TERKINI :

Saturday, November 5, 2011

Kewangan tiris kerana pemimpin tidak amanah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini terutamanya yang menyentuh soal amanah.

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani Ikram, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, pemimpin seharusnya memelihara amanah atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen.

Katanya, Ikram begitu prihatin terhadap dapatan-dapatan yang dilaporkan berhubung kelemahan pengurusan kewangan kementerian/jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berkenaan seperti berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan, pembelian harga barangan dan perkhidmatan yang berganda-ganda lebih tinggi daripada harga pasaran dan lain-lain bentuk ketirisan kewangan yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

“Ikram berpandangan punca utama ketirisan kewangan ialah kurangnya penghayatan terhadap sifat amanah yang dituntut untuk dilaksanakan sepenuhnya,” ujarnya kepada Harkahdaily.

Begitu juga, katanya kelemahan-kelemahan yang sama dilaporkan masih berlaku seolah-olah tiada kesedaran dan tindakan proaktif yang bersungguh-sungguh di pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan agar lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.

Salah satu persoalan yang ditimbulkan, ujarnya ialah pembelian 257 buah kereta perisai oleh Kementerian Pertahanan yang didakwa harganya 6 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran di mana Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM7.55 bilion atau RM29.4 juta sebuah sedangkan nilai pasaran yang sepatutnya hanyalah RM1.15 bilion atau RM4.5 juta sebuah sahaja.

Ini, ujarnya adalah sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Pertahanan di sidang Parlimen baru-baru ini.

“Namun agak menghairankan apabila Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang hal ini sedangkan beliau sendiri hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari 2011 lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Ikram mencadangkan penambahbaikan dan peningkatan kawalan dalaman terhadap urustadbir dan pengurusan kewangan negara ke arah yang lebih baik seperti berikut:

1. Menghayati dan mengamalkan sifat amanah dalam setiap urusan kewangan negara dan kerajaan

2. Mengamalkan sikap telus dan bertanggungjawab dengan menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan secara tertutup sebaliknya mengamalkan sistem pembelian dan pemerolehan secara terbuka

3. Menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan melalui agen atau orang tengah sebaliknya membuat urusan secara terus dengan pembekal atau pengilang

4. Mengambilkira pandangan pakar dalam proses pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang khusus seperti peralatan kejuruteraan tinggi (high precision engineering), peralatan perubatan, robotik dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran melalui pembelian yang tidak perlu

5. Mengambil tindakan untuk melaporkan atau merujuk kes-kes penyelewengan kuasa dan kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urustadbir dan pengurusan kewangan yang melibatkan kerugian kewangan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan

6. Memperkasakan SPRM sebagai satu badan yang bebas dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan turut diberikan kepada mereka dan bukan hanya kepada Pejabat Peguam Negara

7. Mempertingkatkan kemampuan anggota penyiasatan yakni SPRM dan pihak polis di dalam menjalankan siasatan berhubung salah laku pengurusan kewangan dengan menguasai teknik-teknik terbaru seperti forensic auditing atau forensic accounting.

8. Memperkenalkan polisi whistle-blowing dan menggalakkan samada anggota pekerja sektor awam atau swasta maju ke hadapan melaporkan kepincangan dan penyelewengan dalam urusan kewangan yang berlaku kepada pihak berkuasa di mana mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang khas serta diberikan ganjaran yang setimpal hasil daripada maklumat yang diberikan.

Beliau berkata, Ikram percaya dengan sifat amanah yang diterapkan dan langkah-langkah penambahbaikan yang dicadangkan di atas diharapkan kelemahan-kelemahan yang sama yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan tahunannya akan dapat diminimumkan seterusnya menyumbang ke arah urustadbir kewangan negara yang lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.

Kes UKM4: Siapa kerajaan, BN atau Peguam Negara?

Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.

NONESekiranya kerajaan BN di bawah Najib menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ia perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.

Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini.

Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara?

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa.

Cengkam kebebasan

Kita harus beringat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal perlembagaan persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan.

NONEHarus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (kiri) dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ia tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara.

Justeru, mesej yang ingin disampaikan oleh hakim kepada parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15(5)(a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.

Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau.

Apa yang menyedihkan ialah walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan.

NONESebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin. Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap kabinet yang bertolak-dalih ini?

Dolak-dalih

Ini bukan pun kali pertama kabinet membuat keputusan yang berdolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama BERSIH di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap semua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.

agung rulers judiciary 110807Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini. Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penymbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Penulis adalah dari parti DAP dan ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Kenapa sekarang? Seksualiti Merdeka wujud sejak 2008

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.

azlan“Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

“Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini,” petik kenyataan itu.

