TERKINI :

Wednesday, December 7, 2011

Kejatuhan Umno sudah dekat...

Pendapat
Oleh Lanh
http://2.bp.blogspot.com/_plbiEG9Iy0A/S6-HFchzRsI/AAAAAAAAAZg/ei3__kuQ66g/s400/logo+umno.JPGHANYA Umno-BN mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN mampu perintah negara - demikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.
Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari. Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya. Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.

Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah bab hantu. Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.

Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya. Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.

Berdasarkan Perhimpunan Agung Umno terbaru di ibu kota, kita dapat saksikan betapa indoktrinasi parti tua ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ambil saja ucapan berapi-api Ketua Wanitanya, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Sebahagian ucapannya tiada 'substance', hanya mengekspoitasi serta memain-mainkan perasaan perwakilan. Lihatlah betapa bijak Shahrizat mengalihkan serangan musuh dalam isu 'lembu' terhadap dirinya kepada Wanita Umno pula. Kononnya kejituan Wanita Umno dicabar dan uji, hakikatnya serangan ditujukan kepada dirinya sehingga ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin juga meminta dia meletakkan jawatan.

Kenapa Shahrizat berlindung di belakang Wanita Umno dan majoriti perwakilan Wanita beriya-iya bersorak menyokongnya? Persoalan ini begitu kompleks; jadi marilah kita teliti kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) yang sudah sudah baca di sekolah rendah dulu tetapi tidak kita aplikasikan dalam kehidupan. 'The Emperor's New Clothes' menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat). Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam (perwakilan) kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya. Lebih-lebih lagi masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai ‘collective behaviour’ (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai). Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.

‘Collective behaviour’ telah menyebabkan perwakilan Wanita Umno (sebagai contoh) begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara termasuk untuk ‘menyelak kain’ kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya.

Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat SovietUnion dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Apabila Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya, percayalah ia juga akan hancur!

Debat : Anwar - YES Vs Najib - mmmmmmmmm.... masih dok tunggu jawapan......

Usaha temukan Najib-Anwar di pentas forum 15 Dis

Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam.

smm demo letter to najib2Surat jemputan diserahkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM) Mohd Safwan Anang Talib kepada pegawai khas perdana menteri Mohd Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mohd Safwan diiringi kira-kira 40 aktivis SMM sewaktu penyerahan surat tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata pihaknya telah mendapat persetujuan lisan Anwar yang juga ketua umum PKR untuk "melapangkan masanya" menghadiri forum tersebut.

"Kita tunggu respon perdana menteri. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar (untuk teruskan) atau pembangkang menghantar calon lain.

"Kita tidak bagi masa kepada PM (untuk memberi maklum balas). Kita akan buat susulan," katanya.

Ahmad Syukri berkata sebelum ini pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi panel forum tersebut.

Surat itu dihantar kira-kira sebulum lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat maklum balas, katanya.

Forum itu akan dijalankan dalam empat pusingan termasuk soal jawab kedua-dua pemimpin dengan dua pemerhati bebas - ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

NONESebelum itu, kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di hadapan jabatan itu bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Mereka berkumpul di hadapan Masjid Putrajaya sebelum berarak ke pejabat perdana menteri.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan bersama-sama dengan surat jemputan rasmi berkenaan kepada pegawai khas perdana menteri itu.

Putar belit Puad Zarkashi

Nurul Nabisah Mohamad

::Iklan khidmat sosial::
Kenyataan akhbar oleh Puad Zarkashi ini hanya menyerlahkan sikap tidak mengambil tahu tentang hal ehwal kementeriannya. Walaupun masyarakat sedia maklum menteri suka buat kenyataan putar belit, masih, masyarakat mengamalkan konsep baca dan percaya. Lebih teruk ada yang hanya membaca tajuk dan terus berkata-kata.

5000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) itu merujuk kepada guru sandaran terlatih yang telah dilantik ke gred DC41 untuk pengesahan jawatan DG41. Hebat Puad Zarkashi.

Mempermainkan masyarakat dengan maksud harfiah. Jangankan guru DC41, memang pun semua guru lepasan universiti digelar graduan ISMP. Kenyataan ini tidak merujuk kepasa fresh graduates yang berhadapan dengan kelewatan posting.

Selain itu, Puad Zarkashi turut membandingkan graduan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak melalui proses temu duga sepertimana pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG, atau lebih dikenali dengan panggilan maktab).

Sebenarnya, bermula tahun 2007, mereka yang memohon kos pendidikan di universiti perlu menjalani ujian sahsiah diri dan temu duga. Mereka yang melepasi dua kali saringan ini sahaja yang menjalani kos pendidikan.

Dari bulan ke bulan kami diperbodohkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hingga sekarang borang online masih tidak ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa hinggalah timbul pula khabar sebenarnya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan posting guru.

Ada pula pegawai-pegawai KPM dan SPP yang mengatakan bahawa kini tidak lagi perlu mengisi borang online, nanti kami akan terus dipanggil temu duga. Semuanya hebat berkata-kata, namun tiada hitam putihnya.

Kini setelah tujuh bulan berlalu, tiada menteri yang memberi kata putus bilakah sebenarnya kami akan dipostingkan. Tahun 2012 kah? 2022 kah? 2032 kah? Semuanya membisu. Bulan ini buat kenyataan hentam keromo, bulan depan cover semula kebodohan mereka dengan kenyataan lainnya.

Kami, graduan pendidikan. Empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah.

Kini, setelah memperbodohkan kami dengan khabar posting selama setengah tahun, mereka menyuruh kami mencari kerja lain. Rata-rata majikan menolak permohonan kerja graduan pendidikan dalam industri atas sebab ijazah kami yang tertera Pendidikan.

Lakonan “polis baik, polis jahat” UMNO-BN

Oleh Muhammad Zir

http://4.bp.blogspot.com/_vob_WZJm7M0/TF_yoVddqmI/AAAAAAAAAE8/BWNJ0WiO0Vw/s320/TOPENG-TIGA-MUKA.jpgJika kita perhatikan betul-betul ucapan dasar Presiden UMNO Najib Razak berbanding timbalannya Muhyiddin Yassin sewaktu perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, kita akan dapat melihat corak serangan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Dua susuk ini akan memainkan peranan yang amat penting dalam taktik dan strategi kempen serangan besar-besaran mereka ke atas Pakatan Rakyat

Lakonan ekstrem

Berdasarkan ucapan Muhyiddin, jelas sekali beliau begitu fokus kepada agenda Melayu. Kata-kata atau fitnah beliau untuk membakar emosi Melayu cukup hebat. Manipulasi beliau tentang DAP untuk membangkitkan kebencian melulu kepada apa sahaja yang ‘Cina’ sungguh menakutkan.

Kita lihat bagaimana tuduhan melampau Muhyiddin tentang DAP dihamburkannya secara langsung melalui stesen TV UMNO, iaitu TV3, serta laporan-laporan media kawalan UMNO-BN. DAP dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai republik, DAP ditohmah mahu melantik Perdana Menteri tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, DAP didakwa menindas Melayu, dan pelbagai lagi kata nista yang bukan-bukan.

Para perwakilan yang mengikut skrip Muhyddin pula menyambungnya dengan menggambarkan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP dalam soal negara Islam, hukum hudud dan pelbagai lagi. Sasaran pastilah kelompok warga Islam yang membesar dengan membaca lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia serta menonton berita TV3 dan RTM.

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sentimen perkauman dan agama dimanipulasi tanpa rasa tanggung jawab pihak mereka. Tujuannya hanya satu, iaitu Muhyiddin akan mengepalai kempen menarik sokongan orang Melayu dan Islam dengan membenci DAP, dan dengan itu mereka menjadi takut untuk mengundi rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR.

Lakonan moderat

Berdasarkan ucapan Najib pula, ungkapan beliau sangat berhati-hati. Hinggakan nama parti DAP, PAS dan PKR sekali pun tidak mahu disebutnya, hanya digantikan sebagai parti A, B dan C. Ini memberi imej yang bertentangan sekali dengan ucapan timbalannya yang secara terang-terangan mencaci-maki DAP.

