TERKINI :

Friday, October 28, 2011

Bahana malapetaka ciptaan Umno

Oleh Penulis Khas
http://4.bp.blogspot.com/_TcOX3fJFLb8/ScxX925yuCI/AAAAAAAAAJQ/uRsaphsfTu8/S220/BN-end.jpgUmno-Barisan Nasional harus diberi peringatan, bahawa mereka bukanlah tuan kepada negara Malaysia, yang sesuka hati boleh menguasai dan mencorakkan semua keadaan demi survival politik mereka.

Kuasa yang dinikmati sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun, menjadikan Umno- BN alpa. Dengan rakusnya mereka ‘mencabul kehormatan’ insitusi Parlimen, kehakiman, polis dan sebagainya, sehingga majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap semua institusi ini.
Kerakusan mereka tidak terhenti di situ. Selepas semua agensi dan badan berkaitan kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik Umno-BN, kini institusi Raja hendak dicorakkan di atas kehendak Umno.

Buktinya jelas. Ada dua perbezaan yang amat ketara di antara perilaku hodoh pemimpin Umno Terengganu yang membuat demonstrasi di hadapan Istana Terengganu, yang dengan jelas menggelarkan Sultan dengan istilah ‘binatang’, berbanding dengan satu kenyataan umum Profesor Dr Aziz Bari terhadap Sultan Selangor.

Aziz Bari tidak menghina Sultan Selangor. Beliau tidak menggelarnya binatang seperti yang dibuat Umno Terengganu. Sebagai pakar perlembagaan dan perundangan Islam, Aziz Bari hanya mencadangkan supaya Sultan Selangor mengambil tindakan selaras dengan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam negeri, iaitu mengikuti tatacara Islam dalam menangani kes DUMC. Itu sahaja.

Adakah kenyataan Aziz Bari itu suatu penghinaan terhadap Sultan? Mengapa beliau harus disiasat polis? Mengapa SKMM menyoal siasat beliau? Dan mengapa UIAM bertindak keras sehingga menggantung Aziz Bari? Apa kesalahannya?

Mengapa Umno-BN terlalu jahat untuk mengenakan tindakan tegas terhadap Aziz Bari, sedangkan kenyataannya itu hanyalah bersifat umum dan langsung tidak menjejaskan kemuliaan Sultan Selangor.

Apa yang disuarakan Aziz Bari, jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno Terengganu. Kenapa Umno Terengganu, khususnya juak-juak Dato’ Seri Idris Jusoh boleh diampunkan? Umno Terengganu dan seluruh kepimpinan Umno yang merestui tindakan ‘membinatangkan’ Sultan, adalah penderhaka yang amat jijik dan jahat.

Kita berasa amat kesal kerana ada segelintir golongan istana, yang seolah-olah memejamkan mata dengan kejahatan Umno menghina Raja, dan bersikap keras terhadap mana-mana pihak yang cintakan keadilan, hanya kerana mereka pro-Pakatan Rakyat.

Semua institusi yang dipergunakan Umno-BN harus sedar. Kedurjanaan mereka dengan mencipta malapetaka suatu persatu hanya kerana hendak mengikut agenda Umno, untuk menyelamatkan masa depan Umno, akan dihentikan rakyat.

Kuasa rakyat yang bangkit hari ini (21 Oktober) di UIAM, hanyalah permulaan daripada kebangkitan yang lebih besar. Soalnya bukan hanya Aziz Bari semata-mata, bukan hanya pencabulan kebebasan akademik yang dipertahankan, tetapi ke arah sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Kiat harus memperjuangkan kebebasan akademik, kebebasan mahasiswa bersuara dan seterusnya kita berjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ciptaan Umno yang mengongkong golongan mahasiswa sebelum ini.

Mahasiswa adalah peneraju kepada perubahan dalam negara. Ayuh bangkit bersama Pakatan Rakyat! Kita perbetulkan sistem akademik dengan mengembalikan martabat universiti dalam negara, kita rebahkan Umno-BN, agar semua institusi dan agensi kerajaan dibebaskan daripada belenggu kerakusan orang politik.

Mahasiswa bangkit, negara merdeka!

AHLI LOMPAT PARTI.....TERIMA KASIH UMNO KEDAH KERANA SELAMATKAN PAS..!!!


Jawapan kepada isu 'Selamat Tinggal Pas'.

“TERIMA KASIH UMNO KERANA SELAMATKAN PAS'.

