TERKINI :

Tuesday, December 20, 2011

Aduhai kekadang tu gua boleh naik NYAMPAH dengan PUAK-PUAK PAS nie....

oleh AnakKedah007

Tunjuk bukti saya terperangkap agenda Umno, Hasan Ali gesa Mustafa

Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu."Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi ... Read More

Hasan Ali: Saya bukan duri dalam daging, tapi PAS tergelincir landasan

Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Sambil menegaskan beliau bukan "duri dalam daging" bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat ... Read More

DAP tidak kejar jawatan MB Selangor, tegas Pakatan

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
SHAH ALAM, 20 Dis — Pakatan Rakyat meletakkan noktah ke atas spekulasi kononnya DAP menyasarkan jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya mengecam Umno sengaja menimbulkan isu itu untuk mewujudkan perpecahan dalam perikatan itu.Pada sidang media bersama di sini hari ini, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan ... Read More

PAS Selangor dakwa Nasharudin, Hasan serang parti kerana kecewa

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
SHAH ALAM, 20 Dis — Sikap 'dingin' Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali terhadap PAS sejak kebelakangan ini dikatakan ekoran kekecewaan mereka gagal dalam pemilihan Jun lalu selain ketiadaan pencalonan untuk mempertahankan kerusi negeri, demikian menurut beberapa pemimpin hari ini.Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya Khalid ... Read More

Aduhai kekadang tu gua boleh naik NYAMPAH dengan PUAK-PUAK PAS nie.... nasib baik gua masih ada sifat hormat PADA TOK GURU jaa lagi... kalau dok tengok kelaku hangpa sehari dua nie aku tengok semua kelaku macam pelaq jaaaa..... Puak DAP & PKR asyik dok serang UMNO/BN mai puak PAS asyik dok buat statement cerita dalam kain.... cam H**** jaa kelaku hangpa nie.....

SBPA, Yg Kaya Makin Kaya,Yg Miskin Papa Kedana

Oleh: amkns

"SBPA : Jangan cetus ‘perang’ dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran . KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan “perang” membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana. Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

“Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA,” kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran. “Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal,” soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010. “Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana,” katanya lagi. Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA. SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus. Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM). SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini. Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Sumber: www.themalaysianinsider.com"

Alahai Kesian Kak Jat.. Kena londeh kain lagi.. kali nie 'kondo' di S'pore pulak...

PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

SABAH Boleh Ditawan Jika Ada Sorang Lagi Nik Aziz......

Oleh: sangkancil

"Menyentuh soal politik dan pilihanraya di Malaysia ni, adalah sukar membuat ramalan secara tepat atas beberapa faktor. Sekadar analisa secara rawak melalui pemerhatian di sudut isu tempatan, nasional dan antarabangsa. Dan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada dominasi UMNO BN sepanjang 52 tahun ialah amalan politik 'machiavelli' dan pemusatan kuasa.

Ianya menjadi lebih buruk lagi bila seluruh jentera kerajaan dijadikan alat politik UMNO BN. Pelbagai akta zalim seperti Akta Polis, AUKU, OSA, Akta Penerbitan dan Penyiaran dan lainnya digubal bukan untuk kepentingan awam tapi semata-mata untuk melindungi kepentingan parti pemerintah daripada tergugat. Yang paling mengecewakan bila tahap kesedaran politik rakyat begitu rendah, khususnya Melayu Bumiputera.

Selain wujudnya akta jakun itu, penguasaan media perdana oleh parti pemerintah telah menyebabkan majoriti rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak. Namun situasi ini mula berubah, walau tidak menyeluruh, bila kemudahan internet jalur lebar mula memasuki pasaran.

Mengikut kajian yang dibuat pada 2010, jumlah pengunjung website media alternatif termasuk milik Pakatan Rakyat telah meningkat secara mendadak, diikuti laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang kini menjadi pilihan rakyat untuk menyalurkan maklumat secara pantas.

Walaupun 'cyber wars' kini menjadi satu medan perang politik, namun penggunaannya masih tidak menyeluruh dan ditambah pula dengan corak pemikiran rakyat yang masih terbelenggu dengan politik sempit perkauman peninggalan penjajah yang menjadi amalan UMNO selama ini.

