TERKINI :

Thursday, November 3, 2011

50thn UMNO dalam pemerintahan negara..hangpa buat apa...mana peniaga Melayu..??



"Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini," katanya disambut dengan tepukan gemuruh
MEMANG TAK SALAH KITA MENGAKUI tanpa kaum china malaysia tak kemana, yg salah kenyataan tersebut ia telah menjatuhkan martabab bangsa melayu sendiri,dan itu tidak berpijak dibumi yg nyata dengan sejarah panjang bangsa melayu seperti melaka yg diagungkan itu..

seolah olah rezeki ditangan kaum china.. bukan ditangan tuhan... bukan kehadiran merekalah yg telah merebut kek ekonomi kaum melayu...

Noh Omar Bohong... Orang pie haram tak buka pintu pon..!!


GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.

Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13.

Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.

Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

“Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta,” kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu,” kata Rafizi lagi.

Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.

Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan.

Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.

NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun.

Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat.

Justeru, Rafizi menuntut Shahrizat tampil menjelaskan perkara itu serta membersihkan namanya jika benar NFC dan Agro Science tiada apa-apa untuk disorokkan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/380907_293970263960385_100000422406253_1017981_353220935_n.jpg

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22576

R.O.S JANGAN BERMAIN POLITIK KOTOR

08 Dzu al-Hijjah 1432 / 04 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Bagi DPPM, respons ROS yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak membuat permohonan baru selepas Datuk Zaid Ibrahim yang menjadi pengerusi keluar dari parti adalah alasan semata-mata.

DPPM kesal kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan ianya telah dibuat berbulan-bulan lamanya. Sepatutnya jawapan segera perlu diberi dalam masa beberapa minggu dari proses permohonan, dan jika Pakatan Rakyat masih belum ‘membuat permohonan baru’ seperti didakwa oleh ROS, ia perlu dimaklumkan segera agar tindakan lanjut dapat dibuat. Mengapa perlu tunggu sehingga beberapa bulan lamanya baru hendak diberi jawapan balas, dan jawapan itu pula amat mengecewakan. Lebih dari itu, pemimpin Pakatan Rakyat telah menyusul dan bertemu dengan Pegawai Tertinggi ROS sebelum ini, mengapa respons tidak diberikan segera semasa pertemuan tersebut.

Tindakan ROS mencerminkan lemahnya pegawai-pegawai dalam jabatan tersebut dalam pengurusan sehingga memakan masa beberapa bulan untuk memberi jawapan. Dalam era kecanggihan teknologi maklumat terkini ditambah dengan jumlah kakitangan yang ramai, sepatutnya pelbagai kemudahan yang sedia ada boleh mempercepatkan sesuatu urusan. DPPM juga curiga adakah mungkin ROS dibayangi oleh arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

Dalam hal ini, DPPM mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap telus, jujur, adil dan benar dalam menjalankan tugas serta tidak cuba bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah agensi yang menguruskan pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan adil dan saksama tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang. Jangan sesekali pula ROS mengambil peranan sebagai sebuah parti politik yang menekan parti politik lawannya.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pihak ROS cuba kong kalikong bab daftar Pakatan Rakyat

Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat ‘muslihat politik’ apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya.


Arahan baru SPR timbul tanda tanya

Oleh: Harakahdaily

Arahan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disertakan salinan kad pengenalan bagi pendaftaran pemilih menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Arahan tersebut ternyata semakin menyulitkan urusan pendaftaran pemilih bagi pengundi-pengundi baru yang tidak seharusnya dikeluarkan oleh badan itu, kecuali mempunyai muslihat tertentu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) ingin tahu sama ada arahan tersebut dikeluarkan oleh SPR sendiri atau atas arahan pihak kerajaan.

Menurut beliau, pendaftaran pemilih kini dilakukan oleh PPS dan dalam hubungan ini, PPS sememangnya memainkan peranan penting bagi membantu SPR melaksanakan tanggungjawab itu.

