TERKINI :

Saturday, November 26, 2011

Perjanjian BN-CIMB Bank bebankan pelajar

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Perjanjian pinjaman antara Kerajaan BN dengan CIMB Bank yang dipunyai adik kepada Perdana Menteri dikenal pasti mendatangkan satu bebanan amat berat kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi dan ibu bapa di negara ini.

Bebanan tersebut terpaksa ditanggung ekoran penetapan kadar faedah cukup tinggi sehingga 5.17 peratus setahun, sehingga menyebabkan banyak lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) gagal menyelesaikan hutang masing-masing dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria (gambar) berkata, pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan BN perlu sedar perkara itu dan tidak sewajarnya menyalahkan pihak pelajar atau mahasiswa yang sukar membayar pinjaman mereka dengan PTPTN.

Menurut beliau, sebaliknya, pihak kementerian dan kerajaan sendiri terlebih dahulu perlu mengkaji kembali perjanjian pinjaman yang telah dimetrainya dengan CIMB Bank.

Katanya, kadar faedah yang terlampau tinggi akhirnya pasti membebankan para peminjam itu sendiri, tetapi jika kadar faedah dengan bank rendah, para peminjam tidak lagi perlu membayar caj perkhidmatan yang dikenakan.

"PTPTN dahulunya mengenakan kadar cas sebanyak 5 peratus dan 3 peratus dan kini melalui sistem ujrah yang dikatakan berlandaskan syariah dinaikkan pula cas sebanyak 1 peratus lagi," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Dasar Pendidikan Negara pada masa kini, menurut beliau, sememangnya agak menyukarkan para pelajar sehingga apabila melangkah keluar universiti setelah menamatkan pengajian, mahasiswa sudah berhutang.

Katanya, setelah berhempas pulas untuk memasuki universiti, selepas keluar universiti, para mahasiswa telah dikejar dengan "Lembaga" yang digelar PTPTN.

"Pada hal pihak kerajaan sendiri perlu sedar, terdapat pelajar yang selepas bergraduasi masih tidak mempunyai pekerjaan dan ini amat menyukarkan pelajar berkenaan untuk membayar balik pinjamannya," tegasnya.

Beliau menyarankan pihak kementerian membuat prosedur agar mahasiswa yang masih belum mempunyai pekerjaan tidak disenaraihitamkan sebagai mereka yang enggan atau tidak membayar hutang.

Ketika berucap pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi pada persidangan Dewan Rakyat Selasa lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan turut mendedahkan fakta-fakta berhubung hutang para pelajar dengan PTPTN.

Sehingga Oktober lalu, seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan PTPTN telah diperintahkan supaya membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau pula menjelaskan, sehingga kini seramai 104,083 peminjam telah disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion jumlah yang sepatutnya diperolehi.

Sehingga kini, 132,801 pelajar telah disenaraihitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman mereka, manakala 8,143 pelajar yang telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen telah membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Menurutnya, di dalam jawapan kementerian kepada soalan yang dikemukakan oleh beliau pada persidangan Dewan Rakyat 17 November lalu, dijelaskan bahawa pihak kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan sistem ujrah itu secara automatik.

"Maknanya, peminjam perlu mengisi perjanjian baru untuk menukar sistem ujrah. Saya ingin menarik perhatian kementerian, sedar atau tidak bahawa perjanjian ujrah ini juga menghendaki peminjam menandatangi akuan untuk membenarkan pembayaran pinjaman dengan pemotongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri?

"Pihak kementerian dalam Dewan yang Mulia ini bersetuju pemotongan gaji ini masih tidak dilaksanakan, tetapi kenapa perlu wujudnya akuan ini di dalam sistem ujrah?" tanyanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak kementerian terbabit mencari kaedah lain untuk mengutip kembali pinjaman selain mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang masih belum membayar pinjaman mereka.

Umno ambil mudah tutup skandal besar

Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.

Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.

Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.

Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.

Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.

Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.

Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.


Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen ‘Asal Bukan Umno’ demi menyelamatkan negara.

Katakan ‘Cukup’ pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.

Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 November 2011

Ceramah YB Ust Firdaus Jaafar


Isu Roboh Surau di Kedah - Apa yang puak2 bangang nie nak lagi...???


Dahulunya Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin pernah mengeluarkan panggilan 'BERUK' kepada mereka yang menyertai demontrasi jalanan semasa era pemerintahan bapak mertuanya. Pelbagai kecaman dan cacian dilontarkan kepada pedemontrasi sehingga bapak mertuanya sendiri terpaksa mengeluarkan kata-kata keras "Jangan Cabar Saya, Saya Pantang dicabar" dan akibat dari keceluparan itulah UMNO tumbang dan tewas dibeberapa negeri. Khairy pernah juga menyatakan demontrasi ini bukan budaya UMNO. Rentetan dari kekalahan Barisan Nasional itulah kini UMNO sendiri menjadi BERUK JALANAN dan BERUK MAKYEH di beberapa negeri yang mereka tewas. Kini UMNO menjadi penghasut, batu api dan pengadu domba untuk mendapatkan rasa simpati rakyat.

Mansor Ahmad (bersongkok hitam) yang merupakan Jurucakap demontrasi bantah roboh surau di kancut yang dahulunya merupakan buruh di JKR Kedah dan telah berhenti dan kini merupakan seorang kontraktor kelas F yang banyak mengaut keuntungan melalui projek-projek kerajaan di Negeri Kedah semasa era pemerintahan Barisan Nasional.





Saudara Mansor Ahmad bersongkok hitam bersama ADUN Derga (baju kemeja biru) yang konon turut bersama-sama dalam demontarsi membantah. SK banyak mengenali mereka-mereka ini yang konon berjuang untuk rakyat tapi sebenarnya hanyalah untuk kepentingan perut dan temolok masing-masing.

Tiga hari berlangsung Sidang DUN Kedah baru-baru ini tidak ada seorang pun ADUN BN yang bangkitkan isu tersebut sama ada dalam soalan mahupun dalam perbahasan sedangkan semua ADUN diberi peluang berucap.

Begitu jugak sewaktu Exco dan MB menjelaskan secara terperinci isu surau tersebut, tidak ada sekerat pun ADUN BN yang bangun meminta penjelasan walhal MB TIDAK PERNAH tidak memberi laluan kepada ADUN pembangkang yang mahu penjelasan sewaktu beliau tengah berucap.

Sebab mereka semua faham bahawa surau itu di bawah MAIK sebagai pemegang amanah. Majlis fatwa yang dipengerusikan oleh Dato' Mufti telah bermuzakarah sampai la-ik (bahasa Kedah tua bermaksud, halus atau terperinci). MAIK dam majlis fatwa 100 kali lebih alim (berilmu) dari Mat Bashah. Mereka yang buat keputusan membenarkan istibdal yakni pindah wakaf yang tidak mengurangkan manfaat.

Mereka juga tahu bahawa MAIK dan Majlis Fatwa terletak di bawah Tuanku Sultan, kalau masih tak puas hati mereka kena pi mengadap komplen dekat tuanku bukan boleh bahas kat kali lima.
Ada beberapa fakta tak betul yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan surau, walhal surau pun depa jarang pijak. Pijak masjid pun mungkin setahun dua kali, raja posa dan raya haji.
Jawapan kepada mereka-mereka yang menyertai demontarsi meroboh surau tersebut :

1. Kononnya surau kat shopping complex tu adalah 'ganti wakaf'. Sebenarnya ia bukan ganti harta wakaf. Ganti wakaf diserahkan kepada MAIK RM1.48 juta, pi cari tanah wakaf baru dan buat binaan baru untuk manfaat orang Islam.

2. Kononnya surau dibuat pemaju dalam shopping complex, tak bebas jemaah nak buat aktiviti. Itupun tak betul, surau terletak tingkat bawah cuma attach dengan shopping complex. Ada syiar surau, ada kubah, boleh masuk dari luar. 24 jam boleh guna walaupun shopping complex tu tutup. Puak hak buat demo hari tu boleh buat aktiviti masa mana pun.. jangan dok lepak kat kedai kopi, karaoke atau kedai ekog saja.