Najib lebih menekan isu nasional, agenda transformasi dan slogan 1Malaysianya. Jelas di sini peranan beliau sebagai ketua parti dan kerajaan yang mahu dilihat lebih inklusif dalam mencari sokongan rakyat dari pelbagai kaum, dan bukan dari orang Melayu sahaja.

Beliau seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada emosi perkauman yang dibangkitkan oleh timbalannya sendiri serta ramai kalangan perwakilan UMNO sewaktu perhimpunan itu. Beliau mahu dirinya dilihat sebagai pemimpin moderat atau sederhana.

Seolah-olahnya wujud perbezaaan pendapat, dan mungkin ada yang menganggap kedua-dua perpimpin tertinggi UMNO itu sudah tidak sehaluan. Tetapi adakah itu hakikat sebenarnya?

Lakonan terancang

Teknik soal siasat polis “good cop, bad cop” atau “polis baik, polis jahat” adalah taktik psikologi yang sering digambarkan dalam filem dan drama TV antarabangsa.

Dalam babak soal siasat suspek, seorang pegawai penyiasat polis akan berlakon garang dan ganas serta agresif untuk menakutkan suspek. Dalam ketakutan itu, seorang pegawai lain yang berlakon baik akan memujuk suspek supaya memberitahu polis segala maklumat yang diperlukan.

Tekanan psikologi sedemikian dapat menghasilkan apa yang diperlukan kerana suspek biasanya akan tunduk dan bekerjasama dengan pegawai yang dilihatnya sebagai baik, bersopan-santun serta ‘boleh dipecayai’.

Malah ada juga suspek, kerana terlalu takut dengan ugutan watak ‘jahat’, terus mengaku segala-galanya kepada pihak polis.

Inilah yang menjadi permainan politik pucuk pimpinan UMNO sekarang bagi memanipulasi minda para pengundi agar percaya bahawa mereka tidak ada pilihan lain kecuali mengekalkan kuasa BN dalam PRU akan datang.

Wang rakyat untuk menjayakan lakonan

Pakej serangan ini akan diselaraskan dengan pelincir yang paling kuat, iaitu wang. Ringgit dan sen akan mengalir deras dalam kempen kali ini, malah lebih dari kebiasaannya berbanding pilihan raya yang lalu.

Dakwaan tentang warga asing yang telah mendapat kad pengenalan Malaysia dan dijadikan pengundi berdaftar sudah berkali-lagi dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO prihatin.

Tetapi semua itu hanya dijawab dengan pelbagai alasan oleh agensi-agensi pemegang amanah rakyat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tanpa mengambil sebarang tindakan serius.

Para pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipergunakan secukup-cukupnya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Rakyat pula ditawarkan dengan pelbagai program pembangunan dan kebajikan. Semua ini memakan belanja yang besar, semua ini adalah wang rakyat dan hasil sumber negara.

Melihat dari situasi ini, maka tidak hairanlah mengapa Najib menganggap PRU akan datang sebagai ibu segala pilihan raya. Kita sebagai rakyat pula memahaminya sebagai ibu kepada kempen yang paling kotor, zalim dan tidak adil.

Lakonan komponen BN

Dengan lakonan politik yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga hebat berkempen di kalangan kaum Cina dengan memperlekehkan hukum hudud. Katanya hudud akan menjadikan Malaysia negara mundur dan semua pelabur akan lari.

Strategi MCA ialah untuk menakutkan kaum bukan Melayu, iaitu oleh kerana PAS mahu kepada hukum hudud, jadi DAP yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan, juga dituduh sebagai parti yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Soal sama ada DAP telah menolak hudud atas dasar prinsip, termasuk kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak diambil kira oleh Chua yang hanya mahu orang Cina menolak Pakatan Rakyat.

Kesan hubungan antara kaum tidak dipedulikannya kerana pemimpin MCA itu hanya mahu menjayakan tugasnya sebagai alat kepada pucuk pimpinan UMNO yang lebih awal lagi telah menolak pelaksanaan hudud.

Seperti yang kerap dilakukan sekarang, UMNO mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP manakala MCA mengatakan DAP diperkudakan oleh PAS. Logik hujah mereka juga semakin mereng.

Pertimbangan rakyat terhadap lakonan politik

Strategi UMNO menerusi Najib dan Muhyiddin bukanlah sekadar untuk memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya rakyat perlu melihat, jika BN mengekalkan kuasa sebagai kerajaan, ia membawa maksud bahawa ia adalah kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa dan perosak demokrasi.

Rakyat menyeru kepada 3.3 juta ahli UMNO, yang kita rasa ramai antara mereka yang masih waras serta malu dengan kerakusan para pemimpin mereka yang hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni masing-masing, supaya membuang politik benci dan fitnah.

Kita merayu supaya semua pihak berjuang di atas landasan yang betul. Sekurang-kurangnya jika kalah pun, ia adalah kekalahan yang bermaruah. Maksudnya pihak yang kalah, walau pun berjuang secara bersih, adil dan jujur, akan tetap dihormati umum.

Sebaliknya, jika UMNO-BN menang dengan cara yang keji, maka itu bukan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO-BN sendiri. Kemenangan dengan cara yang kotor hanya mencerminkan kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa, penindasan dan ketidakadilan.

Jika rakyat, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, membiarkan ini berlaku, bayangkan nasib diri dan keluarga yang terpaksa menanggung kesan politik kotor dan keji di mana perkauman akan berleluasa, benci-membenci menjadi budaya dan hanya yang di atas terus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nasib kita.

Perlukah kita menanggung sengsara semata-mata kerana mahu mempertahankan segelintir pemimpin yang mahu meneruskan politik keji mereka yang semakin tidak relevan lagi? – Roketkini.com

Kedah lebih baik di bawah Pakatan

KEDAH dilihat sebagai model pemerintahan PAS selepas Kelantan. Di sebalik pelbagai hhttp://4.bp.blogspot.com/__Y_740tMjrA/SDvbv_f38zI/AAAAAAAAAIw/kRAZjwmyTuE/s320/uncle111.JPGalangan dan kekurangan, agenda ‘Sejahtera’ tetap konsisten diketengahkan. Walaupun PAS telah membuktikan keupayaannya, kerakusan BN untuk merampas kembali tidak pernah pudar. Apatah lagi usia sepenggal tidak memadai merungkai segala persepsi yang telah tertanam di benak rakyat selama ini.

Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM mendapatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin dalam membicarakan persediaan PAS Kedah mengekalkan pemerintahannya pada PRU13.
WARTAWAN: Sejauh mana PAS Kedah bersiap untuk memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus dapat dikekalkan pada penggal seterusnya?

MUHAMAD YUSOF: Kita selepas PRU12 lalu telah menyusun kembali jentera kita walaupun pada peringkat tahun pertama 2008 itu banyak urusan lain. Setelah selesai pembentukkan kerajaan dan menyusunan semula lajnahlajnah peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Sehingga sekarang ini persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya sudah bersedia sepenuhnya meski pun terdapat teknikal lain yang belum beres. Tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan telah sempurna.

Cuma sekarang ini kita dalam proses rayuan kepada pengundi-pengundi PAS dan Pakatan Rakyat di luar kawasan pengundian iaitu di luar parlimen dan di luar negeri Kedah supaya mereka ini pulang mengundi apabila berlaku PRU13 kelak.

Perkara ini bukanlah perkara kecil kerana pada PRU12 lalu, terlalu ramai pengundi kawasan di negeri Kedah tidak pulang mengundi menyebabkan kita menang tipis di beberapa Dun seperti Bukit Lada, Ayer Hitam, Tanjong Dawai, Jeneri dan Pantai Merdeka.

Paling mengecewakan sebahagian besar pengundipengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi ini menyebabkan kita terpaksa menerima kekalahan di Belantik dan Kota Siputeh.

Jadi sekarang tumpuan kita untuk memastikan dalam pilihan raya akan datang pengundi-pengundi luar kawasan ini, walau di mana mereka ada, supaya mereka kembali menunaikan tanggung jawab.