Program 'Seksualiti Merdeka 2011' dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery dengan tema 'queer without feer'. Ia dikatakan bertjuan memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak yang membuat laporan polis, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Khamis lalu mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

NONEBagi PMUKM, program sebegini yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

“Kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia.

“Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ruum ayat 21,” petuk kenyataan itu lagi.

azlanJusteru, PMUKM mendesak semua pihak supaya tidak lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak akan tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia,” akhiri kenyataan itu.

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai


1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong!

2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya.

3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh.

4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja.

5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu.

6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya.

Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya?

1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang.

2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua.

3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi.

4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati.

p/s : Maklumat ini diperolehi daripada sebuah akhbar Cina. Dicerita oleh ofismate saudari Anne Raini yang berbangsa Cina. Maklumat lanjut, sila ke blog beliau. SILA KLIKanneraini.blogspot.com

Akta Kerja bukti BN tidak bela pekerja

BUKIT MERTAJAM, 4 Nov: Pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober yang lalu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah negara lemah dan tidak memberi perhatian yang sewajarnya untuk membela nasib pekerja.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam majlis ceramah perdana di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu, Penanti, malam tadi.

Menurut beliau lagi, akta yang diluluskan membuktikan nasib pekerja tidak dibela. Mereka akan dilabelkan sebagai pekerja kontrak yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan serta masa depan.

"Kewujudan kontraktor akan menjadi lambakan baru kronisme yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan BN. Ini adalah antara unsur memperbodohkan rakyat. Ia juga merupakan suatu sistem yang menghala ke arah eksploitasi tenaga kerja.

"Pindaan ini juga adalah pindaan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun rakyat membuat bantahan, mereka masih tetap berdegil untuk mempertahankan projek terancang yang memperlekehkan pekerja dan tenaga kerja dalam negara," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

Jelasnya lagi, sekiranya rakyat tidak menolak kerajaan sedia ada dalam PRU yang akan datang, tidak mustahil banyak lagi rencana bermotifkan kronisme dan penyelewengan sepertimana yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara akan menjadi amalan.

"Jika mahu negara dan rakyat selama, perubahan perlu dibuat dengan menolak BN dalam PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pimpinan PR Pulau Pinang.

Sudahlah meniru Pakatan, tak betul pula pelaksanaan…

3 November 2011

PETALING JAYA, 3 Nov – Kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadi juara rakyat dengan meniru Bajet 2012 Pakatan Rakyat dilihat lebih membawa kerugian, malah mungkin membankrapkan negara.

Ianya dilihat sebagai satu lagi projek pembaziran oleh kerajaan BN apabila mengumumkan akan menambah 2,000 pekerja tambahan untuk menguruskan permohonan bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3,000.

Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan yang memperuntukkan RM1.8 bilion untuk menjalankan program itu menjelaskan maksud sebenar mereka yang tergesa-gesa mengejar populariti.

Menurutnya, kos mengurus untuk membantu orang miskin lebih tinggi daripada jumlah dan nilai yang akan diterima oleh orang miskin, dan semuanya ini bakal ditanggung oleh pembayar cukai.

Beliau berkata, kos tinggi yang terpaksa kerajaan persekutuan tanggung, iaitu sebanyak RM36 juta setahun jika gaji purata ialah sebanyak RM1,500 sebulan untuk 2,000 pekerja tambahan ini.

“Satu ketika dahulu, kerajaan persekutuan yang didalangi BN mengkritik hebat dasar Pakatan Rakyat kerana dikatakan akan menjadikan kerajaan bankrap.

“Kalau dasar Pakatan akan membankrapkan kerajaan, mengapakah BN pula melaksanakannya sekarang?

“Malah kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula dilihat cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor, berbanding Belanjawan 2012 Pakatan, peruntukan RM1.8 bilion oleh kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.

Justeru beliau mempersoalkan sama ada kerajaan BN sedar akan banyak kepincangan mereka sendiri, sehinggakan perlu mengupah 2,000 pekerja tambahan dan kos tersebut akan dimasukkan dalam Bajet Tambahan.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni kelmarin bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengupah seramai 2,000 pekerja tambahan untuk menguruskan program tersebut.

“Mengapakah kerajaan persekutuan tidak menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini?

“Adakah kerajaan persekutuan akan mengambil ahli-ahli UMNO untuk menjalankan program ini dan sekaligus menjadikan dasar ini alat pancing undi?

“Jikalau ini ialah apa yang berlaku sebenarnya, maka ini menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan,” katanya. – Roketkini.com

Awat Kerap sangat ada penyeludupan dadah melalu KLIA nie..???

