TERKINI :

Wednesday, November 9, 2011

Apa yang nak susah hatinya Bung....!!

Bung Mokhtar gelisah sidang hingga larut malam

bung mokhtar parliament 080708 01Persidangan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga lewat malam sejak tirai dibuka pada 3 Oktober lepas akhirnya menimbulkan rasa gelisah di kalangan anggota Parlimen.
    
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata anggota Parlimen seolah-oleh dikerah bekerja lebih masa dan tidak mengikut waktu pejabat seperti orang lain.
    
"Kita masuk dewan 10 pagi, balik 10.30 malam. Orang lain ikut waktu pejabat, kita tidak ikut. Elaun tidak juga naik. Ini yang masalah," katanya selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop mengusulkan peraturan mesyuarat agar persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam.
    
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertindak selaku speaker pada ketika itu berkata bukan sahaja anggota Parlimen yang pulang lewat malah beliau dan dua orang timbalan speaker lain turut terlibat.
    
Katanya persidangan tidak akan berlarutan sehingga lewat malam sekiranya wakil-wakil rakyat boleh berhujah dengan penuh disiplin dan tidak 'mencuri' masa lebih dari yang ditetapkan.
    
"Kalau kita kata 10 minit, 10 minitlah tak payah diingatkan. Kalau masing-masing ikut peraturan itu kita semua akan balik awal. Saya pun impi untuk balik awal," katanya sambil disambut dengan ketawa oleh beberapa wakil rakyat sebelum Dewan berhenti rehat untuk makan tengah hari.

- Bernama

"Kita Tak Pernah Fikir Nak Kurang Kakitangan Awam di Kedah," MB


Dok kalut Peruntukan Jalan Yang Kerajaan Negeri... Peruntukan Jalan Pusat pun 2x5 jaa..tak ada UMNO nak hingaq pulak...!!!

Jalan ke Sekolah Kebangsaan Alor Melintang elok sikit dari kubang kerbau

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata





Balik dari makan kenduri korban di rumah Tok Ayah Azit, MK lalu ikut Jalan Sekolah Kebangsaan Alor Melintang (Jln Datuk Kumbaq). Alangkah terkejutnya jalan nak pi ke sekolah kerajaan tu kira-kira bagus sikit dari kubang kerbau saja.

MK pun carilah maklumat, tanya pi mai, rupanya yang tu jalan MADA. Maknanya ia di bawah tanggungjawab kerajaan Pusat, boleh guna peruntukan Kementerian Luar Bandar untuk turap.

Selama ni pembangkang di Kedah bukan main lagi serang kerajaan negeri isu jalan, alih-alih jalan nak pi sekolah pun BN tak larat nak turap.. bukan panjang pun, kurang lebih 50 meter saja.

MK dimaklumkan sebuah banglo yang tersergam di kiri jalan tu (nampak sikit pagar rumah tu) ialah rumah Pengerusi JKKKP merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Setar. MK tak tau tadi, kalau tau awai MK tangkap gambaq banglo tu sekali.

Isunya bukan banglo besar milik JKKKP tu, tapi isunya ialah awat jalan teruk sampai macam tu dok depan rumah dia tapi macam tak ambik peduli nak bagi elok?

Entahlah Belalangggg....

UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

dari KedahLa

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut.

Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan.

SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan.





Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri..



Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman. Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka.



Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih.

Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa.



MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat.



Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu...


Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan...

SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah.....

Pendedahan Lengkap Penyelewengan Projek Fidlot

Merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa “pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya”.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

~Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

~Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

~Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

~Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

~Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

~Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

~Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat Lampiran 1) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000

GERAN KERAJAAN RM 6,082,518

~Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

~Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

~Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

~Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

~Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

~Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

~Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

~KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham) – sila rujuk Lampiran B.

~Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000) – sila rujuk Lampiran C.

~Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

~Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

~Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

~Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

~Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Seri Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR

Wan Jamak Mengaku Tidak Bersalah


KUALA LUMPUR, (D5) - "Saya tidak bersalah"! Begitulah pengakuan jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan yang berdepan pergantungan 18 perlawanan oleh FAM.

Jurulatih berasal dari Johor itu disabitkan kesalahan tersebut berikutan komennya kepada media dengan mempersoalkan tahap kredibiliti pengadil yang mengadili perlawanan di antara Kedah menentang Perak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Wan Jamak yang dikenakan dua pertuduhan ke atas iaitu yang pertama mengkritik pengadil serta tahap profesional FAM telah menghantar Borang B pada hari Jumaat yang lalu sebelum 12 tengah hari merujuk kepada pengakuan tidak bersalahnya.

