TERKINI :

Sunday, November 20, 2011

Jangan Ulangi Kesilapan NFC!

Kenyataan Akhbar DPP Malaysia mempersoalkan mengapa perlu campurtangan Perdana Menteri sedangkan KPF mempunyai Ahli Lembaga Pengarahnya sendiri dan mereka mempunyai ahli jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat agung melalui saluran yang betul? Sepatutnya Perdana Menteri atau mana-mana Menteri Kabinet yang lain menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung KPF yang telah melantik Datuk Dzulkifli Wahab sebagai Pengerusi. Tan Sri Isa Abdul Samad tidak perlu dilibatkan dalam hal ini kerana beliau tidak ada kena mengena dalam isu KPF.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ikut pintu belakang.

Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda.

DPP Malaysia hairan bagaimana Tan Sri Isa Samad boleh diangkat menjadi Pengerusi KPF sedangkan beliau tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan peneroka dan bukan kakitangan Felda. Mengapa kerajaan tidak memikirkan seorang tokoh lain yang ada kaitan rapat dengan Felda untuk diangkat sebagai Pengerusi Felda dan KPF. Tindakan ini mungkin boleh mengelakkan pertikaian banyak pihak.

Bagi DPP Malaysia, campurtangan politik dalam sesuatu urusan yang berkaitan dengan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) amat menyusahkan organisasi tersebut. Ia juga mengundang keresahan rakyat jelata. Inilah yang menyebabkan banyaknya birokrasi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, tidak telus, kronisme, campurtangan ‘orang luar’ dan lain-lain lagi.

Dalam keadaan banyak skandal pemimpin negara dibongkarkan termasuk penyelewengan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta pembelian kondominum mewah bernilai RM 9.8 juta, dan banyak lagi isu lain, DPP Malaysia mengingatkan agar PM mengambil iktibar dan pengajaran berharga. Biarkan Felda dan Koperasi Permodalan Felda diuruskan oleh mereka yang benar-benar berhak dan layak bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

KERAJAAN UMNO BIARKAN SOS BAHAYA DI JUAL....!!!

DEMI NAK CARI PENGARUH DAN KEUNTUNGAN KEDAI ROSAK 1 MALAYSIA...KERAJAAN UMNO BIARKAN SOS BAHAYA DI JUAL....!!!

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini sesuatu serius kerana barangan makanan yang dijual kepada umum didapati membahayakan rakyat. Kita hairan bagaimana Kementerian Kesihatan terlepas pandang terhadap perkara ini sedangkan Kita tahu semua barangan makanan yang hendak dijual kepada umum mesti mendapat kelulusan dari kementerian. Ini sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, kita semua menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengilang dan penjual produk ini yang telah mendedahkan rakyat kepada bahaya. Semua sos ini mesti diharamkan dari dijual kepada umum.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Kita ini menggesa kerajaan mengambil tindakan berikut dengan serta merta :-

1) Mengharamkan sos berkaitan dari dijual serta merta

2) Rakyat mesti berhenti serta merta dari memakan sos ini kerana ianya membahayakan kesihatan

3) Syarikat terbabit mesti membayar ganti rugi kepada semua pengguna yang telah memakan sos ini

4) Menyiasat kilang sos ini kerana dikhuatiri ada sos yang dihasilkan oleh kilang ini menggunakan jenama yang berlainan dijual di pasaran.

5) Pengguna dicadangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini kerana sengaja mengabaikan kesihatan rakyat

6) Menteri Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna mesti memberikan penjelasan mengapa kedai ini dibenarkan menjual sos jenama yang berbahaya ini.

http://penyapusial.blogspot.com/2011/11/ujian-makmal-ke-atas-sos-cili-yang.html

Mana PERKASA & UMNO yang kata pejuang Islam tuu... benda nie takan hangpa tengok saja kot..??

Tak komen langsung dari pemuda atau ahli UMNO....

‘Rugi jika tidak sertai’

Bagi RM100 di pejabat Umno?

Serah bantuan RM100 di pejabat Umno?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dakwaan banyak pihak bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 dijadikan alat politik Umno BN menagih undi, nampaknya ada kebenarannya.

Semalam, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah yang sepatunya diadakan di sekolah, diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu.

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam.

Wang bantuan persekolahan RM100 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu.