3. Kononnya surau tu ada nilai sejarah berusia 100 tahun. Ni lagi bohong besar. Surau yang bernilai 100 tahun di atas tapak tu sudah diroboh tahun 2007 masa zaman BN. Masa depa roboh tu awat puak yang hari ni dok bantah senyap sepi tak kata apa pun? Bangunan yang ada tu baru dibina 2007.

4. Kononnya seluruh bangunan yang berusia 4 tahun itu adalah surau. Tak betul jugak, hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain jugak. Tidak ada kampung orang Islam di keliling kelalang surau tu. Hanya ada beberapa rumah dan mereka lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Jemaah hanya beberapa orang di surau waktu Zohor dan Asar. Waktu lain, pagar pun berkunci sebab bangunan tu disewa oleh Takaful Ikhlas. Bangunan tu lebih berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas dari sebuah madrasah.
Sekarang Mat Bashah yang setakat ini dianggap sebagai bakal MB jika BN memerintah Kedah tolong buat penegasan adakah jika BN menang nanti maka projek Aman Central akan dibatalkan atau Aman Central diteruskan tapi bangunan yang terdapat surau Salihiah itu dikekalkan terperosok di celah-celah Aman Central? Mat Bashah sila beri penjelasan...

http://siasahkini.blogspot.com/2011/11/ramainya-beruk-jalanan-di-kedah.html

Kes IC : Sapa kata tak buat laporan POLIS... dah 2X dah pun...!!

Kes IC: Dua kali tangkap, kenapa tiada tindakan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kesal kerana kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan operasi membanteras sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing menyebabkan berlaku lagi kes tangkapan terhadap warga tersebut baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, lebih mendukacitakan, operasi penangkapan terbaru di Pusat Latihan KIWA, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuat oleh orang awam.

“DPP Malaysia melihat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing merupakan suatu isu yang sangat besar kerana ia melibatkan kedaulatan negara kita,” katanya.

Tambahnya, kad pengenalan Malaysia adalah suatu dokumen paling penting terhadap rakyat, dan ia tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya.

Tegasnya, ia perlu dikawal ketat melalui Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab terhadap setiap butiran peribadi rakyat.

DPP Malaysia, ujarnya merasa terkilan kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) lambat menghidu kegiatan seumpama itu dan tidak bersungguh-sungguh menentangnya sehingga ia boleh berlaku dengan mudah.

Menurutnya, sudah dua kali ia berlaku dan PDRM masih tidak boleh membanteras kes itu.

“DPP Malaysia percaya, kes ini sudah banyak kali berlaku di merata-rata tempat di negara ini termasuk di Sabah. Tangkapan ini hanya satu kes kecil daripada sejumlah kes besar yang dilaporkan berlaku,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, DPP Malaysia mengesyaki adanya sindiket menggunakan individu tertentu yang berkuasa mengeluarkan kad pengenalan sesuka hati kepada sesiapa sahaja.

Ia juga, ujarnya menunjukkan ada usaha terancang oleh pihak tertentu bagi tujuan pilihan raya umum.

Katanya, dengan mendaftarkan warg asing sebagai rakyat Malaysia, membolehkan mereka mengundi dan seterusnya memenangkan ‘pihak tertentu’ yang amat terdesak untuk menang dalam PRU ke 13.

Sehubungan itu, katanya DPP Malaysia mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab terhadap kes itu.

“Beliau perlu menjelaskan mengapa berlaku dua kali penangkapan namun tiada tindakan diambil,” katanya.

Selain Hishammuddin, katanya DPP Malaysia mendesak Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara meletak jawatan kerana cuai dan gagal menjalankan tugas dengan baik.

Justeru, tegasnya DPP Malaysia mengingatkan kerajaan bahawa keselamatan negara dan rakyat perlu menjadi keutamaan.

"Jangan menggadai negara hanya untuk meraih undi dalam PRU ke 13, ‘ibarat menang sorak, kampung tergadai’.

