TERKINI :

Wednesday, December 21, 2011

Duit Rakyat lempaq masuk kelaut RM1trillion......

Ketirisan RM1 trillion wang rakyat ke luar negara
Oleh Aspan Alias

http://2.bp.blogspot.com/-b_MgMxIrakg/TfCzce0elWI/AAAAAAAADrE/AE4evw0NTls/s400/Rasuah%2BGIF.png

Berita yang di tulis oleh Global Financial Integrity (GFI) tiga empat hari yang lepas amat menyayat hati. Lapuran itu telah memberikan kita betapa hinanya sikap kerajaan yang mentadbir kita yang sepatutnya tidak melakukan rasuah dan penyelewengan yang begitu besar, iaitu RM 1 trillion jumlahnya (satu ribu billion sahaja).

Jumlah penyelewengan yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku dalam negara yang melaungkan slogan-slogan, lepas satu slogan dengan slogan yang lain yang kesemuanya untuk memberikan ‘branding’ individu pimpinan masing-masing.

Akhirnya dari pimpinan Dr Mahathir sehinggalah sekarang mereka-mereka ini hanya mempunyai satu slogan yang hakiki; iaitu tamak, haloba, perasuah, pembohongan, penipuan dan bersikap seperti anjing nampak tulang; meleleh air liur bila nampak harta rakyat yang banyak.

Pengaliran keluar negara wang rakyat sebanyak RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu menunjukkan sikap mereka yang berkuasa sejak 3 dekad yang lalu yang tidak ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap rakyat atau setidak-tidaknya rasa kasihan terhadap rakyat yang semakin hari semakin menderita terutamanya di kalangan rakyat kelas menengah.

Kita diperdaya dengan longgokkan slogan-slogan satu demi satu apabila bertukar kepimpinan negara. Rakyat sudah terlalu kenyang dengan slogan-slogan tetapi kesemua slogan itu hanya tinggal slogan tanpa membuahkan apa-apa hasil yang memberi muafaat kepada rakyat ramai.

Semasa Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun, kita di sumbatkan ditelinga kita slogan bersih, cekap dan amanah. Akhirnya bersihnya tidak ada malah bertambah kotor dan jumud, cekapnya tiada; hanya cekap melonggokkan harta kekayaan untuk diri dan keluarga mereka dan amanahnya pun tidak ada.

Kalau ada amanah masa kan di biarkan wang yang mengalir keluar negara tidak dapat di tahan malah digalakkan lagi. Pengaliran keluar wang yang sudah berjumlah trillion ringgit ini bermula dengan hebatnya semasa rakyat sedang dilenakan dengan nyanyian slogan bersih, cekap dan amanah itu.

Selepas itu datang pula seorang lagi PM yang membawa slogan, ‘jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya’. Akhirnya rakyat tidak dapat membuat apa-apa kerja kerana beliau tidak tahu untuk membuat apa-apa kerja. Wang negara mengalir begitu besar keluar negara masih hebat seperti waktu negara dipimpin oleh pemimpin sebelum beliau.

Apabila sahaja datang pemimpin yang ada pada hari ini timbul lagi slogan ‘1Malaysia’ yang pernah saya katakan sebagai slogan yang satu Malaysia tidak dapat memahaminya. Malahan ‘warlord’ terbesar negara Dr Mahathir sendiri tidak faham apa itu 1Malaysia kerana rakyat tidak tahu apa sebenarnya makna slogan itu. Wang negara mengalir ke luar lebih besar kerana lapuran GFI itu menunjukkan yang pada tahun 2009 sahaja sebanyak RM950 billion telah dibawa lari ke luar negara dan di simpan di merata-rata negara di dunia ini.

Apa yang dilaungkan oleh Najib rakyat di dahulukan itu tinggal slogan semata-mata, sama seperti slogan-slogan zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Semua slogan-slogan itu gunanya hanyalah untuk memperdayakan rakyat sahaja.

Slogan-slogan itu semuanya berbunyi sebagai slogan yang baik-baik tetapi apa yang dilakukan oleh mereka semuanya terbalik dan mengelirukan rakyat. Sedar-sedar wang ringgit rakyat di bawa mereka lari ke luar negara dan rakyat serta penyokong-penyokong pemimpin-pemimpin ini hanyalah dijadikan buruh kasar untuk mempertahankan mereka sahaja.