Ianya sepatutnya diserahkan kepada pelajar melalui satu majlis penyerahan yang diadakan di sekolah, dan bukan di pejabat Umno.

agenda terdesak

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Umno sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan projek pemberian RM100 itu sebagai medan politik mereka.

Dalam sesetengah majlis penyerahan yang diadakan, ibu bapa yang hadir bagi menerima wang tersebut didakwa dipaksa menunggu dan mendengar 'ceramah politik' dari pemimpin Umno yang turut dijemput serta dalam program itu.

Malah, satu surat yang mendedahkan arahan khas daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pengurusan sekolah dan pengarah pelajaran negeri agar menjemput wakil rakyat BN ke program penyampaian bantuan itu juga dilihat ada agenda politik tertentu.

Kandungan surat itu menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Penjelasan dalam Sidang DUN berkenaan Wakaf Surau As-Salihiah leh EXCO K'jaan Negeri


Duit RM100 tu hangpa tau dak duit sapa..???

Edisi Kantoi : Rosmah beli gelang RM172 397.58

AKTIVITI boros Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Najib Tun Razak terbongkar lagi. kali ini melibatkan pembelian seutas gelang bernilai US$55,000 (RM172 397.58).

Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang berada di Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing telah pergi sebuah kedai mutiara dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang buat isterinya.

Rakannya itu telah tertarik dan mengambil seutas gelang berlian mewah yang bernilai US$55,000 (RM172 397.58) untuk melihatnya.

Gadis pengurus kedai tersebut telah menunjukkan kepada mereka sebuah gambar yang terpampang di dinding kedai. Gadis tersebut memberitahu bahawa sebelum ini isteri kepada Presiden Malaysia pernah membeli gelang yang sama.

Wajah wanita di dalam gambar tersebut saling tak tumpah seperti wajah Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.


I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.

Carian di YouTube membuktikan bahawa Rosmah Mansor pernah berada di Beijing pada sekitar bulan Jun 2009 khabarnya atas lawatan program Permata yang memperolehi peruntukan kerajaan sebanyak RM111 Juta pada Budget 2011.


Berbelanja boros sesuka hati bagaikan tiada hari esok. Persoalannya betulkah duit Rosmah sebanyak itu? Adakah beliau mengumpul duit dari kecil? Dari mana dapat duit?

Sumber: [Malaysia Today]

ReJaM© "Rakyat disuruh ikat perut, berjimat cermat..."

http://milosuam.blogspot.com/2011/11/kantoi-lagi-rosmah-beli-gelang-rm172.html

RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

KUALA LUMPUR, Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.

Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu.

Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai.

"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai.

Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.

"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.

Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar.

Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.

"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan.

"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.

Mencuri, merompak, rasuah di mana-mana dan setiap masa

Oleh Aspan Alias

http://2.bp.blogspot.com/-rD9di9JUyUM/TgvTq0OerXI/AAAAAAAAALw/IJ-Uky-iQF8/s1600/macc-building.jpgIni kes yang sangat memalukan. Polis telah mendapatkan kembali sebahagian wang dari tiga perompak dari MACC yang telah melakukan rompakan terhadap pengurup wang di KLIA baru-baru ini. Wang yang menjadi barang kes itu telah hilang dari simpanan Polis.

Wang sejumlah rm 11700 itu di dapati hilang dari bilek pegawai penyiasat ibu pejabat kontigen polis Selangor.pada pukul 2 petang semalam.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah seksyen 457 dan 201 penal code untuk menyiasat samada ianya berlaku oleh kecuaian pegawai polis yang bertanggung jawab atau ada elemen krminal di dalamnya. Isu ini sebenarnya tidak menarik minat ramai, tetapi ianya adalah perkara yang sangat penting untuk diulas.

Dalam kes ini, “jika ianya berlaku oleh kecuaian tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai dan anggota terlibat, tetapi jika ada elemen jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan anggota, mereka akan di ambil tindakan mahkamah” kata Ketua Polis Negeri Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Rompakan dan kecurian berlaku saban hari di seluruh negara dan melibatkan wang dan harta benda yang besar. Rompakan dan kecurian sudah menjadi perkara biasa dalam negara ini kerana semua orang gilakan wang ringgit yang senang, tidak kiralah samada jumlah yang besar atau pun kecil. Rompakan terbuka dan rompakan kolar putih yang dilakukan secara sistematik sentiasa berlaku di kebanyakan kementerian dan jabatan kerajaan.

