TERKINI :

Saturday, November 12, 2011

Jom Pakai baju Kuning 3 pulak...ada berani...???

PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya

November 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.

“Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.

Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.

“Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.

Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk mengeksploitasi media.

“Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia,” tegasnya.

Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan

Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.

“Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam,” katanya.

Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan raya nanti.

“Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita PAS,” katanya.

Belum apa-apa lagi PSC dan tunjuk angkoh..bila nak seattle..!!

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.

Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.

Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.

Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam.

geng Jemuan masih dok kelepiaq nak kekah tanah Kg Baru

Kg Baru: Sekretariat cabar Raja Nong Chik bukti Datuk Bandar YDP MAS

November 12, 2011


KUALA LUMPUR, 12 Nov — Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengemukakan bukti bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Yang Dipertua Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru.

Pengerusinya Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mengharapkan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dapat membuktikan sama ada terdapat surat atau dokumen berkaitan yang mengesahkan Datuk Bandar sebagai ketua MAS.

“Saya cabar Raja Nong Chik (gambar) untuk buktikan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan Datuk Bandar adalah Yang Dipertua MAS dan jika benar, kemukakan bukti dokumen berkenaan dan nyatakan mesyuarat jawatankuasa MAS yang pernah dihadiri beliau (datuk bandar),” katanya.

Menurut Zamri, pihaknya sendiri pernah bertanyakan perkara itu kepada Datuk Bandar dan beliau sendiri telah menafikannya.

“Saya pernah berjumpa Datuk Bandar berkenaan perkara ini, dan beliau sendiri menafikannya, malah memberitahu dia hanya bertindak sebagai ‘de facto’ dalam MAS, bukannya YDP,” katanya.

Mengulas berkenaan cabaran menteri berkenaan yang meminta pihaknya mengemukakan bukti lanjut berkaitan pentadbiran MAS di bawah negeri Selangor, Zamri meminta menteri berkenaan bersabar kerana pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuat pendedahan.

“SPKB akan keluarkan bukti lain bila tiba masanya yang sesuai, bukti-bukti tersebut merupakan fakta dan peruntukan undang-undang yang sangat jelas dan tidak boleh dinafikan lagi,” katanya.

Ujarnya, tanggungjawab utama pihaknya adalah untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada penduduk Kampung Baru dan bukannya kepada Raja Nong Chik.

“Keutamaan SPKB adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada penduduk Kampung Baru, bukannya kepada menteri yang gelojoh menafikan hak dan suara penduduk dengan membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2011 di Dewan Rakyat,” tegasnya.

Raja Nong Chik kelmarin mencabar sekretariat agar mengemukakan bukti yang mendakwa MAS terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Menteri berkenaan berkata, MAS dipengerusikan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan oleh itu secara langsung berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

“... macam mana dia kata Selangor ada kuasa? Sedangkan ia adalah bidang tugas kerajaan pusat di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Dari segi kuasa merombak keanggotaan lembaga itu juga terletak di bawah kerajaan persekutuan,” katanya.

Raja Nong Chik juga menyifatkan isu itu sengaja ditimbulkan bagi tujuan politik.

Dalam laporan The Malaysian Insider empat hari lalu, SPKB menolak kenyataan Raja Nong Chik Sabtu lalu menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa ke atas MAS Kampung Baru.

Ahmad Zambri berkata, Kampung Baru secara fizikalnya terletak di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun begitu, katanya, peruntukan dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 menyatakan MAS tertakluk kepada bidang kuasa negeri Selangor.

Melayu Merempat Ditempat Umno Kuat

KUALA LUMPUR - Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.

"Tun Dr Mahathir masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.

"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.

Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,

"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.

Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.

"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya.BO

http://malaysiaberih.blogspot.com/2011/11/melayu-merempat-ditempat-umno-kuat.html

Nak tergadai Lagik Tanah berprofile tinggi...

Surat: Kaveat tanah Kelab Golf Subang dibiar luput, cetus tanda tanya

November 12, 2011


KUALA LUMPUR, 12 Nov ― Pasukan petugas khas Kelab Golf Negara Subang (KGNS), berusia lebih empat dekad, membenarkan kaveat tanah yang dipajak agar luput Jun lalu dalam usaha mengekalkan hubungan presiden kelab dengan pentadbiran Najib, demikian menurut dokumen diperoleh The Malaysian Insider.

