TERKINI :

Sunday, December 4, 2011

Penasihat AGAMA UMNO melacurkan HUKUM ALLAH di forom MCA....

oleh AnakKedah007

nie gua ambik dari seorg sahabat jawab balik hujah ustaz umno di forom MCA siang tadi....................

Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
Mari kita Tengok Puak Sekular dan Wahhabi UMNO Spin Bab Hudud

1.- Bab Umur Mukallaf - Ini hal Teknikal - Ini Bukan Hukum Hudud
2.- Boleh Liwat Isteri - Jahatnya UMNO spin Isu, Liwat Isteri takde dalam Hudud.. Tapi Ade Dalam Takzir, kalau takde dlm Hudud bukan makna boleh Liwat Isteri, Kalau mcm tu baik Ckp Sekali Boleh Liwat Binatang.
3.- Bab Hudud bukan Hanya untuk Islam, Kewajipan Hudud kalau wajib semua, aawat UMNO tolak.. Sokong je la.. .
nie artikal dari malaysiakini....

Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah
Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

MCA hudud forum - Left fathul and right kamalBercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

"Dalam Islam, ini sepatutnya haram."

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

hudud lawMenurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil."

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.

Isu penceramah PAS mengatakan Nik Aziz ialah Nabi masuk Utusan.....tapi penjelasan di Media PAS...???

Hari neh utusan sebarkan fitnah terbaru yang membabitkan TGNA. Isunya ialah ada penceramah pas yang menyamakan TGNA = Nabi. Dan macam biasa ;

1. TGNA mesti salah. Walaupun apa2 benda tue orang lain yang buat tapi kesudahan nya tetap sama, iaitu kesalahan tetap terletak di atas bahu TGNA.

2. PAS akan disimpulkan sebagai parti sesat dan seme2 yang berkaitan dengan nya.

Lihat bawah neh ;




Isu di atas ialah satu lagi isu fitnah. Tiada mana2 penceramah pas yang mengatakan bahawa Nik Aziz ialah seorang Nabi. Apa yang cuma disampaikan ialah Nik Aziz = Ulama.Ulama ialah pewaris Nabi. Dan inilah yang dimaksudkan oleh penceramah pas. Bukanlah dia kata ada Nabi selepasnya Nabi Muhammad SAW dan sebagainya. Video di bawah neh adalah bukti.



Dan video di bawah neh ialah versi editing. Versi yang telah dicucuk dan ditokok tambah dengan persepsi serong. Bagi mereka yang tidak faham slang kelantan + bahasa dalam sudah semestinya akan terpedaya ;


Sesuatu pembohongan dan fitnah apabila diucapkan secara berterusan akan di anggap benar. Sama juga dalam kes di atas neh. Utusan dah banyak kali main fitnah2 neh dalam media mereka. Selama 22 tahun neh tiada satu saat pun utusan berhenti daripada mendendangkan fitnah2 kepada para pembacanya mengenai pas dan alim ulama dalam pas.

Selama 54 tahun neh juga tiada satu saat pun pernah umno berhenti daripada menyebarkan perkara yang salah tentang pas. Tiada. Mereka tidak pernah fikirkan tentang pas, tiada walaupun untuk sesaat. Apabila berita fitnah neh diterbitkan di dalam utusan, dibaca pula oleh orang ramai sudah tentulah sangkaan dan persepsi buruk akan timbul.

Orang akan memaki hamun pas, ustaz syamsul dan TGNA sebagai sesat lagi menyesatkan. Sedangkan mereka hanya mencedok sedikit sahaja dari isi ceramah, dan sebarkan seolah2 ia adalah mesej penuh ceramah dan akhirnya orang ramai sekali akan terpedaya bahawa TGNA adalah alim ulama yang sesat.

Benda neh sebenarnya dah lama. Dari isu tuhan mencarut dan sebagainya. Itu semua adalah fitnah semata2. Walaupun telah kita beritahu dengan jelas bahawa itu adalah fitnah, bukan sekali dua tetapi banyak kali kita bagitau apa yang utusan tulis itu adalah fitnah, jangan percaya. Baik dari isu kafir mengkafir sehinggalah kepada doa pecah perut, itu semua adalah fitnah.

Tidak pernah kering airliur ahli2 / penyokong pas memberitahu bahawa itu semua adalah fitnah tetapi masih lagi ada orang yang menggunakan perkara2 tersebut sebagai alasan menolak perjuangan pas. Sedangkan benda yang dia jadikan sebagai hujah itu adalah fitnah.

Pernahkah Nik Aziz cakap Allah swt mencarut, so kita pun boleh mencarut? <-- Fitnah. Apa yang Nik Aziz bagitau ialah dalam Alquran Allah swt melaknat orang2 yang ingkar dengan hukum dan ketetapan Allah swt. Inilah slang orang kelantan yang ramai orang tidak faham. Bukan pula TGNA menganjurkan budaya carut mencarut kerana ajaran Allah swt.

