HKC

KETIADAAN jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyebabkan persiapan Kedah musim 2012, terjejas.

Penggantungan itu juga menyebabkan pasukan Hijau Kuning menghadapi dilema menghadapi perlawanan Liga Malaysia akan datang.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC), Romzi Hassan Husin berkata, latihan pemain terbantut kerana ketiadaan jurulatih.

“Apa dikesalkan dua penolongnya, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail turut dikenakan tindakan yang sama.FAM seperti ‘membunuh’ karier Wan Jamak kerana ramai individu lain turut mempertikai kaedah pengadil ketika itu,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan tersebut, menyebabkan pasukan perlu mencari pengganti jurulatih.

“Kami berharap keputusan ini, dpertimbangkan semula dengan mengurangkan penggantungan perlawanan sekurang-kurangnya tiga perlawanan,” katanya.

Wan Jamak dikenakan tindakan berikutan, mengeluarkan kenyataan mengenai pasukannya ‘dirompak oleh pengadil’ yang membatalkan dua gol pasukannya pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar.