TERKINI :

Friday, November 18, 2011

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

Program serahan RM100 jadi medan politik Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu.

"Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

"Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik.

Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

"Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100," jelasnya lagi.

Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

"Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

"Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta," katanya.

NFC: IGP sah aduan sudah diterima, sedang disiasat

November 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang menyiasat aduan berkaitan pembelian kondominium menggunakan dana projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kami sedang meneliti laporan (yang telah dibuat) dan memerlukan masa untuk menyiasat,” katanya.

Dipetik Star Online hari ini, Ismail (gambar) berkata pihaknya akan memanggil mereka yang terbabit untuk siasatan.

“(Jadi) kami minta orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi dan membolehkan kami menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan,” kata beliau.

Laporan semalam memetik beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu itu.

“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,” kata beliau yang awalnya dikatakan kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam satu kenyataan pagi ini, jurucakap SPRM mengesahkan pihaknya telah merujuk aduan PKR berkaitan dengan pembelian kondominium menggunakan dana NFC kepada kepada polis kelmarin.

Bagaimanapun menurut jurucakap SPRM, aduan tersebut dipanjangkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial susulan kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya Isnin lalu.

“SPRM mengesahkan laporan berkaitan dengan NFC telah dihantar kepada Pengarah Siasatan Jenayah Komersial pada 16 November 2011,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Minggu lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.

Dalam taklimat kepada beberapa media, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata NFC telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Menjawab dakwaan PKR itu, katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.

Salleh, suami kepada Shahrizat berkata, yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Isu Nurul Izzah ada Simpanan di Bank Israel - Tak Rasa Berdosa kaa dok buat kerja fitnah nie..??

Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..


Boleh dikatakan semalam kebanyakkan blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mempunyai akaun bank di Israeli National Bank, Berbagai tajuk diberikan mereka antaranya seperti printscreen diatas “Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?”

Ada dengan tajuk “MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??” seperti printscreen di bawah..


Ada pula dengan tajuk“Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel” seperti dibawah..


Dan banyak lagi Blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah ini..

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..

Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.

Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.

Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..

Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.

Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.

Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.

Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.

Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..

Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..

Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.

7. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah fitnah terhadap Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity

12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir

Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?

Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

8. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
Dan juga yang ini..
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

9. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
Hanya nama dan post yang ditukar mereka..

Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..

Sumber dan maklumat selanjutnya klik di SINI (ASD).

K-Keli rugi..biaq betoi..tapi ikan kat dalam sangkaq tu tak juai lagikan..ok laa tuuu....!!

Projek Keli-K diterus walau rugi
Keli

ALOR SETAR - Projek ternak ikan keli yang dikenali sebagai Keli-K di Sik masih diteruskan walaupun mengalami kerugian.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, kerugian RM397,423 dari 2009 hingga Disember 2010 tidak membantutkan usaha sebaliknya diteruskan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd.

Beliau berkata, sebelum ini ia dikendalikan Novel Ventures Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBK) yang memiliki ekuiti 51 peratus dan Deli Corporation Sdn Bhd yang menguasai 49 peratus.

“Projek itu terpaksa diambil alih oleh Kedah Agro apabila pengurusan syarikat Deli gagal merealisasikan matlamat pengeluaran ikan keli termasuk kos yang terus meningkat berbanding ketika mengemukakan kertas cadangan.

“Kita tidak pernah merampas projek itu kerana pemegang saham utama adalah Kerajaan Negeri melalui PMBK. Kita terpaksa ambil alih apabila syarikat itu gagal melaksanakan matlamat yang disasarkan seperti yang dikemukakan pada peringkat awal,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) di Dun Kedah semalam.

Menurutnya, setakat ini, kira-kira 150,000 ikan keli pelbagai saiz dan peringkat tumbesaran sedang diternak untuk projek Keli-K.

“Pada peringkat awal operasi, ikan keli dipasarkan sendiri pada harga RM3.50 sekilogram (kg) di samping promosi untuk memperkenalkannya, terutama pada majlis rasmi Kerajaan Negeri.

“Jika kita mampu menjualnya di pasaran dengan harga RM4 hingga RM4.50 sekg, ia boleh dianggap sebagai harga yang berpatutan untuk orang ramai,” katanya.

