TERKINI :

Monday, November 28, 2011

Topic paling tinggi hit hari ini jatuh kepada... jeng..jeng..jeng...!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/310691_10150392796432157_319981142156_8481230_62935588_n.jpg

Mmmmm.. sebijik macam LEMBU... ikut jaa tali di tarik kemana..!!!

NFC tak kena-mengena dengan Wanita Umno, kata pemimpin

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin-pemimpin Wanita Umno sepakat berkata skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak kena-mengena dengan sayap itu.

Beberapa pemimpin yang ditemui menegaskan pergerakan Wanita Umno tidak sama sekali terjejas dengan isu skandal tersebut.

Menurut Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim, skandal tersebut tidak menjejaskan pergerakan tersebut.

“Kami tidak ada masa untuk memikirkan isu itu kerana yang penting kami bekerja kuat untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum,” katanya mengulas kenyataan Shahrizat, Ketua Wanita Umno, yang menegaskan beliau akan tetap menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang bermula esok.

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ia tidak mengganggu kepemimpinan beliau dalam pergerakan itu.

Ia dilihat sebagai kontroversi terbesar sejak menerajui Wanita Umno sejak 2009.

Bagi Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Ahmad, skandal itu tidak memberi kesan kepada Wanita Umno kerana ia bukanlah urusan Shahrizat sebaliknya hal perniagaan suaminya.

“Adat berniaga ada untung ada rugi. Ia adalah perniagaan suami Shahrizat dan Shahrizat tidak campur tangan dalam perniagaan suaminya itu, jadi kenapa kita mesti terperangkap dengan dakyah pembangkang?” katanya.

Katanya, Shahrizat (gambar) sudah banyak membantu wanita Malaysia dengan program terbaru melancarkan teksi yang dipandu oleh wanita untuk wanita.

“Shahrizat tidak bersalah, jadi saya kira ia tidak menjejaskan peluang BN untuk menang dalam pilihan raya kelak,” katanya lagi.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita Umno Sabah menambah, Wanita Umno semakin kuat kini kerana selepas memenangi jawatan ketua sayap itu pada 2009, Shahrizat telah menyatupadukan para penyokongnya dengan pengikut Tan Sri Rafidah Aziz yang ditewaskannya.

“Beliau tidak pilih kasih. Semua ahli Wanita tidak kira orang beliau atau orang Rafidah, beliau beri layanan yang adil,” katanya lagi.

Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Rohani Abdullah bersetuju bahawa skandal itu tidak menjejaskan BN kerana bukannya Shahrizat terlibat dalam menyalahgunakan kuasanya untuk memberi projek itu kepada suaminya.

Katanya, Wanita Umno tidak berminat dengan isu ini kerana ia lebih berminat untuk fokus terhadap pilihan raya umum ke-13.

Talian Hayat kat FELDA pun nampak macam dah nak lemas dah nie... kesian Najib..!!

Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi

KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.

Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.

Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.

Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.

Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.

Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.

Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”

Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.

“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.

Apa dia..LEMBU...maaf saya tak tau....!!!

Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

azlanJusteru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

azlanLaporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

- Bernama

Kuin Wujud Cawangan Di Thailand Dan Kemboja Tahun Depan

LANGKAWI: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan mewujudkan cawangannya di Thailand dan Kemboja tahun depan, kata Rektornya Datuk Dr Jamil Osman.

Beliau berkata Thailand telah bersetuju mewakafkan tanah seluas lebih 32 hektar bagi membangunkan cawangan Kuin di negara berkenaan.

"Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah pula memberi jaminan membantu membangunkan cawangan Kuin itu," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Antarabangsa Langkawi (LIFE), di sini Isnin.

Katanya penubuhan cawangan Kuin di dua negara terbabit adalah antara perkara yang dibincangkan pada persidangan selama tiga hari itu, yang dianjurkan bersama Kuin, IDB dan Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.

Persidangan itu juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Wakafperingkat Malaysia dan antarabangsa bagi membolehkan hasil wakaf disalurkan padapihak berkenaan, katanya.

