TERKINI :

Monday, December 5, 2011

Beranikah KAMAL SAIDIN menyahut cabaran debat..???

Pemuda PAS cabar Kamal debat isu hudud
Harakahdaily

http://www.bharian.com.my/articles/Pejuangtaklobijadicalon/pix_gal0http://1.bp.blogspot.com/-4TbehsWV-4w/Tf9TcpG140I/AAAAAAAAEQc/Wxl9hhuM7Do/s320/logo%2Bpas.jpg

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri.

“Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan.

Menjawab tulisan DUN BANDAR BAHARU- DUN PINGITAN REBUTAN UMNO DAN PAS

Oleh Joe Penang

Sebelum menjawab tulisan ini biarlah saya ceritakan sedikit latar belakang saya.
  • mengundi di Bandar Baharu pada pilihanraya,PRU 2008
  • pernah memegang jawatan di cawangan selepas 2008
  • duduk di Bandar Baharu sejak 2006
  • banyak berbual dengan orang-orang tua sekitar Bandar Baharu

Jawapan saya. Tulisan saudara seperti kita semua sedia maklum. Melagukan cerita pembangunan fizikal semata. Tiada cerita pembangunan minda(dah tentu agama).Biarlah saya menjawab dari segi isu pembangunan sahaja.

Papan tanda projek pembangunan di tepi Exit Bandar Baharu pernah tersergam megah. Projek pembangunan rumah kedai dan kediaman di tepi lebuhraya. Malangnya papan tandanya pun dah roboh. Kelapa sawit terus membesar. Projek di bawah kerajaan mana sebelum 2008 lagi?

Projek Lebuh Raya Durian Burung ke Bandar Baharu kini sepi. Yang tinggal hanyalah dari Durian Burung ke Kupang. Itu pun tertangguh lama. Tak nak buat dah ke? Masa rancang tu kerajaan mana yang berkuasa?

Sekarang ini kedengaran cerita pula mengenai projek lebuh raya Bandar Baharu ke Sungai Petani. Orang Kedah nak balik ke Kedah tak perlu masuk lebuhraya ke Penang dulu. Moga ianya menjadi kenyataan. Amin

Ketika Kadir Sheikh Fadzir jadi MP Kulim Bandar Baharu, Politeknik Kulim mulanya dirancang dibuat di Dun Bandar Baharu. Namun beliau memindahkan lokasi tersebut ke Kulim HighTech. MP Pas kah dia?

Azimi Daim ketika menjadi AdunBandar Baharu juga Exco Pelajaran dan Modal Insan,apakah pembangunan yang dibawa beliau ke sini.? Ada MRSM, IKBN di sini ke? Yang ada hanyalah Kolej Komuniti Bandar Baharu. Itupun cuma satu kursus sahaja dan mengguna Pejabat Daerah dan Tanah
Bandar Baharu yang kosong sekian lama.

Bandar Baharu tetap akan membangun walaupun perlahan tidak seperti Dun Kulim(walaupun dalam satu parlimen) atau Parlimen Sungai Petani. Banyak taman-taman Epic Valley dan Damai Hikmat dibina di sini. Majoriti islam(melayu) kelas menengah makin bertambah kerana semua penghuni taman adalah orang melayu.

Tak kisah la jika tak banyak pembangunan di sini. Taman-taman di sini tak banyak kes kecurian, masih kelihatan sawah menghijau di sepanjang lebuhraya dari pekan Bandar Baharu ke Tol Bandar Baharu. Walaupun banyak rumah kedai di Pekan Bandar Baharu hanya menjadi sarang burung walit dan sepanjang pembahagi jalan lebuhraya Tol Bandar Baharu rumput tumbuh meliar jarang dipotong.

Tak kisah la takde pembangunan sangat di Bandar Baharu. Nak beli barang pergilah ke Parit Buntar. Ada EconSave, Bilion, Minat, Pasar RayaKu dan lain-lain. Kuih-kuih Gerai Kak Ramlah di sini masih dijual dengan harga 30 sen sekeping. Masih besar dan sedap lagi.

