TERKINI :

Thursday, December 22, 2011

Ada lagi kelaku yg kurang ajaq dari perbuatan turun bendera.. nie dia hangpa tengok laa..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/408791_10150440689762157_319981142156_8633363_235136708_n.jpg

Mahasiswa mengaku mereka di lembukan untuk sokong PM..!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/389792_10150440690397157_319981142156_8633364_202011406_n.jpg

Adakah Malaysia mengamal 'pemujaan' pemimpin?

Oleh Syed Imran

Kejahttp://omong.files.wordpress.com/2007/01/windowslivewritermalaysianmodelmurdergetsstickierforumnos-11136najib33.jpgdian sekumpulan anak muda yang dilaporkan sebagai mahasiswa yang berarak secara aman ke PWTC dan dikatakan telah menurun 'bendera' berwajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik perhatian saya.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah 'bendera' tersebut. Adakah ia benar-benar 'bendera' dan jika ya, kenapa pula ada wajah Najib mahupun pemimpin-pemimpin lain?

Jika ianya 'bendera' saya ingin tahu 'bendera' itu mewakili atau melambangi apa? Adakah ia didaftarkan dengan mana-mana pihak berwajib seperti Pendaftar Pertubuhan? Jika tidak adakah ia 'bendera' mana-mana kumpulan tidak berdaftar?

Sejak kurang sedekad ini, rakyat Malaysia disajikan dengan bermacam bentuk pemidang, sepanduk, lencana dan kini bendera yang memaparkan wajah pemimpin negara, negeri dan parti-parti politik. Ia seolah-olah satu kemestian atau 'wajib' diadakan.

Saya bimbang kita sedang atau akan menuju ke arah pemujaan pemimpin atau pendewaan pemimpin sama seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan sosialis. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi seperti Korea Utara yang begitu taksub mendewa-dewakan pemimpin mereka dengan memasang sepanduk, lambang dan pemidang besar gambar pemimpin mereka.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Di mana-mana sahaja kita boleh lihat potret atau gambar pemimpin-pemimpin tertentu seolah-olah mereka adalah 'dewa' yang dipuja dan dijulang tinggi.

Apa kata para ulama dan cerdik pandai Islam mengenainya? Kenapa mereka tidak bersuara atau adakah mereka bersetuju dan menjadi 'pak turut' yang tidak berani menegur atau menasihati pihak berkenaan?

"Pendewaan" dan "pemujaan" manusia dilarang oleh Islam.

http://kudaranggi.blogspot.com

Kepada 2 Anak Ali, 1 Anak Omar dan 1 Anak Mat Isa.. hangpa dengar pesanan nie elok-elok...

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.

Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.

"Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli


Dr Asri suruh pemuda bangkit tolak puak UMNO...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/386471_10150440382447157_319981142156_8632569_135813335_n.jpg

Kenyataan Dr Asri di Twitter yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno yang mahu meludah dan menyepak mahasiswa sebagai tidak bertamadun..


Konvensyen nasional Pakatan Rakyat bulan depan di Kedah

Konvensyen nasional Pakatan bulan depan, fokus spesifik hadapi PRU-13

http://3.bp.blogspot.com/-ndJyda0BuGk/Ti66QmWqnuI/AAAAAAAACec/LozUObnyU_Y/s1600/PR+eRepublik.JPG
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/02/pakatan-rakyat.jpg
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan, dilihat sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 - pertemuan yang akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum.

The Malaysian Insider difahamkan konvensyen itu akan diadakan di Kedah pada 14 Januari.

Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang - kedua-duanya ditadbir oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Konvensyen nasional itu yang akan bertindak sebagai usaha melancarkan hubungan kerja antara komponen PR - PKR, PAS dan DAP juga akan memfokus ‘game plan’ mereka menghadapi Barisan Nasional (BN).

“Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia.

“Pelannya ialah memperhalusi pelbagai rancangan kami bagi Malaysia, jika diberi peluang untuk menerajui peringkat pusat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Naib Presiden PKR ini berkata, fokus konvensyen sangat spesifik - pemimpin-pemimpin PR akan menyediakan ahli-ahlinya membuat persiapan menghadapi pilihan raya, dengan menjelaskan mereka isu-isu yang perlu ditangani ketika bercakap dengan pengundi berpotensi.