Saya ulangi kepada mereka yang bertanggungjawab, apa yang dilakukan oleh pesalah-pesalah ini merupakan tindakkan durhaka kepada Raja dan Negara. Mereka tidak lebih dari nilai Botak Chin. Bezanya Botak Chin itu adalah penyamun kolar biru tetapi pemimpin-pemimpin kita adalah penyamun kolar putih. Penyamun-penyamun kolar putih ini semuanya kumpulan yang hipokrit dan ada yang telah menutupi segala samunan mereka dengan membaca ayat-ayat suci dan membaca hadith-hadith Nabi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Mereka akan beretorik berlindung dengan ayat-ayat quran serta berlindung di sebalik ketiak Raja-Raja Melayu sambil menuduh orang lain sebagai anti Melayu, anti Islam dan anti Raja-Raja Melayu. Apa sahaja yang kena-mengena dengan Melayu Islam serta Raja-Raja Melayu mereka akan membuat tohmahan kepada DAP serta parti-parti pembangkang. Kerana apa? Kerana pilihanraya sudah hampir tiba.

Jika mereka masih dapat mandat rakyat lagi tidak tahulah berapa billion ringgit lagi akan di larikan keluar negara oleh mereka-mereka ini. Saya hanya ingat yang jumlah wang yang dilarikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sebanyak RM10 juta sahaja yang dilakukan oleh Mohamad Hasan, MBNS melalui penngurup wang yang begitu ‘dubious’ keadaannya. Rupa-rupanya jumlahnya adalah RM 1 trillion. Selepas ini rakyat tidak akan menyebut billion-billion lagi dan bermula dari sekarang rakyat akan mula belajar untuk menyebut trillion-trillion pula.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak percaya lagi kepada slogan-slogan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tahu slogan-slogan tersebut hanya lah untuk memperdayakan rakyat.

Maka sekarang rakyat pula yang memperkenalkan slogan baru; iaitu ABU (asalkan bukan UMNO) atau dalam bahasa Inggerisnya ‘anything but UMNO’.

Slogan ABU yang diperkenalkan oleh rakyat ini akan berlegar di seluruh negara tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah jemu dengan slogan anjuran pemimpin-pemimpin kita. Rakyat mahu slogan mereka sendiri diguna pakai, iaitu ABU.

Jika ABU berjaya adalah di harapkan pengaliran dan kecurian terhadap wang dan harta rakyat tidak akan sampai kepada angka trillion dalam satu dekad lagi. Jika ABU berjaya, maka mereka yang menyamun dan merompak akan tidak lagi berada di tampuk kuasa.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sindrom Cerdik Dalam Dewan Pemuda Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar

KEBEBASAN bersuara dalam apa juga sistem ada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan bersuara di dalam sistem demokrasi, ada hadnya. Kebebasan bersuara dalam parti ada juga had dan batasnya ia disekat oleh peraturan, adat dan juga ketinggian ilmu siasah dan strategi ahlinya. Begitu juga kebebasan bersosial di laman sosial ada hadnya malahan kebebasan itu perlu dilayani sebaik mungkin untuk tidak mendatangkan mudarat.

Hari ini ada sindrom itu dari kalangan anak-anak muda Pas - Dewan Pemuda Pas. Mereka bukan saja obius menggunakan laman sosial, Fb dan blog untuk menyuarakan rasa hati mereka, tetapi berkecenderungan untuk menunjukkan kebijakan, ketinggian ilmu dan juga keperihatinan mereka kepada semua isu dalam parti yang akhir memberi kesan negatif dan kecelaruan kepada minda ahli dan penyokong di bawah.

Sindrom menjadi berani dan bijak ini telah menunjukan bunga-bunga tidak baik apabila ia memberi wajah berlaku penentangan halus oleh anak-anak muda Pas kepada sesetengah orang tua dalam Pas. Keikhlasan memberi cadangan menerusi laman sosial telah menyerlahkan akan sikap kurang senang Pemuda kepada induknya, khasnya kepada beberapa pemimpin tertentu.

Terus terang saya merujuk ini kepada sikap Ketua Dewan Pemudas Pas Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam memberi respons terhadap isu yang menimpa Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa yang kini sedang diperkatakan ramai ekoran teguran oleh beberapa pemimpin Pas terhadap sikap pesimis mereka kepada parti.

Kedua orang kuat Dewan Pemuda itu secara tidak langsung melalui komen, lontaran idea mereka membela kedua bekas pemimpin tertinggi Pas itu sebaliknya menempelak pihak kepimpinan Pas yang sah, yang memegang jawatan. Mereka juga kepada saya tidak adil kerana tidak melihat apakah 'tema' atau senario yang berlaku kini dan lebih melihat kepada hubungan peribadi antara mereka dengan dua pemimpin itu. Perlu diingat simpati tidak boleh berada atas prinsip menjunjung parti.

