TERKINI :

Thursday, December 15, 2011

Nik Aziz jelaskan apa "Beza PAS Dengan Umno"

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/nikaziz.jpg

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi ‘road tax’ (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan “liya’budun” (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, ‘the way of life’. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

Sumber : Harakahdaily

Pimpinan PAS dah gila microphone semula....!!!

UTUSAN semakin galak mengulas isu berkenaan PAS.... nampaknya pihak pimpinan dalam PAS sudah ada yg gila microphone kembali.... jadi kelaku lama dah mai balik....dah tau dah UTUSAN tu tali barut musuh... hangpa dok bagi muka buat apanya lagik..... buat macam DSAI dia halau ja UTUSAN tu dari sidang media dia..itu baru ada akai...namun pimpinan PAS buat kelaku lama... gila microphone....
· · · about an hour ago ·

  • 12 people like this.
    • Zam Klaas Huntelaar org PAS pun manusia jugak,cuba bagi memerintah Malaysia tgk,silap2 bela lembu dalam kapai terbang plak,payah nak kepong,mcm2 akai duk ada,harap dapat tapis skit2 pon jadi la....jgn koi teruk sgt....xdan nak amik alih putrajaya....asyik duk konker putra LRT ja..wat apa....
      about an hour ago ·
    • Eksen Kamen penyambung lidah musuh namanya..
      about an hour ago ·
    • NDee Tganu elok pecat je mamat tu... ade...xbertambah. xde...xberkurang. baru ilang kusi Timbalan presiden & pesurujaya dh mule wt pangai
      about an hour ago ·
    • Syamsul Faiz Saad hahahaha.....
      about an hour ago ·
    • Syamsul Faiz Saad kedah... x dak.. perubahan .. pown...rumah kos rendah.. 1 pown x dak... kt tmn perumahan baru... kata nk bela nasib org.. melayu.. bela apa lagu tuhh...
      about an hour ago ·
    • Mat Sagon Seronokmorg UMNO tgk isu mcm ni.... Kes kecik ni ja blh buat PAS jahanam nnt....
      Jgn ada mana2 pimpinan PAS buat kenyataan media pasai masalah parti kalau nk ambil alih putrajaya...!!! Ini suara org muda....pandangan muda mcm ni...!!!
      about an hour ago ·
    • Ayid Hassim Menemani orang yang tolol adalah perbuatan sia-sia belaka.”

      Sabda Rasulullah s.a.w.:
      “Putuskanlah persahabatan dengan orang yang tolol.” (HR. Tabarani dari Basyir)
      about an hour ago ·
    • Din Othman apa kata kita pakat2 hadiah microphone kt org yg gila mic tu..ataupun bg anugerah microphone....
      19 minutes ago ·
    • Zam Klaas Huntelaar serius saya tak suka apa yang Dr Hassan Ali lakukan,berkata-kata di depan TV3,ibarat menggantung diri...
      19 minutes ago ·
    • Al-Ayyubi Ayahku Tak sedaq diri, musuh gelak...
      17 minutes ago ·
    • Sobrima Aloq Staq lebih baik ikut cam siti....jawab 'no comment' ja kat press
      9 minutes ago ·
    • KedahLanie encik syamsul ada ikuti perbentangan belanjawan tahun 2012 tak... kalau tak better pie cari kat youtube sana tgk mcm terlepas kapal jaaa
      6 minutes ago ·
    • Zam Klaas Huntelaar duk kalut nak rumah kos rendah , mai beli kat pdg serai ni...bersepah..ada duit ka x dak ? klu x dak..duk diam2....x kan duit pon nk mintak kt pas ? hrmmmm....mcm kat kelantan tu la..kononnya pas bina 1 masjid,persoalannya..adakah pas bina pusat hiburan ??? tara tu ja la..umnoooooooooooo......booooooooo.....
      4 minutes ago ·

Hanya Pemberian RM100 & RM500 habis cempera 1Malaysia...!!

oleh Jofri Jaraiee

http://ohcikgu.com/wp-content/uploads/2011/11/duitkertasrm500.jpg
Sekarang rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut

Mengenai bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah seharusnya diberi secara sistematik.

Lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.

Dengan adanya bantuan buku teks percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut.

Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku.

Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.

Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin ada penduduk dari luar bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM500.

Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Kita cadangkan kepada pemerintah supaya mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan.

Perancangan yang tidak teratur mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan.

Kita sarankan segala bantuan seperti yang tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja.

Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali'.

Wang tersebut hanya boleh diguna dalam berapa hari saja sedangkan kalau dilaburkan dalam bentuk sijil simpanan sekurang-kurangnya dapat digunakan apabila ada keperluan dan sudah pasti ada sedikit keuntungan dari hasil simpanan tersebut.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap.

Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja.

Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

Master Of The Mind Kerajaan Perpaduang dah Mula Bersuara..!!!

Selama ini Tulang Besi (dan rakan2) telah lama mendedahkan aktiviti serta perlakuan HAsan Ali yang tidak ramai tahu. Misalnya, di dalam perhimpunan2 dalaman, Hasan Ali akan menggunakannya untuk memfitnah dan memburukkan parti2 dalam Pakatan Rakyat.

Termasuk juga Hasan Ali memfitnah PAS Perak dengan menuduh PAS Perak diperkudakan DAP.

Pendedahan terbesar kami adalah kewujudan usaha dan perancangan untuk membawa PAS berpadu dengan UMNO.

Kami juga mendedahkan motivasi utama Hasan Ali dalam usaha PERPADUANG adalah untuk mendapat jawatan Menteri Besar Selangor.

Pada mulanya, kami dikecam dan ditolak oleh ahli2 dan penggerak PAS. Namun, sedikit demi sedikit hujjah kami diterima oleh mereka.

Kemuncak dari pertembungan ini adalah Pemilihan PAS pada tahun 2011. Tulang Besi boleh sahkan isu utama yang berlegar adalah isu "Kerajaang Perpaduang". Ustaz Nasa sebagai "incumbent" telah jatuh ke tangga ke tiga dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS Pusat kerana penolakan perwakilan yang cukup merata terhadap agenda PERPADUANG.

Agenda PERPADUANG adalah agenda yang disokong dan dikempen oleh Ustaz NAsa serta Hasan Ali. Kemenangan Abang Mat Sabu juga adalah kerana Abg Mat antara tokoh yang lantang menolak agenda PERPADUANG tajaan Hasan Ali dan Nasa.

Akhirnya manusia jahat bernama Hasan Ali telah bersuara. Dia rela untuk bersatu dengan sesiapa sahahja atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Malahan, Hasan Ali juga tidak akan menolak perlantikan dari UMNO ke dalam mana-mana jawatan kerajaan. Tulang Besi rasa jawatan yang dimaksudkan Hasan Ali ini adalah Menteri Besar Selangor.

Ada kemungkinan calon UMNO untuk kerusi Gombak Setia adalah Hasan Ali.

Kesimpulannya, segala maklumat berkaitan Hasan Ali yang ditulis oleh Tulang Besi dan rakan2 telah pun diakui oleh Hasan Ali secara pribadi dan terbuka.

Ini bermakna Hasan Ali akan menentang PAS secara terbuka pilihanraya nanti dan akan dialatkan oleh UMNO untuk melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi, jangan takut. Skandal Hasan Ali dalam pentadbiran Selangor ni banyak. Berapa banyak "skandal" yang tersimpan dalam koleksi Pakatan Rakyat menunggu masa untuk didedahkan.

Cubalah Hasan Ali untuk bermain api. Saya cabar.

Tulang Besi

Politik Shahrizat politik tidak beradab

SEREMBAN: “Budaya politik yang dibawa oleh Ketua Wanita Umno, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil mirip budaya ‘politik sundal’ dan jalang. “Itulah istilah yang sesuai dilabelkan kepada Shah rizat merujuk kepa da ucapan selak kain Shahrizat ketika Perhimpunan Wanita Umno ming gu lepas,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zul kefly Mohamad Omar.

“Sebagai seorang wanita dan ibu, beliau tidak seharusnya menutur kata- kata lucah seperti itu.

Apa tah lagi beliau juga me rupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Tanyalah sesiapa apakah maknanya dalam budaya orang Melayu jika seorang wanita berkata ten tang selak kain.

“Kenyataan sedemikian dikhuatiri akan menjadi ikutan orang ramai ter utama generasi muda.

