TERKINI :

Tuesday, November 1, 2011

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR?

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR? PEMIMPIN UMNO BAWAHAN PATUT MUHASABAH DIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator.

Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator.

Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu.

Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com

Dah tak ada rakyat Malaysia yg bijak pandai dah kaa nak lantik jadi SENATOR......!!!

Lihat bagaimana mereka menghina kita...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/297421_211605175577262_137052539699193_541176_1467574475_n.jpg

cara:
1) buka Google Translate
2) pilih untuk terjemahan 'English' to 'Malay'
3) masukan perkataan 'myQuran' lihat terjemahannya apa?
4) cuba pilih perkataan lain.. contoh.. mySelipar / myBaju / myCar atau sebagainya...
ia tak dapat diterjemahkan dari 'English' to 'Malay'

adakah ia suatu kebetulan atau kesilapan?

"kt translation tu ada tanda rate the translation..cukup 1000 org report offensive nnt dia buang"

TOLONG RATE OFFENSIVE PERKATAAN INI!

cara:
1) pergi ke tanda ✔ di hujung terjemahan, klik
2) menu akan terpapar. klik OFFENSIVE

semoga usaha yg tak seberapa ini membantu menyelamatkan Islam dari terus dihina. amiin...
tolong sebarkan. sekian,tq

Ingatlah Wahai JKKKP, MKK, PENGHULU dan YB-YB sekelian... belambak lagi orang miskin kat Kedah nie..hgpa jangan nak berpolitik saja....

Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Golongan Ke-3

Weekend baru ni, saya dan sdra Aznee (AJK WARGAKILANG) dari kilang INTEL masuk ke kg-kg di kawasan Jeneri, Sik Kedah pi riki senarai keluarga untuk diagihkan daging korban, 14 ekor lembu raya kedua nanti.

Ustaz kata Daging KORBAN itu kena bahagi 3 BAHAGIAN – Tuan Punya Korban, Masyarakat Sekeliling dan Golongan Fakir Miskin.

Niat kami hari itu ialah nak pi cari golongan yang ke-3 ini, keluarga fakir dan miskin. Dalam pencarian itu, kami telah dibawa ke sebuah rumah yang agak daif, dihuni oleh seorang bapa dan 3 orang anak-anaknya yang masih kecil.


Sebelum itu kami singgah sebentar di kedai runcit berdekatan beli sedikit beras, gula, telor, sardin dan keropok serta minuman botol buat budak2 tu.


Seperti beberapa keluarga yang pernah kami kunjungi sebelum ini, kemiskinan yang melarat kadang-kadang boleh menjadi punca perceraian.

Ibu dan bapa budak-budak ini bercerai, dan semenjak itu ibunya sudah tidak kelihatan lagi; lalu tinggallah anak-anak ini yang masih belum mengerti apa-apa itu tinggal mengharung hidup dalam kedaifan bersama-sama ayah mereka yang bekerja kampong dan sesekali masuk jauh ke dalam hutan mencari hasil hutan untuk dijual.



Saya tak mau nak tulis panjang sebab rasa sebak sangat bila lihat si kecik yang berumur 2 tahun tu, bila dikejutkan kakaknya bangun dari tidur dalam buaian dalam rumah yg sempit tu, tatkala dia melangkah keluar, rasa sebak sangat sebab wajahnya seiras anak saya si Imran yang juga berusia hampir sebaya.

Tapi berbeza beliau dengan Imran, anak kecik ini bila bangun tidur tiada IBU di sisi untuk membelainya. Tangis atau laparnya hanyalah ada sang Kakak melayannya; itu pun nasib baiklah kakak ini sudah berhenti sekolah; kalau ikutkan waktu ini kakak masih di darjah 4 mentelaah buku bersama kawan-kawan di bangku sekolah.


Tanpa kakak di sisi, tiada siapa yang nak menjaga anak kecik ini bila ayahnya masuk hutan mencari rezeki. Tanpa sekolah, entah apalah nak jadi dengan masa depan kakaknya nanti.

Kilang kat tempat saya kerja ini pun, nak jadi Operator gaji RM600 sebulan paling kurang kena jugak ada sijil SPM.

Raya ke-2 nanti kami akan ke sana nanti nak bawa daging KORBAN buat mereka.