Sedarkah kita doktrin politik perkauman memang tektik keji penjajah bagi menguasai sesebuah negara. Kita sendiri lihat bagaimana krisis kebuluran yang melanda umat Islam Somalia. Semuanya ini berpunca daripada rakyat Somalia sendiri yang berpuak-puak dan berbunuh sesama sendiri angkara terpengaruh dengan hasutan pihak Barat.

Dan begitulah keadaannya di tanahair kita walau tidak seburuk keadaan di Somalia, namun sentimen pra-sangka antara kaum masih wujud hingga ke hari ini. Dalam sejarah politik tanahair, sentimen perkauman memang menjadi modal terakhir UMNO untuk mengekalkan kuasanya. Malah penulis juga percaya tragedi 13 Mei 1969 itu sendiri ada agenda politik UMNO jangka panjang.

Kaum di Sabah

Dalam konteks semangat perkauman, sentimen itu masih wujud di kalangan masyarakat Sabah walau di sesetengah kawasan/daerah sentimen tersebut kian berkurang ekoran taraf pendidikan dan hubungan pelbagai kaum semakin baik di tempat kerja dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Secara tidak langsung ianya mempengaruhi pola pemikiran majoriti rakyat Sabah sekarang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada sentimen negatif ini ialah pola penempatan suku kaumnya. Jika daerah Kota Belud dengan kaum Bajau dan Iranun, Ranau dan Tambunan dengan kaum Dusun/Kadazannya, Keningau dan Tenom pula dengan suku kaum Murut, Tawau dan Lahad Datu dengan suku kaum Bugis dan Bajau, Beaufort, Sipitang dan Papar dengan kaum Melayu Brunei dan Bisayak manakala Kudat, Kota Marudu dan Pitas dengan suku kaum Rungus dan Sungai.

Pola penempatan yang sedemikian rupa wujud ekoran faktor geo-fizikal negeri yang bergunung-ganang. Secara tak langsung hubungan antara kaum itu terpisah oleh bentuk fizikal mukabumi.

Politik

Apabila pola penempatan berkelompok dan terpisah di daerah masing-masing, tentunya tidak dapat dielakkan rasa sentimen kaum di dalam jiwa masyarakat Sabah itu sendiri. Bagi penulis ianya satu perkara lumrah di mana-mana saja. Justeru, sentimen kaum ini turut mempengaruhi pola politik Sabah hingga ke saat ini. Juga kepada undi dalam pilihanraya.

Penulis ambil contoh Parlimen Kota Belud dan 3 DUN di bawahnya, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Di parlimen ini hanya ada 2 suku kaum terbesar, yaitu Bajau dan Iranun. Di sudut sejarah, 2 suku kaum ini pernah bertelagah dan masih kuat sentimen perkaumannya. Malah beberapa kenalan penulis dari 2 suku kaum ini pernah mengatakan jika calon berbangsa Bajau yang bertanding, kaum Iranun tidak akan mengundi dan begitulah sebaliknya.

Katakan dalam Parlimen Kota Belud ditandingi secara one-by-one. BN diwakili calon Bajau dan PR diwakili calon Iranun. Jangan terkejut kalau calon Bajau BN akan mendapat undi dari pengundi Bajau yang menyokong BN dan PR. Dan begitulah juga dengan calon Iranun yang mewakili PR. Senario ini boleh berubah jika ada calon ketiga dari suku kaum lain seperti Dusun. Katakan SAPP meletakkan calon berbangsa Dusun. Kemungkinan besar calon SAPP akan mendapat undi dari kedua-dua kaum utama tadi yang tak suka BN dan PR.

Bagi kawasan yang masih kuat sentimen perkaumannya, PR perlu beri perhatian serius dalam meletakkan calon mereka. Jika tersilap percaturan, peluang kemenangan akan terlepas begitu saja. Sekiranya ada individu ahli parti yang dikenali, popular dan dihormati masyarakat tempatan, maka orang itu perlu diberikan laluan sebagai calon walau tidak memegang sebarang jawatan parti. Seterusnya perhitungan di sudut bangsa calon itu sendiri merupakan aspek penting yang boleh mempengaruhi undi.

Manakala di pihak BN, tentunya mereka cukup arif akan hal ini dan ditambah dengan amalan sogokan politik wang yang memberikan kelebihan pada mereka.

