TERKINI :

Sunday, November 13, 2011

Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN

Khalil Idham Lim

Saya ingin menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat dewan tertinggi BN petang Jumaat lalu adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti gabungan itu kembali kepada prinsip asal aitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.

Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak Hussein yang merupakan mantan perdana menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan di manakah rasionalnya tindakan serta ungkapanNajib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tafsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.
Penulis adalah ketua penerangan PAS Perak dan ADUN Parit Buntar

Seperti Memelihara Lembu Dalam Kondominium

Nasrudin Hassan At-Tantawi

1. Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.

2. Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara.

3. Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus.

4. Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita.

5. Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lampiran:

Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah.
Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010.

a] RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

b] Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal.

LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal.

Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal

Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal

Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal

Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal

c] Peralatan yang tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396

Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670

Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855

LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905

GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025

CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110

Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


d] Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.


e] Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

f] Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

Dengan GST, 'lembu' mana pula tinggal di kondo

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 13 Nov: 'Lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah jika kerajaan berjaya mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi untuk rakyat, soal Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.

"Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.

"Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.

"Maka 'lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat teguran dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar hakikatnya sebagai perulangan berkali-kali sejarah-sejarah lampau yang sama di bawah Umno BN.

"Pemimpin-pemimpin politik dan kroni-kroni mereka menggasak pelbagai projek dan peluang.

"Bila rugi, mereka bukan sahaja tidak perlu menanggung apa-apa kerugian malah ada bailout pula dan syarikat atau projek yang dirugikan itu boleh dijual kepada kerajaan pula dengan harga mewah seperti yang berlaku ketika saham MAS dijual kembali kepada kerajaan," katanya.

Mahfuz juga menyelar sikap para pemimpin Umno yang berhempas pulas mempertahankan projek NFC yang disifatkan oleh Ketua Audit Negara sebagai kacau bilau itu.

Jawapan Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan semua pemimpin Umno bukan sahaja tidak memadamkan keraguan malah menambahkan keraguan, katanya.

"Bagaimanpun, saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pertanian.

"Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!" sindir beliau lagi.

PERKASA apanya kena "BELASAH" sampai berdarah kepala... baru ada akai...!!

PERKASA cedera dibelasah di Johor pasai kacau ceramah Mat Sabu

Jamil Hussain cedera
akibat dipukul di Pasir Gudang,
Johor, malam semalam


Utusan melaporkan:
JOHOR BAHRU 12 Nov. - Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.

"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).

"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.
Juga dilaporkan:  
Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid.
Tah pasai apa, Utusan nampak macam malu pulak nak sebut nama NGO tu, sebut ja la NGO tu PERKASA, tak payah nak berselindung-selindung. Mungkin kut pasai PERKASA terbukti perkasa sebenarnya tak perkasa pasai boleh cedera dan pengsan, hahaha...

Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada pemberani yang belasah ahli PERKASA tu. Aku bukan sokong kekerasan dan langsung tak galakkan ahli dan penyokong PAS pukui orang. Tapi kalau dah sampai tahap menceroboh premis kita lepas tu pulak buat kurang ajar kacau program kita, memang sepatutnya kita mempertahankan maruah kita.

Depa ingat selama ni depa kuat di Johor, Johor tu hak mak bapak depa. Walaupun PAS selama ni lemah di Johor tak bermakna PAS tak ada hak di Johor. Sama jugak macam di Kelantan, PAS takdak hak nak halang program Umno di Kelantan walaupun PAS cukup kuat di Kelantan.

Biar insiden ni jadi iktibar kepada umno. Jangan ingat hangpa saja ada samseng, dalam PAS pun ramai samseng. Cumanya selama n i depa sorok samseng depa pasai wala' kepada pimpinan. Jangan selalu sangat 'cabar' kejantanan PAS, aku takut nanti sampai tahap Mat Sabu pun tunjuk samseng sama, masa tu sapa pun dah tak boleh nak halang 'samseng rakyat'...

[Sumber imej: CelahGelegar]


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/11/perkasa-cedera-dibelasah-di-johor-pasai.html#ixzz1dZDfhife

Barisan Nasional Mengharap Banjir

Oleh : Enggang Qadha

Banjir adalah bentuk musibah yang ditentukan oleh Allah, Musibah Allah bukanlan suatu pekara yang boleh di main-mainkan. Umno masih lagi menggunakan taktik lama untuk menagih undi, kesusahan dan kepayahan rakyat adalah modal lapuk Umno / Barisan Nasional untuk mencari simpati rakyat.