"Rakyat Malaysia tidak boleh menerima warga asing menjadi warganegara ini dengan mudah serta menjadi pengundi yang seterusnya sebagai penentu kemenangan sesebuah kerajaan dalam PRU ke-13 nanti," katanya lagi.

Gambar Tapak Hospital Pendang , janji sekadar janji oleh kerajaan ameno-bn!

Lokasi dan Tapak Bagi Hospital Pendang di Jalan Manggol Pauh, Pendang



Bekas Lokasi Papan Tanda sudah tidak kelihatan

Tapak Hospital Pendang Berdekatan dengan SMK Temenggung

Tapak Lokasi Hospital Pendang berdekatan dengan SMK TUNKU TEMENGGONG


PssssTTTT : Patutlah depa dok cakap , dalam hospital Pendang nih , macam-macam ada, cuma zirafah aja tidak ada.. inilah sikap si penderhaka ameno = united melayu no otak ! Depa dok kalut kata Kerajaan negeri tidak tunai janji , tapi depa yang tak tunai janji, apa salahnya jika bina hospital di kawasan, orang yang tinggal di Tajar dan Kubur Panjang boleh p , la ni terpaksa berulang alik p hospital sultanah bahiyah lebih daripada 5km , silap hari bulan beranak dalam keta ...

http://www.husaini.name.my/2011/11/gambar-tapak-hospital-pendang-janji.html

TPM derhaka kepada bakal YANG DI PERTUAN AGUNG...!!


Sebelum nie Mad Bashah hina Sultan Kedah..kemarin bila TPM mai dia pulak hina Sultan Kedah....nie kira jatuh tahap DERHAKA dah nie sebab pertikai keputusan yang dikeluarkan oleh intitusi yang tuanku naungi....

TPM pening... di Kelantan ajak bersatu.. mai Kedah kata jangan percaya PAS pulak..!!!

CUBA BAWA ISU PENYATUAN UMNO-PAS, MUHYIDDIN TERTEKAN SEBENARNYA

Oleh: WFAUZDIN NS


MUHYIDDIN nampaknya semakin menunjukkan hipokritnya terhadap rakyat. Mungkin kegelabahan beliau melihat kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang membuatkan beliau tiada lagi arah tuju.

Baru-baru ini di Kelantan, beliau melembutkan lidahnya menyeru agar PAS dan Umno bersatu. Kerja pentadbiran lebih mudah dan tiada masalah tentang royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan jika PAS dan Umno bersatu, itu lah kata-kata dari Muhyiddin. Adakah Muhyiddin sangka selama ini PAS menolak penyatuan dengan Umno adalah atas dasar royalti minyak atau atas kepentingan pembangunan semata-mata? Mudah sangat TPM ini untuk menjadikan hak royalti minyak sebagai tebusan kepada penyatuan yang amat di gila-gilakan oleh Umno itu.

PAS menolak penyatuan bersama Umno kerana Umno hanya ingin bersatu dengan PAS atas dasar Kebangsaan Melayu semata-mata, sedangkan PAS melihat bahawa Islam boleh disatukan hanya berlandaskan Al-Quran sahaja. Tiada Assobiyyah di dalam perjuangan PAS. PAS juga tidak boleh bersatu dengan sebuah parti yang kekal zalim dan rasuah. Mana mungkin PAS boleh tidor sebantal dengan parti yang banyak menyusahkan rakyat.

Di Kelantan, betapa Muhyiddin seperti gilakan penyatuan dengan PAS, berbeza pula apabila beliau berkunjung ke Kedah. Di Kedah, TPM ini menunjukkan sikap yang berbeza di mana beliau mahu rakyat Kedah tidak lagi mempercayai PAS. Beliau mahu rakyat Kedah menolak PAS. Di Kelantan, beliau mahu PAS dan Umno bersatu, di Kedah pula beliau menghasut rakyat jangan percaya kepada PAS. Di mana prinsip dan keikhlasan Muhyiddin sebenarnya?

