimanapun, pimpinan tertinggi Pas mengambil keputusan akan memanggil Hasan dalam masa terdekat untuk meminta penjelasan daripada beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas mengambil keputusan untuk memanggil Hasan bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara lain dalam kenyataannya sebelum ini antaranya ialah dakwaannya bahawa Pas lari dari landasan perjuangan sebenar.
“Beliau perlu memberikan penjelasan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat mengenai dakwaannya itu.
“Mungkin ada perkara yang perlu diperbetulkan oleh parti,” katanya.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan memohon maaf kepada pimpinan tertinggi Pas dan mengakui terdapat unsur ketelanjuran ketika membuat ulasan terhadap perkara Negara Berkebajikan.
Mahfuz berkata, pihaknya berharap ahli dan pimpinan Pas tidak akan membuat kenyataan terbuka apabila mengkritik parti sebaliknya menggunakan saluran yang betul.
“Mereka boleh mengkritik parti dalam mesyuarat dan menggunakan saluran tertentu.
“Kita tidak menghalang mereka berbuat demikian tetapi mengharapkan mereka dapat membuat kenyataan terbuka atau memberikan pendapat yang bersesuaian,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan pihaknya menerima permohonan maaf daripada Hasan.
“Dia dah mengaku silap dan menarik balik kritikan Negara Berkebajikan, kita terimalah dia,” katanya.
Sebelum ini, Hasan menolak konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas dan mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal, iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
Hasan menegaskan matlamat penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam dalam pemerintahan.

YB Pendang temui 'insan istimewa' cemerlang PMR 2011



Mohamad Hadi Darus, pelajar cemerlang mendapat 9A
dalam keputusan PMR 2011



Nama saja MENTERI AGAMA.. tapi perbuatan Menjelekkan! ada Rumah Mewah boleh.. nak bayar peguam guna duit ZAKAT

Kuala Lumpur 26 Dis: Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno,” soalnya.

Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden.

Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau.

Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat. -KD

34 pelajar Langkawi dapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah

LANGKAWI 26 Dis. - Seramai 34 orang dari keseluruhan 1,430 pelajar di daerah ini mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan minggu lalu.

Dari jumlah itu, 16 pelajar adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, 12 pelajar dari SMK Tunku Putra, lima pelajar dari SMK Kelibang dan seorang dari SMK Ayer Hangat.

Pencapaian itu sekali gus melonjakkan jumlah peratusan kelulusan daerah kepada 59.94 peratus berbanding hanya 57.32 peratus tahun lalu.

Pengetua SMK Mahsuri, Sabri Abdol Rahim berkata, pihaknya berbangga kerana muncul sebagai sekolah yang menghasilkan pelajar 8A teramai iaitu seramai 16 orang.

"Jumlah itu meningkatkan peratus pencapaian sekolah daripada 68.28 peratus tahun lalu kepada kepada 69.59 peratus pada 2011," katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu juga membuktikan bahawa segala perancangan sekolah menyusun program-program seperti latih tubi peperiksaan pada setiap Sabtu, program uji masa dan beberapa taklimat peperiksaan kepada para pelajar dan ibu bapa, membuahkan hasil.

Pelajar yang memperoleh 8A, Nur Syazwani Naqibah Md. Beseri, 15, berkata, selain mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan, dia turut menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakanan sihat seperti kismis, kurma dan minuman susu segar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. [utusan]

[Video] Bencana air pasang besar di Dungun




ORANG ramai melihat sebahagian daripada Jalan Teluk Lipat, Dungun yang terpaksa ditutup selepas runtuh dilanda air pasang besar semalam.


DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.

Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.

Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.

Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.

Tinjauan Kosmo! di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.

Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.

Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.

“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.

“Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Suhaib antara sahabat rapat Rasulullah

SUHAIB bin Sinan dianggap salah seorang daripada empat tokoh utama oleh Rasullulah SAW. Selain Bilal bin Rabah dan Salman al- Farisi, Suhaib bin Sinan merupakan salah seorang yang paling awal memeluk Islam.

Beliau lebih dikenali sebagai tokoh dari Rom walaupun susur galur keturunannya adalah daripada bangsa Arab. Beliau berasal dari keturunan Arab pada zaman dahulu. Menurut cacatan sejarah, Sinan bin Malik dan seorang bapa saudaranya merupakan pemimpin di suatu kawasan di Sungai Dajlah, termasuk dalam wilayah Kerajaan Parsi.

Dalam salah satu pertempuran dengan tentera Rom, Suhaib yang ketika itu masih kecil, ditawan dan dibawa ke Rom.

Bersama Ammar di rumah al-Arqam

Suhaib dibesarkan di Rom sebagai tawanan perang dan kemudian dijual sebagai hamba kepada seorang ketua suku Kalb. Beliau kemudiannya menjual Suhaib kepada Abdullah bin Jaz'an. Abdullah berasa kagum dengan keperibadian Suhaib lalu beliau dibebaskan dan diajak olehnya untuk bersama-sama menjalankan perniagaan.

Kisah keislaman Suhaib diketahui ketika beliau bertemu dengan Ammar bin Yasir berhampiran dengan rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam, tempat yang menjadi markas Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan dakwah baginda.

Perniagaan yang paling menguntungkan

Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Abu Bakar al-Siddiq, Suhaib turut berhijrah bersama rombongan yang diketahui Ali bin Abi Talib; beliau telah diseksa toleh beberapa orang pemuda Quraisy.

Suhaib telah menawarkan untuk memberitahu tempat beliau menyimpan hartanya kepada pemuda-pemuda tersebut sebagai balasan sekiranya beliau dibebaskan untuk berhijrah ke Madinah. Tawarannya diterima oleh pemuda-pemuda tersebut, lalu Suhaib bebas untuk pergi ke Madinah.

Sebaik sahaja beliau sampai ke Madinah, beliau terus berjumpa dengan baginda Rasulullah yang menyambut kedatangan beliau dengan berkata, "Sungguh beruntung perniagaan Suhaib."

Amalan Suhaib itu telah dimaklumkan oleh Allah kepada Rasulullah yang membawa kepada turunnya ayat 207, surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan di antara manusia, ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada sekalian hamba-Nya.

Berkecuali dalam hal perpecahan umat Islam

Apabila Khalifah Umar r.a. dibunuh dan diikuti dengan perpecahan umat Islam, Suhaib mengambil sikap berkecuali. Begitu juga halnya ketika berlaku persengketaan antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah. Tambahan pula ketika itu, usia beliau telah pun lanjut.

Suhaib bin Sinan meninggal dunia pada tahun 38 H, ketika umat Islam dipimpin oleh Ali bin Abi Talib.

Menggantikan Saidina Umar sebagai imam

Suhaib dianggap di antara sahabat yang rapat dengan baginda Rasulullah SAW. Beliau turut menyertai semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah dan sentiasa berada di sisi baginda, bagi menjaga keselamatan baginda.

Apabila Rasulullah wafat, Suhaib terus berbakti kepada Islam dengan mendampingi Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Khalifah Umar al-Khattab. Ketika Umar al-Khattab cedera parah ditikam, Suhaib telah dilantik untuk mengimami umat Islam mendirikan solat.

Hal ini jelas menunjukkan betapa besarnya penghormatan yang diberikan oleh Umar al-Khattab kepada beliau dan juga menunjukkan bahawa Suhaib tergolong dalam tokoh sahabat yang istimewa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...