TERKINI :

Monday, November 14, 2011

SPRM: Bendera RM2k siasat sampai mati, kondo lembu?

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC? :   KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?

"Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.

"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.

"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.

Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.

- Harakah Daily

Kerja 9 jam: Guru bukan tikus putih


Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa

wee ka siongTimbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

"Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya.

Keluhan Mahasiswa @ PTPTN...!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/380081_288125864553873_197667700266357_917589_1681173157_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/380081_288125864553873_197667700266357_917589_1681173157_n.jpg

Ramai bising pasal PTPTN. Kononnya mahasiswa lari tak nak bayar. Lepas tu bising pasal mahasiswa pilih kerja. Tapi pernah ke kerajaan fikir masalah mahasiswa? Nak kerja elok sikit bersesuaian dengan bidang dan course yang di ambil untuk memudahkan bayar hutang.. tapi bila dapat kerja gaji rm1,000 bayar sewa rumah rm200 monthly sebab share2, lepas tu motor rm250, rm20 electricity n water, rm200 barangan dapur.

Balance dalam rm300++. Nak hantar kat mak duit lagi. Tak kan lah dah kerja taknak bagi mak duit? Nak juga gembirakan hati mak. Dan lain2 perbelanjaan seperti minyak, makan di tempat kerja, dan pelbagai lagi. Semua perlukan duit. Untung orang x merokok. Kalau merokok mungkin lain pula hal nya. Mahasiswa pun tersepit juga. Kalau dapat bayar rm30 sebulan pun rasa seronok macam dah kurang dosa dari lari bayar hutang tapi bila tengok balance tak pernah nampak macam susut rasa sakit hati pula.

Yang kerajaan tahu nak salahkan mahasiswa kononnya liat nak bayar hutang dan tak pandai nak berterima kasih. lagi tertekan, had umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun... Sampai bila mahasiswa nak menganggur lagi?

Harga ayam pun naik...ni kan pula harga rumah.....

Oleh : Serikandi Mujahidah

Satu..satu..UMNO APCO ni dok cari pasai...dulu bab peruntukan banjir...bab peruntukan baiki jalanraya persekutuan...ni buka pulak pasai bab rumah pulak....

Kata Tok Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim..( nama dah sedap...bulan..)..sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, harga rumah di Kedah meningkat..maksudnya semakin mahai...katanya lagi...harga rumah teres dua tingkat pada tahun 2008 sebanyak RM180 ribu meningkat kepada RM220 ribu. Sementara tu..meningkat pula sehingga RM320 ribu pada tahun ini. Maka dengan harga itu...ramailah bumiputera tak mampu beli... Jadi kuota 50 : 50 yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju perumahan seolah-olah tidak berjaya.

SM tak mahu cakap banyaklah....setahu SM bukan setakat RM360 ribu bumiputera tak mampu beli..harga RM120 ribu pun berapa ramai yang boleh dimiliki oleh bumiputera. Kebanyakan bumiputera hanya mampu memiliki rumah kos rendah dan sederhana antara RM25 - 70 ribu sahaja. Kalau yang atas RM70 ribu tidaklah ramai sangat, itu pun kebanyakan yang memilikinya orang-orang yang memang berpendapatan tinggi. Jadi kenapa sekarang baru timbul masalah bumiputera tidak mampu memilik rumah dengan harga sedemikian...kalau dulu 70 peratus kuota untuk bukan bumiputera tentulah "sold out"...

Kiranya Tok Ketua Pemuda BN ni..sedaqlah pendapatan rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya hanya sekitar RM15 ribu setahun...baguslah...jadi janganlah dok fikir bab rumah je ...fikirlah sama dengan bebanan kenaikan harga barang keperluan harian yang naik begitu mendadak...kalau dah kehidupan seharian menghimpit..beras mahai..gula mahai...minyak mahai..ikan, ayam..daging..sayur..semua mahai..yuran sekolah mahai...caj letrik mahai..tak usaha nak kata beli rumah.....nak beli gerek pun fikir 2-3 kali ooooo...

