TERKINI :

Saturday, October 29, 2011

CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT


FITNAH DAN SABOTAJ oleh pihak yang tak bertamadun..dan Penghinaan kepada semua Ahli Terapcare...

FITNAH DAN SABOTAJ oleh pihak yang tak bertamadun..yang mengatakan kita mengadakan pesta Arak..Ya Allah..sesungguhnya HambaMu itu sangat mencemburui kami..Kami pohon KehadratMu Ya Allah..bukakanlah pintu hati mereka agar menerima hidayahMu Ya Allah...hentikan mulut dan angota mereka dari memfitnah kami Ya Allah...
Bergambar kenangan bersama artis setelah selesai solat jemaah Asar di Masjid Naka..
Ajk pengajur berselawat bersama artis seusainya majlis malam kesenian anak muda
penonton diasingkan antara lelaki dan perempuan
YB Ust Nasir,Ust Hamizan dan Azizan Yusof bersama dalam malam kesenian anak muda Terapcare


pengerusi menyampaikan ucapan aluan di Majlis Hi tea bersama artis



Konvoi bermula di Masjid Kuala Nerang..

Fitnah...itulah yang terjadi setelah selesainya Malam Kesenian Anak Muda Terapcare di Dewan Naka 23 hb Okt 2011. Digambarkan bahawa dalam majlis tersebut ada yang minum arak dan menghisap gam..ini merupakan satu penghinaan yang tak dapat nak diterima akal kepada Ahli2 Terapcare semua.Terapcare merancang dan melaksanakan Malam Kesenian Tersebut dengan beberapa perubahan dibuat agar tidak bertentangan dengan Syarak.

Majlis dimulakan dengan Konvoi di Masjid Kuala Nerang dan berhenti di Masjid Naka untuk solat asar berjemaah. kemudian Hitea bersama artis di Sri Juluk Resort, solat magrib berjemaah diimamkan oleh ust Radzi dari kumpulan Melissa diteruskan dgn kuliah magrib oleh Radzi melissa dan solat isya berjemaah..malam kesenian dipengerusikan oleh ust Radzi Melissa,diselitkan dengan tazkirah dan lagu ketuhanan bagi mengajak jiwa anak muda yang sedang bergelora supaya mengingati Allah selaku Tuhan Yang Maha Berkuasa.Namun disana ada insan yang dengki dan cemburu,apabila hati dimatikan Allah dan Akal menggila mengikut nafsu maka kejahatan dan fitnah menjadi agenda.

di ura2kan bahawa majlis ini menjadi pesta muda mudi dan arak didewan Naka.inilah satu penghinaan dan Fitnah yang dibuat oleh orang yang berotak kecil,mereka harus ingat,hari ini kita boleh melakukan apasaja,namun kita kena ingat Allah berkuasa atas segalanya.Tidakkah orang yang memfitnah itu tidak takut kepada Allah?

saya amat berbangga dengan ahli2 Terapcare semua yang tanpa jemu2 bersama dalam segenap keadaan..InsyaAllah sama2 kita berdoa agar orang yang mengkhianati perjuangan anak muda Terapcare ini akan menerima balasan dari Allah..

admin Kedahlanie - gua rasa depa kalut sangat tu sebab dalam konsert pon dok suruh sokong hudud..nie gua ambik dari konsert kat jerai tempohari...



http://terapcare.blogspot.com/2011/10/fitnah-dan-penghinaan-buat-semua-ahli.html

PRU13: Cari mekanisme dekati 'generasi siber'

GOMBAK, 29 Okt: Pemuda PAS perlu mencari satu mekanisme terbaik bagi mendampingi golongan muda hari ini yang disebut 'generasi siber', jika mahu menang pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN.

"Pemuda perlu mencari mekanisma terbaik, bagaimana untuk sampai kepada mereka.

"Kita perlu belajar bagaimana Barack Obama, orang kulit hitam boleh menjadi orang pertama white House," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar malam tadi.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulas kajian terbaru yang mendedahkan golongan remaja di negara ini menghabiskan masa purata 4 jam sehari mengadap internet.

Ianya termasuk menggunakan laman sosial Facebook, twitter dan blog untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

"Kajian AC Nielsen sangat signifacant yang mengatakan rakyat negara ini sudah tak tonton lagi televisyen, tak baca lagi akhbar tetapi membaca internet.