Sesiapa yang nak bagi sumbangan (dlm bentuk makanan, terutamanya susu Dutch Lady) sila contact sdra Aznee at 012-4323305, dia kata tat pa dia rela jadi coordinator untuk bantu budak2 ni walaupun asalnya kami di WARGAKILANG ini tiada sebarang projek khas untuk keluarga ini.

Dlm email Aznee kpd kawan2 terdekat, saya baca dia tulis...."Kalau stay lama sikit...mungkin aku dah menangis!!”.


moniermatdin@yahoo.com
1.11.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

Kita makan kuah...depa makan isi......

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH


Terasa benar kenaikan harga barang menghimpit ekonomi harian kita. Terutama orang yang macam SM..gaji tak seberapa..tanggungan ramai. Rasanya bukan SM saja malah ribuan di luar sana yang senasib dengan SM, yelah di Malaysia ni berapa kerat saja yang kaya...lainlah kalau macam Tok Najib dan Cik Mah..Cik Mah kaya sejak kecil...menabung sejak kecil hingga boleh beli cincin 24 juta...kita ni bukan kata nak beli cincin 2 ribu...tabung ayam yang dok ada tu pun tak pernah penuh-penuh..apa taknya...nak masuk tahun baru je...kena korek..habuan nak beli kasut sekolah dan buku-buku...

Sekarang ni kalau tukar duit RM50 dah tak jadi makna..sikit sana...sikit sini..alih-alih tinggal RM2. Belek beg ditangan..hasil belian 2-3 barang saja. Apa tidaknya kalau dah ayam dah mencecah RM10 sekilo..ikan termenung pun RM8 sekilo...tak termasuk sayur..beras..minyak..cabai..gula..garam..wah!! pening kepala SM dok fikiaq..!

Jengah pula perbelanjaan lain..petrol..persekolahan anak..tambang menambang anak ke sekolah..makan di pejabat...susu anak, pampers, bil air..letrik..telefon..internet...tak termasuk..kasut koyak..sakit demam..kereta buat hal.dan lain-lain perbelanjaan semasa..hai..bukan saja pening malah..boleh pengsan dibuatnya...cukup bulan gaji masuk...seminggu habis licin...

Tapi masalah yang SM sebut tu hanya menyerang spesis yang macam SM saja..tidak termasuk yang kaya raya, jutawan..hartawan..dan macam wan..wan..( tapi bukan tok wan)..kehidupan mereka mewah..ada jet peribadi...ada kereta mewah...keluar negara seperti ke pasar malam saja. Beg tangan silih berganti..owh! bukan yang harga RM50 yang macam SM guna..ini sebuah saja sama harga dengan sebuah rumah kos rendah . Itu tak termasuk baju....kalau kumpul semua baju SM dan baju kawan-kawan SM pun tak sama nilai dengan sehelai baju mereka...

Kalau SM setiap bulan kelebek bil api bil letrik...membebel juga kat anak-anak kalau setiap satu mencecah RM30...kira banyak dah tu....tapi ada orang tak kisah..penggunaan bil-bil di rumahnya menjejah ratusan ribu..Yelah..'Apa Ku Kisah' semua tu ditanggung rakyat...aircond 24 jam...rumah melebihkan istana...tidak termasuk barangan eletrik yang digunakan...hai..! takkan Tok Najib dan Cik Mah nak guna barang letrik murah macam SM guna..mestilah yang terbaekkkkk...! kalau dah terbaekkkkk...kosnya juga terbaekkkkk..!
Siapa kena tanggung..hermmmmmm...SAPA LAGI ...SM DAN KITA SEMUA-SEMUA LAA!

SM nak ulang lagi..' Apa Ku Kisah'...rakyat nak menderita atau tidak..yang penting tembolok aku penuh dan kenyang..soal hampa...PUNYA PASAI LAA..yang penting..AKU TETAP JADI ORANG NOMBOR SATU DI MALAYSIA DAN MEM AKU JADI ORANG NOMBOR SATU ATAS PADA AKU.

