TERKINI :

Wednesday, November 2, 2011

Gaji PM kita sebulan - RM22,826.65


Tian Chua dalam usulnya mencadangkan perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM22,826.65 daripada perkara Maksud Bekalan\Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 1000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65. Lagi kat situ.

Gaji hangpa berapa sebulan ? Allah s.w.t. berfirman :

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat kepada perintah Allah), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al-Israk :16)

WAllahua'alam .....

http://jueara74.blogspot.com/2011/11/gajib-pm-kita-sebulan-rm2282665.html

Aduhai Mai Bab SEX kelamkabut semua pakat bising.. Mai Chua Soi Lek hina Hudud sekoq pun tak panggung kepala...!!!

Ambiga ni nak wat apa?



Hari ni perkasa melompat .. Nape tu?


Kenapa waktu chua soi lek kutuk Hudud dia senyap .. wakakak !!!
Ada boleh ada tak boleh ke? Tindakan cam umno ke? ... wakakak !!!
Aku pun cari apa benda yang Ambiga ni buat? ...
Takkan la Ambiga bongok macam UMNO jugak .. wakakak !!!

Ni dia .. . SEKSUALITI MERDEKA 2011: QUEER WITHOUT FEAR! - Full Programme
Apa pengisiannya proram ni ... ?
"Seksualiti Merdeka, makna Seksualiti Kemerdekaan, perayaan Malaysia hanya meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.Ia dianjurkan oleh gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu, dan telah diadakan setiap tahun sejak 2008. Program perayaan termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan."
Hmmmm ...
Wakakak .. !!!
Aku tak kesah Perkatak ni nak wat apa pun .. tapi jangan la memilih milih ..
ada yang boleh dan ada yang tak boleh .. tak consistant lansung ..
Dah bingai .. nak wat camana .. Memang bingai ..
Ambiga pun kenapa bingai sangat ... Tajuk nya tu .. "Seksualiti Merdeka" ..
Dalam kepala umporno tak der lain .. hah .. ini mesti seks ni ...
Bingai 10x ganda .. wakakakak !!!
Wakakaka !!!

Cukai CP38 hangpa rembat.... GST pon rembat.. bila mai bajet 'bantuan banjir kat Kedah' haram tak bagi peruntukan...

'GST tak akan dapat selamatkan M'sia dari muflis'

Bagaimanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh menjadi penyelesaian kepada masalah kewangan negara apabila kerajaan membelanjakan wang tanpa kawalan?

Inilah yang Pakatan Rakyat mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menjawabnya, sebagai reaksi kepada pendirian menteri itu bahawa 'lambat laun' GST perlu dilaksanakan.

NONEMalah, ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara,Tony Pua (tengah dalam gambar) - ketika bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini - bertanya,"bagaimana GST boleh selesaikan masalah Malaysia berdepan dengan muflis?"

"Kita ada banyak wang. Hasil kita telah meningkat dengan jumlah yang besar. Saya rasa hasil kita hanyalah kira-kira RM100 bilion pada tahun 2006 dan saya rasa sekarang ianya ialah RM190 bilion dan ianya telah meningkat 90 peratus dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

"Hasil kita meningkat tetapi masalahnya ialah kita tidak membelanjakan wang kita dengan bijak. Ke mana perginya wang kita?

NONE"Kita akan berhadapan dengan potensi kebankrapan kerana pembaziran, kerana ketirisan, kerana rasuah dan disebabkan (kekurangan) pengurusan risiko."

Idris berkata di majlis sambutan ulangtahun pertama Program
Transformasi Ekonomi di Bukit Kiara semalam bahawa pelaksanaan GST sebenarnya akan membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan dayasaing perniagaan.

Bagaimanapun, Idris menambah, pelaksanaan GST memerlukan sokongan pembangkang di negara ini kerana ia adalah satu tugas yang amat besar.