Katanya, pembangkang persekutuan ini akan memastikan manifesto atau rancangan masa depan disusun ke arah menarik pengundi-pengundi muda.

“Kami ada pelbagai dokumen sehingga kini - dari Buku Jingga, pelan 100 hari, Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia dan kejayaan-kejayaan kerajaan negeri dipimpin PR,” katanya lagi.

Katanya, PR akan menjelaskan kepada pengundi bahawa mereka akan satu penyelesaian dan pasukan pemimpin yang akan mengurangkan ketirisan dan mengatasi rasuah jika dapat menerajui Putrajaya.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab sama ada pihaknya akan mengumumkan barisan Kabinet bayangan ketika konvensyen kelak.

“Kami komited kepada Kabinet yang kecil jika diberi mandat kelak. Fokus kekal ke atas rancangan dan dasar-dasar yang dapat menangani soal kemerosotan institusi kita.

“Pilihan PR berkenaan PM jelas tetapi buat masa sekarang fokus kekal ke atas soal menang kerusi-kerusi persekutuan, membolehkan kami memperoleh majoriti selesa,” katanya lagi.

Pilihan raya umum 2008 menyakskan BN melalui prestasi paling buruk dengan kehilangan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen, sekali gus keciciran majoriti dua pertiga.

Arak di 7eleven , Hasan Ali dan TV3...!!!

Lengkaplah Sudah Pengkhianatan Hasan Ali

http://media1-cdn.malaysiakini.com/419/9025cc06940669ee7f24530b3fe1432c.jpg
Semalam Hasan Ali telah mendapat slot dalam TV3 milik UMNO. Seorang yang tidak pernah dipandang oleh UMNO diberi tempat yang istimewa oleh media yang ada rekod memfitnah dan menipu terutamanya kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat.

Hasan Ali dengan bangga menyatakan pendirian dan pegangan beliau. Kononnya beliau memperjuangkan Islam, Bangsa dan Raja.

Disentuh juga isu rampasan arak di 7-11 Shah Alam sebagai bukti betapa kerajaan Pakatan Rakyat telah mengkhianati Islam dan Melayu.

Oleh kerana HAsan Ali mengabunggkan diri dengan media penipu, beliau sendiri secara otomatik terpalit perangai menipu.

Hakikatnya, rampasan arak di 7-11 itu tiada kena mengena dengan Hasan Ali. IA adalah usaha dan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam serta ahli2 majlis yang sebahagiannya dilantik oleh PAS Shah Alam/Khalid Samad.

Adapun tindakan Ronnie Liu mengembalikan arak tersebut adalah kerana tidak mahu disaman 7-11. Ini adalah kerana kerajaan tempatan tidak boleh merampas barangan yang tidak diharamkan oleh undang-undang.

Undang2 yang menghalalkan beer adalah Akta Kastam yang milik UMNO. UMNO yang sebenarnya meluluskan Akta Kastam yang telah menghalalkan beer kepada orang Islam dan bukan Islam.

Malahan, mengikut Akta Kastam milik UMNO, penjualan beer tidak memerlukan lesen kerana ianya mengandungi alkohol lebih rendah dari 8%. Dengan kata lain, UMNO menghalalkan beer dijual di mana-mana sahaja termasuk kedai kopi dan kedai cangkung tepi jalan.

Atas alasan tidak mahu Kerajaan Negeri disaman maka beer2 tersebut dipulang kembali. Dengan kata lain, pemulangan tersebut adalah kerana undang2 UMNO yang menghalalkan beer dan arak.

Atas alasan itu, saya ingin bertanya kepada Hasan Ali, adakah dengan beliau menggabungkan diri dengan jentera fitnah UMNO maka beliau akan berjaya memperjuangkan pengharaman arak?

Ini sedangkan UMNO yang menghalalkan arak dijual di mana-mana sahaja kepada sesiapa sahaja.

Adakah HAsan Ali lupa yang mantan Presiden UMNO sendiri yang merasmikan kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 60an dulu? Adakah ini perjuangan Islam yang baru yang Hasan Ali mahu banggakan?

Hakikatnya, selama Hasan Ali dalam exco, tiada apa yang Hasan Ali buat untuk kebaikan dan kemajuan Islam di Selangor. TIADA ADA APA APA.

Beliau adalah sampah kepada UMNO. Kalau beliau tidak bersama PAS, tidak mungkin beliau boleh menjadi wakil rakyat dan duduk di kerusi Exco. UMNO tidak akan sekali-kali memberikan peluang itu.

