TERKINI :

Tuesday, November 8, 2011

Ku Li bersuara lagi tentang ketidakpuasan beliau pada UMNO...

Ku Li: Saya tubuh Amanah sebab tiada ruang suara di Umno

November 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.

Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.

“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”

Tengku Razaleigh (gambar) yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.

“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah ini.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.

“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.

“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan,” katanya.

Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.

Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,

"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.

"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.

"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.

Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.

Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.

"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.

"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya.

Jadi Ahli PAS Seumur Hidup tapi tanya sapa nama pimpinan haram tak tau..!!

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini.

Projek lembu - PM & menteri berbohong

Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

NONEMenurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan pada 31 Mac 2009.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirNoh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

Ada apa dengan gaya rambut baru Lim Guan Eng

Oleh Adil Mat Selamat

Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

8 NOVEMBER - Suatu waktu dulu kita ada mendengar cerita tentang perubahan penampilan diri seorang pemimpin UMNO negeri Selangor. Wajahnya yang tepu tiba-tiba menjadi berseri dan kelihatan lebih muda.

Propagandis UMNO sendiri yang memulakan gosip itu telah menuduh pemimpin tersebut menggunakan suntikan Botox. Dakwaan itu dinafikan pemimpin tersebut, sebaliknya menyatakan perubahan fizikal wajahnya adalah kerana beliau suka makan tempe, juadah kegemaran orang Jawa.

Namun, apa pun yang dijelaskan oleh pemimpin berkenaan, iaitu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, rakyat sudah membuat persepsi sendiri. Wajah berserinya sejak akhir tahun 2007 dianggap banyak orang sebagai memakan belanja yang bukan sedikit, maklumlah rumahnya sahaja sudah berjuta-juta ringgit harganya.

Walau pun rupa wajahnya menjadi bahan gossip liar di kalangan manusia yang suka mengumpat, rakyat lebih melihat kepada apa yang beliau laksanakan sebagai pemimpin negeri.

Tuduhan-tuduhan rasuah, salah guna kuasa, membazir dan sebagainya, akhirnya menggugurkan kedudukannya. Malah beliau mencatat sejarah UMNO dan Barisan Nasional apabila menjadi Menteri Besar pertama yang kehilangan negeri dalam pilihan raya pada 2008.

Sebagai orang politik, beliau sendiri sedar bahawa kalah menang bukan kerana wajah berseri atau tidak, sama ada dengan tempe atau suntikan apa-apa ubat.

Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang pusat yang suatu ketika dahulu terkenal dengan cermin matanya, kini tidak lagi.

Ada orang kata Ketua Umum PKR itu Nampak lebih muda, ada pula yang marah kerana kononnya Anwar telah hilang gaya ‘intelektual’ sejak umum melihatnya sebagai pemimpin muda pada tahun-tahun 1970-an dahulu.

Bagi pemimpin besar ini, walau sekecil mana pun perubahan itu, sedikit-sebanyak tetap menjadi bahan bualan. Kata orang-orang UMNO, Anwar mahu ubah penampilan diri semasa dalam UMNO suatu waktu dulu.

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi adakah semua ini penting dalam agenda Pakatan Rakyat?

Gaya baru

Kini tiba giliran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ditohmah dan difitnah tanpa henti oleh kumpulan-kumpulan ultra-kaum termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia.


Baru-baru ini, selepas kes fitnah anaknya di sekolah menengah oleh juak-juak UMNO, Guan Eng dilihat sedikit berbeza dengan penampilan wajah yang baru. Penampilan yang baru ini kali pertama disedari beberapa hari sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini.

Perubahan yang kita maksudkan adalah gaya rambutnya. Apabila kita melihatnya kita rasakan ada sedikit kelainan, tetapi bagi yang kurang peka, mereka tidak dapat mengagak apa yang telah berubah.

Tanpa apa-apa rawatan, tanpa sebarang kos, modalnya hanyalah sikat dan sekeping cermin muka. Dan ia berjaya, nampak kemas dengan ‘mood’ baru.