"Borang tu bermaksud saya meminta untuk dibicarakan. Saya dah bincang dengan majikan dan tidak tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib (diumumkan).

sumber: http://www.arena.my/Arena/ArenaBolaSepak/ArenaBolaSepakArticle/tabid/447/Default.aspx?newsId=188046 (09/11/2011)

Halang maksiat, seks bebas cegah buang bayi

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Undang-undang dan pusat-pusat pemulihan yang ada pada hari ini tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka yang terus bergelumang dengan dosa dan noda membuang bayi.

“Saya percaya, undang-undang dan pusat-pusat pemulihan tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka daripada terus bergelumang dengan dosa dan noda, tetapi kekuatan suara masyarakat awam mengecam dan memandang jijik perbuatan tidak senonoh mereka yang berzina dan tidak bertanggungjawab itu boleh membuat mereka berfikir dua kali untuk melakukannya,” kata Ketua Wanita dan Keluarga Isma Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Berita Harian bertarikh 7 Nov 2011 yang dipetik daripada hasil temuramah dengan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkaitan 73 kes buang bayi yang dilaporkan sejak Januari hingga Ogos lalu melibatkan 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.

Daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.

Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010.

“Laporan ini perlu dipandang serius oleh seluruh lapisan masyarakat, ibu bapa, guru-guru, majikan dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan,” ujar Norsaleha lagi.

Katanya, tiba masanya semua agensi kerajaan, swasta dan badan agama berganding bahu membenteras gejala ini dengan melakukan berbagai-bagai-bagai tindakan yang boleh mencegah dan mengawal daripada terus bertambah parah.

Menurutnya, kesatuan suara yang ditunjukkan oleh berbagai-bagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan badan kerajaan dalam menangani sesuatu isu dan kes seperti isu seksualiti merdeka dilihat telah berjaya menarik perhatian masyarakat dan pihak berkuasa untuk membuat tindakan yang sewajarnya.

“Hari ini, saya menyeru semua NGO, badan-badan agama untuk mengambil posisi membuat desakan demi desakan bagi memerangi gejala buang bayi yang tidak berperikemanusiaan ini,” ujarnya.

Beliau menambah, gejala seumpama itu boleh dikawal sekiranya semua masyarakat dan pihak berkuasa mengambil tanggungjawab menghalang segala bentuk maksiat dan kebebasan seksual yang amalkan oleh golongan muda mudi kita di tempat-tempat awam, pesta-pesta hiburan, hari kekasih, sambutan tahun baru dan lain-lain lagi.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membuang bayi yang tidak berdosa dan menganggap perbuatan tersebut di luar norma kemanusiaan bahkan binatang sendiri tidak tergamak melakukan yang sedemikian.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk sama-sama mengutuk dan mengecam perbuatan tersebut dan perkara-perkara maksiat yang boleh membawa kepada tragedi buang bayi,” katanya.

Adakah KU LI sedang bermain tarik tali...???



Ke mana hala tuju Amanah cuba dibawa Ku Li?

Keputusan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerajui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.

NONEMengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin Umno dan ahli parlimen BN yang memerintah?

"Apakah tujuan sebuah NGO sedemikian? Apakah langkah mereka seterusnya? Tiada MP mahu membentuk sebuah NGO tanpa sebarang agenda. Beliau punya sesuatu yang tersembunyi," kata ahli politik veteran MCA Datuk Yap Pian Hon, yang juga ketua publisiti BN Selangor.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) percaya ahli-ahli politik di belakang Amanah, yang juga telah memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan minoriti, mungkin berhasrat menjadi pemangkin kepada apa yang dipanggil "kuasa ketiga" dalam BN.

Beliau berkata mungkin mereka memerlukan sebuah platform untuk mengulas isu-isu semasa oleh kerana kebanyakan pemimpin mereka pernah berada dalam kerajaan pada masa lalu.

NONETengku Razaleigh pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan. Sementara timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat, pernah menjadi presiden MCA dan menteri pengangkutan manakala Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah menteri pelancongan dan penerangan; dan Datuk S Subramanian adalah timbalan menteri.

Corak undian

Ahli akademik itu berkata mereka akan menunggu untuk melihat sama ada Amanah dapat mempengaruhi corak undian dalam pilihan raya umum akan datang.

Secara peribadi, beliau tidak fikir mereka boleh, tetapi jika mereka dapat menentukan tindakan dengan betul, mereka boleh menjadi sebuah kuasa yang perlu diambil kira.

azlanBeberapa orang peramal politik percaya Ku Li mungkin cuba meletakkan dirinya pada kedudukan yang membolehkannya membuat tawaran: dengan berada dalam Amanah beliau mendapat kedudukan terbaik bagi mendapatkan tawaran terbaik dari kedua-dua puak politik bertentangan.

