TERKINI :

Thursday, November 10, 2011

AWAS.. Gunung Jerai jadi tempat ROMEN & SKODENG..!!!

ada sahabat kedahanie bagi tau bahawa di pondok-pondok rehat sekitar gunung jerai jadi tempat remaja-remaja dok dating dan buat kelaku haram dan di setiap lokasi dok buat kelaku itu pulak akan ada pulak segolongan manusia yang dok skodeng dan ambik video free perbuatan haram tersebut.. jadi mintak pihak berkuasa dan pimpinan kawasan tersebut tolong tengok sat perkara mungkaq yang berlaku nie... Firdaus Jaafar Mohd Shubihi Pas Guar Stesyen Dppk JeraiPasjerai Yan

    • Geng Lockluck Hahaha sadis takan baru nak tau betahun dah benda tu jadi rasa dah ramai pa . .made in gunung jerai . .
      5 hours ago ·
    • Firdaus Rosli Penyelesaian ringkas, pasang lampu untuk cerahkan persekitaran. Cantas pokok-pokok yang terlebih tumbuh untuk elakkan tempat gelap menjadi port baik punya =)
      5 hours ago ·
    • Kedah Lanie just nak ingat balik....sebab baru2 nie sahabat bagitahu dia pergi kayuh beskal kat gunung tu terserempak dengan budak2 dok dating nie bila dia sergah depa blah..tup2 keluaq pulak 2 org dari dalam hutan tuu...yg mana usia pon dah senja dah....tapi dok buat benda lagho nie lagik....
      5 hours ago ·
    • Muhdmizi Zi benda tu zaman UMNO perintah lg,,,tp x pa,,,teruskan tegur,nasihat,,perjuangan kita adalah menjaga manusia daripada masuk neraka.
      5 hours ago ·
    • Geng Lockluck Blom masuk taman rimba dia lagi. . Hehehe
      5 hours ago ·
    • Kedah Lanie ada satu idea bangang... apa kata buat satu sticker takpon papan kenyataan letak kat pondok2 di setiap hentian tuuu.tulis "AWAS AKSI HARAM ANDA DENGAN PASANGAN ANDA INI MUNGKIN AKAN DIRAKAM SECARA LANGSUNG UNTUK TATAPAN DI YOUTUBE OLEH GOLONGAN YANG SEDANG MENYAKSIKAN PERBUATAN ANDA DI SEKELING ANDA INI"....amacam ok kaa... ustFirdaus Jaafar....
      5 hours ago · · 8
    • Geng Lockluck Terbek baru pelakon dan perakam terasa seperti dihargai hahaa
      5 hours ago ·
    • Cahaya Mega bila senut utk tatapan ramai diU tube tentu seram.tapi depa tak seram Allah dok rakam....setiap perbuatan walau yg tersorok dimata manusia lain.
      5 hours ago ·
    • Kedah Lanie standart manusia la Cahaya Mega sebut allah bukan takut tapi sebut youtube mau cerin bulu roma.....
      5 hours ago · · 1
    • Saarani Ismail org Yan mohon tag gambaq ni....
      5 hours ago ·
    • Kedah Lanie tag jangan tak tag.....biaq tau satu dunia...
      5 hours ago · · 1
    • Shaiful Hady Kat kg kawee tu
      5 hours ago ·
    • Cahaya Mega sebut UMNO ada ka bulu ruma nk cerin?hahahha
      5 hours ago ·
    • Intifadah Alamin Muntaz ahli masjid,surau dan org ramai jom kita trun serbu tempat tu dgn segera.........kmpg kita kita perlu brtngjwb
      5 hours ago · · 1
    • Cahaya Mega membentras maksiat adalah tanggungjawab semua org Islam
      4 hours ago ·
    • Mohd Razzekhi B Musa Ataih tu kena rajin ronda.Kena ada org bertugas buat kerja tu.Baru menjadi.kalau harap kami yg dok kat kwsn berhampiran situ nak pie ronda,maaf la.Sbb nak naikpun payah.
      about an hour ago ·
    • Zuhairy Shaari elok la dibenteras habis-habisan maksiat ni...alangkah bagusnya jika hudud dilaksanakan di kedah...
      43 minutes ago · · 1

BN/UMNO nie jika hilang RM1.4billion pon macam hilang sekupang jaa...

RM1.4b Bajet Luar Jangka hilang belum terjawab

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kehilangan dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan masih penuh dengan tanda tanya kerana belum terjawab oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara berhubung perkara itu cuba disembunyikan oleh pihak Kerajaan BN sehingga dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada persidangan Parlimen semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan wang tersebut berjaya dikesan apabila Laporan Audit Negara 2010 berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan.

Menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan pembangkang semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin menjelaskan, wang itu tidak lesap tetapi jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

Katanya, jawapan tersebut bukanlah jawapan sebenar kerana laporan audit negara mestilah sama dengan belanjawan yang dibentangkan.

"Perkara ini dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan kemudian dilanjutkan oleh saya pada persidangan Dewan Rakyat semalam dengan menggunakan peraturan 68A.

"Kumpulan Wang Luar Jangka dan Laporan Audit Negara hendaklah dibentangkan dan tidak boleh dibahaskan, tetapi yang boleh dibahaskan adalah belanjawan yang dibentangkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan itu, Awang Adek mengatakan perkara itu telah dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen tahun lalu.

