TERKINI :

Monday, December 19, 2011

Ini baru nama 'mahasiswa'

Kami tidak akan minta maaf turun bendera Najib, kata SMM dan Bebas

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.

Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.

Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.

“Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.

“Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik,” kata beliau lagi sambil menambah, “mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri.”

“Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” katanya lagi.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.

“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya lagi.

Najis Mahathir mula berbau..!!!

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan

Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dengan kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu dan terus menyokong Umno.

Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah lakna berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak ‘mencepuahkan’ Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.

Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.

Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, biro komunikasi dan penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:

TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998

KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.


Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.


KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.


Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.


KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.


Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.


Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

YB NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

WONG CHEN


PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN KEADILAN

Mohd Sayuti Omar

Orang dok kalut dedah dokumen dan link depa dok kalut suruh sumpah...!!

EPU dikaitkan dengan dokumen Bank Dunia

PKR hari ini mengetengahkan dokumen bagi membuktikan unit bawah Jabatan Perdana Menteri semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa.

NONEMenurut dokumen bertarikh 3 Mac 199 itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersedia untuk pinjaman AS$60 untuk sektor sosial seawal 26 Julai 1998.

Bercakap dalam sidang media di pejabat PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan Dr Mahathir berbohong apabila berkata beliau menolak bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Rafizi berkata, dokumen itu ditandatangani kerajaan di mana Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan menteri kewangan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang merengkok dalam penjara.

Air Jampi Haron Din Untuk Pas


http://1.bp.blogspot.com/-11FdiWEJDbM/Td3BLi4HASI/AAAAAAAAA_0/poCZ4P5IlXk/s1600/haron-din.jpg
[tanpa edit) Dua tiga orang penjenguk blog Merah Tinta dan juga kenalan politik bertanya saya mengenai Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Semua pertanyaan agak skeptikal kepada kedua pemimpin berkenaan. Semuanya kerana kenyataan balas mereka berdua terhadap kenyataan-kenyataan atau komen mengenai mereka yang dimulai oleh Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungip yang mendedahkan Hasan tidak mendapat pencalonan.

Saya awal-awal sudah mengatakan tindakan Saari itu tidak bersifat politik dan beliau jujur yang tidak bertempat. Gara-gara kenyataan beliau atau lebioh tepat kerana gatal mulut berdasarkan atas fakta menyebabkan timbul polimek mengenai kedudukan Hasan Ali dalam Pas. Ia menjadi tambah 'rewel' lagi apabila Hasan membuat kenyataan sinis kepada Pas yang kemudian membuka hati Mustapa Ali untuk menjawab sama yang menghangatkan lagi situasi.

Barang kali tidak pelik kalau Mustapa Ali membelasah Nasharudin dan Hasan Ali. Politik yang licit dan munafik begitulah. Kita perlu mengodam kawan yang dilihat bersalah untuk menampakkan kita benar dan tidak bersubahat. Mustapa terkenal sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan, menyelam dan menggali pasir dari bawah dasar laut.

Saya sendiri faham kenapa kalau Mustapa baham Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Walhal beliau boleh mengambil sikap mendiamkan diri dari membuat kenyataan seperti tikus membaiki labu. Itulah kalau kita ada masalah kesihatan yang cuba hendak memberi nasihat kepada orang lain makan ubat sama. Hasilnya kita akan diserang balik.

Menyentuh isu Hasan Ali dan Nasharudin ini saya ada sedikit pandangan. Keadaan hari ini mungkin reda tetapi ia tidak menamatkan sengketa. Hasan Ali dan Nasharudin boleh berakhir dengan mereka tidak akan bersama Pas kalau pun tidak menyertai Umno. Jaminan "saya sayangkan Pas, sukar untuk saya tinggalkan Pas", bukan jaminan mutlak. Orang Pas tidak boleh merasa yakin dengan pernyataan begitu dari Hasan dan Nasharudin.