Jika sekiranya ada sebarang masalah yang mereka hadapi untuk pulang mengundi atau mendapatkan maklumat tempat mereka sepatutnya turun mengundi, mereka boleh hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pilihan Raya PAS Kawasan atau Pejabat Pilihan Raya Majlis Tindakan Dun yang berkenaan. Jadi itu persiapan kita.

Bagaimana situasi letak duduk PAS pada tahap ini? Masih memerlukan lonjakan atau bertahan?

Dalam pilihan raya lalu PAS memenangi 16 daripada 24 kerusi yang ditandingi, KeADILan menang lima kerusi dan DAP menang satu kerusi.

PRU akan datang, PAS tetap bertanding di 24 Dun. Sudah tentulah kita perlukan lonjakan supaya kerajaan Pakatan Rakyat akan datang ini menjadi kerajaan yang mantap, di mana sasaran kita adalah untuk melepasi 2/3 majoriti.

Di mana sasaran itu bukan sahaja kita PAS akan memenangi lebih dari 16 kerusi, tetapi KeADILan dan DAP pun sangat berharap kerusi yang ditandingi akan kita dapat menangi. Jadi, kita bukan sahaja hendak kekalkan kemenangan, tetapi perlu mengadakan lonjakan agar Kerajaan Pakatan Rakyat lebih kuat di negeri Kedah.

Adakah Senator selaku Pengarah telah memastikan tahap siap siaga jentera telah dilaksanakan hingga ke akar umbi?

Ini perkara lumrah di Kedah mahupun negeri lain, akar umbi akan agresif apabila diketahui parlimen dibubarkan. Pun begitu Alhamdulillah, peringkat di Kedah ketika ini kita telah berjaya memberikan kesedaran dan peringkat akar umbi telah pun menggerakkan kerja-kerja. Kita telah memberi peringatan kepada mereka bahawa biarpun kita adalah pemerintah, tetapi yang bertanding itu bukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebaliknya adalah parti iaitu PAS, KeADILan dan DAP.

Maka, untuk menyertai pilihan raya, untuk melaksana tugas pilihan raya, untuk melakukan gerak kerja pilihan raya, untuk memenuhi tuntutan pilihan raya, adalah jentera parti. Jentera kerajaan yang ada sekarang tidak terlibat langsung. Ini telah dapat kita sedarkan dan alhamdulillah kita di Kedah ini misalnya peralatan pilihan raya kita kenakan bayaran kepada semua peringkat peti undi kita.

Mereka perlu membayar dan setakat ini kita telah terima lebih dari separuh jumlah yang kita perlukan. Ini menunjukkan komitmen mereka dan kita diperingkat akhir menyediakan semua peralatan ini. Insya- Allah, ketika ini petugaspetugas pilihan raya kita telah memahami mereka perlu menyediakan segala keperluan untuk menghadapi pilihan raya sejak dari pada masa sekarang.

Pun begitu, lumrahnya biar macam mana pun persiapan kita, akan ada perkara-perkara yang perlu dilakukan saat akhir. Ini sama macam kita hendak kendurilah, siap macam mana pun, akan ada perkara yang hanya dapat dipenuhi di saat akhir. Ini pun kita sudah ada plan tindakan menyelesaikannya.

Mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan pemerintahan akan datang?

Panjang jika nak hurai perkara ini. Macam dilaporkan dalam Warta Darul Aman serta bahan-bahan penerangan lain menunjukkan bahawa program, agenda dan usaha kerajaan ini masih memerlukan penggal seterusnya untuk rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PAS sama ada projek pertanian, pendidikan, perusahaan dan sebagainya.

Ambil contoh Kolej Universiti Insaniah di mana pembinaannya telah lebih 50 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012. Sesi pengajian dengan 44 kursus pula akan dimulakan pada pertengahan tahun 2013.

Jika Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerajaan, maka kita tidak tahu bagaimana nasib sistem pendidikan yang kita sedang atur ini.

Begitu juga perkara-perkara lain. Jadi kita perlu memenangi pilihan raya nanti untuk menjadi faktor yang rakyat boleh lihat akan wawasan kepimpinan Pakatan Rakyat mengenai mustahaknya perkaraperkara ini terus dilangsungkan dengan memberi mandat seterusnya kepada Pakatan Rakyat. Termasuk juga projek Sungai Limau Hydro Carbon Hub (SULIHH), projekprojek perladangan dan sebagainya, semuanya akan memberi pendapatan besar untuk agihan kepada kepentingan rakyat, tetapi hasilnya hanya akan diperolehi selepas tempoh penggal pemerintahan ini.

Apakah faktor-faktor yang membolehkan PAS terus kekal pada penggal seterusnya?

Kita yakin rakyat sudah melihat, walaupun masa yang singkat, belum pun sampai empat tahun, rakyat sudah melihat Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS ini mempunyai perbezaan yang amat jauh berbanding kerajaan terdahulu. Contoh paling ketara Bajet Negeri selama dua tahun berturut-turut yang pada awalnya defisit tetapi pada akhirnya menjadi surplus (lebihan) maknanya pendapatan melebihi dari jangkaan dan pendapatan ini dapat menghilangkan defisit.

Ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara betapa cekapnya pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ini dibantu kuat para Pegawai Tadbir Negeri Kedah hinggakan membawa kepada kejayaan ini. Sedangkan Kerajaan Pusat, sudah 14 tahun membentangkan bajet defisit dan tidak pernah berlaku surplus.

Begitu juga peningkatan hasil bumi terutamanya balak yang begitu jauh perbandingannya dengan pendapatan kerajaan terdahulu. Ini menunjukkan ketelusan dan sifar rasuah berbanding dahulu, ini rakyat sedar. Kerana itu di awal pemerintahan dahulu, Menteri Besar berani mengumumkan penurunan cukai tanah, rakyat sedar dan faham kerajaan kekurangan pendapatan RM50 juta setahun.

Tetapi dengan penjimatan tadi, ketelusan, dapat menambah pendapatan dan mengurang perbelanjaan, akhirnya pendapatan itu kembali menampung kekurangan akibat penurunan tersebut. Begitu juga Skim Kafalah yang kita perkenalkan telah ditambah lagi jumlahnya.

Ini semua hasil pertambahan pendapatan kerajaan negeri kerana ketelusan pentadbirannya dan kekurangan perbelanjaan kerana penjimatannya.

Faktor-faktor ini akan menyedarkan rakyat bahawa pemimpin yang ada ini tidak meletakkan kepentingan peribadi untuk mendapat keuntungan kepada diri mahupun keluarga. Sebaliknya, semua keuntungan ini menjadi hasil yang dikembalikan kepada rakyat sama ada berbentuk penurunan cukai tanah, berbentuk kafalah, berbentuk bantuan pendidikan dan pelbagai lagi.

Sejauh mana perkembangan politik semasa dalam negara dan dunia membantu sasaran kepada kemenangan?

Perkembangan ini terlalu banyak, terbaru kalau tidak silap saya ada buku ditulis Pak Habib Syed Hussein Al- Attas yang mendedahkan terlalu banyak penyelewengan Kerajaan Pusat dari kepimpinan tertinggi dan kepimpinan lain. Saya belum membaca buku ini tetapi telah diberikan maklumat mengenainya.

Sekarang ini rakyat mendapat maklumat bukan sahaja dari TV1, TV2, TV3 atau TV9 atau Astro, tetapi rakyat dapat maklumat dari pelbagai bentuk yang rakyat dapat menilai.

Jadi perkembangan politik ini terutama golongan muda mereka tidak menyokong BN. Ini akan membantu lagi lonjakan buat PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Kedah dan mengekalkan kemenangan untuk penggal seterusnya.

Rakyat Kedah bangga kepimpinan Ustaz Azizan

http://4.bp.blogspot.com/-qz7W2lBQSD8/Tmg0sR0oAEI/AAAAAAAAAho/TPtOWtdCo20/s320/Firdaus%2BJaafar.jpgKedah ditadbir Pakatan Rakyat dengan tunjangnya adalah PAS selama lebih 3 tahun dengan jayanya. Kejayaan pentadbiran Dato’ Seri Azizan Abdul Razak menjadi inspirasi golongan muda dan harapan anak muda untuk melihat sebuah kerajaan yang benar-benar telus.