"Tetapi mulai 1 November 2011 (semalam) SPR telah mengeluarkan arahan baru supaya pendaftaran pemilih mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan. Tanpa salinan kad pengenalan, pendaftaran itu tidak akan diterima.

"Adakah arahan itu dikeluarkan oleh SPR sendiri atau kerajaan?" katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pada persidangan Parlimen, semalam.

Menurutnya, arahan baru SPR itu amat berbeza berbanding sebelum ini yang hanya memerlukan pendaftaran pemilih mencatatkan segala maklumat yang terdapat di dalam kad pengenalan individu terbabit sahaja.

Menjawab soalan itu, Nazri berkata, arahan tersebut dibuat oleh SPR bagi mengelakkan manipulasi yang akan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau disertakan dengan fotostat kad pengenalan, maknanya pendaftaran yang dibuat itu memang dipersetujui oleh orang itu sendiri untuk didaftarkan sebagai pemilih dan untuk mengundi di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memperincikan perkara itu kerana belum mendapat maklumat mengenainya dari pihak SPR dan akan menyerahkan kepada SPR sendiri untuk menjelaskannya nanti.

Manakala Ahli Parlimen DAP ketika bangun mencelah menyuarakan keyakinan bahawa arahan tersebut dibuat atas arahan pihak Kerajaan BN sendiri untuk kepentingan parti itu bagi menghadapi pilihanraya.

Arahan tersebut diyakini dikeluarkan bagi memudahkan pihak BN melakukan penipuan terhadap daftar pemilih, memandangkan tindakan seperti itu kini sudah semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak BN menerusi pelbagai cara.

JAIS - Jaga Agama Islam Syeihh..

JAIS : Jaga Agama Jangan Tangkap Pendakwa

Terkilan benar perasaan saya apabila terpampang wajah sdr Bob Lokman di dada akhbar sebagai orang yang dikehendaki oleh JAIS untuk ditangkap malah waran tangkap telah pun dikeluarkan, sebagaimana terkilannya saya apabila pihak Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr. Abd Aziz Bari baru - baru ini. Apakah telah hilang budi bicara sang penguasa dalam negara ini ? Asal sahaja kuasa di tangan, biarpun hanya sekelumit dan sementara maka rakusnya tak ubah seperti mereka berkuasa selamanya.

Saya tahu, "dosa" Bob Lokman ialah kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah tanpa tauliah. Begitulah peraturan yang ada. Mengajar tanpa tauliah itu salah menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Saya tidak mahu mempersoalkan peraturan tersebut kerana asasnya peraturan itu dibuat adalah untuk mengawal penyebaran dan kesucian agama Islam.

Persoalan yang mahu saya tegaskan di sini ialah dimana budi bicara JAIS ? sebagaimana JAIS menggunakan budi bicaranya untuk tidak menyerbu masuk DUMC tempohari walaupun mereka bertindak dari maklumat yang dilaporkan dan saya menyokong langkah tersebut, maka kemana pula perginya budi bicara itu terhadap Bob Lokman ?

Bob Lokman seorang artis dan seleberiti yang baru berhijrah, menjalani kehidupan barunya bersama jamaah Islam. Saban minggu Bob Lokman menyertai usrah dan majlis ilmu. Lebih menarik, sedikit ilmu yang beliau perolehi maka segera disebarkan melalui kemahirannya berkomunikasi dengan audien. Kini Bob Lokman berjaya menarik minat anak - anak muda kepada majlis ilmu dan berjuang bersama jamaah Islam.

Malangnya, semangat beliau untuk aktif menuntut dan menyampaikan ilmu terganggu ekoran tindakan JAIS. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Bob Lokman sendiri betapa beliau turut sedih kerana sepanjang beliau berada dalam dunia artis dan hiburan, beliau tidak pernah diancam dan rasa terancam oleh mana - mana pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama. Tetapi, apabila beliau mula mahu berubah, menuntut ilmu dan menyampaikannya serba sedikit apa yang beliau tahu, kini beliau berdepan dengan ancaman JAIS yang telah pun memiliki waran untuk menangkap beliau.