Nasrudin tanpa sesiapa menyuruhnya telah mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan kepada Hasan Ali, apabila beliau mengatakan akan tetap menyokong Hasan Ali selagi (Hasan) berpegang kepada Islam. Kenapa beliau tidak menyatakan sokongan kepada parti yang telah memperlembagakan Islam sebagai asas itu lebih dulu dari sikap ditunjuki Hasan? Walaupun kenyataan beliau jelas tetapi apabila dia beretorik demikian menjadikan orang beranggapan Hasan Ali lebih Islam dalam kaca mata ketua dewan pemuda Pas itu berbanding dengan yang lain.

Benar Hasan Ali tidak bersalah yang tetap juga ada salahnya itu, tetapi kebangunan Nasrudin menyatakan sokong terbuka kepada Hasan Ali sehingga dipetik oleh media penjilat buntut sesuatu yang tidak elok dan memencilkan lagi bibit-bibit keserabutan dalam Pas. Kenapa tidak, nun di luar sana orang mula bercakap Pemuda menyokong Hasan.

Sokongan itu ditafsirkan oleh umum yang ketua pemuda Pas itu seolah tidak sedia akur kepada nasihat dan pandangan pemimpin lebih tinggi dari mereka terhadap Hasan Ali. Di sini saya beranggapan ada sindrom cerdik dari Pemuda Pas dengan tingkah laku mereka itu.

Terbaru Nasrudin telah mengemukakan cadangan agar diadakan majlis 'mahabbah' - pertemuan mesra berdakap-dakapan di antara para pemimpin Pas yang bermasalah di antara satu sama lain. Antara pemimpin yang disebut ialah Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dengan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali. Mungkin dalam minda mentah anak mudah cadangan itu baik sekaligus menunjukkan ketinggian ilmu "Hang Nadin"nya. Tetapi mereka tidak memikir implikasi dari cadangan itu menyebabkan ia dieksploitasi oleh media penjilat butut untuk meluaskan perbalahan dalam Pas.

Sebenarnya kalau setakat mengadakan majlis mahabbah, tertakluk kepada empat orang pemimpin itu saja tidak perlu. Tidak pun ada keperluan lebih dari itu. Kalau Nasharudin dan Hasan Ali bertawakus, zuhud, istiqamah dengan perjuangan dan redha dengan apa yang berlaku, hadir mesyuarat dan tidak merasa terbuku dengan kekalahan, tidak perlu kepada majlis mahabbah seperti diusulkan itu. Mesyuarat baik mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas atau Badan Perhubungan Pas Selangor yang diadakan setiap bulan boleh digunakan untuk bermahabbah.

Mesyuarat dan pertemuan rasmi begitu sebenarnya bukan saja untuk membincang isu-isu semasa, pendekatan parti dan lain-lain tetapi lebih penting ialah untuk bermahabah. Saya tidak tahu apakah sebelum setiap kali AJK Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasa agung mereka, semua bersembahyang berjemaah, berdoa dan bersalaman selepas sembahayang di antara satu sama lain. Apakah ahli jawatankuasa Pas sama juga dengan ahli MT Umno tatkala mereka hendak datang bermesyuarat, datang seorang demi seorang untuk mengisi kerusi disediakan.

Adalah elok kalau sebelum bermesyuarat semua ahli jawatankuasa Pas mengadakan solat dan berdoa memohon petunjuk dan keredhaan Allah. Mungkin cadangan ini remeh tetapi inilah sesuatu yang praktikal dalam jemaah Islam seperti Pas. Kenapa timbul rasa berbulu di antara satu sama lain ialah kerana telapak tangan di antara para pemimpin Pas saya rasa tidak pernah tersentuh dan tergenggam erat di antara satu sama lain. Masing-masing pergi bermesyuarat dengan mengepal tangan dan bukan membuka genggaman!

Berbalik kepada cadangan dan idea Nasrudin memang baik dan menunjukkan kebimbangan beliau terhadap apa yang berlaku. Tetapi cara beliau mencadangkan dalam laman sosial atau blog itu tidak bagus kerana ia dipetik oleh orang lain. Cadangan sebegitu juga mencerminkan Pemuda seolah-olah ingin menjadi orang yang lebih tua dan tahu akan formula menyelesaikan masalah parti.

Dari segi protokol dan hierarki organisasi apa yang dibuat Nasrudin itu ialah menengur orang tua di khayalak ramai. Tindakan sebegitu tidak baik kerana ia memberi persepsi bahawa orang tua dalam Pas kurang cerdik dan hilang punca untuk menyelesaikan masalah. Cadangan itu juga secara langsung menjatuhkan imej dan maruah kepimpinan Pas yang berteraskan ulamak.