Pagi Jumaat dan Sabtu kami masih berpeluang mengaji agama berkitab dengan Paksi Kerian. Pagi Jumaat di Parit Nibong dan pagi Sabtu di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Walaupun di sini tiada sekolah pondok seperti Pondok Pak Ya Padang Lumat di Yan atau Pomdok TG Salleh Musa di Sik. Kami bahagia seadanya.

Cukuplah dulu setakat ini. Salah fakta sila betulkan. Wallhua'lam

Parti Komunis Cuba & China ada di perhimpunan Agung UMNO....

Tak sangka UMNO lagi sekali buat perangai lidah bercabang. Tempoh hari maki Abang Mat kononnya hina pejuang2 tentera yang berjasa melawan komunis.

Tapi, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru2 ni, antara tetamu terhormat adalah wakil Parti Komunis China. Tak cukup dengan itu, wakil Parti Komunis CUBA pun diorang jemput.

Bukankah Parti Komunis Malaya dulu adalah di bawah naungan Parti Komunis China?

Kalau ini bukan bukti UMNO lidah bercabang, tak taulah nak cakap apa lagi.

Muktamar PAS, Kongress PKR dan Mesyuarat DAP tak jemput mana2 wakil Parti Komunis dari mana-mana negara.

Hanya UMNO aje yang buat macam tu.


KLIK IMEJ

Tulang Besi to Malaysia Waves

Pengharaman UMNO pada tahun 1988, “Siapa bunuh UMNO & Kehakiman?”



Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pengharaman UMNO
Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.

Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988.

Implikasi pengharaman UMNO
Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan UMNO, parti penyelamat orang Melayu ketika itu. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini , tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.

Ramai pemimpin , ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO II telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan . Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara .

Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti .

14/06/09

Game changer, PRU 13 dan masa depan Umno

Oleh SiasahDaily

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memberikan isyarat paling jelas untuk parti utama pemerintah pusat itu bersedia hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Ucapan Najib dalam perhimpunan agung Umno itu mengandungi banyak peringatan dan dorongan, yang berkait rapat dengan penerusan hidup Umno selepas menghadapi pilihan raya umum nanti.

Selepas Mac 2008, Umno menjadi parti yang paling banyak berada dalam keadaan defensif ekoran serangan agresif dan konsisten pakatan pembangkang, walaupun masih menjadi parti pemerintah.

Ideologi dan segala pegangan serta amalan Umno dikecam hebat sebagai perkara yang paling rosak dan buruk. Umno disinonimkan dengan korupsi, rasisme dan segala elemen jahat.

Menjelang 16 September, 2008, Umno kelihatan tergugat dan cemas berdepan ancaman pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.

Ucapan dasar Najib sebagai presiden Umno menampakkan kesedaran terhadap ancaman-ancaman dihadapi Umno sejak 2008, yang berterusan hingga Umno kelihatan tidak sempat mencari ruang bernafas.

Peringatan bersedia menghadapi elemen yang mencetus perubahan dramatik permainan politik (game changer) yang diucapkan Najib mendedahkan kebimbangan parti pemerintah itu terhadap realiti semasa seperti bahasa baharu politik dan peranan media sosial yang semakin berpengaruh.

Setakat ini Umno nampaknya masih mampu menangani serangan media internet (walaupun dengan belanja yang besar) dan usaha Najib memulihkan imej dirinya dan parti kelihatan menampakkan hasil positif.

Walau bagaimanapun, pemulihan itu hanya satu aspek daripada banyak hal yang menyentuh pengundi, dan menjadi faktor diambil kira dalam memberikan undi.

Perubahan melibatkan penyebaran maklumat dan sentimen terhadap pemerintah sememangnya menjadi faktor yang mengubah permainan politik negara.