Azhar Idrus

Di Terengganu, khabarnya Ustaz Azhar Idrus akan diminta bertanding di salah satu kawasan DUN di negeri itu walau beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti. Hanya ahli biasa. Tentunya pucuk pimpinan parti melihat di sudut populariti dan pengaruh pendakwah bebas itu di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda. Jelas di sini faktor pengaruh bakal calon dalam masyarakat itu amat penting kerana ia mampu meraih undi rakyat. Mugkin 3 golongan yang akan mengundi calon yang mempunyai kriteria seperti itu. Pertama, tentunya undi dari ahli parti sendiri tapi belum menjamin kemenangan. Kedua, undi para peminat calon itu sendiri dan ketiga, undi simpati.

Pandangan umum

Seorang wartawan NST, Jaswendar Kaur, memberi pandangan dengan mengatakan jika pilihanraya Sabah diadakan selepas 3 atau 4 hari pilihanraya umum di Semenanjung dan Pakatan Rakyat ada kekuatan di negeri itu, nescaya Sabah akan terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, pengundi, khususnya di luar bandar ingat bila Sabah mengundi menentang BN di awal 90an dulu. Selepas itu, kerajaan persekutuan membekukan bantuan kepada Sabah sehingga PRU berikutnya sebagai hukuman. Ekoran tidak bersedia untuk menjadi suara tunggal, akhirnya rakyat Sabah terpaksa mengundi BN kembali. Walau bagaimanapun, apabila PRN Sabah diserentakkan dengan PRU Semenanjung, calon-calon pembangkang memenangi undi popular.

Di Sabah, parti-parti pembangkang gagal mencapai kerjasama sebagaimana yang dicapai di Semenanjung. Akibatnya, wujud pilihanraya kaum dan ramai calon-calon diletakkan untuk bertanding menentang BN. Bila senario sebegini berlaku, undi kepada pembangkang berpecah dan menguntungkan BN sendiri. Dan fenomena inilah yang dimahukan oleh BN dalam PRU13 akan datang.

Tidak dinafikan, hari ini rakyat Sabah, khususnya masyarakat Cina sedang memerhati bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mentadbir Pulau Pinang bagi mengukur sejauh mana kejayaan dan keberkesanan PR.

Dominic Lim, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Manusia Diocese Katolik memberitahu bahawa jika PR berjaya di Pulau Pinang, BN "akan hilang" pegangannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah kurang 'berselera' dengan Anwar. Rakyat Sabah masih ingat ketika Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila bercakap dia selalu meremehkan Sabah. Justeru, majoriti rakyat Sabah masih terkilan dengan Anwar.

Kata Dominic, Anwar mesti berusaha untuk memenangi hati rakyat Sabah melalui tindakan, bukan kata-kata. Anwar perlu membuktikan kepada rakyat Sabah bahawa dia bukan lagi seorang fundamentalis Islam. Ketidakpercayaan rakyat Sabah terhadap parti dari Semenanjung wujud disebabkan pengalaman mereka bersama UMNO selepas parti itu berjaya masuk ke negeri ini. Rakyat Sabah mengundi atas faktor merit calon pembangkang, bukan mengundi parti yang diwakili.

Parti pembangkang asal Sabah sebenarnya boleh mendapat sokongan yang kuat rakyat. Malangnya Sabah tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma yang mampu menyatukan seluruh etnik rakyat Sabah (Kadazan, Cina dan Melayu). Isu-isu utama yang mendominasi politik tempatan di Sabah semasa pilihanraya ialah status beribu-ribu pendatang haram yang tinggal di Sabah dan tanah yang disita oleh sektor swasta, kadang-kadang melanggar undang-undang adat peribumi.

Kesimpulan

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, sikap politik rakyat Sabah ini sangat unik. Mereka pernah menukar kerajaan sebanyak 4 kali.

Bemula USNO, Berjaya, PBS dan BN. Di samping itu, sentimen Sabah-Semenanjung yang ditanam sejak zaman USNO lagi masih berakar di dalam jiwa rakyat Sabah walaupun perasaan itu dah semakin berkurang.

Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, rasanya tak salah kalau Anwar Ibrahim mencari seorang calon isteri di Sabah ni kalau itu jalan terbaik untuk mensirnakan rasa terkilan rakyat Sabah padanya dulu. Takkanlah Wan Azizah marah. Bukankah comel kalau Kak Wan ada 'adik' di Sabah ni. Tapi mungkin Anwar yang tak mahu sebab setianya pada Nonanya Azizah. Sorrylah Abg Anwar dan Kak Wan... penulis gurau je.