Amiruddin berkata, banyak usaha dilakukan sekarang ini untuk mempelbagaikan kegunaan ikan keli termasuk mengetinkannya dalam pelbagai perasa di kilang Sungai Petani.

“Dengan perancangan teliti, kita berharap projek ini akan mencatatkan keuntungan sedikit masa lagi selain diperluaskan ke kawasan lain untuk faedah lebih ramai penternak skala kecil.

“Ini adalah projek nukleus dan akan diperkembangkan ke kawasan berdekatan untuk menjamin hasil pengeluaran yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya.

HUKUM ISLAM UNTUK KAWAL KADAR ANAK LUAR NIKAH

22 Dzu al-Hijjah 1432 / 18 November 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.

DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.

Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.

DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.

Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Pengerusi NFC pertahan beli kondo.......tak salah ka dana rakyat guna beli ikut suka depa..??

Pengerusi NFC pertahan beli kondo, dakwa nilainya RM6.9j

http://4.bp.blogspot.com/-fAz0kMhCrNU/TsXG10ASpSI/AAAAAAAACug/dLulMQiTcQY/s1600/ternak+lembu+dalam+kondo.jpg

KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

“Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu,” katanya di Gemas hari ini.

Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

“Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan,” katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Salleh adalah suami Shahrizat.

Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.

“Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil,” katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

Dipetik Bernama Online, Salleh berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi.

“Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.

Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur.

Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau ‘grant’.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

“Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan,” katanya.

Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mewujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

“Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium,” tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasar raya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

“Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan,” katanya.

Pandai makan tak pandai simpan. Terang-terang dah mengaku.Berapa juta pun kira betullah dakwaan beli kondo tu.Tapi apa nak kisah bukan beli duit sendiri. Bukan duit menabung dari kecik.Duit rakyat! Rugi pun tak pa .SPRM pun tak boleh siasat kena serah kepada pihak polis.Pihak polis kata macam mana nak siasat tak ada laporan.Woiit tunggu apa lagi pi la buat laporan polis hihi.Jangan hanya riuh dalam alam siber.Laporan kepada SPRM dah dibuat, kalau laporan kepada polis pun tak laku rakyat kena turun ke jalanraya .Ini ubat terbaik untuk ajar Umno-BN! Klik gambar di atas untuk lebih jelas.


http://misaimerah.blogspot.com/2011/11/cepat-sapa-cepat-dia-dapat.html

Asri : Apa nak susah dah depa guna alat canggih sebar agama depa takan kita tak boleh guna juga..tapi kena ada 'TAULIAH' lee..

'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

“Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup.” kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

azlanMenurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Kebenaran hakiki

“Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

NONE“Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran,” kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali“Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

“Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana,” katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa “alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas”.

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.

NONESebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

Himpun placards“Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

“Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri,” katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

azlan"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

azlan"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

Dok BELA Shahrizat macam laa LEMBU tu dapat kat depa...RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno hangpa tau kaa..??

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan ‘Pertanian Satu Perniagaan’, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.

“Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.

Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.

Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.

“Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh.

“Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong.

Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit ‘kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan.

Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya.

Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor.

“Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini.

“Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan.

“Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?” soalnya.

Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.

Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.

“Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan,” ujarnya.

Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

Eishhh kena naik kereta kebal lagik....apa laa bangang fan indone nie..org nak tengok bola la bukan nak perang...

Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.

Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.

Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas

Pergi jahanam dengan perkauman

Syad Adzman

Sifat perkauman adalah parut paling hodoh yang mencacatkan ‘wajah’ sebuah masyarakat sivil. Perkauman juga merupakan racun paling berbisa yang akan melumpuhkan ‘tubuh’ masyarakat itu sendiri, ‘tubuh’ - dalam konteks ini ialah sistem kemasyarakatan yang menjadi penggerak kepada semua bentuk pembangunan yang relevan untuk sesebuah masyarakat itu. Sifat perkauman yang jelik ini juga bisa meletakkan masyarakat dalam sebuah daerah kebodohan yang penuh dengan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain, biarpun sudah 54 tahun berkongsi langit yang sama.