MB jawab pasai penebangan balak di Bukit Perak Pendang

Ketua Pemuda UMNO Kedah dakwa Kerajaan Negeri tebang balak di kawasan tadahan hujan di Bukit Perak, Pendang. MB Kedah menjelaskan bhw semua kawasan yg hendak ditebang di Kedah telah mendapat kelulusan EIA, keluasan dan kawasan dipersetujui dalam mesyuarat BERSAMA jabatan yg berkaitan dari kerajaan negeri dan pusat, dikenal pasti dan di'tagging' sekurang2nya 2 thn sblm ditebang dan kawasan tadahan hujan adalah di Hulu Muda, sedangkan Bukit Perak terletak di kawasan Hilir Muda, ini bermakna Ketua Pemuda Umno Kedah itu tidak mempunyai maklumat yg tepat.
  • Pemuda Plm and 4 others like this.
    • Zul Hazmi Chakkang!!!
      3 hours ago ·
    • Bashir Ishak depa kira apa mi...depa tembak isu dulu (1st impression kpd rakyat) thru media depa...yg jenuh kitalah yg nak jwb balik...
      3 hours ago · · 1
    • Helmi Khalid Dia gila nak jd calon kot? Masuk sinar pun sedia2...
      3 hours ago ·
    • Zul Hazmi gila nak jadi calon tu biasa la.... jgn gila khinzir dah le...
      3 hours ago ·
    • Mohd Basri Abdul Rahman x tau nak cakap apa, boh pi la bagi ramai, kalau tidak dok isap jari saja.
      3 hours ago ·
    • Hasani Hashim Depa kira bunyi muda jaa..kalau silap sebut, bini muda pun jadi ulu muda tuu..
      3 hours ago ·
    • Muhamad Mat Yakim mie, kira ayat hang tu brsopan dan brbudi bhs habih dah no
      3 hours ago · · 1
    • Ab Azid Ramli Sebab depa tak boleh ashuk macam dulu cemburulah tu
      2 hours ago ·
    • Helmi Khalid Kesopanan & kesusilaan MMY, hehe
      about an hour ago ·
    • Ahmad Roda Badrol ada mai jmpa aku sat.dia pon kalut x dan nk tya bab blk ni
      about an hour ago ·

Pembongkaran Ketua Audit Negara melukakan hati penternak lembu, kambing dan kerbau

oleh mummy rokiah

Laporan Ketua Audit Negara yang terkini mendedahkan Institut Sukan Negara (NSI) memperoleh 23 ekor kuda bernilai RM5.66mil tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Dan yang melucukan lagi tiada seekor kuda pun yang dibeli layak bertanding dalam dua kejohanan antarabangsa seperti yang disyorkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, yang menambah kehairanan apabila perolehan telah dibuat tanpa apa-apa surat tawaran atau perjanjian yang memerlukan ketetapan yang jelas berhubung tanggungjawab pembekal.

Malah hairan bin ajaib lagi pembayaran kepada Syarikat El Rancho Country Club telah dibuat di bawah atas nama individu.

Sesungguhnya dengan pendedahan audit Negara itu ternyata ia amat melukai hati penternak lembu, kambing dan kerbau di kampong apabila mereka mengetahui wang rakyat dihabiskan dengan membeli kuda tua.

Mereka akan merasa tertipu setiapkali apabila mereka memohon baka lembu, kambing dan kerbau untuk menternak di kampong, mereka sentiasa disajikan dengan jawapan “peruntukan tahun ini sudah habis, Pak Cik kena tunggu peruntukan tahun hadapan” kata pegawai jabatan haiwan daerah.

Dan apabila tiba tahun hadapan tiba, jawapan yang sama disajikan dengan katanya “Pak Cik kena tunggu awal tahun kerana peruntukan tahun ini terhad, Kerajaan tidak ada budget”.

Itu lah hiburan dendangan yang kerap orang kampong dengar, diputar-putar menjadi lagu yang sudah basi sehingga mereka hilang kenyakinan dengan dasar-dasar Kerajaan untuk membantu penternak dan nelayan.

Pendek kata mereka sentiasa ditipu dengan putar belit pegawai-pegawai di bawah dan di peringkat pegawai-pegawai atasan seperti KSU, TKSU dan KP mereka pula membelanjakan wang jutaan ringgit untuk membeli kuda-kuda endurance yang hanya layak ditembak mampus.

Agenda pegawai atasan hanyalah untuk memenuhi citarasa dan kepuasan elitis-elitis kaki kuda yang di atas, agar pangkat dan jawatan mereka sentiasa kekal dan kontrak mereka sebagai KSU sentiasa disambung walaupun mereka itu seperti kuda tua yang sudah tidak mampu bertanding.

Mereka akan kekal sebagai pembodek-pembodek tegar mengejar bintang dan pingat Datuk, Datuk Seri dan macam-macam darjah kebesaran.

Konklusinya. hampir semua pembongkaran Laporan Audit Negara ini menjejaskan rakyat-rakyat marhaen di bawah jika kita perincikan satu persatu.