Lebih jauh dari itu, Awang Adek turut menuduh pihak pembangkang sengaja hendak memutarbelitkan fakta-fakta untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, jawapan timbalan menteri kewangan itu ternyata bercanggah dengan peraturan Parlimen, di samping bercanggah dengan prinsipnya yang sepatutnya dilihat kepada semua laporan berkenaan.

"Jawapan timbalan menteri kewangan itu bercanggah dengan peraturan 68A. Sepatutnya beliau menjawab ada kesilapan yang berlaku, bukannya telah dibahas di Parlimen," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, perbezaan laporan audit negara dan belanjawan itu merupakan kejadian pertama dalam sejarah kewangan negara dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Jawapan timbalan menteri kewangan itu tidak menggambarkan kejadian yang sebenar, sebaliknya cuba menyorok Laporan Ketua Audit Negara.

"Kami sedang menunggu jawapan sebenarnya. Diharap Perdana Menteri dapat menjelaskannya nanti kerana ini soal perlembagaan bagi memudahkan perlaksanaan," ujar beliau.

Dari Lembu sudah pie ke tajuk kondo....jawab Kak Jat Jawab...!!!!

Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta?

KUALA LUMPUR, 10 Nov: PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta.

Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009.

Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut.

Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140.

Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

"Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.

Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya.

Lapor SPRM

Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu.

Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.

Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

Nampaknya Ahli parlimen wakil pejabat POS akan lahir di Lembah Pantai

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Lebuh Raya Durian Burung ke Baling (Tekih) di Kedah terus terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun

Lebuh Raya Tekih terbengkalai lebih 4 tahun
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Nov: PAS amat kesal kerana pembinaan Lebuh Raya Durian Burung ke Baling (Tekih) di Kedah terus terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun disebabkan kegagalan kontraktor-kontraktor terpilih melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Disebabkan kejadian itu, pihak Kerajaan BN bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan kos yang semakin meningkat, tetapi terus gagal membantu rakyat mempertingkatkan perekonomian disebabkan ketiadaan rangkaian jalan raya yang baik.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib berkata, kejadian tersebut tidak akan berlaku jika pihak Kerajaan BN melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, terutama dalam pemilihan kontraktor terbabit.

Menurutnya, pada hal ketika kerja-kerja itu hendak dilaksanakan, pihak kerajaan telah mengatakan kedua-dua kontraktor terpilih itu adalah yang terbaik.

Katanya, sekiranya benar kontraktor-kontraktor terbabit adalah yang terbaik, kejadian tersebut tidak akan berlaku sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.

"Dari jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya semalam dijelaskan bahawa pembinaan lebuh raya itu kini terbengkalai disebabkan 2 kontraktor projek tidak lagi meneruskan projek tersebut," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, menurut beliau, daripada jawapan timbalan menteri itu dijelaskan bahawa bahagian yang belum siap bagi lebih raya itu adalah untuk peringkat C dan D iaitu yang menghubungkan Pedu merentasi Baling.

Katanya, menurut timbalan menteri itu juga, disebabkan kegagalan 2 kontraktor berkenaan, pihak JKR terpaksa memulakan tender baru untuk pemilihan kontraktor baru tahun hadapan.

"Dengan itu, pembinaan lebuh raya itu yang telah terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun akan mengambil masa 18 bulan lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Timbalan menteri berkenaan menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan beliau bagi sessi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan kegagalan pihak Kerajaan BN dalam membuat penilaian terhadap prestasi atau kelayakan kontraktor-kontraktor terpilih.

"Akibatnya, berlakulah pelbagai kerugian dan pembaziran disebabkan kos yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga barangan," katanya.

Lebih dikesali, tambahnya, sehingga kini pihak kerajaan masih lagi gagal melunaskan sebahagian bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berharap agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi setelah pembinaannya diteruskan tahun hadapan bagi membolehkan pelbagai pihak mendapat manfaatnya.

"Jika lebuh raya itu siap nanti, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu, tetapi juga memudahkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

"Selain itu, ia turut berpotensi bagi perkembangan industri pelancongan kerana terdapat dua empangan yang cukup cantik di kawasan itu iaitu Empangan Pedu dan Empangan Gubir," jelasnya.

Kedua-dua empangan tersebut, tambahnya lagi, mempunyai tasik-tasik yang dipenuhi pemandangan yang cukup cantik, selain kawasan sekitarnya yang mempunyai hutan simpan hijau dan menyegarkan.

"Kesemua itu merupakan satu lagi bentuk pemandangan yang boleh membantu perkembangan industri pelancongan yang juga boleh dimanfaatkan oleh kepada penduduk di kawasan itu.

"Pendek kata, jika lebuh raya itu tidak terbengkalai, penduduk di kawasan itu sudah pun berpeluang menjana pendapatan masing-masing sejak beberapa tahun lalu lagi kerana berbagai-bagai aktiviti pelancongan boleh dibuat di kawasan itu," tegas beliau.

EXCO Agama & Jabatan Agama tak ada idea ka nak basmi manusia ''merendek'' nie..