Tak payahlah..Tok Ketua Pemuda BN nak susah hati pasai rumah-rumah kat Kedah ni..Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah cukup perihatin dengan masalah rakyat...melalui anak syarikat kerajaan negeri (GLC)..perumahan untuk rakyat perpendapatan rendah memang giat dilaksanakan..cuma dia yang tak tau!

Walau bagaimana pun mahal harga rumah tu..tidak le semahai harga renovate rumah pemimpin UMNO...ubah suai saja dah mencecah RM5 juta...tu belum kira harga keseluruhan pembinaan..

He..he..he..he...Bapak Badrol ..SM nak cadangkan...suruh aja Hjh Kak Semah infakkan cincin 28 juta tu untuk rakyat Kedah beli rumah-rumah tu semua...tentu baguskan....tak pun buatlah lelongan amal..beg-beg tangan...kasut-kasut..baju-baju Hjh Kak Semah buat bantu rakyat Kedah....tak gitu...

Bernaskan idea SM...

http://kedahla.blogspot.com/2011/11/harga-ayam-pun-naikni-kan-pula-harga.html

Di sebalik isu bantahan roboh surau di Jalan Kanchut...!!



UMNO Bhg A. Setar bantah cadangan roboh surau Islahiah, kanchut utk diganti dengan surau lebih besar..+bg lagi pampasan RM1.48 juta utk MAIK cari tanah dan buat bangunan ganti wakaf tanah asal. Apa pandangan anda?
· · Share · about an hour ago
  • 3 people like this.
    • Zulkifli Yahaya surau Salihiah, Kanchut..
      about an hour ago ·
    • Madi Aridinata mana2 pon xpa asalkan surau diganti dgn surau,..
      about an hour ago · · 1
    • Billabo 'ong try tnya depa tgk,ada x depa p bjamaah disurau tu...
      about an hour ago ·
    • Sarina Ismail betul..bukan macam BN Terengganu roboh masjid kat Kg Bujal..macam Israel roboh umah org Palastine....
      about an hour ago ·
    • Shahrul Pastu Nizam klu ramai nie p jemaah 5waktu kt surau tu pun baguih....
      about an hour ago ·
    • Sedaka Sejahtera muka2 yang dikenali????
      about an hour ago ·
    • Madi Aridinata haaa...paktam jadi imam..hehe
      about an hour ago ·
    • Enoi Cham berapa RM BN bayaq kat puak2 tu buat demontrasi? org melayu kalau xder upah depa xbuat. yg ni kena tanya mat bashah
      58 minutes ago ·
    • Ahmad Tajdid wui ramai nyer... semua kaki surau nie...
      52 minutes ago ·
    • Enoi Cham lepas habis sorak, dapatlah mkan free.
      48 minutes ago ·
    • Shukri Omar banyaknyer banner, sapa yg buat tu. mcm kenai je design tu. hehehe
      47 minutes ago ·
    • Enoi Cham polis bg permit pulak. siap kawal sekali
      46 minutes ago ·
    • Zuraini Kamal Shukri padimaz!
      33 minutes ago ·
    • Asfanizam Abdullah depa ni yg selalu duk solat di surau 5 waktu...???
      31 minutes ago ·
    • Asfanizam Abdullah di surau ni....???patut depa buat demo...???
      30 minutes ago ·
    • Mohd Hayati patut buat demo dgn memnuhkan surau sampai padat sendat ketat sampai back hoe tak boleh masuk, sentiasa mesti penuh dgn wakil no dlm surau tu, imarahkan sokmo.
      27 minutes ago ·
    • Azman Ahmad Dalam sidang akhbar tadi, ada sorang pok cik mai habaq..." Doktor (hat kepiah tinggi) tu ahli parlimen pokok sena...."
      21 minutes ago ·
    • Azman Ahmad Bila ditanya balas, pok cik tu habaq..."lepas PRU 13 ni dia la jadi ahli parlimen pokok sena. Orang kuat menteri kewangan tu".... Doktor hat kepiah tinggi tu pun pebetui la kepiah dia bila lensa kamera tala kat dia... Kontrol hensem... Hahaha
      19 minutes ago ·
    • Mohd Jaharuddin Yg buat demo ni suruh depa imarah surau baru lepas ni.. Majlis ilmu penuhkan jgn demo suruh buat ja..
      19 minutes ago ·
    • Mohd Khairul Nidzam
      maaf cakap la ya..ana ni dok kat bawah surau asal tu sejak umuq 3 tahun..la ni dah 30 dah..surau lama tu d robohkan ganti hat baru dok ada tu..nk roboh hat baru ganti lagi baru apa masalahnya..kenapa perlu d sekat kemajuan tamadun? ana sok...See more
      15 minutes ago ·
    • Azman Ahmad Menurut seorang penduduk tempatan, hanya ada 3 ~4 orang berjemaah setiap hari waktu maghrib dan isya... Tentang cerita budak2 duk mengaji quran dan bahasa rab disitu sebenarnya tak dak pun. Yg ada budak2 duk mai bayaq insuran.
      La ni surau tu jadi pejabat insuran. Disebelah belakang surau tu tak tau ada apa, tapi ada orang duk sembang dalam bilik di belakang surau tu.
      Pintu nak naik keatas surau berkunci.
      8 minutes ago ·
    • Shahril Rizal Ismail Tq polis atas kerjasama anda...tq untuk diri sendiri...hehehehhe...
      7 minutes ago ·
    • Marzukhi Daud betul... hanya ada pejabat insuran je. Lepas ni moga-moga ramai datang berjemaah.........

