TERKINI :

Wednesday, November 16, 2011

Negara dilimpahi anak luar nikah...

152,182 anak luar nikah dalam 2 tahun
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 16, 2011
Senator Heng Seai Kie

KUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

PSC: Tiada halangan bagi guna dakwat kekal

Tiada halangan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara, Datuk Seri Maxmus Ongkili.

NONEMenurutnya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberitahunya, perkara itu cukup sekadar pindaan pada peraturan pilihan raya (perjalanan pilihan aya) 1981, tanpa perlu meminda perlembagaan.

“Beliau jelaskan, ini boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu meminda peraturan ataupun perlembagaan,” kata Maximus kepada wartawan selepas mempengerusikan jawatankuasa itu.

Ongkili berkata pindaan atau pertambahan peraturan yang perlu dibuat itu melibatkan Perkara 19, Peraturan Pilihan Raya, di mana sebaik sahaja mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong, penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, tetapi perlu dibentangkan
kepada Parlimen.

pulau ketam village head election 310711 indelible ink"Secara lisan Peguam Negara jelaskan mengenai penggunaan dakwat kekal dan PSC berpuas hati dengan pandangan beliau.

"Pandangannya ialah jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang melaksanakan dakwat kekal pada bila-bila masa, ia tidak melibatkan pindaan Perlembagaan. Hanya perlu pinda peraturan pilihan raya. Jawatankuasa akan timbang perkara ini sebelum buat resolusi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Parlimen.

Abdul Gani ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai mesyuarat tersebut.

NONEMengenai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun, Ongkili berkata, Abdul Gani memaklumkan ia memerlukan pindaan Perlembagaan serta peraturan-peraturan berkaitan.

Perkara Perlembagaan yang perlu dipinda adalah Perkara 119 (4)(b) berkenaan "tarikh kelayakan" -- iaitu tarikh seseorang itu memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata perkara itu juga akan ditimbang dan ditetapkan pada mesyuarat PSC akan datang.

Ditanya mengenai kenyataan bercanggah Abdul Gani sebelum ini ketika dakwat kekal ingin diperkenalkan buat kali pertama pada pilihan raya umum 2008, Ongkili berkata: "Dia (Abdul Gani) masih konsisten dengan pandangannya. Cuma dulu jika tak mahu ubah peraturan maka perlu pinda Perlembagaan. Tapi dalam kes ini kita boleh ubah peraturan."

Oleh itu, kata Ongkili, PSC telah meminta Abdul Gani menyediakan dokumen hitam putih bagi menyatakan tiada keperluan meminda Perlembagaan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal, dan diserahkan kepada PSC pada Isnin depan.

Keuntungan projek nenas di Kedah sebanyak RM21.24 juta

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 16 November 2011 – Kedah kini mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM21.24 juta daripada pengeluaran nanas dan mempunyai teknologi yang membolehkan nanas ditanam dalam kepadatan yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Amiruddin Hamzah berkata, kini sebanyak 966 hektar tanah ditanam dengan nanas dan pengeluarannya sebanyak 130,417 tan metrik serta keuntungannya mencapai sebanyak RM21.24 juta.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan YB. Dato’ Rohsidi Osman (Bukit Pinang – PAS) mengenai pertanian di Kedah di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-12.

“Hasil tanaman nanas setakat ini tidak dieksport ke luar negara dan hanya di jual kepada pemborong-pemborong nanas sahaja. Sebahagiannya diproses di kilang-kilang di negeri ini.

“Kita menjangkakan pada 2015 ini sebanyak 1000 ekar nanas dapat ditanam dan sekarang ini kita sedang menunggu anugerah inovasi bagi penanaman nanas dalam kepadatan tinggi,” terangnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika dalam keadaan biasa, dalam sesuatu keluasan, nanas hanya boleh ditanam sebanyak 70 ribu pokok, tetapi dengan inovasi ini nanas dapat ditanam sebanyak 80 ribu hingga 85 ribu pokok.

“Kita sekarang ini sudah mempunyai Persatuan Penanam-Penanam Nanas Kedah yang ketuai oleh Jabatan Pertanian Negeri.