Kalau ianya berlaku di dalam balai polis sendiri bagaimanalah hendak menjamin keselamatan wang ringgit dan harta benda di tempat lain? Ini amat menakutkan kita dan bagaimana pula pandangan masyarakat antarabangsa dan pelabur-pelabur yang diminta melabur di negara kita?

Baru 2 atau tiga hari yang lepas MACC telah menyerahkan kes NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil kepada pihak polis untuk di siasat samada ada ada unsur jenayah atau rasuah atau salah guna kuasa di dalamnya. Tidak tahulah samada kes itu sudah mula di siasat atau belum tetapi ramai pemimpin kerajaan termasuk PM dan DPM telah memberikan komen yang projek itu adalah projek yang berjaya dan pembelian kondominium menerung itu adalah ‘above board’ semuanya.

Rakyat sekarang sibuk membaca cerita rompakan, kecurian dan rasuah besar-besar yang di tuduh terhadap pemimpin-pemimpin kita. Kes PKFZ yang melibatkan bekas Presiden-Presiden MCA yang melibatkan wang rakyat RM12 billion sedang rancak dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kes Khir Toyo belum selesai lagi dan banyak kes curi dan rompakan sedang dalam mahkamah sekarang ini. Dua belas kes berprofil tinggi yang disebutkan oleh Rais Yatim semasa beliau menjadi menteri undang-undang dulu belum juga selesai dan belum pun dibawa kemuka pengadilan. Kes-kes baru bertimbun-timbun yang belum di siasat.

Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini menunjukan banyak penyelewengan di lakukan oleh pihak yang berkuasa di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan Bertimbun-timbun kes dilapurkan berlaku. Kita tidak nampak cara dan jalannya bagaimana kes-kes ini hendak di selesaikan.

Ramai yang berpendapat kes-kes ini tidak akan di ambil tindakan kerana jika hendak di ambil tindakan kepada semuanya, ia akan memakan masa 50 tahun untuk di selesaikan. Maka untung lagilah perasuah-perasuah ini kerana untuk menunggu giliran mereka disiasat ramai di antara mereka akan tidak lagi berada di dunia ini.

Lain-lain perkataan kita sedang berada dalam masyarakat rasuah. Rasuah di mana-mana. Kecurian di mana-mana. Rompakan kolar putih di mana-mana. Masalahnya kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh mereka dalam kerajaan dan mereka mendapat perlindungan dari pihak yang berwajib.

Kalaulah ianya dilakukan oleh parti-parti pembangkang pihak berkuasa akan melakukan tekanan yang kuat walau pun belum tentu ianya ada kes. Teo Beng Hock menemui ajal oleh kerana siasatan pihak MACC. Khabarnya kes yang di siasat itu melibatkan rm 2000 sahaja.

Kes besar-besar yang melibatkan pembelian kapal selam telah memunahkan ribuan juta ringgit wang rakyat. Sampai ke hari ini kes itu belum dapat di selesaikan kerana ianya melibatkan pemimpin besar negara yang sedang memerintah dan kroni-kroninya.

Dalam kes Altantuya dua anggota polis di dapati bersalah oleh mahkamah tetapi tidak ada persoalan tentang motif pembunuhannya. Ini amat menghairankan tetapi tidak menghairankan kepada siapa yang mampu berfikir secara terbuka.

Kalau kita fikir dengan teliti, kita akan mengakui yang kes-kes jenayah yang berlaku tidak akan selesai sampai bila-bila kerana belum pun kes-kes yang dilapurkan itu di siasat dan di ambil tindakan, kes-kes baru berlaku lagi bertimpa-timpa.

Mungkin itulah sebabnya rakyat sudah hilang kesabaran mereka sehingga mereka telah menentukan cara untuk menghapuskan kegiatan mencuri ini melalui demokrasi, iaitu pilihanraya.

Rakyat telah memikirkan banyak cara untuk menghakis elemen rasuah dan mencuri ini tetapi tidak pernah berjaya. Tetapi kali ini rasanya memang sudah sampai masanya bagi rakyat untuk menolak 'once and for all' semua pemimpin dan agen-agen pemimpin yang rasuah serta pencuri ini melalui pilihanraya yang bakal tiba ini.