Penjelasan Lanjut Oleh MB KEDAH berkenaan "Isu Perobohan Surau" di Alor Setar


Penjawat awam terlalu ramai?

http://gm-ukm.blogspot.com

Kecoh seketika apabila isu jumlah kakitangan kerajaan sama ada di persekutuan dan pentadbiran negeri dikatakan terlalu ramai sehinggakan terdapat usul untuk mengurangkannya oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

Permis pertama, bilangan penduduk negara kini mencecah hampir 28 juta orang dan daripada maklumat sumber JPA, kakitangan awam kini mencecah 1.4 juta orang; Itu adalah fakta. Bukan menjadi pertikaian lagi.

Premis kedua. Saban tahun kakitangan awam ditambah, dan saban tahun akan berlaku kenaikan gaji dan imbuhan bonus kepada mereka; kos yang amat tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terbaru dalam Bajet 2012, pihak kerajaan mengumumkan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Malah usia wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kewajipan pihak kerajaan

Tapi itu bukan isunya. Memang menjadi kewajipan sesebuah kerajaan perlu malah wajib menjaga dan membela kebajikan kakitangan mereka.

Isunya di sini nisbah antara jumlah kakitangan awam dan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia membawa kepada 1:20, satu angka yang agak besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Isunya juga di sini, bagaimana pihak kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia yang di luar penjawat awam turut terbela ?

Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu

Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.

Harus difahami isu di sini, 1.4 juta orang kakitangan awam adalah meliputi kakitangan awam yang berada di peringkat kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Faktanya adalah memang benar kakitangan awam kita ramai, sebuah organisasi yang menggelembung besar (big fat in small bottle).

Antara salah satu faktor berlaku limpahan 'gelembung besar' itu kerana banyak jawatan dan fungsi yang bertindan berlaku antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan. Berlaku masalah bertindan dari segi struktur dan fungsinya ataupun tugas yang berulang.

Contohnya jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani, banyak bertindan dengan fungsi jabatan-jabatan pertanian di bawah pentadbiran negeri yang menjadikan asas tani sebagai komoditi seperti negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. (MADA, KEDA, KESEDAR)

Apa yang dikemukakan Ahli Parlimen tersebut yang mahu kurangkan jumlah kakitangan awam itu, mungkin dialu-alukan oleh rakyat marhaen, sebaliknya kakitangan awam pula yang merasa tidak senang dengan cadangan tersebut. Justeru atas sebab itu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan mudah membidas kembali cadangan tersebut sehari selepas cadangan tersebut dikemukakan.