Keperitan dan penderitaan adalah keuntungan politik bagi Umno / Barisan Nasional. Umno / Barisan Nasional tetap akan memperalatkan apa saja yang demi kepentingan politiknya, walaupun dengan mengharap musibah menimpa rakyat." Banjir oh banjir , menjelmalah kau banjir", itu adalah sebahagian wirid yang sentisa bermain dimulut pemimpin umno.
Tidak cukup dengan itu, media-media upahan mereka juga dilihat keterlaluan memainkan isu banjir besar, sehingga ada rakyat yang sudah panik, bimbang sebagaimana musibah banjir berlaku seperti di utara Thailand.

Rakyat perlu tahu sepak terajang politik Umno Barisan Nasional. Memainkan isu banjir ini, adalah mahu menutup segala isu penyelewegan wang rakyat oleh pemimpin Barisan Nasional sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara,

Mereka mahu menutup isu Sharizat dan lembunya, mereka mahu rakyat lupa isu daftar pemilih yang melibatkan pendatang tampa izin, mereka mahu para guru lupa tentang penyelewengan RM30 juta oleh kementerian pendidikan, mereka tidak mahu segala penyelewengan yang didedahkan oleh ketua audit negara sampai ke pengetahuan rakyat. Mereka sebolehnya mahu supaya rakyat tidak mendapat maklumat laporan Ketua audit bahawa pentadbiran kewangan negeri pakatan rakyat 2010 secara keseluruhanya adalah memuaskan.

Umno / BN ketika ini mengharapkan banjir berlaku, kalau boleh banjir berlaku setakat macam zaman nabi Noh sudah la, bila berlaku musibah mereka dapat menghulurkan kotak mee maggi, kampit beras, tuala wanita yang berjenama 1 Malaysia kepada mangsa banjir. Sharizat Jalil sudah tentu mahu ke Kedah, untuk menyelak betisnya, meranduk banjir bagi menyelamat isu lembunya.

Kerajaan Kedah dengan jenteranya tenang, bersiap sedia menunggu dalam menghadapi ketentuan Allah. Ahli PAS sibuk dimarkas mengadakan solat hajat memohon bagi dijauhkan segala bala musibah dari Allah.

Ini bezanya Pas dengan umno. Pengerusi perhubungan Umno Kedah, Dato Bashah yang baru kembali dari menunaikan ibadah haji, tentu pening dengan isu banjir ini, kerana janji-janji untuk mangsa banjir yang lepas, masih banyak yang belum beliau ditunaikan.

Selain dari nak meraih sokongan dengan gula-gula bantuan, pemimpin UMNO / BN juga menunggu peluang untuk mendapat sikit habuan dari peruntukkan yang 'turun'. Inilah peluang mereka mendapat habuan atau berpeluang mengawal peruntukkan yang akhirnya ada lebihan yang akan masuk poket sendiri.

Setiap pusat pemindahan, pasti akan ada kumpulan wanita dan puteri yang meramaikan pusat tersebut. Sedangkan kerja-kerja membantu mangsa tidak dipedulikan, dibiarkan kepada agensi lain menguruskannya.

Itulah sikap UMNO / BN setiap kali berlaku musibah. Mereka yakin, musibah tersebut adalah peluang untuk mereka membuat 'pahala' setelah sekian lama berwirid memohon musibah berlaku.

PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA



Ha Ha Ha... Haji Najib pening kepala isu Felda. Perpecahan dalam Felda sangat serius dan ketara. Walau Isa Samad bagitahu media dan Haji Najib semuanya baik, tapi laporan semua baik juga sebabkan BN kalah Selangor, Penang, Kedah, Perak (sebelum acara lompat katak wakil rakyat berlaku) dan Kelantan. Haji Najib tergamam dalaman Felda berantakan. Isa Samad dan Sabri Ahmad hentam FELDA malah Ketua Peneroka yang jadi Lembaga Pengarah pun turut dimaki hamun oleh penyokong-penyokong tegar mereka sebab tak setuju rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan gadaian anak-anak syarikat Felda.