Apabila rakyat menolak mereka nanti, jangan pula menyalahkan orang atau pihak lain pula. Rakyat adalah manusia biasa; ada had kepada kesabaran mereka. Elok ingatkan pemimpin kita supaya tidak melembukan rakyat yang amat tertekan melihat tingkah laku mereka yang telah diamanahkan untuk mentadbir rakyat dan negara.

Bayar cukai jika mahu gemuk

KOLESTEROL yang terkumpul bahagian pinggang menyebabkan obesiti.


DENMARK muncul sebagai negara pertama yang mengenakan kutipan cukai lemak terhadap barangan berasaskan lelemak seperti minyak sapi, mentega, minyak masak dan produk susu. Tujuannya murni, memastikan kesihatan rakyat negara itu terjamin.

Cukai yang dilaksanakan bermula pada 2 Oktober lepas itu bertujuan menjadikan makanan berlemak tidak ekonomikal kepada 5.6 juta penduduk negara itu setelah 19 peratus dari jumlah penduduknya kini obes.

Kadar cukai yang dikenakan ialah 16 kroner (RM8.90) untuk setiap sekilogram lemak tepu dalam setiap produk yang mempunyai kandungan lemak melebihi 2.3 peratus.

Secara tidak langsung, cukai ini menyumbang kepada peningkatan harga setiap 250 gram mentega.

Pelaksanaan cukai tersebut bagi mengurangkan pengambilan makanan berasaskan lemak di kalangan penduduk negara itu.

Idea pengenalan cukai itu juga diikuti oleh negara-negara Eropah yang lain seperti Hungary.

Hungary dengan 9.9 juta penduduk, mengenakan cukai lemak 0.37 euro (RM1.58) ke atas makanan siap diproses yang mempunyai kandungan gula, garam serta karbohidrat melebihi sukatan ditetapkan.

Ini bertujuan untuk mengurang kadar obesiti di negara itu yang berada pada tahap 18.8 peratus.

Adakah cukai lemak relevan dilaksanakan di negara ini?

Menurut bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, cukai lemak yang dilaksanakan di Denmark dan Hungary belum tiba masanya untuk dikuatkuasakan di negara ini.

“Jika kita mengikuti langkah Denmark mengenakan cukai ke atas barangan mengandungi lemak, ia tidak mengubah keadaan sebaliknya akan mencetus kemarahan pengusaha industri makanan tempatan.

“Mereka (pengusaha) pasti akan meminta kerajaan mengemukakan bukti kukuh produk lemak ialah penyumbang utama masalah obesiti,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Katanya, langkah pelaksanaan cukai lemak dianggap tidak relevan, sekurang-kurangnya buat sekarang.

“Andai kata kerajaan menaikkan cukai dan hasilnya kadar obesiti berkurangan, itu boleh diterima dan bukan semata-mata ingin mengikuti jejak langkah Denmark dan Hungary.

“Cukai lemak di Denmark memang relevan kerana negara itu maju selangkah ke hadapan dan perlaksanaan undang-undang selain turut dipersetujui oleh rakyat negara itu sendiri,” katanya.

Tertinggi


ZENNY SALIHUDIN berjaya menguruskan badannya dalam tempoh enam bulan setelah mengikuti rejim Biggest Loser Asia dan diet khas.


Ismail berpendapat, implikasi cukai lemak tidak akan berjaya di negara ini dan langkah terbaik yang perlu dibuat ialah peningkatan dari sudut pendidikan serta maklumat lanjut termasuk kempen-kempen berkaitan kesihatan secara efektif.

Namun, hakikatnya tanpa pelaksanaan cukai lemak tersebut penduduk negara ini sedang berhadapan dengan majoriti penduduk menghadapi masalah obesiti.

Baru-baru ini media melaporkan, Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk.

Fakta itu didedahkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Parlimen.

Jelas Ismail Merican, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, beliau sering menasihatkan pesakit dan kakitangan hospital kerajaan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan berkualiti tetapi hakikatnya kurang dua peratus kakitangannya mengikut nasihat tersebut.

“Saya gemar makan nasi lemak sehingga hari ini tetapi dalam kuantiti sedikit dengan tambahan sayur-sayuran.