“Melalui persatuan ini maka kita akan dapat memastikan pengeluaran nanas secara berjadual agar tidak berlaku lambakan dan melalui sistem ini juga maka pengeluaran nanas dapat dikeluarkan secara berterusan,” katanya.

Dato’ Amiruddin menasihatkan agar penanam-penanam nanas mengelakkan pengeluaran nanas pada dua masa iaitu musim buah-buahan dan bulan Ramadhan. Waktu yang paling sesuai adalah selain musim tersebut seperti musim cuti sekolah dan musim kenduri kahwin.

Beliau juga menggalakkan usahawan-usahawan untuk membuat pengetinan nanas dan membut jus nanas.

“Kita juga menjual kulit nanas kepada sebuah syarikat dan syarikat tersebut menggunakan kulit nanas tersebut untuk membuat makan haiwan ternakan.

“Kerajaan negeri kini mempunyai kilang pengetinan buah-buahan di Sungai Petani dan ianya adalah untuk mengelakkan lambakan buah-buahan berlaku,” katanya lagi.

Terangnya, kerajaan negeri turut memberikan peruntukan kepada petani-petani yang mempunyai tanah yang terbiar disebabakan sebarang masalah seperti masalah perparitan.

Peruntukan tersebut diberi sebanyak RM20 ribu iaitu RM12 ribu untuk membaiki saliran dan tanah, manakala RM8 ribu lagi adalah untuk penggunaan baja dan racun tumbuhan. Bantuan tersebut bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk bantuan fizikal.

“Kerajaan negeri tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran nanas sahaja kerana kerajaan negeri juga memberikan perhatian kepada pengeluaran padi dan lain-lain. Antaranya adalah mengambil perhatian terhadap sawah yang di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu kita akan memohon peruntukan untuk membuat saliran yang lebih baik.

“Selain itu, kita juga akan memilih buah-buahan yang mendapat harga di pasaran contohnya Rambutan Deli dan kita juga adakan program pemulihan dusun dengan menjadikan dusun yang sedia ada menjadi lebih baik,” ujarnya.

Dato’ Amiruddin menggalakkan orang ramai untuk menanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah mereka dan membuang pokok yang tidak lagi berguna dalam program “Sebuah rumah, 10 pokok”.

Bajet 2012: RM78.5 diguna untuk penyelenggaraan jalan

Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 15 November 2011 – Pada tahun 2012, sebanyak RM78.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi penyelenggaraan jalan di mana antaranya adalah menaiktaraf jalan dari Bukit Selambau ke Sungai Lalang. Selain itu, peruntukan adalah untuk memperkukuhkan jalan-jalan utama, mengurangkan tempoh pengangkutan barangan, tahap keselamatan dan keselesaan pengguna juga dipertingkatkan.

Dalam Ucapan Bajet 2012 juga memperlihatkan keperihatinan kerajaan negeri kepada golongan peniagaan kecil yang tidak mampu menyewa ruang niaga di pusat bandar. Peruntukan sebanyak RM3 juta telah disediakan untuk pembinaan ruang niaga dalam merealisasi hasrat tersebut.

“PKNK telah menyiapkan UKIR MALL di Alor Setar dan Sungai Petani untuk memberi peluang kepada usahawan menjalankan operasi perniagaan di lokasi yang strategik.

“Sementara itu, pada tahun 2012, dua buah lagi bangunan di Kota Sarang Semut dan Hosba yang bernilai 14 juta akan didirikan oleh PKNK untuk tujuan yang sama,” kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat, di sini.

Banjir kilat yang berpunca dari pasarana saliran yang kurang sempurna, juga mendapat perhatian dan kerajaan negeri telah menyediakan RM15.2 juta untuk projek tebatan banjir, pemulihan sungai serta menaiktaraf sistem saliran.

“Kerajaan negeri perihatin kepada masalah penduduk yang sering dilanda banjir kilat. Tentulah dengan masalah sedemikian mereka mengalami kerugian dan kerosakan harta benda serta menyukarkan kehidupan mereka,” tambah beliau lagi.

Selain itu katanya lagi, sebanyak RM10.9 juta diperuntukan untuk projek pembangunan luar bandar yang memperlihatkan peningkatan sebanyak RM2 juta untuk mewujudkan pembangunan seimbang di seluruh kawasan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ucapan Bajet 2012 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat diadakan di Wisma Darul Aman.