Masih ada masa untuk pakatan pembangkang di Sabah ni mengatur strategi terbaik. Mungkin nak mencari calon pemimpin terbaik yang mampu menyatukan seluruh etnik Sabah dalam jangka masa terdekat ni agak sukar, namun kena diusahakan juga. Bak kata pepatah Melayu, "Kalau tak dapat rotan, dapat akarnya pun jadilah".

Bagi penulis, jalan terbaiknya pakatan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan rejim UMNO BN demi kepentingan rakyat jelata. Ketepikan segala kepentingan dan sentimen parti masing-masing. Kalau BN boleh jatuh dengan cara itu, maka ianya wajar dilaksanakan segera. USNO, SAPP, PBRS, PAS, PKR dan DAP perlu berlapang dada.

Kalaulah ada seorang lagi Nik Aziz di Sabah ni, nescaya orang itu mampu menyatukan hati seluruh etnik di Sabah.

Wallahu'alam.
Oleh monaz

Khyril sedia gegar Liga-M

  KHYRIL semakin serasi bergandingan dengan  pemain import baru yang bermain di bahagian tengah.

KHYRIL semakin serasi bergandingan dengan pemain import baru yang bermain di bahagian tengah.

Galas tugas selaku penyerang utama pasukan Hijau Kuning

PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zamri sedia menggalas tugas selaku penyerang utama skuad Kenari selepas pengurusan memutuskan tidak mengikat penyerang import bagi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012.

Khyril yang dipertanggungjawabkan sebagai penyerang utama ketika mengharungi Piala Malaysia musim lalu tanpa kelibat Azlan Ismail yang cedera, menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah hanya mendapatkan khidmat pemain tengah, Daniel Soares Neves atau dipanggil Baroni dan pertahanan Brazil, Danillo Vivaldo bagi mengisi dua slot import - sekali gus meletakkan nama Kyril sebagai penyerang utama.

“Begitupun, saya tidak berasa janggal beraksi sebagai penyerang utama kerana ia bukan sesuatu yang baru.

“Lagipun, Kedah tidak pernah bersandarkan kepada seorang penyerang sahaja.

“Saya juga semakin serasi dengan Baroni dan perlawanan persahabatan bertemu Pos Malaysia esok (malam ini) akan terus dijadikan medan meningkatkan keyakinan dan persefahaman kami serta beberapa pemain baru yang diserapkan,” katanya.

Menurutnya, bahagian pertahanan Kedah bertambah mantap dan kebal berbanding musim lalu dengan kemasukan Danillo yang turut bijak mencuri peluang setiap kali Hijau Kuning melakukan asakan.

Oleh: Bashah Zainol AbidinOleh

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhyrilsediagegarLiga-M/Article

Kerajaan Hisap DUIT Pekerja Swasta dan bela Pekerja Kerajaan...!!

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA

HAMPA BACA JA....AKU PUN COPY ORG PUNYA...BACA SLOW...GELAK SLOW2..LAST SKALI YG NAYA GENG SWASTA GAK,INCOMETAX PALING TERTINGGI...HOHOHO...

Dengan Budak Melayu bukan main 'BERANI'.. Islam kena hina dengan 'PELAKON PORNO' semua kecut..!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/397174_10150435515272157_319981142156_8614328_1004187492_n.jpg

Dr M patut keluar Umno guling Shahrizat, KJ....

Pakatan Rakyat dan BN bersatu dalam hal mencegah salah laku Shahrizat ini. Dalam kes lembu 'feedlot', ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin sudah dua kali mendesak Shahrizat meletak jawatan dan demikian juga Ketua Umno Cheras yang menggesa beliau berundur.

Dr Mahathir antara yang terkuat 'iman'nya hingga dapat mengarahkan Shahrizat berundur sebelum dia dihalau Umno. Melihat Dr Mahathir mengangkat keras suaranya, maka semakin ramailah para pemimpin BN yang ikut mendesak Shahrizat agar meletak jawatan.

Tak dapat dinafikan bahawa, Dr Mahathir mungkin masih berdendam ke atas Khairy Jamaluddin yang mengawal Abdullah dalam kerajaan dahulu. Dengan kes lembu feedlot, maka terbongkarlah rahsia berhubung kenakalan Khairy pada zaman keemasannya dahulu.