Sejauhmana anak muda di Kedah hari ini benar-benar terkesan dan sanggup mempertahankan kerajaan sedia ada, wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
WARTAWAN: Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan dalam masa terdekkat, bagaimana saudara melihat senario di Kedah, dan apa keperluan dan kewajipan golongan anak muda di Kedah mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah?

MOHD FIRDAUS: Pertama sekali saya melihat mengapa perlu pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, kerana sebab yang utama ialah sekian lama 53 tahun kerajaan BN menindas rakyat, pendapatan negeri tidakan bertambah kemudian rakyat hanya didendang lagu kononnya tanpa BN rakyat susah, kononnya Umno membela rakyat.Ini lagu sahaja untuk kepentingan politik. Tetapi setelah rakyat menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat di Kedah, menyandarkan harapan dan politik baharu hari ini.

Kita dapat melihat fokus itu diberi kepada pembangunan menyeluruh kepada rakyat Kedah.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak memfokus pendidikan dengan membina kompleks Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baharu.

Ini semua untuk orang muda mencari pendidikan, dari sudut golongan muda keduanya kena lihat sukan yang telahpun sebelum ini digagalkan oleh Umno-BN.

Baru-baru ini kita anjur piala MB kemudian Futsal Piala Tuanku Sultan Kedah, badminton dan pelbagai sukan lain lagi.

Justeru, tiada alasan untuk anak muda menolak kerajaan Kedah pimpinan Azizan?

Ya, tiada alasan untuk anak muda menolak kerajaan yang diterajui oleh Ustaz Azizan Abdul Razak yang menguruskan dana rakyat dengan baik hingga dapat mengumpul pendapatan tinggi berbanding BN. Malah kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan berbelanja hemah, ketepikan soal memperkayakan orang politik, tiada kekayaan melampau oleh ahli Parlimen PAS, jika ada yang kaya pun mereka ini telah kaya sejak menjadi pembangkang lagi, bukan semasa menerajui Kedah.

Bagaimana anak muda melihat soal pentadbiran MB dan kabinetnya?

Bermula dengan soal pengambilan pekerja kita tidak letak syarat bahawa fahaman politik itu sebagai suatu kriteria penting, sebaliknya mana-mana anak muda yang layak, mereka ini diambil bekerja dengan kerajaan negeri mahupun anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga tidak mengganggu kemajuan sektor pelancongan, cuma ada sedikit sebanyak guide line yang tidak menyusahkan pihak yang memajukan pelancongan untuk menjalankan aktiviti ini, hotelhotel boleh beroperasi.

Jika anak muda memilih BN pada PRU-13, apa pandangan YB?

Kalaulah anak muda memilih BN pada PRU13, tindakan itu seolah-olah mahu mengembalikan Kedah ke zaman kegelapan, hampir 20 tahun lalu.Apa yang dapat kita lihat, kerajaan hari ini cukup berhemah, hasil balak dan cukai yang diterima diagihkan RM1 juta untuk membaikpulih rumah orang miskin.Kerajaan juga berusaha mempertingkatkan pendapatan GLC, memperkayakan Agro (pertanian) dengan memperkayakan produk tempatan di bawah jenama Kedah Best, seperti jus rambutan dan mangga.

Kita juga tidak menolak pembangunan yang dibuat oleh agensi persekutuan seperti MADA dan sebagainya.Cuma ada anggapan sesetengah anak muda jika Pakatan Rakyat dan PAS menerajui negeri ini kononnya aktiviti anak muda akan tersekat, ini suatu yang silap, kita hanya memberikan guide line agar ianya berjalan teratur dan menurut norma masyarakat Timur.

Selain itu, bagaimana saudara melihat sokongan anak muda dan pengundi di Dun Sungai Limau yang diwakili MB sendiri?

Pengundi di Dun Sungai Limau amat berbangga kerana wakil rakyatnya menerajui Kedah selaku Menteri Besar. Malah golongan muda juga melihat kejayaan anak jati Sungai Limau ini membangunkan Kedah sekali gus merintis jalan menjadikan kerajaan ini kerajaan yang bersih, ditadbir dengan penuh berhemah. Ini suatu kemenangan moral kepada MB yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pengundi di Sungai Limau menghantar wakil rakyatnya selaku MB.

Anak muda di Sungai Limau juga menghormati gaya hidup Azizan yang mengurus kerajaan dan hidup dengan serba sederhana di sebelah markas PAS di sana. Jika ada anasir yang ganggu hanyalah seperti nyalakan nyamuk sahaja, kita seru MTD dan seluruh jentera Jerai mempertahankan Sungai Limau dan memberi kemenangan lagi bermakna kepada Jerai.

Apakah saudara yakin anak muda dan gelombang tsunami 2008 akan terus membadai Kedah lantas mengekalkan kerajaan yang ada hari ini?

Tsunami tahun 2008 tidak berapa kuat gelombangnya kerana ketika itu warga Facebook dan warga Twitter serta warga email tiada menembusi malah ke telefon bimbit. Kini segalanya berubah, tsunami kali ini bakal lebih besar dan Kedah akan terus menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat khasnya PAS.

BN kini tidak lagi mampu mengembalikan kekuatan mereka (BN) untuk tawan Kedah.Saya yakin kita akan terus mempertahankan Kedah bersama harapan anak muda.

Pesta Perhimpunan Agung UMNO..?

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Tidak keterlaluan jika dikatakan pada setiap perhimpunan agung parti-parti politik, ia bagaikan sebuah pesta politik. Dalam pesta itu, ahli-ahli parti politik akan menzahirkan segala kebebasan, keinginan dan aspirasi politiknya.

Namun pesta perhimpunan agung ini dapat berubah menjadi pesta hiper-perhimpunan, saat praktik perhimpunan itu “melampaui” batas alaminya: apabila terlalu banyak caci dan makian, kata mengata, kutuk-kutuk kepada parti lawan, terlalu banyak simbol politik, terlalu sendat slogan politik dan terlalu heboh dan bising yang berkumandang.

Inilah ruang politik yang sarat maklumat, terlalu ramai perwakilan, terlalu padat jargon dan simbol, terlalu banyak penunjukan kepopulariti (kehadiran kumpulan artis), terlalu mahal biaya, terlalu banyak dan rumit kerja dan terlalu padat dengan prosedur dalam jangka masa yang singkat.

Apa yang lahir ialah keadaan perhimpunan melampau, perhimpunan yang melampui apa yang dapat diterima keupayaan kognitif, afektif dan simbolik masyarakat politik sendiri dalam apa yang dikenali sebagai `the obesity of democracy’ atau demokrasi “gedempol”.

Perhimpunan ”melampaui” dapat menggiring kepada ”nihilisme”, ketika sistem komunikasinya didominasi ”jargon-jargon” tentang ’perubahan’, ’kemajuan’, ‘transformasi’ ’nasionalisme’, `calon-calon winnable ‘, tetapi tidak mampu mengembangkan penjelasan rasional tentang kerumitan kenyataan sosio-politik yang sebenarnya.

Permasalahan sosial disimpulkan menjadi jutaan citra manipulatif, yang melaluinya dilukiskan seolah-olah semua persoalan bangsa dapat diatasi dengan pantas dan segera.

Cornel West dalam Democracy Matter (2004) menggunakan istilah ’nihilisme sentimental’ (sentimental nihilism) untuk menjelaskan keadaan demokrasi, di mana pelbagai nukilan dan laporan citra politik yang menyilaukan mata seakan-akan kompleksiti persoalan negara, bangsa, dan kemasyarakatan, dengan mudah dapat dipecahkan melalui retorika komunikasi politik yang gemerlap, dengan mengabaikan ’nalar’ atau ’perdebatan ilmiah’.