'Ahli akademik M'sia seperti 'warganegara kelas kedua'.

Ahli akademik - kecewa terhadap pelanggaran hak kebebasan mereka, khususnya penindasan terhadap Prof Abdul Aziz Bari - dengan keras mengkritik suasana akademik di Malaysia, yang menurut mereka, membuahkan intelek yang menjadi pak turut dan tidak kritikal.

Pensyarah USM, Wan Manan Wan Muda berkata di Malaysia hari ini, ia bukannya memberikan kebebasan yang lebih besar seperti di Jepun dan Indonesia, di mana hak akademik dilindungi dalam perlembagaan, tetapi sebaliknya, ahli akademik negara ini dilayan seperti "warganegara kelas kedua".

Bercakap dalam satu forum di Universiti Malaya malam tadi, beliau berkata, di Jepun, ahli akademik dan pelajar universiti diberi kebebasan yang lebih kerana mereka dilihat sebagai lebih waras.

Bagaimanapun, katanya, di sini ahli akademik merupakan warganegara kelas kedua di mana mereka tidak boleh bercakap, membuat komen, kenyataan akhbar atau mengkritik pihak universiti.

Lebih buruk lagi, katanya, keadaan di Malaysia - yang mengamalkan pelantikan politik di universiti - adalah lebih teruk daripada di Afrika Selatan semasa era apartheid.

Katanya, keadaan dalam bidang akademik di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 1985, yang menurutnya, adalah kemuncak bagi perjuangan untuk kebebasan akademik di negara ini.

Wan Manan berkata, ketika itu, pensyarah USM, Hashim Hussein Yaacob dan Rohana Ariffin, masing-masing telah dipecat dan diturunkan pangkat kerana membuat kenyataan kepada media, dan ia mencetuskan bantahan di kalangan ahli akademik.

Menurutnya lagi, kira-kira satu pertiga daripada 140 orang yang menandatangani kenyataan menyokong Abdul Aziz adalah orang yang sama yang bangun menyokong Hashim dan Rohana.

Sementara itu, prof madya Zaharom Nain dari Universiti ottingham berkata bahawa keadaan ini disebabkan oleh "sosialisasi" ahli akademik baru, yang kebanyakan mereka telah "ditapis" dari awal.

Audit kata Pengurusan Kewangan KEDAH bertambah baik tapi puak UMNO kata sebaliknya..jadi Nak pakai hat mana nie..???

Sebelum-sebelum ini kita ada dok dengar kot kaca tv, TV3 suku, BERITA HAIRAN , UTUSEX mengatakan kerajaan Pas Kedah ni tak pandai memerintah, tak pandai jaga ekonomi , dan macam-macam lagi.

Konon-kononnya mereka cuba menakut nakutkan rakyat, mungkin mereka ingat bila PAS memerintah, rakyat kedarah batu kot, tapi TIDAK! semakin maju dan semakin sejahtera pulak!

ternyata kerajaan PAS kedah lebih layak memerintah berbanding UMNO, dah berdekad memerintah, apa pun tak boleh!! tetapi kerajaan Pakatan Rakyat hanya mengambil 3 tahun untuk memerintah, tetapi hasilnya,dapat mensejahterakan rakyat.

Lihat lah bukti nya -
UMNO tak boleh terima kenyataan ke?

Pelancongan di Kedah meningkat, dakwaan Yen Yen karut!


images/stories/maniuk.jpgALOR SETAR – Kerajaan Negeri telah melantik konsultan untuk kajian industri pelancongan di negeri ini di mana menunjukkan berlaku peningkatan, berbeza dengan dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak wajar dipersalahkan jika jumlah pelancong ke Kedah merosot, ekoran tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi pelancongan bawah Kerajaan Pusat.

“Malah, statistik mendakwa berlaku penurunan dalam jumlah pelancong ke negeri Kedah turut diragui,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen yang menggesa Kerajaan Negeri merangka produk dan program pelancongan lebih menarik selain tidak terlalu bergantung kepada Langkawi semata-mata, ekoran jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot sejak tahun 2008 di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini.

YB. S. Manikumar memberitahu, berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), jumlah pelancong ke Kedah pada tahun 2007 ialah 3.5 juta, meningkat kepada 3.9 juta tahun 2008, seterusnya 4.3 juta juta tahun 2009. Ingin saya bertanya dari mana Yen Yen mendapat statistik mendakwa ianya merosot.