Pembangkang dan segala elemen penentang establishment di negara ini berjaya membawa dan menyebarkan bahasa baharu yang menjejaskan Umno dengan teruk, ketika Umno sebahagian besarnya masih bercakap dalam bahasa lama dan kurang sedar dengan realiti pasaran bebas ide.

Ucapan Najib menampakkan kesedaran itu, dan peringatan yang diberikan (yang bukan pertama kali ditujukan kepada "orang Umno") menampakkan kesungguhan.

Tetapi kedudukan Umno yang lama di tampuk kuasa telah membina satu budaya dan pandangan yang menyumbang kepada berleluasanya sentimen negatif terhadap parti itu, dan memerlukan masa yang panjang untuk diuruskan.

Najib ada mengingatkan ahli supaya tidak bersikap sombong dan angkuh. Malangnya, wacana sebagai pihak yang mempunyai kuasa sejak merdeka menjadikan sifat itu sebagai sesuatu yang kuat dalam Umno.

Budaya berwacana, menangani pelbagai isu dengan rasional masih sukar diterima oleh Umno, terutama di peringkat bawah yang lebih banyak berdepan dengan rakyat biasa.

Dua contoh mudah ialah isu seperti melibatkan projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tindakan beberapa orang selebriti menyertai atau menunjukkan sokongan kepada pembangkang.

Reaksi dominan dalam Umno ialah membalas kritikan terhadap pengkritik dengan emosi dan bermain sentimen tanpa menjawab persoalan sebenar, dalam kes Shahrizat. Yang kedua, kecaman dan tuduhan tidak mengenang budi kepada selebriti yang menyokong pembangkang.

Seperti diperhatikan dalam wacana dominan blog-blog Umno, selebriti yang menyokong pembangkang dikait dengan isu seperti "tidak mengenang budi" dan sebagainya, yang berdiri di atas pegangan sokongan kepada pembangkang ialah pengkhianatan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan kelemahan besar Umno yang gagal menjawab secara rasional, tersusun dan bertanggungjawab, dan andaian bahawa segala diperolehi rakyat selama ini (termasuk selebriti terbabit) ialah jasa Umno (yang menimbulkan dakwaan tidak mengenang budi itu).

Bahasa yang diucapkan ini ialah bahasa lama, berdasarkan pemikiran lama yang tidak mesra dengan kritikan dan pertanggungjawaban. Bahasa ini tidak mempersoalkan pemisahan kuasa antara Umno, kerajaan yang memerintah dan negara.

Perubahan dalam wacana politik ini masih kurang disedari Umno yang selama ini bersaing dalam medan permainan yang berat sebelah, dengan Umno memiliki segalanya termasuk monopoli terhadap "kebenaran."

Permainan hari ini sudah berubah dan perang pemikiran semakin menyebelahi pembangkang dan segala kuasa liberal yang bersedia memerangi Umno dan segala pegangannya.

Perubahan ini mungkin satu game changer yang paling sukar ditangani Umno, dan semakin menjadi faktor yang menjadikan masa depan Umno dibayangi persoalan.

http://siasahdaily.blogspot.com/

"Siapa yang mengenalinya dari Adam?" : Shahrizat dan suami mula terasa

Oleh Wong Choon Mei

Kebenaran mula keluar. Walaupun penutupan yang besar oleh pasukan pelapis teratasUmno yang melibatkan polis ditambah dengan prestasi yang layak dianugerahi Oscar, perwakilan parti, terutama dari sayap Wanita, mahu ketua mereka Shahrizat Jalil dihentikan. Jika bukan dari parti itu sepenuhnya, maka sekurang-kurangnya berhenti semua jawatan termasuk kedudukan Kabinet beliau.

"Siapa yang mengenalinya dari Adam?" seorang wakil dilaporkan memberitahu The Malaysian Insider merujuk kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail, yang telah diberikan RM250 juta NFC bagi projek ternakan lembu.