Kertas kerja berkenaan cadangan itu akan dibentangkan kepada pihak yang berkenaan sebelum jawatankuasa ditubuhkan, katanya. - BERNAMA

PENTADBIRAN NAJIB KELAM KABUT

PINDAAN RUU PERHIMPUNAN AMAN 2011:
PENTADBIRAN NAJIB KELAM KABUT

02 Muharram 1433 / 28 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia ) menganggap pindaan yang sedang dibuat terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang menunjukkan mereka sendiri dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia sepenuhnya.

DPP Malaysia merasa hairan mengapa tiba-tiba PM mahu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dipinda sedangkan ianya sedang dibahaskan di Parlimen. Adakah PM tidak mendapat maklumat yang menyeluruh sebelum ini ataupun beliau sedang disabotaj oleh pemimpin bawahannya agar rakyat bangkit menentang beliau sebagaimana yang berlaku terhadap penangkapan ISA yang terbaru. Adakah ada usaha terancang di peringkat dalaman bagi memburukkan imej beliau di mata rakyat?

DPP Malaysia meyakini pindaan ini dibuat ekoran bantahan pelbagai pihak, daripada Pakatan Rakyat sehinggalah NGO-NGO. Meskipun beberapa pindaan dibuat terhadap RUU ini seperti notis pemakluman polis daripada 30 hari kepada 10 hari, rakyat masih tidak berpuashati kerana ianya masih terikat di bawah kuasa penuh PDRM yang boleh melulus atau membatalkan sesuatu himpunan aman. Realiti yang berlaku, jarang sekali perhimpunan aman diberikan permit polis, apatah lagi ianya dianjurkan oleh pembangkang. Justeru Akta Perhimpunan Aman 2011 menjustifikasikan kuasa polis sebagai penghalang hak rakyat untuk berhimpun.

Oleh itu, DPP Malaysia menasihatkan PM agar membaca dulu RUU Perhimpunan Aman dengan tenang serta mendengar pendapat awam sebelum ia dibahaskan di Parlimen. PM perlu melihat implikasi buruk disebalik RUU dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Sikap terburu-buru beliau amat memalukan bagi sebuah negara dan rakyat di negara ini dan DPP Malaysia khuatir segala gerak langkah beliau menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat ketidakbijaksaan pentadbiran beliau dalam menangani sesuatu isu.

Demi kemaslahatan rakyat di negara ini, DPP Malaysia mendesak agar kerajaan membatalkan terus RUU Akta Perhimpunan Aman dari dibacakan dan diluluskan di Parlimen. Pindaan yang dibuat bukan boleh mengurangkan ketegangan, malah menambah kemarahan rakyat seluruh peringkat. Jangan pula nantinya, kerana menjaga ‘keselamatan’ diri, PM dan kerajaan BN memusuhi seluruh rakyat jelata yang meluat dengan segala macam polisi yang menjerut hak rakyat.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

KESELAMATAN NEGARA MESTI JADI KEUTAMAAN

02 Muharram 1433 / 28 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kesal kerana kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan operasi membanteras sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing menyebabkan berlaku lagi kes tangkapan terhadap warga tersebut baru-baru ini. Lebih mendukacitakan, operasi penangkapan terbaru di Pusat Latihan KIWA, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di buat oleh orang awam.

DPP Malaysia melihat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing merupakan suatu isu yang sangat besar kerana ia melibatkan kedaulatan negara kita. Kad pengenalan Malaysia adalah suatu dokumen paling penting terhadap rakyat, dan ia tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ia perlu di kawal ketat melalui Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab terhadap setiap butiran peribadi rakyat.

DPP Malaysia merasa terkilan kerana pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lambat menghidu kegiatan seumpama ini dan tidak bersungguh-sungguh menentangnya sehingga ia boleh berlaku dengan mudah. Sudah dua kali ia berlaku dan PDRM masih tidak boleh membanteras kes ini. DPP Malaysia percaya, kes ini sudah banyak kali berlaku di merata-rata tempat di negara ini termasuk di Sabah. Tangkapan ini hanya satu kes kecil daripada sejumlah kes besar yang dilaporkan berlaku.

