TERKINI :

Wednesday, November 23, 2011

Sindiket Memberi IC Palsu Kepada Warga Asing

Kuala Lumpur: Disyaki satu operasi sindiket memberi ic kepada warga asing sedang berlaku di pusat latihan KIWA berhampiran tepi highway menuju KLIA daripada IPD Sepang. Orang ramai telah berkumpul di pusat latihan tersebut manakala laporan polis telah dibuat dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis. Saksi di tempat kejadian bersama anggota peronda polis yang berada di tempat kejadian melihat beberapa orang yang disyaki warga asing telah dipindahkan daripada bilik latihan tersebut.

Pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan telah menahan 5 orang suspek yang cuba melarikan diri. Kesemua suspek berjaya ditahan dan telah dibawa ke balai polis IPD Sepang. Didapati agen yang menguruskan kejadian ini adalah orang yang sama terlibat di dalam kes sindiket yang berlaku di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putra Jaya tempoh hari. Wakil daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Adram masih menunggu makluman lanjut dari pihak polis. Sidang media akan dibuat di IPD Sepang jam 6.30 petang ini.-Gambar di sebelah adalah suspek yang sama dari kes di Astana Dugang yang telah memberitahu terdapat kursus keusahawanan di sana-

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Adram Musa selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia di talian 0133845555

Antara peruntukan dari K'jaan Negeri Kedah Untuk Sekolah Agama

Mengapa SPR baling bola ke gelanggang Pakatan?

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap adil dengan tidak memberi tekanan kepada negeri-negeri Pakatan rakyat sahaja untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, SPR harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Saya kecewa bila pengerusi SPR kata mereka mahu berjumpa dengan negeri Pakatan Rakyat.

"Mengapa baling bola ke gelanggang Pakatan Rakyat...kenapa tidak balik ke gelanggang Barisan Nasional juga.

"Kalau SPR adil maka perkara ini harus dibincang secara bersama di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat," kata beliau pada sidang media lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Pulau Pinang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya serentak sekiranya ia diadakan tahun hadapan.

Pulau Pinang sebelum ini menyatakan pendirian tidka bersetuju jika pilihan raya umum diadakan akhir tahun ini kerana beberapa faktor.

Faktor-faktor tersebut ialah ramai umat Islam mengerjakan ibadat haji dan negeri-negeri Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.

Selain itu, faktor kerajaan sendiri yang masih belum menunaikan janji mereka seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan janji-janji lain, Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai baik pulih pilihan raya belum selesai menjalankan tugasnya dan kerajaan BN gagal menjelaskan laporan Ketua AudiT Negara khususnya berkaitan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

"Kalau pilihan raya umum diadakan tahun hadapan, kita bersedia berbincang dengan Kerajaan Pusat," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf seperti dilaporkan media berkata, beliau akan menemui pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

ada orang sedang MENDERHAKA KEPADA TUANKU SULTAN KEDAH....



ada orang sedang MENDERHAKA KEPADA TUANKU SULTAN KEDAH.... serta engkar arahan TOK MUFTI dgn MAJLIS AGAMA dan MAJLIS FATWA NEGERI KEDAH...

Penternak lembu mintak kerajaan bagi duit kat depa untuk bela lembu...lagi baguih dari Shahrizat depa kata..!!

Penternak lembu: Beri kami dana RM250 juta juga

Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor mencabar kerajaan BN menyediakan dana RM250 juta kepada ahli-ahlinya bagi membuktikan bahawa mereka mampu memanfatkan wang itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.

NONEPengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.

"Ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada akhbar itu.

Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.

azlan"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.

"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya.

BERITA SAMPAH UTUSAN : kalau kanak kanak kelantan byk tak ada gigi kerana air.. 4 negeri teratas lagi teruklah rasanya...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/377724_10150381187557894_331569417893_8364097_2135622189_n.jpg

Fakta sebenar kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat:
1- Perlis = 1.21%
2- Pahang = 1.12%
3- Labuan = 1.01%
4- Perak = 0.90%
5- Kelantan = 0.88%
6- Johor = 0.52%

p/s: kalau kanak kanak kelantan byk xde gigi kerana air.. 4 negeri teratas lagi teruk rasanya...