"Inilah masanya kita perlu sampaikan mesej Islam kepada mereka. Inilah tugas anak muda," katanya dihadapan kira-kira 3,000 peserta yang hadir malam tadi.

Beliau turut memuji kreativiti dewan pemuda kali ini yang menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta", yang dimuat naik ke Youtube bagi membangkitkan kesedaran anak muda hadir ke ijtimak kali ini.

Turut berucap malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan, Pengarah Ijtimak Nik Abduh Nik Aziz dan wakil Hamas Palestin, Syeikh Ahmad Najjar.

Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan berakhir esok adalah bertemakan "Mantapkan Tarbiah, Menangi Pilihan Raya'.

Program kemuncaknya adalah ceramah pentas pemuda dan pidato perdana oleh pimpinan utama PAS malam ini.

Antara yang akan berpidato malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir Dr. Kamal Al Helbawi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusof.

FAM jugak yg menang.. BOIKOT sana BOIKOT sini namun penuh jugak stadium tuu w/pon RM50....!!!

FINAL PIALA MALAYSIA - JUARA MALAM INI ADALAH FAM


Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini maka bertemulah dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.



Kehangatan perlawanan ini dirasai lebih awal apabila FAM buat kerja menyakitkan hati apabila menaikkan harga tiket kepada RM50. Bayangkan lah sampai ada yang mengodam laman web FAM dengan menukar logo FAM dengan gambar yang menjijikkan serta dengan komen-komen yang begitu kotor ditujukan kepada FAM. Namun, FAM begitu besar kuasanya sehingga teguran Menteri pun tidak dipedulikan.



Laman Web FAM digodam malam kelmarin....

Peminat-peminat bolasepak mahu mengadu dengan siapa? Paling mengecewakan, Presiden FAM juga memberi kenyataan agar peminat-peminat bolasepak usah peduli dengan berapa harga tiket, janji penuhi stadium katanya. Maka, suka atau tidak demi minat kepada sukan ini lebih-lebih lagi ingin menyokong pasukan negeri masing-masing terpaksa jugalah hadir.

Diberitakan ada peminat yang tetap akan hadir ke Stadium Shah Alam malam ini dengan hati yang `berbuku' terhadap FAM. Lantaran itu, mereka bercadang untuk memenuhi stadium dengan sepanduk dan banner membantah keegoan FAM. Bayangkan nanti, andainya pasukan yang mereka sokong itu kalah, bertambah `bengkak' hati mereka. FAM peduli apa semua ini, janji `fulus' masuk.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahukan Negeri Sembilan menjadi Juara malam ini walaupun hati kecil saya merasakan Terengganu ada kelebihan. Hanya 90 minit di padang malam ini bakal menentukan siapa Juara. Bagi saya, samada Negeri Sembilan atau Terengganu yang menjadi Juara, Juara dan Hero sebenar adalah FAM yang berjaya mengambil kesempatan `mengisi poket' mereka./wfauzdin.blogspot.com

Tahaluf siyasi untuk kejayaan besar PRU 13

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli-ahli dan para penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan liar yang dibuat oleh Umno BN terhadap parti mereka kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, mereka dituntut agar memahami dengan mendalam mengenai perjanjian tersebut kerana ia mempunyai rahsia amat besar bagi perjuangan Islam.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri berkata, langkah yang diambil oleh PAS mengenai perkara itu telah difikirkan dengan mendalam oleh pucuk kepimpinan parti dan selaras dengan tuntutan syarak.

Menurut beliau, asas perjanjian itu seperti yang terkandung dalam konsep "Tahaluf Siyasi" adalah berkerjasama untuk menentang kezaliman dan selagi tidak menghalalkan yang haram serta mengharamkan yang halal.

Katanya, dengan bertahaluf siyasi, PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat pasti akan memperolehi ruang yang lebih luas untuk bersama-sama menentang kezaliman, sekali gus lebih memudahkan usaha bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya, termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ia adalah untuk kepentingan bersama bagi menentang kezaliman. Sekiranya hasil dari "Tahaluf Siyasi" ini akan merugikan PAS seperti menyebabkan PAS berada di pihak yang lemah yang boleh merugikan perjuangan Islam atau menghalalkan yang haram, PAS pasti akan melakukan kajian semula pula nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "PAS dan Tahaluf Siyasi" pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Mohd Fadzil Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Ijtimak yang bertemakan "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya" itu berlangsung selama 3 hari bermula semalam dengan disertai ribuan para pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan dari seluruh negara.