Demikian juga cara Nik Abduh membela "kekandanya" Nasharudidn Mat Isa yang dianggap telah diserang oleh setiausaha agung Pas Mustafa Ali. Pembelaan Abduh itu agak melampau dan bersifat peribadi tidak melihat kritikan Mustapa Ali sebagai satu kritikan terhadap sikap atau pembawaan sumbang Nasharudin dan Hasan Ali yang boleh menjejaskan parti. Abduh kena celik mata dalam perkara ini seluas-luasnya. Di antara mata politik dan mata agama kena seimbang dan sama cerah.

Sebagai sebuah parti yang ahlinya harus berdisplin demi menjaga keutuhan kenyataan sinis kedua pemimpin itu seharusnya dilihat dengan penuh perhatian oleh pucuk pimpinan. Sebab kenyataan itu bukan bersifat dalaman tetapi sudah ditaboo ke luar. Tidak sepatutnya mereka membuat kenyataan-kenyataan seolah menidakkan apa yang parti sedang perjuangkan. Pada saya wajar kalau teguran dibuat ke atas mereka berdua termasuk memanggil berdepan dengan jawatankuaa disiplin. Dalam pada itu Nasharudin dan Hasan perlu menunjukkan semangat sayangkan jemaah, parti.

Apa yang saya lihat apabila Pemuda membela kedua itu ia bukan menghuraikan kemelut tetapi menjadi lebih parah. Cara pemuda itu ingin menyelesaikan pukat yang rusuk dalam kebasahan. Apa yang sepatutnya pemuda kena jemur pukat sampai kering baru berusaha menghuraikan kekustannya di bawah teduh.

Cara pemuda itu menyebabkan orang diluar sana akan mengukur bahawa Pas kini sudah berpecah kepada beberapa firkah antara Pemuda yang tidak sejalan dengan induknya tetapi lebih miring kepada individu lain. Walaupun seratus kali Nasharudin dan Hasan Ali betul tetapi dari prinsipnya pemuda harus bersama induknya. Sikap dan pengamalan begini barulah orang melihat parti tidak berfirkah.

Jadi baik Nasarudin dan Nik Abduh betapa ikhlasnya mereka hendak melendikkan parti, lebih baik diam sahaja kerana teguran mereka sudah menjadi macam tikus hendak membaiki labu. Daripada mereka bercakap baik mereka banyakkan berdoa dan munajab dan membaca doa rabitah. Jangan menunjukkan sindrom cerdik anda kerana bagaimana tinggi dan hebat permikiran untuk mempersatukan ummah, selagi induk tidak membuat keputusan ia tidak akan menjadi kenyataan. Jangan sesekali kalau pemuda hendak menunjukkan mereka lebih Islamik dari Pas.

Apa yang penting hormati adat dan peraturan beroragnisasi. Perkataan dan pengakuan pemuda (Abduh) mereka menghormati akhlak jemaah yang tinggi hendaklah dipraktikan secara adil dan syumul. Jangan perkataan atau slogan itu digunakan kerana pemuda hendak melindungi niat mereka yang membela pihak lain yang lebih mereka seronok dalam hubungan kawan dan bukan sebagai kehebatannya selalu pemimpin jemaah.

Kepada saya membuat kritikan secara terbuka sehingga dapat dipetik oleh musuh bukan termasuk dalam kategori anda sudah menghormati akhlak jemaah yang tinggi. Cara begitu adalah tidak bijaksana kerana anda telah membuka dada parti anda untuk ditikam lumat oleh musuh. Penghormatan akhlak jemaah yang tinggi bermula dari kita menghormati akhlak diri kita, menyedari setiap daripada perbuatan dan tingkah laku kita tidak menyusahkan jemaah.

Akhirnya elok kalau pemuda tidak terlalu menunjukkan sindrom cerdik mereka kerana kecenderungan itu makin membarakan lagi api sengketa dan sekaligus mendedahkan kecetekan anda dalam siasah
http://msomelayu.blogspot.com/

Teguran 'Panas' Untuk Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS...

Fenomena terbalik kuang...la ni zaman artis berpusu2 nak dekati agama & nak jd Ustaz.. Ustaz2 plk kelamkabut nak jd artis.... Sikit hari lg leh masuk majalah mangga... Kepimpinan Dewan Pemuda pon serabut nak jd artis... bila la blh mintak otograp???? Sign kat juboq blh???

  • 6 people like this.
    • Nazar Osmond hahahahahhahaha BENGGONG tul lahh,,,,,
      11 hours ago ·
    • Nashita Md Noor uiisssshhh. power ayat.
      11 hours ago ·
    • Nazar Osmond ni ke KP yg pakai kot bertali leher n poakai serban tu kah kah kah kah kah
      11 hours ago ·
    • Mohamad Rafiq agak2lah kot kalau nak hantam Dewan Pemuda PAS..jgn sampai PAS ungkit asal usul PKR ni dari mana..PKR dah tersepit baru nak setuju HUDUD kalau x dari dulu senyap je..
      11 hours ago ·
    • Muhammad Farhan Aminuddin kasaq..
      11 hours ago ·
    • Zul Hazmi Kasaq ka??? Kalau kasaq mintak maaf la... Kita ckp elok2 depan depa..depa angguk2 buat donno ja....