Atas sifat politik sesiapa pun tidak akan jujur dalam percakapan melainkan ia akan dipolitikkan. Beza sedikit dan banyak saja.

Bagi Pas walaupun busuk mana Hasan Ali dan Nasharudin kalau mereka tidak bersama Pas ia merugikan Pas. Sikap dingin mereka atau penjauhan dari Pas akan digunakan oleh Umno untuk memburukan Pas kepada mata umum. Sebagai musuh Umno akan melihat Hasan Ali dan Nasharudin sebagai intan dan permata. Mereka akan pujian kilauan Hasan dan nasharudin hatta mereka sendiri tidak begitu berminat untuk mengambilnya sebagai mata cincin dalam politik.

Tetapi rakyat dibawah akan menjerit dan mengeluh kesal. Apa lagi rakyat yang melihat jasa-jasa kecil mereka berdua akan merasa kecewa kalau Hasan dan Nasharudin sudah 'terkanyar' dari jemaah Pas. Kalau hati rakyat begitu diusik boleh menyebabkan rakyat (penyokong) Pas tawar hati untuk aktif dalam Pas. Suatu hakikat yang perlu diterima baik Hasan dan Nasharudin mereka juga ada pentaksud masing-masing.

Hendak tidak hendak isu Hasan Ali dan Nasharudin kena diselesaikan. Dalam hal ini orang yang boleh mendamaikan hati mereka berdua ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Inilah tokoh yang akan boleh diterima pandangannya oleh banyak pihak. Dengan pendekatan, zuhud dan tawaduk, ketokohan sebagai pemimpin dan ulamak Haron Din dia boleh jadi pendamai.

Saya juga yakin dan percaya Hasan dan Nasharudin lebih berwala dan mersa kepada Haron Din berbanding dengan Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang. Bagi mereka Haron Din adalah mursyidul am dan presiden Pas. Jauh dari itu kawan yang senantiasa mereka hormati dan segan. Atas kedudukan ini Dr Haron Din boleh memainkan peranan menyelesaikan isu mereka. Haron Din boleh menggunakan perubatan Islam (Darul Syifat) untuk menyembuhkan hati Hasan, Nasharudin serta individu lain yang juga kelihatan sama sakit.

Elok Haron Din panggil mereka dan bagi sebotol seorang air jampi. Kalau tidak Haron Din boleh jampi di udara dan biarlah angin yang sudah siap dijampi itu memasuki rongga mereka itu semua.

Saya merindui untuk mendengar komen Haron Din dalam hal ini. Walaupun Ketua Dewan Ulamak Harun Taibmemberi komen dan nasihat tetapi ia tidak berapa didengari sangat kerana orang juga mengenali siapa dia Harun Din. Kalau boleh dan tergamak Harun Taib juga perlu meminum air tawar Haron Din. [ttdi.10:57 am 19/12/11]

Haron Din ada formulanya tersendiri.

Mohd Sayuti Omar

Masalah sosial semakin serius - YB Dr Ismail Salleh

GUAR CHEMPEDAK – Masalah sosial yang melanda remaja dewasa ini menjadi semakin serius dan ada di kalangan mereka mula terjebak sejak dari sekolah rendah lagi. Masalah yang kurang didengari suatu ketika dulu, sekarang ini seolah-olah menjadi amalan kepada remaja-remaja berkenaan.

"Dulu kita jarang mendengar masalah seperti remaja merokok, merempit, terlibat dengan gangster, pil-pil khayal dan yang paling teruk terlibat dengan zina,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh.

Berucap sempena majlis penutup Kem Bina Syahsiah (KBS) di sini, beliau memaklumkan, kerajaan negeri sentiasa perihatin mengenai masalah sosial yang melanda anak-anak remaja serta berusaha memberi sumbangan untuk mengatasinya. Di bawah Pembangunan Insan, kem-kem seperti Kem Anak Soleh (KAS), Kem Bina Insan (KBI), Kem Bina Syahsiah (KBS) dan Kem Belia Sejahtera dilaksanakan demi memberi pendekatan yang sewajarnya kepada golongan sasaran agar tidak terjebak ke kancah gejala yang tidak sihat tersebut. Sehubungan itu, KBS juga merupa cetusan idea dari Menteri Besar sendiri sejak lima tahun lalu.