Dosanya hanya kerana tidak mempunyai tauliah. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, apakah tiada budi bicara JAIS terhadap Bob Lokman untuk menyelesaikan perkara ini tanpa perlu memburu dan menangkapnya seperti penjenayah ?

Tujuan tauliah ialah untuk mengawal kesucian agama islam agar tiada pembawa ajaran sesat bebas menyampaikan ajarannya. Justeru itu, alangkah baik jika pihak JAIS memanggil atau menyiasat terlebih dahulu, apakah Bob Lokman terlibat dalam aktiviti ajaran sesat ? apakah penyampaian Bob Lokman bertentangan dengan ajaran Islam ? Jika tidak, maka kesalahan tidak memiliki tauliah itu bolehlah diselesaikan secara lebih baik dan harmoni tanpa perlu menangkapnya laksana seorang penjenayah.
8. Saya menggesa agar pihak JAIS lebih mesra pendakwah dan mencari jalan bagaimana mekanisme pemberian tauliah itu dapat dilakukan dengan baik dan berkesan . Jika mereka didapati salah dalam penyampaian dan tidak menepati peraturan yang ada, pihak JAIS boleh mendidik dan membimbing atau memberi nasihat dan tunjuk ajar. Saya menegaskan perkara ini kerana melihat kepada realiti yang dihadapi oleh ummat Islam hari ini yang sangat memerlukan pendakwah dan pembimbing untuk mengeluarkan mereka dari kepungan jahiliah moden yang semakin meruncing dan mengelirukan sehingga nilai akhlak, moral dan aqidah ummah kian luntur.

Bayangkanlah keadaan ummat Islam di negara kita sekarang ! Sudahlah mereka berdepan dengan pelbagai ancaman yang merosakkan nilai ilmu, agama dan iman mereka, kini mereka terus terasing dan semakin sulit untuk mendekati kehidupan beragama. Masjid sepi tanpa majlis ilmu sementara pendakwah ditangkap. Lebih malang pemburunya adalah Jabatan Agama sendiri. Bagaimanalah kita mahu melahirkan masyarakat yang solehah dengan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt ?

JAIS selayaknya menjadi penaung kepada kegiatan ilmu dan agama, bukan pengancam dan pengugut sehingga menakutkan orang mahu menyampaikan Islam sedang Nabi saw mengajar kita semua menyampaikan ilmu Islam ini walaupun satu ayat ! Saya cadangkan agar JAIS mengambil tindakan segera lalu menganugerahkan tauliah secara menyeluruh kepada para pendakwah yang gigih dan benar ilmu mereka.

"Lebih merugikan kalau ada yang memiliki tauliah tetapi hanya diam di pejabat berhawa dingin. Segan dan malas untuk turun ke masjid surau bagi mendidik dan membimbing ummah. Lebih memilukan apabila pihak Jabatan Agama Islam hanya peka menghidu kegiatan pendakwah dan penceramah tanpa tauliah sekalipun nun di masjid hujung kampung sedang mereka gagal mengesan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran yang wajib dicegah sekalipun hanya di sebelah pejabat mereka."

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Piket MTUC diteruskan, suntuk masa pohon permit


Piket membantah pindaan Akta Kerja 1955 akan diteruskan walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bercadang untuk memohon permit kerana kesuntukan masa untuk berbuat demikian.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata pihaknya kesuntukan masa untuk berbuat demikian kerana hanya mengetahui mengenai arahan tersebut melalui media semalam.

"Oleh sebab itu, saya memohon kerjasama pegawai MTUC di lokasi supaya dapat bekerjasama dengan polis di peringkat daerah supaya piket berlangsung dengan aman.