Saya juga musykil dengan persekitaran yang kita sedang hadapi. Apakah yang membuatkan kita terlalu sukar untuk meruntuhkan tembok perkauman ini? Mengapa masih kedengaran dari mulut-mulut kita bahawa bangsa itu dan ini adalah pendatang? Mengapa masih terdengar celuparnya perkataan kita bangsa selain Melayu harus dihantar pulang ke negara asal mereka? Mengapa ada yang biadab mengaku bangsa mereka menjadi tuan kepada satu bangsa yang lain? Apakah ini yang kita cerminkan selaku sebuah masyarakat yang mengaku melalui proses tamadun yang ulung?

Tidak salah untuk kita mengakui dan berbangga dengan kehebatan bangsa masing-masing. Saya seorang Melayu, secara peribadi saya berbangga sebagai Melayu. Cuma, yang menjadi masalah kepada negara ini ialah apabila segelintir daripada kita mendokong ideologi yang berorientasikan ekstrem dan taksub kepada bangsa. Ideologi sampah beginilah yang akhirnya membenihkan barah assabiyah yang kronik.

Ideologi sampah berteraskan ketaksuban kepada bangsa telah membuatkan kita lupa bahawa Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Isu bangsa itu dan ini sebagai pendatang tidak pernah timbul. Setengah abad telah berlalu dan kita semua tahu, semua bangsa yang lahir di tanah ini, adalah warganegara dan mereka yang terus memainkan isu pendatang ini nyata defisit ilmu serta berfikiran tumpul. Tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang bergelar warganegara Malaysia perlu dihantar pulang atau dihalang dari menetap di sini. Ini adalah rumah mereka. Rumah yang kita kongsi tanpa mengira jenis baka atau keturunan.

Selain itu, lahir juga sebahagian pelampau yang tanpa segan silu mengaku bangsa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Ketahuilah, tidak ada satu pun bangsa di dunia ini layak mengangkat diri mereka menjadi tuan kepada bangsa yang lain. Tuhan yang Maha Menciptakan telah menjadikan kita semua setaraf dan sedarjat. Tidak seorang pun daripada kita mempunyai kelebihan ke atas seorang yang lainnya. Justeru, sesiapa yang masih tegar memperjuangkan Ketuanan Bangsa, nyata telah melawan ketetapan yang ditetapkan Allah. Jelaslah bahawa, konsep Ketuanan Bangsa yang digembar-gemburkan kepada kita selama ini adalah jijik dan sangat terhina di sisi agama yang dibawa oleh utusan-Nya yang benar.

Saya nukilkan artikel ini setelah melihat elemen perkauman yang semakin membarah dalam negara kita. Ya, mungkin saya dilabel pengkhianat bangsa tetapi saya percaya kepada prinsip kesaksamaan dan berdiri teguh di belakang prinsip tersebut.

Jadi, tugas yang terpikul di atas bahu kita sekarang ialah untuk memecahkan tembok kedinginan yang telah lama meletakkan kita dalam keadaan berpecah dan saling merasa prejudis antara satu sama lain. Saya tekankan, Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Inilah masa untuk kita bersatu tanpa mengira bangsa mempertahankan bumi bertuah ini daripada petualang-petualang sebenar yang telah sekian lama berselindung di sebalik topeng pejuang.

Malaysia perlukan nafas perubahan yang segar. Nafas perubahan segar itu hanya dapat ditiup jika kita sebagai rakyat dan anak semua bangsa bersatu dan menjadikan ia satu realiti.

Pergi jahanam dengan perkauman!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6571-pergi-jahanam-dengan-perkauman

Wan Jamak pasrah hukuman FAM

Wan Jamak

REDHA dengan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, mahu kesnya dijadikan teladan oleh jurulatih lain.

“Saya terima keputusan FAM dengan hati terbuka, jika itu sudah ditetapkan Ilahi. Buat rakan-rakan lain, jadikan ini sebagai pengajaran.

“Sebagai jurulatih, tumpukan sepenuhnya dalam membimbing pasukan dan jangan sekali-kali cuba mempertikaikan apa yang bukan dibawah kuasa kita,” katanya, kelmarin.