Sebagai wanita dan menjaga kementerian yang ada kaitan dengan wanita, keluarga dan masyarakat, beliau tidak sepatutnya berkata demikian.

“Ini bukan satu contoh yang baik kepada anakanak kita,” tegas Zulkefly yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Zulkefly berkata sepatutnya Shahrizat menjelaskan isu NFC yang membabitkan wang rakyat dan bu kannya mencerca pemimpin Pakatan Rakyat dan mengeluarkan katakata kesat seperti singsing lengan dan selak kain.

Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip video yang menghina hukum hudud adalah dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog Datuk Seri Noh Omar.

Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu.

"Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini.

Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube.

Pelbagai pihak kesal dengan tindakan pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan yang dibuat oleh video klip sembang rakyat itu.

Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.

“Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.

“Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.

Menurut Malaysianews, kaitan antara video klip sembang rakyat itu amat jelas dengan Noh Omar dan Umno Selangor.

Ia mempunyai persamaan antara satu sama lain melalui emailnya iaitu " ajaff8@gmail.com" yang ada sebagai email penerbit dan webmaster untuk kesemua laman-laman dan video klip itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7051-video-hina-hudud-ada-kaitan-dengan-noh-omar

Imap lapor polis klip video perlekeh hukum hudud

Imap lapor polis klip video perlekeh hukum hudud

KANGAR - Terkilan dengan mesej disampaikan sebuah klip video tempatan yang cuba memperlekehkan perlaksanaan hukum hudud di negara ini, Ikatan Mahasiswa Islam Perlis (Imap) membuat laporan polis berhubung penyebarannya di laman sosial YouTube di Balai Polis Kangar, di sini lewat petang kelmarin.

Setiausaha Imap, Mohd Izuwan Zaini berkata, polis dan pihak berkuasa terlibat perlu menjalankan siasatan segera ke atas pemilik akaun YouTube didaftarkan dengan nama Kawasaki2722, dikesan memuat turun satu video klip bertajuk ‘Sembang Kopi-Lagi Hudud Pas’ sejak 21 November lalu yang dilihat jelas mempersendakan agama Islam.

Menurutnya, klip video selama lima minit yang membincangkan pelbagai isu politik semasa itu kini sudah disaksikan lebih 80,000 orang dan Imap bimbang dialog percakapan yang merendah-rendahkan hukum hudud sebagai hukum Islam akan memberi impak negatif kepada penontonnya terutama generasi muda.

“Polis dan pihak berkuasa perlu segera menghentikan penyebaran video klip itu yang didapati menghina agama Islam secara terang-terangan walaupun saya percaya objektif sebenar penghasilan klip video itu berbaur politik.

“Imap menyifatkan tidak wajar sekiranya hukum agama dilibatkan dalam percakaran politik dan mendesak seluruh umat Islam di negara ini memboikot klip video itu demi mengelakkan mana-mana individu yang tidak kuat pegangan Islam terpengaruh dengan dakyah disampaikan,” katanya sewaktu ditemui media selepas membuat laporan polis diiringi lapan ahli Imap di sini lewat petang kelmarin.

Senjata Terakhir Bn,Anwar Dalam Penjara!

Oleh Musli Oli

Pada pilihan raya umum 1999, Dato Seri Anwar berada dalam penjara, tetapi hamphttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/220px-Anwar_Ibrahim-edited.jpgir separuh sokongan orang Melayu beralih kepada parti pembangkang kerana simpati dengan nasib yang menimpa Anwar.

Terengganu berjaya ditawan parti pembangkang PAS disamping mempertahan Kelantan.

Tun Dr Mahahtir BN masih mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Cina dan India kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis mata wang. BN masih mampu mendapat kemenangan dua pertiga

Bagaimanapun beberapa tokoh UMNO kecundang ditangan PAS atau PKR.

UMNO dan BN hanya menang tipis di negeri Selangor, Perak, Penang dan Kedah.

Menjelang PRU 2008, Anwar telah dibebaskan dari penjara tetapi masih belum layak bertanding. Sebelum PRU 2008, terdapat 5 by-election termasuk yang terakhir di Ijok, semua kelima-lima kawasan di menangi BN.