Pasangan bercinta cemarkan taman
taman

ALOR SETAR - Sikap pasangan bercinta yang tidak tahu malu dan langsung tidak mengendahkan orang lain semata-mata mahu melepaskan rasa rindu antara satu sama lain di kawasan rekreasi Taman Rimba, mengundang rasa kurang senang pengunjung taman.

Tinjauan mendapati, kawasan yang dijadikan orang ramai untuk beriadah, berjoging dan melakukan aktiviti sukan disalahgunakan mereka dengan menjadikan pondok rehat atau kerusi sebagai tempat mereka untuk bersama.

Pengunjung, Mohd Ashraf Rashid, 34, berkata, sikap pasangan bercinta di kawasan itu kadangkala ‘menjijikkan’ kerana mereka turut melakukan maksiat.

Menurutnya, walaupun pengunjung di taman rekreasi itu pernah menegur sikap mereka, namun ia langsung tidak diendahkan.

“Saya dan rakan-rakan sering beriadah di sini dan kami sakit mata melihat pelbagai aksi mereka, termasuk melakukan aktiviti maksiat.

“Kami bukan sahaja menegur sikap mereka, malah pernah menghalau mereka namun masalah ini masih berulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi seorang lagi pengunjung, Kassim Daud, 42, berkata, kebanyakan pasangan gemar memilih waktu tengah hari dalam lingkungan jam 12 tengah hari hingga 2 petang untuk berada di kawasan tersebut.

Menurutnya, ketika itu keadaan di kawasan itu sunyi dan tidak ramai pengunjung berbanding pada waktu pagi dan petang lebih ramai pengunjung datang beriadah.

“Saya harap pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu mengadakan rondaan dan mengambil tindakan segera kepada mereka, bagi mengelak kegiatan maksiat berleluasa dan berlarutan di kawasan Taman Rimba,” katanya.

Kassim berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu menyediakan beberapa langkah seperti memastikan lampu sentiasa dipasang pada waktu malam bagi mengelak kegiatan maksiat dilakukan pada waktu itu.

Untung Balak Juta-Juta last paking kat hospital pon hangpa nak ambik jugak...

Oleh Bang Mat Kola

http://farm3.static.flickr.com/2552/3894526075_95e7c53b6d.jpg

Aduhai baru-baru nie Bang Mat nak p melawat kawan kena tahan wad kat KMC... lalu macam besa laa Bang Mat nak paking kereta kat paking yang ada di KMC tuu..namun dah ada benda pelik dah yang berlaku di Paking KMC tu dimana ada orang dok tunggu nak ambik upah paking... bang Mat ingat ulaq ayaq tetapi rupa-rupa Ulaq yang di beri tauliah untuk ambik charge paking tuuu...

Bang Mat naik heran jugak..awat laaa nak kena bayaq pulak paking nie.... KMC dah tak ada duit dah kaaaa... bila check balik dengan kawan-kawan kat KMC tu depa kata paking tu kepunyaan PKNK.. betoi kaa PKNK punya.. kalau hangpa punya kira ini tanah kerajaan negeri laa dan jika kerajaan negeri punya kira hangpa nie tak ada duit dah kaaa....sampai paking dekat hospital KMC pon hangpa dah nak kekah duit dah... dulu masa zaman Kerajaan BN tak ada pon idea bangang nie....

Tau laa KMC tu Hospital untuk orang kaya-kaya tapi kami yang pie melawat nie bukan kaya terra mana pon... jadi memandangkan Kerajaan Negeri punya pada-pada laa nak kekah duit pun... takan kat rakyat yang pie melawat pon nak tibai duit jugak.... charge paking kat pesakit dok dalam KMC dah laaa..depa kaya..jika tak buat pa depa pie Hospital orang kaya....bagi yang pie malawat nie tak payah laa nak rembat jugak duit kami...yang pie malawat nie bukannya yang kaya-kaya pon....

Jadi Bang Mat rasa baik hangpa berhenti ja lah kutip duit paking tu.. bukan apa nanti yang busuk nama tentu AZIZAN dan Kerajaan Negeri yang memerintah sebab KMC & PKNK nie pengerusi di MB Kedah jadi tak pasai-pasai pembangkang buat isu.. buta kareee jaa hangpa nak menepisnya..... Untung Balak Juta-Juta last paking kat hospital pon hangpa nak ambik jugak...

Sekadar teguran dari Bang Mat Kola.......jadi pakat2 pikiaq laa nooo....

SADA jelas isu bil tinggi

Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman

ALOR SETAR - Pengguna yang menerima bil air Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan jumlah tinggi melebihi kadar biasa, dinasihatkan merujuk kepada pejabat Sada terdekat untuk semakan kerana dibimbangkan berlaku masalah teknikal atau kerosakan meter.

Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, masalah bil melambung tinggi yang berlaku di Baling, kelmarin, adalah sebahagian daripada masalah teknikal setelah pihaknya menukar meter lama kepada baru.

“Sada mohon maaf atas kekeliruan itu, dan masalah ini timbul disebabkan oleh penyelarasan yang dibuat selepas menggantikan meter baru,” katanya.

Rofedi berkata, setelah dibuat penyelarasan pada bil milik Ideris Sidek dari Kampung Pokok Setol, mukim Siong berjumlah RM1,441.02, pihaknya mendapati bil itu dikeluarkan sebelum penyelarasan dibuat.