Misalnya, kata mereka, ini terutama berlandaskan latar belakang kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang, disabitkan kesalahan terhadap tuduhan sodomi dan dimasukkan penjara.

Dan isteri beliau yang juga presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun selepas beliau meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil.

NONEBeberapa orang penganalisis berpendapat Tengku Razaleigh mungkin muncul sebagai calon untuk memimpin pembangkang jika Anwar terpinggir.

Namun Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng (kanan) pula menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tetap menjadi calon pilihan Pakatan Rakyat untuk jawatan perdana menteri sekalipun beliau diheret ke penjara.

"Tidak ada rundingan langsung (untuk Tengku Razaleigh menjadi pilihan Pakatan untuk jawatan perdana menteri). Kami tidak tahu pendirian politik Ku Li," kata anggota CEC DAP Jeff Ooi.

Naik helikopter

"Beliau tidak boleh menaiki helikopter (pantas) (untuk ke atas). Kami (PKR-DAP-PAS) telah bertungkus lumus membentuk sebuah front alternatif. Jika beliau ingin menyertai kami, kami tidak akan terus menolaknya tetapi hakikatanya bagi kami, beliau setakat mempunyai taraf putera raja".

parliament briefing 030408 jeff ooiOoi juga berkata beliau tidak fikir pemimpin-pemimpin Amanah boleh memberi sebarang cabaran langsung terhadap Pembangkang kerana beliau percaya kebanyakan mereka adalah
dari "era sudah berlalu" dan kurang daya tarikan kini.

"Ambil Tengku Razaleigh sebagai contoh. Beliau orang luar kepada Umno dan orang luar kepada Pakatan. Beliau hanya berada dalam kumpulannya sendiri. Tidak membawa sebarang kerosakan kepada kami," kata beliau, dan menambah langkah putera Kelantan itu mengetuai Amanah hanya menarik sedikit perhatian.

Jadi apakah percaturan Amanah? Tengku Razaleigh masih "non-commital" dan samar-samar tentang rancangan.

Pada sidang akhbar semalam, untuk mengumumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan meluluskan penubuhan Amanah, Tengku Razaleigh berkata walaupun Amanah akan kekal sebagai sebuah NGO dalam masa terdekat, beliau tidak menolak kemungkinan ia akan bergerak aktif dalam politik.

Pelbagai kemungkinan

NONE"Terpulang kepada anggota...Saya tidak kata ya atau kata tidak kerana ia bergantung pada anggota. Anda tidak boleh menolak apa jua perkara kerana kemungkinannya ada," kata beliau.

Bila ditanya mengenai peranan beliau dalam pilihan raya umum akan datang, Ku Li menimbulkan teka teki kepada setiap orang bila beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.

- Bernama

Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tak Jual Daging Korban

Alhamdulillah, dengan berkat doa Ustaz Ismail Mahmud di Mekah barangkali, majlis korban 14 ekor lembu anjuran NGO Wargakilang dengan kerjasama Pondok Bandar Hilir Sik Kedah pada hari raya ke-2 lalu berjalan lancar. 14 Ekor lembu berjaya ditumbangkan dalam jangkamasa kurang hampir 2 jam setengah.

Ustaz Ismail, merangkap Mudir Pondok Bandar Hilir memang gusar sangat, risau-risau kalau majlis Korban ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancang; ya lah bukan kata pihak pondok tapi kami sendiri tak ada pengalaman buat korban sampai 14 ekor serentak macam tu.


Sdra Wahab, Pengerusi Biro Amal wargakilang sedang meniatkan korban utk setiap peserta. Kena baca ikut skrip - pertama kali buat!!


Antara korban yang berjaya ditumbangkan.


Pihak Pondok dengan kerjasama masyarakat sekitar banyak membantu melicinkan majlis korban ini.


Bergambar ramai-ramai: Korban Yang Paling Akhir - lembu no. 14.

Seperti yang dirancang tepat jam 10:30 pagi, 11 kereta rakan-rakan dari NGO Wargakilang berkonvoi masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sik dan Baling meng-agihkan daging-daging korban tersebut.

Sebelum Zohor kami menghala ke pedalaman Nami; di situ kami peruntukkan 100 bungkus dengan 2kg setiap satu (daging + tulang) untuk 100 keluarga miskin di situ. Kebanyakan keluarga tersebut pernah kami kunjungi sewaktu program Jln-Jln Masuk Kampung kami dulu.