BN menghadapi PRU 2008 dengan keyakinan amat tinggi tetapi Pakatan Rakyat telah membuat kejutan dengan memperolehi 83 kerusi parlimen atau 46.75% popular votes. BN memperolehi 140 kerusi tetapi kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Negeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang berjaya ditawan PR disamping mempertahankan Kelantan. BN hanya menang dua kerusi di WP (tidak termasuk Labuan).

Walaupun tanpa Anwar, majoriti pengundi bukan Melayu telah memberi kemenangan kepada PAS, PKR dan DAP.

Menjelang PRU13, berlaku 16 by-election. 8 dimenangi BN, 8 dimenangi PR. Sama kuat dan masing-masing bersedia bertempur untuk grand finale iaitu PRU13.

Melihat kekuatan PR daripada keputusan by election, kepimpinan BN terpaksa mempertimbangkan dua alternatif: Pertama membiarkan Anwar bebas. Kedua, masukkan Anwar semula dalam penjara.

Kepimpinan BN yang menganggap pilihanraya ini sebagai IBU kepada semua pilihan raya. BN mengambil risiko masukkan Anwar dalam penjara. Dengan harapan jika berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan, darurat akan diumumkan dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan dipenjarakan bersama-sama Anwar.

Inilah proses demokrasi yang terbaik kepada BN. Lawannya masuk penjara sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Andaikata, tidak berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan, strategi kepimpinan UMNO ialah menarik semula sokongan pengundi Melayu.

Dengan menghalang Anwar bertanding, mereka berharap lebih mudah propaganda UMNO kepada orang Melayu mengatakan jika PR memerintah, orang Melayu tidak akan menjadi PM.

Pengundi Melayu yang mengharapkan Anwar menjadi PM akan kembali menyokong UMNO!

Masukkan Anwar dalam penjara adalah strategi terakhir BN untuk terus berkuasa di bumi Malaysia.
http://muslioli.blogspot.com

Bila Allah takdir kerajaan tumbang

Oleh Zulkifli Yahaya
PERHIMPUNAN Agung Umno yang dijangkakan kali terakhir sudah pun berakhir. Tidak pernah perhimpunan Umno tidak mendapat liputan besarbesaran oleh semua mehttp://1.bp.blogspot.com/-d4cqNmoIJ5o/TXI3NOacquI/AAAAAAAADyQ/gJh9gxZj6Ac/s1600/1MSIA%2BTOLAK%2BBN.jpgdia arus perdana.

Ia perkara biasa berlaku di negara ini setiap tahun, sementara Malaysia masih mengamalkan demokrasi berat sebelah di mana semua entiti yang berkaitan kerajaan atau yang bergantung kepentingan dengan kerajaan dipaksa bekerja untuk kepentingan politik parti yang meme- rintah, iaitu BN.

Maki hamun, penghinaan, fitnah dan tohmah terhadap pembangkang dan serangan peribadi terhadap pemimpin pembangkang pun adalah perkara biasa juga.

Meskipun serangan agak lebih dahsyat daripada biasa untuk kali ini tetapi ia tetap boleh dianggap perkara biasa juga. Umno tanpa makihamun dan fitnah ibarat garam tanpa masin atau gula tanpa manis. Umno dan penipuan sudah sinonim.

Orang Melayu ditakutkan dengan kehilangan keseluruhan hak Melayu jika Umno hilang kuasa di Pusat dan Melayu bakal menjadi bangsa yang bangsat. Itu pun biasa juga, sebab ia bukan kali pertama diucapkan. Tun Mahathir Mohamad yang terkenal dengan tema lagenda ‘Melayu mudah lupa’ telah mengemukakan ugutan yang sama terhadap orang Melayu hampir setiap kali berucap di perhimpunan Umno.

Orang Melayu sampai sudah hilang rasa takut terhadap ancaman tersebut kerana sering ditakutkan dengan ‘hantu’ yang sama.

Apa yang pelik untuk perhimpunan Umno kali ini ialah dakwaan hampir semua pemimpin utama, bermula dari pemimpin nombor satu mereka; bahawa pilihan raya umum kali ke-13 ini adalah paling getir bagi parti tua itu dan cabaran pembangkang tidak boleh dianggap mudah.