“Masalah yang kita hadapi ini sebenarnya bermula dari sistem pendidikan yang tidak meletakkan Islam sebagai asas. Ilmu yang kita perolehi telah diasaskan oleh British yang jelas memisahkan agama dari kehidupan,” tambah beliau lagi.

Menurutnya, jumlah peserta KBS pada tahun ini seramai 255 orang dan bukan sahaja dari negeri Kedah malah juga mendapat sambutan dari negeri-negeri lain.

“Tahun ini kita sungguh berasa sedih, kebanyakan peserta KBS kali ini mempunyai masalah sosial yang agak serius. 20 peratus dari mereka pernah terlibat dengan zina, 15 peratus pula langsung tidak mengetahui asas-asas mendirikan solat.

“ Kebanyakan dari mereka melahirkan rasa kesal kerana mereka tidak diberi perhatian sewajarnya oleh ibubapa di rumah.Oleh itu anak-anak mula menjadi liar serta keluar rumah dan sudah tentunya akan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak elok,” keluhnya.

Tambahnya lagi, 21 hari bukanlah jangka masa yang boleh mengubah keseluruhan cara kehidupan peserta. Walau bagaimana pun, sekurang-kurang pihak KBS boleh mencungkil masalah mereka dan berusaha melahirkan keinsafan agar mereka menyedari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Beliau berharap ibubapa terus berusaha menjadi pemangkin kepada anak-anak. Setiap kita perlu mengetahui ilmu rumahtangga walaupun kita telah memperolehi ijazah, PHD atau lain-lain tapi ianya tidak sama kerana kurangnya ilmu rumahtangga boleh membawa kepincangan dalam institusi kekeluargaan,” jelasnya lagi.

Beliau menyeru kepada semua ibubapa yang hadir agar melakukan perubahan di rumah dan mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti program berkenaan.

Majlis penutup KBS telah diadakan di Perkarangan Masjid Al-Wusto, Guar Chempedak dan dihadiri kira-kira 1500 hadirin.

Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.

Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.

Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.

Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas.

Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.

Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri.

Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui.

Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka.

Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.

Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.

Gempar - Adakah Mat Bashah akan dilantik sebagai MUFTI Negeri Kedah yang baru..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/378735_10150434572642157_319981142156_8609801_1559417770_n.jpg

[UTUSAN]

ketua perhubungan umno kedah adalah manusia yang merasakan dirinya lebih tinggi pangkat dan kuasa dari datok mufti kedah serta majlis fatwa... jika macam nie beliau bolehlah dipanggil sohibul samahah mat bashah al-pekak badak....

Yg dok pertikai keputusan majlis fatwa tu apa kejadahnya... PAS bukan buat semberono jaa kerja tersebut... dah semangat sangat dok pertikai keputusan TOK MUFTI & MAJLIS FATWA lanie kami lantik hang sajalah ganti TOK MUFTI kedah....amacam mau kaa..???

entah lah hangpa tolong jelaskan kepada manusia pekak badak nie sat dah naik semak kepala dok layan isu-isu bangang nie.........

Mula Jan 2012..pakat-pakat zip mulut....

Oleh : PUTERI BULAN

Mula Jan 2012, semua bloger-bloger, cyber trooper, parti politik dan individu-individu penyokong dan pendokong pakatan rakyat semuanya kena pakat zip mulut kemas-kemas...tak boleh lagi sembarangan nak kata atau kutuk UMNO haprak...

Denda RM5 ribu turut dikenakan pada admin serta pengikut yang "menyalah guna laman facebook, blog atau sebagainya"

Wah! kira macam dah maksum UMNO ni...tak boleh nak dikritik dan dikomen...maknanya selepas Jan 2012...apa saja yang UMNO haprak buat...kita semua kena klik like...like...like...like..like..like..jelah...