"Ayuh, mereka faham. Dia suami kamu, jadi apa maksudnya ia tiada kaitan dengan kamu? Jika kamu bukan seorang menteri kamu fikir suami kamu akan mendapat projek itu? "

Rafidah yang sangat berkuasa pun terpaksa akur

Shahrizat di kongres Wanita menerima sokongan kegembiraan dari perwakilan wanita. Sudah tentu, beliau mengelilingi dirinya dengan penyokong setia yang jelas kaku dalam pembelaan ketua mereka.

Tetapi hakikatnya kekal, Shahrizat hanya satu langkah sahaja daripada dipaksa untuk meletak jawatan. Dakwaan-dakwaan rasuah ke atas bagaimana Salleh dan anak-anak beliau telah salah urus projek NFC, membazirkan dana awam pada 2 kondominium super mewah di Bangsar, Mercedes Benz CLS350 yang mewah, tanah kediaman di bahagian termewah di Putrajaya telah mengejutkan negara.

Wang itu bertujuan untuk disimpan dan mengembangkan projek, yang bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada daging lembu murah. NFC telah diberikan kepada keluarganya pada tahun 2006 oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi, yang berat sebelah kepadanya dan menyokong cabarann lalunya terhadap bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz.

Terkenal dengan cengkaman pada perniagaan AP, atau permit yang diberi kuasa untuk mengimport kenderaan bermotor, Rafidah juga akhirnya menghadapi musibah selepas dakwaan rasuah membanjiri semua pencapaian yang lain sebagai Menteri Perdagangan dan MP lama Kuala Kangsar.

Ia merupakan penghentian memalukan untuk Rafidah yang telah meninggalkan dengan kutukan Ratu AP yang berdering dalam telinganya. Tetapi jika ia menyedapkan hatinya sekarang, Shahrizat timbalan-bertukar-pencabar beliau juga terpaksa berdepan dengan musibah yang sama, hanya lagu Shahrizat akan bertajuk Permaisuri Lembu dan Kondo.

Jijik dan cita-cita semata-mata

Pengkritik berkata, jika Shahrizat masih tidak percaya nasibnya, dia harus melihat Rafidah, yang lebih berkuasa kerana perkhidmatannya yang lebih banyak lagi dalam Umno. Namun, Rafidah tidak dapat menahan arus dan desakan daripada ahli-ahli Wanita.

"Ia bukan hanya tentang inginkan pembaharuan. Ramai yang jijik. Mereka berfikir dengan pemergian Rafidah, tidak akan ada kontroversi begitu banyak tetapi ternyataShahrizat adalah seorang pelajar yang baik. Jika Wanita boleh mengusir Rafidah, yang berjuang seperti singa betina, Shahrizat yang lebih 'lembik' (lembut) seperti Badawi akan lebih mudah," naib presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ingatlah, sebilangan besar ahli-ahli Wanita akan mahu Shahrziat berhenti dan motif utama mereka adalah cita-cita peribadi mereka. Ya, kesempatan politik ada di mana-mana. Ia merupakan satu kitaran ganas tetapi ini adalah Umno dan manakala Wanita Umno mungkin lebih halus, tetapi sama sahaja bercita-cita tinggi seperti sayap lelaki. "

Pergilah sebelum kami semua dihancurkan

Menurut beberapa pemimpin kanan Wanita yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider, Shahrizat telah menjadi "liabiliti" kepada Umno dan perlu keluar dari perhatian sebelum skandal NFC "memusnahkan kita semua".

"Beliau menggunakan Wanita Umno untuk melindungi dirinya tetapi isu NFC bukanlah isu Wanita tetapi satu isu peribadi yang melibatkan beliau dan keluarganya. Sebagai ahli Wanita Umno, saya amat kecewa. Banyak di antara kita yang kecewa ... mengapa seret Umno ke dalam isu ini? " kata seorang perwakilan Wanita dari Perak.