TNB seduit 1% duit rakyat bagi kat GOMEN atas nama LEVI laa pulak..!!


Gila baban punya kerajaan. Apahal plak bil elektrik pun nak charge levi? Gila nak mampos agaknya. Baca bawah neh jap ;
An estimated 25% of Tenaga Nasional Berhad (TNB)consumers in Peninsular Malaysia will pay a levy of 1% out of their total electricity bills starting Dec 1.
This will follow the launch of the Government's Feed-in Tariff (FiT) system for the development of renewable energy next month.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin said Tuesday that electricity consumers will contribute 1% of their total electricity tariff bills issued by TNB to the Renewable Energy Fund if they use more than 300kWh of electricity per month.
"Nonetheless, 75% of TNB's customers who consume less than 300kWh per month will be exempted from contributing to this fund," Chin told a press conference here.

Petikan dari the star.

Aku dah tengok bil elektrik aku lepas baca neh. Dahulu = 8674. Semasa = 8852. Jadi apa? Adakah aku termasuk dalam senarai yang kena bayar levi 1%? Yang sebenarnya selepas aku baca pasal penipuan tnb di facebook, pendedahan oleh rakan2 saya benci harga barang naik, baru aku pasan bil bulanan aku memang naik walhal aku sepatutnya masuk ke dalam kelompok yang tidak akan terkesan dengan kenaikkan elektrik tahun lepas.

Aku selalunya memang tak amek port pasal bil elektrik. Pasal aku tak perlu bayar bil2 neh. Lainlah bil baju baru ka, seluar baru ka, hp baru ka, barulah aku sibuk2 nak pening untuk fikirkan. Heh.

Then ada satu hari tue bil elektrik sampai dan aku pula memang ada di rumah. So aku amek, baca dan banding dengan bil2 elektrik yang lama. Hasilnya aku dapati ;

1. Bil bulan 1 - 3 = rm20 - rm25.00

2. Bil bulan 4 - 10 = rm35 - 38.00

Aik? Apsal hah? Kenapa berlaku kenaikan neh? Hairan aku. Sekarang neh kerajaan pongpang letak levi bodoh 1% neh pula. Lagi gila. Nak guna elektrik pun kena levi? Babi lue. Sorry. Babi, sorry. Aku tahu ko tidak merompak, mencuri, merasuah, menyeleweng tapi entah kenapa aku tetap nak membabikan umno.

Semakin jahanam duduk di bawah umno. Samada rakyat yang mampos ataupun umno yang mampos. Sila la pilih salah satu wahai pengundi. Apa pun pilihan korang jangan lah sampai susahkan rakyat macam aku. Kalau perlu malaysia neh berpecah kepada dua macam korea pun aku sanggup asal bukan duduk bawah umno lagi.

Dorang semakin zalim. Dan aku pula tidak rela "senyum tak perlu kata apa2" dengan dizalimi setiap masa. Sorry. Bian. Aku betul2 tak rela. Berpecah mungkin lebih bagos. Satu di bawah bn. Satu di bawah pr. Dan kita banding siapa yang lebih bagos. Masa tue nanti jangan pula pengundi bn lari merempat ke bumi pengundi pr. Bai.

Ameno : levi hotak hang!

http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/uik-bil-elektrik-pun-ada-levi.html

Tiada kuil akan dibina di situ, bantahan tidak berasas

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan satu kuil baru bakal dibina di kawasan tanah lapang berdekatan penempatan masyarakat Melayu di Sungai Petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu cuba bertindak campur tangan dengan mencetuskan pelbagai kekeliruan mengenai tapak pembinaan kuil itu.