Justeru itu, terbukti bahawa cakap-cakap Muhyiddin hanyalah cakap orang yang Munafik yang merasa tertekan kerana bimbang kehilangan kuasa. Rakyat tidak akan terperangkap lagi dengan isu penyatuan Umno - PAS ini kerana Umno tidak pernah ikhlas untuk bersatu./wfauzdin.blogspot.com

BN gagal selesai banyak isu asas - Aziz Bari

Aziz Bari muncul di Johor, dakwa BN gagal selesai banyak isu asas

November 26, 2011
JOHOR BARU, 26 Nov - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.

Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.

"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.

Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.

Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.

Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat .

"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.

"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya.

Hutang TNB Dengan Kerajaan Negeri Kelantan RM93 Juta


dok tembak KELANTAN bab AIR..last rupanya-rupanya negeri PM yang lagi terok...

Air di Pahang Terkotor di Malaysia

Di bawah ini Tulang Besi ambil dari sebuah email yang bersumber dari Poji@Topeng Perak:

Rujuk pada laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 30hb. Oktober, 2011. Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri:

Perlis = 1.21%
Pahang = 1.12%
Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%
Perak = 0.90%
Kelantan = 0.88%
Johor = 0.52%


Macam mana UMNO boleh dakwa "AIR KELANTAN TERKOTOR"..? Kalau nak cuci NAJIS LEMBU pun masih tak mampu sebab E-Coli Negeri Perlis bawah UMNO catat rekod TERKOTOR
Sekali lagi terdedah penipuan UMNO.

Sepatutnya UMNO wajib malu. Negeri Presiden mereka sendiri mempunyai air TERKOTOR dalam seluruh Malaya.

Demi menutup fakta air Pahang terkotor di Malaysia, mereka mengarahkan serangan bertubi2 terhadap Kelantan.

Rasanya dah ramai orang Melayu yang meluat dengan penipuan2 bersiri UMNO dan Presiden mereka.

UMNO yang sama sering mendabik dada mendakwa mereka memperjuangkan orang Melayu. Tapi, hakikatnya perjuangan mereka hanyalah untuk mengkayakan pemimpin dan anak beranak pemimpin mereka.

Kalau tidak masakan PETRONAS boleh keluar wang RM1.7 billion untuk menyelamatkan anak Mahathir dari bangkrup hanya kerana anak Mahathir tidak tahu meniaga?

Berapa ramai orang Melayu meniaga bangkrap. Mengapa tiada PETRONAS datang menyelamatkan orang2 Melayu ini? Apa istimewanya anak Dr Mahathir itu?

Hakikatnya, kita orang Melayu sudah berdekad-dekad ditipu UMNO dan Barisan NAsional.

Bangunlah, wahai bangsaku. Buka lah mata mu.

Tulang Besi

Saksi kepada fenomena dalam diam.. Rakyat semakin di tindas..!!

Oleh : NURUL IZZAH

Ada kayu diukir indah berseni; Ada kayu dibakar merah membara; Diam-diam ubi, untunglah petani; Diam-diam korupsi, rugilah negara;

Dalam diam ramai mendapat laba dan dalam diam ramai mendapat habuan berjuta; tetapi sebenarnya rakyat Malaysia yang terdiam menyaksikan pelbagai fenomena dalam diam. Rakyat sengsara di dalam diam, tetapi sebahagian mereka yang terpilih gembira dalam diam kerana kebenaran sebelumnya tidak dimuatkan dalam akhbar; dalam makalah juga didiamkan, demikian di kaca televisyen. Apa tersiar hanya khabar gembira kejayaan hambar yang menjadi gugusan mimpi siang hari.

Pun begitu, dengan kewujudan laman-laman berita alternatif dan sumber maklumat lainnya, rakyat mengetahui juga, dalam diam berapa individu di lantik menjadi senator; atas dasar apa, kita hanya boleh berspekulasi dalam diam. Tahukah kita dalam diam sebanyak 44 Ahli Dewan Negara dilantik kerajaan tanpa rasional serta penjelasan sumbangan mereka ini kepada negara?