SM kesian.( termasuk dekat diri SM sendiri )...orang-orang susah yang hidup kais pagi makan pagi..kais petang makan petang...( kais malam tu..tak da pulak peribahasanya...mungkin kalau nak kais pun tak nampak..gelap )..orang-orang yang gaji tak seberapa macam SM ni...hidup terhimpit..tetapi terpaksa diteruskan...segalanya perlu dibayar...perlu makan..perlu belanja...hakikat hidup tersiksa...membilang hari menunggu gaji masuk...mengira duit siling bila penghujung bulan...Ini realiti...di sana sini..rakyat mengeluh...kos sara hidup semakin meningkat...

SM..apa nak jadi dengan Malaysia sekarang...apakah kita akan menjadi seperti negara India..yang kaya..terlalu kaya..pemimpin menindas rakyat..polis makan rasuah..rakyat yang susah terus terhimpit..melarat..universiti banyak tapi tiada peluang pekerjaan...ijazah tiada nilaian....

Harga makanan asasi turut meningkat harganya...harga padi tetap rendah..tapi harga beras melonjak....petani tetap susah..tokey beras kaya melana...adilkah...begitu juga nelayan...pertaruhkan nyawa ditengah laut...harga ikan yang diambil tak seberapa..peraih dan penjual dipasar..lebih untung dari mereka...begitu juga nasib penanam sayur dan buah-buahan...walau pun harga barang meningkat namun pengeluar barangan terbabit tidak merasa bahangnya..

Malaysia negara pengeluar kelapa sawit..tapi minyak masak..harganya melambung...bukan tu sahaja..Malaysia juga ada minyak..tapi harga rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos petrol yang tinggi.
Memang tak habis kalau kita berbincang kenaikan harga barang sekarang..tapi mentaliti kita kena cerdik dan kehadapan...rakyat kena cerdik berfikir...jangan biarkan mereka menggunakan kita semahu-mahunya.....kita hanya dapat kuah..mereka melantak isinya..

Macam lagu yang dinyanyikan oleh ND La La yang di siarkan di television...' rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita duduk dilantai....kita kena duduk diatas...rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita makan kuahnya..kita kena makan isinya..' ( macam tulah lebih kurang..tak berapa tepat lirik tu )

Kena ambil positif dengan senikata lagu tu...INI NEGARA KITA...KITA ADA HAK MEMILIH SIAPA..JGN BIARKAN ORANG MENGAMBIL HAK KITA..RAGUT SEMAHUNYA..KITA DUDUK DILANTAI..MAKAN KUAH ,ORANG LAIN DUDUK DIKERUSI..MAKAN ISI..


Malaysia ni kaya sebenarnya..adik kakak...tapi kemana kekayaan negara di bawa pergi..kemana aliran wang negara....kalau di Selangor...rakyat diberi air percuma...di Kedah...untung balak semakin meningkat..2011 mencecah RM80 juta...cukai tanah diturunkan sehingga 50 peratus, guru-guru agama dan bidan-bidan diberi sumbangan, anak-anak ke Universiti di beri habuan, skim kafalan RM500 setiap kematian tidak mengira agama, bangsa mahu pun fahaman politik asalkan dia layak mengikut syarat-syaratnya. Perkahwinan beramai-ramai..pasangan diberi intensif RM1000...rakyat merasa hasil kekayaan negeri...ini apa jadi dengan Malaysia..canang saja makmur..kaya...tapi yang kaya bukan negara tapi pimpinan negara UMNO/BN...rakyat kayap...hidup merempat...


Oleh itu...buatlah PERUBAHAN..DONT LET THEY THINK YOU STUPID...KASI TUKAR PRU 13 NI.....KITA TENGOK PULAK...MACAMANA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH..

Orang tua-tua kata..' Tak Kenal Maka Tak Cinta'...maka kenai dan bercinta-cintalah dengan Pakatan Rakyat.

http://kedahla.blogspot.com/2011/10/kita-makan-kuahdepa-makan-isi.html

Jabatan Agama apa laa kelaku macam nie...

Keluarga Najib : Bini Borek Anak Rintik...!!

PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

Makin terhimpit

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Tahniah pada MBSA atas Projek Van Wargatua... Kedah tak mau buat kaa..???

Projek Van itu adalah untuk warga tua berumur 60 tahun ke atas untuk berulang alik dari rumah mereka ke beberapa klinik di Shah Alam. Van tersebut juga boleh digunakan oleh warga tua Shah Alam untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan UKM.