Ha Ha Ha... Biarkan Isa Samad dan Sabri Ahmad terus leka bantai Dato Dzul (DG Felda), Pengarah-Pengarah dan kakitangan FELDA serta tak terkecuali En. Samsudin (Ketua Peneroka) di laman maya dan melalui agen mereka Seranta UMNO Felda. Di barisan PR, lebih elok Dato Dzul keluar Felda, imej bersih dan lembut beliau menyusahkan PR mempengaruhi peneroka. Aura Dato Dzul kuat di seluruh Felda, tanyalah calon-calon PR yang tumbang di Felda. Dato Dzul sendiri ahli UMNO, dan bantuan Dato Dzul dan pengurusan Felda yang yakinkan peneroka dan kakitangan menangkan BN di DUN Hulu Selangor. DUN Kerdau dan DUN Tenang serta DUN Merlimau. Pengaruh En Shamsudin (Pak Din) pun cukup gagah di kalangan peneroka. Aura beliau juga yang menangkan BN di peti undi FELDA. Buktinya, pencacai Isa Samad dan Sabri Ahmad akhirnya mengalah kepenatan dan heret Dato Dzul dan Pak Din pada saat akhir siri penerangan serta paksa Dato Dzul dan Pak Din cakap semasa diwawancara TV3 tapi lain dijawab lain yang keluar dan yang mengulas panjang adalah pembaca berita sendiri. Siapa tak kenal berita TV3 yang iklan raya aidilfitri pun ala krismas dan yahudi. Dato Dzul dan Pak Din sekarang jadi bahan pameran untuk tunjukkan semuanya OK dengan usaha keji Isa Samad dan Sabri Ahmad (http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siapa-kata-pengerusi-dan-pengarah-besar-felda-tidak-ngam.html). Penulis teringat ini juga usaha dilakukan US untuk menggambarkan situasi Palestin semua OK dengan mengambil gambar Presiden Palestin bersalam dengan Presiden Israel (http://www.thehindu.com/news/international/article24048.ece) dalam masa yang sama Israel tetap menekan Palestin dan mengambil tanah-tanah Palestin dan menyerang pejuang-pejuang Palestin. Tidak ada bezanya tindakan Israel dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad menekan FELDA menggadai tanah-tanahnya, aset dan syarikatnya dan menutup terus keistimewaan peneroka seperti pendidikan, usahawan, SIUF, pembesaran rumah dan perumahan generasi baru, sukan, kerohanian dll. serta menyerang suara-suara FELDA dan generasi baru yang menentang usaha penyenaraian secara terburu-buru.

Ha Ha Ha....Bagi PR terutama generasi baru Felda yang menentang rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan usaha menggadaikan anak syarikat Felda dengan menyerahkan 70% saham kepada pelabur luar, mereka tidak peduli pasal Dato Dzul atau Pak Din. Dato Dzul tetap akan dapat pencen, Pak Din pun sudah tua dan jika Pak Din tersingkir dari jadi Ketua Peneroka pun, Pak Din tetap bahagia menjaga cucu dan beribadat. PR dan generasi baru FELDA cuma nak jaga masa hadapan peneroka dan generasi baru daripada tergadai dan hilang hak istimewa sebagai peneroka. Bunuhlah sesama kamu, gaduhlah...ada PR kisah?

Ha Ha Ha...tapi teruk-teruk PR kena belasah pun tak ada pula buka kisah peribadi atau nak tutup periuk nasi pengurusan Felda dan kakitangan. Sekadar teguran melalui ceramah dan memorandum sahaja. Blogger-blogger dan Facebooker upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad sekarang kata pengurusan Felda tak mahu Felda berubah kerana dapat duit banyak jadi wakil FELDA dalam anak syarikat. Dah tentu anak syarikat itu FELDA punya maka pengarah sedia ada yang wakil FELDA. Wakil peneroka pula kurang-kurang pun ada dua dalam setiap anak syarikat FELDA. Bezanya wakil peneroka tidak akan pencen, wakil FELDA akan pencen. Dah pencen nanti tak ada peluang lagilah jadi wakil dalam anak syarikat. Lagipun semua kakitangan kerajaan wajib bayar cukai pendapatan dan isytihar pendapatan. Isa Samad al-korupsi ada isytihar harta ke? Sabri Ahmad pasti tak berani isytihar harta sejak didapati bersalah oleh Lembaga Pengarah Sime Darby terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Hope. Nasib Sabri Ahmad baik, sekadar diminta diletakkan jawatan, bukan disumbat dalam penjara kerana Golden Hope tak panjangkan isu kepada SPRM. Kalau Presiden ANAK Mazlan Aliman buat laporan kepada SPRM menggunakan dokumen dan bukti dari KPMG Forensic dan dokumen yang ada pada YB Wee Chee Keong serta bekas akauntan Golden Jomalina, pasti Sabri Ahmad pening kepala. Dengan dokumen sama, Sabri Ahmad diminta letakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby, tak mustahil kali ini SPRM ambil tindakan jika ada laporan. Kalau ANAK buat laporan, jangan terjun dari pejabat SPRM sudahla ya Sabri?