"Jangan lupa, orang pertama yang mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC adalah Ketua Audit Negara, bukan pembangkang. Jadi mengapa serang pembangkang untuk menyembunyikan kelemahan anda sendiri? "

Pada hari Khamis, Timbalan Ketua Polis Khalid Bakar diselar kerana tunduk kepada tekanan daripada pihak tertinggi Umno untuk tiba-tiba mengumumkan bahawa siasatan polis yang melibatkan 74 saksi setakat ini telah mendapati tiada kesan pecah amanah jenayah dalam NFC.

"Ini adalah satu percubaan yang telus oleh kepimpinan polis kebangsaan untuk melaksanakan 'mengawal kerosakan' bagi pihak parti pemerintah UMNO. Kenapa keluarkan kenyataan apabila siasatan masih berjalan? Ia tidak masuk akal bagi polis untuk menyatakan kesimpulan mereka sebelum akhir penyiasatan. Dan mengapa membuat sebarang kenyataan secara tiba-tiba, seperti Mesyuarat Agung Tahunan UMNO berprofil tinggi dijalankan?," naib presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan.

"Juga menghairankan, pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka masih tidak mencatatkan apa-apa kenyataan daripada Menteri Shahrizat, yang merupakan seorang tokoh utama dalam kontroversi NFC. Mengapa pihak polis mengelakkan memanggil Menteri?"

Malaysia Chronicle

Menjadi Orang Umno ! , Boleh Ke ?

Oleh Ahmad Zawawi

Didalam keghairahan menghayati ucapan dasar Presiden tidak adakah dikalahttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/december2011/01/1201najib_ucap.jpgngan perwakilan yang terfikir tentang persoalan yang saya lontarkan ini. Saya merasakan saranan sebegitu sudah agak terlambat.

Untuk melakukan satu perubahan besar tidaklah semudah a…b…c.. Jika disediakan satu tempoh yang panjang sedikit mungkin ianya boleh berjaya. Sedangkan dipihak Presiden gendang pilihanraya umum sudah dipalu. Ini bermakna kita sedang Menghitung Hari.

Saya melihat peluang ahli-ahli UMNO menjadi Orang UMNO sudah terbuka luas pada tahun 1988 apabila Parti tersebut telah didaftarkan semula sebagai UMNO Baru.

Diketika itu orang-orang Team “B” telah mengasingkan diri mereka kedestinasi asal perjuangan UMNO iaitu Semangat 46. Malangnya hanya namanya saja Baru akan tetapi pengisiannya sedikitpun tidak berubah. Apabila sampai saja musim Pemilehan , ahli UMNO mula berpecah menjadi Orang-Orang Datuk Sri, Orang-Orang Y.B. dan orang-orang kepada tokoh koperat. UMNO Baru ini “graduate” pada tahun 2008 dengan kehilangan majoriti 2/3 diParlimen.

Seperkara lagi apakah orang-orang UMNO diakar umbi tidak tersentuh langsung apabila Projek sebesar NFC yang bernilai Beratus Juta hanya dinikmati orang yang rapat dengan kepimpinan.

Semasa berlansungnya PRU ke 12 orang-orang UMNO lah yang menyumbang undi untuk kemenangan Pakatan Rakyat akibat daripada sindrom yang sama. Kini Pilihanraya Umum datang lagi dan ramai yang rasa demam-demam. Apa jaminan pimpinan tertinggi UMNO pada PRU 13 nanti yang tragedi sedemikian tidak mungkin berulang sekali lagi?

Para perwakilan tentu sekali sangat lega mendengar penjelasan Presiden yang Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak sepakat. Bagi saya itu hanya satu persepsi. Yang jelas dalam rumah PR sudah tidak ada “bad apples” yang boleh membantutkan perjuangan. Mereka-mereka itu kini menjadi friendly kepada BN dan sekaligus ia menjadi “plus factor” kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ketiga Belas nanti.

