TERKINI :

Sunday, December 11, 2011

Real Madrid 1- 3 Barcelona: Suatu Iktibar | Print |

Nasruddin Hassan

1. Seawal pagi tadi, sebelum saya berkesempatan solat subuh berjamaah dengan Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh, Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre dan Ir Hj. Khairil Nizam di pejabat kami, saya sempat menonton penuh minat perlawanan bolasepak El Clasico antara Real Madrid dan Barcelona yang sememangnya menjadi 2 pasukan favourite saya sejak saya masih dibangku sekolah lagi.

2. Perlawanan ini sangat menarik bermula dengan gegak gempita Stadium Santigao Bernabeu seawal 21 saat perlawanan berlangsung oleh jaringan Karim Benzema yang juga merupakan pemain antarabangsa dari Perancis. Tentu sahaja penyokong Real Madrid yang memenuhi Stadium di laman sendiri melimpah melampaui garis 50 ribu penyokong tegar.

3. Namun kewibawaan pasukan seperti Barcelona yang sering mengungguli pentas perlawanan antarabangsa nyata tidak tergugat dengan sorakan dan sokongan puluhan ribu penyokong Real Madrid apabila Barcelona berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan bergaya Alexis Sanchez pada minit ke-30.

4. Sungguhpun demikian, Real Madrid juga bukanlah sebarang pasukan malah mereka sedang mengungguli La Liga. Pasukan mereka turut dibarisi pemain yang memiliki karisma tersendiri. Namun kesilapan yang tidak disengajakan oleh seorang pemain Real Madrid Marcelo, membentuk defleksi yang menghasilkan jaringan kedua Barcelona pada minit ke 52 menewaskan Iker Casillas ekoran tendangan jarak jauh oleh Xavi Hernandez.

5. Saya lihat, Real Madrid mula kehilangan rentak dan sentuhan classic mereka apabila ketinggalan 2-1sedang mereka beraksi dilaman sendiri dan ianya jelas ketara apabila sering membuat hantaran - hantaran yang tidak tepat serta kegagalan membuat penyudah yang tajam dan tepat ke pintu gol. Akibatnya gawang mereka bolos lagi pada minit ke 65 tatkala umpan silang Daniel Alves berjaya ditanduk bijak oleh Fabregas dan membawa kemenangan bergaya Skuad Barcelona di gelanggang lawan.

6. Nota subuh saya pagi ini buat semua sahabat dan rakan - rakan seperjuangan, suka saya kongsikan beberapa pengajaran atau iktibar dari perlawanan El Clasico ini kerana saya sifatkan pertandingan di liga pilihanraya umum ke 13 kelak turut melibatkan perlawanan classic antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

7. Menjelang perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona di awal pagi tadi jelas menunjukkan Real Madrid agak over confident untuk memenangi perlawanan berasaskan reputasi mereka yang mendahului liga dan bertanding pula di laman sendiri. Lebih ketara sifat itu terserlah apabila mereka berjaya mencecah jaring Barcelona seawal detik perlawanan. Akhirnya sifat over confident ini telah menjerat diri mereka. Mereka tewas dengan 1- 3 di tangan Barcelona. Justeru itu, kita tidak boleh mewarisi sifat over confident dalam perjuangan ini sungguhpun kita mempunyai beberapa kelebihan semasa.

8. Perkara kedua yang ingin saya tekankan di sini ialah penyokong yang ramai tidak menjamin kita mencapai kemenangan. Kita jangan sekali - kali teruja dengan jumlah penyokong. Apa yang penting kepada kita untuk memenangi liga pilihanraya umum ke 13 ini ialah penglibatan dan dokongan yang berstamina, kehebatan skil serta bijak teknikal dan kaya taktikal. Jangan hanya menjadi penyokong di luar gelanggang kerana ia tidak menjamin kemenangan. Sebaliknya turun bergelanggang, harungi susah sukar mengerah tenaga memburu kemenangan.

9. Jangan banyak bercakap apalagi bercakap besar menonjolkan keangkuhan dengan kelebihan yang dimiliki. Sebaliknya banyakkan kerja dan fokus kepada tugas. Bentuk kesepaduan dan kerja berpasukan yang mantap melalui persefahaman yang baik. Stamina yang tinggi untuk membuat larian tanpa henti dengan tidak memiliki persefahaman yang baik akan menyebabkan team kita kucar kacir dan sering membuat hantaran yang tidak tepat lalu kita gagal pula membuat penyudah yang berkesan.

10. Minimakan kesilapan - kesilapan yang boleh merugikan perjuangan. Jangan sekali - kali menjaringkan gol sendiri walaupun ianya boleh sahaja berlaku di luar kawal, tetapi kita wajar berhati - hati terutama menghampiri area kotak penalti sebagaimana kita juga wajar berhati - hati menjelang tempoh pilihanraya.