Menurutnya, kedatangan pelancong asing juga meningkat iaitu sejak tahun 2007, sebanyak 1.2 juta kepada 1.4 juta (2008) dan 1.5 juta tahun 2009.

“Jumlah pelancong ke Langkawi juga meningkat, iaitu 2.1 juta (2007), 2.3 juta (2008) dan 2.6 juta (2009). Namun tidak dinafikan jumlah pelancong ke Langkawi melebih jumlah pelancong ke tanah besar Kedah. Ianya tidak wajar dipersoal kerana Langkawi adalah sebahagian daripada Kedah,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, YB. S. Manikumar menjelaskan, pihaknya agak kecewa kerana agensi pelancongan bawah Pusat, iaitu Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Kedah dan Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada) tidak memberi kerjasama sepenuhnya untuk melonjakkan industri pelancongan Kedah.

“Sepatutnya wakil ketiga-tiga agensi itu sentiasa berbincang bersama saya, selaku wakil Kerajaan Negeri untuk merangka program pelancongan sepanjang tahun, tetapi tidak wujud penyelarasan kerjasama yang baik antara Pusat dengan negeri untuk pacu pelancongan. Saya hanya dimaklum selepas program dirangka sedangkan saya sepatutnya mengetuai industri ini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, promosi bersama antara Pusat dan Kerajaan Negeri juga kurang menyerlah, dan masing-masing membawa haluan sendiri.

“Penonjolan produk pelancongan tertentu diletak bawah pejabat pelancongan negeri Kedah, di mana Kementerian akan melantik kontraktor menerusi rundingan terus tanpa rujuk pada negeri. Ada kala ianya menimbulkan masalah seperti tidak memenuhi spesifikasi yang terpaksa ditanggung negeri,” jelasnya.

Ini berikutan selepas negeri Kedah diambil alih Pakatan Rakyat (PR), perkara ini diletak bawah bidang kuasa pejabat pembangunan negeri (SDA), berbanding sebelum ini bawah Unit Kawal Selia, UPEN.

YB. S. Manikumar turut kesal kerana tidak pernah diundang menyertai mana-mana program pembangunan pelancongan peringkat Pusat, termasuk perjumpaan antara Menteri dan Exco Pelancongan setiap tiga bulan sekali.

“Saya andaikan Menteri yang tidak buat kerja, bukan saya. Exco PR seolah dipinggirkan. Menteri patut tanya Tourism Malaysia apa dia buat untuk Kedah sebelum tanya saya,”
katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menganjurkan pelbagai program pelancongan menggunakan bajet negeri yang berjaya menarik penyertaan negara luar, antaranya Royal Langkawi Regatta, Kedah International Hot Air Baloon dan Paramotor Kedah Satun International Challenge.

“Di setiap daerah pula kita wujudkan kluster produk tersendiri, antaranya Pusat Rekreasi Ulu lenggong (Baling), Lembah Bujang (Sungai Petani), Pendang Lake Resort dan Gunung Jerai Resort dan Taman Orkid, Pusat Rekreasi Sungai Sedim (Kulim) dan Titi Hayun (Yan),” jelasnya.

Tambahnya, negeri Kedah memiliki produk pelancongan tersendiri yang mencukupi namun kemungkinan promosi oleh agensi Pusat termasuk ejen pelancongan tidak mencakupi aspek itu.

“Saya turut berpandukan pada Pelan Strategik Kedah Sejahtera, dalam merangka program bersesuaian. Malah kajian dan perancangan bagi tempoh lima tahun turut dirangka secara komprehensif,” ujarnya.

DATA

Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Domestik 2.3 juta 2.5 juta 2.8 juta
Antarabangsa 1.2 juta 1.4 juta 1.5 juta
Jumlah keseluruhan 3.5 juta 3.9 juta 4.3 juta


Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Langkawi 2.1 juta 2.3 juta 2.6 juta
Tanah besar 1.4 juta 1.6 juta 1.7 juta


Program pelancongan anjuran Kerajaan Negeri

• Royal Langkawi Regatta
• Kedah International Hot Air Baloon
• Paramotor Kedah Satun International Challenge
• 4x4 Titi Hayun, Yan

ADUN Kota Siputeh dilarang hadir DUN Kedah


ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan yang dibuat oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.

NONE"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahu Malaysiakini.

"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Anantham Kasinater.

Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.

Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut.