Contoh kes ;
Firman-Nya “Barang siapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan, maka katakanlah: Marilah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh berdoa), lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong” (Ali ‘Imran (3):61).

Ini bererti mereka yang membohongi Allah dan Rasul-Nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itu dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya (a.s) di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain. <-- Ini, yang melaknat Allah swt, bukan nya manusia.
TGNA hanya sampaikan apa yang difirmankan oleh Allah swt. Tapi utusan macam biasa, dia amek sedikit dari isi kandungan ceramah dan sebarkan ia besar2 seolah2 ia mewakili isi keseluruhan ceramah terbabit. Buka mata, buka ahti dan buka lah minda.

Jika perkara [kebenaran] ini tidak sampai kepada ko, boleh lah ko bagi alasan neh di akhirat kelak bahawa aku tidak tahu yang utusan fitnah tgna, tapi kalau perkara neh sampai, ko tahu, dan masih berulang2 menyebutnya, ko sebenarnya sedang menyebarkan fitnah. Ini salah. TGNA tidak maksum. Dia ada melakukan kesalahan. Tetapi bila dia melakukan kesalahan, kita akan tegur kesalahan dia. Jangan kita fitnah dia atas benda yang dia tidak buat.

Fitnah tidak dibolehkan ke atas mana2 manusia. Baik manusia itu jahat, kafir, gay, lesbian, penjenayah, ataupun orang alim. Fitnah neh hukum dia berdosa. Tak kira ko fitnah orang baik, orang jahat, gay ka yahudi ka SM ka, apa ka hukum dia tetap sama. Fitnah tidak menjadi halal dalam apa juga konteks dan keadaan sekalipun.

Isu yang sama pasal undi pas masuk syurga, doa pecah perut, berkerjasama dengan syaitan, itu seme adalah fitnah dari utusan semata2. Mana mungkin seseorang tuk guru akan menganjurkan bekerjasama dengan syaitan? Ini kan dah masuk ke kategori syirik dan sesat lagi menyesatkan. Jika benar tgna berkata demikian sudah tentulah TGNA telah mereka tahan. Dengan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja menahan sesiapa.

Alasan tgna orang berpengaruh sebab itu tidak menahan dia adalah karut. Sebab, andai benar tnga melafazkan kata2 sedemikian sudah tentulah mereka boleh buktikan dan tegakkan hujah2 mereka. Dan bila ada bukti, apa lagi rakyat nak soal? Tapi disebabkan tiada buktilah maka mereka tidak menahan tgna. Simple.

Isu berkenaan gincu, wanita cantik, hijab itu adalah perbezaan pendapat di antara alim ulama yang sengaja diperbesarkan oleh utusan. Dia bukan nak bagi elok, dia tambah api lagi supaya orang takut dengan pas. Arhh sudah. Masuk pas takley lah pakai gincu. Aku cantik mana boleh masuk pas dan sebagainya.

Sedangkan itu cuma pendapat dan bukanlah ada apa2 hukum dan ketetapan tentang itu. Dah diberitahu awal2 bahawa tgna ialah manusia. Dan asal manusia itu adalah logik jika dia ada pendapat yang berbeza dengan manusia yang lain. Nak terima, terimalah. Taknak terima, sangkal lah. Tapi janganlah fitnah. Simple.

Namun sesuatu yang benar ini sukar diterima oleh orang2 umno. Walaupun kita bagitau cara baik ini fitnah sahabat. Ko bodoh dan sesat. Lalu kita bagitau lagi, ini salah dan fitnah kawan. Ko sesat lagi menyesatkan. Ini salah bro. Salah. Ko ektremis, ayah pin dan taliban. Hey bodoh nak mampos, aku dah bagitau kat ko banyak kali kan neh salah, neh fitnah, neh tak betul tapi ko tak nak terima dan masih lagi sebarkan fitnah pasai pa? Hahh.. neh lah..nehlah dia pas. Pandai maki hamun. Neh lah dia akhlak pas pandai label orang macam2. Macam neh ka nak jadi pendakwah?

Nampak?

Ahli + penyokong pas = manusia. Jadi tidak hairan kalau manusia yang seringkali difitnah naik marah. Yang hairannya ialah kenapa orang yang suka menfitnah + suka menyekat perkara yang benar masih lagi perasan bahawa merekalah pejuang islam. Inilah sesuatu yang pelik.

Bagaimanapun terdapat kelemahan dari jentera pas yang lama dah aku nak komplain dari dulu lagi. Orang pakai komputer depa pakai mesin taip. Kesalahan pas yang paling besar sekali ialah membenarkan lagu2 fitnah neh berkumandang diseluruh malaysia tanpa counter attack. Inilah kesalahan pas yang paling membencikan sekali. Dia boleh edar risalah. Dia boleh pongpang bela dap. Dia boleh beria2 bela dsai. Tapi bila dia sendiri kena fitnah, dia tatau cara nak counter attack bagi defend diri sendiri.