Khairy musuh Dr Mahathir. Kesilapan Khairy adalah mirip kesilapan Shahrizat. Jadi, untuk apa Dr Mahathir menyimpan perasaannya kepada Khairy ini? Ia perlu diluahkan. Sepatutnya, Dr Mahathir berkata, tidak hanya Shahrizat yang patut keluar parti, malah Khairy patut keluar juga.

Ya sepatutnya Khairy meletak jawatan yang disandangnya dalam parti sebagai Ketua Pemuda Umno. Hal ini yang patut negarawan seperti Dr Mahathir sentuh. Tapi oleh kerana Khairy tidak disebut, maka nama Ketua Pemuda Umno itu tidak tersenarai dalam senarai yang sepatutnya akan ditendang dari Umno, gara-gara isu lembu ini.

Jadi, selepas teguran tajam Dr Mahathir, maka antara yang angkat keras suaranya bagi mengusir keluar Shahrizat ini, adalah ahli parlimen BN Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh dan mungkin diikuti beberapa orang selepas ini.

Cuba Dr Mahathir berkeras menyebut nama Khairy juga. Mungkin dengan cara ini, akan lebih ramai pimpinan Umno turut menyebut nama Khairy sebagai watak yang perlu disingkir daripada Umno yang semakin nazak menjelang pilihan raya umum itu.

Usaha berterusan bagi mendesak Shahrizat keluar parti dan meletak jawatan sebagai menteri perlu diperkuat lagi kerana Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno telah menyeru wanita Umno mempertahan beliau dalam perhimpunan agung Umno yang lalu.

Namun bangkai lembu sulit ditutup dengan daun nyiru. Busuknya akan setia menerkam hidung. Walau Shahrizat bertahan diri dengan herdikan amarah ke atas Zuraidah dan Rafizi di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, tapi siapalah yang dapat melupakan kata yang terbit di bibir Shahrizat; 'selak kain'?

Teguran Dr Mahathir memangg keras! Katanya, gara-gara NFC, Shahrizat perlu tinggalkan Umno sebelum diusir keluar oleh ahli parti. Tapi apa yang tetap kekal jadi persoalan di fikiran umat adalah, adakah Shahrizat perlu diturunkan dari parti atau sebagai sebagai menteri dalam kerajaan?

Atau, Shahrizat ini perlu melepaskan kedua-dua jawatannya sekali sama ada dalam parti atau kerajaan?

Shahrizat membuat kesalahan itu saat beliau menjadi menteri kerajaan. Projek itu didapati atas nama kerajaan dan bukan parti, tapi Dr Mahathir seorang negarawan telah meminta Shahrizat berundur dari parti dan bukan sebagai menteri yang mengelola hal kewanitaan dalam negara ini.

Jadi, rakyat menuntut pendirian jelas Dr Mahathir kali ini. Shahrizat, dahulunya ahli parlimen Lembah Pantai kini mendapat sokongan dalam perhimpunan agung tahunan Umno. Sokongan itu diraih daripada Pemuda Umno melalui Khairy. Sementara dokongan Wanita Umno itu diraih dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita.

Dr Mahathir perlu menilai semula kedudukan bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz yang pernah tercemar oleh skandal rasuah lalu beliau tersingkir. Di sinilah letaknya peranan Rafidah semula untuk kembali menegur pencabarnya dahulu, iaitu Shahrizat. Apa bezanya Rafidah dengan Shahrizat? Sama saja.

Rafidah dahulu terjebak dalam skandal rasuah dan Shahrizat kini menafikan wujudnya salah guna kuasa dalam projek melibatkan dana awam RM250 juta dan Dr Mahathir masih hanyut dibuai leka, seolah-olah melupakan Khairy Jamaluddin, seteru lamanya yang pertahankan Shahrizat kini.

Apa salahnya Rafidah diajak semula bersatu dengan Dr Mahathir untuk berkontra dengan Shahrizat dan Khairy ini? Dan jika Dr Mahathir kecohkan semula dengan ugutan keluar Umno seperti yang pernah dibuatnya dahulu bagi mengurangi pengaruh menantu Abdullah iaitu Khairy itu alangkah baiknya?