Gaya rambut Guan Eng dahulu kelihatan terlalu ‘kemas’ seperti gaya ‘cikgu sekolah’ tahun 70-an dengan sisiran rapi berkilat kesan dari minyak rambutnya, menjadikan beliau begitu ‘Cina’ yang skema.

Kini dengan gaya sisiran yang baru yang tidak lagi kelihatan licin berminyak, ia tidak lagi ketara tekstur belahan rambutnya. Kata orang, gaya rambutnya sekarang mirip cara sikatan kebanyakan orang Melayu? Ringkas, sederhana dan nampak ‘cool’.

Bukan gaya rambut yang penting

Namun, sebagaimana dengan isu wajah Khir Toyo, apa yang penting bukan gaya sikat rambut atau mencekangkan muka. Sebagai pemimpin, rakyat menagih kepimpinan yang jujur, cekap dan tegas.

Ketika Guan Eng mengambil tampuk pimpinan negeri pada awal 2008, hutang Pulau Pinang yang dikumpulkan oleh kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM630 juta. Kini selepas tiga tahun, hutang negeri hanya tinggal RM30 juta.

Adakah beliau menggunakan silap mata atau rawatan khas untuk menyelesaikan hutang negeri? Barangkali bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Kon ada jawapannya.

Begitu juga dengan iltizam politiknya, wang yang dapat diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukanlah hasil dari suntikan atau rawatan istimewa, sebaliknya apa yang disebut Guan Eng adalah ‘dividen anti-rasuah’.

Apakah maksudnya? Mudah sahaja, menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT), rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa dapat dikawal dan dibendung kerana iltizam politik kepimpinan negeri. Duit-duit yang dahulunya ‘bocor’ dari kantong negeri inilah yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sesebuah kerajaan tidak perlu menjadi berbelanja besar atau boros hanya untuk memberi kebajikan kepada rakyat, sebaliknya dengan sistem urus tadbir yang baik dan cekap, maka khazanah negeri akan berjaya dipelihara dan diagih kepada rakyat dengan meluas.

Dalam aspek pelaburan, kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya menarik minat penanam modal atas dasar CAT sehingga mendapat pujian banyak pihak antarabangsa.

Memahami makna dari natijah yang tersurat memberi kita sedikit gambaran bahawa jika hendak kelihatan lawa dan segak, tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, cukup sekadar kita mencermin kembali diri kita sendiri.

Dan lakukanlah yang terbaik dengan penuh kesederhanaan, baik kepada diri mahu pun pentadbiran dan politik. Pemimpin harus tahu membezakan yang mana plastik dan yang mana realistik. – Roketkini.com

Agenda DAP hakis dominasi Melayu adalah "KARUT"

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari (gambar), lapor Malaysiakini.

"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata.

"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” kata Zulkifli (kiri) dipetik Utusan.

Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Suruhanjaya Diraja

Ahad lalu kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat juga menghentam pemimpin DAP, terutama setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan Rakyat akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.

Meskipun Abdul Aziz berkata beliau bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Pua dan kebimbangannya mengenai perkhidmatan awam di negara ini adalah benar, namun beliau menasihatkannya supaya berhati-hati dengan isu tersebut.

"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis."

Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, mereka perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menilai kedudukan perkhidmatan awam dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi memperkukuhkannya.

Ini, katanya, dapat mengatasi beberapa masalah dalam perkhidmatan awam, seperti keberkecualian yang telah terjejas, terutamanya semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini termasuk melaksanakan sumpah setia atau Akujanji dan amalan memberi kontrak kepada pegawai atasan yang melunturkan semangat kakitangan perkhidmatan awam. Etika perkhidmatan awam tercemar kerana politi.”

Menurut Abdul Aziz, kakitangan awam perlu berkecuali kepada kerajaan yang medmerintah. Kesetian mereka hanya kepada negara dengan Yang Di-Pertuan Agong sebagai lambangnya.

"Atas sebab ini, bagi saya Akujanji adalah tidak berperlembagaan," kata Abdul Aziz.