Bajet Jalan Raya : Ketua UMNO Kedah serta Mukriz di tempelak oleh Bekas MB Kedah..!!

Bekas MB akui kerajaan lalu juga tidak belanja semua peruntukan jalan
Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 16 November 2011 – Kerajaan negeri semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu juga tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan penyelenggaraan membaiki jalan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Sebaliknya mereka hanya berbelanja mengikut kadar yang ditetapkan dan selebihnya digunakan untuk urusan-urusan lain termasuk pentadbiran kerajaan negeri.

Pengakuan tersebut dibuat oleh ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid dalam Usul Ucapan Menjunjung Kasih sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat di Wisma Darul Aman.

“Kerajaan dahulu juga menggunakan lebihan wang peruntukan jalan sepertimana kerajaan negeri sekarang lakukan. Amalan itu telah kita lakukan sejak dulu lagi.

“Walau bagaimana pun kita berharap, kerajaan negeri dapat meningkatkan lagi usaha membaiki jalan-jalan yang rosak demi keselamatan kita bersama,” tambah beliau.

MB: Pendapatan Pengurus Besar PKNS munasabah


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran gaji dan bonus bernilai jutaan ringgit kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tempoh dua tahun adalah munasabah dan berdasarkan prestasi kerjanya.

NONEBeliau berkata pembayaran itu dianggap setimpal dengan tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebagai pengurus besar dalam menjaga aset syarikat milik kerajaan negeri.

"Jumlah gaji yang diterima adalah munasabah dan setimpal dengan bebanan kerja asalkan tiada unsur rasuah dan berlaku penyelewengan.

"Kajian menunjukkan orang yang menguasai banyak syarikat berkaitan kerajaan memperoleh pendapatan melebihi RM1 juta setahun," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Belanjawan Selangor 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, semalam.

NONEKetua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman pada sidang DUN baru-baru ini mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar PKNS berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.

Menurutnya berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 dan RM760,000 pada 2010.

Abdul Khalid berkata bagi Kerajaan Negeri Selangor, pendapatan Pengurus Besar PKNS dinilai berdasarkan prestasi beliau dan PKNS itu sendiri.

"Sejak 2009 hingga 2011, pencapaian pengurus besar dan PKNS boleh dikategorikan sebagai baik," katanya.

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan menilai semula pemberian bonus kepada pengurus besar PKNS.

khalid ibrahim and khir toyo selangorSementara itu, Abdul Khalid menyangkal dakwaan ADUN kawasan Kuang Abdul Shukur Idrus yang mendakwa rezab yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berjumlah RM1.7 bilion.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Kewangan pada 31 Mac 2008, rezab negeri Selangor yang ditinggalkan oleh Dr Mohamad Khir adalah RM689 juta.

Persidangan DUN disambung hari ini.

- Bernama

MB Kedah bentang Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion

Oleh : SH UTARA/MOHD IDROS MOHD ALI
Tarikh : November 15, 2011

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion di Dun Kedah di sini petang ini.

Ia membabitkan RM570 juta untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM179 juta untuk perbelanjaan bekalan air.

Antara yang mendapat peruntukan tinggi dalam perbelanjaan mengurus ialah Jabatan Kerja Raya kira-kira 46.5 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (RM43.6 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM27.4 juta), Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM23.4 juta), Jabatan Perhutanan (RM14.6 juta) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM12.5 juta).

Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pula menerima RM32.8 juta manakala Pejabat Sultan Kedah mendapat RM11.5 juta.

Azizan turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin pada tahun depan selain RM50,000 bagi setiap Dun bagi kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini.

"Bantuan sebanyak RM100 kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun depan sebagai bantuan meringankan beban membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka,

"Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak RM500 akan diteruskan," katanya.

Bajet 2012 Negeri Kedah cuba elak defisit bajet

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil kira untuk tidak meningkatkan Bajet 2012 bagi mengelak defisit bajet yang besar serta membebankan di masa hadapan. Ini berdasarkan beberapa pengalaman keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan yang dijadikan iktibar.