Ada juga yang merasionalisasi sumbangan mereka ada kaitannya dengan kicauan murai menghina dan mencerca burung personaliti pembangkang. Ya, dalam diam, murai-murai upahan ini dapat habuan lumayan, dalam diam, nilaian berpuluh ribuan. Dalam diam seorang senator yang hanya duduk diam memanaskan kerusi Dewan Rakyat mendapat habuan seperti berikut. (cuba baca dalam diam)

Elaun mesyuarat : RM200 sehari untuk hadiri persidangan Majlis Parlimen
Elaun keraian : RM1,500
Bayaran khas : RM750 sebulan
Elaun hidup harian : RM150 bagi tiap 24 jam bertugas rasmi di luar negara.
Elaun RM100 perjalanan: Jarak tidak kurang 32 km dari pejabat/tempat kediaman MP
Elaun bulanan tetap perjalanan: RM750 sebulan
Elaun tetap pemandu kereta : RM1,200 sebulan.

Dalam diam: berapa undi pos bertambah dan berapa pula undi askar Wataniah tersenarai selaku undi pos yang dirancang diwujudkan di seluruh kawasan Parlimen di bumi Malaysia. Hal ini berlaku sedang pengumuman dibuat kononnya sistem pilihan raya akan melalui proses reformasi yang menyeluruh!

Dalam diam: jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang diluluskan dari 2008 hingga Ogos 2011 sebanyak 27,293 permohonan. Jumlah ini tidak termasuk penduduk tetap yang sedang rancak diberikan hak mengundi setelah dijadikan warganegara. Dalam diam: RM437 bilion hutang ditanggung negara yang kini hampir mencecah 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar Negara (KDNK) yang semakin menghampiri paras had yang bertentangan undang-undang negara, memetik Laporan Ekonomi Kerajaan Pusat 2010/11.

Dalam diam: inflasi naik mendadak tetapi kerajaan kata ia masih lagi rendah tahap 3.4 peratus. Mana mungkin boleh naik, kayu ukuran yang diguna hanyalah barang terkawal? Dalam diam: berapa jumlah jutawan dicatat di Malaysia, yang kini mencecah 39,000 -antara yang tertinggi di Asia Tenggara sedangkan negara berhadapan dengan hutang beratus bilion, bagaimana negara mencipta jutawan sedangkan berjuta-juta rakyat sengsara memikirkan setiap hari mencari sesuap nasi. Jumlah cukai yang dibayar mereka bergaji RM20,000 atau RM200,000 sebulan sama saja! Sebaliknya, hendak juga dipaksa rakyat, tidak kira miskin atau kaya, membayar cukai GST nanti!

Dalam diam: sejak April 2010 sehingga kini, hampir satu juta rakyat sudah meninggalkan negara mencari kemakmuran di negara lain, kerana mereka dalam diam berasa kecewa dengan apa yang berlaku di dalam negara ini. Dalam diam - rujuk laporan Ketua Audit Negara - saban tahun seribu satu pembaziran berlaku, namun bila diambang bankrupsi, rakyat dipersalahkan, kerana sudah terbiasa subsidi.

Dalam diam; kedai-kedai runcit orang Melayu dirubah imej dan wajah menerusi program Tukar. Sebenarnya bukan sangat nak menolong; Pak menteri nak pastikan kedai-kedai runcit luar bandar boleh Dicukai nanti menerusi cukai baru GST! Oleh itu, bukankah sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat keputusan dalam diam, seperti api di dalam sekam?

Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’

Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Perdana di Gelang Patah malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.

Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.

“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.

“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya lagi.

Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.

“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.

“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok,” katanya.

Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.

“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri,” katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.

Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.

“Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.

“Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?” katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.

Islam mesti ada strategi: Nik Aziz

nik aziz

KOTA BHARU – Peng­hijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengajar umat Islam supaya mengatur strategi dan gerak kerja.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, strategi Rasulullah cukup teratur, bagi memastikan kejayaan membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut acuan Islam.

“Peristiwa itu mencetuskan momentum besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah iaitu pembentukan negara Islam pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada terang-terangan,” katanya dalam perutusan sempena Hijratur-Rasul 1433 Hijrah.