Kalau nak komen kena tulis yang baguih-baguih...puji-puji menjela-jela..tatang melangit...dan jangan lupa dah tatang tinggi melangit..kita hempas ke lantai...agar berkecai!

Inilah demokrasi di Malaysia tanahairku tercinta...UMNO haprak hanya melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan menentu pemimpin dan kerajaan tapi pada hakikatnya umpama tangan kanan menyuap makanan, tangan kiri mencubit paha...semakin banyak makanan yang disuap..semakin kuat paha dicubit..yang lemah..tentunya akan meluahkan semula makanan dimulut kerana tak tahan dicubit, yang kuat akan menelannya namun dengan linangan airmata menahan kesakitan.

UMNO haprak dah semakin terdesak...semakin terhimpit..mana-mana sumber yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan cantas...tetapi mereka lupa...kuasa Maha Kuasa..mereka tidak boleh menahannya. Sekiranya mereka menganggap mereka cekap menyusun strategi...sebenarnya mereka lupa Allah lebih cekap menyusun perancangan.

Lama mana UMNO boleh menahan kemaraan rakyat..kemarahan rakyat umpama ledakan bom atom yang menanti saat untuk meletup..membinasakan UMNO dan kuncu-kuncu hapraknya yang semakin hari semakin gila mengawal kuasa..umpama dunia mereka yang punya.


Penyakit kronik yang ada pada UMNO itu sendiri..sudah BUSUK, HANYIR, BERULAT, siapa yang lalu ditepinya pasti akan muntah hijau...kerana tak tahan dengan bau busuk yang teramat sangat.

Amat wajarkah...sebuah parti yang sudah KRITIKAL...menanti masa menyembah bumi ini diberi mandat sekali lagi untuk PRU ke13 ini...wajarkan kita membiarkan untuk jangkamasa 5 tahun lagi..Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berpenyakit...yang tidak boleh diubati lagi...

Oleh itu tepuk dada tanyalah iman...
Untuk sahabatku UMNO....tidak guna kita menongkah arus sungai yang semakin laju...kelak nanti ia membawa kita hanyut hilang entah ke mana.........

http://kedahla.blogspot.com/2011/12/mula-jan-2012pakat-pakat-zip-mulut.html

Sudah 50tahun lebih merdeka.. masih ada rakyat merempat di bawah...

JJMS Wargakilang: Antara Pendidikan dan Kemiskinan

Kurang lebih 2 minggu saja lagi musim persekolahan akan bermula. Ada waris yang sudah pun membuat persediaan untuk anak-anak ke sekolah, dan ada yang masih belum bersiap apa-apa.

Di kesempatan cuti hujung minggu yang lalu, pada tanggal 17 Dis 2011 bersama-sama dengan rakan-rakan drpd NGO Wargakilang, kami telah diberi masa dan lapangan untuk turun ke beberapa buah perkampungan di sekitar kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu untuk menghulurkan bantuan, khususnya untuk persediaan persekolahan dalam apa yg kami namakan sebagai JJMS: Jln-Jln Masuk Sekolah.

Bukan setakat beg dan peralatan sekolah yang disumbangkan, tetapi kawan-kawan kami dari berbagai buah kilang di sekitar Penang/Kedah ini turut membawa barang-barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak, garam dan sebagainya. Di samping itu kami turut juga membawa sebuah kenderaan 4WD TRITON penuh dengan kain baju terpakai yang dikirim oleh rakan-rakan (ada yg kirim mai dari KL sana).

Di persinggahan yang pertama, kami turunkan barang-barang sumbangan itu di sebuah Dewan Orang Ramai di Kg Sg Tengas. Bersama-sama kami ialah JKKK Kg Sg Tengas yang membantu mengumpulkan waris dan pelajar2 untuk menerima bantuan tersebut.