Wan Jamak sebelum ini berdepan penggantungan 14 perlawanan dan denda RM9,000, selepas mengeluarkan kenyataan Kedah ‘dirompak oleh pengadil’ yang bertindak membatalkan dua gol skuad Kenari pada aksi terakhir Kumpulan A, bagi merebut tiket ke suku akhir Piala Malaysia lalu, dikenakan separuh daripada jumlah penggantungan dan denda.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu, digantung tujuh perlawanan dan denda RM4,500, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM membuat keputusan dengan pertimbangan, memandangkan ia adalah kesalahan pertama, selain sumbangannya sebagai bekas jurulatih dan bekas pemain kebangsaan.

Walaupun digantung tujuh perlawanan, Wan Jamak tidak melihat itu sebagai pengakhiran kariernya.

Sebaliknya, dia tetap terus memberikan khidmatnya kepada pasukan Kedah dari segi nasihat dan juga latihan.

Turut dikenakan tindakan, dua penolongnya, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail yang digantung empat perlawanan dan denda RM3,000 setiap seorang, selepas didapati bersalah terhadap tiga tuduhan, termasuk mengeluarkan kata kesat kepada pengadil.

Bank pon dah buat kelaku macam Along...!!

Tidak pulang lebihan bayaran

KAMUNTING – Lebihan bayaran yang didakwa tidak dikembalikan oleh sebuah bank, di sini, menyebabkan seorang pengguna, Abu Hassan Abdul Hamid, 48 merasa tidak puas hati.

Abu Hassan berkata, masalah berkenaan bermula ketika dia menghadapi masalah kewangan sehingga gagal menunaikan perjanjian sewa beli yang telah ditandatangani dengan bank berkenaan.

Menurut Abu Hassan, anak-anaknya masih bersekolah ketika itu menyebabkan keretanya telah dilelong oleh pihak bank.

“Pada 15 September lalu, saya menerima surat daripada pihak bank yang menyatakan hutang tertunggak saya berjumlah RM9,000 dan perlu dibayar sekali gus yang mana tempoh bayarannya sah sehingga 30 Oktober 2011.

“Selepas sebulan surat berkenaan diterima, saya telah menerima sepucuk lagi surat daripada bank berkenaan yang bertarikh 23 September 2011,” katanya ketika ditemui di Wisma Padu, di sini.

Katanya, dalam surat kedua yang diterima, pihak bank telah menyatakan hutangnya berjumlah RM10,945.99 dan tempoh sah surat adalah sehingga 30 September 2011 sahaja.

Dalam masa yang sama, menurut Abu Hassan, dia telah membuat pinja­man­ peribadi dengan sebuah bank lain untuk melangsaikan semua hutang tertunggak dan telah diluluskan.

“Dalam pada itu saya telah menerima sepucuk lagi surat daripada bank sama yang menawarkan pembayaran hutang tertunggak sebanyak RM5,182.91 dan sah sehingga 31 Disember tahun ini.

“Saya tidak puas hati kerana telah membuat ara­han­ kepada sebuah lagi bank untuk membayar semua hutang secara terus kepada bank berkenaan melalui ‘Cashier Order’ sebanyak RM9,000,” katanya.

Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh memaklumkan akan membawa aduan Abu Hassan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia.

Video seks: Bagaimana dengan kes bunuh dan lembu, Anwar selar polis

Oleh Melissa Lee

Anwar menyelar Perdana Menteri, datuk Seri Najub Tun Razak kerana sibuk memfokus kepada politik sampah sedangkan banyak lagi penjenayah seperti yang terlibat dengan kes bunuh dan skandal lembu nampaknya sedang lepas bebas.

De-facto Ketua Pembangkang yang berusia 64 tahun itu yang dijangka berpeluang menumbangkan kuasa BN yang sudah pun berusia 5 dekad tidak menyatakan secara spefifik siapakah penjenayah yang dimaksudkan beliau.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini skandal-skandal politik di Malaysia, sudah tentu boleh meneka bahawa beliau merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib.