Sedarlah, wahai HAsan Ali

Tulang Besi

The Star pulak cucuk jarum macam Utusan pelaga TG Nik Aziz sokong Hasan Ali...

http://3.bp.blogspot.com/-d_dgBTDBJNY/TvG3__nk-_I/AAAAAAAAArM/HttUyCtpduE/s1600/hali.jpg

Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2010/04/mahyuddin_tpm.jpgTan Seri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC pada 29 november 2011 telah menyatakan Dap ganti Pas, bukan Pas ganti Umno. Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar. Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan Pas yang menang sudah tentu antara Umno atau Pas.

Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chaw Sow Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung. Kalau inilah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia. Lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Timbalan Presiden Umno menyebut Dap ganti Pas sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih Pas dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara. Parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

Walaupun Tan Seri Muhyiddiin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong Pas, kononnya Dap yang mengganti Pas. Tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno. Jika inilah yang berlaku maka MCA ganti Umno?.

Pemimpin Pas Bertelagah Patut Masuk Ke Dalam Tong Dram

Oleh Mohd Sayuti Omar

PERNYATAAN Nasharudin Mat Isa bahawa beliau tidak mempunyai niat sebesar zaharah pun untuk meninggalkan Pas hendaklah diterima dengan penuh keikhlasan oleh semua ahli dan penyokong Pas. Hendaknya pernyataan itu bukan saja menjawab tanggapan Mustapa Ali kepada Nasharudin bahawa bekas timbalan presiden Pas itu terperangkap dalam jerat Umno, tetapi pernyataan untuk semua orang juga.


Nasharudin dalam kenyataan akhbar bagi menjawab tanggapan Mustapa Ali berkata dia tetap bersama Pas untuk menyampaikan risalah Islam. Rasanya semua orang lega penjelasan Nasharudin itu. Sebenarnya bila Nasharudin membuat kenyataan berasingan dengan Hasan Ali berhubung kemelut dan tuduh menuduh yang berlaku sekarang ini, menunjukkan bekas setiausaha agung Pas di era Mohd Fadzil Nor (Allahyarham) itu masih sayangkan Pas.

Mana-mana pemimpin Pas yang terbuku hati dengan sikap Nasharudin sebelum ini kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat dan menerima perlantikan ketua lujnah antarabangsa hendaklah terima seadanya dan janganlah membuat pelbagai tuduhan lain lagi.

Anggapan ketidakhadiran Nasharudin pada mesyuarat jawatankuasa agung Pas itu sebagai satu keterkejutan beliau kerana kalah dalam perlawanan yang dijangka akan mudah dimenang olehnya.

Tentulah sebagai pemimpin muda yang sebelum ini menang menjulang, kemudian kalah dihina, merasa terkejut monyet bila tewas dalam perlawanan apa lagi lawannya orang yang dianggap canggung dengan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam. Silap tanggap Nasharudin dan juga para penasihatnya telah meletakkan Nasharudin dalam keadaan serba salah. Nasharudin dalam hal ini kurang faham mengenai sepak terang politik. Di dalam politik sering saya katakan orang bodoh memerintah orang cerdik, begitu juga dalam konteks politik Pas sebab Pas juga menerima sistem yang sama dengan Umno.

Dengan pernyataan Nasharudin itu juga selepas ini jangan ada sesiapa yang 'cepelak' mulut lagi. Yang nyatanya Nasharudin masih ahli Pas dan setia dengan Pas. Pengakuan itu anggaplah bai'ah beliau. Dalam konteks yang berlaku sekarang ini tidak boleh menyamakan sikap, pendirian dan pembelaan diri Hasan Ali adalah sama dengan dirinya. Nasharudin lebih bersikap tawakus dan merendah diri dan jangan pakejkan Nasharudin dengan Hasan Ali walaupun mereka berkawan baik.

Apabila beliau menjawab terhadap tohmahan ke atas Mustapa Ali itu anggaplah itu adalah hak asasinya. Adalah tidak elok kalau dalam keadaan sekarang di mana Pas sedia untuk mengganti Umno tiba-tiba wujud kecelaruan dalam Pas. Pas dalam hal ini harus malu kepada DAP. Ironisnya apabila PKR selesai bertetak sesama sendiri Pas pula hendak 'berkelewang' sesama sendiri. Aduh... sakitnya.