Kastam rampas dadah bernilai RM4.6 juta di LCCT dan KLIA
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 4, 2011

SEPANG - Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas syabu seberat 18.21 kilogram bernilai RM4.6 juta dalam kes berasingan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh tiga hari lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk M.Govinden berkata rampasan terbaru ialah di LCCT semalam di mana syabu seberat 7.06 kilogram bernilai RM1.77 juta dirampas daripada seorang lelaki warga India.

Beliau berkata imbasan yang dilakukan terhadap beg lelaki berusia 31 itu di cawangan pemeriksaan penumpang pada kira-kira 1.45 pagi menunjukkan imej yang mencurigakan dan setelah dibuka terdapat tujuh keping alas kaki dan beberapa helai pakaian.

"Setelah alas kaki dan kemudiannya kertas karbon itu dipotong, akhirnya didapati di dalamnya terdapat serbok kristal putih dan setelah ujian dijalankan menunjukkan ianya dadah jenis syabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan
hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Govinden berkata dalam kes kedua, syabu seberat 10.6 kilogram bernilai RM2.65 juta ditemui dalam dua buah bagasi yang tidak diambil oleh penumpang di KLIA pada kira-kira 10.30 malam, 1 Nov lepas.

"Hasil semakan mendapati ianya kepunyaan dua warganegara Nigeria," katanya.

Bagi kes ketiga juga di KLIA, Govinden berkata syabu seberat 0.550 kilogram bernilai RM137,500 ditemui dalam "batang pemegang besi" dalam dua bagasi milik seorang lelaki warga Nigeria berusia 25 tahun.

"Syabu turut ditemui di dalam ruangan sulit beg tersebut. Pihak kastam kini menahan reman beliau untuk disiasat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kastam Diraja Malaysia bersetuju dengan keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mahu menarik balik kemudahan pas pelawat bagi mengelakkannya daripada disalahgunakan termasuk untuk penyeludupan dadah.

Beliau berkata pihaknya telah diberitahu keputusan tersebut oleh MAHB baru-baru ini dan menurutnya keputusan MAHB itu dijangka dikuatkuasakan dan diumumkan pada pertengahan bulan ini.

Katanya pas pelawat itu membolehkan individu yang menggunakannya bergerak bebas di dalam kawasan lapangan terbang.

"Pas pelawat tersebut dikeluarkan oleh MAHB dan diberikan antaranya kepada agensi-agensi kerajaan di lapangan terbang, dengan keputusan tersebut ia diharap dapat mengelakkannya daripada di salahguna oleh pihak tertentu," katanya.

Kampus induk Insaniah siap 45 peratus

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/kmpus.jpgALOR SETAR – Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil kini giat dibangunkan mengikut jadual dan kini 45 peratus siap.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul, kemasukan pelajar ke kampus tetap berkenaan akan bermula pada awal tahun 2013.

“Apabila siap kelak, kampus tetap berkenaan mampu menampung seramai 9,000 pelajar dan Dewan Utama yang dibina di kampus itu turut mampu memuatkan seramai 3,000 hingga 4,000 pelajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis Sambutan Maktab Mahmud ke-75 Tahun di pejabatnya di Blok E, Tingkat 5, Wisma Darul Aman, di sini.

YB. Taulan memberitahu, antara jurusan yang ditawarkan di kampus tetap itu ialah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

“Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012 dan mempunyai tasik buatan manusia sepanjang 1.2 kilometer untuk aktiviti sukan dan riadah serta pertandingan sukan air,” jelasnya.

Tambahnya, Taman Insaniah turut dibina oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak 1,000 unit bagi kemudahan pelajar-pelajar KUIN, pensyarah serta orang ramai.

“Tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, asrama pula didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat.

“KUIN merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Islam di negeri ini yang menjalankan program Pengajian Islam secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir,” katanya.

PM anak derhaka sebab tak ikut amanat BAPAK...!!!

http://i1125.photobucket.com/albums/l588/asrolnetworks/posterroyaltihakrakyatkelantan.jpg

Pengurusan zakat, wakaf dan sedekah perlu pembaharuan

E-mail

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/rasmi%20tuanku.jpgLANGKAWI - Ekonomi umat Islam perlukan perubahan namun, pengurusan zakat, waqaf dan sedeqah perlukan perubahan sebelum ekonomi umat Islam boleh diubah.

Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dalam majlis perasmian Forum Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi kali ke tiga (Langkawi Islamic Financial dan Ekonomics International Forum, LIFE3)

KDYMM Tuanku Sultan Kedah turut bertitah kebanyakan tanah waqaf di negara ini hanya digunakan untuk tujuan bukan komersil antaranya untuk tanah perkuburan Islam, membangunkan masjid dan surau. Terdapat juga tanah waqaf yang di biarkan dan tidak diusahakan malah ada yang diusahakan secara tidak sah atau menyalahi undang-undang.

“Banyak tanah waqaf tidak dibangunkan dan tidak dipedulikan, malah ada juga tanah waqaf yang tiada rekod atau tidak diketahui kedudukannya yang tepat.

“Masalah pengurusan waqaf ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah turut berlaku di negara lain juga,” titah baginda.

Baginda menyeru supaya pengurusan zakat, waqaf dan sedeqah tidak diuruskan secara berasingan seperti mana berlaku sekarang, tetapi perlu diurusakan secara bersepadu.

“Intitusi kewangan Islam perlu maju kehadapan dengan memainkan peranan untuk mencari lebih banyak jalan bagaimana menggunakan zakat, waqaf dan sedeqah bagi memajukan ekonomi umat Islam,” titah baginda.

Baginda berharap pakar pengurusan Islam dapat mencari formula dalam struktur atau sistem pengurusan dan para cendiakawan atau ulamak perlu mengkaji dan memastikan sistem pengurusannya selari dengan maqasid syari’ah.

KDYMM Tuanku Sultan turut melahirkan kekecewaannya terhadap pengurusan zakat yang jumlah kutipannya melebihi 1 billion ringgit setiap tahun tetapi tidak mampu mengubah ekonomi umat Islam.

“Zakat telah dijalankan sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang, termasuk di zaman pemerintahan empayar Khalifah Uthmaniah, namun sekarang zakat yang dipungut gagal memainkan peranannya memajukan ekonomi umat Islam seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

“Sebagai contoh, kaedah pungutan zakat bertambah baik menghasilkan kutipan lebih 1 billion ringgit namun tiada kesan besar terhadap pembangunan ekonomi Islam di Malaysia,” titah baginda.

LIFE 3 adalah forum antarabangsa yang di anjurkan oleh Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kerajaan Negeri Kedah dan Islamic Development Bank (IDB).

Forum yang dijadikan acara tahunan ini merupakan kali ketiga dianjurkan di Langkawi dan dihadiri oleh peserta-peserta dari intitusi perbankan tempatan dan antarabangsa serta individu yang terlibat dalam sektor kewangan dan perbankan.

Forum LIFE 3 kali ini di adakan di Berjaya Resort & Spa Langkawi juga menerima penyertaan dari kalangan bukan Islam bagi membincangkan agenda menjadikan zakat, waqaf dan sedeqah sebagai pemacu ekonomi masyarakat.

Majlis perasmian LIFE 3 diadakan turut dihadiri oleh Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ali Al-Madani, Presiden IDB dan Exco Kerajaan Negeri. Ia diadakan selama tiga hari bermula 28 Oktober dan berakhir pada 30 Oktober 2011.

Peningkatan mendadak kutipan zakat di Kedah semenjak 2008..


Alhamdulillah..Kedah Terus Sejahtera..peningkatan mendadak kutipan zakat di Kedah semenjak 2008..tahun 2010 jumlah kutipan zakat 62 juta...Semoga keberkatan terus melimpahi bumi Kedah..

Gunakan nikmat untuk manfaat selepas kematian - Mufti Kedah

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/nikmat%20aaalah.jpgALOR SETAR – Setiap insan di atas muka bumi ini, Allah berikan nikmat yang besar dan nikmat tersebut hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat agar nikmat tersebut dapat membantunya di akhirat nanti.

Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, antara nikmat yang Allah beri adalah nikmat ilmu. Semasa baru dilahirkan, setiap manusia tidak mempunyai sebarang ilmu dan ianya bermakna semua manusia adalah jahil pada asalnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Lembu Korban di Stadium Suka Menanti.

“Ilmu merupakan suatu nikmat jika kita manfaatkannya dengan baik. Antaranya adalah apa sahaja ilmu yang bermanfaat yang kita ada, kita perlu sampaikan kepada orang lain, maka selepas kita mati kita masih mendapat ganjaran pahala.

“Yang keduanya nikmat harta. Jika kita pandai mengurus harta seperti bersedekah maka ianya dapat menolong kita semasa di dalam kubur. Pastikan harta yang kita ada dapat menolong kita selepas kita mati. Jika hendak dibandingkan pahala baca Al-Quran dan solat sunat dengan ibadah korban, maka pahala ibadah korban lebih tinggi,” terangnya.

http://wartakedah.net/images/stories/November2011/nikmat%20allah.jpgTambahnya lagi, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Untuk masuk syurga setiap manusia perlu berusaha dan tidak boleh malas.