Menurutnya, sehingga kini belum ada sebarang permohonan dibuat secara rasmi di peringkat jabatan untuk memberi kelulusan terhadap pelan pembangunan rumah ibadat di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya pada tahun 1994, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mengambil alih tanah ladang di kawasan berkenaan setelah dilelong oleh bank. PKNK turut memperuntukkan sebahagian kecil tanah seluas 4.047 hektar bagi dijadikan penempatan bagi masyarakat India yang tinggal di situ,” katanya.

Beliau memberitahu, usaha itu dibuat bagi membela kebajikan masyarakat India disebabkan proses pengambilalihan tanah berkenaan dan satu agensi swasta dipertanggungjawab membina 68 unit rumah di atas tanah itu.

Manikumar berkata, satu pelan perancangan pembangunan turut diluluskan dan ketika dibentangkan dalam mesyuarat, tapak untuk rumah ibadat turut disediakan di satu kawasan lain dalam lingkungan tanah 4.047 hektar itu.

“Kekeliruan mula timbul apabila pihak berkenaan tidak menggunakan tapak asal yang diperuntukkan untuk membina kuil kerana beranggapan saiz tapak kecil serta tidak sesuai, lalu bertindak mengubah lokasi tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Tambahnya, kuil lama masih berada dalam kawasan ladang, namun jalan masuk ke sana sudah ditutup. Kerajaan Negeri memandang serius perkara itu dan mengambil berat mengenai kepentingan semua lapisan masyarakat di kawasan terlibat.

Beliau menjelaskan, satu mesyuarat di peringkat Pejabat Daerah turut diadakan pada 20 November 2011 dengan dihadiri Pegawai Daerah, wakil Majlis, wakil Pentadbiran Tanah Daerah, pengerusi kuil, wakil Malaysia Hindu Sangam, Ahli Parlimen Sungai Petani, YB. Dato’ Johari Abdul; wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, penghulu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit bagi membincangkan perkara itu.

“Kita juga sudah membuat rundingan dengan jawatankuasa kuil lama untuk memberhentikan dahulu semua aktiviti mengubah kuil ke kawasan berkenaan sehingga satu jalan penyelesaian terbaik dicapai,” jelasnya.

Manikumar berkata, adalah lebih baik sekiranya pembinaan kuil baru kelak diletakkan di kawasan penempatan baru masyarakat India apabila pembinaan 68 unit rumah baru disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat bagi memudahkan penduduk melakukan acara agama.

Menurutnya, walaupun kedudukan tanah bersebelahan, namun lokasi antara projek perumahan baru dengan tanah lapang yang menjadi bantahan penduduk agak berjauhan. Ia terletak di penghujung kawasan tanah yang diperuntukkan.

“Saya sendiri tidak menyokong sekiranya kuil didirikan di kawasan tanah lapang yang dimaksudkan sebelum ini kerana berdekatan dengan kawasan perumahan majoriti didiami masyarakat Melayu,” katanya.

Mengenai dakwaan seorang menteri akan hadir untuk melaksanakan upacara pecah tanah pada 27 November 2011 juga, ujarnya, sebenarnya tidak betul dan penduduk diminta bertenang serta tidak perlu bimbang.

Beliau berharap tiada pihak cuba menimbulkan sebarang provokasi mengenai isu berkenaan, sebaliknya menggunakan saluran dengan berunding untuk mencari kata putus tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

“Tanah di kawasan lapang berkenaan adalah tanah rizab kerajaan dan tidak ada sebarang projek pembangunan dirancang di atas tanah itu dalam tempoh masa terdekat,” jelasnya.

Empat hari lalu, kira-kira 500 penduduk dari Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Bandar Sri Astana dan Bandar Perda membuat perhimpunan membantah pembinaan kuil yang didakwa di sebuah kawasan lapang yang menghubungkan kesemua bandar berkenaan.

SETUJU DENGAN NOH OMAR...Kata dia tak ada Akal..!!!

PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti.



Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal? Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk? Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen? Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen.

Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun? Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor. Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai. Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu.

Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan. Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi. Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen. Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi.