Ha Ha Ha.. Haji Najib pening kepala. Kaedah Isa Samad buangan UMNO dan Sabri Ahmad buangan Sime Darby memaksa kakitangan dan peneroka bersetuju dan mengugut supaya mendiamkan diri bakal makan tuan. Memang kakitangan FELDA dan peneroka ini tidak ada daya melawan kempen penerangan dan tohmahan melalui media utama dan medan pertempuran maya kerana tidak punya sumber kewangan. Harus diingat, semasa Pilihanraya Kecil, semua jentera kerajaan yang diperkuda BN boleh digerakkan dan ditambah sokongan kuat pengurusan Felda dan JKK Peneroka telah berjaya menangkan undi BN. Apabila Pilihanraya Umum 13 berlangsung, jentera kerajaan yang boleh diperkudakan BN akan mengecil, Haji Najib pasti harapkan JKK Peneroka, pengurusan FELDA dan kakitangan bantu menangkan BN. Agak-agak kali ini dapat tak sokongan yang sama? Sekarang tidak mungkin Haji Najib akan nampak hati kakitangan dan peneroka FELDA selagi PRU 13 belum berjalan. Takkan Haji Najib nak paksa kakitangan dan peneroka FELDA yang memprotes dalam diam ini sain dokumen akujanji undi BN macam orang Indon, Bangla dan Myanmar yang dapat IC mudah.

Ha Ha Ha.. Isa Samad dan Sabri Ahmad sendiri bantu PR menangi hati peneroka, pengurusan dan kakitangan FELDA dalam diam. Tugasan Biro Felda dalam PR sangat mudah: Panjangkan fakta-fakta yang cuba diputarbelitkan Isa Samad dan Sabri Ahmad serta tunjukkan serangan peribadi terhadap pengurusan FELDA dan Ketua Peneroka oleh blogger upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Tiba PRU 13 kelak, calon-calon BN pasti terpinga-pinga kenapa pengurusan FELDA dan peneroka tidak lagi bersama dalam kempen sebaliknya membuka pintu seluasnya kepada PR untuk berkempen. Pada masa ini PR tidak mengharapkan peneroka dan kakitangan FELDA turut berkempen, buat sepanduk atau bakar patung Isa Samad. Cukup sekadar tunjukkan protes anda terhadap Isa Samad dan Sabri Ahmad melalui undian terhadap PR pada PRU 13. Mudah kan?

Kerana Lembu Sharizat : Pemimpin UMNO Bercelaru

Oleh: mohdnoorawang

"Isu lembu lembu yang dibela oleh keluarga menteri wanita dan ketua wanita UMNO Malaysia Sharizat Jalil dan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta telah mengiyakan watak watak pemimpin umno terserlah bodoh dan pengkhianat yang nyata. Hujah ketua pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin teramat bodoh dan amat dangkal hujahnya. Wang RM250 juta projek bela lembu yang diberi kepada keluarga Shahrizat Jalil melalui Kementerian Asa Tani jelas diselewengkan.

Hujah bodoh Khairi Jamluddin, pembelian Kondominium dari dana bela lembu sebanyak RM9.8 juta tidak salah, dengan kata lain tujuan untuk menyumbang aset dan untung. Jelas memang hujah Khairi hujah pengampu kepada perdana menteri, timalam perdana menteri, menteri asa tani dan Shahrizat.

Satu soalan kepada hujah Khairi, jika berlaku penutupan syarikat bela lembu Shahrizat, SIAPA PULA PEMILIK KONDOMINIUM MEWAH RM9.8 JUTA (ONE MERENUNG DI BANGSAR?.