Bila Tengku Adnan Bersanadkan Kepada MP 9/10


SEKALI lagi Umno menerusi Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Mansor membaca madah dan gurindam sama untuk memburukkan Pas. Tidak menghairankan kalau madah dan gurindam itu terus dikemundangkan. Dengan madah itu Adnan dan Umno mengharap orang akan membenci dan menjauhi parti Islam itu.

Katanya, Pas ditubuhkan oleh kalangan pemimpin yang kecewa dalam pertandingan untuk memecah belah orang Melayu? Itulah hujan dan keyakinan Adnan. Terlalu keras dan zalim kata-kata itu. Sebagai seorang yang berstatus Setiausaha Agung yang dikira mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kalau pun tidak sampai ke tahap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moo tidak sepatutnya kalau Adnan mahu memburukkan Pas memakai hujah itu. Naif dan dangkal sangat.

Hujah itu samalah dengan hujah, Pak Cu Mat, Dollah penarik kereta, atau pun Mek Nab Tonggek di kampung yang berbahas memburukkan Pas di kedai-kedai kopi ataupun di pasar malam. Mereka mengambil modal lapok itu dan menjadi penyambung lidah syaitan menggunakan hujah yang disumbatkan oleh ketua-ketua cawangan yang tidak berapa tinggi persekolahannya. Bagi mereka itu tidak salah kerana pengetahuan dan ilmu mereka terhad di situ saja.

Tetapi bila Adnan juga menggunakan hujan yang sama, menganggap penubuhan Pas sebagai untuk memecah belah orang Melayu ini bererti kelas atau standard pemikiran setiausaha agung itu dua kali lima sahaja. Patutlah Umno tidak menampakkan kemajuan dalam membanggakan dalam era globalisasi ini. Dengan sikap dan pandangan demikian menyebabkan golongan cerdik pandai akan konfius dan tumpul untuk menyokong Umno.

Seorang yang tidak membaca sejarah, tahu menganalisa sejarah seperti Adnan itu tidak akan tahu hikmah ataupun manfaat di sebalik kewujudan Pas. Kalau dia seorang yang jauh pandangan dan penggali sejarah bangsa dia akan memahami dan kata-kata bahawa Pas diwujudkan untuk memecah belahkan Melayu tidak akan tersembur macam sepah pinang dari mulut Adnan.

Mulanya saya merasa marah dan kesal sangat dengan pandangan Adnan itu. Macam mana seorang Setiasuaha Agung boleh menggunakan hujah demikian. Kedudukan setiausaha agung adalah sebaris dengan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden dalam membuat dasar dan keputusan parti.

Tetapi apabila Adnan mengambil hujah untuk mengesahkan pandangan itu dari kata-kata MP 9/10.. marah saya terubat sedikit. Sebaliknya timbul rasa kesian kerana Adnan tidak cuba membaca kitab politik lebih akurat dan agung dari itu.

Hujah menguat Tengku Adnan untuk mengatakan Pas demikian kerana memakai hujah dan pandangan MP 9/10 terhadap Pas yang menyifatkan Pas mempunyai hukum hududnya sendiri bila mana Pas membentangkan hukum hudud. MP 9/10 itu cuba memesongkan pandangan umum dengan ilmu lawyernya yang pendek dan kemetot.

Adnan nampaknya mempercayai dan menyakini hujah MP 9/10 itu. Lantaran itu beliau meminta suapaya orang Pas memperbetulkan akidah berdasarkan kenyataan MP itu yang menyifatkan hukum hudud yang Pas cuba bentangkan itu sebagai hudud Pas bukan Islam.

Waduh, kenapa begitu cetak untuk Adnan memperakui dan menjadikan pandangan biul MP 9/10 sebagai hujah untuk tolak Pas. Apakah Adnan tidak membaca balasan balas dari pemimpin Pas mengenai ketidaktepatan hujah dan dakwaan MP 9/10 terhadap hukum hudud yang dibentangkan Pas semasa memerintah Terengganu. Kejahilan MP itu sudah dijelas dan selepas itu beliau tidak lagi berani berkokok. Ada malang kalau Adnan menambahkan kebiulan nya mengenai hudud dengan kebiulan MP 9/10 tersebut.