“Meter air terbabit rosak pada 6 September 2010 dan sepanjang tempoh itu, Sada buat anggaran bacaan sebelum memasang meter baru. Selepas diganti dan rujuk pada penggunaan sebenar, kita buat penyelarasan, dan bayaran perlu dijelaskan ialah RM74.74,” katanya.

Manakala bil yang mencecah RM500 milik Abd Rahman Mutalib, perlu membayar sebanyak RM92.80 selepas dibuat penyelarasan.

“Penyelarasan dibuat apabila berlaku kerosakan pada meter sejak April 2010, dan meter baru dipasang pada 3 November lalu.

"Oleh itu berlaku pertindihan bil menyebabkan ianya melambung tinggi,” katanya.

Rofedi berkata, pihaknya berharap, pengguna segera melaporkan kepada Sada sekiranya terdapat kes hampir sama berlaku di kawasan mereka.

“Selepas tunjukkan bil, Sada akan semak data terperinci dan buat penyelarasan segera. Ianya tidak mengambil masa lama untuk diselesaikan,” katanya. [Sinar harian]

Apa cerita tak mau dengaq...yg kami nak cuma CELUP JARI sahaja..!!!

P'raya: Pakatan mahu dakwat kekal digunakan

Ahli Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya dari Pakatan Rakyat akan memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pembaharuan yang boleh dilaksanakan serta-merta apabila mereka bersidang secara tertutup untuk sesi keempat hari ini.

NONE"Kami mahu PSC buat resolusi untuk memaksa SPR untuk melaksanakan sekurang-kurangnya penggunaan dakwat kekal dan cadangan mengundi lebih awal sekarang.

"SPR dakwa mereka memerlukan masa dua bulan hanya untuk membeli dakwat. Kita tidak mahu kekurangan masa dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ini sebelum pilihan raya umum akan datang, " kata ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, semalam.

Loke, seorang daripada tiga orang wakil pembangkang di PSC, mengalu-alukan pengumuman pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang berkata laporan interim PSC akan dibentangkan di Parlimen sebelum mereka memulakan pendengaran awam esok.

Ahli parlimen dari DAP itu berharap bahawa penggunaan dakwat kekal dan cadangan membenarkan penggundian awal juga akan dimasukkan dalam laporan ini.

Loke juga mahu anggota tentera dan polis dibenarkan mengundi di kawasan tempat mereka bertugas terlebih dahulu bagi menggantikan undi pos kerana kebimbangan tekanan dikenakan ke atas mereka untuk mengundi BN.

Apa agenda Utusan?

Daing Yahya

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia dan juak-juaknya seperti biasa terus-menerus mengamalkan fitnah dan dasar propaganda songsang serta tidak beretika dalam mempersenda dan mengelirukan agenda politik Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Kerja silap mata Utusan kali ini ialah dengan menggunakan kakitangan awam sebagai perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotornya, tidak kira sama ada direstui oleh UMNO dan Barisan Nasional, atau tidak.

Propaganda murahan Utusan UMNO

Sejak beberapa hari lalu, organ parti UMNO itu melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.

Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dibuat oleh DAP itu, kecuali jika dibaca bahawa majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan jelas - jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Sama ada munasabah atau tidak - seperti fitnah Utusan kononnya DAP yang mana majoriti ahlinya adalah kaum Cina yang berkepercayaan Buddhisme dan Taoisme dituduh mahu menubuhkan Negara Kristian - Utusan tidak peduli itu semua.

Asalkan mereka sangka emosi orang Melayu boleh dibangkitkan untuk membenci DAP, mereka akan melakukan apa sahaja kerana matlamat telah menghalalkan cara Utusan.

Dakwaan-dakwaan akhbar kawalan UMNO-BN ini begitu licik sekali, mereka masih merasakan bahawa masyarakat Melayu masih bodoh, dungu, bebal seperti tuan-tuan politik mereka.

Bagi rakyat termasuk kakitangan awam yang mempercayai bulat-bulat dakwaan Utusan UMNO ini, sewajarnya mereka bertenang, duduk sebentar dan gunakanlah otak yang Tuhan kurniakan untuk setiap hambanya. Otak orang Melayu tidak banyak bezanya dengan otak bangsa-bangsa lain di dunia.

Apa yang sebenarnya diperkatakan

Apa yang dipetik oleh Utusan tentang "kenyataan" Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tentang saiz perkhidmatan awam adalah sebenarnya adalah pandangan yang dikemukakan dalam dialog mengenai Bajet 2012 anjuran Pemuda DAP Johor di Johor Baru pada 31 Oktober lalu.

Dalam penjelasannya sewaktu dialog itu, Pua menyatakan bahawa dasar kerajaan pada pertengahan 1980-an sewaktu Mahathir Mohamad (gambar kiri) menjadi Perdana Menteri adalah untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada sekitar 800,000 kepada 500,000. Yang dilakukannya ialah memperkenalkan dasar pengswastaan.

Mungkin Utusan lupa bahawa ia adalah antara akhbar yang ghairah menyokong Mahathir sehingga mencanangkan bahawa pengswastaan itu baik untuk rakyat, khususnya orang Melayu. Utusan tidak pula menuduh usaha Mahathir sebagai "tak berasas", "tak rasional" dan "mempunyai agenda politik" sebagaimana yang dilontarkan kepada DAP sekarang.