Akhirnya, sungguhpun kita pernah tewas, jangan putus asa sebaliknya terus bangkit dan berjuang. Insyaallah kita masih berpeluang untuk mencapai kemenangan. Lihat sahaja Barcelona pagi tadi, biarpun ketinggalan satu gol, tetapi bingkas berjuang dan akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan jaya dan gayanya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

ULANGTAHUN KEDUA ANGRY BIRDS: PEMINAT DISERU CONTOHI SEMANGAT PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN

KENYATAAN AKHBAR
INSTITUT POLISI STUDI, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
10 DISEMBER 2011

http://pictures.inspirationfeed.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2011/04/10-Angry-Birds-Rio1.jpg

1. Bersempena ulang tahun kedua Angry Birds pada 11 Disember, Pemuda PAS menyeru peminat permainan Angry Birds di Malaysia mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh ‘burung-burung yang marah’ terhadap ‘si pencuri’ dan mengajak setiap warganegara yang prihatin menghapuskan budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin.

2. Berdasarkan laporan berita TheMalaysianInsider yang menyatakan ‘Angry Birds’ adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, Pemuda PAS memuji kreativiti pereka permainan Angry Birds, Rovio Mobile, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.

3. Pengarah Institut Polisi Studi Pemuda PAS, Mohd Syahir Sulaiman, menyifatkan permainan Angry Birds memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak. “Angry Birds secara kreatif dan penuh tekad berusaha mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri. Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung. Ini mengajar kita TIGA perkara iaitu;

i. rakyat perlu bangkit menentang kezaliman
ii. pencuri akan ditentang
iii. pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah”.

4. Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan turut menyifatkan Angry Birds mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman. “Slogan ‘Jangan Curi !!’ adalah simbol kemarahan rakyat terhadap EMPAT pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia iaitu;

i. penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum
ii. penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka
iii. keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS
iv. kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara".

5. Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan turut menyeru rakyat Malaysia menyemai budaya integriti dan ketelusan di dalam negara dengan memilih pemimpin beramanah yang ditawar oleh PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU yang akan datang.

Disediakan oleh:

Mohd Syahir Sulaiman
Pengarah, Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia
msyahir@pas.org.my
www.pemuda.pas.org.my
10 Disember 2011

Menteri diminta dedah hubungan dengan Papagomo

KUALA LUMPUR, 11 Dis: DAP mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah keistimewaan dimiliki blogger Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak.

Setiausaha publisitinya Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog itu dalam kapal tersebut telah membuktikan Zahid hanya berbohong bahawa tiadak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal tersebut selain wartawan Bernama dan TV3.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Jejas keselamatan negara

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan mempersoal tindakan kementerian pertahanan membenarkan blogger kontoversi Umno itu menaiki kapal tersebut.

Bercakap kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi, Anwar mendakwa tindakan membawa Papagomo itu mungkin menjejaskan keselamatan negara.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan seolah-olah Papagomo 'berada di atas undang-undang' dan tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

Ahli Umno dan orang Umno

Oleh : RAHMAN SHAARI

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/11/amanat-presiden-bersemangat-perhimpunan-melayu-terbesar.jpgBagi saya, Persidangan Umno (29 November - 3 Disember) lalu memberikan kesan tertentu. Apa-apa yang berkesan kepada saya, mungkin tidak berkesan kepada orang lain, namun saya yakin, sesiapa yang mengikuti persidangan itu dengan rapi pasti memperoleh kesan.

Seorang teman mengatakan bahawa dia lebih menyukai gelek Daud Kilau berbanding persidangan politik, kerana pidato dalam persidangan politik terlalu bersifat retorik dan banyak mengata orang. Itu betul, dengan syarat dia tidak menyukai kongres atau muktamar semua parti politik, bukan Umno saja.

Konsep ‘orang Umno’ yang dikemukakan Datuk Seri Mohd Najib mengingatkan saya pada peristiwa lama. Saya segera teringat akan sikap dan tingkah abang ipar saya dalam dekad 1960-an dan awal 1970-an. (Ketika itu bapa saya telah meninggal, dan saya tinggal bersama-sama dengan kakak dan abang ipar).

Abang ipar saya itu ialah ‘orang Umno’. Bukan sekadar ‘ahli Umno’, bahkan bukanlah mustahil beliau (Din Ibrahim namanya) tidak menjadi ‘ahli Umno’ secara rasmi, kerana dia bukanlah rakyat yang suka kepada kertas dan pen untuk mengisi borang. Kini abang ipar saya itu telah tiada, jadi saya tidak dapat mengesahkan adakah dia ahli. Walau bagaimanapun seluruh kampung nampak dia sebagai ‘orang Umno’.

Peristiwa tidak dapat saya lupakan ialah dialog antara kami berdua dalam tahun 1969. Abang ipar saya selalu balik lewat malam kerana singgah di mana-mana saja berbual tentang politik. Saya tahu itu, kerana sesekali saya bersama-sama dengannya, saya mendengar dia berhujah membela Umno habis-habisan. Dia mendapat maklumat daripada siaran radio, bukannya akhbar. Saya sendiri jarang melihat surat khabar di tangannya, dan tidak juga di tangan sesiapa di dalam kampung saya.