Pembelian kondo mewah menggunakan dana wang bela lembu bukan atas nama kerajaan Malaysia, pembelinya adalah syarikat anak beranak Shahrizat Jalil. Tiada ada kaitan dengan dengan projek bela lembu, hanya angakt dari lembu beli kondo,

Wahai pemimpin UMNO termasuk Khairi, Shahrizat, dan khasnya perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri asas tani jangan berbohong kepada rakyat,

Hanya kerana lembu RM250 juta yang dibela oleh Shahrizat, maka ramai pula menjadi watak watak lembu. Rakyat sudah faham dan cukup meluat dengan hujah bodoh dari pemimpin UMNO kerana isu lembu yang terang dan nyata berlaku penyelewengan.

Wahai SPRM kenapa kamu takut untuk menyiasat Isu lembu Shahrizat dengan dana RM250 juta dan pembelian kondo RM9.8 juta. Amat malamg SPRM jadi tikus dan buta serta bisu dalam bab lembu Sharizat, mungkin SPRM pun macam otak lembu kok?.

Untuk mudah faham tiada berbelit dengan dengan hujah bodoh pemimpin UMNO tentang isu lembu Sharizat:- WANG PROJEK BELA LEMBU RM250 JUTA DIBERI KEPADA KELUARAG SHARIZAT JALIL, RM9.8 JUTA BELI KONDOMINIUM DIBANGSAR. LEMBU LEMBU TIDAK BERHASIL YANG ADA HASIL KONDO MEWAH.

JANGAN JADI OTAK LEMBU, BELA LEMBU BAIK, LEMNU TIDAK BODOH YANG BODOH IALAH UMNO. NAK TIPU RAKYAT BAIR CERDIK SIKIT, TAKKAN KERNA LEMBU SHARIZAT PEMIMPIN UMNO SANGGUP MEMPERBODOHKAN FIKIRAN RAKYAT DENGAN HUJAH YANG BODOH TAK MASUK AKAL. MENGAKU SLAH JE RAKYAT TAK MARAH, HANYA RAKYAT SENYUM JE.

Imbau Kembali Perangai Umno kaki maki hamun

Assalamualaikum semua..hari ini getahskrab tak dapat pergi motong, tapi dapat nak share dengan korang semua cara-cara menasihati orang dalam umno..
umno lah kata ''kami pertahankam bangsa kami, agama kami, negara kami''

BOLEH PERCAYA KE CAKAP DORANG NI??

tabiat umngok ni dah lama rakyat dok perhatikan mereka, mereka berkumpul tiada masalah, mereka memaki hamun orang juga tiada masalah.. ini bukan cerita main2 beb, ini cerita benar!

Dah le mereka berhimpun tanpa permit lepas tu tunjukkan pula kata-kata lucah tu. Agaknya dalam 51 tahun memerintah ni ini le ajaran terbaru UMNO sekarang.. Eh tak pula kena gas pemedih mata dan disuruh bersurai oleh Polis Raja di Malaysia. Wah perhimpunan kata-kata ganas tu pun aman bagi Polis ye..

cuba anda bezakan perkataan ''bersih'' dengan perkataan ''pukimak''..mana lebih elok?? macam ni ke nak rakyat undi umno? orang kampung boleh la nak undi hampa sebab depa xpandai pakai laptop! mujur getahskrab pandai juga buat blog!

cuba lihat gambar dibawah ini : perhimpunan ''haram jadah'' umno menyokong kenyataan timbalan PM, muhyiddin yassin bahawa Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.
''pukimak'' , ''haramjadah'' : patut ler tamby chik suruh rakyat menilai dengan kewarasan akal sebab dia nak rakyat tinggalkan umno [klik sini]

persatuan kontraktor yang risaukan kehilangan projek dari bn..

macam ni ke perangai orang umno? nanti anak-anak kita akan tanya, abah, pukimak tu apa? tadi cek tengok kt depan pejabat umno perak........

getahskrab@ siapakah perosak bangsa?? dah ler mulut lucah! politik plak kotor! huh!

source : getahskrab

111111 dan "Negara Peragut"

Oleh Ooi Heng

Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?

Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?

Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) yang berdepan dengan desakan dalaman UMNO supaya mengundurkan diri sebelum PRU Ke-13, nampaknya mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelemahan diri yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat, justeru wujudnya keperluan untuk program transformasi ekonomi dan seumpamanya.

Namun, apa yang enggan diakui Najib adalah, ciri-ciri negara yang dicorakkan oleh elit politik BN atau lebih tepat UMNO sebenarnya telah memudaratkan negara. Tidak kira sehebat mana program transformasi dilaksanakan, Malaysia tidak akan memasuki era negara berpendapatan tinggi. Hal ini kerana, pendekatan kepada program transformasi tidak lain tidak bukan masih terkongkong dalam dasar lama yang membawa manfaat kepada elit politik tetapi memudaratkan negara dalam jangka panjang.