Nak kaji lagi...Majlis fatwa dah buat fatwa, hangpa ikut saja la...



Nak kaji lagi??????
Majlis fatwa dah buat fatwa, hangpa ikut saja la...

Anak Pak Ngah Baharom suka kat artis..!!



Double Standard.... Artis pakai hangpa tak kata apa...
Tapi pertandingan ratu cantik hangpa tak
bagi orang islam masuk...
Haramkan la kedua-duanya.
Artis pun sepatutnya tak boleh pakai macam tu.
Teringat perjuangan Dato' Ishak Baharum... Al-Fatihah

UMNO Terus Ketagih Tipu Rakyat

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menurutnya lagi dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

Inilah masalah Umno. Mereka masih anggap rakyat negara ini hidup dalam zaman Raja Bersiung –yang mudah untuk ditipu. Umno tipu rakyat dengan permainan istilah. Nama ISA tidak lagi digunakan tapi dua Akta yang masih mempunyai roh dan jasad seperti ISA akan diperkenalkan untuk terus menerus menzalimi rakyat.

Untuk Umno dan Hishamuddin kita ingin mengatakan bahawa rakyat menentang ISA bukan kerana namanya. ISA ditentang kerana isi kandungan Akta tersebut. ISA ditentang kerana ia membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Penahanan tanpa bicara adalah mekanisme yang subur kepada penyalahgunaan kuasa. Penahanan tanpa bicara menutup rapat pintu Mahkamah sehingga keadilan tidak dibenarkan masuk. Penahanan tanpa bicara melanggar prinsip asas dalam undang-undang yang diterima secara universal iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Bagaimana Kerajaaan boleh membuktikan seseorang itu bersalah jika orang itu tidak dibicarakan dan bagaimana seseorang itu boleh mencabar bahawa beliau tidak bersalah jika ia tidak dibenarkan untuk pergi ke Mahkamah untuk dibicarakan.

Apa guna ISA dimansuhkan jika roh ISA iaitu penahanan tanpa bicara diserap pula ke dalam dua Akta yang akan digubal oleh Umno nanti. Dalam bahasa Inggeris tindakan Umno ini dipanggil “ old wine in a new bottle” ( arak yang lama di dalam botol yang baru” ). Maknanya dua Akta yang akan menggantikan ISA adalah benda yang sama yang dihiasi dengan “make up” yang baru bagi menutup wajah asalnya yang hodoh.

Hishamuddin menyatakan Akta yang akan menggantikan ISA nanti akan akan mempunyai persamaan dengan Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan.

Kita ingin menjawab begini. Mengapa kita harus meniru negara lain dalam menggubal undang-undang yang melanggar prinsip keadilan. Jika Umno ketagih ingin meniru Amerika sebagai contoh kenapa tidak tiru aspek positif demokrasi negara tersebut. Mengapa sebagai contoh Umno tidak tiru budaya perdebatan terbuka yang disiarkan secara terbuka di media massa calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika. Mengapa tiru benda yang tidak baik dan tidak tiru benda yang baik.

Keduanya adakah Umno dan Hishamuddin sedar bahawa Patriot Act di Amerika tidak digunakan ke atas rakyat Amerika. Ia hanya digunakan ke atas bukan warganegara Amerika khususnya orang Islam yang sering dilabel sebagai Pengganas oleh Amerika.

Hishamuddin juga menyatakan bahawa dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.

Ini muslihat halus Umno untuk mengelirukan rakyat. Nampak jelas Umno tidak faham atau sengaja tidak faham asas penentangan kepada ISA. Seperti yang kita katakan asas penentangan ISA adalah ia membenarkan penahanan tanpa bicara bukan kerana isu tempoh penahanan atau notis kepada keluarga. Ini bermakna jika pun Akta yang baru mungkin menghadkan tempoh tahanan atau keluarga tahanan wajib diberitahu sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan masih boleh menahan seseorang tanpa bicara Akta baru tersebut tidak akan membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya ia satu penipuan.