Skandal lembu pula tidak lain tidak bukan adalah Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Keluarga beliau telah dituduh menggunakan RM83 juta daripada dana projek ternakan lembu negara, NFC. Menyalahgunakan kuasa mereka dengan membeli kondo mewah bernilai RM10 juta disamping mengenakan kos percutian RM800 000 untuk keluarga beliau.

“Inilah kerja mereka. Kita tiada pilihan lain selain berhadapan dengan mereka dan berusaha keras dalam pilihan raya seterusnya. Mereka sebenarnya takut berhadapan dengan kita jadi mereka gunakan pelbagai taktik kotor dan jahat .” Beritahu Anwar kepada wartawan di luar balai polis Kepong, Rabu.

Sandarkan harapan pada laporan yang dakwa lelaki dalam video adalah 99% sahih Anwar untuk menumbangkannya

Anwar telah dipanggil untuk menjawab dakwaan bahawa beliau telah menyedari bahawa beliau memberi maklumat palsu berkenaan kes video seks Datuk T. Polis menyandarkan harapan pada laporan dari AS yang mendakwa bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar untuk memerangkap beliau memandangkan pilihan raya mungkin diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Siasatan dimulakan setelah pegawai penyiasat DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan bahawa Anwar telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 182 di bawah kanun keseksaan. Jika disabit, Anwar boleh berhadapan dengan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM 2000. Polis Malaysia adalah dibawah jagaan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu Najib.

Hishammudin pernah menyatakan bahawa siasatan telah pun selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi, menurut Anwar, kes itu telah dibuka semula dengan memasukkan keterangan beliau.

Polis tidak boleh dipercayai

Anwar turut menyelar pihak polis kerana gagal bertindak atas laporan yang beliau buat atas Trio Datuk T. Anwar mendakwa mereka bertindak atas dasar ingin melakukan jenayah intimidasi.

Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Umno iaitu Shazryl Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim telah pun mengaku bahawa mereka telah membuat tayangan umum video itu dengan niat untuk meyakinkan Anwar dan isterinya Wan Azizah supaya berhenti daripada politik dalam masa 7 hari. Walaupun mereka telah mengakui niat mereka itu, pihak polis tidak mengendahkan tuntutan anwar untuk mendakwa trio Datuk T katas tuduhan jenayah intimidasi.

“Laporan saya adalah mengenai ancaman politik, jenayah fitnah dan intimidasi tetapi sekarang mereka hendak siasat saya semula hanya untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut. “ujar Anwar.

Malaysia Chronicle

ISA : Kerajaan BN Keras Kepala

Oleh Nasrudin bin Hassan

Sebelum ini, dengan yakinnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Hj. Najib Tun Abd Razak mengisytihttp://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/09/ISA.jpgharkan bahawa Kerajaan UMNO dan BN akan memansukhkan ISA sekaligus memberi sinar harapan kepada rakyat yang menanti sejak sekian lama untuk bebas dari belenggu akta drakonian ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat sendiri.

2. Tangkapan terbaru ke atas saudara Nazri Dollah di bawah akta ISA adalah bukti bahawa Kerajaan UMNO dan BN terus mempermainkan kesabaran rakyat dan terus mendera perasaan mereka. Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

3. Selayaknya kerajaan tidak lagi menggunakan ISA setelah komitmen untuk memansukhkannya telah dipertegaskan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Tetapi malang, ia sungguh meragukan. Tidak mustahil komitmen kerajaan UMNO dan BN dalam perkara - perkara lain seperti mahu memansukhkan PPSMI dan melakukan reformasi pilihanraya juga hanya satu retorik yang memperdayakan rakyat.

4. Sebelum ini berlaku flip - flop kerajaan dalam memutuskan kedudukan PPSMI dan kini kelihatan sikap yang sama akan berulang pada ISA. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN konsisten untuk memansukhkan ISA, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya saudara Nazri Dollah dibebaskan dari ISA dan jika ada pertuduhan ke atas beliau maka hendaklah di dakwa ke mahkamah, bukan dikurung tanpa sebarang perbicaraan.

5. Jika kerajaan UMNO dan BN terus berdegil dan keras kepala, enggan untuk membebaskan saudara Nazri Dollah, saya mengharapkan seluruh rakyat bangkit membantah dan menolak kerajaan flip - flop ini khasnya anak - anak muda demi masa depan rakyat dan negara yang lebih baik, aman dan sejahtera dari kezaliman yang dihasilkan oleh kerajaannya sendiri.