Kepada Nasharudin secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kerana masih tetap dapat mengeluarkan kenyataan yang lunak, sedarhana dan tetap menggambarkan seorang pemimpin dari jemaah Islam. Semoga beliau akan istiqamah dan tenang menghadapi apa-apa juga celaan dan ingatlah sabar itu separuh daripada iman. Kekuatan dan keulitan seseorang pejuang ialah apabila ia dapat menghadapi tribulasi ke atas dirinya oleh kawan sendiri dan bukan musuh.

Apa yang akan berlaku selepas ini jangan dibuat spekulasi yang sehinggakan akan dieksploitasikan oleh musuh. Pengakhiran babak yang berlaku dalam Pas kini hendaklah ditunggu bagaimana pengakhirannya pada saat dewan dibubar nanti. Saya yakin emosi orang-orang Pas termasuk yang bertelagah akan berubah bila parlimen dibubarkan.

Sebaik-baik untuk menenangkan kemelut yang berlaku sekarang ini, Pas Bachok di mana Nasharudin menjadi ahli Parlimen di situ patut mengambil inisiatif melegakan keadaan membuat pernyataan mereka masih mahukan Nasharudin mewakili mereka. Saya percaya kalau ada sikap dan sifat berkorban seperti ini segalanya akan dapat diatasi. Tentu ramai orang Kelantan yang tidak setuju dengan cadangan itu, tetapi bagi saya itulah sebaik- baiknya kalau kita ikhlas dan jujur hendak mengatasi masalah yang berlaku.

Apakah Pas Bachok mampu dan sanggup berbuat demikian. Sekali saya katakan hanya orang berjiwa besar dan berjiwa hamba kepada perjuangan sahaja boleh melakukan demikian. Bagi saya tidak ada sebab untuk Pas Bachok atau Pas Kelantan mahu menukarkan kerusi Bachok kepada orang lain. Saya tetap berkeyakinan dalam keadaan Awang Adek sedang diputar isu SPRM, Nasharudin mampu mengatasinya, dengan syarat Nasharudin akan terus berlunak selepas ini. Nasharudin juga perlu kembali kepada pangkuan para sahabat dan tidak menyisihkan diri kerana berbuat begitu menyebabkan syaitan banyak akan mencelah.

Adapun sdr Hasan Ali yang saya lihat sudah terlebih syok untuk mengadakan sidang akhbar sudah agak terlajak jauh. Betul yang tergelecah dari ril perjuangan ialah Pas, tetapi beliau dalam hendak membetulkan Pas itu terlajak jauh kerana lebih lajak dari laju. Hasan juga harus membuang sifat mazmumah yang merasakan dia hebat, bijak dan kaya dengan idea politik.

Sepatah sahaja saya nak kata di sini kalau Hasan ikhlas dan jujur hendak perbaiki Pas dengan keadaan yang ada hari ini dia harus tahu teknik yang betul untuk membaikinya.

Saya lihat hari ini - merujuk kepada isu Hasan, Saari Sungib dan Mustapa Ali itu Pas sebenarnya kemek di bahagian luar sahaja bukan dari bahagian dalam. Kalau ibarat dram ia kemek di luar. Jadi kalau ia kemek di luar cara membaikinya ialah masuk ke dalam dram dan ketuk dari dalam. Seberapa kuat nak ketuk dari dalam nah lakukanlan kerana ia tidak akan membingitkan ahli di luar.

Dengan apa yang Hasan buat mengetuk dram kemek dari luar ia tidak boleh menyempurnakan keadaan tetapi menambahkan lagi kekemekan dram berkenaan, dan yang 'rewelnya' juga ia menganggu ketenteraman orang lain.

Berdoalah semoga selepas ini kita semua insaf, tidak saling berbalas tembak lagi. Janganlah memberi modal kepada media penjilat buntut. Lepas ini jangan ada lagi kenyataan akhbar dari mana-mana pihak. Khabarnya besok setiausaha agung akan membuat kenyataan akhbar, elok berhentilah kalau kenyataan itu untuk membalas kenyataan Hasan, melainkan kalau untuk mendamaikan keadaan.