Media penerangan PAS sibuk jaga dan fikirkan nak melindungi orang lain walhal diri sendiri dah nak mampos dah akibat kena tembak tubi2. Sudah sampai masanya media dan jentera penerangan pas mubasabah diri dan check balik kelemahan anda. Sebab, dari apa yang aku faham dan tahu media penerangan pas seharusnya mengclearkan mana2 fitnah dari jentera media umno dan menyebarkan kebenaran. Apa peranan itu dah bertukar kepada menyelamatkan dap dan pkr ka? Hello.. pkr dan dap, ada media sendiri untuk buat kerja itu.

Disebabkan kelembapan media pas, maka utusan dengan sewenang2nya memanipulasikan isu tgna ialah nabi oleh penceramah pas sedangkan isu neh dah di counter attack oleh pelbagai blogs dan facebookers baik yang berparti pas mahupun bebas dalam 2 minggu kebelakangan neh. Tapi apa yang media pas buat? Tatau. Jangan tanya aku. Aku siyes tatau. Bai.

Ameno : Siput pun lagi laju dari media pas.

Kesian dengan ULAMA UMNO nie..MACAM Syok Sendiri Saja kat PWTC semalam....

Kan Dah Cakap.. Ulama Ni Syok Sendiri Saja... Kesian...

Niat nak bodek kot-kot dapat jadi calon PRU13 nanti.. Tapi hampeh bila presiden sendiri muak nak dengar.. hehehe

Kesian dengan ULAMA UMNO nie bila perbahasannya tentang usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC yang penuh dengan 'semangat' hanya didengari oleh sebahagian kecil sahaja perwakilan Umporno termasuklah presidennye sendiri Haji Najib yang terus kelihatan keluar dewan sewaktu saat-saat permulaan perbahasan bermula.

Nak buat macamana orang Umporno nie memang hati dah jauh sangat dengan agama Allah... rasa panas bontot je bile dengan usul agama...


Sumber di sini

Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala

DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”. Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

azlan“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri” kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.

husni eon bank function 120310 ahmad husniMenurut Lim, keengganan seorang “pakar ekonomi yang terpelajar” seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Seleweng RM250 juta jumlah kecil bagi Umno

KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene, lapor KeadilanDaily.

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.

“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Beza antara Ucapan Presiden PAS dengan Presiden UMNO...!!!




1Malaysia berkubur dalam Perhimpunan Agung UMNO.. Laungan PERKAUMAN MELAYU kembali berkumandang...

Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut.

"Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno.

"(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Menurutnya lagi, rakyat khususnya bukan Melayu tentunya kecewa dengan pendekatan Najib yang ditunjukkan dalam perhimpunan Umno itu.

Najib yang sebelum ini ujarnya berdegar-degar dengan slogan tranformasi politik, liberalisasi dan inklusif, kini musnah sekelip mata dalam perhimpunan Umno itu.

"Rakyat tertanya-tanya mana transformasi Najib yang dia mahu bawa dahulu. Beliau kini semakin tajam perkauman dan dah jadi Melayu 'totok'.

"Najib perlu tahu bukan semua Melayu boleh ditakutkan. Hanya Melayu Umno sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman seperti itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno itu dan mahu membezakan dengan apa yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Ini berbeza dengan PAS, yang membawa mesej keadilan Islam untuk semua, membawa mesej kasih sayang antara kaum, sedangkan mereka (Umno) pula bercakap tentang perkauman dan kebencian," katanya.

Hari ini menang , esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun....

Minyak

BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme­rintahan negara.

“Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun,” katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.

Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.

“Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.

Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.

“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.

Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.

Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).

“Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang,” katanya, disambut dengan sorakan hadirin.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU13.

Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU13.

‘Umno tidak pernah berubah’

Anwar Ibrahim

BATANG KALI – Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin mengajak rakyat supaya bersama menolak kerajaan Umno.


Menurutnya, kepimpinan Umno tidak pernah berubah dan didakwa sejak dulu lagi hanya mementingkan sekelompok golongan sahaja.

“Umno sudah tidak boleh berubah. Caranya itu saja, semata-mata untuk menguntungkan kumpulan-kumpulan mereka saja.

“Kepentingan rakyat pada hakikatnya diketepikan sehingga sekarang penyelewengan semakin banyak berlaku, jadi keadaan ini tidak boleh dibiarkan,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Ceramah Perdana bertajuk ‘Malaysia Tanpa Umno’ malam kelmarin.

Program turut dihadiri, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar.

Pada akhir program itu, Mohamed Nazar turut menyaksikan penyerahan borang kemasukan keahlian Ranting baru PKR Cabang Hulu Selangor kepada Anwar.

Mohamed Nazar berkata, paling mendapat perhatian isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya, pemberian RM250 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada NFC dilihat satu pembaziran

Beliau berkata, sebaiknya wang itu diberikan kepada penternak tempatan dan bukan kepada individu atau pihak berkepentingan.

“Dalam isu Fidlot ini jelas memperlihatkan kerajaan BN dan Umno mengutamakan kepentingan segelintir pihak semata-mata.