6. Sekiranya rakyat tidak bangkit membantah sebaliknya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN ini, tidak mustahil selepas ini PSC pula akan menjadi mangsa manipulasi kerajaan flip - flop ini. Melalui perkembangan ini setelah PPSMI dan ISA, saya jangka langkah untuk reformasi sistem pengurusan pilihanraya juga akan mengalami nasib yang sama. Akan cair dipertengahan jalan. Hanya kejujuran dan dilihat jujur dalam usaha melakukan perubahan ini sahajalah yang akan memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan UMNO dan BN kali ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jawapan Isu Kerajaan Negeri hendak pulangkan tanah yang telah di rampas oleh K'jaan dahulu di Langkawi

Kerajaan Kedah Serius Tangani Masalah Tanah Hendak Dimajukan - Azizan

ALOR SETAR, 17 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri serius dalam menangani masalah tanah dan tidak melengah-lengahkan proses permohonan tanah yang hendak dibangunkan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah sewenang-wenangnya memulangkan tanah yang dirampas seperti didakwa sebelum ini.

Katanya, dalam kes tanah di Langkawi yang dirampas daripada seorang tokoh terkenal pada 2007 kerana gagal membayar cukai berjumlah RM14 juta, kerajaan negeri bersedia memulangkannya apabila pihak terlibat menyatakan kesanggupan membayar cukai tanah sebanyak RM20 juta.

"Dalam hal ini, apabila tanah dirampas, kami memberi keutamaan tanah itu diberikan kepada pihak yang asal jika dia sanggup memenuhi dan menyelesaikan cukai yang dituntut," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri Khamis.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta kerajaan negeri mengikut kaedah Kanun Tanah Negara dan bukan cara sendiri dalam menangani masalah tanah yang dirampas ketika beliau menjadi Menteri Besar.

"Memang kerajaan dahulu nampak macam zalim sebab rampas tanah itu. Kita rampas tanah itu kerana pemiliknya hanya bayar premium tanah tetapi gagal membayar cukai taksiran tanah berjumlah RM14 juta," kata Mahdzir.

Azizan berkata kerajaan negeri serius dalam perkara itu dan ia bukan sekadar membabitkan permohonan tanah yang hendak dibangunkan malah masalah pencerobohan tanah.

"Kita tahu ada sindiket dan kita serius untuk mengatasi perkara ini," katanya.

Sementara itu, beliau akan berbincang dengan Pegawai Kewangan Negeri untuk melihat jika ada ruang elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dinaikkan berikutan beban tugas serta kewangan yang semakin bertambah.

"Saya faham bahawa elaun yang ada agak rendah dan kerja banyak. Bagaimanapun kita kena lihat kepada kemampuan kita dahulu," katanya.

Mengenai Jeti Kuala Kedah, yang dikatakan berada dalam keadaan yang tidak begitu baik bagi menampung pengunjung ke Langkawi, Azizan berkata kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf jeti itu dan membina lebih banyak tempat parkir.

"Ada dua syarikat sedang berunding dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk memajukan kawasan itu dan mewujudkan bandar baru," katanya mengulas dakwaan beberapa ADUN bahawa pengunjung ke Langkawi lebih berminat menggunakan Jeti Kuala Perlis.

Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri berhasrat menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi seperti menyediakan kemudahan aerobridge.

"Selain itu, Istana Sultan Kedah di Bukit Malut, Langkawi dijangka siap pada Jun depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri bercadang mewujudkan dua kawasan bebas cukai di sempadan Kedah-Thailand iaitu di Changlun dalam daerah Kubang Pasu, dan Durian Burung di Padang Terap.

"Kedua-dua kawasan itu mempunyai kemudahan yang baik seperti jalan. Usaha ini akan memajukan lagi Negeri Kedah," katanya.