Bagi Tulang Besi, inilah projek yang sangat baik dan sangat boleh dibanggakan. Tidak pernah kerajaan tempatan di Selangor melakukan perkara ini semasa di bawah kerajaan terdahulu. Kita pun tidak tahu apa yang dibuat oleh MBSA sewaktu mereka dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Ini adalah contoh betapa Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru benar-benar menghargai rakyat jelata. Membela orang tua seperti yang dilakukan oleh MBSA bakal mengundang barakah dari langit. Ia bakal mengundang ketenangan dan kerahmatan di dalam kehidupan penduduk Shah Alam.

Ia juga menunjukkan kekayaan di Selangor semakin dirasai dan dinikmati oleh rakyat Selangor. Kalau di bawah regim dulu, kekayaan Selangor cuma dirasai oleh kroni dan mereka yang berkepentingan.

Tahniah Dato’ Bandar MBSA. Tahniah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kami rakyat Selangor berasa sangat bertuah untuk duduk di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tulang Besi

Pendedahan "PENEBANGAN BALAK" macam nie yang kita nak... jika betul salah kita balon sama-sama TAPI JIKA TAK..!!!

oleh AnakKedah007

Syabas UMNO Kedah..sepanjang gua dok jadi blogger nie...rasanya ini isu kedua selepas isu KARAOKE yg belambak naik kat ALOQ SETAQ dahulu... so far Isu tu Kerajaan Negeri dah jawab...sekarang mai isu yg kedua nie...rasanya kerajaan negeri patut jawab jugak... sebab cara blog tersebut keluarkan artikal nie ianya seperti menjeje kerajaan negeri dimana patutlaaa hasil balak banyak...punca dia tebang tanpa kawalan....

dari apa yg gua tahu kawasan balak yg dibenarkan oleh Jabatan Hutan ialah dalam lebih kurang 2400 hektar sahaja..kwsn nie kira sama laa dgn apa yg K'jaan BN dok tebang dulu.... dan setiap kawasan yang nak ditebang tu ianya kena dapat kelulusan JABATAN HUTAN dahulu..KERAJAAN NEGERI tak boleh nak buat apa kalau JABATAN HUTAN tak luluskan... sebab pihak jabatan laa yg akan pie tengok dulu kwsn balak tersebut... jadi dengan apa yg blog tersebut keluarkan nie rasanya Kerajaan Negeri Kedah kena jawablah pasai apa penebangan tersebut berlaku dikawasan yang dikatakan tuuu.. kita tunggu K'jaan Zizan nak jawab apa..???


syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
demo penduduk kampung..tak puas hati..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..

Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.


Peruntukan banjir nak berkira...hutang hampa sapa bayaq...

dari KedahLa

Oleh : PUTERI BULAN

"Dah hampa duit banyak, hampa bayaqlah sendiri...dok minta kat kami buat apa..pak hampa habaq hampa orang kaya..duit banyak.."

Lebih kurang macam tulah dialog budak-budak bergaduh, bertengkaq..

Agak-agak macam tulah juga yang berlaku kepada Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Tok Mukhriz....lebih kuranglah agaknya kata pada Menteri Besaq Kedah.." hermmm..hampa untung balak...keluaqlah duit sendiri..bagi kat orang kena banjir..buat pa minta kat kami..hermmmm.."

Memang balak Kedah untung berlipat ganda...dan itu rezeki rakyat kedah..tak payah atuq atau ajaq MB nak salur kat mana keuntungan tu....secara tepat..rakyat akan dapat manfaatnya bukan suku sakat mana-mana kroni macam UMNO Porno lakukan dulu...

Tapi Tok Mukhriz kena ingat....kerajaan pusat ada tanggungjawab tersendiri kepada semua negeri-negeri dalam Malaysia...kalau nak ikut pendapatan negeri...Terangganu dan Sarawak lagi kaya..ada minyak...tapi kenapa masih salurkan bantuan...bukan saja bantuan...bagi utang ada lagi..

Kenapa negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dianak tirikan...kalau gitu tak perlu minta cukailah dari negeri-negeri pakatan rakyat...atau pun mereka ni bayar cukai guna orang tengah..macam Tok Mukhriz kata nak salurkan terus bantuan banjir melalui 'orang tengah'. Siapa "orang tengah" yang Tok Mukhriz maksudkan?