Tindakan panel itu tanpa memperoleh kelulusan ahlinya boleh menyebabkan kelab tersebut menanggung kos berbilion ringgit memandangkan pemilik tanah rasmi, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pula telah memulakan tindakan untuk memaksa mereka membayar kadar pasaran bagi tanah seluas 330 ekar, yang terletak di tengah-tengah kawasan pesat membangun seperti Subang Jaya, Ara Damansara, Kelana Jaya dan Bandar Sunway.

Pasukan petugas berkaitan isu tanah kelab telah mengadakan mesyuaratnya pada 17 Jun lalu, enam hari sebelum kaveat yang difailkan pada 2004 luput dan memutuskan untuk tidak melanjutkan kaveat tersebut.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden kelab Tan Sri Megat Najmuddin Khas dan dihadiri oleh beberapa anggotanya.

“Kami tidak mahu intimidasi kerajaan yang merupakan pemilik berhak ke atas tanah itu. Bagi mengelak mengaibkan Presiden KGNS yang telah beberapa kali memberi taklimat kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri mengenai pertikaian tanah dan keperluan untuk mencari penyelesaian terbaik,” kata minit mesyuarat pasukan petugas itu yang bertemu 17 Jun lalu.

Ia merupakan sebagaian daripada lampiran dihantar kepada ahli-ahli kelab menjelang mesyuarat tahunan luar biasa pada 20 November ini untuk membincangkan pertikaian tersebut.

Difahamkan ahli-ahli kelab tidak diberitahu mengenai keputusan membenarkan kaveat itu luput. Malah pihak berkuasa tanah juga tidak tahu bahawa mereka telah memfailkan saman pemula pada 23 Ogos meminta kaveat itu dikeluarkan.

Pesuruhjaya juga memohon kerugian dan kos-kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun ahli-ahli kelab berhujah bahawa kelab itu sudah pun membayar pajakan bagi tempoh 99 tahun dan cukai tanah  RM9,900 sejak penubuhannya.

Kelab itu telah membayar RM1.8 juta, pada kadar sebanyak RM5,000 setiap bulan antara 1980 dan 2010 bagi pinjaman RM1 juta yang diberikan dengan kadar faedah bagi membangunkan kelab golf itu pada 1968.

Difahamkan beberapa ahli sedang mempertimbangkan tindakan untuk menyaman ahli-ahli pasukan petugas kerana mengabaikan tanggungjawabnnya tidak menjaga kepentingan kelab apabila mengadakan perundingan dengan Putrajaya.

“Mereka kelihatan mahu menjaga kepentingan hubungan presiden berbanding kelab. Itu salah,” kata seorang anggota kelab yang enggan namanya disiarkan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa status tanah itu telah berlanjutan beberapa tahun tetapi keadaan menjadi meruncing apabila kerajaan persekutuan memutuskan untuk memfailkan kes saman ke atas tanah itu.

Kes saman menimbulkan spekulasi bahawa tanah itu sedang diteliti oleh kerajaan untuk dijual bagi pembangunan hartanah bernilai tinggi.

Laporan Straits Times Singapura juga melaporkan kes saman itu dengan berkata tanah kelab tersebut dianggarkan mempunyai nilai komersial RM5 bilion ataupun lebih.

Cadangan pindah wakaf surau dirujuk Majlis Fatwa Negeri... Kjaan Negeri tak buat ikut suka

(Warta Darul Aman)

ALOR SETAR - Cadangan pemindahan surau wakaf Salihiah Kanchut adalah selepas perkara tersebut dirujukkan kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya memandangkan surau tersebut adalah harta yang diwakafkan oleh individu tertentu.

Demikian penjelasan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah kepada Warta Darul Aman.

Menurut beliau, apabila cadangan pembangunan Kompleks Tunku Yaakob melibatkan tanah premis Madrasah Salihiah yang dijadikan surau maka beliau bagi pihak kerajaan negeri, berjumpa dengan Mufti Kerajaan Negeri Kedah yang mengetuai Majlis Fatwa; bagi mendapatkan pandangan.

Hasilnya, pihak jawatankuasa Fatwa yang bermuzakarah membenarkan surau tersebut dipindahkan ke lokasi lain dengan kaedah 'Istibdal' iaitu lokasi baru yang dipindahkan mendapat manfaat yang lebih besar dari lokasi asal.