-- BERNAMA

Keli-K bukan wayang

ALOR SETAR – Dakwaan ADUN Belantek, YB Mohd Tajudin Abdullah mengatakan bahawa projek ternakan ikan keli di Sungai Pau, Sik (Keli-K) adalah untuk mengaburi mata rakyat bagi membolehkan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan dan kuari pasir adalah tidak benar sama sekali.

Jika ianya benar untuk mengaut keuntungan pembalakan, lebih baik dilakukan di kawasan yang lebih luas mempunyai balak, iaitu di Gunung Bongsu, Kulim.

“Kalau hasrat nak sapu balak dan pasir, buat apa kita buat di tempat yang hanya ada lima, enam hektar saja, lebih baik kita buat di Gunung Bongsu yang ada 5,000 hingga 6,000 hektar, kalau betul kita nak buat, tapi kita tak buat,” sangkalan Exco Pertanian, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan pada sesi pertanyaan mulut yang diajukan oleh YB Mohd Tajudin.

YB Mohd Tajudin menyindir kerajaan negeri sama ada projek Keli-K itu dilakukan secara bersunggung-sungguh atau sebagai menutup aktiviti kerajaan untuk mengaut keuntungan ke atas balak yang ada di situ.

Tambah YB Dato’ Ir Amiruddin, projek ini juga dilakukan secara tender terbuka dan ianya adalah hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan industri akuakultur yang mempunyai potensi baik untuk pendapatan rakyat.

Kuari bijih besi jadi hasil baru kerajaan negeri

ALOR SETAR – Bajet 2012 sebanyak RM1.008 billion untuk kepentingan rakyat dapat ditampung dengan sumber hasil baru yang diperolehi oleh kerajaan negeri, iaitu hasil kuari bijih besi.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, hasil daripada kajian yang dilakukan Jawatankuasa Hasil, terdapat 80 juta tan metrik bijih besi dalam tanah untuk dihasilkan, hanya melibatkan tanah di bawah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Di bawah tanah PKB saja, kita ada 80 juta tan metrik yang perlu dikeluarkan, oleh itu saya boleh buat bajet besar sikit.

“Kalau satu tan RM50, maknanya 80 juta dapat RM400 juta, kerajaan dapat lima peratus daripada RM400 juta itu,” ujar beliau kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri, di sini.

Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pendang dan ianya mendapat permintaan antarabangsa terutama Cina.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk mempercepatkan proses perlombongan dapat dilakukan dengan secepat mungkin, yang mana hasilnya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

“Kita telah buat satu pasukan petugas macam mana nak cepatkan, bila lagi cepat kita beri kelulusan dan kebenaran, maka kita akan dapat hasil cepat,” ujar beliau.

Keluhan Sahabat Tak Boleh Simpan Janggut Di Tempat Kerja...

Den dah 2 kali kono togo supayo membuang janggut. Tapi den tak layan. Dan tadi, den ditegur buek kali ketigo. Kali ni den dipanggil oleh manager Human Resource. Dio adolah seorg melayu, Islam dan jugo seorg pompuan. Dio ckp kalau esok den tak buang janggut, den kono warning letter.

Tapi sebolum tu, dio tanyo apsal bolo janggut sejemput? Den jwb kalau bolo misai den tak minat sobab pompuan pun ado misai, tu sobab den bolo janggut sobab pompuan tak mungkin ado janggut.

"Mengarut lah!" jwb manager HR.

Manager HR tu tolak alasan den. Den jwb bolo janggut ni sunat, tapi tutup aurat wajib.

"Kalau Puan pakai tudung kepala, esok saya cukur janggut" , den menambah dgn tutur bicaro yg ponuh sopan disekalikan dgn senyuman yg ponuh menggoda.

"You DIAM! Esok jumaat kalau you masih berjanggut, I akan keluarkan warning letter. Get out!"

Parah den esok. Oh ye, utk info korang, sesapo yg join dalam bidang perhotelan & perlancongan di Malaysia, para pekerja lelakinya wajib mencukur janggut. Bolo misai ok. Korang baru tahu kan? Tapi itu lah undang-undang ey. Ironinya Haji Najib Tun Razak cakap Malaysia ni negara Islam yg sederhana. Boleh blah la wei!

UMNO Penang.. Menang Sorak MELAYU Tergadai....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...