Harapan mahasiswa

Di peringkat mahasiswa, yang mungkin sebilangan bercita-cita ingin bekerja di sektor awam, amat mengharapkan isu ini, sama ada mahu menambah dan mengurangkan kakitangan awam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik antara ahli parlimen, dengan memanipulasi permainan angka dan bilangan tersebut dijadikan isu.

Sebaliknya yang lebih penting adalah menyelesaikan organisasi dan struktur serta fungsi kakitangan awam yang bertindan itu atau tugas yang berulang itu sama ada mahu dibaiki atau tidak, perlu dilakukan dalam perhatian serius dalam kadar segera.

Atau sekurang-kurangnya bagi kami mahasiswa yang mungkin 'tidak berkesempatan' memasuki sektor awam, pihak kerajaan wajar menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.

PROJEK RINTIS '9 JAM' : BUKTI KERAJAAN TIDAK TAHU MASALAH RAKYAT

18 Dzu al-Hijjah 1432 / 14 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah projek rintis bekerja sembilan jam yang mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran kerana ia tidak wajar serta tidak munasabah untuk dilaksanakan terhadap para guru.

Dalam hal ini, DPPM bersetuju dengan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan projek perintis guru kerana kajian itu adalah satu tindakan membazir. DPPM menegaskan, para guru bukanlah tikus makmal yang boleh dijadikan bahan ujikaji terhadap keberkesanan sesuatu teori. Sebaliknya, DPPM melihat para guru adalah mereka yang sentiasa bereksperimen dengan kehidupan realiti dan bergelumang dengan dunia pendidikan. Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini.

DPPM mengajak kerajaan memerhati suasana pengajaran dan pembelajaran para guru terutamanya di sekolah luar bandar. Banyak perkara yang memerlukan inisiatif sendiri para guru, termasuk mengeluarkan duit kocek mereka bagi memastikan sistem pengajaran mereka di sekolah berkesan serta bagi memastikan para pelajar mendapat pengajaran yang terbaik. Selain itu, para guru juga terpaksa mengikut jadual waktu para murid seperti hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, pelbagai aktiviti riadah dan diluar darjah, lawatan sambil belajar disamping kursus-kursus wajib yang mereka sendiri terpaksa hadiri.

Dalam keadaan para guru sudah sedia terbeban dengan pelbagai tugasan yang diluar tanggungjawab utama mereka, apakah kerajaan mahu menambah lagi beban untuk mereka pikul? Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?

Tindakan Kementerian Pelajaran ini menunjukkan kerajaan sememangnya tidak peka terhadap permasalahan yang dihadapai oleh para pendidik. Bagi DPPM, guru adalah ibarat doktor yang merawat para pesakit. Kejahilan murid adalah penyakit yang perlu diubati, dan gurulah penawarnya. Karier perguruan juga amat penting dan mulia kerana gurulah yang mencorakkan muridnya dengan pelbagai kejayaan daripada tokoh korporat, profesional, tokoh akademik sehinggalah pemimpin hebat negara. Jasa dan pengorbanan mereka perlu dikenang dengan memudahkan segala urusan mereka, bukan menambah bebanan mereka.

DPPM syorkan agar kerajaan menilai kembali keputusan kajian ini dengan mengusahakan insentif kepada para guru sepertimana janji Pakatan Rakyat untuk memberi elaun tambahan sebanyak RM 500.00 sebulan. Tindakan ini lebih realistik bagi memastikan guru mampu mengajar dengan penuh cemerlang serta mampu melahirkan generasi pelajar yang terus cemerlang dalam akademik.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PR nak bagi RM500 depa nak suruh kerja 9jam.. mana satu pilihan kalbu..??

PAS tak setuju guru kerja sembilan jam

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.

azlanSambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.

Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Bawa kerja balik rumah

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.

missionary school 241207 students“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.

Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.

Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.

Buruknya Perangai Bekas Bakal MB Kelantan nie..!!!

Buruknya Perangai Awang Adek


TADI saya tertenguk sebuah klik video kecil dalam you tube mengenai telatah Awang Adek Hussein yang pernah diwar-warkan bakal menjadi MB Kelantan tahun 2008 menolak pemberian risalah kempen mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan oleh ahli-ahli kempen royalti minyak, Gerak.