Demi sesungguhnya, sikap Dr Mahathir keluar Umno ini penting demi menyelamatkan maruah parti Umno yang dicintai sepenuh hatinya itu. Inilah parti Umno Baru dalam acuan Dr Mahathir sejak Umno Lama diharamkan sebelum ini.

http://www.lidahrakyat.com/2011/12/dr-m-patut-keluar-umno-guling-shahrizat.html

Kenapa Mahathir mahu PRU-13 diadakan awal?

Oleh Nawawi Mohamad, Stan Lee

Pilihan raya adalah penentu masa depan negara. Dalam politik, perubahan kepimpinan tidak dapat dielakkan seperti yang telah terbukti dalam revolusi Arab baru-baru ini, dan pencabar akhir Vladimir Putin iaitu Mikhail Prokhorov dalam pilihan raya presiden Rusia yang akan datang.

UMNO juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perubahan dalam hierarki politik, tetapi untuk menerima kemahuan ahli-ahlinya , kecuali beberapa 'gerakan' dilancarkan untuk mengekalkan status quo, walaupun bersifat sementara. Arus perubahan akhirnya berlaku untuk UMNO dan kuasa yang bakal mencetuskan arus ini adalah tidak lain daripada kesalahan dan perbuatan-perbuatan zalim UMNO itu sendiri.

Orang yang berkuasa

Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri, meramalkan perkara ini akan berlaku dan muncul semula untuk merebut peluang untuk merealisasikan agenda peribadinya. Beliau telah menyarankan agar Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan awal tahun depan. Walaupun begitu, persepsi awam beranggapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin juga mahu PRU-13 diadakan awal tahun depan, selepas gula-gula pilihan raya diumumkan pada bulan Oktober, tiada siapa yang boleh menjangka bila sebenarnya ia akan berlaku.

Ketiga-tiga mereka sedang berada dalam perebutan kuasa untuk UMNO, dan sedang bermain dalam permainan dalam usaha untuk memastikan yang lain di akankalah. Walaupun mempunyai kelebihan sebagai penyandangjawatan utama ketika ini, Najib sebenarnya mempunyai kelemhannya sendiri. Muhyiddin dan terutama sekali Mahathir telah dapat mengatasi nya dari pelbagai aspek.

Selepas tepat dalam menjangkakan pergolakan politik dalam UMNO dan membuat pemantauan selama berbulan-bulan, Mahathir kini akan retak yang cukup besar sekarang. Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu; biarkan ia mejadi lebih parah lagi dan kemudian bergerak menggunakan kuasanya untuk sekali lagi menjadi wira yang menyelamatkan UMNO.

Sepertimana yang rakyat Malaysia sedia maklum, apa yang Mahathir mahu, dia pasti dapat. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, Mahathir tidak akan membiarkan retak menjadi belah kerana itu akan mengundang bencana kepada keseluruhan UMNO. Dia tidak parti yang lemah, ia tidak sesuai dengan rancangannya.

Perebutan kuasa

Mahathir tahu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kedua-duanya sendiri tentang masing-masing. Najiba dalah Presiden Umno pada masa ini manakala Muhyiddin adalah Timbalan Presiden. Mahathir juga mempunyai pengaruh yang lebih daripada mereka, Najib mahupun Muhyiddin kurang tahu akan Mahathir.

Selama ini, Mahathir memiliki kelebihan dan jika Muhyiddin dan Najib tidak bersatu dalam usaha mereka, mereka akan dikalahkan oleh lelaki berusia 86 tahun ini. Walau bagaimanapun, Mahathir tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai strategi politik yang aneh banyak daripada ketiga-tiga lelaki ini. Usaha-usaha mereka untuk menang dan muslihat antara satu sama lain telah mengelirukan semua,termasuk penyokong mereka sendiri.

Malangnya, perebutan kuasa tiga segi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan di kalangan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Ini adalah mengapa Najib mendapat mandat semula untuk memilih calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dari kalangan yang mesti menang.

Sesiapa yang tidak menyokong Najib kini terpaksa akur, dan ini sudah tentu tamparan yang hebat kepada Muhyiddin dan Mahathir. Namun, tiada seorang pun yang benar-benar melakukan secara terbuka - tanda yang tidak baik untuk Najib dan dia harus mengakui bahawa ahli-ahli lain menolak beliau kerana kepimpinannya yang lemah. Dan ini adalah peluang untuk kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir.