Pua menjelaskan lagi bahawa walaupun Mahathir yang membawa usaha mengempiskan saiz perkhidmatan awam, di hujung era pemerintahannya jumlah kakitangan awam terus meningkat sehingga menjadi lebih 1 juta orang.

Apa masalahnya bila kakitangan awam terlalu ramai? Seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan fasis yang menentang sistem pasaran, kerajaan terpaksa menyediakan semua pekerjaan dalam sektor awam kerana tiada banyak ruang untuk pihak swasta bergerak bebas.

Apabila saiz perkhidmatan awam terlalu besar, perbelanjaan mengurus melambung naik. Tidak ada cara lain kecuali dengan menaikkan cukai, sama ada cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perkhidmatan telefon prabayar, perkhidmatan telefon bimbit, perkhidmatan TV satelit dan sebagainya untuk "menyara" perkhidmatan awam.

Itulah yang Pua (gambar kanan) maksudkan dalam penjelasannya. Malah tiada apa yang baru dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu selain menyebut semula apa yang Mahathir usahakan (walau pun tidak dilaksanakan sepenuhnya) sepanjang era kebangkitan ekonomi Malaysia pada awal 1990-an.

Jika Utusan tidak melihat apa-apa cacat-cela usaha Mahathir, mengapa DAP pula menjadi sasaran kerana menyuarakan perkara yang sama? Tidak lain dan tidak bukan kerana kaca mata Utusan hanya nampak warna kulit, kaum, ras dan bangsa.

Taktik yang mengandaikan orang Melayu itu dungu

Utusan yang beroperasi sebagai penyebar fitnah mahu menakutkan orang Melayu walaupun menyedari hakikat DAP dengan sedikit kekuatan politik yang ada tidak akan mampu menubuhkan kerajaan.

Jika benarlah menerusi pilihan raya, DAP boleh menang 100% sekali pun, parti ini tidak akan menjadi parti yang dominan seperti UMNO dalam BN. Malah semua orang tahu DAP tidak mungkin berpeluang bertanding lebih dari 50 kerusi Parlimen - mengikut formula Pakatan yang ada setakat ini - daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ada di Malaysia.

Maksudnya kalau DAP menang semua kerusi Parlimen pun, ia hanya menguasai lebih sedikit daripada 20% jumlah kerusi Dewan Rakyat. Adakah Utusan cuba mengajar ilmu matematik baru kepada orang Melayu bahawa siapa yang mendapat 20% akan lebih berkuasa daripada mereka yang mendapat lebih dari itu?

Dasar DAP bukanlah dasar perkauman seperti UMNO, MCA atau MIC. Justeru, bagi parti berbilang kaum ini, ia tidak akan mampu mewujudkan kuasa majoriti yang berasaskan sesuatu kaum. Amalan ini juga menjadi dasar Pakatan Rakyat, iaitu perkongsian kuasa.

Dengan itu, DAP tidak mampu bertanding di semua kawasan majoriti orang Melayu terutamanya di peringkat Parlimen. Ini juga cerminan realiti politik Malaysia.

Semua orang juga tahu adalah mustahil DAP dapat mentadbir berseorangan dalam kerajaan hingga mampu menghakis kuasa politik orang Melayu. Yang benar-benar mampu menghakis kuasa Melayu ialah pimpinan Melayu yang benar-benar mempunyai kuasa tetapi khianat kepada amanah orang Melayu.

Hakikatnya, bukan DAP atau Gerakan, PPP, MCA, MIC, PBB, PBS, PBRS, SPDP, LDP, UPKO yang mampu atau boleh menghakis "hak" Melayu.

Jadi di mana punca kuasanya hingga ada dakwaan mengatakan, jika DAP menang mereka akan melupus kuasa politik bangsa Melayu? Di mana?

Jika kita nak memutarbelitkan kenyataan atau fakta sekalipun, biarlah ada lojiknya. "..Jangan hentam keromo..takut-takut nak tarik ular lidi tertarik naga"! Bak kata M.Nasir dalam karyanya.

Utusan-UMNO menolak lojik

Kini jelas bahawa DAP tidak akan mampu menguasai politik tanah air, ia tidak akan mampu berbuat sama sekali, sekali pun jika ada segelintir pemimpin DAP mahukannya.

Inilah budaya DAP, rasional dan waras dalam memahami demografi politik Malaysia. Peranan DAP sangat jelas iaitu berkolaborasi dengan PAS dan PKR dalam mewujudkan demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Itu sahaja.

Mungkin selepas ini juak-juak Utusan UMNO akan menjolok pula isu seperti "kalau dah tau tak boleh menguasai politik dan jadi pemerintah, mengapa pula nak bertanding". Jika inilah ungkapan mereka, kita akan beri jawapan yang paling manis untuk Utusan-UMNO, "biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…biarkan".

Jika sudah jelas bahawa penguasaan politik Melayu tidak akan mampu dihakis oleh DAP, sama jugalah halnya dengan dakwaan DAP mahu "menendang" keluar kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu.