SUNGAI PETANI - 'Tidak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pokok bergoyang', begitulah digambarkan dengan program' Selamat Tinggal Pas' anjuran UMNO Kampung Padang Limau yang telah disiarkan didalam suratkhabar Sinar Harian keluaran 25hb Oktober, 2011 yang lalu. Bagi kepimpinan Pas Cawangan Padang Limau kami merasakan 'gimik politik' murahan UMNO ini sekali lagi dimainkan bagi meraih sokongan penduduk setempat padahal keadaan sebenar adalah disebaliknya, itu menurut setiausaha Pas Caw Kg Padang Limau, Mohd Fikri bin Osman, 40.

Tambahnya, menurut kenyataan di dalam keratan akhbar seperti yang digambarkan bahawa 20 orang ahli dan penyokong Pas menyertai UMNO adalah tidak benar sama sekali. Kami mencabar agar UMNO cawangan Padang Limau memberikan senarai nama 20 individu yang dikatakan menyertai UMNO tersebut.

Kami merasakan program tersebut lebih sesuai digambarkan sebagai 'UMNO masuk UMNO '.

Untuk makluman semua, individu yang bernama Mohd Khir bin Hasssan bukanlah ahli Pas tetapi hanya penyokong sahaja. Menurutnya Mohd Khir tersebut adalah individu yang 'bermasaalah' yang melibatkan 'personaliti' dan juga 'masalah peribadi' . Kami lebih mengetahui tentang 'peribadinya' luar dan dalam.

Disebabkan rasa tesisih dan tak ada tempat lagi bersama kepimpinan Pas Caw maka beliau cuba meraih simpati daripada UMNO Padang Limau untuk menerimanya.

Dalam hal ini kami kepimpinan Pas cawangan Kg Padang Limau amat 'berterima kasih' atas kesudian UMNO untuk menerima keahliannya yang kami rasakan 'personaliti' beliau amat bertepatan dengan cara UMNO yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata.

Individu bernama Mohd Khir tersebut bukanlah merupakan 'anak jati' Kampung Padang Limau tetapi 'orang luar' yang berhijrah ke kampung ini.

Satu persoalan yang timbul di sini dikalangan ahli-ahli Pas sendiri ialah kenapakah beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Pas tetapi sekadar 'penyokong' sahaja. Semakan oleh pejabat pentadbiran Pas Kawasan Sungai Petani telah didapati bahawa beliau 'tidah pernah' pun menjadi ahli Pas.

Kenyataan Mohd Khir yang melahirkan kekecewaan kononnya Pas tidak pernah memberikan bantuan, tidak menunaikan janji, dsb yang menyebabkan beliau menyertai UMNO menunjukkan bahawa 'niat' sebenarya adalah kearah kebendaan. Jadi apabila merasakan tidak mendapat habuan kebendaan maka beliau rasa kecewa lalu ambil keputusan untuk menyertai UMNO. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar sama-sekali. Sudah banyak bantuan yang disalurkan oleh Pas terutamanya melalui Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) kepada penduduk Kampung Padang Limau, antaranya sumbangan khemah & kerusi meja bagi kegunaan penduduk kampung dalam urusan kenduri, sumbangan kepada tenaga pengajar guru Qur'an tajwid kampung, sumbangan dibawah skim kafalah, malahan Mohd Khir sendiri pernah menerima bantuan Pas dalam majlis yang diadakan di Pantai Merdeka akhir tahun 2010 lalu bagi sumbangan anaknya yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

Seorang lagi yang dikatakan menyertai UMNO dari kalangan ahli Pas t ialah Mohd Rizal bin Ramli yang juga kononnya mengatakan Pas tidak memberi perhatian kepada golongan muda kampung ini dan juga kecewa dengan pentabiran pucuk kepimpinan Pas.

Mohd Rizal memang ahli Pas tetapi seorang ahli yang 'pasif'. Jawatan Ketua Pemuda tersebut hanyalah sekadar di atas kertas sahaja, tetapi beliau tak pernah hadir mesyuarat dan tidak pernah menyertai program Pemuda Pas Kawasan. Tentang yuran keahlian dan yuran tahunan ahli juga tidak pernah dibayar. Bagi menyangkal dakwaan bahawa Pas tidak pernah memberi perhatian kepada golongan muda, sebenarya Pas telah memberikan sumbangan berupa T-Shirt kepada Pakatan Pemuda Kampung Padang Limau / Kampung Nangka sebanyak 100 helai, sumbangan daripada YB ADUN Pantai Merdeka untuk kejohanan liga futsal tertutup yang telah dianjurkan oleh Pakatan Pemuda Kampung Pdg Limau / Kg Nangka bagi tahun 2010 & 2011 dan juga pertandingan bolasepak persahabatan antara Pemuda Kampung Padang Limau Luar dan Dalam yang pernah diadakan di padang Hicom.
Kami sedikitpun tidak rasa tergugat dengan 'mainan' politik murahan UMNO tersebut yang sekadar 'gimik politik' orang yang terdesak bagi meraih sokongan. Kepimpinan Pas Cawangan Kampung Padang Limau. Melalui maklumat yang diperolehi, kami dapati bahawa sebahagian besar yang datang ke program tersebut adalah daripada 'orang luar' yang cuba digambarkan seolah-olah penyokong dan ahli Pas kampung ini, tetapi yang sebenarnya kebanyakannya adalah penyokong dah ahli UMNO sendiri.