DPP Malaysia mengesyaki adanya sindiket menggunakan individu tertentu yang berkuasa mengeluarkan kad pengenalan sesuka hati kepada sesiapa sahaja. Ia juga menunjukkan ada usaha terancang oleh pihak tertentu bagi tujuan pilihanraya umum. Dengan mendaftarkan warg asing sebagai rakyat Malaysia, membolehkan mereka mengundi dan seterusnya memenangkan ‘pihak tertentu’ yang amat terdesak untuk menang dalam PRU ke 13.

DPP Malaysia mendesak Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap kes ini. Beliau perlu menjelaskan mengapa berlaku dua kali penangkapan namun tiada tindakan diambil. Selain beliau DPP Malaysia mendesak Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara meletak jawatan kerana cuai dan gagal menjalankan tugas dengan baik.

DPP Malaysia mengingatkan kerajaan bahawa keselamatan negara dan rakyat perlu menjadi keutamaan. Jangan menggadai negara hanya untuk meraih undi dalam PRU ke 13, ‘ibarat menang sorak, kampung tergadai’. Rakyat Malaysia tidak boleh menerima warga asing menjadi warganegara ini dengan mudah serta menjadi pengundi yang seterusnya sebagai penentu kemenangan sesebuah kerajaan dalam PRU ke 13 nanti.



Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kelantan bukan republik...!!

Oleh Idris Ahmad

http://1.bp.blogspot.com/-_Eo2uEy8PXY/TasNXCr_HsI/AAAAAAAABfM/5bU-Xufk-Ls/s1600/kelantan-ads.jpgIsu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat.

Contohnya bayaran pasport antarabangsa, setem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang dipungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan.

Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai? Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih PAS. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada? Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah.

Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan sama ada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam.

Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman PAS memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi.

Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. PAS yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insya Allah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

Surau Al'Hidayah Taman Melur Jitra terbakar...bantuan diperlukan....

Kerajaan Yang Memerintah : Bos atau pekerja untuk rakyat?

Oleh Fairuz Azhan

http://www.motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2010/08/boss_cartoon.jpgSememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).

Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.

Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan.

Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut.

Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut.

Demokrasi terpimpin atau suara rakyat?

Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara.

Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat.

Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat?

‘Demokrasi terpimpin’ atau pun ‘suara rakyat’? Leaders know best or people know best?

Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, ‘cerdik pandai’.

Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor.

Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan ‘demokrasi terpimpin’?

Pemimpin lebih bijak dari rakyat?

Perlukah kita dengan sistem para ‘cerdik pandai’ yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita?

Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat.

Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat?

Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega.

Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing.

“Kami lebih tahu dari anda”

Sikap ini berpunca dari sifat angkuh “kami lebih tahu dari anda” yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati.

Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi ‘demokrasi terpimpin’ yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat.

Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.

Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.

Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.

Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat

Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.

Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia.

Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi.

Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas.

Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan.

Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com

Terengganu lebih daif daripada Afrika Selatan?

Oleh: Mat Zain Mat Isa

http://cdn.muxlim.com/photos/2009/04/smiley_kam/peliharakanlah-terengganu_33870__800xx.jpgAgaknya kalaulah Terengganu kini di bawah PAS, pada adatnya kes wabak Hepatitis A yang sedang melanda beberapa kampung di daerah Hulu Terengganu akan benar-benar dimanipulasi Barisan Nasional (BN) sebagai bahan menyerang kerajaan negeri. Boleh jadi tidak akan ada pemimpin parti itu yang tidak menyuarakan keluhan dan sesalan terhadap apa yang sedang berlaku kini.

Akan ada juga kumpulan demi kumpulan rakyat yang kononnya prihatin terhadap permasalahan itu tampil meluahkan rasa tidak puas hari terhadap kerajaan negeri menerusi berbagai pertubuhan bukan kerajaan. Manakala segenap saluran media arus perdana berkemungkinan dimanfaatkan semahunya untuk berulangkali menyorot kes itu secara negatif.
Kerajaan negeri pimpinan PAS akan dibalun dan dipersalahkan atas petaka menimpa sebilangan rakyat itu. Ia akan didakwa tidak prihatin atau gagal memastikan kesihatan rakyat terjamin, apabila rakyat terpaksa menggunakan bekalan air yang tidak bersih sehingga menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dijangkiti wabak tersebut.