Saya nampak dua atau tiga orang ahli Gerak cuba menghulurkan risalah itu yang berupa ucapan Tun Razak di Parlimen tahun 1975 mengenai kedudukan royalti minyak dan hak rakyat Kelantan. Ucapan Tun Tazak itu dicetak menjadi risalah untuk bacaan orang ramai, bagi mengingati apa yang pernah menjadi harapan Tun Razak dalam perjanjian carigali minyak di antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas.

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak percaya kalau Tun Razak ada membuat ucapan demikian. Tetapi apabila ucapan itu dikorek dan dijadikan risalah, baru diketahui orang ramai akan kedudukannya. Sudah tentu tujuan Gerak membangkitkan perkara itu untuk mengetahui latar belakang berhubung royalti minyak 5% untuk Kelantan.

Risalah itu katanya telah diserahkan kepada perdana menteri, Najib Razak yang merupakan anak bekas PM kedua itu. Nazri Aziz telah menerima risalah itu bagi pihak Najib dengan baik dan penuh mesra. Gerak, kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan seluruhnya mengharap dengan penyerahan risalah berkenaan ia boleh memberi keinsafan kepada Najib bagi melaksanakan apa yang menjadi cita-cita ayahandanya.

Tidaklah pula Nazri enggan menerima penyerahan rialah berkenaan sebagai simbolik tuntutan rakyat Kelantan itu. Malahan Nazri dilaporkan sempat bermesra dengan beberapa orang wakil rakyat Pas yang ikut sama bersama rombongan penyerahan itu yang diketuai oleh Husam Musa.

Risalah itu juga dibuat sempena ulang tahun ucapan itu dibuat oleh Tun Razak.

Saya tidak mahu hendak mengulas apakah risalah itu mampu menyentuh pintu hati Najib kemudian sedia memberikan royalti 5% kepada Kelantan. Sukar untuk mementukan sesuatu yang telah dijadikan isu politik dapat diselesaikan seperti mana diharapkan. Bukan saja dalam kes isu royalti itu, tetapi dalam kes-kes lain juga bila ia dipolitikkan, akhirnya ia menjadi buruk dan tidak berdiri atas prinsip sebenarnya.

Tetapi apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai sikap Awang Adek yang menolak pemberian poster kempen oleh Gerak itu. Keengganan Awang Adek untuk tidak menerima poster itu nampak sangat akan kesombongannya. Tidak sepatutnya seorang timbalan menteri dan pemimpin Umno Kelantan bersikap seperti itu.

Apa salahnya kalau beliau menerima risalah seperti Nazri habis cerita. Kalau dia terima ia tidak akan jadi isu. Tetapi dengan menolak pemberian poster itu, ia akan dijadikan isu oleh Gerak dan Pas Kelantan bagi menggambarkan betapa sombongnya Awang Adek. Setiap orang melihat telatah Awang Adek itu akan rasa mual dan kesal. Orang akan nampak sifat sebenar Awang Adek sebagai pemimpin Umno yang berada di luar Kelantan. Apa-apa kebaikan dan sikap berjurus dia semasa di Bachok akan dicemari dengan telatah beliau dalam you tube itu.

Sikap sebegitu juga bukan menunjukkan sifat seorang pemimpin berjiwa besar. Kalau pun beliau tidak mahu membacanya dan menilai petikan ucapan Tun Razak itu, tetapi ambil sajalah poster berkenaan kemudian beliau berlalu ke tandas dan sumbatnya ke dalam mangkuk tandas. Beliau tidak akan terpengaruh dengan petikan ucapan Tun Razak dan dia juga tidak dilihat sebagai sombong dan angkuh.