Ini tidak akan terjadi sama sekali kerana faktor yang sama. Malah menurut pandangan Prof. Dr Aziz Bari, beliau dengan jelas mengatakan bahawa kakitangan awam ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Mana mungkin ada kuasa yang sewenang-wenangnya mengubah Perlembagaan. Namun, semua pandangan ini terus diputar belitkan oleh Utusan-UMNO.

Belajarlah memahami demokrasi


Pada asalnya, hujah tentang mutu perkhidmatan awam yang dibahaskan hanyalah soal dasar dalam aspek pembangunan kualiti perkhidmatan awam, baik sumber manusianya, latihan dan amalan budaya kerja dalam perkhidmatan tersebut.

Perbincangan seperti ini sudah semestinya akan wujud perbezaan pendapat, perbezaan kaedah dan pendekatan. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Inilah asas yang menyuburkan dan menghidupkan amalan demokrasi.

Semua dasar dan perancangan harus didebat, dibincang dari pelbagai aspek. Fikir dan berhujahlah atas dasar menghidupkan demokrasi dan menyubur intelek.

Utusan menyimpang jauh dari pokok asal perbincangan tentang perbahasan untuk meningkatkan mutu kakitangan awam, sebaliknya menukar isu pokok menjadi isu sentimen bangsa. Selepas ini, tidak mustahil ia akan berjangkit menjadi isu kuasa ummah dan daulah Islam, dan segala macam isu yang bukan-bukan lagi.

Bagi Utusan-UMNO, dalam hal seperti ini, apa yang penting propaganda mereka sampai kepada pengundi.

Ingin sekali kita beritahu bahawa jika selepas ini UMNO terus berkuasa dengan "nasihat" dan "tunjuk ajar" Utusan, Malaysia akan jatuh merudum. Masa itu kita semua sebagai rakyat yang akan menanggungnya.

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Dulu kalau MENTERI bohong...boleh lah rakyat terima mentah-mentah..tapi sekarang sila jawab apa yg rakyat tanyakan ini..???

Bongkar! Menteri kantoi bohong untuk bela Shahrizat!

SEMAKAN dalam hansard parlimen bertarikh 31 Oktober 2011, muka surat 105, Noh Omar dilihat cuba membela kegagalan projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mendakwa setakat ini, kerajaan hanya meluluskan RM181 Juta sehingga 31 Julai 2011 kepada syarikat keluarga Shahrizat Jalil (Sebut Kroni), National Feedlot Corpration Sdn Bhd.


Namun begitu hasil carian penyata kewangan NFC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM mendedahkan sebaliknya. Kerajaan sebenarnya telah memberi kesemua pinjaman berjumlah RM257 juta kepada National Feedlot Corpration, NFC.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dokumen SSM ini mendedahkan bahawa Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518.


Ini jelas menunjukkan bahawa NFC sudah menerima sepenuhnya wang RM257 juta pinjaman kerajaan. Kekurangan sebanyak RM917,482 (RM257,000,000-RM256,082,518) pula menggambarkan sebahagian pembayaran balik yang telah dibuat oleh NFC.

Banyak skandal Shahrizat Jalil dan projek Fidlot Nasional yang diberikan oleh kerajaan kepada keluarga Shahrizat (sebut kroni). Satu persatu akan didedahkan, nampaknya karier politik Shahrizat sudah sampai ke penghujung.

Nantikan pendedahan selepas ini, bagaimana lembu-lembu Shahrizat Jalil boleh tinggal dalam kondominium berharga RM9.785 juta. Makin dekat nak pilihanraya, budaya cantas-mencantas dalam Umno semakin hebat!

ReJaM© "Siakap senohong, gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri..."

PERKASA jadi selop kera bila anak penaung terlibat..!!

Kenyataan terbaru Marina Mahathir:
“I am here only as a supporter because two years ago, I officiated Seksualiti Merdeka without any incident."
TERJEMAHAN: "Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun lepas saya telah merasmikan "Seksualiti Merdeka" tanpa apa-apa insiden"
Pengakuan terbuka Marina Mahathir, putri kepada mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty, penaung PERKASA.

Soalnya sekarang:

1.0 Mengapa dua tahun lepas PERKASA hanya berdiam diri?
2.0 Mengapa tiada serangan bertalu-talu kepada Marina Mahathir, anak penaung PERKASA?
3.0 Mengapa tidak disebut walau sedikit pun bahawa anak mantan Perdana Menteri dan penaung PERKASA adalah penyokong kuat Seksualiti Merdeka
4.0 Salah seorang ahli Sisters in Islam adalah Nori Abdullah, anak kepada mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Sisters in Islam adalah penyokong tegar Seksualiti Merdeka. Mengapa tiada siapa yang bersuara?
Jelas, UMNO hipokrit. Zul Nordin al Kazzab hipokrit. Ezam Mat Nor hipokrit. UMNO Selangor hipokrit. NGO2 seperti PEMBELA, HIMPUN dsbnya juga hipokrit.

Manusia2 mcm inilah harapan kita untuk memperjuangkan Islam?

Bagi Tulang Besi, keputusan PERKASA berkempen untuk calon MIC pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dahulu adalah bukti PERKASA adalah organisasi munafik.

Akhirnya terdedah kemunafikan puak2 ini.