Menurut Khairudin, hasil kerjasama itu bagaimanapun tidak mungkin akan merugikan pihak PAS kerana perkara itu sememangnya sentiasa dipantau oleh para pemimpin parti dengan teliti secara berterusan.

Katanya, selain itu, kesemua pihak terbabit dengan kerjasama itu termasuk para pemimpin DAP dan PKR turut bertindak demikian bagi menjaga keutuhan ikatan itu sendiri demi kepentingan bersama.

"Jadi kemungkinan yang buruk itu tidak perlu dibimbangi oleh ahli-ahli PAS kerana kesemuanya pasti berlangsung dengan baik, selaras dengan asas perjanjian itu untuk bersama-sama menentang kezaliman," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, seluruh pemuda dan ahli-ahli PAS perlu memberikan kerjasama penuh kepada parti mereka dan Pakatan Rakyat dengan mempertingkatkan usaha untuk mencapai kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

"Dengan itu, barulah kita akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU Ke-13 nanti dan kezaliman di negara ini akan dapat diatasi, sehingga usaha memberikan hak kepada yang berhak dapat kita laksanakan," ujarnya.

Matlamat PAS untuk memegang tampuk kekuasaan, tegasnya, bukanlah untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kepentingan perjuangan Islam demi menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita.

"Itulah matlamat perjuangan PAS. Matlamat itu tidak akan berubah sampai bila-bila dan ia berbeza dengan pendekatan yang boleh berubah berdasarkan kepentingan semasa.

"Kini, salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kerjasama itu pasti akan menghasilkan kejayaan besar pada PRU Ke-13 nanti sekiranya ia disusuli usaha keras oleh ahli-ahli PAS untuk mencapai kemenangan" ujar beliau.

Jika nak piket..biaq macam kat luaq sana sampai lumpuh organisasi baru ada akai...!!!

Batal pindaan Akta Kerja atau hadapi kesan masa PRU, MTUC beri Najib amaran

UPDATED @ 08:27:15 PM 28-10-2011
October 28, 2011

SUBANG JAYA, 28 Okt ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke-13 melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang ditarik balik.

“Kami minta perdana menteri mendengar permintaan kami, suara kami bagi pihak 5.7 juta pengundi (pekerja).

“Ada 5.7 juta pekerja yang berdaftar. Ini isyarat kami kepada beliau,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor pada sidang media di sini hari ini.

Badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli telah merancang untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini.

MTUC mengesahkan bahawa piket itu, yang kedua selepas tindakan di kawasan bangunan Parlimen pada 3 Oktober lalu, akan diadakan 20 lokasi di seluruh negara.

Pergerakan itu mendakwa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

Jelas Halim, pihaknya sudah menghantar surat kepada Najib dan timbalannya minggu lepas berhubung permohonan mereka mendesak pertimbangan semula pindaan berkenaan Akta Kerja, namun sehingga kini belum mendapat respons.

“Sekiranya masih lagi tiada jawapan, kemungkinan besar kami akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini,” tegasnya lagi.

Kata Halim, MTUC lebih rela menyelesaikan kemelut ini secara domestik berbanding melibatkan pihak luar.

Namun begitu, sekiranya ia menemui jalan buntu, pihaknya akan membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember ini.

Terdahulu, sebanyak 107 pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara menyokong pendirian MTUC, memprotes pindaan Akta Kerja 1955, yang membolehkan kontraktor tenaga kerja dianggap sebagai majikan yang sahih.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pihak berkenaan menegaskan kekecewaan mereka dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bertegas dengan pendirian membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Ia telah pun diluluskan di Dewan Rakyat minggu pertama bulan ini dan kini tunggu giliran perbahasan Dewan Negara.

Laporan The Malaysian Insider kelmarin menyebut pertemuan antara MTUC dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam Selasa lalu gagal mengelak piket peringkat nasional badan induk kesatuan sekerja itu 3 November ini.