Pengalaman lalu..cukup mengajar kita...bantuan banjir untuk negeri Kedah pada tahun 2010 yang lalu..bagaimana bantuan disalurkan...bukan melalui kerajaan negeri tetapi melalui UMNO dan JKKKP. Ibarat masuk rumah orang..tuan rumah tak tau apa-apa pun..tiba-tiba jiran yang dok jauh merelong dok kelola urusan dalam rumah tersebut...maka sudah tentulah...mangsa banjir sebenar tidak disenaraikan tetapi "insan-insan" yang tak sangkut paut dengan banjir pula yang menerima habuan...tak lucu dan menyakitkan ke?

lepas tu canang satu dunia...kedah tak buat apa-apa kepada mangsa-mangsa banjir...pi cerita UMNO yang dok tolong rakyat Kedah...AWAT DUIT PUSAT TU DUIT UMNO KE?...takka orang PAS, DAP dan PKR pun bayaq segala cukai..lesen nu ..lesen ni..pasai apa duit negara...duit rakyat boleh bertukaq milik jadi duit UMNO..ciss!...

Katalah wahai UMNO..jiwa mu kacau bila lihat Kedah makmur dengan pendapatan balak yang meningkat...terjeger biji mata..ish!..ish! andainya jadi milik aku...alangkah bahgianya...bolehlah rumahku yang macam mahligai itu ku tukarkan menjadi istana...

Cuba buka mata wahai UMNO-UMNO kedah...hutang masa hampa perintah yang bernilai 2.9 Billion SAPA BAYAQ...senang hampa dok buat cerita wayang kulit..makyong tak laku..buat-buat tanya...tak payah dok ragu-ragu atau buang masa dok fikiaq kemana duit keuntungan balak tu disalurkan...tanya ahli hampa hat miskin, ibu tunggal, OKU..orang sakit di kampung-kampung nuuuu...sapa dok bagi bantuan kat depa lani...

Kalau dah banyak hampa dok tanya...kenapa tak tanya...RM8 juta je time hampa perintah dulu...mana pi untung yang banyak-banyak tu...MASUK POKET SAPA HAH?...

Isu Kemasukan Warga Israel Ke Malaysia : Menteri Belia Dan Sukan Perlu Bertanggungjawab

05 Dzu al-Hijjah 1432 / 01 November 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjawab serta menjelaskan bagaimana kehadiran seorang peninju dari Israel, Ilya Grad dalam Kejohanan “The Challenger Muay Thai” yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia baru-baru ini. Sedangkan sepatutnya tidak ada seorang rakyat Israel pun dibenarkan masuk ke dalam Malaysia sebagaimana rakyat Malaysia diharamkan masuk ke Israel.

Lebih mengejutkan apabila peninju itu sendiri mendakwa beliau masuk ke Malaysia dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan diberi pas khas setelah ditahan selama 25 jam di pintu masuk antara Malaysia-Thailand. DPPM menganggap dakwaan peninju terbabit amat berat dan melibatkan penyelewengan kuasa oleh Menteri Belia dan Sukan.

Jika benar dakwaan peninju tersebut, DPPM merasa kesal kerana Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menjaga sensitiviti serta keprihatinan umat Islam atas isu Palestin. Dalam keadaan seluruh umat Islam berang dan berduka di atas apa yang menimpa umat Islam di Palestin yang dibunuh serta dihalau dari bumi mereka sendiri, Menteri Belia dan Sukan sendiri meluluskan kemasukan warga Israel ke dalam Malaysia. Ia ibarat merobek luka ke dada umat Islam Malaysia yang tidak meredhai kezaliman berlaku di atas buminya. Bagi umat Islam, rakyat Israel adalah pencoroboh dan zalim yang telah membunuh beribu umat Islam Palestin.

DPPM melihat jawapan balas beliau yang menyatakan kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk kejohanan tersebut sebagai jawapan ‘escapism’ atau melepas diri semata-mata. Kerajaan Selangor hanya meluluskan peruntukan untuk penganjuran kejohanan terbabit, sedangkan Menteri Belia dan Sukan berkuasa penuh meluluskan sesuatu kejohanan atau penglibatan mana-mana peninju dalam kejohanan tersebut. Beliau boleh mengharamkan penglibatan peserta yang bermasalah atau dari negara yang diharamkan masuk ke Malaysia seperti Israel. Mana-mana peserta yang kontroversi perlu disekat dari awal lagi agar tidak menimbulkan pertikaian.