Paklong Mat Zin, tuan rumah tempat semua penerima berkumpul.


Dalam perjalanan pulang dari Nami, kami singgah di rumah 3 beradik di SIK yang hidup dlm kemiskinan, yang sulung darjah 4 terpaksa berhenti sekolah sebab kena jaga adik-adiknya bila ayahnya keluar mencari rezeki, yg ada saya tulis di:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/11/jln-jln-masuk-kg-mencari-golongan-ke-3.html

Selepas tersiar kisah mereka di berbagai mailing list/blog/website; ramai yang mai bagi barang-barang minta tolong hantar pi kat depa. Lalu, mengambil kesempatan expedisi korban ini, kami singgah di rumah3-beradik ini bagi daging korban, kami turut bawa hampir 3 TRITON barang-barang keperluan harian seperti susu, gula, biskut, pampers, toto, teddy bear berbagai rupa, tikar dll.

Terima kasihlah kpd sapa-sapa yang bagi sumbangan itu, moga ada pahalanya menanti di SANA.

Di sebelah petangnya kami menghala ke daerah kelahiran saya di Baling Kedah. Antara rumah yang kami singgah ialah di rumah seorang Ibu Tunggal, penoreh getah yang kami pernah turun bantu bina bilik air di rumahnya beberapa tahun lepas – kisah keluarga ini saya tak akan lupa sampai bila-bila sebab di situlah saya dan kawan-kawan di NGO WARGAKILANG kena jerkah dengan ORANG BESAR di kampung itu, dia mai sergah kami kata kurang ajar masuk kampung orang tak minta kebenaran. Nak minta kebenaran apanya, kampung itu sebelah kampung saya ja, adik beradik semua tu..apa ra..

Kali ini kami singgah situ bawa daging korban untuk keluarga berkenaan dan dua tiga buah rumah lagi di sekelilingnya.

Di daerah Baling ini, kami agihkan daging korban kpd hampir 50 buah keluarga drpd pelbagai buah kampung yang berbeda.



Pak Lang Matsin, antara penoreh getah di Baling yang mendapat habuan korban kami tahun ini.

Kembara korban kami berakhir di Baling, tetapi buat saya ada dua bungkus lagi yang saya bawa pulang ke rumah saya. Satu bungkus untuk Kak Mek yang dok bela anak-anak yatim piatu di Kg Paya Ketiau berdekatan.

Satu bungkus lagi untuk jiran saya yang dok jual nasi lemak pagi-pagi kat depan restoren Cina tak jauh dari rumah saya itu. Hari tu waktu beli nasi lemak, dia ada habag kata dia rasa kempunan sungguh tak dapat makan daging Korban. Kata dia, tiap-tiap tahun Masjid buat Korban, tapi sebungkus pun tak pernah sampai rumah dia.

Kali ini, Alhamdulillah, merasa juga dia dapat makan daging Korban ini.

Tersengih gembira sahabat saya ini, akhirnya dapat jugak dia daging korban.
Tak taulah dia nak buat daging masak apa malam ini.

Malam tu adik pompuan saya pulak talipon minta nak merasa daging korban sikit.

Sedar tak sedar, baru saya perasan, rupa-rupanya daging korban ini tak ada dijual di mana-mana. Hang ada duit banyak mana pun, kaya tara mana pun, kalau pi supermarket ka, econsave mana ka, depa tak jual daging korban ini. Patutlah pun daging korban ini sedap dan lain sungguh rasanya berbanding dengan daging biasa.

Terima kasihlah kepada sahabat-sahabat yang menyertai korban kami pertama kali ini.
Terima kasih sebab bagi peluang kpd orang-orang miskin dan susah di pedalaman Sik dan Baling, dan juga orang biasa di kawasan perumahan dapat merasa nikmat makan daging korban ini.

Saja nak habag, sesungguhnya apa pun orang kata, mengikut pengalaman kami dok agihkan daging korban merata kampung ini, sesungguhnya di Malaysia ini masih ramai lagi golongan ke-3 yang layak dan dok ternanti-nanti daging-daging korban ini. Bukan kata golongan ke-3 atau pun golongan fakir miskin, tapi masih ramai lagi orang-orang biasa, orang-orang kebanyakan yang saban tahun dok kempunan tak dapat makan daging korban.

Semalam seorang kawan habag, jiran dia dok tunggu dekat 3 jam kat suatu majlis korban (5 ekor kot) di suatu tempat Kulim, puas tunggu secebis daging pun tak dapat. Kalau dia habag awai, bolehlah juga kami simpan sebungkus buat jiran dia tu.