Kalau dulu nama yang digunakan ialah pembangunan, kini namanya transformasi. Cukup indah dan bagus kalau apa yang diamalkan ialah pembangunan yang mampan dan kekayaan negara diagihkan untuk menjaga kebajikan rakyat terbanyak, bukan diperuntukkan kepada elit lingkungan pemimpin UMNO dengan tertanamnya budaya rent seeking.

Tetapi realitinya cukup menyedihkan. Apabila diteliti projek-projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negara dan penemuan-penemuan Laporan Ketua Audit Negara, cukup banyak program atau projek yang melibatkan skandal penyelewengan wang rakyat. Pendedahan terbaru ialah bayaran untuk pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang direkodkan sebagai "hutang" National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Wacana dominan pemerintah selama ini yang bertapak di atas kewajaran pembangunan agak meyakinkan. Namun, apabila apa yang berlaku ialah peragutan kekayaan bertopengkan nama pembangunan, dan apabila kekerapan skandal sedemikian telah membawa kepada apa yang disifatkan sebagai "sindrom katak dalam air mendidih" (boiling frog syndrome), bukan sahaja kekayaan diragut oleh golongan yang mencorakkan ciri-ciri negara mengikut acuan, nafsu dan kepentingan mereka, negara bakal berdepan dengan krisis jika sekiranya rakyat menjadi katak yang kehilangan kekuatan untuk melompat keluar.

Kalau sebelum PRU ke-12 pada 3 Mac 2008, "sindrom katak dalam air mendidih" merupakan sesuatu yang lumrah dalam kebanyakan negara yang mengangkat wacana "negara pembangunan" (developmental state). Elit politik dalam negara seumpama yang lahir daripada perjuangan nasionalisme dan anti-kolonialisme selepas perang dunia kedua melihat pembangunan ekonomi dan pemodenan masyarakat sebagai agenda terpenting mereka.

Negara dan agensi negara dilihat sebagai pemacu utama dengan kerjasama sektor swasta. Bagi menjayakan agenda tersebut, negara harus bersifat pembangunan. Rakyat pula harus berterima kasih kepada pemimpin negara dan jangan banyak mempertikaikan sesetengah kelemahan yang dianggap remeh-temeh. Dengan kata lain, elit yang mewakili kerajaan dan memperkudakan negara tahu segala-galanya. Rakyat namanya silent majority. Cukup indah hubungan dari atas ke bawah yang dilakarkan oleh para elit dan media yang mendokong "kewartawanan pembangunan" (developmental journalism).

Tetapi realiti hari ini ialah, peranan meluas pemerintah dalam ekonomi tanpa mekanisme semak dan seimbang yang berkesan dan menyeluruh bukan sahaja menyekat perkembangan modal swasta, malahan menyebabkan amalan rasuah dan budaya rent seeking dalam pelbagai aktiviti termasuklah pengeluaran lesen, kawalan harga, kuota import dan sebagainya sementara hutang Kerajaan Persekutuan melambung tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia, dan Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan

Di Malaysia, Mahathirisme melihat pemerintahan kuku besi sebagai "elemen buruk yang diperlukan" sesuai dengan hegemoni elit pemerintah supaya negara dapat memecut dari segi pembangunan. Sehinggalah kepada pentadbiran Najib, jaringan kumpulan elit dibentuk dan rent seeking diangkat sebagai bentuk sokongan ekonomi-politik utama untuk program transformasinya. Pelbagai agensi dibentuk untuk penyaluran peruntukan bukan secara langsung kepada rakyat terbanyak atau kumpulan sasaran seperti petani tetapi kepada agensi bersifat monopoli atau oligopoli seperti Bernas. Perangkaan sebuah Belanjawan Negara lebih merupakan penyenaraian dan pengagihan projek kepada jaringan kumpulan elit seumpama asalkan alasan bagus dapat difikirkan. Maka aktiviti seumpama yang bercanggah dengan produktiviti diteruskan meskipun program transformasi kononnya mahukan peningkatan produktiviti.