“Tidak perlu nasi lemak itu ditambah dengan telur goreng, ayam goreng, sotong dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga gemar berjoging selain sering naik turun tangga sehingga berpeluh.

“Tetapi, para kakitangan saya dulu menggunakan perkhidmatan lif walaupun menuju ke tingkat pertama,” katanya.

Jelas beliau, obesiti kini menjadi suatu ancaman di peringkat global menyaksikan trend masalah obesiti kian meningkat setiap tahun bukan sahaja melibatkan golongan muda dan tua malah juga kanak-kanak.

Sepertiga daripada penduduk negara mengalami masalah berat berlebihan atau obesiti.

“Kita belum mencapai ke tahap di mana rakyat kita tahu sepenuhnya mengenai masalah obesiti.

“Rakyat kita tahu akan kebaikan amalan pemakanan sihat dan senaman namun hanya 15 peratus rakyat mengamalkannya manakala 75 peratus lagi tidak mempraktikkannya,” ujarnya.

Katanya, negara masih kekurangan kemudahan taman rekreasi yang lengkap dengan peralatan senaman dan trek joging.

Tambahnya, beberapa taman rekreasi yang mempunyai kemudahan itu tidak sempurna dan selamat untuk digunakan kanak-kanak.

“Ada ibu bapa memilih untuk mengunjungi pusat senaman atau gim untuk bersenam namun berapa ramai antara kita yang mampu membayar yuran perkhidmatan setiap bulan,” katanya.

Dibuang kerja

Realitinya di negara ini, terdapat ramai lelaki yang mempunyai berat badan melampau.

Tidak terkecuali Balaji Muniandy, 44. Dia pernah mencecah 280 kilogram (kg) sehingga menyebabkan tahap kesihatan lelaki berasal dari Farlim, Bandar Baru Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang ini dalam keadaan amat teruk.

Semuanya disebabkan dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta.

Akibat tekanan selepas dibuang kerja, Balaji bertindak mengurung diri dalam rumah.

“Saya tertekan selepas dibuang kerja dan terus mengurung diri tanpa berbual dengan sesiapa pun,” katanya.

Bagaimanapun, fizikal Balaji sedikit berubah selepas menerima rawatan dan kawalan pemakanan yang diselia sepasukan pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang.

Diet makanan yang hanya berasaskan jus buah-buahan susu rendah lemak serta bijirin berjaya mengurangkan berat badan Balaji sebanyak 80 kilogram dalam tempoh setahun lalu.

“Saya berputus asa pada mulanya kerana tidak yakin untuk mengurangkan berat badan, tetapi hasil rawatan serta nasihat doktor, saya berjaya mengurangkan berat badan daripada 280 kg kepada 200 kg sahaja.

“Dulu saya tidak boleh berdiri dengan baik selain memerlukan bantuan emak, tetapi kini saya boleh berdiri sendiri dan boleh berjalan dengan bantuan tongkat,” katanya.

Mampouih macam nie.. mana pie Menteri, Jabatan Pertanian, FAMA... harga Nyok mahai nie..!!

Sebiji kelapa di Terengganu RM3

http://1.bp.blogspot.com/_yeNeofaNJDk/TSWFGK_JgwI/AAAAAAAAABU/KrdqubJP4_4/s1600/kelapa%2B%25281%2529.jpg

KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat di antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual mendakwa kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.

Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.

Peniaga kedai runcit, Yusof Abdullah, 43, berkata, sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan.

"Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding biasa," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata, harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asasnya termasuk kelapa.

"Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya.

Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain.

Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi FAMA untuk mendapatkan bekalan jika perlu.

Depan Rakyat Cakap Bukan Main 'Manis'..Belakang asyik dok jual harta rakyat..!!!

TENGUK LUARAN AMBOI MACAM MALAIKAT,TETAP PERANGAI LEBIH DASHAT DARI SYAITAN

Isu penyelewengan berhubung penjualan tanah kerajaan di Science Park 2 membabit Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satin Diman turut mendapat kecaman dari pemimpin Barisan nasional.

Adun Sungai Burung dari Barisan Nasional(BN), Shamsudin Lias mengesa Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman tampil kehadapan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas dakwaan penyelewengan tanah ketika era pemerintahan BN dahulu.