Menurutnya, Pas mendidik rakyat agar mengenali batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa agar tidak berlaku penolakan terhadap perintah ALLAH SWT, menolak cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

“Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku, namun dalam masa sama, kita menyaksikan runtuhnya nilai agama dan jauhnya manusia daripada ALLAH SWT.

“Kita tidak mahu ber laku penyelewengan dalam pentadbiran seperti mana laporan audit negara yang dibentangkan dengan menyaksikan pelbagai ketirisan sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat, sedangkan kita ada undang-undang untuk menyekat salah laku itu,” katanya.

Misi Pas di dalam gerak kerja politik katanya, berjuang melalui pilihan raya untuk mendapatkan kuasa, sekali gus membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertakwa kepada ALLAH SWT.

Puak UMNO kompom tak percaya bab PROJEK IC nie... cerita pie la kot mana pon...!!!

Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah

Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.

Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongAhli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain
menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.

"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.

Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.

Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"

Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.

"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya."

Roller coaster RM5j tersadai dua tahun


BEGINILAH keadaan roller coaster yang telah siap dibina sejak dua tahun lalu tetapi masih belum beroperasi berhampiran Sungai Melaka semalam.


MELAKA – Entah di mana silapnya, kemudahan roller coaster berhampiran Sungai Melaka di sini yang telah siap dibina kira-kira dua tahun lalu masih belum beroperasi.

Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada pembinaan trek roller coaster sepanjang 335.5 meter berkenaan akan diteruskan atau terbengkalai begitu sahaja.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati sebahagian trek roller coaster berkenaan sudah berkarat manakala gerabaknya terbiar dan dipenuhi habuk.

Difahamkan kemudahan tersebut dibina dengan kos kira-kira RM5 juta.


Roller coaster jadi perhiasan

BANDARAYA MELAKA – Tapak permainan roller coaster di stesen monorel Hang Jebat berhampiran Sungai Melaka, di sini, menjadi tanda tanya kerana masih tidak berfungsi walaupun sudah siap dibina dua tahun lalu.

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Mohd Yusof Hassan berkata, pembinaan tapak permainan itu dilihat sebagai pembaziran kerana sepatutnya ia menjadi tumpuan pengunjung.

“Saya difahamkan, ia masih belum mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana mempunyai beberapa masalah teknikal.

“Bagaimanapun, jika sudah dimaklumkan tidak menepati ciri keselamatan, sepatutnya pihak berkenaan haruslah berusaha menanganinya pada peringkat awal lagi,” katanya.

Malah katanya, beliau juga hairan kerana lokasi dipilih jauh daripada daripada tumpuan orang ramai dengan dibina di kawasan terpencil.

Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman

Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.

azlanNajib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.

Dalam mesyuarat kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya.

Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa.

Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula.

Tetap haramkan demo jalanan

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan.

Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal.

NONEKetua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong (kanan) menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari.

Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang itu.

Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana notis 30 hari terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa.

Awas sindiket menyamar tetamu curi barangan hantaran perkahwinan

CUTI sekolah akhir tahun adalah juga musim orang kahwin. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja majlis perkahwinan dan kadang kala sehingga empat atau lima jemputan yang kita terima sama ada di rumah pengantin ataupun di dewan perbandaran mahupun di hotel 5 bintang.

Dalam pada itu keluarga yang menguruskan majlis perkahwinan hendaklah berwaspada kerana mengikut pengalaman keluarga pengantin, mungkin ada sindiket yang sama ada bergerak berseorangan atau lebih, menyamar sebagai keluarga pengantin atau pun tetamu menyelinap masuk ke bilik pengantin atau tempat simpanan barang-barang hantaran dan barangan berharga di dalam bilik.

Barangan itu akan diambil semasa tuan rumah sedang sibuk meraikan tetamu ataupun pengantin.

Ini pernah berlaku sehinggakan barangan berharga seperti barang kemas, telefon bimbit dan jumlah wang yang banyak hilang tidak dapat dikesan.