Wacana baharu yang perlu diangkat dewasa ini untuk memberi kekuatan kepada rakyat terbanyak, justeru menyemak amalan dan tingkah laku elit yang cenderung memperkudakan peranan dan kekayaan negara demi kepentingan diri ialah konsep "negara peragut" (predatory state) yang dibicarakan oleh sarjana seperti James K. Galbraith dan Peter Evans.

Dalam konteks Malaysia, isu-isu seperti tadbir urus dan ketelusan, ketidakcekapan, rasuah dan kronisme merupakan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh elit seperti Najib yang menguar-uarkan segala program transformasi.

Negara perlu disusun semula supaya benar-benar merakyatkan ekonomi dalam menjaga kepentingan semua pihak dan tidak hanya menjaga kepentingan sebahagian kecil yang mempunyai kaitan politik dengan pemimpin negara. Isu pokok yang cukup mustahak untuk negara yang terperangkap dalam middle-income trap seperti Malaysia ialah, transformasi yang membawa pembangunan tetapi pada sama yang sama mengizinkan peragutan kekayaan negara oleh sekumpulan kecil elit bukan sahaja jauh menyimpang jauh daripada makna transformasi, malahan akan memudaratkan negara sehingga rakyat terbanyak terpaksa menanggung beban berat apabila krisis serious melanda negara pada masa hadapan.

Sesungguhnya, apa yang dilakarkan oleh konsep "negara peragut" bahawa "pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna" bakal mengorbankan kekayaan negara dan menjahanamkan negara juga merupakan lakaran yang tepat dengan program transformasi yang diuar-uarkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Najib.

Walau bagaimanapun, rakyat di kebanyakan negara di dunia ini kini bangkit daripada "sindrom katak dalam air mendidih". Kekuatan rakyat di negara-negara Timur Tengah contohnya telah berjaya menumpaskan pemerintah yang meragut kekayaan negara atas nama pembangunan dan transformasi. Begitu juga di Malaysia, kebangkitan rakyat terserlah semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Meskipun serangan bertalu-talu dilancarkan terhadap peguam Ambiga yang memimpin gerakan BERSIH demi melenyapkan impak besar gerakan tersebut terhadap politik tanah air, senario global menunjukkan bahawa, rakyat terbanyak pasti bangkit dan tolak parti politik yang membawa negara ke arah "negara peragut" bertopengkan nama pembangunan dan transformasi.

Demi menyelamatkan kekayaan negara dan harapan baharu kepada generasi akan datang, mari kita lompat keluar daripada kuari air yang semakin panas suhunya sebelum terlambat.

Sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak, hari ini tetap merupakan hari lahir saya. Semoga kekayaan negara sempat diselamatkan daripada para elit yang berselindung di sebalik "negara peragut" yang menjuruskan negara ke arah pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Ghani Patail cuba nak kona….

Baca cerita pasai Peguam Negara kata kita kena ubah Perlembagaan kalau nak pakai dakwat kekal dalam pilihanraya, rasa nak gelakpun ada. Nak menangispun ada. Yang nak gelak dan nak menangis tu sebab tak terfikir pulak sampai ke tahap tu Ghani Patail punya nak kona....

Sayapun bukannya pandai macam Prof Azizi Bari. Tapi kalau setakat nak bersembang macam dengan MP Kulim Bandar Baru tu, rasa-rasa steady...

Dalam isu ini, Ghani Patail kata kalau nak pakai dakwat kekal, Fasal 119 kena ubah dulu. Baru boleh. Kalau tidak, nanti orang boleh cabar keputusan pilihanraya yang SPR selia.

Seingat saya masa belajar dulu, Prof saya ada kata, “dalam setiap keputusan kerajaan, kalau ada pihak yang merasakan dirinya teraniaya dengan keputusan tersebut, dia boleh cabar keputusan kerajaan tu”. Kalau dah lagu tu, nak heran apa. Sapa nak saman, saman la. Nak kalah atau nak menang, pasanglah loyer canggih-canggih dan berhujahlah dalam mahkamah. Dalam erti kata yang lain, setiap keputusan kerajaan, mana ada yang sah-sah orang ramai boleh terima 100 peratus.

Berbalik kepada Fasal 119 ni, Fasal ini menggariskan syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang pengundi.

Perkara 119. Kelayakan pemilih.