Tulang Besi

GMUKM : PTPTN Diminta Perhalusi Mekanisme Carian Dana



Agak ironik di tengah-tengah keceriaan kita menyambut perayaan Aildiladha, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said mengumumkan cadangan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam mulai 2013. (Berita Harian, 4 November 2011)

Menurut Datuk Ismail, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan dihentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu yang kini semakin kekurangan dana menampung permohonan pelajar-pelajar baru.

Kenyataan Pengerusi tersebut tentunya menimbulkan kebimbangan pelajar dan ibu bapa, khususnya di kalangan keluarga berpendapatan rendah apabila saban tahun hampir ratusan ribu pelajar IPT memohon tabung pinjaman tersebut.

Umum mengetahui sebahagian besar mahasiswa amat bergantung dengan tabung pinjaman tersebut itu bagi menampung kehidupan mereka di kampus.

Biarpun yuran pengajian Universiti telah dibayar, adakah rasional untuk mahasiswa berbelanja membeli keperluan pengajian dan kos kehidupan seharian di kampus sekiranya pinjaman perbelanjaan itu dihentikan?

Justeru respon kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sehari selepas itu bahawa kerajaan akan memastikan PTPTN terus memberi pinjaman berkenaan, pastinya melegakan banyak pihak terutama ibu bapa. (Utusan Malaysia , 6 November 2011)

Di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam merespon isu ini, lebih gemar melihat masalah yang dialami pihak Perbadanan dapat dikurangkan dengan beberapa usul di bawah;

(i) PTPTN perlu ditransformasikan sebagai salah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) yang berorientasikan budaya penswastaan dan pengkorporatan. Maksudnya di sini Perbadanan lebih diurustadbir sebagai syarikat swasta yang bijak mencari dana sendiri di samping tidak melupakan 'Corporate Social Responsibility' (tanggungjawab sosial korporat) yang turut menyumbang kepada pinjaman-boleh-ubah kepada biasiswa kepada mahasiswa yang cemerlang. Dan jika perlu, Pengerusi Perbadanan juga perlu dilantik daripada kalangan ahli perniagaan yang berjaya sebagaimana yang dilaksana Malaysia Airlines (MAS) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) agar idea-idea Perbadanan lebih berkembang dan tidak mengharapkan bantuan GLC lain.

(ii) PTPTN membuat pelaburan-pelaburan yang strategik khususnya dalam bidang komersil yang berkembang pesat yang lain di dalam atau luar negara. Perkara ini dapat dicontohi melalui GLC yang lain seperti Petronas, Telekom, Lembaga Urusan Tabung Haji dan lain-lain.

(iii) PTPTN perlu memperkasa (empowerment) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ironinya walaupun SSPN dilancar awal tahun 2008 yang lalu, tetapi hanya baru-baru ini promosi berkenaan skim ini diperhebatkan. Sedikit sebanyak PTPTN dilihat tidak serius apabila gagal mempromosi dan menggunapakai produk tersebut.

(iv) PTPTN juga dilihat perlu belajar daripada badan berkanun lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menguruskan keluar-masuk dana dengan cekap.

(v) Cadangan PTPTN untuk mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat multinasional dan transnasional untuk mengadakan tabung berbentuk wakaf, pembiayaan dan sumbangan dilihat tepat pada masanya. Bagaimanapun sewajarnya idea ini diadakan sejak dulu lagi serta harus direalisasikan dan bukan sekadar di atas kertas semata-mata. Idea tersebut juga dicadangkan bukan hanya tertumpu kepada syarikat milik negara Malaysia juga, tetapi juga dikembangkan kepada syarikat-syarikat luar yang melabur di dalam negara juga. Untuk rekod, sesetengah negara Islam hari ini sudah banyak menyediakan dana wakaf untuk para mahasiswa memasuki universiti secara percuma kerana walaupun bukan warganegara tersebut. Sebagai contoh, Syria dan Maghribi.

GMUKM berpandangan jelas bahawa dengan kos hidup hari ini amat tinggi. Justeru sekiranya isu peminjam liat membayar balik hutang PTPTN menjadi puncanya, kita berpendirian PTPTN perlu mewujudkan satu mekanisme baru dalam menyelesaikan isu ini. Jangankan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

SUMBER : http://gm-ukm.blogspot.com/2011/11/ptptn-diminta-perhalusi-mekanisme.html

CONTOHI SELANGOR DALAM PENETAPAN GAJI MINIMUM

(8 November 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong usaha kerajaan Selangor dalam melaksanakan gaji minimum dengan menetapkan RM 1,500.00 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

DPPWP menganggap langkah kerajaan Selangor sebagai langkah kehadapan bagi mendahului kerajaan Persekutuan yang dianggap lembap dalam membuat keputusan berhubung penetapan gaji minimum. Dalam keadaan pelbagai desakan oleh banyak pihak, kerajaan persekutuan sehingga sekarang masih belum menetapkan gaji minimum. Sebaliknya, kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membuktikan mereka ‘walk the talk’ dengan melaksanakan apa yang mereka perjuangkan selama ini.