Tuan Mufti TERKEJUT, Haji Najib dan Hajah Rosmah Selesai Haji Lebih Awal


Saya petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

P/s: Kantoi! Apa komen menteri agama nanti?

http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/11/alamak-tuan-mufti-terkejut-haji-najib.html

ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA TERGADAI! BERBANGGAKAH ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD KHIANATI WARGA FELDA?



Jika melihat kepada struktur penyenaraian Felda Global Ventures yang akan bermula bulan Mac 2012 seperti berikut:

http://4.bp.blogspot.com/-8AXP7YmcK_c/TrhOv1YaMkI/AAAAAAAAFZg/ir-D5Q4IG28/s1600/2011-11-08_051556.jpg
Adalah jelas bahawa ORGANISASI FELDA sudah kehilangan HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI di dalam anak-anak syarikatnya. Yang ada sekadar kaitan nama Koperasi Permodalan Felda (KPF), iaitu sebuah Koperasi usahasama peneroka dan kakitangan yang memegang 30% sahaja daripada hak terhadap anak-anak syarikat Felda. Sebelum itu KPF memegang hak sebanyak 51% ke atas anak-anak syarikatnya dan FELDA memegang 49% melalui pemilikan 100% terhadap Felda Global Ventures.

Namun, Isa Buangan UMNO dan Sabri Buangan Sime Darby mewujudkan struktur pra-penyenaraian (struktur silap mata) untuk menampakkan KPF memegang 60% dan FELDA 40% bagi menutup mata peneroka dan kakitangan. Sedangkan, dalam STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN, KPF memegang hanya 30% dalam anak-anak syarikat manakala HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI organisasi FELDA terpelanting keluar dan diganti 70% pelabur luar. STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN di atas boleh dirujuk di 2-3 blog anjing rasmi Isa yang dibayar hampir RM3 juta bagi menyiarkan perkara isu penyenaraian Felda dan turut disiarkan di TV dan akhbar-akhbar utama.

SOALANNYA: APA PERLU NAMA FELDA DILETAKKAN PADA FELDA GLOBAL VENTURES SERTA NAMA FELDA PADA ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA YANG LAIN JIKA FELDA TIDAK MENDAPAT APA-APA MANFAAT SELEPAS PENYENARAIAN?

Sekadar menggunakan nama FELDA kerana wujudnya saham Koperasi Permodalan Felda sebanyak 30% adalah SALAH kerana KPF sendiri tidak memberi apa-apa pulangan kepada BELANJAWAN ORGANISASI FELDA kecuali kepada ahli-ahli koperasi semata-mata. Malah sebagai perbandingan, pemilikan Koperasi Permodalan Felda dalam syarikat Power Root adalah 33% dan tidak pula Power Root beroleh hak menggunakan nama FELDA kerana penggunaan nama FELDA adalah dengan kebenaran pengurusan dan Lembaga Pengarah FELDA sahaja. Dengan FELDA menarik balik kebenaran menggunakan nama FELDA iaitu nama cop dagangnya kepada Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat, ianya akan memberikan IMPAK seperti berikut:

1. MEMBONGKAR HASRAT SEBENAR Isa Samad dan Sabri Ahmad menggadaikan segala pendapatan, aset dan hartanah FELDA milik bersama pengurusan dan peneroka kepada pelabur luar. Tiada guna FELDA membenarkan lagi namanya dipakai sekadar menyokong PEMBOHONGAN Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa ini untuk kebaikan FELDA. Dengan tiadanya nama Felda, lebih mudah difahami bahawa, FELDA sudah tiada apa-apa kaitan dengan Felda Global Ventures dan anak-anak syarikatnya.

2. MEMBONGKAR KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA untuk pembangunan pertanian dan sosio-ekonomi peneroka FELDA. Sekurang-kurangnya RM1.5 billion perbelanjaan dan faedah untuk peneroka sahaja akan HILANG melalui penyenaraian anak-anak syarikat dan pajakan tanah-tanah FELDA yang bakal bermula 1.1.2012.