Lawan abang ipar saya ialah seorang lebai yang kuat Pas. Jika kita gunakan istilah Najib, lawannya itu ialah ‘orang Pas’. Ada juga kemungkinan lebai itu tidak mendaftarkan dirinya menjadi ‘ahli Pas’. Perbalahan antara abang ipar saya dengan lebai itu menjadi kenangan yang sesekali muncul dengan jelas, tetapi kemudian hilang dari ingatan saya. Penekanan lebai itu ialah bahawa Pas (1969 dan sebelumnya) tidak bergantung kepada parti lain, tidak seperti Umno yang berkawan baik dengan MCA dan MIC. “Kami bersendirian menentang Umno, MCA dan MIC, kerana kami anak jantan,” demikian kata Abu Bakar Hamzah, tokoh Pas ketika itu.

Episod yang betul-betul kukuh di ingatan saya ialah jawapannya terhadap soalan saya. Saya bertanya, “Abang, mengapakah abang berkempen habis-habisan membela Umno, sedangkan kita makan nasi lauk ikan kering?”

Tentulah para pembaca faham akan soalan saya. Saya ketika itu berusia 20 tahun, dan telah melihat ada orang parti hidup senang, terutama yang terpilih menjadi wakil rakyat. Abang ipar saya tidak membawa apa-apa kesenangan ke rumah kami.

Jawapan abang ipar saya luar biasa untuk dipadankan dengan dirinya sebagai orang kampung yang hanya pernah bersekolah rendah. Katanya: “Kau tak tau.” “Aku memang tak tau, sebab tu aku tanya,” saya bersuara tegas. (Kami menggunakan kata ganti ‘aku’).

“Ini soal jiwa. Umno berada dalam jiwa aku. Umno tidak perlu membawa daging ayam atau daging lembu kepada aku. Lauk ikan kering tu pun bukan Umno yang bagi. Aku sayang kepada Umno, dan aku tak perlu apa-apa daripada Umno. Esok-esok, jika kau sayang kepada sesiapa, yang penting ialah rasa sayang itu. Kau tak akan tanya apa kau dapat daripada orang tu. Betina yang sayang kepada kau pun tak akan minta apa-apa, jika dia betul-betul sayang. Itulah kasih sayang sejati.”

Jawapan abang ipar saya membuat saya kalah. Saya tidak menjawab. Memang betul, jika kita menyayangi sesuatu kita tidak meminta apa-apa daripadanya. Saya pernah mendengar kata-kata Hamka, “Cinta tidak bertujuan memiliki!” Sampai sekarang pun, kita mendapati peminat bola tidak meminta apa-apa daripada bola. Pokok bunga dan kucing tidak memberikan apa-apa kepada tuannya, tetapi tuannya menyayangi kedua-duanya. Kerap berlaku kucing hanya memberikan tahi kucing!

Kisah abang ipar saya terhenti di sini. Sekarang, kita pergi pada perjuangan. Dalam beberapa percakapan di beberapa tempat, saya menyatakan bahawa kesemua parti politik adalah baik, kerana tidak ada perlembagaan parti yang buruk. Rakyat akan memilih parti yang bersungguh-sungguh memaparkan kebaikan.

Jika ‘orang Umno’ yang amat setia masih ada di tengah-tengah Umno sekarang, adalah perlu Umno memberikan perhatian rapi kepada mereka. Orang begitu amat berharga. Cuma satu hal perlu ditegaskan: ‘Orang Umno’ tidak perlu berkonflik tajam dengan ‘orang Pas’, kerana perlembagaan tidak menyatakan begitu. Konflik antara dua parti itu telah lama, dan itu tidak baik untuk kita semua.

Amanat DS Anwar kpd Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca dan memahami mengapa kita perlu bersungguh-sungguh menawan Putrajaya.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula.

Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur satu lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN.

Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH.

Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana.

Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu.

Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu.

Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
  • Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
  • Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
  • Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
  • Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4. (Juga, sila rujuk: Rosmah Mansor)
  • Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

  • Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
  • Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini.

Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu?

Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)?

Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan.

Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'.

Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya.

Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

  • Pertama lihat suaminya sama ada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
  • Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
  • Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
  • Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN.

Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

Oleh: Anwar Ibrahim

Mohd. Nidzam ambil alih tempat wan jamak

ALOR SETAR – Tugas Wan Jamak Wan Hassan selaku ketua jurulatih bola sepak akan diambil alih oleh jurulatih Piala Presiden Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusof.

Ini dilakukan berikutan penggantungan Wan Jamak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama tujuh perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil ketika Kedah menentang Perak dalam perlawanan akhir kempen Piala Malaysia buat Kedah pada 28 September lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, sepanjang tempoh penggantungannya, tugas Wan Jamak akan diambil alih Mohd. Nidzam yang akan turut mengekalkan tugasnya sebagai jurulatih pasukan Piala Presiden.

“Saya harap dia (Mohd Nidzam) dapat membantu pasukan Kedah sepanjang tempoh itu,” katanya kepada pemberita semasa majlis memperkenalkan pemain baru Kedah bagi Lima Malaysia musim depan di Sri Mentaloon di sini, semalam. – Bernama

Kita solat ikut siapa?

Oleh : ABU NUMAIR NAWAWI SUBANDI

SOLAT

Cabang iman itu banyak jumlahnya. Ini sebagaimana disebutkan dalam hadis ada lebih dari enam puluh atau tujuh puluh cabang. Iman yang paling tinggi adalah memahami kalimat tauhid lailahaillallah, manakala yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan.