"Contoh yang mudah ialah jika surau wakaf lama hanya dimakmurkan oleh 10 orang tetapi jika dipindahkan ia boleh dimakmurkan oleh 100 orang bersama lain-lain manfaat yang lebih besar, maka tempat wakaf asal itu boleh untuk dipindah atau ditukarganti ke tempat lain," ujar Amiruddin.

Apa yang berlaku terhadap surau Salihiah itu, kata Amiruddin, ia hanya menjadi tempat berjemaah untuk jumlah yang kecil iaitu para pekerja di sekitar itu sahaja. Surau tersebut tidak terletak di kawasan perkampungan atau taman perumahan.

Menurut Amiruddin, pihak kerajaan telah berunding dengan pemaju supaya membina sebuah surau dengan keluasan yang lebih besar (dari surau asal) dalam kompleks tersebut.

"Pihak pemaju telah bersetuju untuk membina surau tersebut di aras bawah kompleks bagi memudahkan umat Islam mengerjakan solat berjemaah serta lain-lain aktiviti," ujarnya.

Katanya, bagi pandangan Majlis Fatwa, oleh kerana tempat asal tersebut adalah surau, maka 'imej surau' hendaklah dikekalkan pada binaan kompleks baru bagi memaklumkan kepada umat Islam bahawa terdapat surau di situ.

"Hal tersebut juga turut dipersetujui oleh pihak pemaju," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, surau tersebut bukanlah ganti wakaf kepada surau asal. Ganti wakaf kepada surau asal akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang menjadi pemegang amanah kepada surau tersebut setelah diberikan pampasan oleh pihak pemaju sebanyak RM1.6 juta.

"Majlis Agama nanti yang akan mengenalpasti dan menguruskan tapak wakaf baru yang akan memberi manfaat lebih besar dari yang asal," katanya.

Mengenai kenyataan pihak pengurusan surau tersebut yang masih mempertahankan fatwa bahawa surau asal tidak boleh dirobohkan, Amiruddin memberitahu bahawa apabila terdapat fatwa baru yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa maka dengan sendirinya ia memansuhkan fatwa yang terdahulu.

(Warta Darul Aman akan cuba mendapatkan penjelasan lengkap Dato' Mufti berhubung isu berkenaan)

Islam Murtad Atau Umno Murtad?

-oleh Bro Ery.


Seperti yang kita tahu Melayu belum tentu lagi Islamnya. Islam itu bukan terletak pada bangsa bukan juga terletak pada negara. Islam bukan sekadar sebuah agama tetapi sebuah atur cara kehidupan manusia(Ad-Din).

Di dalam kitab al-Quran terkandung segala bentuk cara bagaimana untuk manusia meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.

Malaysia ini bumi Allah, bukan bumi UMNO bukan juga bumi PAS, PKR, MCA, MIC mahu pun DAP. Semoga anda jelas dengan perkara ini.



Orang Melayu cukup sensitif sekiranya bangsa mereka dikeji tetapi kurang sedikit sensitifnya apabila agama mereka dikeji.

Ya, ini benar. Agama kita sudah terang-terang dihina sejak dulu, kini dan selamanya. Mengaku Melayu beragama Islam tetapi menolak hukum Allah.

Jadi dimana letaknya Islam mereka itu? Adakah pada IC semata-mata?

Kenapa ada orang yang menolak hukum hudud yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu tidak pernah dikeluarkan flyer-flyer dan diedarkan dimasjid-masjid untuk ditentang?

Mereka juga menafikan hukum Allah seperti agama Kristian yang menafikan kesucian Islam.

Mungkin kerana orang itu berbangsa Melayu yang berpangkat. Jadi semua Melayu-melayu yang kononnya hebat duduk taat pada ketuanya(Feudal).

Biar digelar derhaka kepada agama Islam jangan digelar derhaka pada bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Siapa yang menjadikan 1 Malaysia? Oh, common laaa. Kata 1 Malaysia. Jadi kena adil laa kan. Kalau kita boleh menyebarkan agama kita pada mereka, mereka juga boleh menyebarkan agama mereka pada kita. Hahaha.


Sekarang rasakan laa sendiri natijahnya. Sendiri yang jahil tidak tahu apa maksud adil yang sebenar-benarnya.

Adil yang diterangkan didalam al-Quran membawa maksud "Meletakkan sesuatu pada tempatnya".

Islam dah menerangkan berkenaan hukum yang telah diwajibkan bagi umatNya tetapi ada individu yang mempertikaikannya semata-mata nak adil. Itu bukan adil tetapi zalim.