“Mengapa ia tidak diberi kepada penternak seluruh negara di mana manfaatnya lebih besar untuk rakyat,” katanya.

Menurut Mohamed Nazar, sekiranya Kerajaan Pusat serius membantu rakyat dan penternak sudah pasti pulangannya lebih besar.

Menurutnya, berdasarkan rekod, Selangor saja menggunakan kira-kira 5,000 lembu setiap tahun apabila tiba ibadah korban, maka jumlahnya lebih besar untuk seluruh negara.

Beliau berkata, isu seperti itul yang tidak sepatutnya berlaku dan keadaan itu tidak boleh dibiarkan.

“Maknanya, kita kena tolak kerajaan Umno dan tukar kerajaan baru.

“Kita sudah buktikan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang jelas tidak mengamalkan rasuah,” katanya. [Sinar Harian]

AGM sudah tutup tirai, Adakah Umno masih relevan?

4 Dis - Perhimpunan Agung Umno yang disifatkan sebagai perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum sudah berlalu. Perwakilan dan pemerhati sudah tiba di kampung masing-masing malam tadi.

Seperti biasa setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung, para perwakilan bukan main bersemangat membawa pulang mesej yang disampaikan presiden parti. Namun mereka tidak menterjemahkan mesej itu dalam bentuk pelaksanaan. Sebab itu setiap kali perhimpunan yang diadakan sebelum pilihan raya umum, setiap kali meeka menghadapi masalah sabotaj dalam pilihan raya.

Apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib Razak supaya orang Umno bersatu padu, setia kepada parti bukanlah perkara baru. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengingatkan orang Umno perkara yang sama. Akan tetapi kenapa masalah ini tidak pernah selesai bila tiba pilihan raya umum? Sebab itulah kali ini Najib memperkenalkan istilah orang Umno. Oreang Umno akan setia kepada parti walaupun tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya ahli Umno tidak akan berbuat demikian. Najib menekankan istilah orang Umno dan bukannya ahli Umno.

Sejauh mana peringatan Najib akan dipatuhi orang Umno kali ini? Adakah mereka bersedia menjadi orang Umno yang setia kali ini? Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengetuai ikrar yang mahu orang Umno tidak hasad dengki dan patuh kepada parti ketika menggulung perbahasan semalam. Sejauh mana para perwakilan itu ikhlas dengan ikrar yang mereka baca itu?

Para perwakilan telah mengupas calon boleh menang dengan pelbagai tafsiran. Wakil Kedah, Kamal Saidin mahu orang Umno tidak melobi jadi calon kerana itu bukan cara Islam. Manakala tangisan wakil Kelantan, Datuk Che Alwi Haji Ahmad yang menceritakan betapa Khalifah Umar Alkhatab menolak nama anaknya Abdullah dicalonkan sebagai khalifah ketiga dengan mengatakan cukuplah seorang sahaja dari keluarga Umar memasuki neraka menunjukkan betapa susahnya menjadi pemimpin menyedarkan orang Umno menjadi calon bukannya satu glamour tetapi satu amanah. Wakil Pemuda, Datuk Megat Firdaus Megat Junid mahu calon boleh menang bukan calon kabel. Apakah maksud calon kabel?

Atau adakah dia menyindir Khairy?

Tiga sayap parti berikrar beri sokongan penuh kepada Najib memilih calon boleh menang. Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang kini didakwa menjadi liabiliti kepada Umno berikrar Wanita akan bantu menawan 222 kerusi Parlimen. Ketua Pemuda pula Khairy Jamaluddin berkata Pemuda tidak akan berarak ke Seri Perdana jika tidak dipilih sebagai calon.

Menurut seorang veteran Umno, Syed Abdullah Syed Ibrahim, Najib tidak perlu bertempik ketika berucap. Katanya, Dr Mahathir tidak pernah bertempik waktu berucap tetapi orang fokus kepada ucapannya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras berkata orang Umno sudah muak dengan retorik pemimpin tetapi pengundi tua boleh terpikat dengan wang ringgit dan kain pelikat sedangkan Umno berdepan fdengan pengundi baru yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui facebook, twitter, blog. Inilah dilema Umno dalam menghadapi pilihan raya ini.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Agus Yusof menimbulkan persoalan sama ada Umno masih relevan? Sama ada Umno relevan atau tidak, ia akan terjawab pada pilihan raya umum nanti.

BN... Bukan Tiris Tapi Bocoq...!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/379498_237475506319668_162827207117832_611736_645874364_n.jpg

pakat2 pie buat banner lepas tu gantung kat kampung hangpa...

UMNO buta matematik...DAP bertanding 47 kerusi Parlimen tapi dilaung-laungkan akan perintah Malaysia..!!