Usaha ini selari dengan kehendak rakyat yang mahukan gaji minimum ditetapkan pada suatu kadar yang munasabah. Rakyat dihimpit dengan kesempitan hidup ekoran kenaikan harga barang serta kos hidup yang serba meningkat, lantaran itu penetapan gaji minimum amat wajar dilaksanakan. Ini kerana masih ramai kakitangan bawahan mendapat gaji yang sangat rendah dan berada di bawah paras kemiskinan. Mereka tidak mampu menampung kehidupan serta keluarga mereka sehingga akhirnya terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kehidupan.

Usaha kerajaan Selangor menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan ataupun ideologi politik mereka. Kerajaan Pakatan Rakyat mencipta rekod bersih dalam pentadbiran serta sering mendahului kerajaan Persekutuan dalam memikirkan permasalahan rakyat. Penetapan gaji minimum mampu melegakan kehidupan kakitangan awam atau swasta yang selama ini bergelut dengan masalah kemiskinan.

DPPWP mengharapkan langkah kerajaan Selangor dapat dicontohi oleh kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan penetapan gaji minimum buat kakitangan kerajaan negeri mahupun syarikat-syarikat milik kerajaan negeri. Bahkan, DPPWP mengesyorkan juga kepada kerajaan negeri-negeri lain agar meneladani langkah kerajaan Selangor dalam menetapkan gaji minimum kakitangan di negeri masing-masing.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Jangan Runtuhkan Peradaban Negara

[Menjawab Isu sembelih korban dan Seksualiti Merdeka].

1. Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum [ multi - racial ] juga pelbagai agama [ multi - relegion ] tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang serinya.

2. Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen - elemen ini tidak tergugat :

a] agama

b] ilmu

c] budaya

d] keamanan

3. Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan mahupun sinis. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia kebanyakkannya memiliki agama. Kalaupun mana - mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Sang Pencipta sebagai agama anutan dan ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah mereka mempunyai hak - hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya.

4. Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam, begitulah Islam juga melarang penganutnya mengejek agama - agama lain meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan berhak sebagai way of life.

5. Bertolak dari nokhtah ini, saya juga menasihati semua pihak yang terdiri dari agama selain Islam supaya meletakkan penghormatan serupa terhadap Islam agama suci yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang Mencipta Manusia dan seluruh alam ini. Jangan sekali - kali mempersenda agama Islam dan memperlekehkannya. Isu sembelih binatang korban oleh ummat Islam menjelang Aidil Adha yang telah diamal sejak beratus tahun dalam negara kita, jangan dijadikan turning point untuk cetus ketegangan antara agama dalam negara kita. Asasnya saling hormat menghormati. Selama ini negara kita aman, kenapa tiba - tiba hari ini, isu sembelih binatang korban di kawasan terbuka menjadi isu. Nama dah hari Raya Korban, mana boleh buat tertutup, menyembelih binatang korban di bawah rumah .

[ Bukakah negara ini adalah negara ummat Islam pula agama persekutuan adalah agama Islam ? harmoninya agama lain juga tidak dilarang oleh perlembagaan negara untuk dianuti oleh penganut masing - masing. Lalu apa yang jadi masaalah ? Kecualilah ada ummat Islam menyembelih binatang korban di hadapan kuil Hindu atau dalam kawasan perkampungan orang - orang Hindu, kalau begitu saya puntidak bersetuju dan Islam melarang perbuatan sedemikian kerena menghilangkan rasa hormat kepada kaum lain.]

6. Malah rakyat Malaysia boleh bersatu dalam perkara - perkara tertentu dalam memelihara keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. Antaranya ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan norma luhur manusiawi.

7. Perlakuan Lesbian, Gay dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana - mana agama kecuali ia datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar kembali kepada fitrah.Atau sesiapa boleh tunjukkan kepada saya mana satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu juga transeksual ?

8. Sementara kelompok yang mengaku tidak beragama pula sekurang - kurang mereka masih ada aqal dan naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali kepada fitrah. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura - pura untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya.

9. Saya setuju golongan yang memilih penyimpangan seksual ini tidak perlu di hina sebaliknya dididik dan dibimbing agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.

10. Jika dadah menjadikan pengambilnya sampah masyarakat apabila dadah tersebut disalah guna maka begitulah seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat apabila seks tersebut disalah laku dan menyimpang dari fitrah manusia. Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk membiakkan ummat manusia di atas muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas ia membezakan manusia dengan binatang.

11. Namun penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks sesama perempuan ? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang, mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka boleh pada bila - bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini diiktiraf dan diamalkan oleh semua , bukan sahaja Allah murka, generasi manusia akan pupus.

12. Lihat sahaja barat pada hari ini. Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. jauh sekali kawalan agama. Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang bermoral dan beretika.

13. Kita tidak boleh memburu kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya, ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan mungkar, fasad [kekejian] serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik.

14. Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih mahu meneruskan perlakuan itu ? setelah semua sedar bahawa perbuatan seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan keji itu ? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka. Pihak berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan persoalan ini selepas mereka selesai menyusun file di atas meja pejabat mereka yang berhawa sejuk. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang api neraka yang panas.

15. Sebagai contoh, semua kita setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan. Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih sebaliknya diselamatkan. Tetapi sekali - kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan ! jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita .

nota tambah : saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati - matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. mana hak mereka ? kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah ?

dunia - dunia ... meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta ....

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...