Lihatlah sendiri berapa ramai bangsa Melayu yang melahirkan anak luar nikah? Asal berita keluar pasal anak luar nikah je tak ada bangsa lain semua bangsa Melayu rata-rata.

Kenapa?
Sebab bangsa Melayu yang beragama Islam ini zalim kerana tidak mengikut perintah Allah.

Allah sudah memberi jalan penyelesaian tetapi kita menidakkannya dengan mengikut undang-undang cara manusia.

Kenapa terlalu panas hati terhadap Kristian yang cuba menarik orang Melayu bergama Islam di negara ini untuk masuk agama mereka?

Pemimpin kita yang beragama Islam juga terang-terang menolak hukum Islam. Kenapa kita tak panas hati terhadap pemimpin kita?

Pemimpin kita menyediakan pusat-pusat hiburan seperti pub, disko, kelab dangdut dan sebagainya. Pemimpin kita menyediakan rumah-rumah judi. Pemimpin kita menyediakan arak.

"Nelly Konsert SuaraKami"
Pemimpin kita membunuh para ulamak (Memali). Pemimpin kita menyekat dakwah Islam (Bob Lokman) dan mengagung-agungkan para artis sehinggakan baju pengantin artis yang kena tangkap basah pun nak diletakkan dekat muzium negara.

Pemimpin kita menjemput artis-artis barat Yahudi datang untuk menghiburkan dan melalaikan bangsa Melayu yang beragama Islam.

Bukankah segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kita membantu bangsa Melayu agar lebih jauh dari Islam dan lebih cepat untuk murtad. Hahaha.

Kes Lina Joy murtad. Ambiga menjadi peguam kepada Lina Joy. Semua menyalahkan Ambiga memurtadkan Lina Joy.

Tetapi persoalannya yang sebenar-benarnya adalah siapa yang meluluskan agar Lina Joy murtad? Adakah Ambiga?

Nope, Ambiga hanya seorang peguam dia tiada kuasa meluluskan. Jawapannya adalah orang kita yang sebangsa dan seagama dengan kita.

Kita caci mereka begitu juga mereka mencaci kita. Tiada penghujungnya kerana bagi mereka agama mereka benar dan bagi kita agama Islam itu benar.

Tetapi persoalannya kita cakap agama Islam kita benar tapi undang-undang tak ikut agama Islam tapi ikut undang-undang Yahudi. Bukankah kita telah menampakkan kebodohan dimata mereka.

Umpama kita cakap yang babi tu haram tapi kita makan juga babi tu. Kita cakap arak tu haram tapi kita togak jugak arak tu.

Hakikat sebenarnya pemimpin dan kerajaan kita tidak pernah ada niat untuk mengagung-agungkan agama Islam. Mereka hanya sibuk untuk mengagungkan bangsa Melayu sahaja.


Islam itu hanya agama rasmi sahaja dekat negara ini. Membawa maksud negara kita bukan negara Islam 100%.

Kalau mereka mengatakan mereka melindungi agama Islam dimana buktinya kalau terang-terang mereka menolak hukum Allah.

Bukan masanya kita nak salahkan agama lain. Mereka hanya menjalankan kewajipan mereka terhadap agama yang dianuti mereka.

Sebaliknya kita yang patut menyalahkan diri sendiri kenapa tidak mengikut apa yang agama kita kehendaki.



Ingat, fatwa kerajaan simple je.

Mengerjakan haji itu wajib bagi yang berkemampuan tetapi hukum hudud itu tidak wajib walaupun kita berkemampuan untuk melaksanakannya.

Fatwa bodoh yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara yang meluluskan cerita 3gp dan Hantu Bonceng sebab filem itu karya bangsa Melayu.

Lol~

--
Bro Ery
http://gerai3abdul.blogspot.com/2011/11/islam-murtad-atau-umno-murtad.html

UMNO PARTI PUTAR BELIT

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannya sebagai 'nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata tidak langsung dipandang.'

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnya setelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat.

Beliau turut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan oleh individu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat. Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponen pakatan tersebut.

"Ini hanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utama yang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakal diambil.

"Janganlah bila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengan keputusan pakatan itu tidak betul," jelasnya.

Sambil menyorot kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawa kerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaan penjawat awam.

"DAP belum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ini sudah perintah lama, lebih 50 tahun, tapi isu ini pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000 anggota perintis TLDM itu?" ujarnya.

Pada 26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan bagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggota apprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.

Bagaimanapun, lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihak berkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.