      Apa plk kena mengena dgn PKR???
      11 hours ago ·
    • Nashita Md Noor Baguihla ada orang berani mcm ni. Lagi satu seronokla jadi pemimpin2 ni dapat jalan merata.
      11 hours ago ·
    • Zul Hazmi Jalan2 luas pemandangan... Tambah plk klu dah jd ketua..jalan2 semua org sponsor.. Kreta org sponsor...dreba pon org taja... Dah sikit mcm artis... Berlakon plk la ni... Lg tambah gaya & mutu.. Cuma keunggulan saja tak dak sbb jd Ketua ats dasar tipu kawan..kawteem dgn org supaya jgn lawan.... Tobat lahom org nak hormat...
      11 hours ago · · 1
    • Ahmad Sayuti Bin Bashiron Sembang Rakyat vs Oley, satu pelakon luar vs pelakon parti... Oley pasti jauh lebih terkesan jika pelakonnya bukan Tantawi, Nik Abduh etc...
      11 hours ago ·
    • Zul Hazmi Dah gila nak berlakon plk biau je la....
      11 hours ago ·
    • Mohd Abduh Abu Samah teguran dan kritikan adalah untuk kebaikan. teruskan. cuma elak guna carut mencarut. tegur dapat pahala, carut dapat dosa. ni pun nak peringat kawan2 ja.
      9 hours ago · · 1
    • Zul Hazmi Tak dak mencarut pun rasanya....
      8 hours ago ·
    • Noor Nimey Hussein bodoh punya TKP DPPP................
      3 hours ago ·
    • Mohd Hayati En Zul dah tersedax balik dah dari lamunan nak glamour tu, alhamdulillah la. nasib baik tak hancus lagi.
      about an hour ago ·
    • Cn Razlan rm 3k tuuu....
      about an hour ago ·
    • Rizam Em awatnye hang jeles sangat depa tu nak cuba2 berlakon.., depa pun berlakon untuk perkara yang baik.., kalau hang nak sembur pun (bukan ludah noo) cubalah perelokkan sikit pengunaan ayat tu.., hormat sikit perasaan org...
      57 minutes ago ·
    • Cn Razlan gua rasa bagi bob lokman serta muhdlutfi and the gang dah laa kot bab2 berlakon nie... KP & TKP pie buat kerja gasak UMNO lagi baik rasanya....
      53 minutes ago ·
    • Rizam Em Cn: betul tu.., tapi bab nak bagi penerangan tentang hukum hudud better bagi mereka yang bertaraf ustaz, barulah org org dengar sikit. kalau bagi bob lokman dan muhdlutfi bagi penerangan tentang hudud.. nanti org kata bekas artis nak berlagak jadi ustaz lak.., sekadar pandangan peribadi saya la..
      51 minutes ago ·
    • Cn Razlan cari la ustaz yg org tak akan kata.. alaaa itu KP yg ustaz PAS maka dia akan cakap macam tuuu laaa.... ini persepsi org skrg.... ambik sahaja ustaz2 kita yg mana low profile tapi boleh berhujah dengan mantap... bukan apa org kita nie jika yg cakap tu muka dia dah pamous dari PAS depa akan jebek mulut jaaa....
      47 minutes ago ·
    • Rizam Em harap2 En. Zul kita ni leh la kemukakan cadangan en. Cn ni kepada DPPP secara elok2.., bukan main sembur mcm ni je kat FB...
      44 minutes ago ·
    • Cn Razlan jika dalam video tu tak ada KP & TKP pada pandanga saya ia akan jadi bagus lagik....sebab ia akan jadi universal...dimana semua org dapat tengok dan tonton serta menghayati....tapi bila org klik ja nampak muka KP/TKP kompom puak2 UMNO akan ada satu persepsi dah..cth cuba tgk klip video sembang rakyat...sekoq pon puak UMNO tak ada dalam tuuu namun tengok sentuhan dia....boleh sakit kepala kita tontonnya....
      39 minutes ago ·
    • Zul Hazmi Rizam Em : terima kasih atas teguran... alhamdulillah.... bkn saja suka2 nak semboq... tak dak nak jeles apa pon depa berlakon ka apa ka... tp kena faham dlm Dewan Pemuda PAS ada jabatan2 tertentu spt DACS utk kebudayaan & kesenian serta anak muda tapi tak diberi peluang... malah KP lak sebok2 buat kerja org lain...sedangkan kerja dia sendiri sbg KP hancusss terbarai habis... sepatutnya dia sbg KP memantau perjalanan Jabatan2 di bwh dia tp dia gagal malah nak menumpang glamer jabatan2 yg aktif.... nak berlakon nak buat penerangan tu bagus tp buat la tugas masing2 dgn penuh tanggungjawab bkn hanya join mana2 yg aktif sj sdgkan yg lain hancus... KP sendiri mengaku perkara tu tp apa tindakan??? Ini masalah memilih kawan rakan berada dlm saf kepimpinan hingga nak tegur takut terasa hati sdgkan masalah bersepah2.... perasaan org saja kita kena jaga tp perasaan kita sapa nak jaga??? Kita ambik contoh sama kita dok tegur UMNO... kita tegur cara baik depa buat donno... tegur keras sikit pun buat donno... last2 bila kita lagi keras ckp bodo mcm Ust Azhar ckp baru nak melenting & pikir apa yg depa buat... sama ja dgn kepimpinan Pemuda pon..ckp elok2 di depan depa angguk2 mcm faham... belakang sama ja... bkn ambik teguran sbg panduan tp kita plk dikondem sbb tak ustaz mcm depa.... mende????
      3 minutes ago ·