"Kita tidak berarak, kita berada di situ, tidak ada ceramh politik, ia piket aman dan mungkin ada nyanyi-nyanyi sikit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid berkata walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

Oleh itu, katanya, MTUC masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok, seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

MTUC dijadual mengadakan piket secara serentak di 18 lokasi di seluruh negara selepas waktu bekerja iaitu antara jam 5 hingga 6.30 petang ini.

Lokasi berkenaan ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata sebelum inipun pihaknya pernah mengadakan piket yang sama tanpa memohon permit polis.

Lagi pula, katanya, piket yang diadakan selama ini berjalan dengan aman.

UMNO Luluskan Permit Untuk "Seksualiti Merdeka"

Hairan Tulang Besi. Perhimpunan "Seksualiti Merdeka" ini telah diberikan permit oleh UMNO. Pada waktu yang sama, media2 milik UMNO sebuk memainkan isu ini bagi menakut-nakutkan pengundi Melayu/Islam.

Bukankah kalau sedari awal, permit tidak diberikan kepada pengajur, isu ini akan mati dengan sendiri?

TUlang Besi nampak perhimpunan ini adalah salah satu usaha dari UMNO untuk menaikkan sokongan orang Islam pada UMNO.

Sekaligus, menyebarkan perasaan takut orang Islam kepada Pakatan Rakyat.

Juga, perlu dikatakan, salah satu penyokong kuat "Seksualiti Merdeka" ini adalah "Sisters in ISlam. SIS ini adalah penyokong tegar UMNO dan sangat-sangat aktif menyokong usaha UMNO memburuk2an Enakmen Hudud Terengganu satu masa dahulu.

Kesimpulannya, UMNO perlu menjawab mengapa permit diluluskan untuk "Seksualiti Merdeka" sedangkan perhimpunan ini berlawanan dengan banyak undang2 di Malaysia.

Dalam UMNO menyebar fitnah liwat kepada Anwar Ibrahim, mereka diam2 meluluskan permit perhimpunan pada "Seksualiti Merdeka".

Tulang Besi

Surat Persetujuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri utk membeli 250 buku "BUKTI PAS BUKAN PARTI ISLAM"

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Jasa YB Datuk Nalla sangat besar

Oleh Mummy Rokiah

Nallakarupan dilantik menjadi Senator manakala ramai ghurka UMNO yang berjuang behttp://malaysianewsnetwork.net/portal/wp-content/uploads/2011/03/dn1-150x150.jpgrmati-matian dari dulu, kini dan selamanya dilupakan sahaja.

Kata bekas Setiausaha Politik seorang Menteri dengan perlantikan Nallakarupan sebagai Senator ia merupakan satu tamparan kepada mereka-mereka yang banyak berjasa pada UMNO tetapi dilupakan.

Mereka menjadi seperti hampas tebu selepas diperah hingga kering akhirnya dibuang menjadi makanan lembu.

Apakah perlantikannya hanya kerana beliau berani mendedahkan pekong taukenya dahulu Pak Sheh Anwar Ibrahim?

Dalam suasana politik sekarang tidak perlu lagi individu seperti Nalla untuk menjatuhkan Anwar kerana Anwar sekarang seperti nyawa ikan dengan pendedahan video berahinya oleh Datuk 'T'.

Jika masih gagal juga untuk menjatuhkan Anwar dengan video berahi itu maka lantiklah pula Datuk Eskay sebagai Senator kelak.

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Pejuang-pejuang dalam UMNO akan sentiasa menggigit jari makan tulang.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.

Selepas menyemak indeks berkenaan, saya dapati memang ada pertalian rapat di antara ranking demokrasi dan korupsi, kecuali untuk Singapura. Lima negara teratas demokrasi, seperti Denmark, Sweden, Finland, New Zealand dan Switzerland juga menduduki posisi lima negara terbaik dari segi ranking antirasuah. (Malang sekali apabila negara-negara Islam tercorot jauh ke belakang).

