TERKINI :

Sunday, November 6, 2011

Dewan negara tempat longgokan sampah bukan senator...

Senator atau sampah

Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.

Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.

Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.

Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13

Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi. Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri.
Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia!

Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama.

Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka.

Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian. Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja.

MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India

Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN. Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator.

Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu .

MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu.

Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka. Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik.

Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Chronicle

Blogger UMCOt ak tau beza Haji & Umrah..letih laa hangpa nie..!!!

Blogger UMCO jahil murakab, tak tau beza Haji & Umrah

Oleh: SAIBURI SUDIN

Sebelum mengulas apa2 SS nak minta pembaca teliti dulu usaha penyepinan (bahasa baru) sebuah blogger upahan UMCO bernama Mctheory yang mengaku terima bayaran RM7000 sebulan dari pijak tertentu. Sila baca di bawah ni:

Anwar kata dia dah pergi dua kali ke Mekah untuk menunaikan haji. Biar betul ni? Mc yang PEMINAT SETIA Anwar ni pun tak percaya Anwar dah naik haji dua kali..

baca kenyataan anwar dalam blognya pada gambar di bawah




Pelik juga selalu orang pergi menunaikan ibadah haji ni dalam 40 hari tapi kenapa anwar pergi dalam masa 1 hari boleh dapat gelaran haji?? lihat foto dibawah




anwar semasa di jakarta

Cepat benar Anwar buat haji, tak kan buat haji tak ikut rukun haji..bila masa berwukuf di Arafah,bermalam di mudzalifah dan mina.melontar jamrah lagi..kalo di ikutkan perbezaan masa antara mekkah dan jakarta adalah 4 jam

Penerbangan antara Jeddah dan Jakarta mengambil masa selama 10-12 jam..jadi bila masa Anwar naik pergi buat ibadah haji?

Ulasan Saiburi Sudin:

Isu di atas dibuat untuk beritahu bahawa DS Anwar Ibrahim yang mendakwa pernah tunaikan haji sebenarnya berbohong. Sebenarnya Anwar sudah dua kali tunaikan haji sebelum tahun 2007 lagi.

Adapun pemergian beliau ke Mekah pada 14 November tu bukan untuk menunaikan haji (dia tak sebut pun kata pergi buat haji) tetapi menunaikan umrah sebab 14 November 2007 bukan musim haji! Umrah boleh disempurnakan dalam masa beberapa jam sahaja, tak sampai pun satu hari. Antara ibadah wajib dalam umrah ialah tawaf dan sai. Wukuf di Arafah, malam di Musdzalifah & Mina dan melontar jamrah.. itu untuk ibadah haji Mctheory yang jahil murakab woiii!!!

Satu lagi pergi buat haji bukan mesti 40 hari... 4 hari (jika buat Nafar Awwal) dah sempurnalah ibadah haji. Hang kena pi mengaji dulu bab haji ni, baru boleh komen kalau tidak nampak kata hang tu bodo, jahil murakab. Tapi.. ehh, Mctheory ni agama apa yaa? Kalau hang belum Islam, elok mengucap masuk Islam dulu.. baru boleh ulas pasai Islam. Kalau tidak ulasan hang tu merapuuu..

Biar gambar berbicara tentang pimpinan kita...

Biar gambar berbicara,saksikan :











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...