Apa yang terjadi telah dijelaskan pakar semiotika Indonesia Yasraf Amir Piliang sebagai ’desubstansialiti demokrasi’, di mana masalah-masalah nyata negara-bangsa dapat disimpulkan menjadi ’penyelesaian citra’ (imaginary solution) melalui strategi ’imagologi politik’, iaitu pelbagai strategi, muslihat dan teknik rekayasa (baca: manipulasi) citra politik dalam pelbagai media komunikasi politik (liputan, iklan, poster, risalah).

Oleh itu substansi sosial diambil alih jargon sosial; realiti sosial digantikan ’layar sosial’, wacana politik dikendalikan oleh ’teknologisasi pencitraan’—the political imagineering.

Jelas Yasraf lagi `Desubstansialiti’ demokrasi akan menggiring kepada ’ketercabutan politik’ (political detachment), di mana citra-citra politik terlepas dari realiti sosio-politik yang sebenarnya.

Mnurut Yasraf lagi gemerlap citra-citra itu membentuk seperti suatu ’orbit citra politik’, iaitu perputaran citra politik yang tanpa henti dan dengan intensiti tinggi dalam putarannya dan muatan maklumat padat jargon, tetapi mempunyai hubungan minima dengan realiti sosial yang sebenarnya.

Oleh itu ketika wacana politik tidak dibangun oleh batas-batas formal yang pasti, maka setiap komponen politik-parti, calon, komunikasi, simbol, bahasa, citra, bertumbuh melampaui batas sehingga menciptakan keadaan ’gedempol’ atau `gedempong’ (obesity).

Apa yang dimaksudkan dengan `politik gedempol’ ini adalah keadaan tubuh politik yang tumbuh melampaui batas-batas ’ideal’ (gelembung) kerana terlalu banyak tumpukan lemak (lemak citra maklumat) lebihan di dalamnya yang mengakibatkan kelebihan beban atau muatan.

Jean Baudrillard, dalam Fatal Strategies (1990), melukiskan kegedempolan sebagai keadaan ketika sesuatu itu tumbuh ’melampaui’ batas alamiahnya sehingga kehilangan esensi, makna, dan tujuannya sendiri.

`Demokrasi gedempol’ ini adalah keadaan pertumbuhan demokrasi gelembung yang menuju sifat lebihan (gelembung citra maklumat sahaja), pergulangan (kutukan kepada pembangkang atas perkara-perkara lama) dan banaliti (kebosanan dan hambar), iaitu ketika pertumbuhan organisasi, komunikasi, citra dan maklumat politik telah ’melampaui batas ideal’, sehingga ia kehilangan esensi, makna, dan tujuannya sendiri.

’Demokrasi gedempol’ ialah gelembong ditunjukkan oleh ’pertandaan melampaui’ (over signification), iaitu terlalu banyak gambar, lambang, simbol, tanda, foto, maskot, tokoh yang ditampilkan, sehingga menimbulkan turbulensi kepada tingkat kognitif, afektif, dan semiotik. Pada tingkat kognitif citra yang terlalu banyak menyebabkan kesulitan membezakan satu citra dan lainnya.

Pada tingkat semiotik, tanda-tanda yang terlalu banyak menimbulkan kesulitan menangkap makna tanda itu sendiri.

‘Demokrasi gedempol’ ditunjukkan pula oleh ’komunikasi melampaui’ (over communication), iaitu terbentangnya medan komunikasi politik terbuka lintas ruang dan waktu.

Melalui kekuatan teknologi maklumat (internet dan sms), penyenaraian calon-calon `winnable’ dalam sebuah parti di kerusi parlimen dan negeri disebarkan ke bahagian lain dengar `gerak kilat’ sehingga terjadi komunikasi trans-ruang yang agak kacau bilau, serta penumpukan acak maklumat kepada seorang individu, yang menciptakan ruang komunikasi politik yang `chaotic’ yang bertumpu kepada calon-calon`winnable’. Ends.

3 dalam 1 : Felda, AGM Umno dan selak kain Shahrizat

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sidang akhbar mengenai Pengerusi Felda, Isa Samad, di Hotel Flamingo, Ampang, 28 Nov lalu dijadualkan jam 9.30 pagi. Kebetulan rumah saya hanya sekitar 4km sahaja dari situ. Anak lelaki saya pula bercuti, jadi tiada alasan untuknya menolak bila diajak menemani, apatah lagi jiran sebelah rumah -- seorang pesara TUDM, Katolik -- yang mutakhir ini cukup ghairah berbicara soal politik, turut mahu bersama.

"PAS mesti memimpin Pakatan Rakyat," kata jiran saya itu, Mejar Bersara Wiliam, "jangan hampakan rakyat yang impikan perubahan, dan oleh itu mesti ke depan menjuarai isu-isu masyarakat pelbagai kaum dan tidak hanya tertumpu masalah orang Islam sahaja." Beliau yang disahkan menghidap kanser hidup tahap keempat sentiasa positif tentang keupayaan pembangkang dalam PRU13 nanti.

Namun, yang lebih mengujakan saya untuk turut menghadiri sidang akhbar pagi 2 Muharam itu apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie Ismail, bahawa yang terbabit dalam sidang akhbar itu bukan lagi teman-teman yang sering dikaitkan dengan perjuangan membela peneroka Felda, seperti Mazlan Aliman, tetapi "aktor baru" di kalangan "orang dalam" sendiri.

Justeru, walaupun terlewat hampir dua jam daripada jadual asal dan kaki kiri saya sudah mula membengkak akibat menunggu lama -- mujur ada Dr G Manimaran, Pengarang Bahasa Melayu, The Malaysian Insider untuk diajak berbual -- saya terasa berbaloi.

Penampilan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Shamsuddin Othman, 59, yang mewakili 11 wilayah Felda di seluruh negara memang cukup meyakinkan.

Hujahnya tenang dan teratur, walaupun ketika ditayangkan kepada para wartawan video ucapan Isa, semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda, di Kuala Pilah, 12 Nov, yang jelas menghinanya.

Meskipun Isa dituntut mohon maaf di atas keculaparannya itu -- dengan kata-kata "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia" -- saya melihat sidang media itu menjangkaui isu personal Pak Sam, malah membawa impak baru kepada siri pergolakan isu Felda.

Umno yang kelihatan panik mempertahankan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13 nanti bakal ditimpa masalah besar di kubu sendiri apabila "simpanan tetapnya" sudah memberi kata dua, ekoran tidak berpuas hati dengan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang jelas merugikan.

Dari riak Shamsuddin dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Perunding Peneroka Peneroka (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW), saya rasa tindakan mereka bukan bermotif politik, sebaliknya tegas membela kepentingan peneroka. Mereka langsung tidak mengeluarkan kenyataan buruk kepada Perdana Menteri.

Difahamkan sebahagian besar pemimpin peneroka memihak Umno, namun ia tidak menghalang untuk mendesak Isa dan dua pegawai kanan Felda meletakkan jawatan. "Jika hasrat kami ini tidak ditunaikan PM, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa PRU13 tidak lagi diperlukan kerajaan memerintah," kenyataan akhbar mereka dipetik.

Isa dalam responsnya bukan saja enggan memohon maaf, malah menyifatkan pihak yang cuba menolak usaha penyenaraian FGVH sebagai "pengkhianat negara". (Mudahnya kalimat pengkhianat dihamburkan). Isa juga menggesa agar Shamsuddin "datang berkomunikasi dengan saya".

Kesombongan Isa itu dikecam keras masyarakat peneroka. Ada yang membandingkannya dengan kesediaan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng, yang sedia memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abd Kadir. Lebih teruk apabila Isa cuba memburukkan lagi Shamsuddin dengan dakwaan ponteng mesyuarat Felda.

Berdepan pelbagai asakan, PM Najib Razak dijangka terus mengekalkan Isa kerana "ada rahsia yang mereka kongsi bersama". Bukankah pada September 2009, gesaan Dr Mahathir Mohamad agar Isa tidak diletakkan sebagai calon BN dalam pilihan kecil Bagan Pinang ekoran kesalahannya dalam rasuah politik, juga tidak diendahkan Najib.

Mungkin Najib perlu mendengar pantun ini:
Andai ada lembu di ladang,
Bawalah menginap di pangsapuri;
Sana sini orang Felda tentang,
Cepatlah Isa mengundur diri.