FAKTA KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES. IANYA BOLEH DIPEROLEHI JIKA PENEROKA MENYAMAN FELDA DARIPADA BERSETUJU TERHADAP KEPUTUSAN-KEPUTUSAN INI DAN MEMINTA SURAT PAJAKAN DISERAHKAN DAN DITELITI PENEROKA-PENEROKA DAN DIPERSETUJUI SECARA REFERENDUM TERLEBIH DAHULU

3. ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA HILANG IDENTITI DAN KLIEN UTAMA. Apabila Felda sudah tidak lagi mengiktiraf anak-anak syarikatnya kerana sudah kehilangan HAK SECARA TOTAL, pekerja-pekerja anak syarikat dijangka mengalami krisis identiti apabila tidak lagi dapat berbangga menjadi sebahagian dari FELDA. Impak kewangan juga bakal dirasai anak-anak syarikat seperti:
a. FELDA ENGGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK ANAK SYARIKAT. Diketahui bahawa FELDA terpaksa guna perkhidmatan anak syarikat FELDA seperti Felda Security (FELSCO) yang mahalnya mengalahkan askar Gurkha tetapi atas FELSCO memberi pulangan pendapatan dan ramai anak-anak Felda di situ, FELDA memejamkan matanya. Begitu jua anak syarikat FELDA lain seperti Felda Prodata dan Felda Engineering yang diberi upah premium. Apabila FELDA jatuh miskin dirampas pendapatannya oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad, Felda perlu berhemat dan mencari syarikat lain bagi mendapat perkhidmatan sama dengan harga lebih murah seperti syarikat bumiputera lain.

b. KRISIS IDENTITI ANAK SYARIKAT akan dirasai oleh anak syarikat Felda seperti Delima Oils yang berbangga mengeluarkan minyak Saji dengan tagline Felda Best, Produk Bermutu Keluaran Felda. Bayangkan warga Felda selepas ini memboikot minyak Saji yang dikuasai 70% pelabur luar.

c. PENEROKA MEMBOIKOT KILANG SAWIT FELDA. Sebelum ini pengurusan FELDA boleh juga memujuk peneroka menghantar buah sawit kepada Kilang-Kilang Felda di bawah Felda Palm Industries kerana banyak faedah dan dana dipulangkan kembali FELDA kepada peneroka, tetapi dengan kehilangan kemudahan dan keistimewaan sebagai peneroka seperti pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan, kesihatan, kerohanian, sukan, usahawan dan lain-lain, peneroka-peneroka punya hak sepenuhnya tidak menjual buah sawitnya kepada FELDA. Perlu diiingat bahawa lebih 90% peneroka sudah memiliki geran dan jika 30 hari sahaja peneroka-peneroka ini boikot kilang-kilang Felda, akan hilang kerjalah semua pengurusan dan pekerja-pekerja kilang tersebut. Peneroka-peneroka tetap mempunyai tanah dan pendapatan lain masing-masing.
Oleh itu, dituntut supaya FELDA mengeluarkan namanya dari nama Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda yang bakal digadai kepada pelabur luar. Tak usahlah diikutkan sikap Ali Baba penyangak-penyangak UMNO di luar sana di mana syarikatnya Pengerusinya Orang Melayu, Lembaga Pengarah Orang Melayu ada 2-3 tapi ada hati nak dipanggil syarikat bumiputera walaupun yang empunya duit dan melakukan kerja tersebut dengan gigih adalah bangsa lain.

Suara Felda

Islam tetap berdaulat..Melayu sepakat ataupun tidak..!!!


Ekonomi : Negara Perlukan Pemimpin Berakhlak

1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut. Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya. Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman.

2. Seringkali masaalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Masaalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan.

3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus [ Good Governance ]

Sabda Rasulullah saw: انّما بُعثت لأُتمم مكارم الأخلاق

Sesungguhnya Aku dibangkitkanadalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak.

4. Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku inflasi jika ianya diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik. Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak.

5. Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan sifat rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh pada pengurus dan pentadbir ekonomi negara sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir. Firman Allah merakamkan kisah sang penguasa yang angkuh :

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78

6. Contoh mudah kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dapat dilihat melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru - baru ini.

a] Antaranya projek kerajaan yang diberi melalui runding terus dan tentunya ia dilihat sebagai anugerah kepada kroni ialah projek pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

b] Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

c] MARA (Majlis Amanah Rakyat) pula ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

d] Syarikat-syarikat GLC yang ditegur pengurusannya berulang tahun juga terus dilanda kerugian dengan suatu kerugian yang sangat besar.

i - Syarikat Perumahan Negara Bhd rugi RM21.4 juta,
ii - Indah Water Konsortium Bhd rugi RM33.4 juta,
iii - Aset Global Network Sdn Bhd rugi RM41.1 juta,
iv - Keretapi Tanah Melayu Berhad rugi RM92.6 juta,
v - Prasarana Bhd rugi RM367.1 juta.

7. Kesan yang lebih besar dapat dilihat dengan jelas sebagai manifestasi dari tandus akhlak apabila hutang negara meningkat sebanyak 12.3% kepada angka RM407.11 billion pada tahun 2010 berbanding RM362.39 billion pada tahun 2009, keadaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% iaitu pada kadar 53.1%.

8. Terbaru negara kita digegar riuh oleh isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta. Sehingga sekarang pihak yang btanggungjawab masih gagal untuk memberi penjelasan.

9. Ketua Audit Negara telah berkali - kali menegur kerajaan samaada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, demikian juga dengan kementerian - kementerian agar bijak berbelanja, elakkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, malangnya mereka tidak pernah memahami bahasa Ketua Audit Negara. Justeru itu saya menyeru rakyat agar mendidik dan menegur kerajaan yang gagal mengurus ekonomi berasaskan akhlak terpuji dengan menggunakan "bahasa undi" dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada membawa berkah dan rahmah apabila ekonomi tidak diurus dengan akhlak yang soleh dan hati yang taqwa kepada Allah swt.

10. Rakyat jangan anggap remeh perkara ini. Pemimpin yang gagal memiliki akhlak yang soleh dan moral yang beretika tidak layak diserahkan amanah mengurus hasil dan harta negara kerana kelak rosak binasa sementara rakyat terus menderita terperangkap dalam pelbagai situasi seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar cukai, pemotongan subsidi dan 1001 situasi yang menyenak perut sang marhaen.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

UTUSAN TERKANTOI!!! Propaganda Najib korban 402 ekor lembu makan diri

ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib].

Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri.

Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib.


Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta.

Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan.

Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut.

ReJaM© "Maka propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi di situ..."

Meniaga sorang dia saja untuk rakyat 1Malaysia pun boleh rugi kaa..???

TNB hadapi masalah aliran tunai, tarif naik lagi?

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.

Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Bayar RM400 juta sebulan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.

TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.

Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi. -mk


http://greenboc.blogspot.com/2011/11/selepas-lembu-kambing-rakyat-pula.html

Wawasan 2020 pinggirkan orang Melayu?

MAHATHIR

ALOR SETAR - Wawasan 2020 cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak banyak menyokong pembangunan orang Melayu, dan situasi ini membimbangkan berikutan wujud anasir-anasir negatif yang rancak mengancam kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Presiden Pertubuhan Setiakawan Pembangunan Ummah Malaysia (Setiakawan Malaysia), Datuk Mat Nanyan Saad berkata, matlamat Wawasan 2020 lebih kebaratan, yang hanya membangunkan aspek fizikal semata-mata.

“Dalam wawasan itu tiada nilai-nilai ke arah bangunkan negara Islam. Tanpa gandingan aspek fizikal dan rohani, agak sukar untuk kita bertahan. Saya bukan menentang wawasan itu, tetapi harapan saya kita tidak jadi seperti Mat Jenin atau Lebai Malang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya dalam wawasan itu tidak menjaga kepentingan orang Melayu, tidak mustahil kaum itu kini dalam proses berkubur.

“Kena pelihara perpaduan dan kebajikan orang Melayu dari sekarang, jangan dicemari unsur yang boleh pecah belahkan umat Islam dan Melayu, termasuk masyarakat majmuk di negara ini. Ini termasuk mengekang program berunsur perpecahan kaum, seperti Seksualiti Merdeka yang secara halus merosakkan minda,” katanya.