Dengan apa yang dilakukan Awang Adek itu orang boleh mentafsirkan bahawa di antara pemimpin yang berdendam dengan rakyat Kelantan ialah Awang Adek. Orang akan menuduh beliaulah yang berusaha menyekat agar royalti supaya tidak diberikan kepada rakyat Kelantan. Mungkin Najib sudah terbuka hati untuk menilai pemberian itu seperti mana termaktub dalam perjanjian tetapi oleh kerana ada penentang seperti Awang Adek, maka ia ditangguhkan. Saya tidak fikir Najib sedia meneruskan kekejaman dan kezalimi dimulakan Mahathir Mohamad. Tetapi bila mana ada pemimpin Umno Kelantan yang memberi nasihat dan mahukan supaya rakyat Kelantan diajar - dihukum, maka Najib juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Sebaliknya Najib sebagai PM tidak perlu sangat mendengar nasihat para pemimpin 'labu punggi' di Kelantan itu, Najib seharusnya sedar dia diberikan Tuhan peluang untuk membantu semua orang. Dengan mendengar penasihat pemimpin 'labu punggi' begitu, maka ia akan terleset dengan Najib sendiri sebagai pemimpin yang menzalimi rakyat.

Saya percaya kalau ketika ini Tengku Razaleigh Hamzah menjadi pemimpin Umno Kelantan hak rakyat Kelantan itu sudah pun dikembalikan. Sudah pasti Tengku Razaleigh akan menasihati perdana menteri supaya mematuhi apa yang dimaktubkan dalam perjanjian dan Akta Petrolium 1975. Ternyata dari segi kualiti dan wibawa Tengku Razaleigh jauh lebih profesional daripada beberapa pemimpin 'labu punggi' di Kelantan sebelum ini. Labu punggi ialah sejenis buah yang menyimpan air dan ia akan membesar sehingga mencecah sebesar tiga biji bola sepak.

Labu punggi juga yang hanya tahu menelan dan menyerap air ke buyungnya tetapi tidak tahu membuangnya sehinggalah ia matang membuncit dan akan pecah berkecai. Isinya sedap disira dengan gula, tetapi khasiatnya tidak seberapa sangat. [wm.kl.10:32 pm 13/11/11]

Mohd Sayuti Omar,

SETPOL MB Kedah tunggu blogger UMNO untuk bersemuka.. Sekoq pon tak mai..!!

Ternyata puak2 cyber trooper UMNO ni berani maki hamun dari jauh saja, bila panggil mai pejabat bersemuka, nak dengaq depa nak kata apa...depa tak berani mai...tu pun ada hati nak ajak debat...saya tunggu dari jam 10 pagi kelmarin sampai petang...haram tak mai...sah! Pengecut...
· · · 2 hours ago ·
    • Zainal Abidin La baru tahu ke..depa dari dulu memang macam tu..berani kutuk dr belakang aje..depa pengecut
      2 hours ago ·
    • Md Daud Abdul Rahman Pulus punya pasai saja. Depa pun tau depa salah
      2 hours ago ·
    • Kresya Arts Org nak kalah cmtulaa
      2 hours ago ·
    • Ahmad Roda Sama cam pm kita la takut bini.dulu kini selamanya
      about an hour ago ·
    • Kresya Arts Umno dah habis modai. PR kena bijak ambik peluang menjuarai isu Demi rakyat
      about an hour ago ·
    • Kresya Arts MSMN tunggu dgn sorang ka ghramai ..
      about an hour ago ·
    • Sabri Mohd Nasir Depa dibayag untuk gheja tu...
      about an hour ago ·
    • Md Zain Saad puok2 tu memang la lagu tu Chee oiy..deme tu bukan berani pun...dok haghap surak habar dgn tv ja dok bela deme tu
      about an hour ago ·
    • Zulkifli Yahaya Toksah dok layan puak-puak sex maniac dan penagih ayaq ketum tuu
      57 minutes ago ·
    • Kamaruddin Kassim berani baling batu sembunyi tangan
      52 minutes ago ·
    • Farid Abu Bakar puak tu bodo piaq.. slama nie depa dok sembunyi blakang media ja.. cuba media telus.. dah lma bungkuih..! tu pn ada lg dok caya brita munafik depa.. adoi.. xtau la seksaan apa depa dpt nt.. mintak tolak la
      52 minutes ago ·




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...