Di antara cabang keimanan yang paling tinggi setelah kalimat tauhid adalah mendirikan solat. Ini bersesuaian juga dengan tahapan kedudukannya dalam rukun Islam. Mendirikan solat bukan sekadar perbuatan, tetapi perlu dengan keimanan, penghayatan, perkataan, ilmu, dan kesungguhan.

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih, ditunjukkan bahawa solat memiliki nilai kedudukan yang tinggi. Antaranya ia menjadi pembeza di antara kafir dan Islam sekali gus menunjukkan agama tidak akan tertegak jika ia ditinggalkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Bahawasanya yang membezakan di antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/228, no. 116)

Selain sebagai tanda keimanan dan keislaman, Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menjadikannya termasuk di antara tanda-tanda kejayaan dan asas-asas kebahagiaan. ALLAH SWT berfirman, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, 23: 1-2)

Maka dari sini menunjukkan bahawa amalan solat itu amat penting kepada umat Islam. Ia menjadi nadi keimanan, tiang agama, dan asas-asas utama sebuah kejayaan.


Solat ikut Nabi

Di antara ciri utama solat yang sempurna adalah dengan mengikuti sifat solatnya Rasulullah SAW. Kerana tatacara solat ini tidak dapat diketahui dan dipelajari melainkan dengan melihat kepada praktik solat Rasulullah. Beliau SAW bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595)

Bagi melaksanakan tuntutan hadis ini pada hari ini, tidak dapat tidak, kita mesti melihatnya melalui penjelasan yang disampaikan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.

Pernahkah kita terfikir, “Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?” “Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah?”

“Apa dalil dan landasannya?” “Kenapa adakalanya solat yang kita laksanakan berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini?” “Kalau solat dilaksanakan begini sahkah? Apa buktinya?” “Kenapa praktik solat mazhab A berbeza dengan praktik solat Mazhab B?”

Maka, apa tindakan kita terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini?

Sebenarnya ALLAH SWT telah memberikan jalan keluar kepada perselisihan dan keraguan ini sebagaimana firman-NYA:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah ALLAH dan taatilah Rasul (NYA), dan ulil amri di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada ALLAH (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Ini lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

Pada hari ini, buku-buku atau kitab-kitab yang menjelaskan tentang tatacara sifat solat Rasulullah berdasarkan hadis-hadis yang sahih telah banyak diterjemahkan dan beredar di pasaran serta boleh pula dimuat turun percuma dari internet. Inilah antara nikmat Allah kepada kita dengan memudahkan proses meraih ilmu.

Antara buku atau kitab terbaik dalam bab ini adalah seperti karya seorang ulama hadis kontemporari Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H). Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Indonesia dengan judul, Sifat Solat Nabi.

Selain itu, para pembaca juga boleh mendapatkan bantuan dari para ilmuan untuk mendapat lebih penjelasan sekiranya perkara ini sukar difahami. Adalah termasuk perintah ALLAH SWT supaya kita bertanya kepada para ulama dan orang-orang yang mengetahui tentang al-Quran dan al-Hadis apabila kita tidak mengetahuinya. ALLAH SWT berfirman, “... maka bertanyalah kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan (tentang al-Quran dan as-Sunnah) jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Termasuk kefahaman dari ayat ini juga, adalah menjadi tanggungjawab bagi para ulama dan ilmuan supaya menjelaskan dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadis. Iaitu bukan sekadar pendapat yang diada-adakan sendiri tanpa dalil yang jelas.

Tidaklah nanti praktik solat kita ini bila timbul persoalan, maka kita hanya tahu menyandarkannya kepada si fulan, ustaz fulan, dan kitab fulan. Maka kelak nanti akan timbul gejala kepuakan dan perselisihan disebabkan masing-masing melaksanakan agamanya berdasarkan idea si fulan dan tokoh si fulan. Sedangkan Rasulullah SAW meminta kita merujuk kepadanya. Dan ini tidak dapat dilakukan melainkan berdasarkan kemampuan, ilmu, dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Dan perkara ini bersesuaian dengan wasiat para imam mazhab yang empat termasuk Imam asy-Syafii rahimahullah sendiri.

Kata Imam asy-Syafii (Wafat: 204H), “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah SAW, dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Jadi, apabila para ulama besar seperti imam asy-Syafii sendiri telah menyatakan demikian, maka tidak patut lagi ada alasan bagi kita untuk mengambil enteng persoalan agama ini terutamanya isu-isu berkaitan solat selaku amalan terbesar sebagai seorang Muslim. Tidak bolehlah kita hanya memberi alasan aku ikut mazhab si fulan, aku ikut mazhab imam ini, dan aku ikut ustaz si fulan. Sedangkan kita sendiri tidak mengetahui apa dalil yang menjadi pijakan kita di sebalik perbuatan mengikuti mereka.

Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H) pernah menegaskan, “Tidak halal bagi seorang pun mengikuti perkataan kami apabila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya.” (Ibn ‘Abidin, Hasyiah al-Bahri ar-Ra’iq, 4/293 – Dinukil dari Shifah ash-Sholah oleh al-Albani)

Maka, bukalah minda, tuntulah ilmu, dan perbaikilah solat-solat kita. Jangan jadikan perbezaan yang ada pada hari sebagai alat perselisihan dan medan perdebatan. Sebaliknya ambillah perbezaan dengan sikap insaf dan muhasabah diri, iaitu dengan mengembalikannya kepada dalil-dalil yang jelas, iaitu dalil-dalil yang menyatukan kita. Jadikan khazanah tinggalan imam-imam mazhab dan ilmu-ilmu para ulama silam sebagai pedoman untuk mencari pegangan yang terbaik dalam setiap perselisihan.

Pastikan sumbernya jelas, rujukannya diketahui, dan dalil-dalilnya boleh diterima pakai. Prinsip ini sekali gus membantu kita untuk mencapai kesempurnaan dalam agama bukan sekadar dalam persoalan solat, tetapi juga isu-isu yang lainnya. Insya-Allah kita akan menjadi lebih terbuka dan tenang kerana memahami pokok pangkal kepada setiap perbezaan dan permasalahan dengan jalan yang betul. Wallahualam.

* Biro Mulimedia & Penerbitan Sekretariat iLMU.

... dari Kamal Ataturk ke Kamal Saidin...

Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam Pas dan kerajaan pimpinan PR. Mereka macam golongan yang nampak kuman diseberang lautan tetapi buta terhadap gajah depan mata.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Adakah Kamal Saidin ingin mewarisi perangai Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati Khilafah Islamiyyah Turki pada tahun 1924 yang membawa kejatuhan dan kehancuran sistem Khilafah Islamiyyah didunia Islam. Antara jenayah yang dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap Islam disenaraikan dibawah tetapi cuba bandingkan dengan tindakan pemimpin Umno-BN….

Apa bezanya?

1. Menandatangani Perjanjian Luzon 22hb. Nov 1922 yang diadakan dengan British dan sekutu Barat dan mengiktiraf Penjajah dan menghapuskan kerajaan Khilafah Islamiyah Turki serta meminda perlembagaan baru yang sekular dengan menghapuskan perlembagaan Uthmaniyyah yang bercirikan Islam.
- Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Umno menanda tangani Perjanjian dengan British di London pada 8hb. Feb 1956 untuk kemerdekaan dengan menerima pakai Perlembagaan Lord Reid dan menolak semua peraturan dan perlembagaan Islam diseluruh negeri-negeri melayu bermula 1957.

2. Menukarkan hukum jenayah syariat dengan mengguna-pakai undang-undang sivil barat.
- Semua hukum jenayah syariat ditolak Umno dan mengguna pakai hukum jenayah sivil berdasarkan undang-undang negara Komanweal.

3. Mengamalkan sistem pengasingan agama dari pemerintahan iaitu dasar sekular Barat sebagai asas untuk memajukan negara dan meletakkan negara Turki untuk bangsa Turki sebagai asas nasionalisme Turki.
- Umno menerima-pakai dasar sekular dalam negara dalam semua bidang termasuk sistem negara, pendidikan dan undang-undang serta menjadikan dasar nasionalisme melayu sebagai teras.

4. Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki bahkan Menukarkan azan dalam bahasa Turki dari bahasa Arab.
- Menghapuskan tulisan jawi dizaman Menteri pendidikan oleh Khir Johari dan mata pelajaran agama sebagai sampingan.

5. Mempopularkan pendedahan aurat khususnya kepada wanita Islam bahkan mengharamkan perempuan menggunakan jilbab dan memaksa perempuan khususnya kaitangan kerajaan memakai skirt.
- Sehingga kini para pemimpin wanita utama masih tidak menutup aurat bahkan ianya tidak menjadi kesalahan.

6. Menentang & menguling kekuasaan khilafah Uthmaniyyah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 11 dengan berpakat dengan Yahudi Donma dan gerakan freemason Turki.
- Penghapusan kuasa institusi Diraja selepas merdeka dan krisis perlembagaan tahun 1993.
- Membayar kepada penasihat Yahudi APCO-Worldwide sebanyak 77 juta setahun.

7. Bebas meminum arak & menyebarkan budaya tari menari serta nyanyian.
- Kilang Arak Guinness Malaysia Bhd dirasmikan oleh Presiden Umno sendiri iaitu Tunku pada tahun 1966.

8. Menukar Hari cuti daripada Hari Jumaat kepada hari Ahad.
- Di Malaysia pun Sama tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN.

Jadi sepatutnya Kamal Saidin dah dibayar sebagai penasihat, maka nasihatlah bebaik MB Mat Said tu supaya beramal dengan Islam. Bercakap di perhimpunan agung Umno tu, bukannya menghentam Pas tetapi sepatutnya menasihati pimpinan Umno agar kembali kepada islam. Cukuplah 50 tahun merdeka dan diperkudakan oleh Barat. Sepatutnya kembalilah kepada ajaran Islam. Atau hanya sekadar menerima upah penasihat dan kini jadi kuda tunggangan MCA pulak?