Ia berbeza dari perhimpunanperhimpunan sebelum ini yang begitu yakin Umno dan BN akan mempertahankan kuasa di pusat dengan majoriti besar, menawan balik ne- geri Pakatan Rakyat atau menawan balik kesemua kerusi pembangkang.

Maknanya Umno sudah sedar bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak lagi bersama Umno dan majoriti rakyat Malaysia sudah memahami apa itu demokrasi. Inilah punca kegusaran Umno. Kegusaran itu adalah sebenar bukannya dibuat-buat.

Jika 12 kali PRU lalu, sebahagian ahli masyarakat yang sedar dan pembangkang sendiri hanya bercakap mengenai kewajipan menafikan majoriti dua pertiga tetapi kali ini persoalannya ialah sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan berkuasa di Pusat.

Ramai penganalisis mengulas mengenai beberapa faktor utama BN akan kalah di Pusat. Saya menyentuhnya dalam keluaran lalu.

Namun masih ada beberapa tembok halangan yang perlu dipecahkan bagi memudahkan proses kejatuhan tersebut.

Antaranya ialah tembok ketidakadilan media konvensional. Hari ini media tersebut masih berkuasa sepenuhnya di Malaysia. Media kedua sudah bebas tetapi ia tidak diakses oleh majoriti rakyat jelata.

Bayangkan jika menjelang hari me- ngundi beberapa buah stesen media elektronik bertukar haluan menjadi media bebas. Mereka tidak memihak kepada mana-mana parti sebaliknya melaporkan kegiatan dan ucapan pemimpin politik secara adil dan terbuka.

Buat masa ini, media-media utama negara masih menjadi ‘milik’ BN. Ia tidak berbeza dengan zaman penguasaan parti Golkar terhadap media di Indonesia menjelang kejatuhan Soeharto.

Apabila berlaku gerakan reformasi rakyat, media utama dibebaskan dari cengkaman pemerintah, maka proses kejatuhan regim tua Soeharto dan Golkar menjadi mudah.

Proses kedua yang diharapkan berlaku untuk melicinkan proses menumbangkan BN ialah berlakunya penghijrahan pemimpin dari parti berkuasa kepada Pakatan Rakyat. Pembangkang menang banyak kerusi PRU 1990 dan menawan Kelantan selepas berlaku perpecahan dalam Umno. Ramai pemimpin utama berhijrah ke pihak pembangkang.

Pembangkang menang lagi banyak kerusi PRU 1999 dan menawan Terengganu kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditendang dari Umno lalu beliau menyebelahi pembangkang.

Akan berlaku lagikah penghijrahan tokoh-tokoh Umno ke pihak Pakatan Rakyat menjelang PRU13? Umno sudah hilang masa depan, menempuh PRU antara hidup dan mati. Hakikat tersebut disedari juga oleh pemimpin Umno. Cabaran Umno terkini ialah mencari ‘calon boleh menang’.

Ramai tokoh veteran Umno akan tersingkir dari senarai calon. Golongan tersebut boleh dimanfaatkan kerana mereka sedar Umno sudah hilang masa depan.

Jika Anwar ham pir menumbangkan kerajaan pusat dengan menarik sebilangan ahli Parlimen melalui ‘Projek 16 September’ dalam situasi BN masih berkuasa maka tidaklah mustahil untuk menghimpun golongan tersingkir Umno itu bagi menjadi pemangkin cepatnya kejatuhan BN. Mereka boleh da- tang dalam bentuk gelombang.

Sekarang sebahagian veteran Umno yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Amanah untuk menjadi badan hisbah tidak bertauliah Umno. Ia tidak memperkuatkan Umno melainkan satu liability malah boleh bertukar kepada kem baru yang menyanggahi Umno menjelang pilihanraya.

Seronok juga untuk mengkhayalkan perkara seperti ini berlaku seperti mana kita pernah mengkhayalkan akan sokongan bukan Melayu secara besar-besaran terhadap PAS lebih dua dekad lalu sewaktu hanya beberapa kerat bukan Melayu yang berani menghampiri PAS.

Allah penentu kekuasaan. Apabila Dia menghendaki sesebuah kerajaan itu tumbang, segalanya tidak mustahil untuk berlaku.

Aduhai macam nie punya rumah di bumi PM pun ada kee..??