So, tahun depan, jom lah ramai-ramai kita sertai majlis Korban ini; insyaallah ada rahmatnya buat semua!


moniermatdin@yahoo.com
9.11.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com

50,000 kunjungi ‘Karnival Jom Pi Muzium Padi’

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 31 Oktober – Seramai 50,000 mengunjungi ‘Karnival Jom Pi Muzium Padi’ yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Kedah dengan kerjasama Tunas Indah Niaga Enterprise yang diadakan di Pekarangan Muzium Padi, Gunung Keriang, di sini dari 20 hingga 29 Oktober 2011.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib, seramai 20,000 pengunjung melawat Muzium Padi sepanjang 10 hari karnival itu diadakan.

“Jumlah kutipan tiket yang berjaya dikumpul dengan kemasukan pengunjung ke Muzium Padi sepanjang karnival itu diadakan ialah sebanyak RM56,000,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tujuan utama karnival itu diadakan adalah untuk mempromosikan Muzium Padi kepada orang ramai.

“Ia secara tidak langsung mampu menambah nilai tambah pada kegiatan serta aktiviti pemuziuman dan pada tahun ini, Muzium Negeri Kedah banyak bergerak ke hadapan dalam mengadakan serta menganjurkan pelbagai aktiviti,” katanya.

Dr. Hamdan menjelaskan, dengan adanya karnival itu, ia juga mampu memberikan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan.

“Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang karnival itu, antaranya ialah Larian Bendang, Bola Sepak Bendang, pertandingan memasak, pertandingan gubahan dan pertandingan tangkap itik,” ujarnya.

Di samping itu, tambahnya, acara lain juga turut diadakan seperti persembahan pentas yang dijayakan oleh artis tanah air seperti Pak Long dengan lagunya ‘Selagi Ada Rindu’ serta kumpulan nasyid tanah air iaitu kumpulan Rabbani.

Dr. Hamdan berkata, pameran dan jualan iaitu produk berasaskan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pakaian turut diadakan sepanjang karnival itu berlangsung.

“Forum Perdana juga turut diadakan yang melibatkan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Hashim Osman (Moderator), Ustaz Mat Isa Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Hisham Dato’ Badaruddin dan Ustaz Roslan Che Ros,” jelasnya.

Tambahnya, cabutan bertuah berupa seekor lembu/seekor kambing turut disediakan kepada pengunjung yang bertuah pada karnival itu.

Restoran berputar Menara Alor Setar akan beroperasi semula

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 2 November – Pihak Restoran D’ Saji telah terpilih untuk menguruskan Restoran Berputar Menara Alor Setar yang dijangkakan akan mula beroperasi pada bulan Disember 2011.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, D’Saji yang telah mula beroperasi pada tahun 1991 merupakan salah satu anak syarikat kepada Felda (Federal and Development Authority) dan ia juga mempunyai cawangan-cawangan termasuk dalam dan luar negara.

“Baru-baru ini, D’Saji yang tidak asing lagi di dalam dunia restoran dan perhotelan telah mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi jawatan-jawatan yang diperlukan di Restoran Berputar Menara Alor Setar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sempena lawatan beliau bersama dua kakitangan Menara Alor Setar ke Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, antara jawatan yang ditawarkan ialah Eksekutif F & B, Ketua Chef, Penyelaras Jualan, Kerani F & B, Penyelia/Kapten, Tukang Masak/Pembantu Tukang Masak, Juruteknik, Pramusaji dan Pelayan Restoran.

“Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menikmati pelbagai juadah makanan menarik di Restoran Berputar Menara Alor Setar pada ketinggian 99 meter sambil menikmati panorama indah sekitar Negeri Kedah Darul Aman,” katanya.

Beliau berharap dengan suasana baru restoran berputar yang menarik dan juadah yang beraneka pasti akan dapat menawan hati pengunjung yang bakal menikmati hidangan yang akan disajikan oleh D’Saji di Restoran Berputar Menara Alor Setar.

Hariyati menjelaskan, pihaknya juga berhasrat untuk menjadikan Menara Alor Setar sebagai salah satu pusat mempamerkan perkembangan teknologi negara.

“Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang cuti persekolahan seperti menganjurkan Karnival Back To School dari 1 hingga 31 Disember 2011 di Menara Alor Setar dari pukul 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Tambahnya, aktiviti lain yang turut dijalankan ialah Ambang 2012 pada 31 Disember 2011 yang diadakan di Menara Alor Setar dari pukul 9 hingga 12 tengah malam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...