Dalam hal ini juga saya tertanya-tanya ke mana perginya sang presiden? Apakah kemelut yang berlaku kini tidak terlantas di telinganya. Kenapalah presiden diam membisu seolah apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan urusan dan tanggungjawabnya. Saya tenguk sikap presiden dalam hal ini tak ubah seperti badak tuli yang tidur tepi lebuhraya!

Sepatut sebagai presiden beliau harus bersuara dan memanggil pihak bertelagah duduk semeja dan selesaikan kekusutan yang berlaku. Mungkin Abdul Hadi juga perlu bermahasabah sejauh mana relevansi beliau menjadi seorang presiden parti politik yang sudah mulai hilang punca untuk berdamai dan kabur untuk mencari hadith-hadith persaudaraan.

Ingat pesan saya, kalau hendak baiki dram yang kemek di luar masuk ke dalam dan ketuk dari dalam. Bukan saja Mustapa, Hasan, Saari dan yang lain-lain Abdul Hadi juga kena masuk dan ketuklah dari dalam. Berdegung berdegang berdegung berdegang... tak mengapa. Belum sah tetapi ada berita mengatakan Ahmad Maslan tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang....

Mohd Sayuti Omar

Kesian dengan Nasib Melayu UMNO di Johor.....


SPRM suruh Mustafar Ali ketuai pasukan khas siasat isu NFC

SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini.

"SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan.

"Suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas without fear or favour," tegasnya.

Menurut SPRM lagi, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.

Suruhanjaya itu berkata, sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telahpun diambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29[4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga boleh menjejaskan tindakan SPRM," tambahnya.

Semalam, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution membuat laporan kepada SPRM supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal NFC.

Saifuddin dilaporkan berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah "adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet)."

Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung.

Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC.

Tun akhirnya mengaku bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia - Rafizi

Bank Dunia: Pinjaman dibuat melalui MTEN

KUALA LUMPUR, 21 Dis: PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dibuat melalui satu badan di bawah MTEN iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP).

Demikian didedahkan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategik PKR dalam satu kenyataannya hari ini bagi menjawab penafian Dr Mahathir beliau ada memohon pinjaman dari Bank Dunia.

Menurut Rafizi, perjalanan seharian MTEN diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad.
Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu, katanya.

Berikut kenyataan penuh Rafizi:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat.

Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia.

Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998.
Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998

b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998

c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Aduhai Adam Adli GAY dan ada gambaq LUCAH laa pulak.... tak ada idea lain dah ka...???

Wowww...

Ini ialah gambar yang sangat .. gulp.. terkesima aku beb. Tatau nak cakap apa lagi dah. Aku hanya mampu geleng2 kepala jek. Siyes neh beb. Siyes. Terkejut ada, trauma pun ada.. senang cakap macam2 ada..

Korang tengok sendiri di bawah neh ;


Lihat gambar di atas neh? Sorry aku terpaksa sensor sebab ia lucah yang amat. Keji dowh.. nampak gile adegan tue.. sial punya gambar. Nak tahu dari mana gambar neh aku dapat dan siapa yang sebarkan ia? Boleh. Lihat bawah neh ;





Time neh larh tiba2 si adam adli seorang gay.

Time neh larh tiba2 si adam adli seorang pelucah.

Time neh larh tiba2 seme yang buruk, jahat dan gampang pasal adam adli tiba2 keluar.

Time neh larh tiba2 bloggers umno boleh dapat gambar lucah adam adli.

kah kah kah

Lawak siot.

Sapa parpu kari neh? Dia ialah blogger umno yang pemabok. Dia dikantoikan oleh TPU sebagai peminum arak. Time neh maybe dia tengah minum arak sambil2 search gambar lucah. Last2 terjumpa gambar di atas [no 1] neh dan tiba2 je ibarat magic.. tinggg.. adam adli seorang gay? Posting mengaitkan adam adli seorang gay [mereka menulis seolah2 adam adli dipercayai gay] telah tersebar di dalam pelbagai blogs umno. Tujuan nya nak mengaitkan adam dengan dsai [isu liwat].

Begitu senang mereka menulis tanpa ada rasa malu dan segan. Adam adli hanya turunkan bendera jek tapi perlu ke nak fitnah dia bagai? Adakah umno sudah terdesak sebab dah takde isu langsung nak serang pembangkang?