DPPM juga meminta Menteri Belia dan Sukan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku dan mengingatkan agar beliau menjaga hati serta sensitiviti rakyat di negara ini. Jangan kerana atas semangat mahu memajukan sukan di negara ini, kedaulatan dan keharmonian negara pula tergadai!


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Analisa Kewangan negeri Kedah oleh Jabatan Audit Negara

GELOJOHNYA KERAJAAN MENGGADAI TANAH ORANG MELAYU

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

Demikianlah prosedur sesuatu Rang Undang-Undang menjadi Akta yang akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang. Selagi tidak diluluskan dan tidak diwartakan, sesuatu Akta tidak mempunyai apa-apa kuasa penguatkuasaan. MALANGnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) nampaknya tidak mempedulikan semua prosedur ini lantaran kegelojohan mereka ingin menjarah tanah Kampong Bharu milik orang-orang Melayu yang dijamin oleh Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 (Malay Agricultural Settlement Enactment 1950).

Pada 19 Oktober 2011, KWPKB telah mengadakan suatu perjumpaan tertutup di antara KWPKB dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kampong Bharu dan juga Lembaga Pentadbir Kampong Bharu (Lembaga MAS) serta Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kampong Bharu. Perjumpaan tertutup tersebut diadakan di Aras 7 Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada sidang media selepas perjumpaan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan bangganya memaklumkan bahawa KWPKB akan menubuhkan suatu pasukan interim dengan peruntukkan geran sebanyak RM15 juta bagi memulakan kerja-kerja awal pembangunan Kampong Bharu. Beliau dilaporkan berkata “Justeru tak kan kita nak tunggu selesai baru nak bangunkan kawasan itu”.

Kegelojohan amat ketara di pihak Menteri yang tidak sabar-sabar hendak masuk ke Kampong Bharu meneroka tanah orang Melayu sedangkan pemilik dan pewaris tanah masih belum mendapat maklumat pembangunan bagaimana akan dilakukan oleh Kerajaan. Malah pemilik dan pewaris juga tiada pengetahuan tentang cadangan ini. Kementerian hanya mengambil pandangan NGO-NGO yang disebutkan terdahulu iaitu PAKAM (Persatuan Anak-Anak Kampong Bharu) dan PPKB (Persatuan Permbangunan Kampong Bharu) yang kedua-duanya tiada sebarang lokus untuk mewakili pemilik dan pewaris tanah. Siapa NGO-NGO ini yang beriya-iya benar hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sedangkan selama ini mereka hanya ibarat “hidup segan mati tak mahu”? Mereka hanya muncul apabila cadangan pembangunan ini disebut-sebut oleh Menteri. Ada udang di sebalik batu kah mereka ini?

KWPKB, walau pun sedar RUU PPKB 2011 masih belum diluluskan oleh Dewan Negara dan masih belum dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agong untuk diperkenan malah lebih jauh lagi masih belum diwartakan, begitu gelojoh telah menimbang-nimbang melantik suatu pasukan interim dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM15 juta bagi kerja-kerja awal. Sekali lagi jelas begitu gelojohnya mereka. Rang Undang-undang belum pun diluluskan, mereka sudah berkira-kira untuk meneroka tanah orang Kampong Bharu.

Peruntukkan geran RM15 juta tersebut juga menimbulkan persoalan. Bagaimana peruntukkan geran tersebut dibuat? Peruntukkan RM15 juta tersebut disalurkan kepada siapa? Pasukan interim yang dimaksudkan belum ditubuhkan tetapi dimaklumkan bahawa sebanyak RM9 juta daripada peruntukkan tersebut telah digunakan. Bagaimana peruntukkan tersebut digunakan? Siapa yang membelanjakan RM9 juta peruntukkan tersebut? Adakah Kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau NGO-NGO tersebut? Jika peruntukkan RM9 juta telah digunakan sebelum pembentukkan pasukan interim dan pembentukan Perbadanan, maka kenapa perlu disebutkan?