(Berebut-rebut org kampung di sini memilih kain baju terpakai. Sorang makcik tu kata, t.kasih banyak-banyak la bawa kain baju ni – sebab sekarang ini musim KENDURI!!)

(Seronok tak kira anak-anak ini dengan beg dan peralatan sekolah baru. Setiap orang kami bekalkan dengan KAMUS ENGLISH-MELAYU supaya kalau ditakdirkan depa kerja kilang mcm kami bila besar nanti, taklah depa kekok sangat nak cakap omputih)

Di Sekolah Keb Sg Taka pula kami dibantu oleh seorang guru sekolah berkenaan yang kebetulan pernah bekerja kilang sebelum ini, kemudian berhenti dan menyambungkan pelajarannya di bidang perguruan. Beliau berjaya mengumpulkan waris-waris dan pelajar-pelajar keluarga miskin/susah drpd 2 buah sekolah; Sek Keb Sg Batu dan Sek Keb Sg Taka.

Bukan setakat beg dan peralatan sekolah dan brg2 keperluan harian yang dihulurkan – tetapi, kami turut mengadakan ceramah motivasi untuk waris dan pelajar secara percuma.

Asalnya ceramah motivasi ini tidak ada dalam jadual kami, tetapi saya yang volunteer – kerana terngiang2 dalam telinga saya kata-kata seorang sahabat – kata beliau:

“Hangpa dok masuk kg bagi bantuan kat org miskin ini tak selesai masalah, depa tu perlukan pancing bukannya ikan. Hangpa bagi ikan, depa makan ikan tu habis hari tu aja lah, kalau bagi pancing, boleh depa pi mancing ikan untuk makan, untuk jual dan sebagainya”

Masalahnya sahabat saya yg cakap tu, dia sendiri tak bagi apa – ikan tak bagi, pancing pun tak bagi.

(Salah seorang Pakcik dgn anaknya sedang menerima beg dan peralatan sekolah)

(Pakcik yg sama teruja tak terkata menerima sumbangan brg2 keperluan seharian. On the way keluar, Pak Guard sekolah tahan kami, dia kata kesian kat pakcik tu dok tunggu tepi pintu pagar sekolah, tak ada org nak bawa brg2 tu balik rumah dia – tak ada kenderaan, nak kena upah org tlg angkut dengan motosikal ka apa)

Berbalik kpd cerita pancing tadi, oleh kerana kami hanyalah sebuah NGO kecik, hanyalah sekumpulan pekerja-pekerja kilang yang tak punya apa-apa dana khusus, Cuma mengharapkan kwn2 turun bawa brg2 sumbangan sendiri-sendiri bila ada apa-apa aktiviti, maka tak mampulah kami nak tawarkan pancing seperti yg dinyatakan itu.

Lalu, apa yg kami ada hanyalah sekedar sekelumit ilmu motivasi diri untuk dikongsi.

Di kedua-dua tempat itu, saya kongsikan cerita dgn waris tips mcm mana nak bagi anak dapat UPSR 5A (kebetulan 5 org anak saya yg pertama Tuhan anugerahkan depa dapat 5A). Dgn pelajar2 pula saya kongsikan pengalaman bagaimana saya yg anak org susah asal dari Baling Kedah, waktu kecik rumah tak ada api tak ada letrik, akhirnya boleh belajar sampai ke Amerika.

(Motivasi untuk waris dan pelajar: antara yg saya tekankan – Tidak ada termaktub dalam Al-Quran mahu pun Hadith atau pun dalam perlembagaan Negara atau mana-mana Akta yang mengatakan bahawa kalau ayahnya kerja menoreh getah atau pun kait dahan kelapa sawit, maka WAJIB lah besar nanti anaknya juga jadi penoreh getah atau pun pengait dahan kelapa sawit).