Alasan menuduh hukum hudud adalah rekaan Pas. Hudud Pas membenarkan liwat isteri. Ini hujah macam budak-budak tadika. Tak tahu ke beliau beza antara Hudud, Qisas & Ta'zir. Adakah semua kesalahan itu Hudud? atau yang bukan Hudud itu tidak salah? Orang jahil pun tahu bahawa meliwat itu haram. Apabila isu umur 18 tahun diungkitkan, apakah jahil beliau dengan Fiqh Muqaran. Tak mengajikan beliau dengan Mazahib Figh dalam Islam. Mengugut seolah orang cina akan dihukum Hudud sebagai orang yang khianat kepada ayat al-Quran sendiri dan menafikan bahawa ianya sebagai satu ibadah. Apakah Pas akan memaksakan orang cina supaya bersembahyang, hadir ke masjid, berpuasa dan berkhitan? Jahilkah beliau Hukum Mutatis Mutandis?

Tak tahukah beliau dengan ayat al-Quran Surah al-maidah ayat 42:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta hukum kes zina), Maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka Maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu menghukumkan perkara mereka maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Tidak munasabah orang yang bercakap agama tetapi menyembunyikan kebenaran dan menjadi golongan yang menentang perjuangan untuk menegakkan agama. Untuk menjernihkan suasana alangkah baik rasanya beliau menyahut seruan debat yang diajukan oleh Dewan Pemuda Pas Terengganu daripada beliau berhujah soarang-sorang dikalangan cina MCA di Kuala Lumpur tu.

Takkan jauh-jauh dari Kedah menasihati MB tetapi tak berani untuk bermujadalah dengan anak-anak muda rakyat Terengganu. Kalau negeri boleh melintas nak nasihat agama, maka ruangkan masa barang sejam dua untuk nasihat pemuda Pas yang nak bertemu mata dengan Penasihat MB mereka itu.

Ustaz Saiful Bahri

PAPAGOMO - Adakah beliau berada di atas Undang-Undang negara..!!

Anwar mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat

Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarWalau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".

"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

Alhamdulillah.. Jika semua rakyat Johor ada sifat bertanggungjawab macam nie...

Bukan kerana RM40...
HANYA-40

GELANG PATAH – “Saya buat laporan polis bukan kerana RM40, tapi ini soal hukum selain tidak mahu orang lain mempergunakan nama saya,” luah seorang warga emas, Sahar Bujang, 69, yang mendakwa masih tidak menerima wang zakat daripada seorang ketua unit dilantik oleh sebuah pertubuhan awam.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, beliau menerima wang zakat daripada pertubuhan berkenaan dan mengakui tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini namun individu bertanggungjawab bukan orang yang sama.

“Saya sudah menunggu wang zakat berkenaan sejak bulan puasa lalu (Ogos), apabila rasa ada yang tidak kena, saya turut mengadu kepada jawatankuasa unit pertubuhan berkenaan untuk kepastian,” katanya.

Beliau mengakui terkejut selepas dimaklumkan wang berkenaan telah diserahkan kepada ketua unit oleh pihak bertanggungjawab pada Ogos lalu, malah hasil pemeriksaan juga mendapati namanya tersenarai.

“Saya tidak berkesempatan menemui lelaki berkenaan untuk mendapatkan kepastian namun hasil maklumat daripada jawatankuasa itu mereka memaklumkan ada empat penerima lagi yang senasib,” katanya.

Sahar turut memberi peluang kepada lelaki itu menyerahkan wang zakat untuknya selama tiga bulan namun peluang diberikan tidak dimanfaatkan membuatkannya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Gelang Patah pada 15 November lalu.

“Semalam (kelmarin) lelaki itu datang ke rumah dan meminta saya mengambil sampul surat yang dihulurkan kerana mendakwa berisi wang zakat berkenaan namun menolaknya dengan baik kerana ia telah menjadi kes polis,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu turut meminta Sahar menandatangani borang sebagai pengakuan menerima wang zakat daripada pertubuhan berkenaan selain meminta anaknya menjadi saksi bahawa pembayaran telah pun diberikan.

“Memang diakui nilai wang zakat berkenaan tidak membabitkan jumlah besar, tujuan saya membuat laporan polis dengan harapan ia menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak mengambil kesempatan terhadap amanah yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang jawatankuasa, Ramli Othman, 46, mengakui kesal dengan tindakan lelaki berkenaan dan satu laporan polis dibuat timbalan ketua unit berkenaan sebagai bukti mereka tidak terlibat dalam masalah itu.

“Kami turut mendapatkan nama dan cap jari daripada kesemua penerima yang menghadapi masalah seperti Sahar. Selain itu ada di antara kami turut meminta penjelasan daripada lelaki itu tapi jawapan diberikan tidak memuaskan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hisham Mohamad mengesahkan menerima laporan terbabit termasuk laporan daripada pertubuhan berkenaan, beliau juga menyarankan Sahar merujuk kepada pihak bertanggungjawab berkenaan dakwaan berlaku penyelewengan.

Dan tercabarnya kuasa politik Melayu

Khalid Samad

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pegampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa.

Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ‘pejuang’ bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para ‘pejuang’ ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti ‘pengorbanan’ mereka dalam ‘perjuangan’ yang begitu lama dan ‘sukar’. Yang anehnya, si ‘pejuang’ semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan.