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

NONE“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

  • penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
  • dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
  • pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
  • berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
  • negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
  • lim guan eng and penangnegeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
  • negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
  • negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
  • mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
  • menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Perihal kaki botol dan kaki rasuah nak jadi calon YB

Oleh : ABD JALIL ALI

ABD JALIL ALI
DALAM pertemuan tertutup dengan lebih 5,000 perwakilan Umno dua hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan pesanan menggunakan bahasa yang sopan lagi penuh berhemah. Kata Presiden Umno, seperti yang dilaporkan The Star semalam.

“Saya masih menunggu wakil-wakil rakyat Umno yang sudah terlalu lama duduk di kerusi masing-masing supaya tampil ke hadapan secara suka rela dan memberitahu mereka hendak melepaskan jawatan.”

Beliau yang juga Perdana Menteri berharap mana-mana wakil rakyat parti itu yang tidak popular supaya berundur secara terhormat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang semua orang jangka diadakan tidak lama lagi.

Sebagai bapa yang baik dan tidak mahu menyinggung perasaan, pesanan kepada anak-anak selalunya dibuat dengan bahasa beralas. Tetapi, sesetengah anak-anak, terutama yang keras kepala, tidak faham – atau buat-buat tidak faham – bahasa beralas.

Kalau hendak menggunakan bahasa kasar, kata-kata itu bererti lebih kurang: “Engkau ni nak menongkat langit ker? Duduk lama sangat, punggung pun dah kematu. Kan lebih baik engkau berhenti!”

Atau, kalau masih tidak faham, gunakan kata-kata lebih ‘brutal’: “Engkau ni tak malu ker? Orang dah muak tengok muka engkau. Engkau berhenti jer, habis cerita!”

Lepas perhimpunan agung Umno ini, kalau ada tanda-tanda bahasa sopan lagi beralas itu tidak difahami atau tidak dipedulikan, ada baiknya Najib bercakap terus terang. Ini soal kalah menang, jadi jangan terlalu menjaga perasaan. Pilihlah calon yang boleh menang, atau winnable candidate.

Tidak sahaja pada Umno, parti-parti lain yang hendak bertanding pada pilihan raya umum akan datang pun patut juga mencari calon yang boleh menang. Menang pada PRU12 tidak semestinya akan dipilih semula pada PRU13. Pengundi sudah boleh menilai, dan tidak lagi buta seperti dulu-dulu.

Tidak kira apa parti, bila masa sudah tiba eloklah berundur. Sesetengah wakil rakyat terlalu lama jadi YB atau YAB, usia pun sudah terlalu lanjut, kesihatan pun tidak berapa baik. Mereka patut berundur, walaupun mungkin boleh menang. Berilah peluang pada orang lain. Kalau mereka menongkat langit macam mana orang lain hendak dapat peluang?

Ada wakil rakyat yang bertukar kulit sebaik sahaja bergelar YB. Dulu pakai kereta biasa, kadang-kadang naik motor kapcai. Sekarang pakai kereta mewah. Bukan sebuah, tetapi tiga empat buah, malah ada yang 10 buah, berderet di kawasan rumah. Nombor plat pun hebat hebat.

Ada yang terpilih menjadi YB belum sampai sepenggal, tetapi sudah ada banglo besar dua tiga buah, kereta besar, keluarga dapat kontrak besar, anak buah tiba-tiba dapat tender besar. Bila semua sudah besar kepala pun jadi besar.

Orang tidak sekolah pun boleh nilai. Kalau baru sepenggal jadi wakil rakyat, mana boleh beli kereta besar dan banglo besar tiga empat buah. Orang boleh hujah, mana YB dapat duit untuk beli benda-benda mewah itu? Ada menyindir, “agaknya YB ada kilang cetak duit!” Tentu sekali orang jenis ini tidak sesuai jadi calon.

Jangan pilih jadi calon kalau sudah tahu seseorang itu kaki perempuan, kaki botol, kaki judi dan kaki-kaki busuk yang lain. Kalau sudah terbukti ada skandal dengan perempuan tidak kira anak dara, janda atau isteri orang, kenapa pilih jadi calon? Atau, macam mana hendak bela rakyat, kalau setiap hari mabuk?

Kalau diketahui seseorang itu terlibat rasuah, potong segera dari senarai calon. Orang rasuah akan cari jalan untuk songlap dan sakau duit rakyat. Orang macam ini boleh jual bangsa, boleh gadai agama. Kalau dipilih sebagai calon, dia akan memudaratkan parti. Buang terus.

Tidak sesuai juga menjadi calon sekiranya seseorang itu sombong, cakap besar, batuk dan ketawa macam dibuat-buat, derma sedikit minta masuk surat khabar. Ada orang genggam tangan untuk bersalam, tetapi mata pandang tempat lain. Ini pun tidak sesuai jadi calon PRU13. Pendek kata bukan mudah untuk mendapatkan winnable candidate, sebab pengundi sekarang bukan sahaja celik huruf tetapi juga celik ICT. Mereka tidak mahu terus ditipu!

Jom tengok Kapal Selam 'Altantuya' di bumi Melaka

Muzium Kapal Selam di bumi Hang Tuah



NEGERI ‘Hang Tuah’ tidak pernah jemu dikunjungi pelancong dari dalam negeri mahupun luar negara.