Andaian itu tidak mustahil, bahkan berkemungkinan besar berlaku, terutama jika dilihat daripada reaksi dan kecaman diterima kerajaan Kelantan berhubung risiko wabak merbahaya yang didakwa mungkin dihadapi rakyat negeri tersebut akibat permasalahan serupa.

Tabloid harian pada Isnin, 21 November memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menyalahkan kerajaan negeri diterajui PAS di atas status bekalan air yang dikatakan tercemar. Beliau memetik hasil ujian Kementerian Kesihatan yang mendapati air di negeri itu dicemari berbagai bakteria merbahaya termasuk bakteria E-coli.

Lantas beliau mengandaikan betapa sebahagian besar rakyat Kelantan berisiko terdedah kepada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya permasalahan itu tidak diatasi segera. Tanpa selindung Awang Adek menyalahkan pihak pengurusan air negeri. Beliau malah secara terbuka memperlekeh negerinya sendiri yang dianggapnya lebih teruk daripada Afrika Selatan.

“Rakyat Kelantan harus menyuarakan keinginan mereka untuk mendapatkan air bersih dan kegagalan menyediakan air bersih menunjukkan negeri ini begitu daif berbanding Afrika Selatan yang sudah tiada masalah E-coli ini,” katanya, dipetik tabloid berkenaan.

Beliau turut menempelak kerajaan negeri yang diharapnya jangan hanya pandai berceramah saja, tetapi perlu lebih bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin, terutama dengan menyediakan bekalan air bersih.

Apa yang dilaporkan di Kelantan itu sebenarnya hanya andaian. Andaian itu juga turut disarati sentimen politik, selain wujud unsur berlebih-lebihan. Setakat ini belum ada wabak dimaksudkan itu dilaporkan berlaku. Masih belum ada mangsa E-coli yang direkodkan di negeri itu sebagai akibat daripada meminum air dibekalkan yang didakwa tercemar bakteria itu.

Namun, reaksinya sudah sedemikian keras seakan satu wabak membimbangkan telah pun melanda negeri itu. Bayangkan sebahagian besar rakyat negeri itu ditakutkan dengan kemungkinan menjadi mangsa wabak tersebut. Bahkan, belum pun tercetus wabak itu, kerajaan negeri sudah pun menerima penangannya.

Bayangkan saja andaikata wabak itu telah pun berlaku dan sudah ada sebilangan rakyat Kelantan menjadi mangsanya, sepertimana yang sedang dialami penduduk Hulu Terengganu kini. Agaknya bagai nak kiamat dunia media saban hari menyorot perkembangan membimbangkan itu.

Namun, kegilaan media itu tidak berlaku dalam kes di Terengganu itu, walau pun sudah berminggu berita wabak Hepatitis A itu dilaporkan. Terbaru, tabloid harian edisi negeri itu pada Isnin melaporkan jumlah mangsa wabak tersebut sudah mencecah 57 orang. Semua mangsa adalah penduduk dari Kampung Basung (35 orang), Kampung Pasir Dula (19) dan Kampung Padang Setebu (3).

Bagaimana pun laporan itu disajikan kepada pembaca dalam bentuk bersahaja, sama seperti laporan dan berita lain. Gambar Exco bertanggungjawab terhadap kesihatan negeri yang sering dilampirkan bersama berita mengenai wabak itu pula sengaja dipilih dengan pose tersengih, walau pun dia sendiri tidak menolak kemungkinan wabak itu merebak ke daerah lain.

Seperkara menarik, punca wabak itu ada persamaan dengan kemungkinan wabak E-coli yang sangat digeruni Awang Adek di Kelantan itu. Hepatitis A di Hulu Terengganu ini juga berpunca daripada amalan penduduk yang tidak menjaga kebersihan, terutama meminum air yang tercemar dan memakan makanan yang tidak dimasak.

Agak pelik, kegagalan BN Terengganu memastikan kesihatan rakyatnya tidak pula menjadi bahan kritikan mana-mana pihak. Apa kata rakyat negeri itu pinjam hujah Awang Adek tadi dan isytiharkan bahawa Terengganu lebih daif daripada Afrika Selatan?