Aziz Bari: Nak guna akta apa dakwa pelajar turun ‘banting’ Najib

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan ‘bendera’ berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kumpulan mahasiswa dari SMM dan Bebas hendak menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun kumpulan mahasiswa itu menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri.

Pemimpin SMM dan Bebas berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razab.

Saifuddin menuntut mereka memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Aziz yang menjadi sasaran siasatan polis, pengurusan UIA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dua bulan lalu menegaskan, selagi kerajaan tidak memansuhkan AUKU, pelajar-pelajar universiti akan terus memperjuangkan perkara berkenaan.

“Universiti-universiti sudah wujud sebelum AUKU diperkenalkan pada 1971, jadi mengapa perlunya AUKU.

“Kerajaan perlu mendengar suara mahasiswa... jadi mereka tidak perlu meminta, saya tidak perlu memohon maaf, jangan sombong, dengar suara mereka,” katanya.

SMM dan Bebas mengadakan demonstrasi tempoh hari menuntut AUKU dimansuhkan untuk mengembalikan kebebasan akademik.

Menjawab soalan sama ada tindakan itu sesuatu yang tidak beradab, Aziz berkata, “kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini.”

“Saya tidak melihat menurunkan bendera Najib ini sesuatu yang tidak beradap, seteruk tindakan mereka sebelum ini,” katanya lagi.

kalau tak mengecoh jangan panggil UTUSAN...

Seperti biasa penipuan Utusan kantoi lagi!

AKHBAR propaganda perosak minda rakyat, Utusan Malaysia semakin hari dilihat semakin menggila. Penipuan demi penipuan dilakukan depan mata, depan batang hidung pembacanya.

Kita semakin hairan, apa sebenarnya tujuan Utusan Malaysia menipu secara terang terangan begini? Adakah editor mereka sudah hilang akal? Atau mungkin ada di kalangan staff mereka sendiri ingin menjatuhkan kredibiliti Utusan?

Terbaru mengenai isu menurunkan bendera yang memaparkan gambar Najib oleh mahasiswa menjadi topik hangat di internet. Bendera tersebut diturunkan selama kira-kira 5 minit oleh mahasiswa sebagai tanda bantahan.

Sebaliknya Utusan melaporkan berita yang jauh menyimpang dari cerita sebenar. Mereka menyiarkan tajuk "Mahasiswa koyak bendera" [Utusan].

Namun yang lucunya, tajuk "mahasiswa koyak bendera" tapi di dalam laporannya tiada satu pun perkataan koyak bendera ditulis kah kah kah. Tajuk dan laporan tiada kena mengena kah kah kah...

ReJaM© "Makin hari Utusan semakin gila dan bangga memalukan diri sendiri..."

Melayu... Melayu... Melayu....tapi... Melayu tidak ke mana juga

Isu agenda Melayu sejak dari dulu sampai sekarang- Melayu tidak ke mana juga

Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin UMNO sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin UMNO menyebut tentang isu agenda Melayu ini.

Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

UMNO masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak UMNO kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama dinyanyikan oleh kepimpinan Melayu UMNO, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat ‘expedient’ bagi pimpinan UMNO untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini, lagi untung bagi parti UMNO yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

UMNO seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju ke depan kerana jika Melayu sudah maju, maka UMNO akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.