"Sekiranya terbukti beliau (Satim) lakukannya, beliau perlu bertanggungjawab, prinsip kita jelas, saya sendiri jelas sekiranya kita langgar undang-undang, kita perlu bertanggungjawab.

"Kalau benar wujud salahguna kuasa, perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, itu sahaja,"katanya.

Di dalam sesi DUN 15 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Satim menjual tanah milik kerajaan Selangor pada tahun 2006 dengan harga yang murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.

Menurut Khalid transaksi penjualan yang dilakukan oleh Satin amat licik sehingga tidak dapat dikesan berlaku sebarang penyelewengan.

"Ada juga beberapa isu mengenai Bekas Menteri Besar, saya sedang kumpulkan dan jika perlu saya akan dedahkan.

"Apa yang ingin saya pamerkan ialah beza antara pentadbiran Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, yang mana kita melaksanakannya pentadbiran untuk kepentingan semua rakyat tetapi sebaliknya bagi mereka (BN) yang hanya memberi kepada kroni,"jelas khalid

Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin tertinggi BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewengan.

Satim ketika itu adalah ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama di dalam Nikmat Inai.

Tanah dilokasi Science Park-2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Satim bagaimana pun menjual tanah tersebut kepada syarikatnya sendiri pada harga RM1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.

Susulan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM5.30 sekaki persegi atau RM19.2 juta.

Ditanya mengenai urus niaga untung atas angin ini, Shamsudin (gambar) menjelaskan ia bukan isu kerana tanah tersebut diberikan kepada Satim dan terpulang kepada beliau untuk menguruskannya.

"Itu terpulang kepada tuan empunya tanah, asalkan urusan itu tidak menyeleweng dan melanggar undang-undang," jelas Shamsudin.

Turut disebut dalam pendedahan Khalid itu ialah pemberian tanah melibatkan seorang bekas Menteri Besar Selangor dan isteri kepada seorang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah dari BN ketika ditemui TVSelangor di Lobi DUN semalam enggan memberi apa-apa reaksi berhubung perkara ini dengan memberi alasan bahawa beliau tidak hadir pada sesi DUN 15 November lalu.

"Saya tidak boleh memberi apa-apa reaksi kerana saya tidak hadir pada hari itu, Saya keluar kawasan untuk memberi sumbangan, ia tidak adil bagi saya untuk mengulas benda ini.

"Minta penjelasan dari mana-mana adun pembangkang yang lain," katanya.

Lihat video di bawah :

Sumber : DISINI

Sumber : DISINI

http://tuntelanai.blogspot.com/2011/11/tenguk-luaran-amboi-macam-malaikattetap.html

ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?

Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.

"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Zul Nordin Tuduh Majlis Fatwa dan Tok Mufti Kedah Munafik..!!

oleh AnakKedah007

Assalamualaikum sahabat semua...

Apa yg gua tahu pasal isu nie... K'jaan Negeri dah refer kat Majlis Agama dan Tok Mufti... serta majlis Fatwa negeri... Zol Nordin nie lu sapa sampai nak mengatasi keputusan yg dikeluarkan oleh PIHAK AGAMA NEGERI KEDAH nie... jika mcm nie lu dah boleh dikira menghina TOK MUFTI kami dan mempertikai keputusan MAJLIS FATWA serta MAJLIS AGAMA yang memegang amanah tanah wakaf nie....dan dalam waktu yg sama TOK MUFTI nie dia dok bawah TUANKU SULTAN bukannya KERAJAAN NEGERI...jadi lu dah boleh di kira menuduh SULTAN KAMI MUNAFIK nie....lu sapa hebat sangat bro....???? bagi lu sorang sudah la munafik dengan rakyat KULIM dan MALAYSIA amnya...tak payah nak menuduh org lain pulak munafiknya.....

ini tulisan terbaru beliau.....

MUNAFIK YANG CELAKA?

(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.....................................


Politik 3D UMNO-BN

Oleh Adil Mat Selamat

http://4.bp.blogspot.com/_zOHsKy9JY8c/TKQQ28hGUaI/AAAAAAAACE4/gvqGl6l4PPY/s400/UMNO-X.jpgSemakin jelas segala macam skandal penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO- Barisan Nasional sehingga nampak terang-benderang seperti dalam bentuk tiga dimensi atau 3D yang amat jelas bentuk, gaya dan rupanya.