Kota A’Famosa, bangunan Stadthuys, perigi Hang Tuah dan bermacam-macam lagi. Semua itu tidak pernah membosankan walaupun sudah dilawati berkali-kali.

Kali ini Melaka mahu memberi sesuatu yang baharu. Negeri penuh tinggalan sejarah itu menawarkan tarikan baharu dengan pembukaan Muzium Kapal Selam. Muzium ini diselia Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Muzium kapal selam ini menambah lagi koleksi artifak sejarah negeri ini yang sudah mempunyai 23 muzium.

Terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang, pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.

Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.

Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.

Ramai antara kita pernah menyaksikan aksi mencabar seumpama seperti mengangkut kapal atau rumah dari satu tempat menggunakan treler dalam dokumentari Discovery Channel atau National Geographic.

Rekod dunia

Sudah pasti ia antara program yang sangat menyeronokkan.

Jika adapun seperti kapal selam yang dipindahkan ke Surabaya, Indonesia sebenarnya dileraikan kepada dua bahagian sebelum ditempatkan di situ menggunakan kapal laut.

Bagaimanapun, Felda Transport Services Sdn. Bhd. ada cara tersendiri dalam mengangkut kapal selam itu ke Melaka.


KAPAL selam Agosta 70 selamat ditempatkan di Klebang, Melaka.


Kapal yang beratnya lebih 1,000 tan itu dipindah dan diangkut tanpa dileraikan sekali gus mencipta sejarah dan dipuji pasukan marin Perancis.

Proses itu melibatkan dua buah kren khas yang masing-masing berkeupayaan mengangkat beban 900 tan. Operasi mengalihkan kapal selam dari kapal ‘Jumboship’ ke kapal ponton mengambil masa selama tiga jam.

Ia berukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter manakala 6.5 meter lebar. Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat!

Menyingkap sejarah kapal itu, Agosta 70 digunakan untuk melatih kru pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia menandatangani satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan wakil Kementerian Pertahanan Perancis, Yves Blanc.

Menariknya, kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport, Zainal Abidin Ujud memberitahu, kerja menaikkan kapal selam itu merupakan pengalaman pertama syarikatnya apabila proses mengalihkan kapal selam itu menggunakan kaedah ‘heavy lift’ yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

“Kami pada mulanya mahu mencuba kaedah tali balut atau bellishing namun (teknik itu) dianggap tidak sesuai sebelum beralih pada ‘heavy lift’.


PELAN pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.


“Ini adalah yang pertama di dunia dan kita terpaksa mendapatkan kepakaran jurutera marin dengan melibatkan kajian menyeluruh daripada Universiti Delft, Belanda bagi membuat penilaian mengenai proses mengangkut kapal selam ini.

Trelar 480 tayar

“Ia melibatkan beberapa kepakaran termasuklah ‘salt water Engineering dan Lloyd’ kesemuanya melibatkan kepakaran marin laut,” katanya.

Ujar beliau, meskipun kapal selam itu diperbuat daripada besi, namun ada beberapa bahagian kapal itu rapuh. Petugas pengangkutan perlu berhati-hati ketika operasi mengangkut kapal dilakukan.

“Bayangkanlah kerja itu selesai pukul 6 petang di Pelabuhan Marin Brest, selepas dibawa ke situ dari Rotterdam, pangkalan tentera marin Perancis,” katanya yang turut menyelia dari mula hingga akhir pendaratan di Klebang, Melaka.

Lebih mendebarkan, pukul 9.30 pagi kapal ponton perlu membawa kapal selam terbabit dengan berhati-hati ke jeti sementara di Klebang, Melaka pada 17 November lalu.

Satu lagi cabaran menanti apabila kru terpaksa menempuh perjalanan sejauh 1.8 kilometer untuk ke kawasan lapang Dataran 1Malaysia, Klebang.

Dengan menggunakan treler ‘Multi axle’ yang disewa khas dari Singapura, proses pendaratan penuh mencabar itu selesai dalam tempoh kurang 100 minit.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, operasi membawa kapal selam berkenaan bergerak ke tapaknya dengan bantuan air pasang kerana air pasang membantu kapal ponton terbabit berada sama paras dengan jeti sebelum kapal selam ditarik ke darat.


KAPAL selam diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship itu di Melaka.


“Dalam kedudukan satu kilometer dari pesisir pantai jeti sementara, kami meletakkan kapal selam di atas treler 480 tayar yang berada di atas ‘barge’ atau tongkang sebelum ditarik perlahan ke arah jeti sementara sebelum dipindahkan ke darat menggunakan alat kawalan jauh.

Zainal Abidin memberitahu, bagi melancarkan operasi menaikkan kapal ke darat, beberapa plat keluli diletakkan di atas laluan bagi mengelak tanah menjadi mendap.