Saya menyebut ini kerana yang menjadi mangsa di atas keghairahan UMNO untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu UMNO untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara UMNO yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). UMNO sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).

Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, UMNO akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan UMNO kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun sesetengah daripada mereka telah belajar jauh di antero dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti UMNO ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.

Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya cara untuk menyatukan orang Melayu pada pandangan UMNO. Isu yang digunakan oleh UMNO bagi menakutkan orang Melayu ialah Pakatan Rakyat, jika berkuasa akan menghilangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika PR memerintah orang Melayu akan di kafirkan oleh DAP dengan mengkristiankan orang Melayu. Jika PR memerintah, DAP dan komponen PR akan melenyapkan orang Melayu kononnya.

UMNO sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. UMNO hanya tinggal dengan taktik gertak-menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihan raya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini. Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. UMNO seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.

Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong UMNO untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki-hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa ‘desperado’nya UMNO masa kini dan memaki-hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.

Kita sudah mengiktiraf bahawa jika sesebuah parti itu memenangi pilihanraya seperti itu ia merupakan satu kemenangan yang tidak ‘legitimate’. Tetapi UMNO tidak peduli dengan isu ‘legitimacy’ ini. Yang penting berkuasa terus menerus. PM Najib secara terbuka telah berkata yang UMNO akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Bagi UMNO yang penting ialah kuasa bukannya untuk bertanggungjawab kepada rakyat.

UMNO menekan orang Melayu dengan isu sensitif seperti yang saya sebutkan di atas. Lagi takut orang Melayu lagi untung kepimpinannya. Jadi UMNO hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.

Maka orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong UMNO yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.

Sekarang ini kata-kata kotor dan menjijikkan merupakan ‘attribute’ yang jelas bagi parti yang sementara ini masih memerintah negara setidak-tidaknya sehingga pilihanraya nanti. Penyokong-penyokongnya sudah tidak lagi mampu berfikir dan bertindak dalam kebijaksanaan.

Orang yang nazak memang tidak lagi boleh berfikir kerana orang dalam keadaan begitu itu adalah orang yang sedang mengalami ‘brain death’. Jadi bagi parti yang sedang mengalami ‘brain death’ ini, tentulah saudara-saudari tahu apakah ‘consequence of event’ yang akan berlaku kepada parti yang semasa kuat dan berkuasa dulu begitu bongkak dan sombong itu.

Sejak akhir-akhir ini UMNO sebenarnya bukan berusaha untuk melaksanakan agenda Melayu, sebaliknya untuk melaksanakan agenda pemimpin-pemimpin Melayu yang mabuk dengan kuasa serta kekayaan dan wang ringgit yang tidak berkesudahan itu sahaja.

Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti ‘Malayan Union’ dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka UMNO (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohammed dahulu.

Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur, orang yang di tipu tadi akan memaki-hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya tamadun.

Itulah situasi sekarang ini. Penyelesaiannya hanya dengan mengingati Pak ABU sentiasa. Jangan berkasar seperti penyokong UMNO sekarang ini. Dengan senyum simpul hanya gunakan kuasa undi anda dengan berfikir panjang-panjang. Jika ada penyokong UMNO membabikan kita, jangan lawan mereka... hanya beristighfar banyak-banyak.

- Aspan Alias

Aziz Bari ucap UIA ‘selamat tinggal’ 31 Dis nanti...

KUALA LUMPUR— Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini.

Ketika dihubungi malam tadi, pakar perlembagaan itu mengesahkan perkembangan terbaru ini.

“Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA,” kata beliau (gambar).

Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya.

“Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik,” kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu.

“Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya.

“Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya,” kata beliau lagi.

Awal bulan ini, beliau tidak menafikan beliau akan meninggalkan UIA ekoran siri tekanan termasuk siasatan berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja.

“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika itu.

Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Bulan lalu, Sultan Selangor secara langsung dan terbuka telah menyebut nama Aziz berhubung isu audit Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pada Oktober itu, Aziz menerima surat tunjuk sebab berhubung isu titah Sultan Selangor - yang ketiga sepanjang berkhidmat dengan UIA.

Menurut surat tunjuk sebab UIA itu, Aziz didakwa telah memudaratkan imej universiti.

Setakat ini, kata Aziz, hasil siasatan UIA belum diketahui.

Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Aziz, 52, telah berkhidmat lebih dua dekad di Kuliah Undang-undang UIA dan sering dilantik sebagai pemeriksa luar bagi ijazah lanjutan baik di dalam maupun di luar negara.

The Malaysian Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.

Ditanya perasaannya, Aziz berkata, beliau rasa berat dan sedih meninggalkan universiti, khususnya para pelajar yang berebut-rebut mahu mendaftar mengikuti kursusnya.