Kedua-dua pihak terbabit tidak menggunakan pertemuan itu yang berlangsung kira-kira sejam untuk menghindar pertikaian berkaitan dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011).

Kementerian Sumber Manusia juga dikatakan tidak meminta MTUC agar menggugurkan rancangan berpiket kali kedua bulan depan.

Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Dr Subramaniam juga tidak menimbulkan sebarang pertanyaan mengenai piket mereka ― yang kedua ― yang akan diadakan di seluruh negara secara serentak awal bulan depan.

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu.

Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Justeru tegas, MTUC akan meneruskan piket kebangsaan 3 November bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955.

MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

BANGANG TAHAP BERAPA MEREKA NI?

Dr. M mendakwa Aziz Bari kurang ajar kerana ulasannya terhadap titah Sultan Selangor berkenaan dengan pemeriksaan terhadap Gereja Kristian di Damansara. Media, pemimpin UMNO/APCO-BN, dan pencacai mereka turut menghentam Aziz atas fakta yang diputarbelit oleh Utusan Meloya. Walau bagaimanapun, Aziz akan memfailkan saman terhadap akhbar tersebut dan bersedia untuk berdebat dengan Zulkifli Nordin dan Ezam Senatak. Kita lihat sahajalah bagaimana isu ini berakhir.

Namun demikian, rakyat Malaysia tersentak dengan kenyataan Dr. M itu. Dia sudah lupa peristiwa dia menghina Raja-Raja Melayu ke hulu ke hilir dan menyeru rakyat Malaysia bersamanya pada tahun 1988 dan 1999. Dialah yang menghapuskan kekebalan raja. Dialah yang menarik kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Tidakkah tindakan itu kurang ajar dan derhaka?

Kini, UMNO/APCO-BN mencetuskan isu baru terhadap Aziz. Mereka mengharapkan isu ini akan jadi hangat seperti isu Mat Indera yang dicetuskan oleh Mat Sabu. Nampaknya puak-puak ini tidak serik dengan bahana keterlanjuran yang telah banyak kali dilakukan. Mereka marahkan nyamuk dengan membakar kelambu. Buat juga kerja bodoh itu walaupun telah berkali-kali dihukum oleh mahkamah.

Dalam isu hudud pula, Presiden Pas telah pernah mengemukakannya di parlimen. Tiada seorang pun menteri dari UMNO/APCO yang menyokong bagi membolehkan perkara itu dibahaskan. Alih-alih Fuad Zarkashi cabar PAS kemukakan isu itu di parlimen sekarang ini. Tidakkah cabaran ini aneh? Siapakah yang bangang dalam kes ini? [Drs. Harun Jaafar]

Awat dok kalut dengan BAG TANGAN ROSMAH nie...!!

APA MAKNA SEMUA INI?

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap?
DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

NONEDalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

najib razak and rosmah mansor 1"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).

-Malaysiakini-

PPSMI nie dah mahsuh kaa atau wayang saja???

Kerajaan perlu tegas, mansuhkan PPSMI

KUALA LUMPUR - Pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan, meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan desakan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), secara pilihan di sekolah.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengakui, berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

“Jadi adakah kita ingin mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain, sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat, kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya.

Beliau berkata, golongan memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.

“Kekeliruan golongan elit ini, tidak perlu dilayan, kerajaan perlu bertegas dan tidak lagi berdolak-dalih, mengubah keputusan pemansuhan itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, satu memorandum mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, 29 Oktober depan sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8.- Bernama

Ha Ha Ha..Cerita Lawak dari SPR pada hari ini..

SPR perluas undi pos


ABDUL AZIZ (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai pengurus dan pegawai pengurus pilihan raya negeri pada program taklimat PRU-13 di Ipoh semalam.

IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.

“Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.

“Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya.

Beliau berkata, SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang. [Kosmo]

Mana perginya perikemanusiaan

oleh FARUSH KHAN

Air mata ibu Yue Yue sudah lama kering, tetapi doa dan harapannya terus membuak. Dia menjenguk di celah tingkap bilik bedah hospital tentera di selatan China, tidak putus putus memanggil nama anaknya yang sedang bertarung dengan maut.