Program negara kebajikan mereka juga dikenali seluruh dunia. Memang peratus peruntukan kebajikan buat rakyatnya daripada KDNK begitu tinggi, dan cukai yang dikenakan ke atas rakyatnya juga besar, tetapi saya kira dengan pengurusan kewangannya yang telus dan berhemah, pembayar cukai akan berlapang dada. (Sebenarnya kadar cukai di Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun individu, tidaklah jauh berbeda dengan cukai di negara berkenaan).

Sedangkan negara kita saban tahun menyaksikan pembaziran dan salahguna berleluasa, antaranya ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan berterusan mengenai ketirisan puluhan bilion ringgit, maka pembayar cukai sentiasa memprotes dalam diam (dan mutakhir ini berani meledakkannya di petak undi).

Lebih keras apabila Mat Sabu menujukan teguran langsung kepada sahabat-sahabatnya, dalam saf kepemimpinan Parti Islam, PAS sendiri. Beliau mahu teladan lebih unggul, terutama dalam urustadbir sumber negeri dan amalan integriti dizahirkan secara lebih meluas. Jangan sewenangnya ghairah menggunakan 'hak' untuk menikmati keistimewaan atas jawatan dalam kerajaan (yang digubal Umno-BN semasa mereka berkuasa); seharusnya budaya hidup sederhana dipraktikkan.

Sesungguhnya integriti tidak akan dicapai melalui undang-undang atau institusi formal semata-mata. Seseorang individu itu kekal mengamalkan prinsip dan nilai hidup unggul meskipun dihapuskan segala kekangan perundangan serta adat dan kebiasaan tertentu dalam masyarakat. Justeru, konsep ehsan dalam Islam merupakan jawapan terbaik. Cukup malang jika aktivis gerakan Islam boleh mengetepikan integriti selepas diuliti kekuasaan.

Kisah hidup Umar Abdul Aziz, seperti diungkapkan Dr Siddiq Fadzil, perlu ditelani pemimpin gerakan Islam: "Ditakdirkan Umar tampil pada zaman menggejalanya kehidupan materialistik. Beliau cukup menyedari gaya hidup bermewah-mewah adalah punca utama pelbagai kebejatan moral, sosial, politik dan ekonomi ... membuka ruang rasuah, penyalahgunaan harta awam.

"Untuk menutup ruang kebejatan itulah Umar berusaha mempromosikan gaya hidup sederhana dengan menampilkan diri dan keluarganya sebagai teladan yang hidup ... Memang tidak mudah melaksanakan langkah korektif apabila ia melibatkan kepentingan keluarga dan kerabatnya sendiri. ...

"Keadilan sosial tidak hanya dikhayalkan .... direalisasikannya menerusi agenda pemerataan keadilan dan kesejahteraan, termasuk perapatan jurang kaya miskin."


Meneliti realiti di negara kita, saya semakin sedih terutama selepas membaca prakata buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International Malaysia: "Masyarakat Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur dengan rasuah. Kita menerima adalah tidak menjadi kesalahan untuk terlibat dalam rasuah asalkan kita sendiri memperoleh sesuatu atau merasa selesa.

"Justeru, kita sering menutup mata terhadap perlakuan rasuah dalam semua bentuk, dan tidak mengendahkan soal kurangnya akauntabiliti dan urus tadbir dalam urusan menerajui sumber negara, asalkan pemimpin politik berupaya memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, meskipun tidak sebanyak mana atau tidak setimpal sekalipun berbanding dengan ketirisan yang berlaku."

Mungkin ada baiknya difirkan secara mendalam cadangan seorang rakan yang mahukan setiap calon PAS dalam PRU13 membuat pengisytiharan harta, iaitu salah satu elemen penting untuk mengekalkan integriti. "Kita sudah berkuasa di beberapa negeri, dan ramai pemimpin yang memegang jawatan kerajaan. Tanpa perlu diminta, biarlah kita menunjukkan teladan dengan secara sukarela membuat perisytiharan aset, agar nampak kita berpegang dengan ketelusan dan transparensi," hujahnya.