“Yang seterusnya adalah nikmat keluarga. Didiklah anak-anak kita menjadi anak yang soleh, jika kita bijak dalam mendidik mereka, maka selepas mati pun kita masih mendapat pahala.

“Jika anak-anak ni tidak dididik dengan baik, maka sebelum kita mati pun ianya sudah menyusahkan kita. Dan anak yang baik akan berdoa untuk kedua ibubapanya. Oleh itu, setiap manusia janganlah membiarkan masa berlalu tanpa faedah kerana mati tidak akan menuggu sehingga tua, dan mati juga tidak akan menunggu sehingga sakit,” ujarnya.

Jika sesorang yang melakukan korban inginkan pahala yang lebih maka perlulah ia memberikan korban tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

“Selain itu, jika kita ada niat untuk melakukan kebaikan, maka kita boleh simpan wang yang ada sejak awal tahun lagi, apabila tiba hari raya korban kita boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk melakukan ibadah korban.

“Kita sanggup menyimpan wang untuk kegunaan selepas pencen tetapi tidak ada simpanan untuk digunakan selepas mati. Apa yang kita ada hari ini, akan hilang nikmatnya selepas mati,” ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Kerajaan Negeri Kedah dan anak-anak syarikat kerajaan negeri menyumbangkan lembu kepada Pegawai-Pegawai Agama Daerah sebanyak 22 ekor,

Jabatan Persekutuan (42), ADUN (90), Ahli Parlimen (24), Mualaf (2), Mudir (12), Jabatan Negeri dan Persatuan KCS (88) serta Pentadbir Tanah Daerah (5).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, dan Koperasi YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar.

Kedah buat persiapan rapi hadapi kemungkinan banjir

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 2 November: Kerajaan Negeri giat melakukan persediaan bagi menghadapi banjir yang diramalkan akan lebih besar berbanding tahun lalu dengan membeli 16 buah bot disamping bot-bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan, kedatangan banjir tahun lalu menyebabkan sedikit kelam kabut kerana penduduk tidak bersedia berikutan tidak menduga air naik dengan pantas. Walaupun begitu Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dengan membuka bilik gerakan di tiap-tiap daerah dan semua masalah dapat diatasi.

Menurutnya, bot-bot berkenaan akan diagihkan kepada semua daerah dan daerah yang diberi keutamaan ialah yang sering dilanda banjir seperti Padang Terap, Kubang pasu, Pendang dan Pokok Sena.

“Jangan bimbang semua daerah akan mendapat bot dan keutamaan akan diberi kepada daerah-daerah yang sering dilanda banjir,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darulaman.

Katanya, bot-bot jenis ini ringan kerana diperbuat daripada aluminium dan sesuai dengan suasana banjir yang kedalaman air berbeza mengikut tinggi rendah kawasan berkenaan.

Beliau juga memberitahu, bot-bot ini tidak ada injen dan menggunakan pendayung dan senang dipindahkan dengan cara mengangkat mengikut kesesuaian tempat beroperasi.

Sehubungan itu beliau menjelaskan bantuan yang diperlukan terbahagi kepada dua bentuk iaitu bantuan tebatan banjir dan bantuan kecemasan.

“Tahun lepas kita peruntukan RM3 juta dan tahun ini mungkin sekitar jumlah itu tetapi terletak kepada banjir itu sekiranya sama dengan lepas ataupun lebih besar,” katanya bagi menjawab soalan media yang ingin tahu mengenai jumlah yang diperuntukan.

Mengenai sebab-sebab berlakunya banjir beliau menegaskan, tahun lepas ada pihak-pihak yang menyanggah pendapat kerajaan negeri iaitu pembinaan landasan keretapi berkembar sedikit sebanyak telah menyumbang kepada berlakunya banjir apabila tanah-tanah yang ditimbun telah menutup laluan air.

“Pendapat kita disanggah oleh pusat, kita tahu outlet dalam jalan itu menyebabkan banjir bila tebuk lubang air banjir kering. Itu saja kita tengok sekarang Double Trecking tak ada masalah lagi. Kalau ada masalah depa ambil tindakan. Ini kerana ada kerjasama,” katanya.

Untuk itu, katanya, kerajaan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dipanggil menghadiri mesyuarat khas persediaan banjir oleh Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur.

Ini adalah langkah kerjasama pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Bagi peringkat negeri pula setiap daerah telah membuat persiapan dengan memberi taklimat kepada Penghulu, Majlis Komuniti Ketua Kampong (MKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...