Beliau juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beberapa orang pelajar pengajian doktor falsafah.

Mengulas mengenai rancangan masa depan, Aziz berkata, “saya masih ada kertas peperiksaan yang perlu ditanda selain memastikan para pelajar PhD saya selamat dan tidak ditolak ke sana ke mari. Buku-buku saya juga banyak dan ini semua perlu diangkut balik dan ini semua memakan masa paling tidak sebulan.”

Mengenai spekulasi yang beliau akan memasuki politik, Aziz memberitahu, “politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.”

“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya lagi.

Difahamkan Aziz sedang menyiapkan buku ke-10 beliau, yang menyentuh mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia.

--TheMalaysianInsider

Kedah Anjur Kejohanan Motorcross Ambang 2012

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/386763_252192698181530_250611831672950_702245_225267398_n.jpg


Akta Perhimpunan Aman: Najib tidak selari dengan dunia

KUALA LUMPUR-Pada masa majalah antarabangsa terkenal TIME mengiktiraf ‘para pendemo’ sebagai ‘Watak Manusia Tahun Ini (Person of the Year)’ tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengekalkan Akta Perhimpunan Aman adalah satu tragedi kepada sejarah negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Klang, Charles Santiago berkata cara Najib mencipta sejarah ini adalah menarik.

“Beliau menghabiskan berminggu lamanya untuk muncul sebagai reformis dengan kemunculan tiba-tiba dalam sebuah konsert pop, berbasikal dengan orang Penang dan mengumumkan satu bajet yang dilihat mementingkan rakyat.

"Semua perkara dramatik ini diikuti dengan laungan untuk membesarkan ruang demokrasi di dalam negara. Saya pun berharap ia adalah benar.

"Namun, sebelum semua keseronokan berakhir, Najib tiba-tiba memperkenalkan satu rang undang-undang yang menghalang protes jalanan. Bukan itu sahaja, beliau memperkenalkannya secara angkuh dan penuh berani.

"Kemudian, para penjilatnya pergi mempertahankan rang undang-undang tersebut sebagai cara untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan di dalam negara,” bidas Charles.

Di dalam TIME, kata Charles, para pendemo digelar sebagai ‘prime makers of history’ (orang yang melakar sejarah), tapi di Malaysia, para pendemo yang tidak bersenjata dilayan dengan para polis yang membawa baton, disembur air asid dan gas pemedih mata.

“Dalam artikel tersebut, para pendemo digelar sebagai orang, yang pada tahun 1960 di Amerika membuat protes jalanan untuk hak-hak sivil dan menentang perang Vietnam, bangun menentang Iran dan Portugal di 1970am dan pada 1980an menentang kuasa nuklear di Amerika Syarikat dan Eropah, menentang penjajahan Israel ke atas Gaza, dan menentang kezaliman komunis di Tiananmen Square dan Timur Eropah.

"Orang sebegini, seperti rakyat Malaysia, memberanikan diri untuk ditahan dan diseksa pada tangan penguatkuasa untuk memprotes terhadap kezaliman dan memperjuangan hak asasi mereka. Mereka inilah yang akan diingati dalam sejarah sebagai orang yang berjuang menuntut perubahan dan menjadikan dunia ini lebih baik,” tambah beliau lagi.

Walaupun rang undang-undang Perhimpunan Awam diluluskan, Charles berkata rakyat Malaysia tetap memperjuangkan agar rang undang-undang tersebut dibatalkan dengan mengadakan perhimpunan di KLCC.

"Walaupun tipis peluangnya, tapi sekurang-kurangnya suara mereka didengar,” tambah beliau lagi.

Charles berkata adalah mudah untuk memahami mengapa BN ingin melaksanakan Akta Perhimpunan Awam itu dengan cepat.

“Kita semua tahu kemaluan yang menimpa Najib dan pentadbirannya ketika demo aman Bersih 2.0 di mana berpuluh ribu orang buat protes jalanan menuntut pilihanraya bebas dan adil,” kata beliau.

Naib presiden DAP turut menyelar Najib yang memainkan sentimen perkauman dalam Perhimpunan Agong Umno yang lalu.

“Ucapan rasis beliau disambut oleh pemimpin Umno yang lain, yang semuanya takut kehilangan kuasa,” tambah beliau, sambil mengingatkan bahawa semua regim yang zalim ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat yang menuntut reformasi dan perubahan.

“Jadi, para pendemo di Malaysia mesti terus memastikan suara mereka didengar. Ia adalah agak ganjil jika Najib dan pentadbirannya gagal memahami fakta yang mudah ini,” sindir beliau.

-Harakahdaily





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...