Mat Nanyan yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff berkata, pihaknya bimbang matlamat Wawasan 2020 boleh menjejaskan negara, sekiranya kuasa Melayu semakin terhapus selain menjejaskan institusi Diraja.

“Semoga kita benar-benar membina ‘istana’ pada tahun 2020, dan bukannya menempah keranda untuk pengebumian kita (Melayu),” katanya.

Mengulas kata-kata Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu, dan berpecah kepada beberapa kelompok sehingga menjadi kumpulan minoriti dalam negara, Mat Nanyan berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius.

“Pada 1991, Mahathir mahu kita jadi negara maju menjelang 2020, selepas 20 tahun kemudian, Mahathir juga berkata pada 2020, kita akan hilang kuasa. Saya bimbang ia berlaku jika sekarang kita terlalu berlembut dan tidak sepakat,” katanya. [Sinar Harian]

Kedah akan bina Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi

Azizan Abdul Razak

YAN - Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.

"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.

Azizan berkata kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru. [Sinar Harian]

IMPIAN Harimau Muda untuk membaham Singapura tidak kesampaian.

Malaysia pilih laluan sukar


AHMAD FAKRI (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Singapura pada aksi pembukaan bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

IMPIAN Harimau Muda untuk membaham Singapura tidak kesampaian.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu memilih laluan sukar dalam misi mempertahankan pingat emas selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura petang semalam.

Pada aksi pembuka tirai di Sukan SEA kali ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan yang berhati-hati.

Di undi satu kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Indonesia dan gergasi Asia Tenggara, Thailand dalam Kumpulan A, kegagalan skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu dianggap sebagai sesuatu yang sangat mengecewakan.

Ketiadaan Mahali Jasuli di bahagian bek kanan juga menimbulkan persoalan apabila Fandi Othman yang mengambil-alih posisi itu lebih gemar naik ke atas.

Selain itu, kesilapan Fandi yang tergelincir ketika mengejar bola pada minit ke-77 nyaris mengundang padah.

Meskipun skuad negara lebih dulu melancarkan serangan, Singapura memperoleh peluang terbaik pada minit ke-14 tetapi rembatan kaki kiri Fazli Ayub terus ke dakapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad negara yang kembali melakukan asakan begitupun kecewa apabila percubaan kapten, Baddrol Bakhtiar berjaya ditepis penjaga gol Singapura, Izwan Mahmud pada minit ke-24.

Kejayaan Syahrul Azwari Ibrahim melepasi tiga pemain pertahanan Singapura juga tidak mendatangkan hasil.

Kelonggaran benteng pertahanan negara nyaris dihukum Fazli apabila mudah melepasi tiga pemain dalam kotak penalti sebelum rembatannya ditepis Khairul Fahmi pada minit ke-39.

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saraaini juga gagal menjaringkan gol pendahuluan apabila lambat menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas Izwan hasil sepakan percuma Baddrol seminit sebelum babak pertama berakhir.

Pada babak kedua, Kim Swee membuat sedikit pertukaran apabila membawa masuk Irfan Fazail dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria bagi menggantikan Shukor Jusoh dan Thamil Arasu.

Hasilnya, jentera serangan skuad negara dilihat kembali tajam menerusi beberapa pergerakan merbahaya dari bahagian sayap tetapi masih gagal menemui sentuhan penyudah.

Keputusan pengadil perlawanan, Hong Xin Duong dari Vietnam yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Fandi dijatuhkan pada minit ke-55 sedikit mengecewakan.

Selain itu, sepakan percuma Baddrol yang diperoleh selepas Syahrul Azwari dikasari pada minit ke-73 turut berjaya ditepis keluar Izwan.

Harapan skuad negara untuk mengutip tiga mata berharga pada 10 minit terakhir juga tidak kesampaian apabila rembatan kaki kiri Baddrol sedikit sipi pada minit ke-82, sementara rembatan Wan Zaharul Nizam juga melambung tinggi ketika Izwan telah tertewas pada masa kecederaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...