Hishamuddin menyatakan terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan oleh itu beliau menyatakan jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit. Apalah malang rakyat Malaysia dapat Menteri seperti ini. Sejak bila pula kita setuju Amerika tahan orang tanpa bicara dan diletakkan di Guantanamo Bay ? Kerana kita tidak setuju Amerika dan Guantanamo Bay sebab itulah kita menentang ISA dan mana-mana Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Bagi kita Guantanamo Bay dan Kem Kemunting adalah kembar siam yang berpuaka- kedua-duanya kita tentang !

http://peguampas.blogspot.com/2011/11/umno-terus-ketagih-tipu-rakyat.html

MB Kedah menyerahkan Geran Tanah Kepada Peneroka Felda Gunung Bongsu, Kulim


yg best gambaq nie tengok ada memba baju kuning...
dapat dok sama-sama dalam satu majlis....
baru nampak kematangan berpolitik
serta membezakan program parti dengan negeri..

Rakyat Malaysia 'MEMBURUH" di Singapore


Dengaq Sini BN/UMNO Kedah : Sampah lanie bawah K'jaan Pusat... paham dak..??



Tu dia aihh FAM dok buat akai nak bagi Pahang main Liga Super lagi tahun depan..!!

http://3.bp.blogspot.com/-m4AnqjNvxQ8/TcBoONIQESI/AAAAAAAABIM/mqGKG5ckxA8/s400/midin.jpg

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbingan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.

Punca Air Kelantan Kotor...???


SPR JANGAN MENYIBUK URUSAN PARTI POLITIK

24 Dzu al-Hijjah 1432 / 22 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang ‘menyibuk’ terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula ‘terhegeh-hegeh’ mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak?

Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

RM4billion sahaja untuk jadikan pendidikan PERCUMA.. itu pun BN tak mampu buat..!!!

Al-Fatihah - Peminat di Guar Cempedak mati diserang sakit jantung saksi perlawanan Malaysia-Indonesia


AHMAD FAUZI meninggal dunia ketika menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di Restoran Pak Mid, Guar Cempedak, Yan malam kelmarin.

YAN: Seorang peminat bola sepak meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang mendebarkan antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di Guar Chempedak dekat sini malam tadi.

Ahmad Fauzi Ismail, 42, dikatakan pengsan di situ pada 10.50 malam semasa ramai pelanggan menonton perlawanan bola sepak itu sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans 10 minit kemudian.

Dia dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Pembantu kedai makan itu, Hasli Ishak, 29, berkata Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu.

"Dia datang pada 8.30 malam dan makan nasi lebih kurang 10.30 malam, dan waktu dia makan, saya tengok dia pun pelik sikit sebab nampak pergerakan dia suap nasi pun perlahan lain berbanding sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasli berkata bahawa pada 10.50 malam, Ahmad Fauzi pengsan atas kerusi dan tubuhnya kelihatan pucat.

"Kami menghubungi hospital dan dalam pukul 11 malam ambulans sampai," katanya.

Kakak ipar Ahmad Fauzi, Nafishah Jusoh, 46, berkata dia mengetahui tentang kematian adik iparnya itu menerusi panggilan telefon daripada abang Ahmad Fauzi yang tinggal di Kuala Lumpur setelah dimaklumkan oleh rakan Ahmad Fauzi.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan adik iparnya itu pada 11 pagi semalam yang mengadu tidak sihat dan memohon supaya menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nafishah berkata bagaimanapun adik iparnya itu menangguhkan hasrat bagi mendapatkan rawatan di hospital kerana ingin menonton perlawanan itu terlebih dahulu.

"Dia memang peminat sukan terutamanya bola sepak dan tidak pernah melepaskan peluang menonton sebarang perlawanan bola sepak. Dia beritahu saya dia akan terus ke Hospital Yan sebaik sahaja tamat perlawanan bola namun dia meninggal dunia ketika belum sempat menyaksikan kemenangan pasukan negara," katanya.