Tengok sekali imbas pun tahu itu bukan adam adli. Apatah lagi nak suruh orang bersumpah bagai [ruangan komen dalam blog parpukari]. Dah tak hairan lagi kenapa blog parpu kari malap. Orang tak hingin baca posting fitnah bhai. Tapi yang lebih lawak.. ada juga orang bengap yang percayakan fitnah2 lue.

Kah kah kah
Sadis.

Ameno : Apa pun tak boleh.

http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/gambar-lucah-adam-adli-tersebar.html

Dah tau membazir dok biaq lama buat apa isu Nasa/Hasan nie..!!??

Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan

KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.

Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.

“Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam,” tegas beliau.

Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.

“Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti,” nasihat beliau.

Tahniah Pasukan PERR Kedah sebab ke Separuh Akhir

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395390_265343033520538_256394847748690_700029_1825737453_n.jpg

dan jangan lupa saksikan perlawanan Separuh Akhir Pertama
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/406482_265350840186424_256394847748690_700046_22928605_n.jpg

Jabatan Zakat sumbang RM36 ribu untuk mangsa ribut

images/stories/Disember2011/bantuan mangsa ribut1.jpgYAN - Jabatan Zakat Negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM36,000 untuk bantuan bencana alam kepada 36 mangsa ribut di Kuala Sedaka, di sini.

Bantuan sebanyak RM36,000 itu disampaikan oleh Setiausaha Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali Yaakob kepada Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail pada majlis penutup Kursus Amil Padi Daerah Yan yang diadakan di D’Yan Chalet, Peranginan Titi Hayun, di sini.

Menurut Dato’ Syeikh Ghazali, bantuan itu diberikan sebanyak RM1,000 kepada 36 mangsa ribut.

“Kita amat memahami situasi yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut di Kuala Sedaka dan bantuan yang diberikan pada hari ini diharap dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mereka,” ujarnya.

images/stories/Disember2011/yb. tan chow kang - sukaneka1.jpgBeliau menjelaskan, pihaknya juga turut menyampaikan bantuan kewangan bulanan kepada 42 fakir miskin dan bantuan makanan bulanan kepada 30 fakir miskin dalam Daerah Yan.

“Kita juga turut menyampaikan bantuan Jaya Diri kepada enam orang penerima dalam Daerah Yan yang berjumlah sebanyak RM12,500 dan bantuan rawatan sekaligus kepada tujuh orang penerima yang berjumlah sebanyak RM6,200,” katanya.

Dato’ Syeikh Ghazali memberitahu, pihaknya juga turut menyampaikan bantuan untuk membaiki tujuh buah rumah dalam Daerah Yan iaitu sebanyak RM111,700.

“Kita juga turut memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu kolej sebanyak RM600 manakala universiti sebanyak RM1,000,” jelasnya.

images/stories/Disember2011/bantuan mangsa ribut3.jpg images/stories/Disember2011/bantuan mangsa ribut4.jpg

Tambahnya, pihaknya juga turut menyediakan bantuan untuk anak sekolah pada 1 Januari 2012 iaitu sebanyak RM300.

Dalam pada itu, katanya, kutipan zakat yang berjaya diperolehi oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam Daerah Yan sehingga 14 Disember 2011 ialah sebanyak RM1,852,230.42.

“Kita juga turut menyampaikan bantuan zakat kepada penerima-penerima bantuan zakat dalam Daerah Yan sebanyak RM2,797,009.51,” ujarnya.

MB Kedah : Pemaju bina bangunan baru Madrasah Sahiliah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Azizan-Abdul-Razak.jpg

Pemaju projek Aman Central di Jalan Tambang Badak di Alor Star bersetuju supaya bangunan paling akhir dirobohkan ialah Madrasah Sahiliah dan diganti dengan bangunan baru, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, surau itu - antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek tersebut - akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru, lapor Bernama.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Katanya, beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"Insya-Allah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.

Tolonglah... Kalau Ngantuk masa bawa kereta..berhentilah dan rehat sebentar...

Akibat terlelap
terlelap

ALOR GAJAH - Akibat keletihan dan tertidur ketika memandu, seorang gadis nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas ke kiri jalan, sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, Norzaini Abd Rahman, 24, yang juga pekerja kilang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Linggi.

Menurutnya, dia baru habis bekerja di Pengkalan Balak dan tidak menyedari kereta Perodia Viva yang dipandunya terbabas kerana terlalu mengantuk.
“Waktu kerja saya bermula jam 8 malam hingga 7.30 pagi. Ketika kejadian, saya memang tidak sedar stereng kereta semakin menghala ke kiri jalan dan hanya terjaga apabila kenderaan sudah terbalik dalam parit berlumpur.