Terkejut lihat tandas bergerak
Oleh : ASWANY OMAR & SHARIFAH HAZIRAH
Tarikh : December 14, 2011
Tanah runtuh

KUANTAN – “Saya berdebar tengok tandas bergerak dan terus memanggil adik keluar,” kata Mohd Taufik Mohd Shafie, 11, yang masih panik dengan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bahagian belakang rumah neneknya runtuh, kelmarin.

Tanah runtuh itu mengakibatkan ruang bilik neneknya runtuh dan beberapa barang termasuk tilam, katil dan televisyen terjatuh kira-kira dua meter di belakang rumah.
“Ketika itu saya mahu ke tandas, tiba-tiba nampak tandas bergerak perlahan-lahan. Saya berdebar melihat dan terus memanggil adik dan ayah keluar rumah,” katanya.
Katanya, walaupun belum membeli peralatan sekolah baru namun beberapa barang sekolah lamanya juga jatuh dan rosak.
Selepas itu, katanya, mereka semua keluar dari rumah dan menunggu neneknya, Wan Nah Wan Ali, 70 pulang dari kedai sementara beberapa jiran membantu bapanya mengeluarkan perkakas rumah.
Wan Nah ketika ditemui berkata , dia bergegas pulang dari kedai sebaik sahaja dimaklumkan seorang jiran kira-kira jam 10.30 pagi.
Katanya, dia tidak menyangka rumah yang didiaminya sejak 30 tahun lalu di Jalan Sungai Lembing, Kampung Panching, itu rosak teruk akibat tanah runtuh.
Bagaimanapun, Wan Nah bersyukur kerana nyawa dua cucu, Mohd Taufik dan Nor Shafika, 10, serta anaknya, Mohd Shafie Adam, 30, yang berada di dalam rumah ketika itu selamat.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, dia tidak selalu berada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu lori tetapi pernah memohon bantuan bagi membaiki rumah ibunya yang sudah usang.
Menurutnya, dalam tempoh setahun lalu, dia membuat lebih lima permohonan untuk membaiki rumah dan ada beberapa individu datang mengambil gambar dan maklumat berkaitan.
Sementara itu, nasib Wan Mah sekeluarga mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut melihat lokasi kejadian, semalam.
Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar dan Pegawai Daerah Kuantan Datuk Norhayad Ahmad.
Menurut Abdul Manan, pihaknya telah memberikan bantuan segera kepada keluarga Wan Mah dan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan untuk memberikan sebuah petempatan baru kepada keluarga ini.
“Buat sementara waktu ini pihak kami menempatkan mangsa di Pusat Komuniti DUN Panching, dan selepas itu saya akan membuat permohonan untuk rumah PPRT bagi membantu mangsa yang telah kehilangan rumah akibat bencana ini.
“Oleh itu, saya harap keluarga ini bersabar kerana bantuan daripada pihak kerajaan akan disampaikan kelak,” katanya.

Najib, Nik Aziz perlu semuka

Wacana

SHAH ALAM – Satu platform perlu diadakan untuk membincangkan hukum hudud secara politik antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, isu hudud pada asasnya bukan punca krisis besar dalam aspek politik dalam negara ini meskipun dicadangkan Pas.

Menurutnya, tidak timbul isu kerana sikap Pas jelas bahawa undang-undang tertinggi dalam Islam adalah hudud, manakala sikap bukan Islam memperlihatkan kemungkinan impak dan mereka telah berbahas secara politik.

“Seharusnya, golongan akademik, ulama, pemimpin pembangkang dan juga kerajaan yang perlu membincangkan hal ini.

“Malah kita dalam dewan ini pun tidak faham apakah hukum hudud itu secara maksimumnya, mahupun khalifah di zaman nabi juga membincangkan perkara ini,” katanya ketika mengulas pelaksanaan hudud pada siri ke-9, Wacana Sinar Harian, di sini, semalam.

Gelanggang futsal dan sepaktakraw dibina di Kampung Setar

images/stories/Disember2011/gotong 1.jpgYAN - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM4,500 bagi menyediakan gelanggang futsal dan sepaktakraw di Kampung Setar, di sini.

Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, Muzaini Azizan berkata, peruntukan yang disalurkan itu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada golongan remaja dan belia untuk menjalankan aktiviti sukan.