Saya bersetuju dengan pihak seramai yang Pilihanraya Umum Ketiga Belas ini merupakan sesuatu yang luarbiasa. Mengenai keahlian dalam Parti tidak perlulah luarbiasa. Walaupun seseorang itu baru berpindah dari sebuah Parti ( yang tidak memberi keuntungan kepadanya) jika kena pada “bargain“ nya orang baru itupun lebih pantas menjadi orang UMNO.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

September 16 Gagal kerana UMNO Guna ISA ?

Oleh Tulang Besi

Dalam ucapan penggulungan Najib hari ini, Anwar telah diperlekehkan kerana keghttp://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/09/anwar-16_sept-old_foto1.jpg?w=440&h=300agalan Anwar di dalam usaha menukar kerajaan pada September 16 dahlu. Apa yang Dato Najib tidak beritahu adalah bagaimana UMNO telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengagalkan perancangan Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

Mengikut pendedahan WIKILEAKS (yakni laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina.

Pihak Kedutaan telah merujuk kepada seorang ahli Parlimen UMNO, Dato’ Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA.

Dato’ Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16)

Teks laporan Kedutaan Amerika itu adalah seperti berikut:

6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)

(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.)


TERJEMAHAN: (2) Kedua-dua penguasa PKR mengakui penahanan ISA pada bulan September itu keatas 3 orang- seorang wartawan, Teresa Kok serta Raja Petra- telah menghantar amaran yang berkesan kepada semua Ahli Parlimen yang bercadang untuk menyokong Anwar

(KOMEN: Pada awal Oktober, Ahli Parlimen UMNO, Nur Jazlan, memberitahu Polcouns bahawa penahanan ISA tersebut adalah sangat berjaya di dalam menakutkan Ahli2 Parlimen yang telah bercadang untuk mengikut Anwar)

Ingat kembali, Teresa Kok telah ditangkap kerana kononnya beliau melarang azan di sebuah surau di Puchong dan sebuah masjid di Kota Damansara. Semua tuduhan ini terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.

UMNO cuma mahu mencari alasan untuk menggunakan ISA bagi mengagalkan perancangan September 16 Anwar Ibrahim. Mereka sendiri tahu tuduhan2 itu palsu dan tidak berasas. Namun, penangkapan di bawah ISA ke atas 3 orang itu tidak lain bertujuan menakutkan Ahli2 Parlimen dari melompat.

Ahli2 Parlimen yang dimaksudkan ini telahpun menandatangani “Kenyataan Bersumpah” mahu mengikut Anwar Ibrahim tetapi telah menarik diri akibat takut ditangkap ISA.
Dalam PAS pula, Hasan Ali adalah agen kepada menyebarkan cerita kononnya Teresa Kok melarang azan. Cerita tersebut telah disebarkan kepada keseluruhan AJK PAS Pusat dalam salah satu mesyuarat AJK PAS Pusat.

Sedar atau tidak Hasan Ali serta “GENG PERPADUANG” dicampur dengan “GENG TERENGGANU” memainkan peranan besar di dalam menggagalkan September 16 tersebut. Mereka semua menjadi AGEN UMNO dan berjaya mensabotaj perancangan Anwar Ibrahim dan September 16 tersebut.

Maka, janganlah puak2 UMNO memainkan isu kononnya Anwar berbohong ataupun Anwar menjual janji palsu. Yang sebenarnya UMNO telah bermain kotor dengan menggunakan ISA mengagalkan perancangan September 16.

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com

UMNO Meracau dengan dosa sendiri

Oleh Muhammad Zir

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/111130145913.jpgKeresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.

Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.

Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata “Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur” melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO.

Imaginasi orang bersalah

Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.

Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.

Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO.

Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai ‘paranoid’.

Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak.

Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri.

Kebijaksanaan rakyat

Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu.

Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat.

Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama.

Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin.

Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi.

Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini.

Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak.

Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta?

Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN.

Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Penentuan rakyat

Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam.

Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri?

Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa.

Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya.

Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri.

Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com

Umno- Yang Boleh Memerentah Hanyalah AKU!

Oleh Aspan ALias

Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah ‘winnable candidate’ dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/december2011/01/1201najib_ucap.jpgDalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.

Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.

Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.

Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.

Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.

Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap ‘national unity’ yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.

Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.

Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.

Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO.

Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.

Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.

Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.

Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.

Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU.

Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go.

Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan

Oleh Wong Choon Me

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah.

Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?” ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.

Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.

“Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, “the proof of the pudding is in the eating’” beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.

“Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?”

Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.

“Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya” kata Najib merujuk kepada DAP.

“Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden” tambah beliau mengenai PAS pula.

Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.

“Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno.” Jelas Jui Meng.

“Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!”

Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti ‘berwawasan’ tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.

Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.

Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan “rasuah”.

Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.

“Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane ‘berwawasan’dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui ‘pelan permainan’ iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru,” kata Najib.

“Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.

Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.

“Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional.” Ujar Najib. “Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan.”

Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.

Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat ‘kenyataan yang lemah’ bahawa Umno bukan bersifat perkauman.

“Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun.” Ujar Jui Meng.

“Tidak ada sebab untuk bicara mengenai “wawasan” atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!”

Malaysia Chronicle

Populariti Najib palsu semata-mata

Oleh MALAYSIA CHRONICLE

http://2.bp.blogspot.com/-bUFOJ_GIXjk/Tsusp6poxII/AAAAAAAAQPo/nIzu5AmcNcw/s1600/najib+tdo+d+perth.jpgBUKANKAH ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah olah Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan terus kekal popular?

Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat.

Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.

Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.

Isteri beliau, Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudah pun diketahui ramai.

Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam.

Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saatsaat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau. Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa.

Kes bunuh tersebut menghantui beliau di mana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes tersebut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu.

Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik.

Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti.

Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13.

Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada PRU-13.

Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung di lehernya.

Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya.

Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya.

Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya.

Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang.

Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana.

PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih.

Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut.

Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I.

Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orang kuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir.

Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR.

Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang.

Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri.

Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratusratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan ‘kaji selidik’ populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST.

Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terangterangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera!

Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapa pun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba.

Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu.

Dua Bangladesh belasah perompak


SUSPEK berlumuran darah akibat dibelasah dua lelaki Bangladesh ketika cuba merompak kedai serbaneka 1 Station di Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR – Hajat seorang anggota tentera untuk merompak kedai serbaneka 1 Station di Jalan Sultanah di sini buat kali keempat bukan sahaja tidak tercapai malah dia cedera dibelasah oleh pekerja premis yang geram dengan tindakannya itu.

Suspek berusia 29 tahun yang lari dari tugas sejak dua tahun lalu itu cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan kayu oleh dua pekerja Bangladesh, Shairajul Islam, 33, dan Md. Mizan Nur Rahmat, 37.

Difahamkan, suspek datang ke kedai itu dengan menunggang motosikal curi yang diletakkan depan premis tersebut.

Menceritakan semula kejadian pada pukul 4.40 petang kelmarin itu, Shairajul yang ketika itu berada di kaunter pembayaran memberitahu, suspek terus mengacukan sejenis objek menyerupai pistol di bahunya sebelum mengarahkannya supaya menyerahkan wang.

Katanya, dia bagaimanapun enggan mengikut arahan itu kerana dapat mengecam suspek yang pernah merompak kedai itu sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Dia kemudian menghentak kepala saya dengan pistol mainan itu. Saya yang geram dengan tindakannya kemudian mengambil sebilah pisau di bawah kaunter lalu mengacukannya kepadanya.

“Kami kemudian bergelut dan pisau itu terpelanting ke luar kaunter sebelum dia mencakar muka dan menggigit kedua-dua belah telinga saya menyebabkan saya menjerit,” ceritanya yang berani melawan kerana tahu suspek menggunakan pistol palsu.

Tambahnya, ketika itulah Md. Mizan datang membantu dan terus memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu.

Menurut Shairajul, melihatkan suspek yang berlumuran darah, dia mengambil kesempatan itu untuk mengikat kaki dan tangannya sebelum menghubungi polis.