Mahathir dan Muhyiddin telah mula meraih sokongan dari orang-orang yang ingin selamat dan perlu untuk mencari perlindungan dari kumpulan yang kuat atau yang lain. Baik Mahathir mahupun Muhyiddin perlu mendapat sokongan 100%. Selagi ada kuasa, mereka boleh membuat tawar-menawar dan inilah permainan politik UMNO.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, Muhyiddin masih perlu untuk 'menunjukkan'kesetiaan kepada Najib, walaupun kurang kepada Mahathir.

PRU ke 13 dan calon-calon UMNO

Mandat yang diberikan kepada Najib memberikannya pilihan untuk menentukan calon-calon untuk PRU-13 berdasarkan kepada pemegang jawatan dalam UMNO sekarang di semua peringkat. Ramai yang telah memegang jawatan tersebut untuk beberapa lama dan agak yakin akan dipilih semula oleh Najib.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mungkin akan digugurkan. Ini adalah haknya untuk berbuat demikian.

Perbalahan dalaman di dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Telah berada pada kemuncaknya sekarang dan satu demi satu nama-nama pemimpin yang akan digugurkan telah bocor tetapi tiada satu pun yang boleh disahkan lagi.

Dengan menyarankan untuk PRU ke13 diadakan awal, Mahathir memberi isyarat yang dia mahu pertikaian dihentikan dengan cepat dan untuk mendapatkan senarai calon-calon boleh menang secepat yang mungkin.

Kononnya, ini adalah untuk memastikan bahawa UMNO-BN mempunyai masa yang cukup untuk menghadapi PRU ke-13, yang bagaimanapun akan diadakan selewat mungkin. Atau sekurang-kurangnya sehingga iklim politik bertambah baik, kesan kes liwat Anwar dan keadaan ekonomi sedikit baik - cukup bagi rakyat untuk merasakan sedikit perubahan.

Walau bagaimanapun, bantuan RM500 tunai keluarga berpendapatan rendah sedang diedarkan sekarang hingga Januari 2012 boleh kehilangan kesannya jika PRU ke-13 diadakan lebih lambat. Tetapi Najib, dengan sikap tak kisah terhadap dana awam, tidak akan mengambil berat tentang perkara ini. Mahathir walaupun memantau dengan teliti dan akan memulakan langkah seterusnya selepas memantau reaksi orang ramai.

Senarai boleh menang

Dalam pemilihan yang lalu, calon-calon yang dipilih pada saat-saat akhir menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO, terutama pihak yang bekerja dan ini membawa kepada keputusan PRU ke-12 yang teruk. Mahathir mahu mencegah ini daripada berlaku semula.

Walau bagaimanapun mengadakan PRU ke- 13 selewat mungkin adalah kesempatan terbaik untuk Najib, kerana pemilihan calon tidak akan dicabar secara terbuka yang didakwanya sebagai sesuatu yang tidak baik untuk UMNO.

Sebenarnya, Najib sudah pun mempunyai senarai calon-calon rahsia yang dikawal dengan rapi, mungkin hanya diketahui oleh Mansor Rosmah isteri beliau. Pembantu yang paling dekatnya tahu bahawa dia telah membuat keputusan tetapi tiada seorang pun tahu senarai penuh tersebut.

Oleh itu, satu lagi sebab mengapa Mahathir meminta PRU ke-13 diadakan awal adalah kerana dia ingin tahu siapakah yang telah dipilih oleh Najib. Mahathir mahu memastikan yang dia mempunyai orang-orangnya di dalam senarai itu nanti.

Mandat yang diberikan oleh ahli perhimpunan UMNO nampaknya tidak adil, ini kerana Najib hanya akan memilih orang-ornagnya – tanpa menghiraukan Mahathir dan Muhyiddin. Tetapi realitinya, baik Mahathir atau Muhyiddin tidak akan membiarkan Najib terlepas begitu mudah. Oleh itu, pertempuran yang senget diramalkan untuk UMNO adalah pada pemilihan dalaman parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas mengetahui senarai Najib, Mahathir akan membuat langkah seterusnya. Ini adalah mengapa dia perlu tahu sekarang kerana masa tidak menyebelahinya. Muhyiddin hanyalah orang pilihan kedua dan dia masih menunggu untuk gilirannya untuk aktif dalam perebutan kuasa ini. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang ada di dalam senarai itu!

Dengan begitu banyak tekanan keatas Najib, ada kemungkinan dia akan perlu untuk memberi atau cuba untuk memuaskan hati dua orang pesaing hebatnya. Malah, masa tidak menyebelahi UMNO. Semua mata kini tertumpu pada senarai Najib.