Bagi tahun 2012 prospek ekonomi global tidak menentu mengambil kira suasana di beberapa negara yang membimbangkan serta ditambah dengan kelempaban ekonomi negara maju dan tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak dan krisis hutang yang melanda beberapa negara Eropah yang mana kerajaan Kedah menjangka kesan negatife akan menimpa kapada ekonomi dunia secara keseluruhan.

Oleh yang demikian dalam Ucapan bajet 2012 Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan senario seperti ini maka kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi pada kadar yang sederhana.

“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan,” katanya.

Katanya, kemasukan pelaburan dalam bidnag pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten. Ini berdasarkan jumlah pelaburan diterima pada tahun 2009 sebanyak RM1.5 bilion dan meningkat kepada RM1.96 bilion pada tahun 2010. Untuk tahun ini sehingga Ogos 2011 jumlah pelaburan sebanyak RM725 juta.

Menurutnya, jumlah ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Kedah seterusnya kerajaan akan meningkat usaha bagi lebih banyak pelabur menerusi konsep ‘Mesra Pelabur’.

Beliau menegaskan amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan. Menurut penyata kewangan tahun 2010 kerajaan negeri mencapai surplus iaitu lebihan berbanding perbelanjaan dalam akaun kumpulam disatukan sebanyak RM22.5 juta.

Perbelanjaan berhemah ini mengambil iktibar dari ayat Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49 yang meramalkan mimpi Raja Mesir yang membawa maksud menyimpanlah ketika mewah dan apabila tiba musibah hasil tidka menjadi simpanan itu boleh digunakan.

Dari aspek penghasilan baru Kedah akan mendapat royalti lumayan sumber bijih besi di beberapa daerah. Tindakan teliti sedang dilakukan olah pihak pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM1.008 bilion bagi melaksanakan pelbagai program yang disusun memajukan ekonomi dan memberi kesejahteraan rakyat. Dari jumlah itu sebanyak RM570 juta adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, RM259 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan sebanyak RM179 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Di bawah peruntukan mengurus sebanyak 38 peratus untuk bayaran emolument, 19 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, 38 peratus untuk pemberian dan kenaan tetap, 2 peratus untuk pembelian asset, manakala 3 peratus untuk lain-lain perbelanjaan.

Bagi peruntukan pembangunan pula sebanyak 57.6 peratus disediakan untuk projek infrastruktur, 12.96 peratus untuk pertanian, 16.9 peratus untuk pentadbiran dan 13.84 peratus untuk kemudahan sosial.

Jumlah hasil kerajaan negeri bagi tahun 2012 dianggarkan sebanyak RM550.8 juta . Jumlah hasil dianggarkan meningkat sebanyak 5.61 peratus ebrbanding hasil tahun 2011 yang berjumlah RM521.5 juta. Kerajaan negeri yakin anggaran hasil yang ditetapkan ini dapat dicapai berikutan rekod kutipan hasil sebenar yang meningkat setiap tahun.

Prestasi kutipan hasil sebenar pada tahun 2007 adalah RM78.9 juta berbanding angagran. Kutipan hasil telah meningkat kepada 91.96 pada tahun 2010. Pencapaian ini menununjukkan dasar yang diamalkan oleh kerajaan dan kesungguhan bekerja semua kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan amanah dan dedikasi.

Bajet 2012: RM100 untuk bantuan persekolahan pelajar

Ditulis oleh SARINA ISMAIL

http://4.bp.blogspot.com/_mGkMFWEzmj8/SE1nLsOS6VI/AAAAAAAADzo/X-47lnp3zj0/s400/esinar.jpg
ALOR SETAR, 15 November 2011 – Sebanyak RM1.7 juta disediakan untuk bantuan RM100 kepada seorang pelajar dari setiap keluarga yang mendaftar dengan e-Sinar sehingga 31 Oktober 2011, akan dilaksanakan pada awal tahun 2012 sebagai membantu meringankan beban menyediakan persediaan persekolahan.

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Ucapan Bajet 2012 di Wisma Darul Aman, di sini.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri telah berjaya menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran dalam pelbagai bentuk seperti bantuan membaiki rumah, membina rumah baru, bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan Jabatan Zakat, sumbangan peralatan kerja dan sebagainya.