Jika dahulu kita hanya mendengar khabar angin, gosip atau cakap-cakap kedai kopi, ia hanyalah ilusi 2D sebagai sekadar bahan jenaka, usik-megusik dan umpat-mengumpat.

Bentuk 3D adalah merujuk kepada ruang tiga dimensi. Dalam teori seni ia dimaksudkan sebagai bentuk yang punya sudut sisi, atas bawah dan belakang, iaitu gambaran 360o. Tidak sepertimana bentuk 2D yang hanya sekadar garis luar, sudut sisi dan atas bawah pada tahap 180o.

Kita lihat bagaimana manusia di zaman batu melakar dengan lukisan di dinding-dinding gua sebagai satu bentuk rakaman (dokumentasi) kejadian yang telah berlaku. Dari rupa (lakaran) kasar tanpa bentuk yang solid (sempurna), hinggalah ia berevolusi ke zaman teknologi ini menjadi 3D. Bentuk begitu realistik dan terperinci.

Begitu jugalah halnya dengan politik dan kerajaan kita.

Evolusi penyelewengan UMNO-BN

Apa yang kita maksudkan semua ini adalah bahawa UMNO-BN yang pada asalnya adalah sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan dibentuk atas dasar pemuafakatan antara berbilang kaum untuk membangunkan sosio-ekonomi negara.

Tetapi ia kini berevolusi menjadi sebuah kerajaan yang anti-rakyat dan anti-demokrasi. Bentuk-bentuk ini berubah dari bentuk asal dan menunjukkan ‘watak’ dan ‘warna’ sebenar mereka.

Apakah ini karma atau pilihan yang dibuat oleh kita sendiri?

Jika dapat disemak kes-kes yang pernah berlaku sejak dari kejatuhan ekonomi 1997/98 hingga kini, semua skandal itu jelas menunjukkan ada penglibatan kepentingan pihak kerajaan secara langsung. Ia bukan isu skandal persaingan di pihak swasta atau peribadi.

Kenyataan ini begitu menjolok perhatian kita, dan seharusnya ia begitu. Jika kita lihat bagaimana Malaysia boleh terlibat dengan krisis matawang pada 1997/98, Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas menyalahkan George Soros, pedagang mata wang antarabangsa.

Hakikatnya, mungkin kita semua sudah sedar bagaimana kerajaan menerusi Bank Negara telah melakukan satu kerja yang sangat tidak bertanggungjawab apabila ‘bermain’ dengan ‘pakar’ seperti Soros, dengan memperjudikan wang rakyat.

Hasilnya, perjudian ini tewas, dan apabila tersungkur, maka Soros yang juga seorang Yahudi dipersalahkan. Perkataan ‘Yahudi’ dipersebarkan pula oleh pecacai-pecacai Mahathir untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu, semata-mata mahu mengalih pandangan rakyat daripada permainan judi menggunakan wang rakyat oleh kerajaan UMNO-BN.

Kita rakyat pula yang menanggungnya menerusi wang KWSP dan Petronas sebagai harta rakyat yang digunakan untuk menyelamatkan atau bail out syarikat-syarikat kroni Mahathir dan jebauk-jebauknya.

Kesan salah urus terhadap rakyat

Kesan langsung kepada rakyat pada masa itu ialah, harga barang naik, cukai naik dan minyak naik. Kita diminta untuk mengubah gaya hidup, kita diminta bersabar, diminta yakin dan bermacam-macam lagi.

Seolah-olah rakyat Malaysia ini hamba kepada UMNO-BN. Mereka pula tidak perlu ubah apa-apa, dan terus senang-lenang kerana kerugian akibat perbuatan sendiri telah ditanggung oleh wang rakyat.

Kemudian kita dapat lihat skandal PKFZ, berbilion-bilion ringgit urusniaga itu melibatkan dana kerajaan – dana ini adalah wang hasil dari cukai kita. Kita dapat lihat bagaimana UMNO-BN menggunakan dana ini dengan mengagih-agihkan kepada ‘sahabat-sahabat’ mereka dalam parti dan kerajaan.