Nafishah berkata Ahmad Fauzi, anak bongsu daripada empat beradik, menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis.

"Ahmad Fauzi memang kurang sihat sejak setahun yang lalu tambahan pula dia tinggal seorang diri sejak kematian ibu mentua saya, Faridah Mustafa, dua tahun lalu," katanya.

Beliau berkata bahawa berdasarkan laporan perubatan, Ahmad Fauzi meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Malaysia mengalahkan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 bagi mengulangi kejayaan meraih pingat emas yang dicapai pada Sukan SEA sebelum ini di Laos. - BERNAMA

Semua ADUN tak kira PR, BN @ BEBAS dapat peruntukan untuk perayaan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam sebarang aktiviti perayaan agama dan kebudayaan apabila memberikan peruntukan perayaan tanpa mengira fahaman politik kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Kesenian & Warisan, Kebudayaan, YB Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, melalui kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan No. F 207/93 setiap ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri tanpa mengira parti yang di wakili diberikan peruntukan sebanyak RM5000 dan Ahli Dewan Negeri sebanyak RM3000 setahun bagi maksud perayaan.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis bagi menjawab persoalan daripada YB Encik Mohamad Radzhi Salleh (Lunas – Bebas), mengenai perayaan agama dan kebudayaan yang dijalankan mengikut pengasingan politik, semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.

“Pihak kerajaan negeri tidak tidak sama sekali menyambut perayaan kebudayaan secara pengasingan politik.

“Setiap perayaan yang dianjur untuk semua lapisan masyarakat, semua orang akan dijemput tidak mengira warna kulit, adat budaya, dan fahaman politik. Pihak kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau peraturan untuk menjemput pihak-pihak tertentu sahaja bagi menghadiri satu-satu perayaan dan majlis negeri,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sehingga kini masih belum ada cadangan untuk memberikan peruntukan tambahan kepada setiap wakil rakyat.

Projek Rumah Sejahtera Rakyat di Yan tidak terbengkalai


ALOR SETAR - Khabar angin yang mengatakan bahawa projek pembangunan Rumah Sejahtera Rakyat di Yan terbengkalai adalah tidak benar kerana proses pembangunan projek ini telah bermula sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis semasa menjawab persoalan daripada ADUN Guar Chempedak, YB Dato’ Dr. Ku Rahman Ku Ismail mengenai status projek Rumah Sejahtera Rakyat di Yan yang dikhabarkan terbengkalai, semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.

“Projek pembangunan Rumah Sejahtera Rakyat di Yan sebenarnya tidak terbengkalai dan proses pembangunan projek ini telah bermula sejak awal tahun ini. Ianya bermula setelah mendapatkan ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Tenaga nasional berhad (TNB), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan banyak lagi.

“Proses surcharge tanah (penimbunan tanah ) yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun siap dan ianya memakan masa selama enam bulan untuk memastikan bahawa tidak berlaku pemendapan bagi semua lot-lot rumah,” jelasnya.

Menurut Dato’ Phahrolrazi kontraktor tersebut adalah Che Alin@ Abdullah Ahmad. Tarikh mula projek tersebut adalah bermula pada 10.5.2011 dan dijangka siap pada 6.6.2011 ini. Harga kontrak tersebut adalah sebanyak RM98,163.

Mengikut perancangan, pembinaaan 100 unit rumah oleh Yayasan Haji Zainuddin akan bermula enam bulan setelah kerja penambunan tanah siap iaitu pada Disember 2011.

“Pada masa ini permohonan kebenaran merancang dan pelan pembangunan telah diluluskan oleh Majlis Daerah Yan.

Tambahan dan penyelarasan aspek-aspek teknikal seperti bekalan air, elektrik perparitan dan kumbahan sedang dijalankan oleh jabatan-jabatan yang terlibat seperti JKR, SADA, MADA, TNB dan Indah Water.

“Maka seperti mana jangkaan awal projek ini akan dimulakan pada Disember 2011 ini,” ujarnya.