II.

Umno sukar menutup wajah gabranya berdepan perhimpunan agungnya kali ini. Saya tidaklah sampai menganggap ia AGM terakhir sebagai parti pemerintah tetapi tetap terkesan dengan pelbagai "keanehan" di dalamnya. Ternyata Umno begitu gelisah menunggu saat kuasa bercerai-tanggal daripadanya.

Membuka persidangan pada 29 Nov, Muhyiddin Yassin bertindak garang membelasah Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Orang Melayu ditakut-takutkan akan kehilangan kuasa jika Pakatan menguasai Putrajaya. Ia bukan sesuatu yang luar biasa, terutama untuk membakar semangat ahli parti, tetapi usahlah menabur fitnah.

Lagipun ucapannya yang bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" dilihat sarat dengan elemen agama, sambil menyifatkan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri sebagai "para mujahid dan mujahidah". Memang Umno terdesak memaku sokongan Melayu kepadanya, namun janganlah berdusta. Mungkin Muhyiddin teruja dengan nasihat mentornya, Mahathir, yang mahu Umno terus menambat hati pengundi Melayu, khususnya di luar bandar.

Lihatlah ungkapannya: "Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh DAP. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan."

Mungkin terdorong dengan ucapan itu, dalam perbahasan, perwakilan Pemuda Pulau Pinang, Syeikh Husin Maidin menegaskan: "Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa daripada bangsa bangsat. Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat." Beliau juga menyifatkan ahli-ahli PAS di Pulau Pinang sebagai "bapuk".

Sidang itu juga sendat dengan perbahasan mengenai kriteria winnable candidate, suatu istilah yang sudah menggambarkan bahawa Umno kini bermasalah untuk mencari calon pilihan raya. Ramai menjangkakan konflik dalaman makin parah apabila tafsiran ciri-ciri "calon boleh menang" terbuka luas.

"Pakatan Rakyat hanya perlu tangkas dan bijaksana menggunakan kesempatan apabila Parlimen dibubarkan nanti. Ruang ahli-ahli Ummno, yang tidak puas hati dengan calon, untuk sabotaj tambah meluas. Dalam Umno, apa lagi yang lebih penting selain menjadi wakil rakyat?" kata seorang veteran parti.

"Mengikuti laporan media tentang perhimpunan, saya yakin rakyat muak dengan perbahasan yang hanya terpusat kepada keghairahan Umno mengekalkan kuasa, sedangkan masalah negara, khususnya berkaitan kemelut ekonomi dan juga perubahan politik, langsung tidak disentuh," ujar seorang penganalisis.

"Kasihan Najib, semakin tidak menjadi geraknya. Persepsi pengundi terhadap Umno makin memburuk. Segala usaha transformasinya langsung tidak membekas," tambahnya.

Dan seperti kata bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, yang menjadi tetamu perhimpunan berkenaan, "Umno belum dapat memberi satu harapan baru, terutama kepada generasi muda, yang berbeza dengan harapan generasi dahulu, yang tidak boleh ditarik dengan ganjaran wang lagi."

III.

Isu Fidlot makin panas. Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil mengamuk sakan sehingga bukan saja sanggup "menyingsing lengan" tetapi juga bersedia untuk "selak kain".

Melalui siaran berita TV, rakyat dapat menonton dengan jelas mimik muka garangnya, dengan nada suara yang begitu emosional dan sorakan sokongan perwakilan Wanita apabila beliau menjerit: "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi ... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, Ketua Wanita KeADILan yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?"

Kesabarannya ternyata hilang dengan pelbagai pendedahan mengenai syarikat milik keluarganya, terutama oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KeADILan: "Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? Dia adalah si Tanggang muda."

Zuraida Kamarudin kemudiannya menjawab ringkas, pendedahan awal projek tersebut kucar-kacir dan tidak menepati sasaran kerana tiada kepakaran, dibuat Ketua Audit Negara, dan bukannya KeADIan. Hakikatnya, tegas beliau, yang biadap adalah apabila menteri-menteri yang diberi amanah, menyalahgunakan kuasa menyeleweng wang rakyat untuk mengkayakan keluarga.

Sepatah kata Rafizi: "Kalau dia singsing lengan, angkat kain, kita akan dedah lagi lepas ni." Benar, Rafizi terus tampil dengan pendedahan dana NFC daripada sejumlah RM250 juta diguna untuk beli kereta mewah (RM534,622), tanah di Putrajaya (RM3,363,507) dan melancong (RM455,423).

Dulu saya sukar percaya gosip mengatakan Shahrizat mengamuk dalam mesyuarat bersama pegawai kanan kementeriannya, malah mengherdik suaminya dengan gelaran yang tidak enak didengar selepas pecah isu NFC, tetapi melihat gayanya Rabu lalu saya sekadar mampu tersenyum.

Namun, lebih menjengkelkan saya apabila membaca penjelasan Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal NFC mendapati "tidak ada unsur pecah amanah dikesan". Peliknya, Khalid mengakui siasatan masih berjalan dan Shahrizat sendiri belum direkodkan kenyataannya!

Maka semakin merudumlah indeks rasuah Malaysia, sepertimana laporan Tranparency International bahawa skor Malaysia jatuh lagi kepada 4.3 pada tahun ini, yang terburuk dalam 10 tahun. Dan tambah menjauhlah imiginasi orang muda dengan Umno yang tidak pernah belajar daripada siri kesalahannya itu.


---------
Kolum ini disediakan pada malam Sabtu, 2 Disember 2011

Pas bukan alat DAP.....Dia berkawan dengan MCA tak apa pula

nik aziz

SHAH ALAM- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas bukan alat kepada DAP sebaliknya, Umno kini dilihat telah dijadikan alat oleh MCA.

"Dia berkawan dengan MCA tak apa pula. Tapi saya nak kata yang kita tak jadi alat kepada DAP. Tapi Umno yang dah jadi alat MCA. Sebab apa? Sebab Umno tolak Islam kerana disuruh MCA. Umno itu Islam tetapi menolak Islam kerana MCA yang suruh. Sekarang siapa yang jadi alat? siapa yang jadi lembu?" katanya sambil disambut sorakan hadirin semasa berucap pada majlis Rapat Rakyat anjuran Pakatan Rakyat semalam.

Selain itu, Nik Aziz berkata, Umno juga telah membelakangkan Islam dan berpegang pada dasar kebangsaan dalam perjuangannya.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, mereka singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak dan timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek," katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, manusia tanpa mengira agama dan bangsa perlu bertakwa kepada Allah dan itu merupakan brek kepada setiap perbuatan.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain. Saya manusia. Kalau boleh mencuri, saya nak mencuri. Kalau orang beri rasuah...saya nak. Kalau diberi perempuan Kelantan cantik-cantik pun saya nak. Tapi saya tak buat kerana saya ada brek... brek itu ialah takwa.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah," jelasnya.

Soalan Sejarah SPM berkaitan UMNO yang telah bocoq beserta dengan jawapan sekali..!!

Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik

Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
... C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Bawah baca sebagai rujukan untuk anda berhujah denga puak umno / Bn

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

MELAYU ADA KUASA: UMNO/APCO YANG HILANG KUASA

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/12/hidup-umno-bersemangat-300x199.jpghttp://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/12/hidup-umno-bersemangat-300x199.jpg
UMNO/APCO kata jika mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), orang Melayu akan merempat dan agama Islam tidak akan terbela. Cuba anda peramati kenyataan tersebut, berfikir dengan tenang, dan gunakan pemikiran rasional untuk menggali kebenaran atau ketersasulannya.

UMNO/APCO mendakwa mereka mempunyai lebih daripada 3 juta ahli. Itulah jumlah orang Melayu yang menyokong parti kebangsaan itu. Lebih ramai Melayu yang berada di luar UMNO/APCO. Sebahagiannya menyokong PAS. Sebahagiannya menyokong PKR. Sebahagiannya menyokong DAP. Sebahagian lagi tidak memihak - duduk atas pagar. Merekalah yang merupakan golongan majoriti. Melayu dalam PAS, PKR, dan DAP pasti tidak menyokong UMNO/APCO. Orang Melayu atas pagar belum tentu sokong UMNO/APCO. Inilah senario sebenarnya.