Malaysia Chronicle

Umno joli duit KWSP

Oleh DATO’ HUSAM MUSA

http://www.malaysiandigest.com/images/kusha/husam%20musa.jpgSAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).

RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan.

Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius.

RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus.

Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar.

Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara:

a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah.

Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan.

Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP.

b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.

Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.

Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato’ Seri Najib Razak!

Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion.

Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus.

Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.

Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.

Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.

Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.

Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga.

Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!

Dulu tidak berminat, sekarang berebut nak masuk

E-mail

GUAR CHEMPEDAK, 18 Disember 2011 – Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sewajarnya terutama dalam pembinaan insan demi melahirkan golongan muda yang berakhlak, beragama, jati diri yang tinggi serta menghayati Islam sebagai cara hidup dan berusaha melahirkan pemuda yang dibesarkan dalam suasana beribadat kepada Allah.

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan penutup sempena Majlis Penutup Kem Bina Syahsiah (KBS) 2011, di Perkarangan Masjid Al-Wusto, Guar Chempedak di sini.

“Pada peringkat awalnya, ibubapa seperti tidak berminat untuk menghantar anak ke kem ini kerana mereka menyangka ianya sama seperti kem-kem biasa yang lain. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat dan saya difahamkan bukan sahaja pesertanya dari negeri Kedah malah dari luar negeri Kedah,” celahnya.

Beliau menambah, tujuh golongan yang diselamatkan Allah di Padang Masyhar nanti, antaranya pemuda yang dibesarkan dalam suasana beribadat kepada Allah dan dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Oleh itu katanya, ibubapa perlu memantau anak-anak masing-masing dan pastikan kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan .

“Kawan merupakan satu perkara yang sangat penting kerana orang boleh menilai kita dengan hanya melihat siapa kawan kita.

“Dalam hadis juga ada memberitahu kita, nak tengok seseorang, tengok siapa kawannya. Jangan silap memilih kawan, ” jelasnya.

Katanya lagi, pendidikan bermula di rumah, sekiranya elok di rumah maka eloklah diluar tapi sekiranya pincang di rumah lagi, maka hasilnya akan pincang di luar. Kasih sayang ibubapa ada kalanya tidak dapat dizahirkan kerana kesibukan dengan tugas-tugas seharian dan anak-anak secara tidak langsung merasakan seolah-olah mereka tidak diberi perhatian. Anak dilahirkan fitrah dan ibubapalah bertanggungjawab mencorakkannya samada menjadi yahudi, nasrani atau pun majusi.

“Ibubapa dulu tidak bersekolah tapi boleh mendidik anak sehingga masuk universiti. Ibubapa sekarang pandai-pandai, kebanyakannya keluar universiti tapi anak-anak ramai yang terjebak dengan gejala sosial.

“Oleh itu kita perlu membina kekuatan ummah untuk melahirkan genarasi bermoral dan berakhlak yang akan menjadi pemimpin untuk masa akan datang,” ujar beliau.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

“Tahniah juga pada para peserta kerana sabar serta istiqamah sehingga habis program.

“Kepada ibubapa, berilah perhatian dan pantauan sewajarnya kepada anak masing-masing dan pastikan apa yang mereka dapat di sini tidak hilang begitu sahaja,” katanya.

Beliau juga turut mengingatkan hadirin bahawa siapa yang bertaqwa kepada Allah, ia akan berjumpa pelbagai masalah dan rintangan tetapi ingatlah, Allah akan membantunya memberi jalan keluar pada setiap permasalahan yang dihadapinya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil kepada fasilitator dan para peserta. Masjid Al-Wusto selaku tuan rumah untuk majlis penutup berkenaan juga mendapat sumbangan dari beliau sebanyak RM20 ribu.

Kira-kira 1500 orang termasuk waris para peserta hadir di majlis tersebut.

[Video] ADUN Kubang Rotan menjawab fitnah oleh RTM


Sidang Media YB Mohd Nasir Mustafa,
ADUN Kubang Rotan menjawab fitnah oleh RTM


Agihan pendapatan ASB 7.65 sen


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan replika pengagihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.

Sebanyak 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.

Menurutnya, hingga Khamis lalu, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji menjelaskan, baki sebanyak 11.8 peratus atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...