Antara kata Azimat 'Ong' di Gelora Bong Karno semalam....

'Emas bukan faktor nasib'


PARA pemain Malaysia melonjak kegembiraan selepas penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga (terbaring) gagal menyelamatkan sepakan penalti Baddrol kelmarin.


JAKARTA - Dua kali berturut-turut memenangi 'ibu emas' temasya Sukan SEA bukan disebabkan faktor nasib atau tuah semata- mata.

Selepas skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mengakhiri penantian selama 20 tahun dengan meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, malam kelma- rin giliran Harimau Muda pula menggapai emas di Stadium Gelora Bung Karno.

Kemenangan 4-3 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, membuktikan betapa Malaysia kini semakin digeruni dan dicemburui pihak lawan di pentas Asia Tenggara.

Namun, satu persoalan yang timbul malam kelmarin iaitu bagaimana skuad kendalian Ong Kim Swee mampu menyerap setiap tekanan, bukan sahaja daripada barisan Garuda Muda, malah penyokong-penyokong fanatik Indonesia.

"Inilah yang saya bangga dengan karakter yang dimiliki setiap pemain. Mereka tidak sedikit pun menunjukkan rasa gugup walaupun terpaksa mengharungi perlawanan dengan ejekan dan cemuhan penyokong Indo- nesia.

"Sebelum perlawanan bermula lagi, mental pemain-pemain telah diuji apabila bas yang kami naiki diserang penyokong-penyokong Indonesia.

"Cuba kamu (pihak wartawan) bayangkan, bagaimana pemain-pemain muda saya mampu mengatasi tekanan yang begitu dahsyat," jelas Kim Swee ketika ditemui sejurus tamat perlawanan malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, beliau telah memberi kata-kata semangat kepada barisan Harimau Muda sebelum turun beraksi di hadapan hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Saya kata kepada para pemain, inilah masanya kita mengajar Indonesia. Tindakan penyokong Indonesia itu membuktikan mereka tidak menghormati raja kita, lagu kebangsaan kita, bendera kita dan ahli keluarga.

"Jadi, para pemain saya telah membuktikan malam ini (malam kelmarin), mereka tidak pernah gentar dengan sebarang teka- nan daripada orang luar," katanya.

Kim Swee mengakui, kejayaan anak-anak buahnya itu cukup manis apabila mereka dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.

"Kejayaan ini membuktikan kemenangan Malaysia meraih emas di Laos bukan kerana nasib. Ini membuktikan pengurusan yang cukup baik serta dedikasi daripada semua pihak," kata Kim Swee.

Skuad kendalian Kim Swee hadir ke Jakarta dengan reputasi tinggi bersandarkan kepada kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009.

Antara kunci utama kejayaan Harimau Muda sudah pasti penampilan beberapa tonggak senior yang diterajui kapten, Baddrol Bakhtiar serta beberapa pemain yang menjulang skuad senior menjuarai Piala Suzuki AFF penghujung tahun lalu.

"Sebelum kami tiba di Jakarta, kami sudah bersedia menerima segala kesulitan dan para pemain juga sudah bersedia dari segi mental.

"Ternyata kehadiran pemain-pemain senior banyak membimbing pemain muda yang pertama kali beraksi pada Sukan SEA. Ini merupakan karakter yang cukup baik kerana purata pemain negara berusia 20 tahun," ujarnya.

Pada temasya kali ini, Kim Swee membariskan enam pemain yang pernah menikmati kejayaan dua tahun lalu iaitu Baddrol, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani.

Kim Swee turut menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Fadhli Shaas selain Asraruddin, Muslim dan Mahali yang membarisi skuad senior negara pada kempen Piala Suzuki AFF 2010.

"Saya bernasib baik kerana selain adanya pemain-pemain berpengalaman, majoriti pemain yang ada telah bersama dengan saya sejak awal tahun lagi. Ini membolehkan saya membuat persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan SEA," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...