“Sebelum ini, saya cam dia yang merompak kedai ini sebanyak tiga kali bulan lalu dengan melarikan wang, rokok dan barangan lain bernilai ribuan ringgit,” ceritanya yang telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Katanya, motosikal ditunggang suspek dicuri di Ampang, Selangor pada 2008.

Apakah dapat dipentaskan Harga Sebuah Maruah di Kedah?

Oleh H FANSURI

KEPADA Menteri Besar Kedah. Salam revolusi. Perjalanan usia saya dalam kegiatan keshttp://3.bp.blogspot.com/_WaHyP7r6-jk/SQosWGiK8QI/AAAAAAAABxo/pXTPH6UWu0E/s400/maruah.JPGusasteraan masih rebung.Namun izinkan saya berbicara mengenai sebuah novel yang mungkin sesuai untuk di’komsas’kan. Komsas adalah kependekan daripada ‘Komponen Sastera’.

Adapun nama judul novel itu adalah Harga Sebuah Maruah (HSM), karangan Azizi Hj Abdullah. HSM meraih hadiah kedua pada 2007 di dalam sayembara 50 tahun DBP

Sejak HSM mula dipentaskan di Balai Budaya pada bulan ini maka ramai yang menyedari bahawa teater HSM itu adalah hal kisah pesawah di Kerpan, Kedah. Tetapi, nampaknya perjuangan para pesawah ini tidak diserap sepenuhnya oleh para penonton.

Orang-orang mungkin hanya melihat kepada persembahan mutu lakonan, gaya dan rentak intonasi suara dan sebagainya. Jika novel itu mahu diabadikan sebagai teks komponen sastera (Komsas), maka tentunya Najib Razak dan Muhyiddin Yassin ada halangan nanti, jika mereka sedar isi penentangannya.

Jadi, untuk tujuan itu, di peringkat awal, nampaknya sudah ada skrip naskhah teater untuk dipentaskan.

Maka, bolehlah kita manfaatkannya untuk teater di seluruh negeri Kedah, kalaupun ia ditolak sebagai teks komsas itu nanti.

Membaca dan menonton sangatlah beza penerimaannya ke atas penonton. Menonton teater menyebabkan ingatan kita kekal bertambah kuat berbanding pembacaan novel itu.

HSM itu kisah lama para petani di Kerpan yang boleh selalu dipunggah-punggah daripada relung ingatan lama.

Bersimbah kenangan lalu membanjiri fikiran ramai orang khasnya rakyat negeri Kedah, maka hal itu bererti hadirnya suatu modal baharu sebagai kempen untuk orang-orang PAS mengganyang Umno dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang. Itu jika kita hendak berbicara daripada strategi kempen.

Nampak seperti kotor sedikit, seolah-olah kita memperalatkan teater untuk kempen.

Tetapi hakikat sebenarnya, persembahan teater itu tidak kotor malah itulah yang mesti dibuat bagi memastikan rakyat Kedah selalu teringatkan penindasan Umno ke atas petani Kerpan yang tidak berdosa itu.

Kerpan dan Memali misalnya tidak boleh diabadikan dalam bentuk ceramah dan buku ilmiah, buku politik popular sahaja, malah ia perlu disenikan dalam bentuk teater dan filem juga. Harapan saya, semoga HSM yang mengabadikan derita Kerpan ini akan diangkat julang sebagai filem juga akhirnya nanti.

Saya harap, kerajaan negeri Kedah, dengan lujnah kebudayaan PAS boleh memanfaatkan teater ini untuk masa depan kesenian, kebudayaan. Hingga nota ini ditulis, saya difahamkan bahawa pihak Pusat Pengajian Seni, USM dan DBP adalah yang terlibat dalam pembikinan teater HSM itu. Hanya menantikan kesungguhan Pakatan Rakyat jika benar mereka benar-benar berhasrat menaklukkan hati manusia menjelang pilihan raya umum nanti.

Al-Fatihah buat Azizi Hj Abdullah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...