"Kenapa sampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawab isu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?," ujarnya lagi./sabahkini.net

Gila! Perkasa bantah bas percuma di Pulau Pinang!

PERTUBUHAN super rasist yang diketuai oleh "bapak katak" ni memang suka buat benda-benda pelik. Suka buat isu bukan-bukan dan tak masuk akal.

Bila tak ada isu, mereka akan cuba cari isu asalkan dapat menunjukkan mereka seolah-olah sebagai pejuang Bangsa Melayu yang hebat.

Budak-budak yang masih mentah dibasuh otaknya dengan sentimen perkauman supaya menjadi "super Melayu". Tujuannya mudah, supaya Umno terus berkuasa, supaya mereka bersatu di dalam United Malays No Otak.

Terbaru, lantaran dah tak tahu isu apa nak dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah "pejuang Melayu sejati", mereka berdemo beramai-ramai (ramai ke?) untuk membantah perkhidmatan bas percuma di Pulau Pinang.

Berakal ke tak berakal diorang ni?

Carilah isu yang logik dan masuk akal kalau ye pun nak berlagak membela orang Melayu. Beca tu pergerakannya terhad, dekat-dekat bolehla, bas pulak bergerak lebih jauh. Berbeza peranannya.

Kalau betul nak bela Melayu, nak jadi "Pejuang Melayu" pergilah bantah pasaraya-pasaraya besar yang mengaut untung sambil membuatkan ramai peniaga-peniaga kecil Melayu gulung tikar tu.

Bas percuma bukan mengaut keuntungan pun, ini kemudahan untuk rakyat dan juga strategi menarik pelancong datang ke Pulau Pinang. Malu betul jadi Melayu gila macam ni!

Sumber: [Anak Sungai Derhaka]

Jenayah siber bimbangkan Tuanku Sultan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 10 November - Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah melahirkan rasa bimbang terhadap merebaknya jenayah siber di kalangan masyarakat masa kini.

Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan maklumat.

“Namun oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat sama ada benar atau salah, maka idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga ponografi disebarkan melalui internet. Pengaruh gejala ini nampaknya amat mudah mempengaruhi tingkah laku manusia khususnya golongan remaja, titah baginda pada Majlis Sambutan Maktab Mahmud 75 Tahun,

Baginda menganggap sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal.

“Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya,” titahnya.

Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja lingkungan 20-an. Keadaan seperti inilah yang menggawatkan dan mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

Baginda menyeru setiap individu terlibat membina benteng diri yang kukuh bagi mencegah diri daripada terlibat dalam sebarang kegiatan salah laku yang boleh membinasakan diri orang lain dan diri sendiri.

“Beta amat berharap agar generasi bertakwa dapat dilahir seramai mungkin bagi merealisasikan cita-cita bersama ke arah membina negara yang bertamadun tinggi sebagaimana zaman kegemilangan Islam di Kota Baghdad, Damsyik dan Cordova suatu masa dahulu.

“Generasi baru supaya melengkaplah diri dengan kemahiran-kemahiran seperti berdakwah, yang berkesan di samping menguasai ilmu berkaitan teknologi semasa bagi memudahkan penglibatan dan penyertaan dalam pembinaan nusa bangsa mendepani cabaran globalisasi hari ini,” titah baginda.

Baginda berharap ilmu-ilmu akhirat dan dunia syumul yang ditekankan dan diterapkan ke dalam diri dan jiwa para pelajar di Maktab Mahmud dapat diterjemahkan melalui lakaran masa depan yang gemilang.

“Beta menyeru kepada semua agar sentiasa bersikap mulia dan tunjukkan contoh teladan yang terpuji kepada generasi muda dan masyarakat seluruhnya agar masa depan yang terbina membentuk persekitaran sejahtera dan negara yang maju minda takyatnya,” titahnya di hadapan lebih 3000 bekas pelajar Maktab Mahmud.

Hadir sama Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia Tunku (YTM) Bendahara dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Tiada pembubaran Parlimen


NAJIB bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Spekulasi kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata, tahun 2011 akan berlangsung tanpa Parlimen dibubarkan dan mesyuarat semalam langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu berkata, ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti itu lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat- menghormati antara satu sama lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Banjir: YSB sedia RM50,000

Oleh : ROSNANI SAAD [Sinar Harian]

bot

ALOR SETAR - Sejumlah RM50,000 diperuntukkan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sebagai persediaan awal menghadapi banjir di negeri ini termasuk menyediakan barangan keperluan harian kepada mangsa.