Kami tekankan kpd kedua-dua pihak, Waris dan Kanak-Kanak bahawa sanya satu-satunya jalan keluar drpd kepompong kemiskinan ini ialah melalui PELAJARAN. Kami berharap tips motivasi ini bersama-sama dengan beg dan peralatan sekolah itu akan mampu menjadi satu persediaan yg berguna untuk anak-anak ini menjelang musim sekolah dibuka nanti. Mudah-mudahan.

Walau pun begitu, motivasi hanyalah motivasi, sebagai penceramah motivasi mahu pun orang politik, kita boleh cakap dan ceramah berdegar-degar tapi bila Ujian Tuhan Turun, siapa pun tak boleh buat apa. Mereka yg miskin ini bukan mereka yg pilih nak jadi miskin, kalau boleh mereka pun tak mau miskin, tapi apakan daya takdir tuhan sudah pun menetapkan begitu.

Misalnya, ada seorang waris yg kami temui, seorang ibu tunggal, matanya kelam, ada 2 orang anak bersekolah, tinggal dgn ibunya yg agak tua. Ibunya pula mencari rezeki menoreh getah di tepi rumahnya. Pokok getah itu pula bukan pokok tanam tapi tumbuh liar secara semula jadi, ada la beberapa batang saja, tapi cukup untuk menyara anaknya yg kelam dan 2 orang cucunya itu beserta dengan 2 orang anak-anak yatim piatu yg juga masih bersekolah dan perlu dibantu.

Saya tak dpt siarkan gambar mereka di sini atas sebab-sebab tertentu, tapi saya nak tunjuk dua keping gambar di sini yg saya pun tak tau nak ulas mcm mana.
(Kolah untuk tadah air hujan di belakang rumah)

(Untuk minum, air disedut dari telaga yg tak serupa telaga di sebuah kawasan berpaya berdekatan)

Bila ditanya tak adakah bekalan air, makcik tua ini cakap sudah bertahun-tahun dipotong. Tak mampu nak bayar bil air; kerana itu mereka terpaksa mengharapkan air hujan dan air telaga berdekatan.

Sedih – sampai miskin macam itu sekali orang-orang kita!

Penutup: sebagai rakyat biasa, marilah sama-sama kita turun padang membantu rakyat2 biasa yang lain ini. Kita boleh ambik contoh geng-geng pekerja kilang NAZA di Gurun Kedah misalny; depa hantar satu team, mai sekolah kat sini bagi RM2700, minta cikgu tolong settle bayaran persediaan nak masuk sekolah nanti kpd murid-murid yang layak menerimanya. Terima kasih kpd pekerja2 kilang NAZA, khususnya Ustaz Ku Md Ali dan anak-anak buahnya. Moga ramai lagi yang akan melakukan yg serupa.

Sekian, sekadar perkongsian untuk renungan bersama.

moniermatdin@yahoo.com
19.12.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Dok pangkah Azizan tak buat jalan.. nie jalan MADA pon tak perbaiki sampai lanie..!!




MADA tak mau tolong orang kampong ka...?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

tolong tengok-tengok sat masalah orang kampung nih....
dah banyak kali dok komplen....
tapi tak dak tindakkan jugak....
hantaq aduan melalui e-mail pun asyik dok tendang balik ja...
baik tak payah bubuh e-mail dalam web site MADA tu....

masalah: jalan rosak
laluan jalan : Kg. Pulai Tokai - Kobah (Pendang)
sejak : 5 tahun dahulu
jalan seliaan : MADA

teruk sangat dah...
kesian kat orang-orang kampung terutama musim hujan...
musim kemarau pulak dok telan habuk hari-hari...
ramai dok guna...sekurang-kurangnya 30 keluarga juga dok guna jalan tu...
tak kira orang Kg. Alor Besar lagi dok guna....
cuba tengok gambar tu...kalau kereta berkilat orang besaq MADA lalu jalan tu hari-hari boleh kot....

orang kampung kata kalau takdak tindakkan jugak depa nak panggil wartawan....
dekat-dekat election ni jangan sampai jadi isu....

Sekian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...