Siapakah yang akan menang dalam PRU-13 jika UMNO/APCO kalah? Sudah tentulah pemimpin Melayu dalam PAS, PKR atau DAP. Pemimpin Melayu inilah yang akan memegang kuasa. Kuasa akan tetap berada dalam tangan orang Melayu. UMNO/APCO pembohong. Mereka tipu dan takutkan orang Melayu.

Mengapa mereka buat macam tu? Pemimpin Melayu dalam UMNO/APCO takut hilang kuasa. Mengapa mereka takut? Apabila tidak ada kuasa, mereka tidak boleh lagi baham duit rakyat. Mereka tidak boleh lagi dapat projek. Mereka tidak boleh lagi kasi makan kepada kroni. Mereka tidak boleh lagi dapat duit free macam NFC. Mereka tidak boleh kawal polis, SPR, SPRM, media,dan mahkamah lagi. Mereka akan hilang segala-galanya. Semua pemimpin UMNO/APCO akan merempat apabila kalah dalam pilihan raya. Selama ini kuasalah yang memberi mereka segala-galanya dengan cara yang batil. Mereka tipu orang Melayu. Mereka songlap wang rakyat. Mereka bahagi-bahagikan sesama mereka. Tidak ada pemimpin UMNO/APCO yang miskin. Yang miskin ialah Melayu yang mereka ambil haknya. Melayu yang mereka bagi gula-gula setiap kali pilihan raya. Sudah tentu pemimpin UMNO/APCO tidak mahu menjadi seperti Melayu ini apabila hilang kuasa. Sudah lebih setengah abad mereka jadi raja. Pemimpin UMNO/APCO tidak mahu jagi kucing kurap.

Mengapa UMNO/APCO serang Melayu dan bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat (PR)? Mereka dalam kumpulan ini telah membuktikan diri mereka sebagai golongan yang amanah dan bertanggungjawab. Selama lebih dua puluh tahun memerintah Kelantan, tiada seorang pun pemimpin PAS yang dihukum bersalah kerana rasuah. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PR dalam kerajaan-kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Tidak ada seorang pun pemimpin PR yang buat istana macam Khir Toyo atau Jamil Khir atau Adnan Mansor. Pergilah tengok rumah Nik Aziz di Pulau Melaka. Pergilah tengok rumah Hadi Awang di Rusila. Kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinantg, dan Selangor mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Kerajaan-kerajaan UMNO/APCO-BN hanya dapat kejian. Kerajaan-kerajaan PR kumpul dan simpan duit untuk rakyat. Kerajaan UMNO/APCO-BN kerjanya peghabih duit rakyat. Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, ketirisan, dan seba mak nenek kemungkaran dilakukan oleh UMNO/APCO-BN. Nak sokong mereka lagikah? Hentikanlah.

Kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah membuktikan ketelusan mereka. Mereka ternyata jauh lebih baik daripada UMNO/APCO-BN. Inilah yang membuatkan mereka meradang dan histeria. Rakyat melihat harapan ada pada PR. Kemusnahan ada pada UMNO/APCO-BN. Mengapa kita kata demikian? Lihat sahajalah lagak UMNO/APCO dalam perhimpunan agung mereka yang lalu. Penuh dengan elemen perkauman. Penuh dengan kebencian. Penuh dengan cacian. Setelah habis bersidang, mereka dakwa parti mereka menjuarai perpaduan. Melayu penuh dengan toleransi. Yang mengamalkan toleransi bukan UMNO/APCO tetapi semua Melayu yang berada di luar UMNO/APCO. Jangan tipulah. Baik Najib. Baik Muhyiddin. Baik Khairy. Baik Shafie. Baik Hishammuddin. Baik Zahid. Semuanya flip-flop. Yang paling tak guna ialah Shahrizat. Dah buat salah pun serang orang macam lembu gila.

Oleh sebab itu, berilah kuasa kepada PR. Marilah kita sama-sama membentuk Malaysia Baru yang adil untuk semua rakyat Malaysia. Kita singkirkan hegemoni UMNO/APCO. Kita bahagiakan Malaysia untuk semua rakyatnya. Kita bentuk hidup baru tanpa UMNO/APCO-BN. Hidup kita akan lebih cerah dan bahagia tanpa kehadiran malaun yang bergelar UMNO/APCO-BN.

'Pesta serangan' kepada Pakatan Rakyat

Idris Ahmad

SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno yang lalu umpama ‘pesta serangan' kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad.

Beliau berkata, serangan itu umpama mengalih perhatian daripada masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta dan kepincangan (yang didedahkan melalui) laporan Audit Negara.

"Bermula daripada ucapan (Timbalan Presiden Umno) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan, semuanya membelasah Pakatan Rakyat.

"Mereka tahu Umno perlukan undi Melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak boleh harapkan lagi," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, persidangan itu juga dilihat cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan angkara DAP.

"Persoalannya, DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang sebelum itu?," beliau bertanya.

Idris turut memberikan beberapa contoh untuk dijadikan 'tazkirah' kepada pimpinan Umno yang ‘mudah lupa’.

"Siapa yang menghalau orang Melayu di Kampung Plentong Tengah , Johor Bahru? Hampir 290 buah rumah ditolak dan (penduduk) dihalau pada 16 Oktober 2009. (Terdapat) diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek sejak 1991 dan tindakan merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.

"Siapa yang bertanggungjawab melesapkan saham Bumiputera daripada RM52 bilion (pada 1984) (hingga) tinggal RM2 bilion? Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Hong Kong sebanyak 31.36%? (Bagaimana dengan) Wang PPRT sebanyak RM32 bilion yang lesap?," katanya.

Tambahnya, Umno turut khianat kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 dan wang rakyat hangus hampir RM5 bilion.

"Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 (hingga tinggal) 1.7 juta hektar (pada 1995)? Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai, Johor, yang diambil untuk (pembinaan) new township (bandar baru)?,” katanya.

Kedah : BN tandus isu lawan PAS

http://1.bp.blogspot.com/_qiDoP7i_kIg/Sjcua2kQhkI/AAAAAAAABek/f-SKmDHJSlE/s400/DSCN4321.JPGTANPA kontroversi mahupun terseret ke kancah pertikaian berpanjangan. Segalanya seperti nampak mudah kepada PAS Kedah menghadapi serangan BN dari segenap penjuru. Banyak kali juga dilihat BN meludah ke langit dan menghambur isu seumpama buih di pantai. Dari satu sudut lain, perlu juga dilihat kepada penerangan PAS Kedah itu sendiri dalam mengemukakan keupayaan pentadbirannya untuk terus meraih sokongan pada PRU13.

Ikuti temubual Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM bersama Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung peranan penerangan membantu mengekalkan kemenangan di Kedah.
WARTAWAN: Bagaimana peranan penerangan dalam membantu usaha mengekalkan kemenangan PAS di Kedah?

MUHAMMAD SANUSI: Kami amat menyedari bahawa Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru yang dibentuk di peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menggalas tanggungjawab yang sangat besar. Kita serba kekurangan dari segi prasarana penerangan berbanding saingan politik kita. Kita menghadapi jentera penerangan BN yang datang dari semua penjuru media, jabatan,agensi kerajaan yang dieksploitasi, dan aktiviti parti mereka setiap masa.

Di samping memberi jawapan dan reaksi kepada propaganda parti lawan, kita perlu membentangkan pencapaian kita selama menjadi kerajaan.

Jika dulu ahli dan pengundi mahu dengar pandangan pemimpin PAS terhadap sesuatu isu, tapi sekarang mereka mahu tahu perihal yang kita buat dan setakat mana pencapaian kita.

Ini yang lebih utama dan secara asasnya, inilah peranan Lajnah Penerangan sekarang dan di masa akan datang.