Pengerusinya, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, peruntukan itu dijangka mampu menampung keperluan kira-kira 500 orang untuk tempoh tiga hari.

Beliau berkata, sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan asas termasuk susu serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak.

“Malah kita sudah berhubung dengan beberapa rangkaian kedai untuk membekalkan barangan keperluan jika banjir berlaku.

“YSB turut membeli sebuah bot ringan yang dilengkapi enjin dianggarkan bernilai RM13,000 untuk memudahkan bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Menurutnya, YSB mengambil inisiatif menubuhkan pasukan YSB Support Team dianggotai 30 ahli dari seluruh daerah di negeri ini sebagai satu lagi persediaan menghadapi bencana itu.

“Mereka terdiri daripada individu yang sudah mempunyai pengalaman menghadapi bencana alam dan remaja yang akan diberikan latihan asas termasuk cara mengendalikan bot serta sokongan daripada kumpulan pacuan empat roda dan radio amatur.

“Pengalaman banjir besar pada tahun lalu membolehkan kita membuat persediaan awal supaya sekiranya banjir berlaku sekali pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Tunku Puteri Intan Safinaz berkenan melancarkan penubuhan YSB Support Team dan bot bantuan bencana.

Beliau juga menyerahkan bendera kepada pasukan YSB Sharpshooter yang akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Asia Paintball 2011 di Langkawi, yang dijadual bermula esok.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan RM10,000 untuk 36 mangsa ribut di Yan penghujung bulan lalu kepada Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail serta sumbangan kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang

UPACARA pembukaan rasmi Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi diserikan dengan tembakan bunga api.


UPACARA pembukaan Sukan SEA 2011 berlangsung penuh warna-warni dengan tradisi Palembang dan di- rasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Kompleks Sukan Jakabaring, Sumatera Selatan malam tadi.

Acara gilang-gemilang itu yang bertemakan Harmony in Victory berlangsung selama tiga jam dengan persembahan kesenian selama sejam membuka tirai di tengah lapangan Stadium Utama Gelora Sriwijaya yang dipenuhi 25,000 penonton.

Persembahan yang penuh dengan tradisi Palembang itu dibahagikan kepada lima babak iaitu The Journey Begins, Musi: The Heart of the City dan Sriwijaya: The Golden Peninsula, yang menceritakan sejarah Kerajaan Sriwijaya serta Merajut Nusantara, dan Meraih Impian.

Penyanyi kecil molek Indonesia, Agnes Monica kemudiannya tampil bergandingan dengan artis Malaysia, Jaclyn Victor dan KC Conception dari Filipina mendendangkan lagu rasmi temasya kali ini, Together We Will Shine.

Ini disusuli dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding mengikut abjad Inggeris bermula dengan Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor Leste, Thailand, Vietnam dan akhir sekali Indonesia selaku tuan rumah.

Kontinjen Malaysia didahului dengan pembawa bendera iaitu penembak negara, Bibiana Ng yang menggantikan Nor Suryani Mohd. Taibi yang tidak menyertai perarakan kerana mempunyai acara hari ini.


KONTINJEN Malaysia berarak pada upacara pembukaan Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi.


Sebaik Presiden Susilo mengisytiharkan secara rasmi pembukaan temasya kali ke-26 itu, enam bekas atlet Indonesia iaitu Robby Darwis, Pino Bahari, Richard Sam Bera, Winarni, Juana Wangsa Putri dan Emma Tahapary tampil menaikkan bendera Sukan SEA.

Kemuncak upacara pembukaan adalah larian membawa masuk obor yang telah diarak mengelilingi beberapa daerah Indonesia sejak 23 Oktober lalu oleh Alan Budikusuma dan Yayuk Basuki sebelum diserahkan kepada Susi Susanti.

Pernyalaan obor oleh Susi dilakukan cukup unik dan menarik kerana bekas pemain badminton wanita Indonesia yang pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik itu diarak menggunakan replika kapal yang diletakkan di tengah padang.

Susi kemudiannya memanjat tangga tali untuk sampai pada tiang kapal sebelum menggunakan flying fox untuk melemparkan lembing yang telah terbakar di hujungnya ke dalam kawah obor temasya.

Upacara pembukaan Sukan SEA ke-26 diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising dengan liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo dan dicipta Joy Tobing sambil diiringi pertunjukan bunga api.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...