“Dia mendengar suara saya. Dia kuat. Saya tahu dia akan hidup,” kata ibu muda itu, yakin. Wartawan dan orang ramai yang berkerumun di belakangnya tidak dapat menahan air mata mendengar dia terus merayu: “Yue Yue, kembalilah kepada ibu; berilah ibu sekali lagi peluang untuk memanja dan mencurahkan sepenuh kasih sayang pada mu; kembalilah.”

Seminggu selepas itu, Yue Yue kembali, tetapi bukan kepada ibunya; kepada Tuhan. Kanak-kanak perempuan comel berusia dua tahun itu mati dalam keadaan sangat tragis dalam kes langgar lari melibatkan dua kenderaan dalam tempoh tujuh minit di jalan sempit sebuah pasar di Foshan, Guangdong, pada 13 Oktober lalu.

Kematian Yue Yue dalam kejadian memalukan yang dirakamkan CCTV dan dimuatkan dalam laman sosial, mengundang kemarahan masyarakat seluruh dunia. Mereka tersentak, bagaikan tidak percaya apa yang disaksikan.

Pemandu dua kenderaan tersebut sanggup meninggalkan tempat itu, membiarkan Yue Yue meraung kesakitan; tulang kaki dan pinggang patah dengan badannya berlumuran berdarah.

Seolah-olah tidak cukup, 18 orang yang lalu-lalang dalam tempoh 10 minit dia terbaring di tengah jalan, tidak peduli untuk menyelamatkannya. Akhirnya, seorang pengangkut sampah, Chen Xiaomei, mengangkat dan meletak Yue Yue di tepi jalan, dalam keadaan terkulai seperti anak patung.

Chen, wirawati segera itu, kerana tidak tahan menghadapi tekanan dikejar wartawan di rumah dan di jalan, lari balik ke kampung halamannya di pedalaman setelah menyerahkan sebahagian daripada wang dan hadiah diterima daripada mereka yang menghargai tindakan kemanusiaannya itu.

Kedua pemandu itu sudah ditahan polis, tetapi ia tidak memberhentikan debat mengenai persoalan apakah nilai kemanusiaan sudah lenyap di China kerana pembangunan pesatnya? Atau ia disebabkan undang-undangnya?

China ada lebih 1.3 bilion penduduk hari ini dan sebahagian masyarakatnya dikatakan enggan membantu mangsa kemalangan kerana takut mereka pula akan dipersalahkan dan menghadapi tindakan undang-undang.

Beberapa kes berprofil tinggi menyaksikan mereka yang menolong mangsa kemalangan disaman pihak mangsa sendiri. Apa sahaja alasannya, yang jelas sebilangan manusia nampaknya sudah sampai ke peringkat melampau dalam keghairahan mengaut harta hingga tidak mahu lagi menolong orang kesusahan.

Ini masalah kemanusiaan; ia boleh berlaku bukan di China, tapi di mana juga di muka bumi ini.

Kita masih ingat kes di Britain yang turut menjadi perdebatan di seluruh dunia apabila beberapa perusuh berpura-pura hendak membantu seorang pelajar Malaysia yang jatuh basikal, sebelum memukul dan mengambil wang dan telefon bimbitnya.

Selepas kejadian itu, rakyat Britain turut mempersoalkan keruntuhan moral di negara mereka; apakah akibat kerakusan manusia mengaut material atau disebabkan sistem pendidikan.

Dalam kes di Foshan itu, masyarakat dunia yang bersimpati menyumbangkan kira-kira 270,000 yuan (RM132,750) kepada ibu bapa Yue Yue, tetapi apakah sumbangan boleh menyelesaikan masalah keruntuhan moral yang sangat serius seperti itu?

Di Guangdong, pihak berkuasa cuba cari jalan memperbaiki taraf keruntuhan moral masyarakat dengan bincang kemungkinan gubal undang-undang baru bagi menghukum mereka yang abaikan sesiapa memerlukan bantuan.

Patutnya ia sudah lama dilakukan kerana kita tahu ada sesuatu tidak kena kepada sistem sosial yang boleh benarkan kebobrokan begitu berlaku.

Tragedi itu nampak mula menjadi peringatan kepada masyarakat supaya sikap enggan menolong mereka yang dalam kesusahan tidak berlaku lagi.

Menurut pakar, sikap keberatan menolong adalah senario urbanisasi di mana orang luar membanjiri bandar-bandar dan dalam proses itu mewujudkan jiran yang tidak mengenali antara satu sama lain.