“Penyediaan gelanggang futsal dan sepaktakraw ini diadakan secara bergotong-royong dan kita berharap dengan adanya gelanggang ini, ia secara tidak langsung dapat membantu golongan berkenaan untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai satu aktiviti riadah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup gotong-royong sempena Maal Hijrah di Kampung Setar, di sini.

Pada majlis itu juga, penduduk kampung turut menyediakan bubur Asyura dalam usaha merapatkan hubungan silaturahum antara satu sama lain.

Menurutnya, kerjasama daripada Pengerusi MKK, Jawatankuasa MKK serta penduduk kampung amat diperlukan dalam menjayakan hasrat ini.

“Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengikat tali persaudaraan di samping dapat menyelesaikan permasalahan dari segi kebersihan serta berganding bahu bersama anak-anak muda agar persekitaran kampung berada dalam keadaan bersih dan indah,” katanya.

Muzaini memberitahu, Menteri Besar juga begitu dekat dengan kampung berkenaan dan beliau banyak membantu dalam meluluskan permohonan terutama melibatkan kemudahan paip air masyarakat sejauh dua kilometer di kampung itu.

“Kerjasama antara penduduk di sini amat baik sekali dan kita berharap peruntukan yang disalurkan ini dapat digunakan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, masalah banjir sering berlaku di kampung ini.

“Peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kerajaan Pusat sudah diluluskan bagi mendalamkan dan meluaskan sungai dari Kepala Bukit hingga Sungai Udang,” katanya.

Tambahnya, projek yang dilaksanakan itu adalah bertujuan untuk mengatasi masalah banjir dan ia turut mendapat kerjasama daripada Ketua Kampung dan juga Menteri Besar.

“Dengan adanya projek ini, ia secara tidak langsung dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kampung ini,” katanya.

55 kawah bubur Asyura di masak di PKWR Sungai Limau

images/stories/Disember2011/buboq1 2.jpgYAN - Sebanyak 55 kawah bubur Asyura disediakan oleh PAS Kawasan Jerai dengan kerjasama seluruh cawangan PAS Kawasan Jerai sempena sambutan Maal Hijrah.

Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, Muzaini Azizan berkata, program cetusan idea Menteri Besar itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan kerjasama semua Unit Peti Undi (UPU) dalam Parlimen Jerai.

“Pada mulanya kita ingin menyediakan sebanyak 50 kawah sahaja tetapi memandangkan sambutan yang menggalakkan, sebanyak 55 kawah bubur Asyura disediakan sempena sambutan Maal Hijrah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Asyura Perdana PAS Kawasan Jerai 2011 di Pejabat PAS Kawasan Jerai, Batu 15 ¼, Padang Lumat, Guar Chempedak, di sini.

Menurutnya, program yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari itu diadakan secara bergotong-royong.

“Seramai 400 petugas yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita bertungkus-lumus menyediakan bubur Asyura untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar kediaman Menteri Besar dan juga kepada wakil-wakil penduduk kampung yang lainnya,” katanya.

Muzaini memberitahu, antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menyediakan bubur Asyura itu ialah kacang hijau, kacang kuda, kacang merah, ubi keledek, pisang, jagung, tepung beras, santan, gula putih dan gula merah.

Bagi PAS Induk, jelasnya, mereka hanya menyediakan tong gas dan setiap cawangan membawa petugas masing-masing di samping menyediakan kawah dan wayar tiub gas.

“Satu kawah bubur Asyura mengambil masa selama tiga hingga tiga jam setengah untuk masak,” katanya.

Beliau menjelaskan, program memasak bubur Asyura yang diadakan itu turut dipenuhi dengan program jamuan makan tengahari.

“Program memasak bubur Asyura ini merupakan program yang pertama kali diadakan dan program seperti ini juga turut dijalankan di kampung-kampung sempena sambutan Maal Hijrah,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyampaikan sumbangan berupa bubur Asyura kepada wakil-wakil penduduk di DUN Sungai Limau dan Parlimen Jerai.

Ahli Parlimen Jerai, YB. Ustaz Firdaus Jaafar turut mengadakan konvoi bermotosikal bagi menghantar bubur Asyura ke kampung-kampung.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...