Pengumuman penubuhan suatu pasukan interim ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa KWPKB telah mendahului Parlimen dan Yang Dipertuan Agong. Bagaimana boleh ditubuhkan dan diwujudkan suatu pasukan bagi menjalankan sesuatu tugasan dengan peruntukkan kewangan sedangkan Akta yang mengawal Perbadanan yang dimaksudkan masih belum diluluskan? Adakah ini cara Kerajaan mentadbir negara? Perundangan masih belum diluluskan dan belum dikuatkuasakan tetapi peruntukkan telah dibuat malah telah pun dibelanjakan? Ini jelas suatu tindakan menghina institusi Parlimen dan institusi Istana malah suatu tindakan yang melanggar perundangan negara.

Menteri juga menyatakan bahawa pihak Kementeriannya sedang dalam perbincangan bersama NGO-NGO dan GLC-GLC berkaitan tentang bentuk pembangunan yang akan dilakukan di Kampong Bharu. Sekali lagi jelas menunjukkan bahawa hak pemilik dan pewaris tanah tidak diambilkira malah diketepikan begitu sahaja. Pembangunan Kampong Bharu hanya mengambilkira pandangan NGO dan GLC sedangkan mereka ini tiada apa-apa kepentingan langsung berbanding pemilik dan pewaris tanah. Adakah pemilik dan pewaris tanah dilibatkan di dalam perbincangan pembangunan? SILA AMBIL PERHATIAN bahawa tanah yang hendak dibangunkan itu adalah milik pemilik dan pewaris tanah, bukannya milik NGO atau GLC. Bagaimana jaminan yang diberikan Menteri sebelum ini bahawa hak pemilik dan pewaris tanah diambilkira sedangkan pandangan hanya diambil daripada NGO dan GLC? Sekali lagi nyata dan terang bahawa semua jaminan yang disebutkan sebelum ini hanyalah omong kosong sahaja.

Kenapa begitu gopoh dan gelojoh hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sehingga pemilik dan pewaris tanah tidak diberikan maklumat terperinci tentang Rang Undang-undang dan bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan? Pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu seharusnya sedar dan membuka mata dengan tindakan gelojoh dan gopoh pihak-pihak ini. Jangan biarkan tanah milik orang Melayu dan harga diri orang Melayu diperkudakan pihak-pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan mereka semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan hidup dan maruah bangsa.



ZULHAZMI SHARIFF
24/10/2011
26 Dzulqaedah 1432H

Remaja maut motosikal bertembung ambulans


ANGGOTA polis trafik memeriksa motosikal Muhammad Mu'az Johari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Langgar, Simpang ke Pokok Asam, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 31 Okt. - Akibat tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan itu yang sedang membelok di Kampung Pokok Asam, Jalan Langgar dekat sini, malam tadi.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam, namun remaja itu, Muhammad Mu'az Johari, 13, dari Kampung Alor Raja meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ketika kejadian, ambulans itu dalam perjalanan ke Kampung Pokok Asam untuk mengambil seorang warga emas yang sakit tenat.

Difahamkan, berikutan kemalangan tersebut, pesakit yang sepatutnya diambil ambulans itu meninggal dunia. Ambulans yang sama digunakan untuk menghantar remaja tersebut ke HSB untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki oleh remaja terlibat bertembung dengan ambulans yang ketika itu mahu membelok di sebuah simpang kanan.

"Sebelum kemalangan, beberapa kereta telah berhenti untuk memberi laluan kepada ambulans itu membelok ke simpang menghala ke Kampung Pokok Asam.

"Bagaimanapun, sewaktu ambulans itu membelok, sebuah motosikal tiba-tiba muncul dan gagal mengelak lalu bertembung dengan ambulans tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Katanya, remaja itu dikatakan tidak memakai topi keledar, cedera parah di kepala akibat hentakan kuat pada cermin ambulans selain kaki kanannya patah.

"Pemandu ambulans dan tiga pegawai perubatan di dalam ambulans tidak mengalami kecederaan dan keterangan mereka sudah diambil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Muhammad Mu'az yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Setol, Jalan Langgar hari ini.

kami doakan semoga PM selamat pergi selamat balik dari menunaikan haji...

Najib ke Tanah Suci Mekah tunai haji


NAJIB dan isteri, Rosmah melambai ke arah orang ramai di Kompleks Bunga Raya, Sepang semalam sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji.


SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: "Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...