Kalaulah hujah orang demikian dijadikan sanad oleh Adnan untuk memburukkan Pas, entahlah apa jadinya dengan politik Umno dan juga negara ini. Ternyata Adnan mengambil sesuatu iktibar dan pegangan dari orang yang jahil murakab dan naif hujahnya. Saya tidak tahu atas dasar apa kalau Umno masih mengekalkan Adnan sebagai setiasusaha agung kalau bukan daar untuk terus mengekalkan Umno dalam kepompong kejumudannya.

Bukan tidak boleh mengkritik Pas atau mahu mengajak rakyat menolak parti itu, tetapi Adnan kenalah cari hujah yang kuat. Sanadnya pula biarlah sanad yang sahih. Bergatung kepada pewari yang lemah menyebabkan orang akan mentertawakan kita. Tetapi apa dikisah, sebab Adnan juga tampak begitu tohor dalam pemahaman agama dan juga gerakan siasah.

Kalau kita seorang pemain pakau, bermain pakau sajalah jangan sesekali cuba pakaukan politik negara dengan unsur-unsur mungkar itu. [ttdi.11:00 am 01/11/11].

Mohd Sayuti Omar

Idea Rakan facebook untuk rakyat KEDAH tak bayaq cukai...!!

Ada cadangan ka macamana tak mau bayaq cukai kat kerajaan pusat melalu LHDN... kita sebagai rakyat KEDAH bagi berjuta pon bukannya Kerajaan Pusat nak salurkan balik kat kita yang dok Kedah nie....depa dok suruh guna untung BALAK tu saja...habih yg kita dok bagi berjuta tu kat depa dok simpan buat apa... yang BALAK tu hasil NEGERI lanie kami nak yg RAKYAT KEDAH dok bagi kat hangpa tuuu...awat hgpa dok simpan nak faraid kat suku sakat hangpa..??? habih rakyat KEDAH yg bayaq CUKAI nie nganga saja..???
· · · 21 hours ago near Kampong Kuala Kedah, Malaysia

    • Enoi Cham keluarkan zakat dpt juga kat kerajaan negeri
      21 hours ago · · 3
    • Auzani Akramin Ahmad bayar zakat, mintak pelepasan cukai, bagi derma kat NGO yang boleh bagi pelepasan cukai, taja program-program student di Universiti, mintak pelepasan cukai..takat tu ja yang tau..
      21 hours ago · · 5
    • Muhammad Harith Alif Kepada company besaq kat Kedah ni taja la Pasukan Kedah ka , derma kat sekolah agama rakyat ka boleh dapat pelepasan cukai tak yah bayar cukai kat Kerajaan Persekutuan .
      21 hours ago · · 5
    • Kedah Lanie Cepat bagi idea untuk rakyat KEDAH jugak...
      21 hours ago ·
    • Rusdi Zainol Abidin setujuuuu
      21 hours ago ·
    • Auzani Akramin Ahmad pakat-pakat ambik tau lepaih tu pakat sebaq..biaq tak dak sekupang pun cukai pi ke pusat..
      21 hours ago ·
    • Muhsin Haji Abdullah bg bonus/duit raya utk semua rakyat negeri kedah
      20 hours ago · · 1
    • Abg Askoba nampak sangat k'jaan BN zalim dan menzalimkan rakyat kedah.... bukan semua sokong PR.... org yang dok sokong BN tu pi la pindah putrajaya....
      19 hours ago ·
    • Muhammad Harith Alif Askoba : Johor , Melaka dan Sarawak ok gak .
      19 hours ago · · 1
    • Hatta Hassan saya rasa ada jalan,yakni mintak perkenan Tuanku Sultan utk keluar dari negara Msia...nanti jadilah negara Kedah instead of negeri Kedah... ;)
      18 hours ago ·
    • Hawaii Five-o bapa borek anakpun rintiklah...1 untuk kau 2 untuk aku..
      12 hours ago ·
    • Abd Rahim Zakaria Hampeh nyok..jadi hampa bayaq zakat x ikhlas la sbb nk lari cukai..x gitu
      11 hours ago · · 1
    • Ahmad Pijun ARZ: zakat bukan kira ikhlas la pakcik..zakat tu kewajipan..dari dok bayaq cukai baik pi bayaq zakat..reti?? Laporan audit negara adalah kayu pengukurnya..duit cukai kita lah depa peguna smua tu..tak reti2 lagi??
      11 hours ago ·
    • Enoi Cham suit cukai semua bangsa boleh makan tp zakat hanya org islam saja. hat2 pun ARZ xreti. p belajar lagilah. jgn2 xtau hukum agama ka pa
      about an hour ago ·




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...