Di Amerika Syarikat, calon-calon yang bertanding akan meneliti borang perisytiharan sesama sendiri dan menjadikannya isu jika ada calon yang hidup mewah di luar kemampuannya. Borang yang menghendaki perisytiharan tentang sumbangan dan perbelanjaan kempen juga tidak terkecuali.

Jika ada calon mendakwa hanya menerima sumbangan sederhana tetapi menaiki jet sewa dan tinggal di hotel mewah, maka calon saingan akan menjadinya isu. Terdapat juga kumpulan masyarakat sivil yang memeriksa borang dan laporan tentang ahli politik yang membuat perisytiharan meragukan.

Wajar sekali pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sedaya mungkin membuktikan bahawa dengan keterbatasan ruang lingkup yang ada, mereka secara jujur mahu mempraktikkan segala amalan mulia yang dilaungkan. Akhlak, integriti dan etika menjadi budaya hidup dalam menerajui amanah rakyat.



Kelak akan tampil menyerlah perbedaan nyata sosok tubuh dan perwatakan seorang ahli politik Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dengan Barisan Nasional, setelah terbukti berjaya melepasi godaan kuasa yang menggila itu.

Nak tanya JAIS antara Ratu Pondan & Bob Lokman...mana nak kena sambaq api neraka..??

Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Agama?



Hebat negaraku kini… Program berbentuk maksiat tiada siapa yang menghalang.. tapi Program yang menjurus kepada Islam dihalang dengan berbagai alasan..

Bob Lokman kini sedang diburu oleh JAIS untuk ditangkap kerana kesalahannya mengajar agama tanpa tauliah.

Dulu semasa beliau sering terlibat dengan program-program maksiat yang menjauhkan orang dari mengingati Allah dengan lirik dan muzik yang melalaikan. Beliau tidak pernah diburu atau ditangkap.Tetapi kini selepas beliau insaf dan mula berjinak-jinak dengan program agama dengan memberi peringatan dan berkongsi sedikit ilmu yang ada beliau diburu dan mahu ditangkap.

Anehnya bukan musuh Islam atau orang yang membenci Islam mahu menangkap beliau tetapi pihak berkuasa agama sendiri yang ingin berbuat demikian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Tetapi kemana menghilang pihak berkuasa dari Jabatan Agama bila ‘Miss Transgender Malaysia 2011’ ini diadakan?


Dengan bertemakan ‘1 Malaysia Night’ Majlis ‘Fashion & Sense Gala Dinner’ telah diadakan di Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Majlis ini telah dianjurkan oleh PT Foundation’s Transgender Programmed an Mila Entertainment.

Acara atau Majlis ini dinamakan sebagai ‘Fashion and Sense’ tetapi disebalik nama tersebut adalah pertandingan ‘Miss Transgender Malaysia 2011’ atau Ratu Pondan Malaysia 2011.

selebihnya pie baca sini - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/miss-transgender-malaysia-2011-mana.html

MATA PELAJARAN ISLAM TIDAK WAJIB LULUS MENJADIKAN PELAJAR ISLAM JAHIL AGAMA

06 Dzu al-Hijjah 1432 / 02 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri. Meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek ini.

Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai ‘exam oriented’, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam? Minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.

DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari. Dasar ini menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.

DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar ini terhadap masa depan generasi muda negara. Sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja disamping gejala sosial yang akan meningkat. Golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram. Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi. Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah.

Jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat. Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Dengan demikian, barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dapatkan pinjaman dari Tabung Usahawan PKNK

http://wartakedah.net/images/stories/OKTOBER2011/kuih%20tra.jpgKODIANG – Mana-mana usahawan yang ingin memperluaskan bidang perniagaan mereka, bolehlah membuat pinjaman daripada Tabung Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pihak PKNK turut menyediakan pinjaman maksimum sebanyak RM50,000 dan usahawan terbabit perlu menyediakan kertas kerja terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman.