“Untuk tahun 2012 ini program membantu keluarga miskin akan ditambah. Sebanyak RM1 juta telah diperuntukan untuk membaiki rumah-rumah golongan berkenaan.

“Selain itu RM50 ribu diperuntukan khas kepada setiap Dewan Undangan Negeri bagi kerja-kerja membaki rumah pada tahun ini .

“Sebanyak RM19.5 juta atau tambahan RM5 juta juga disediakan untuk pemberian bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata beliau.

Bantuan Skim Kafalah yang bertujuan meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah diteruskan dan sebanyak RM4 juta disediakan untuk tujuan tersebut.

Katanya lagi, melalui sistem pendaftaran e-Sinar, kerajaan negeri berjaya mengenal pasti kira-kira 17 ribu keluarga miskin sehingga Oktober 2011.

Ucapan Bajet 2012 tersebut dibentangkan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat.

Peluang untuk 25 ribu rakyat yang perlukan rumah

Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 15 November 2011 – Kerajaan negeri yakin projek membina rumah mampu milik di seluruh Kedah akan memberi peluang kepada kira 25 ribu keluarga yang mendaftar untuk memiliki rumah sendiri.

Berucap sempena Ucapan Bajet 2012, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat , Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah melantik STDC iaitu anak syarikat kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kampung Telok, Yan setelah fasa 1 projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga komited untuk membangunkan semula Kampung Kilat selain dua projek rumah mampu milik di Kuala Ketil dan Bandar Darul Aman.

“Dianggarkan kira-kira 1300 unit rumah akan dibina dan pembinaannya akan bermula pada tahun hadapan,” jelas beliau.

Di samping itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama dari sebuah yayasan yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 buah rumah untuk keluarga miskin di Yan. Kerja-kerja asas telah dimulakan dan pembinaan akan dimulakan pada akhir Disember 2011.

“Ada pihak membangkitkan kononnya projek perumahan tersebut dibatalkan, sebenarnya kawasan tapak projek seluas 15 ekar selesai ditambun pada Jun yang lalu.

“Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak membina rumah sehingga tanah tapak projek kukuh dan mantap,” terangnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menerima sumbangan dari sebuah syarikat untuk membina rumah mampu milik di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan yang bakal dimulakan pada tahun 2012.

Sejumlah RM5 juta disediakan untuk menyelenggara, membaik pulih dan urusan pengeluaran hakmilik perumahan awam untuk meningkatkan kualiti kehidupan penyewa sedia ada.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat diadakan di Wisma Darul Aman.

UCAPAN BAJET NEGERI KEDAH TAHUN 2012 OLEH MENTERI BESAR

http://abushahid.files.wordpress.com/2010/11/kedah2520sejahtera25202.png?w=300&h=82

http://pru12.pas.org.my/profil_calon/sederhana/kedah/n20.jpg

OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA
15 NOVEMBER, 2011
3.00 PETANG

BERTEMPAT DI
DEWAN UNDANGAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Watallata kerana telah melimpahkan rahmatNya dan membolehkan kita semua menjalani kehidupan yang selesa serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dalam keadaan yang aman, tenteram dan sihat sejahtera.

Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataalla kerana negeri Kedah tidak mengalami apa-apa bencana pada tahun ini. Saya berdoa agar ramalan bencana banjir besar yang dikatakan akan melanda pada akhir tahun ini tidak akan menjadi kenyataan. Namun, Kerajaan Negeri tetap berwaspada pada setiap masa bagi menghadapi sebarang bencana yang melanda.

Pada petang yang berbahagia ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin merakamkan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah dipilih untuk kali kedua sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang Ke 14 mulai 13 Disember 2011. Ini merupakan sejarah kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dan Malaysia secara amnya. Semoga hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan bertambah erat demi manfaat kepada rakyat. Bagi menzahirkan kesyukuran di atas perlantikan ini, Kerajaan Negeri telah menyusun beberapa acara menarik bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.

InsyaAllah, pada petang yang berbahagia ini saya akan membentangkan Bajet Negeri Kedah bagi Tahun 2012 sebagai satu kerangka kerja Kerajaan Negeri memaju dan mensejahterakan rakyat negeri ini selaras dengan slogan ’Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. Diharap dengan bajet ini kerajaan dapat berperanan dengan licin dan berkesan.