Isu Pusat Hiburan - Macam ni baru pembangkang namanya...

http://kedahla.blogspot.com/2011/11/macam-ni-baru-pembangkang-namanya.html

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Sebelum ulas MK nak petik berita dari Wartakedah.net:

ALOR SETAR, 28 November – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bakar Bata, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah di atas pendedahan beliau terhadap kononnya kewujudan terlalu banyak pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar.

“Memang pihak kerajaan sangat memerlukan maklumat seperti ini sebagai asas untuk bertindak,” katanya.

Menurut Phahrolrazi, umumnya apa yang berlaku ialah isu penguatkuasaan kerana terdapat premis yang mungkin sengaja menambah jenis perniagaan misalnya melakukan aktiviti hiburan sedangkan lesen asal perniagaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Terdapat juga, katanya, yang mungkin merupakan pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen dari awal.

“Semua ini kita akan teliti satu persatu mengikut kes dan akan bertindak selepas mengenalpasti status tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, Datuk Ahmad Bashah dalam kenyataan medianya melahirkan kebimbangan di kalangan masyarakat setempat apabila wujud terlalu banyak pusat hiburan yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial di negeri ini.

Menurutnya, baru-baru ini beliau menerima rungutan daripada seorang penduduk di Alor Mengkudu, mengenai kewujudan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan, dalam saiz yang agak besar berbanding pusat hiburan biasa.

“Kita perlu tahu apa tindakan kerajaan negeri mengenai perkara ini, adakah kawalan secukupnya diberikan sekiranya pusat hiburan itu berlesen dan bagaimana pula dari segi penguatkuasaannya,” katanya.
Bukan semua benda Mat Kering bercanggah dengan Mat Bashah. Ada isu yang MK sokong. Macam pendedahan yang dibuat oleh ADUN Bakaq Bata tu, MK sokong 99%. Macam tulah kerja pembangkang dedahkan apa yang patut didedahkan, bukan dok merapu meraban isu surau Salihiah yang majlis fatwa bincang sampai haluih dah.

Pembangkang kena tenyeh habih-habih isu pusat hiburan ni. Banyak yang tumbuh secara haram (jadah). Kalau yang pejabat daerah keluaq lesen senang bertindak bila depa langgar peraturan, tarik saja lesen. Tapi kalau dari awai takdak lesen, pejabat daerah nak tarik apa. Pejabat daerah bukan ada unit penguatkuasa. Yang boleh bertindak untuk yang haram-haram adalah polis tapi setiap kali PBT buat kerjasama dengan polis nak ambush pusat hiburan haram tu maka premis pun ditutup. Payahlah nak buat kerja macam ni.

Bulan posa lalu Dato' Phahrolrazi dan Dr. Ismail pi serang pusat hiburan di Jalan Teluk Wanjah. Ada beberapa orang pelanggan bukan Melayu yang cepat2 cabut lari keluar. Bila kita tanya Pak Gad, dia habag hak tu puak polis IPK.


MK dok siasat juga dakwaan pusat hiburan yang diberi lesen di zaman PAS memerintah. Ada ke tak dak? Rupanya ada sungguh, sebutir dua... memang dasar kerajaan negeri tak keluar lesen pusat hiburan baru tapi ada DO UMNO yang tak peduli polisi negeri.. entah kena bayaq dengan toke taktaulah, rupanya keluarkan lesen senyap-senyap. Sebab itu bila Tok Mat Bashah yang tembak isu ni ia ada hikmahnya. Kita berpeluang londeh sekog-sekog puak-puak yang jadi duri dalam daging kerajaan PAS ni... (cuma sabagg takleh gopoh.. maklumlah yg buat keja tu ada 'lesen besaq' bernama KCS).

Satu kelemahan besaq pihak kerajaan negeri dalam isu pusat hiburan ni ialah, orang PAS memang tak arif mengenai pusat hiburan. Depa tak masuk pi dok beronggeng macam sebahagian orang UMNO, jadi pembangkang (UMNO) yang kena main peranan buat pendedahan. So, tima kasihlah UMNO.. lepaih ni kita ajaq puak2 pegawai yang masih dok berwalak kat UMNO yang keluaq lesen senyap-senyap...

Sudah bagus nampaknya peranan yang dimainkan oleh UMNO sebagai pembangkang, maka wajar sangatlah kita kekalkan BN sebagai pembangkang di Kedah selepas ini.

Betulkah Ada musang dalam reban PKR Negeri Sembilan..?

setuju dgn DSAI utk bersihkan PKR dr pengkianat klik http://m.malaysiakini.com/news/182583 tp bagaimana dgn yg bawak rm b/p Umno nak beli calon PKR dlm praya ? Yg kini diberjawatan dlm PKR NS ?
· · · 59 minutes ago via BlackBerry ·

  • Edyes Samm and 13 others like this.

  • 1 share
    • che'GuBard Samm Seorang dh lead jentera Praya negeri, seorang dh lead jentera penerangan dan seorang lagi yg pernah kata percaya dsai lakukan dgn saiful dan jadi agen mata-mata dh dpt menyusup masuk ke hq pkr pun...
      56 minutes ago · · 2
    • Ong Jing Cheng lawan!
      53 minutes ago ·
    • Ong Jing Cheng lawan rejim UMNO dan PKR sendiri yang bukan perjuangan tulen pada masa yang sama...
      53 minutes ago ·
    • Ahmad Rahimy Rayes berangan plak tue nak jadi calon adun rantau...pehtu tarik diri..biar bn menang percuma
      51 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Bad. Itu dihalalkan . Sebab dpt mandat ....
      49 minutes ago ·
    • Dio Sani Samm Dari pandangan mata umno mereka inilah pejuang melayu tulin...
      48 minutes ago ·
    • Yusup Kamaruddin mampu kah DSAI menghapuskan pengkhianat sabenar yang berada dikeliling diri nya sendiri
      48 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Hahaha klu x cayo tanya Norizam Yassin
      47 minutes ago ·
    • Akmal Samm Saba chegubard...mgkin pru kali ni die xkn diberi peluang utk mmpertahankan kedudukan beliau...
      46 minutes ago ·
    • Yushasnizan Bin Yunus kalau tak di bendunggg....PKR.....tak ubah macam UMNO..........(ULUKK MAII NANTI OK)....
      46 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan aiii...parah la camni PKR negori 9 ni...sapor de tu..jeng jeng jeng...
      41 minutes ago ·
    • Mohd Rozal Rouse Hapus kannn parasit2 niii sampai keakar umbi nyaaa... supaya xakan tumbuh lagiii....
      38 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan hapuskan copek..sebolom ramai laie kono boli chegu..
      37 minutes ago ·
    • Mohd Shafiruddin Ismail PKR Seremban kali ini akan perembat manusia ini jika terjadi lagi dia ingin menjual Parti pada Musuh....kami diCabang Seremban akan mengawasi manusia2 ini...
      36 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan kena awasi cepat..sebelum PRU..ni musuh dalam selimut..memang bahayo puak2 ni..
      35 minutes ago ·
    • Mohd Rozal Rouse Jd kann PKR sebuah parti yg ahli2 nya mempunyai darjah integriti, ketelusan serta kejujuran politik yang tinggi & mempunya semangat utk memperjuangkan hak2 rakyat....
      30 minutes ago · · 1
    • Abdul Halim Ab Samad Dio nk jual bkn ckp siang siang. Mmg dah ada agenda diorang tu. Dr sekarang kena pancung bknnya masa dah pilihanraya bru nk pancung!
      30 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan haa sokong tu..pancung copek..nanti dh monang..sonang2 kono boli..mp/adun2 pkr...
      28 minutes ago ·
    • Abdul Halim Ab Samad Btl btl. Pancung jer! Klu x lg haru biru. Camno nk memerintah NS klu ada ulat dlm tu.
      27 minutes ago · · 1
    • J-Lan Zailan jangan biarann...sebolom melopeh kok monang kek nesmiln nanti chegu..
      22 minutes ago ·
    • Anthony Dass Jawap dan bersihkan PKR asal yang Rakyat telah sokong mati matian.
      21 minutes ago ·
    • Edyes Samm nanti jangan kata org tak bagitau awal2.... nah nie selingan anak muda - klik http://bit.ly/viWdeR




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...