“Industri kecil yang melibatkan pengeluaran produk industri kecil dan sederhana (IKS) iaitu kuih tradisional merupakan salah satu industri yang mampu menjana pendapatan bagi usahawan kecil terutama di kampung-kampung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan perusahaan menghasilkan kuih tradisional di Kampung Manggol Bongor, Megat Dewa, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri ingin melihat ramai usahawan Bumiputera berjaya dilahirkan dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

http://wartakedah.net/images/stories/OKTOBER2011/kuih.jpg“Minat dan kesungguhan adalah matlamat utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan kerana ia mampu menjana pendapatan yang lumayan serta berupaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk,” katanya.

Menteri Besar memberitahu, bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, bolehlah menghubungi pihak PKNK untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk usahawan-usahawan membina perniagaan sendiri dan ia secara tidak langsung mampu memberikan kesan terbaik kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Tambahnya, setiap usahawan diharap dapat berhubung dengan pihak PKNK dan Jabatan Pertanian dalam memasarkan produk mereka ke pasaran terutama dari segi pembungkusan dan pelebelan.

“Kita ingin menjadikan produk seperti menghasilkan kuih tradisional sebagai satu jenama yang terbaik serta mampu menembusi pasaran negara dan juga antarabangsa,” katanya.

Seramai enam orang penduduk Kampung Manggol Bongor menjalankan perusahaan menghasilkan kuih tradisional seperti bahulu, kuih bakar, peneram, karas, kuih lapis dan kuih kacang.

Menteri Besar juga turut mengadakan lawatan ke Kampung Telok Berangan, Mukim Gelong, di sini bagi meninjau perusahaan menghasilkan biskut pelbagai jenis seperti tat nenas gulung, biskut Mawi, kuaci pistachio, shortbread, almond London dan macadamia flake yang diusahakan oleh Hajah Suzalina Haji Awaludin, 45 tahun.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Hajah Suzalina mampu memberi perangsang kepada usahawan-usahawan di negeri ini untuk memperkembangkan perniagaan mereka walaupun pada awalnya hanya secara kecil-kecilan.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah serta Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh.

Piket MTUC seluruh petang nanti (5 hingga 6.30 ptg)





: : KL – Jln Raja Laut depan KWSP
: : P PINANG Depan Hotel Pearl View
: : KEDAH Depan Sime Tyres International, Mergong
: : PAHANG Depan Masjid Negeri Kuantan.
: : JOHOR Depan Masjid Jamek Kg.Pasir Bt 5, Skudai.
: : N SEMBILAN Padang Majlis Perbandaran Seremban
: : PERAK Depan Bangunan MTUC, Perak.
: : MELAKA Depan Air Terjun, Air Keroh Jalan Bukit Beruang
: : KELANTAN Depan Trade Centre.
: : SABAH -Depan Hotel Tang Dynasty
: : SELANGOR Jln Barat, PJ : di hadapan TWU, Shah Alam : Seksyen 15 depan Proton, Klang : Bukit Rajah di hadapan Jaya Jusco, Telok Panglima Garang di hadapan Toshiba, Rawang : Jalan Utama Sg.Choh.

Seksualiti Merdeka: PAS Enggan Dikait Dengan Ambiga

KUALA LUMPUR: PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pembagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.

"Itu adalah pendirian beliau, ia tak ada kena mengena dengan PAS, PKR atau DAP. Ia pendirian beliau sendiri.

"Bagi kami ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Kami tak akan bersama atau sokong Ambiga," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program berkenaan yang bermula hari ini sehingga 13 November depan dianjurkan bagi memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian.

Difahamkan Ambiga akan merasmikan program yang berlangsung di Galeri Annex, Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.

"Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...