Adalah lebih selamat jika dipasangkan kamera litar tertutup (CCTV) jika ia memerlukan keselamatan dan dicadangkan pakej sesuatu perkahwinan dimasukkan juga pemasangan CCTV untuk pastikan keselamatan tuan rumah terjamin.

Promosi tanah besar Kedah dan Langkawi giat dijalankan

ALOR SETAR - Pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan Negeri Kedah terutamanya Pulau Langkawi, bagi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India, dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Encik Manikumar Subramaniam berkata,kerajaan negeri menetapkan bahawa Pulau Langkawi mesti terus dipromosikan sebagai destinasi utama pelanconagn di Kedah dan Malaysia.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis bagi menjawab persoalan daripada YB Mohd Rawi Abdul Hamid, (Ayer Hangat - BN), mengenai promosi dan peruntukkan untuk memajukan Pulau Langkawi, semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.

“Oleh itu, sebarang pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi perlu mengikut garis panduan alam sekitar dan tidak merosakkan keadaan semula jadi pulau tersebut yang berstatus Geopark.

“Setiap program promosi pada kebiasaannya adalah diselaraskan oleh pihak Tourism Malaysia dan Negeri Kedah akan bertindak sebagai peserta program-program tersebut. Pada tahun 2011 antara program yang telah disertai ialah Arabian Travel Mart (Dubai), Fascinating Malaysia Travel Fair (Singapura), Tara Na Sa Malaysia Travel Fair (Filipian) dan The 9th Thai International Travel Fair (Thailand),” jelasnya.

Beliau sendiri, katanya, telah ke luar negara sebanyak tiga kali pada tahun 2010 dan 2011 bagi mempromosikan tanah besar dan Pulau Langkawi.

Peruntukan promosi di pulau tersebut dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Langakwi (LADA). Ini berlaku kerana setiap tahun Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan kewangan bagi keseluruhan kos operasi pengurusan LADA yang bertindak sebagai agensi di bawah kementerian tersebut.

“Antara acara yang dijalankan di peringkat antarabangsa ialah The Royal Kedah International Paramotor Challenge, The Kedah -Satun International Fishing Challenge,” terangnya.

Amaran angin kencang di perairan Pulau Langkawi

Amaran angin kencang

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak melebihi 5.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.

Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan. - BERNAMA

‘Kami mahu menang’


“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan ‘hidup mati’ menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Jelasnya, jika pasukannya mampu melakarkan kemenangan menentang Bahrain yang dibimbing oleh Salman Shareeda esok, ia bakal memberikan impak kepada barisan pemain Malaysia untuk terus melontarkan saingan dalam Kumpulan C yang turut disertai Jepun dan Syria.

“Saya masih percaya kami masih mempunyai peluang untuk memburu tempat kedua dalam Kumpulan C dengan syarat kami berjaya menewaskan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (esok).

“Malah, selain mahu memburu tiga mata pertama di laman sendiri, perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai misi ‘hidup mati’ buat kami. Jika gagal mencapai kemenangan, ia akan menutup peluang kami untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

“Namun, sekiranya kami berjaya menewaskan Bahrain, ia sudah tentu menjadi satu motivasi yang cukup bagus dan memberikan impak yang sangat baik untuk kami meneruskan saingan yang lebih baik dan hebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berkata, kehadiran tiga tonggak utamanya yang kembali menjalani latihan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Fadhli Shas dan Irfan Fazail akan memberinya banyak pilihan menjelang aksi menentang Bahrain, namun tahap kecergasan mereka tetap dipantau.

“Kehadiran tiga pemain itu (Syahrul, Fadhli dan Irfan) adalah berita baik buat kami, namun saya tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan (sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya).

“Selepas meneliti tahap kecergasan mereka, saya akan nilai prestasi mereka sebelum aksi menentang Bahrain.

“Apa yang paling penting ialah kami tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya menyedari misi Bahrain adalah untuk mencari kemenangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Bahrain tewas dua kali kepada Jepun iaitu 1-3 (aksi pertama) dan 0-2 pada aksi kedua.

“Saya yakin mereka sudah terdesak untuk mencari kemenangan,” tambah Kim Swee.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...