“Namun semuanya lancar kerana jeti sementara dan laluan yang diwujudkan khas untuk kapal selam memang kukuh,” jelasnya lagi.

Selepas semua proses selesai, kira-kira pukul 4.40 petang, kapal selam itu akhirnya berjaya diletakkan di posisi yang ditetapkan dengan sokongan dua ‘saddle’ atau besi gergasi pada badannya.

PM, Rasulullah ‘kedalui’ kah apabila bergabung dengan 3 puak Yahudi?

Tentu bersebab PM cabar PAS tinggal Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Beliau kata PAS ini kedalui. Kalau mengikut loghat tempatan Pekan membawa maksud bangang kerana didakwa sanggup diperkuda dek DAP bagi menentang Umno BN di PRU13.

“Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno di PWTC, petang semalam.

Kalau ditanya kepada pemimpin PAS, mereka juga mempunyai alasan tersendiri; iaitu Umno parti zalim.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cenderung pada mereka yang melakukan kezaliman (kerana) kelak kamu akan disambar api neraka.” (11:113).

Baru bergabung dengan Cina DAP pun, parti berkenaan sudah difitnah sebagai kedalui.

Ketika nak menumbang ‘United Muta’assibin National Organization’ di Yatrib (kemudiannya dimashsyurkan sebagai Madinah al-Manawwarah), Rasulullah s.a.w melalui Piagam Madinah (Sahifah Madinah) telahpun bergabung dengan tiga puak Yahudi dan satu puak Majusi.

Umno nak gelar Rasulullah apa? Kedalui kepada Rasulullah? PM nak gelar Rasulullah bangang jugakah sebab tolak kezaliman ‘Umno Arab’? Rasulullah s.a.w ‘kuda tunggangan’ Yahudi?

“Masa depan Umno di PRU13 kian malam” [nota merah]

Adun kontroversi serah ‘nasib’ pada parti

oleh : SH UTARA/ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong berhasrat meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat dan bersedia bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika parti masih menaruh kepercayaan kepadanya.

“Terserah pada parti sama ada mahu mencalonkan semula saya pada PRU13. Namun saya bersedia memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, kesetiaanya terhadap MCA tidak pernah pudar walaupun suatu ketika dahulu, beliau antara yang lantang mengkritik parti termasuk mengambil cuti selama setahun bermula 29 Mac 2010 hingga 28 Mac 2011 kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti.

Saya gembira sebab kepimpinan MCA menerima pandangan saya sebelum ini, malah mereka bersikap terbuka. Saya juga tidak dikenakan tindakan disiplin kerana menyuarakan pandangan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Leong bercuti daripada melakukan aktiviti parti selama setahun sebagai protes kerana mahu MCA sedar dan memperbaiki kelemahan bagi menstabil dan mengukuhkan kedudukannya.

“Saya tiada masalah dengan parti, begitu juga parti. Mereka kini menerima saya dengan baik. Saya masih bersemangat dan mahu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

"Ketika saya bercuti pun, rakyat terima saya sebagai wakil MCA dan ini memberi suntikan semangat kepda saya,” katanya.

Mengulas pendedahan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah mengenai beberapa pemimpin Umno, MCA dan MIC yang dipinggirkan parti, menyatakan kesediaan menyertainya pada PRU13, Dr Leong berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

“Saya dapat tahu pun menerusi media. Walaupun ada yang sangka saya antara salah seorang yang didekati Kita akibat masalah lalu. Saya bukan dipinggirkan parti sebaliknya keputusan untuk bercuti adalah kerana sayangkan MCA,” katanya.

Dr Leong berkata, kapasitinya sebagai wakil rakyat MCA tidak terjejas sama ada sebelum atau selepas bercuti, malah ia menguatkan kembali ikatan setiakawan dalam parti.[Sinar Harian]

Maaf lah bro..wa terpaksa katakan pemimpin lu semua pengecut dan bacul




Maaf lah bro..

wa terpaksa katakan pemimpin lu semua pengecut dan bacul
setakat memekak berucap berapi di hadapan penyokong sendiri
tak cool lah bro..

Pemimpin korang cakap Anwar kaki liwat dan perogol
ada korang buktikan..??
mahkamah dah jatuhkan hukuman..??
panggil Anwar beri keterangan bela diri..??
setakat menuduh sembarangan je wa pun boleh buat bro..

Pemimpin korang keluarkan fatwa Tok Guru Nik Aziz sesat
korang ada berhadapan dengan dia..??
dah dengar kuliah-kuliah yang disampaikan..??
baca kitab-kitab tulisan beliau..??
pernah bertentang mata..??

Para ulama sedunia mengiktiraf tok guru ialah orang Islam berpengaruh di dunia
pemimpin korang boleh hina dan keji beliau
wa sedih bro tengok korang ketawa besar menghina ulama..

Pemimpin korang beritahu DAP parti perkauman
korang dah baca fakta sebenar..???
korang tahu Lim Guan Eng banyak tolong Melayu
pemimpin korang rogol anak dara
apasal cina DAP yang kena ISA..???