Kepesatan urbanisasi bukan libatkan China sahaja, tetapi merata dunia. Di negara kita bagaimana? [Sinar Harian]

Lima anak rayu ibu pulang

PAYA NAHU 2 – Seorang ibu yang sedang mengandung anak keenam dikatakan meninggalkan lima anaknya dengan menghilangkan diri dan tidak diketahui ke mana arah tujuannya.

Nasib lima beradik itu terus dirundung malang apabila terpaksa mengharungi cabaran setelah kehilangan ibu kemudiannya bapa pula ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah.

Lima beradik berusia antara empat hingga 15 tahun yang ditinggalkan ibu mereka sejak September lalu bagaimanapun merayu supaya ibu segera pulang kerana terlalu merindui selain bimbangkan keselamatannya yang sedang mengandung.

Mohd Fitri Abdul Razak, 15, Nurul Fatini, 14, Nur Asyikin, 11, Muhammad Ridzuan, 8 dan Muhammad Hakimie, 4, merayu supaya ibu mereka, Hasnah Md Yusoff, 36, pulang ke rumah segera setelah tidak berjumpa sejak beberapa minggu lalu.

Kesemua mereka kini berada dalam jagaan nenek dan ibu saudara sejak Hasnah keluar dari rumah dipercayai mengikut seseorang.

Menurut nenek mereka, Siti Ramah Chelleh, 54, lima cucunya kini berada dalam jagaannya di Flat Paya Nahu 2 sejak Hasnah dan menantu tiada selain meminta supaya anaknya segera pulang walau di mana sahaja berada memikirkan nasib penjagaan cucu yang terabai.

“Saya merayu Hasnah supaya pulang berjumpa anak-anak yang terlalu merinduinya kerana mereka amat memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang memandangkan kesemuanya masih kecil dan bersekolah.

“Sekiranya dia mempunyai masalah saya minta hubungi sahaja keluarga di sini dan maklum di mana dia berada, Insya-Allah kami akan pergi ambil serta bawa dia pulang segera,” katanya.

Siti Ramah berkata, kehilangan Hasnah kali ini adalah kali ketiga sejak 2011 kerana sebelum ini anaknya pernah dua kali hilang.

“Kali pertama dia hilangkan diri ialah semasa bulan puasa lalu. Selepas tiga hari hilang keluarga dapat tahu dia ada di Pulau Pangkor dan terpaksa ke sana untuk jemput dia pulang.

“Selepas itu semasa pertengahan bulan puasa dia keluar dari rumah semula tetapi dengan membawa anak bongsu, Muhammad Hakimie dan tak tahu ke mana menghilangkan diri. Seminggu selepas Aidilfitri baru dapat tahu dia ada di Kuala Ketil dan kakaknya terpaksa pergi ke sana menjemputnya pulang. Selepas dua minggu duduk di rumah, Hasnah tidak senang duduk dan terus keluar rumah meninggalkan anak bongsu keseorangan yang ketika itu sedang tidur sementara anak-anak lain sedang bersekolah dan tak balik sampai sekarang,” katanya.

Anak sulung Hasnah, Mohd Fitri berkata, keganjilan terhadap sikap ibunya disedari setahun lalu yang bersikap dingin dengan anak-anak berbanding sebelumnya yang terlalu menyayangi mereka.

“Dulu mama (Hasnah) tak pernah marah kami malah sangat sayang tetapi akhir-akhir ini dia bersikap pendiam, banyak berkurung, termenung dan langsung tak peduli makan minum serta persekolahan kami,” katanya.

Anak kedua, Nurul Fatini berkata, sejak bersikap dingin, tiada lagi lawak jenaka ibunya malah sering meninggikan suara apabila adik-adik buat bising.

“Walaupun mama marah tetapi kami semua tetap sayangkan mama dan ingin mama segera pulang untuk sama-sama sambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Adik juga terlalu rindukan mama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2 Paya Nahu, Jalani Murad berkata, orang ramai yang mengenali Hasnah atau mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi talian 019-4524959 (Along) bagi membantu menemuinya.

Dalam pada itu, hadir sama dalam perjumpaan keluarga berkenaan, Setiausaha Khas Penyelaras Parlimen Merbok PPR 2, Roslina Ahmad.[Sinar Harian]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...