Sekiranya yang dimaksudkan dengan ‘politik Melayu’ adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang ‘politik Melayu’! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO!

Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di manan maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO?

KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU?
Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi.

Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa “power corrupts and absolute power corrupts absolutely” atau “kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan”. Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisma dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM 250 Juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa.

Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin ‘dictator’ dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah.

Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda.

ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR?
Maka ditanya pula, “adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?” Jawapannya “Tidak”! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisma.

Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama.

Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP.

Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang.

Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa.

PAS TUNDUK PADA DAP?
Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding?

Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini.

Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu.

KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU
Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka.

Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan ‘pemerintah Melayu’ atas alasan ‘ingin menjaga kuasa politik Melayu’. Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas.

Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Senarai pemain Kedah FA 2012

Kedah hadapi Liga M tanpa lapan pemain utama
Kedah hadapi Liga M tanpa lapan pemain utama

NAMA-NAMA besar dalam pasukan Kedah musim lalu, antaranya ketua pasukan, Ahmad Fauzi Shaari, Mohd Azmi Muslim dan Azlan Ismail tidak lagi bersama skuad Hijau Kuning apabila kontrak mereka tamat dan memilih haluan sendiri.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, bagi musim depan, lapan pemain tidak lagi bersama pasukan, iaitu Mohd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Firdaus M Faudzi, Ahmad Shakir Md Ali, Shafizan Hashim, serta Mohd Shahril Faizal.

“Ahmad Fauzi, Azmi dan Azlan tidak menyambung kontrak dengan Kedah kerana mereka mahu berhijrah. Mohd Al-Hafiz pula atas faktor usia, Mohd Firdaus prestasinya tidak menentu, Ahmad Shakir mohon pelepasan, yang lain pula kerana kontak tamat,” katanya, pada sidang media, semalam.

Menurutnya, walaupun kehilangan nama-nama besar yang dianggap penggerak utama dalam pasukan, namun pihaknya bersyukur kerana pemain utama pasukan, seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan, Mohd Sabree Abu dan Mohd Fauzie Nan tetap setia bersama Kedah.

“Kedah bersyukur kerana Baddrol kekal bersama kita dan menolak tawaran pasukan dari Indonesia. Ini membuktikan Baddrol sayangkan pasukan negeri kelahirannya. Kita juga ada beberapa pemain yang belum tamat kontrak dan jika berminat, kontrak mereka boleh disambung semula,” katanya.

Pemain import, Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo berkata, Kedah mempunyai ramai pemain berbakat dan dirinya berasa sungguh bertuah dapat bergandingan dengan beberapa pemain dalam pasukan itu, yang turut beraksi dalam pasukan negara.

“Saya banyak bermain dalam liga kelab di Brazil sejak lima tahun lepas. Saya gembira terpilih untuk beraksi bersama Kedah selama setahun, dan jika Kedah berpuas hati dengan prestasi saya, saya pasti mahu kekal di sini,” katanya.

Daniel Soares Neves pula yakin dirinya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di negeri ini, kerana sudah berada di Kedah selama 20 hari.

“Saya akan sesuaikan diri secepat mungkin dengan cuaca dan rentak permainan pasukan Kedah, bagi saya ianya bukan masalah besar,” katanya.

Ketua Jurulatih baru, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, sekiranya Kedah dapat menjulang satu daripada tiga piala pada musim depan, ianya sudah cukup memadai, walaupun sasaran adalah untuk menjulang tiga piala.

“Saya dapati pasukan lain lebih banyak melabur untuk dapatkan pemain hebat, namun saya tetap yakin pada pemain Kedah untuk julang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya.

Pembantunya, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dia yakin dengan barisan utama pasukan walaupun sembilan daripada pemain diserapkan daripada pemain Piala Presiden.

“Kita tidak lagi ketandusan pemain muda kerana ramai berbakat besar dalam Piala Presiden diserap dalam Liga Super.

"Saya yakin dengan adanya pemain import, ia baik untuk pemain tempatan bersaing dan harap mereka perlu komited dan berdisiplin,” katanya.

Senarai pemain Kedah FA 2012:
  1. Helmi Eliza
  2. Abdul Hadi
  3. Mohd Muhaimin
  4. Fauzie Nan
  5. V.Thirumurugan
  6. Khairul Helmi
  7. Fazliata Taib
  8. Sabree Abu
  9. Azmzi Azmi
  10. Basharul Abu Bakar
  11. Sany Mat Ia
  12. Danilo Vivaldo
  13. Amar Rohidan
  14. See Kok Luen
  15. Kamal Azira
  16. Daniel Baroni
  17. Ahmad Basri
  18. Khyril Muhymeen
  19. Baddrol Bahtiar
  20. Fiqri Mat Isa
  21. Abdul Latiff Suhaimi
  22. Faizal Abu Bakar

Nik Aziz bidas Umno guna istilah ‘jihad’ hadapi PRU-13

December 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu, Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Muhyididn menegaskan, pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau.

Malah dalam ucapannya, sambil menyifatkan PAS berhadapan dengan pilihan raya “setiap hari”, Nik Aziz ibaratkan Umno sebagai bas ekspres yang singgah di tengah jalan untuk makan buah-buahan tetapi tidak sampai ke destinasi disasarkan.

“Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,” kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.

“Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana menurut Nik Aziz, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

“Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan,” katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Katanya, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

“Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

“Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

“Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan,” kata beliau lagi.

Salah teknik punca getah kurang

getah

KUALA NERANG - Sebahagian besar pekebun kecil getah yang mengamalkan teknik pembajaan yang salah selama ini, menjadi punca kepada penurunan jumlah kuantiti susu getah asli di negara ini.

Pegawai Risda Daerah Padang Terap, Mohd Jazlanuddin Azmi berkata, selepas mendapati masalah itu menjadi punca penurunan jumlah kuantiti susu getah asli, pihaknya kini bergiat aktif mengadakan kempen gerakan membaja dalam kalangan pekebun kecil.

Menurutnya, kempen itu juga adalah saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa Risda memainkan peranan aktif dalam membantu pekebun kecil meningkatkan kembali hasil susu getah.

“Penurunan jumlah kuantiti getah asli menyebabkan kita sebagai pengeluar getah asli di dunia jatuh ke kedudukan kelima daripada tangga ketiga.

“Kita dipintas negara jiran lain yang sebenarnya jauh ketinggalan berbanding kita sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas me­rasmikan Kempen Gerakan Mem­baja Mukim Temak di Kampung Rambutan, Kuala Nerang.

Mohd Jazlanuddin berkata, pihaknya secara langsung dan tidak langsung cuba mendedahkan pel­bagai kemahiran terbaik bagi membantu pemilik kebun getah kecil.

Kataya, selepas turun padang dan membuat tinjauan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa masalah yang menyebabkan hasil susu getah asli menurun.

“Peratus pekebun kecil getah di negara kita ini jauh lebih besar daripada syarikat ladang getah dan sebab itulah kita memberi penekanan kepada pekebun kecil agar mereka sentiasa cuba meningkatkan hasil getah,” katanya.

Tambahnya, program kempen membaja dengan betul berkenaan akan diteruskan secara berskala dari semasa ke semasa.

“Masih banyak lagi pekebun getah kecil yang perlu dibantu dari sudut ilmu pengetahuan, selain pemilihan baja yang sesuai,” katanya.

Kedah merendah diri


DR. HAMDAN (lima dari kanan) bergambar bersama pemain-pemain baharu pasukan Kedah selepas majlis memperkenalkan mereka di Alor Setar semalam.


PASUKAN Kedah yang dibentuk menerusi gandingan muka baharu, pemain berpengalaman dan import sekadar meletakkan sasaran sederhana bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Skuad Kenari yang disertai sembilan muka baharu termasuk dua pemain import dari Brazil berhasrat memenuhi impian peminat setia mereka meraih tiga piala, namun perlu lebih realistik dengan saingan hebat pasukan lain.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, sasaran piala bagi musim depan diserahkan kepada peminat Hijau Kuning menetapkannya dan yang pasti mereka mahu semua piala.

"Setiap pasukan mengimpikan piala sama, namun sekiranya dapat merangkul kesemuannya ia bonus dan jika satu piala berjaya dimenangi ia sudah memadai," katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu di Sri Mentaloon, Alor Setar semalam.

Hadir sama ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan ketua jurulatih Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof.

Namun, sebelum menempuh saingan baharu, Kedah bakal kehilangan pembimbing berikutan penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak dan empat perlawanan bagi penolong jurulatih, Radzi Mat Din dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 dalam aksi menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia, 28 September lalu.

Bagi Hamdan, isu ini merumitkan pengurusan Kedah, namun pihaknya mempunyai satu sistem bagi memastikan persiapan pasukan tidak terjejas.

Katanya, sepanjang penggantungan itu, tugas Wan Jamak akan di- ambil alih Mohd. Nidzam bagi mengharungi tempoh sebulan tersebut.

"Dalam tempoh itu, sebagai ketua jurulatih, Mohd. Nidzam akan membimbing kedua-dua pasukan sekali gus iaitu skuad utama dan Piala Presiden.

"Ini dilihat baik untuk pasukan kerana Kedah mempunyai banyak pi- lihan pemain selain fokus Mohd. Nidzam selepas ini adalah mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan utama," katanya.

Skuad Kenari membariskan tujuh muka baharu iaitu dua bekas pemain Perlis, Azmizi Azmi dan Mohd. Sany Mat Isa, selain Mohd. Bashahrul Abu Bakar yang kesemuanya merupakan pemain pertahanan.

Tiga muka baharu lain yang merupakan pemain tengah ialah See Kok Luen (Kuala Lumpur), Mohd. Kamal Azira Abdul Manah (Universiti Sains Malaysia) dan Ahmad Basri Abdul Wahid selain bekas penyerang Pulau Pinang, Abdul Latiff Suhaimi.

Dua pemain import yang berasal dari Brazil pula ialah Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC (Bangladesh) dan pemain tengah, Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil.

Skuad Kenari turut mengekalkan pemain berharga mereka, Baddrol Bakhtiar yang mengetuai Harimau Muda menjuarai acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini selain penyerang, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan V. Thirumurugan.

Pemain lain ialah pertahanan kental, Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari serta tiga penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohamad Muhaimin Mohamad.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...