“Memang panik dan terkejut apabila air lumpur mula memasuki kereta dan saya pula sukar menyelamatkan diri kerana pintu susah untuk dibuka, menyebabkan saya terpaksa keluar menggunakan pintu bahagian penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Norzaini, anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius walaupun keretanya terhumban dan terbalik.

Sementara itu, saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, berkata, ketika kejadian, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru.

“Saya terkejut melihat kereta mangsa meluncur laju ke kiri jalan tanpa menekan brek.

“Saya segera berpatah balik dan melihat mangsa cuba menyelamatkan diri dalam keadaan panik serta ketakutan,” katanya.

Isu fitnah dan tuntutan projek jalan: ADUN Kubang Rotan lapor polis, SPRM

KUALA KEDAH – ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membuat laporan polis bagi menggesa polis membuat siasatan berhubung fitnah yang dilemparkan oleh RTM mengenai kerajaan negeri gagal melakukan penurapan jalan di Kampung Hilir, Telok Talipon, Kubang Rotan.

Dalam rancangan Titik Sentuhan yang disiarkan RTM, beberapa penduduk mendakwa YB Nasir tidak pernah tampil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan oleh kerajaan negeri.

“Jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan negeri, tetapi pihak MADA pula yang dikatakan melakukan penurapan tersebut dan kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, jadi di sini fitnah terhadap kerajaan telah dilakukan.

“Saya berasa kesal dengan berita yang disiarkan pada rancangan berkenaan dan berkeputusan untuk mengambil tindakan tegas kecuali ada maklum balas dalam tempoh terdekat,” ujar beliau.

Selain berlakunya fitnah, beliau juga mengesyaki terdapat tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan terbabit berdasarkan rancangan berkenaan.

Justeru, beliau juga membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat salah laku tuntutan tersebut.

“Jalan tersebut adalah jalan MADA, mereka lakukan penurapan separuh jalan sahaja, jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya, tetapi mereka membuat tuntutan kepada kerajaan Pusat mengatakan mereka yang lakukannya,” jelas beliau.


Tahniah Polis Kulim......

Polis disangka mat rempit
rempit

KULIM - Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim, berjaya menahan lebih 10 remaja dalam operasi di Jalan Kilang Lama, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Difahamkan, kesemua remaja lelaki Melayu yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Semasa operasi berkenaan, polis terpaksa memakai pakaian preman dan menunggang motosikal di hadapan kumpulan berkenaan bagi menarik perhatian mereka.

Mungkin menyangka kumpulan mat rempit lain mengajak berlumba, beberapa remaja yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dilihat cuba mengejar anggota polis berpakaian preman terbabit, sebelum mereka sendiri ditahan.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati kesemua remaja terlibat tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh, selain kenderaan digunakan diubah suai bertujuan untuk memecut.

Polis turut telah mengenal pasti beberapa lokasi sering digunakan oleh golongan remaja untuk menunggang motosikal mereka dengan laju dan berlumba.

Kesemua penunggang motosikal itu kemudiannya diarahkan menolak kenderaan mereka ke Balai Polis Trafik untuk tindakan lanjut.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayub berkata, rata-rata motosikal terlibat tidak mempunyai cermin sisi dan menggunakan ekzos yang bising.

“Daripada maklumat diterima, kebanyakan remaja ditahan tinggal di Serdang dan motosikal digunakan dimiliki oleh ahli keluarga mereka.

“Selain itu, ada kalangan mereka tidak membawa kad pengenalan. Ini merupakan kesalahan serius dan ibu bapa seharusnya memberikan perhatian,” katanya selepas operasi cegah jenayah untuk mengenal pasti motosikal curi, pagi kelmarin.

Dalam pada itu, Ismail turut mengingatkan, sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan maut, penunggang motosikal mempunyai kesalahan berkenaan tidak akan dilindungi insurans.

Katanya selain itu, polis boleh mengambil tindakan menyaman pemilik motosikal kerana membenarkan kenderaan mereka dibawa oleh penunggang yang tidak mempunyai lesen.

“Golongan remaja merupakan antara penunggang motosikal sering terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah dan maut,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...