Korang tahu DAP lebih faham ISLAM dari cina MCA
dah 50 tahun Merdeka bro
setakat bangga dengan masjid yang banyak dan wajib yasin malam jumaat
itu bukan perlaksanaan ISLAM yang sebenar bro..

Pemimpin korang cakap undi PR Melayu hilang kuasa
Melayu hilang tanah dan negeri
Cina DAP akan pijak Melayu
PAS akan bersama DAP hancurkan Melayu
PKR perosak bangsa dan agama

Korang berapi kutuk,hina dan keji kami
tanpa beri peluang kami kehadapan membela diri
itu yang dinamakan dasar demokrasi..??

Nak juang ISLAM hanya ada 2 cara
tegakkan Al Quran dan Sunnah dan laksana undang-undang Allah SWT

Nak berpolitik pun ada 2 cara
berhujah dengan fakta dan keseimbangan

Tapi apa yang wa lihat
korang berpolitik cara bacul dan pengecut
medan ini terlalu luas untuk kita berdepan dan sama berhujah
cara korang bukan seperti itu bukan..???

Tak cool lah bro...

by: Rock Halal

operasi bas Cityliner ditamatkan serta-merta berkuat kuasa semalam

3,000 penumpang terjejas


Norulsafikah Bokhari membaca notis laluan bas Cityliner yang dihentikan operasi di Stesen Bas Jalan Petri, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 2 Dis. - Lebih 3,000 penumpang bas henti- henti ke 13 laluan yang kebanyakannya ke kawasan perumahan sekitar bandar ini terkejut apabila operasi bas itu ditamatkan serta-merta berkuat kuasa semalam.

Lebih memeranjatkan, syarikat bas Cityliner itu tidak memberikan sebarang notis terlebih dahulu sebaliknya hanya bertindak menampal kenyataan pada pejabat jualan tiket.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stesen Bas Jalan Petri di sini mendapati petak-petak bas Cityliner kosong dan ramai penumpang menunggu tanpa mengetahui operasi bas berkenaan telah ditamatkan.

Antara laluan terlibat ialah dari Sungai Petani ke Gurun; Jeniang; Kuala Ketil; Taman Bandar Baharu; Taman Ria Jaya; Batu Lintang Tikam Batu; Pantai Merdeka; Taman Kelisa; Taman Keladi; UiTM Semeling; Taman Nilam; Taman Seri Gedong dan Baling.

Seorang suri rumah, Norulsafikah Bokhari, 21, dari Taman Ria, berkata, dia menunggu bas untuk ke pusat bandar sejak awal pagi tetapi tidak muncul seperti biasa.

"Memang saya tidak tahu ada masalah, sehinggalah saya ambil teksi datang tengok di stesen bas. Apabila sampai sini, kakitangan syarikat memaklumkan bas sudah tamat operasi tanpa sebarang alasan diberikan," katanya.

Norulsafikah berkata, ekoran masalah itu, dia terpaksa meminta bantuan kawan untuk mengambilnya semula di pusat bandar.

Seorang lagi penumpang, Wong Len Siw, 64, dari Taman Keladi berkata, dia bimbang kejadian tersebut akan menjejaskan rutin harian penduduk.

"Ramai pekerja kilang menggunakan bas ini pada waktu pagi dan petang. Para pelajar juga menggunakan perkhidmatan ini untuk ke sekolah. Jika terus tutup begini, penduduk kena cari kaedah lain termasuk menggunakan khidmat kereta sapu," katanya.

Bagi seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Fatinazihah Yusoff, 21, dari Taman Bakar Arang, dia bimbang kejadian berkenaan akan menyebabkan kegiatan kereta sapu berleluasa.

"Sudahlah pemandu teksi mengenakan tambang tidak munasabah, sekarang ia pula membuka peluang kepada kereta sapu. Oleh itu, penduduk berharap masalah ini dapat diselesaikan memandangkan bas adalah satu-satunya perkhidmatan yang menawarkan harga berpatutan serta mampu digunakan penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, operasi perkhidmatan bas berkenaan terpaksa ditamatkan ekoran syarikat kini menanggung kerugian dalam jumlah besar.

Beliau berkata, sehingga kini, kerugian RM400,000 telah dicatatkan untuk operasi bas henti-henti Cityliner di negeri Kedah.

Selain itu, katanya, syarikat juga terpaksa membelanjakan kos yang besar untuk membeli diesel.

"Kerajaan hanya memperuntukkan diesel subsidi sebanyak 1,400 liter sebulan sedangkan kita menggunakan minyak keseluruhan sebanyak 4,000 liter. Ini bermakna baki 2,600 liter lagi diesel terpaksa dibeli mengikut harga pasaran," jelasnya.

Tengku Hasmadi menambah, pihaknya telah menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan kementerian serta agensi berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut.

"Bagaimanapun, tiada maklum balas positif. Kita terpaksa menunggu hingga ada pihak yang sedia menawarkan penyelesaian," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...