(1) Tiap-tiap warganegara yang—

(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;

(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan

(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

Kita kena faham elok syarat-syarat (a), (b) dan (c) yang dinyatakan dalam Fasal 119(1) ni. Syarat-syarat ni hilang apabila:

(1) dia dia melakukan sesuatu yang dinyatakan di bawah Fasal 119(3), atau

(2) melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang pilihanraya, dan,

(3) seseorang itu tidak boleh mengundi lebih daripada satu kawasan mengundi dalam satu pilihanraya yang sama.

Kita tengok pulak apa Fasal 119(3) kata:

(3) Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika—

(a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau

(b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

Maksudnya, sub-Fasal ni menyatakan kalau ada orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman, dia tak layak mengundi. Perkara ini adalah otomatik untuk seseorang itu hilang kelayakan untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya.

Fasal 119(2) cerita pasai orang yang sakit mental. Untuk itu, orang sebegini “disifatkan tidak bermastautin di dalam bahagian pilihan raya itu.” Fasal 119(4) pula cerita cerita pasai definisi. Kedua-dua sub-Fasal ni kita letak ketepi sat dalam cerita ni. Baru senang faham.

Oleh itu, kalau kita ambil faham maksud Fasal 119(1) dan Fasal 119(3), ianya menceritakan kelayakan seseorang untuk menjadi pengundi dan orang yang macam mana tak layak jadi pengundi. Ini adalah kehendak asas (general rules) dalam isu syarat untuk jadi pengundi dalam sesuatu pilihanraya.

Namun begitu, bagi setiap kehendak asas, ada pengecualiannya. Saya berpendapat, cerita dakwat kekal adalah cerita prosidur mengundi dan ianya adalah pengecualian kepada kehendak asas itu tadi.

Kalau guna dakwat kekal sebagai salah satu prosidur dalam pengundian dan jika didapati jari seseorang bakal pengundi itu dah ada dakwat kekal, maka dia akan dikira sebagai telahpun mengundi. Oleh itu, dia tak layak lagi untuk mengundi sebab mana boleh orang mengundi dua kali. Kat dalam Perlembagaan, perkara ini dikira jatuh dalam klausa Fasal 119(1) iaitu “di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya”.

Perkara ini bukannya cerita seseorang itu terus tak layak mengundi disebabkan kelayakannya tidak kira oleh Perlembagaan. Ini cerita seseorang tu dah dianggap mengundi sebab dia dah mempunyai tanda yang dia telah melalui prosidur pengundian. Kalau dia tak undi lagi, dia kenalah bukti perkara tersebut. Macam saya cerita awal-awal tadi, kalau seseorang itu terasa teraniaya, dia samanlah SPR. Tapi yang kena buktikan adalah orang tersebut. Bukannya SPR. Apa nak susahnya. Kalau mahkamah kata belum, belumlah. Bukan SPR nak rugi apapun. Cuma ubah jumlah undi saja kat sesuatu kawasan tu kalau mahkamah membenarkan orang tersebut untuk mengundi.

Saya rasa perkara ni bukannya complicated sangat sampai nak kena ubah Perlembagaan. Tu pun tak taulah sebab yang buat statement bahawa Perlembagaan kena ubah adalah Peguam Negara. Sama ada dia dah masuk tahap gaban sebab dah lama sangat kat kerusi tu ataupun dah lebih terlebih bodek, tak tau ler pulak saya. Tapi saya rasa dia dah terlebih kona....

naruto

YAN - Tiga maut kemalangan awal pagi


DUA anggota polis melihat keadaan kereta Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan di Yan semalam.


YAN - Tiga lelaki maut manakala dua wanita mengandung cedera parah apabila sebuah kereta dinaiki empat orang melanggar seorang pejalan kaki di Jalan Alor Setar- Sungai Petani, Batu 13, Bukit Besar di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, pemandu kereta dan seorang penumpang serta pejalan kaki maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta jenis Proton Satria Neo, Eiew Eng Khoon, 29, penumpang tempat duduk hadapan, Ooi In Too, 47, dan pejalan kaki yang belum dikenal pasti identitinya.

Dua penumpang kereta warga Myanmar iaitu Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kyi, 31, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini.

Pa Mei disahkan mengandung empat bulan manakala Shut Kyi mengandung lima bulan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritendan Ismail Abu memberitahu, kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani melanggar seorang pejalan kaki.

"Selepas merempuh pejalan kaki itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit di dalam kereta," katanya di sini semalam.

Menurut Ismail, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan sama ada pemandu di bawah pengaruh alkohol atau tidak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...