Dalam keadaan demikian, tentulah tugas dan skop kerja lajnah penerangan makin bertambah. Penerangan PAS Kedah telah merangka plan tindakan bersepadu untuk memastikan rakyat Kedah khususnya mendapat maklumat tepat dan cepat tentang setiap yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Fokus kami ialah memastikan semua aktiviti dan pencapaian kerajaan negeri diketahui oleh rakyat sepantas yang mungkin, di samping memastikan rakyat memahami sesuatu isu dari perspektif yang betul.

Betul dalam erti kata rakyat membuat pendirian terhadap sesuatu hal dengan maklumat yang lengkap, dan betul dari sudut syariat. Selain itu, penerangan juga memikul tugas dakwah.

Alhamdulillah, setakat ini, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri telah dapat berfungsi dengan baik untuk menghebahkan aktiviti dan pencapaian kerajaan, dan Lajnah Penerangan telah dapat menyusun program-program penerangan sekerap yang boleh.

Kita memantau pada setiap masa untuk pastikan program penerangan di peringkat dewandewan dan kawasan-kawasan juga bergerak aktif, malah ke peringkat organisasi parti yang paling bawah.

Kita juga bertanggungjawab menentukan isu “local” dan nasional yang penting untuk utarakan di dalam programprogram penerangan. Kita juga berperanan mencari jawapan penjelasan segera terhadap isu yang berbangkit baik oleh parti lawan ataupun akibat daripada peristiwa yang tercetus.

Bagaimana pula isu-isu yang dimainkan BN dan usaha menanganinya?

Sebenarnya BN tidak ada isu di Kedah. Pernah mereka cuba beberapa kali mengada-adakan isu seperti isu perumahan awam, isu air, isu balak dan beberapa isu lain tetapi tidak berjaya mempengaruhi rakyat. Seluruh rakyat tahu setiap perkara yang mereka bangkitkan adalah berpunca daripada kelemahan dan kesilapan masa lalu ataupun ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Di hujung jalan cerita mereka, mereka akan temui muncung meriam yang sedang menghala kepada mereka sendiri.

Contohnya isu kenaikan tarif air, mereka mendakwa ia adalah keputusan kerajaan negeri, dan mula menyerang pelaksanaan itu dengan berbagai-bagai dakwaan.

Tetapi bila didedahkan bahawa ia adalah kehendak Kerajaan Persekutuan, malah diputuskan dalam mesyuarat kabinet dan diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Warta Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U (A) 332 di bawah tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan Akta 655 yang diluluskan di Parlimen, mereka mula gelabah.

Malah Perlembagaan Persekutuan telah dipinda oleh tangan-tangan mereka sendiri pada tahun 2005 lagi untuk melaksanakan perkara ini. Kita bersedia mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk langkah mereka memilih untuk berhutang daripada pusat untuk melaksanakan projek-projek besar bekalan air walaupun mereka mempunyai pilihan lain pada waktu itu.

Akibatnya kita terpaksa memikul beban hutang bekalan air sahaja yang mencecah RM1.9 bilion. Demikian dalam isu perumahan awam kos rendah yang berhadapan bayaran tertunggak yang terlalu tinggi.

Kita tahu siapa di belakang senario tunggakan ini dan kenapa ia dibiarkan berlaku.

Penjelasan dan penerangan kita berjaya meyakinkan rakyat bahawa kerajaan bertindak di atas landasan yang betul untuk memastikan penghuni melaksanakan tanggungjawab mereka. Ini terbukti apabila kutipan telah meningkat berlipat kali ganda yang dapat digunakan untuk membayar pinjaman daripada pusat dan melaksanakan lebih banyak projek yang berkaitan.

Demikian juga isu tanah di Padang Terap yang berlarutan sejak puluhan tahun. Ia bukan baru berlaku setahun dua ini.

Ia telah melalui proses perbicaraan di mahkamah dan sudah ada keputusan mengenainya. Cubaan-cubaan mereka membangkitkan sentimen di kalangan penduduk dalam hal ini hanya mendedahkan kesilapan masa lampau dan menikam diri mereka sendiri pada hari ini.

Kita bersimpati dengan penduduk yang terbabit walaupun kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki kesilapan masa lalu.

Antara lain mereka bangkitkan isu balak yang kononnya bukit- bukit menjadi gondol dan berlaku banjir lumpur di Sik satu ketika dulu.

Apabila kita tunjukkan bukti bahawa ia adalah kawasan balak yang diluluskan pada zaman mereka menjadi kerajaan, mereka hilang punca.

Saya difahamkan masih terdapat banyak kawasan yang diluluskan sebelum 2008, malah sejak tahun 2005 yang masih belum ditebang. Mereka juga cuba kaitkan kerajaan sekarang dengan skandal balak sedikit masa lalu. Kita telah tunjukkan dengan jelas perbezaan ketara hasil industri pembalakan dulu dan sekarang. Sebelum 2008, hasil sektor ini kepada kerajaan hanya sekitar RM 7 juta hingga RM 8 juta, tetapi dengan keluasan yang sama kita berupaya mencapai sehingga RM53 juta. Apakah dengan angka ini, orang ramai boleh percaya bahawa kita berwewenang untuk mengaut laba demi kepentingan diri dan parti kita melalui industri ini?

Apakah pergerakan jentera penerangan di semua peringkat telah mencapai keberkesanan yang saudara harapkan?

Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada kepimpinan jentera penerangan di semua peringkat yang bekerja keras menyusun program-program penerangan.

Walaupun menghadapi banyak cabaran dan rintangan terutama sumber kewangan yang terhad dan peningkatan permintaan terhadap “tokoh-tokoh besar” yang semakin tinggi, petugas kita berupaya mencari jalan penyelesaian.

Saya juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada penceramah-penceramah dari seluruh negara, terutama kepimpinan tertinggi PAS yang tidak jemu-jemu datang membantu kami di Kedah, di samping tenaga dalam negeri yang sentiasa memberikan kerjasama penuh.

Perbandingan dan pendedahan yang dibuat dalam majlis-majlis penerangan telah banyak membantu melancarkan aliran maklumat dan meningkatkan kefahaman ahli untuk terus berjuang. Program kita juga telah membuka mata banyak pihak dalam isu-isu yang berlaku saban hari, dan saya yakin ia dapat meningkat sokongan rakyat kepada PAS di Kedah.

Saya sangat berpuas hati dengan keupayaan petugas, ahli dan penyokong menguasai kaedah-kaedah baru penerangan disamping meneruskan kaedah tradisi PAS melalui ceramah dan perjumpaan. Walaupun begitu, masih banyak perkara yang boleh dan perlu dilakukan oleh jentera penerangan di semua peringkat. Keperluan untuk melipat gandakan program penerangan amat mendesak di saat-saat ini menjelang PRU-13, berbanding tenaga dan masa yang kita ada.

Bagaimana pula PAS Kedah akses atau menguasai medium-medium penerangan termasuk media baru?

Kita perlu mengakui bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna akaun Facebook ketujuh tertinggi di dunia berbanding populasi. Hal ini tidak boleh dianggap remeh dan mudah. Buat masa ini saya dapat melihat perkembangan positif penerangan PAS dalam media baru khususnya di Facebook dan blog yang dikendalikan oleh jentera penerangan, ahli dan penyokong.

Untuk menghadapi perkembangan yang sangat pantas dalam medan ini, kita telah mewujudkan rangkaian dan jaringan yang mantap di semua peringkat dan usaha menggalakkan penglibatan lebih ramai pimpinan dan ahli sentiasa dilakukan. Malah, melalui penguasaan media baru, saya percaya kita berjaya mewujudkan gelombang yang akan menumbangkan BN dalam PRU13.

Penerangan PAS Kedah sangat menyedari bahawa pengundi muda sekarang lebih bergantung dengan sumber maklumat melalui medium ini berbanding propaganda BN di media tradisi yang hanya berkesan kepada pengundi berumur lebih 40 tahun. Alhamdulillah, buat masa ini kita berupaya menyalurkan maklumat yang pantas dan tepat, khususnya kepada “Generasi Y” dan kita berazam akan terus mengekalkan kecekapan jentera dan ahli untuk menguasai bidang ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...