Alhamdullillah, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri telah berusaha menyusun pelbagai projek untuk memperkasakan Negeri Kedah sama ada dari aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan, pentadbiran dan kualiti hidup rakyat. Kerajaan berusaha sedaya upaya memastikan pentadbiran negeri diurus dengan baik secara amanah dan adil sepertimana sabda Nabi Muhammad Sollu Allahhualaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

” Tujuh golongan dilindungi Allah di hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya; pemerintah yang adil, dan pemuda yang masa mudanya digunakan untuk beribadat kepda Allah, seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid, dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah, dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan yang bangsawan dan jelita tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan sesungguhnya saya takut kepada Allah dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikannnya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian lalu berlinangan air matanya. (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Saya sungguh berpuas hati dengan kerjasama erat jentera pentadbiran Negeri, sokongan daripada anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC), pihak swasta dan rakyat yang telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Kerajaan untuk melaksanakan semua projek yang telah diputuskan oleh Kerajaan dan menyuntik beberapa inisiatif baru demi memberi kesejahteraan kepada rakyat. Semua inisiatif dan Program pembangunan yang dirancangkan telah didokumenkan di dalam Pelan Strategik Kedah Sejahtera yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011. Kerajaan telah melaksanakan apa yang dirancangkan ini mengikut kemampuan kewangan dan keperluan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang belum dilaksanakan dan Kerajaan berjanji akan terus berusaha memajukan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberi perhatian kepada semua pihak dengan adil.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bagi tahun 2012, prospek ekonomi global adalah tidak menentu. Keadaan yang berlaku di beberapa negara amat membimbangkan kita. Kelembapan ekonomi negara maju, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak, dan krisis hutang yang melanda beberapa buah negara di Eropah tentunya memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia secara keseluruhannya. Dengan senario seperti ini, Kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar yang sederhana. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan.

Kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten. Pada tahun 2009, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 1.5 billion ringgit, jumlah ini meningkat kepada 1.96 billion ringgit pada tahun 2010. Dan sehingga Ogos tahun 2011, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 725 juta ringgit. Pelaburan yang diterima ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh keyakinan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan asing dan meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan menerusi konsep Mesra Pelabur. Perkhidmatan yang diberikan, telah memberi keyakinan kepada pelabur asing. Kerajaan bersikap telus dan jujur dalam membantu menjayakan semua bentuk pelaburan.

Walaupun Kerajaan Negeri menyenaraikan banyak projek yang hendak dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat, tetapi Kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak meningkatkan Bajet Tahun 2012 bagi mengelakkan defisit bajet yang besar serta membebankan Kerajaan di masa hadapan. Pengalaman beberapa negara Eropah yang sedang mengalami keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan hendaklah dijadikan iktibar.

Amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan. Menurut Penyata Kewangan Tahun 2010, Kerajaan Negeri mencapai surplus iaitu lebihan hasil berbanding perbelanjaan di dalam akaun kumpulan wang disatukan sebanyak 22.5 juta ringgit. Al-Quran telah mengajar kita bagaimana untuk mentadbir, perbelanjan negeri secara berjimat cermat sepertimana yang diceritakan di dalam surah Yusuf dari ayat 43 hingga 49. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir gandum hijau dan tujuh butir lainnya yang kering. Lalu nabi Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut dengan berkata:

Maksudnya: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu simpan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur."
(Surah Yusuf, ayat 47-49)

Di dalam bajet yang lalu, saya telah memaklumkan bahawa Kerajaan akan mencari jalan untuk mendapatkan sumber hasil yang baru. Sebuah Jawatankuasa Hasil telah di tubuhkan bagi menyemak dan meneliti cadangan sumber hasil yang baru. Alhamdulillah, satu sumber hasil yang baru telah dikenalpasti. Kerajaan Negeri bakal menerima hasil baru daripada aktiviti kuari bijih besi di beberapa daerah. Pada masa ini tindakan terperinci sedang dibuat oleh pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat. InsyaAllah Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti yang agak lumayan pada tahun hadapan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...