Oleh kerana wang yang berbilion ringgit itu tidak dapat dilihat secara zahir di mata rakyat, maka kebanyakan kita tidak begitu mengambil peduli tentang korupsi itu hinggalah kes ini diperkatakan dan diangkat oleh parti-parti Pakatan Rakyat bagi menuntut siasatan dan pendakwaan.

Kalau Pakatan membisu, masakan bekas-bekas Menteri boleh dihadapkan ke mahkmah. Hanya masa akan menentukan sama ada keadilan akan benar-benar terlaksana.

Begitu juga halnya dengan kes Perwaja Steel. Hingga hari ini, tiada ada mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan. Namun yang pasti, wang berbilion itu sudah habis dibelanjakan oleh para karuptor.

Hinggalah kepada kes terbaru yang melibatkan seorang Menteri UMNO dan keluarganya, iaitu National Feedlot Corporation (NFC). Hakikatnya, isu ini didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam buku laporan tahunannya 2010. Kemudian isu ini disambut oleh Pakatan Rakyat, dan daripada situ barulah semua intipati kes-kes ini berjaya didedahkan satu persatu.

Barangkali jika tidak kerana Ketua Audit Negara dan Pakatan Rakyat, tentu sekali kes ini sekadar menjadi kes 2D sahaja. Jadi kisah kedai kopi dan gossip politik, berlingkar di sekitar luaran sahaja.

Dalam kes ini, segala rasional pihak kerajaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar sebaliknya bertukar menjadi semakin kusut. Memang sukar untuk menjustifikasikan bagaimana wang rakyat menerusi kementerian yang bertanggungjawabkan telah disalahguna. Perniagaan yang seharusnya berjaya dan menguntugkan kini bertukar menjadi hal yang merepek dan terbengkalai.

Dan kini, kerajaan dilihat cuba menolak masalah ini kepada syarikat NFC sendiri untuk menjawabnya. Itulah jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh UMNO-BN. Baling batu sembunyi tangan. Namun, walau apa pun yang dilakukan, imej dan kredibaliti kerajaan UMNO-BN sudah tiada.

Terang sudah skandal 3D

Jika semua skandal-skandal ini dapat kita lukiskan, pasti bentuk-bentuk imej itu menjadi semakin nyata seperti imej 3D. Setiap bentuk 3D mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai satu bentuk yang sempurna.

Bentuk yang dapat kita lihat secara menyeluruh jalinan dan elemen-elemennya, bentuk yang dapat kita fahami keadaan warna dan sifatnya, bentuk yang dapat kita rasai kesannya.

Maka, menerusi perumpamaan dalam kes seperti ini kita akan dapat melihat, punca bagaimana korupsi itu boleh terjadi, di mana selalunya ia berlaku, berapa banyak wang yang boleh disalahgunakan, kuasa apa yang mengizinkan ianya berlaku hinggalah kita dapat melihat peranan masyarakat dan undang-undang dalam mengubati kanser ini.

Bentuk 3D UMNO-BN ini sudah jelas buat kita. Ia memberi kita petunjuk bahawa, ubat terbaik untuk mengubati kanser ini adalah dengan menolak keluar mereka dari pentadbiran negara dengan jalan yang sah, iaitu pilihan raya.

Jalan ini merupakan jalan tengah yang menolak cara-cara ganas termasuk panggilan revolusi yang tidak kena pada tempatnya di Malaysia yang masih aman walau sentiasa gelisah ini. Kita memilih jalan tengah untuk berubah, dan kita yakin jalan itulah yang terbaik dalam berhadapan dengan kabilah besar seperti UMNO-BN ini.

Inilah hakikatnya apabila sesebuah kerajaan itu sudah terlalu lama memerintah, mereka menjadi terlalu selesa hingga korup yang suatu ketika dulu begitu menjijikan tetapi kini hal itu menjadi budaya politik UMNO-BN.

Kita sudah memberi peluang kepada kerajaan UMNO-BN mereformasikan diri. Apa yang ada cuma janji demi janji.

Janji Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak 2004 gagal ditunaikan. Janji Datuk Seri Najib Razak pun akan tinggal janji. Malah menjilat semula ludahnya apabila reformasi yang dicanangkannya bukan sahaja tak nampak bayangnya tetapi sedang dimansuhkan satu demi satu.

Sebelum terlambat dan parah, kita sebagai rakyat perlu ingat kata-kata hikmat ini: Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. – Roketkini.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...