Sebenarnaya kalau diukur dari segi kepimpinan dan pentadbiran, Pas Cawangan Kampung Padang Limau adalah jauh lebih baik kehadapan berbanding dengan UMNO. Ketua cawangan Pas Pdg Limau di pimpin oleh seorang yang berkelulusan Ijazah sarjana Muda Undang-Undang dan merupakan seorang 'peguam' yang amat disegani dan dihormati oleh penduduk kampong ini. Tambahan pula kami mempunyai sebuah bangunan markas Pas yang begitu stratejik yang terletak ditepi jalan masuk utama berbanding dengan UMNO yang sehingga sekarang tidak mempunyai apa-apa bangunan operasi sendiri. Faktor ini sebenarnya yang telah menyebabkan UMNO rasa begitu tersisih dan tercabar sehinggakan mengadakan program seolah-olah “UMNO masuk UMNO” bagi tujuan memburukkan kepimpinan Pas. Kami mengucapkan 'terima kasih' kepada UMNO cawangan Padang Limau kerana telah 'menyelamatkan' Pas kerana sanggup menerima keahlian 'individu' bermasalah tersebut kedalam UMNO.

Kenyataan akhbar oleh:

Mohd Fikri bin Osman
Setiausaha Pas Cawangan Kg Padang Limau
Kawasan Sungai Petani.

Muhyiddin dalam kebimbangan. - Tak boleh salahkan beliau.

Oleh Aspan Alias
Tan Sri Muhyiddin berkata beliau bimbang dengan berbalahan yang berlaku dalam komponen BN yang berlaku pada hari ini. Apa yang dimaksudkan oleh Timhttp://3.bp.blogspot.com/_0-ofWXrqWY8/S7MCylrzfaI/AAAAAAAABro/Kg9Z62rHaow/s320/muhyiddinbatu.jpgbalan Pengerusi BN itu ialah masalah ‘intra-party’ dalam komponen itu nampak serius sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba.

Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan.

MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak ‘winnable’.

Semuanya ini merupakan barah-barah yang ada di alam parti-parti komponen BN dan keadaan ini jika tidak dikawal, Muhyiddin beranggapan isu ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU nanti. Masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam 6 komponen parti-parti BN terbesar di Semenanjung ini tetapi merupakan satu isu besar di dalam parti-parti dalam BN keseluruhannya.

UMNO memang menghadapi masalah ini dimana-mana. Kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian kebanyakannya menghadapi masalah calun kerana kepimpinan bahagian-bahagian dalam UMNO itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat ramai untuk mewakili mereka di dalam dewan-dewan legislatif di negeri-negeri masing-masing tetapi juga di dalam dewan Parlimen.

Itulah sebabnya Najib berkata UMNO akan turunkan hanya calun boleh menang dan tidak semestinya dari kalangan kepimpinan bahagian. Tetapi jika calun yang di anggap boleh menang bukan di kalangan pemimpin bahagian yang dipilih oleh bahagian maka calun yang di anggap boleh menang itu tidak akan menang kerana jentera parti dalam pilihanraya itu datangnya dari bahagian.

Di mana-mana kita pergi kita akan mendengar rungutan dalam isu calun ini. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka tidak tahan lagi dengan berbagai-bagai kenyataan kepimpinan yang mengguris hati mereka di peringkat bahagian. “Habis kita nak jadi apa bang?” seorang yang berjawatan besar bahagian dari Perak mengadu kepada saya.

“Kalau gitu biarlah pembangkang sahaja yang mentadbir Perak kerana pentadbiran pimpin BN Perak hari ini pun bukannya ‘legitimate’ pun” sambungnya lagi. Saya hanya menjawab, “Nasib you all lah! Masalah ini sudah lama. Tetapi baru sekarang nampak jelas. UMNO sudah terabai sejak 30 tahun lalu lagi. Sekarang sudah payah nak betulkan”

“Kat NS macam mana abang nampak?” tanyanya lagi. Saya jawab, “tak tau. Abang tak tau. Yang abang tahu the war-lords are fighting each other. Sudah jadi kanser, the cells are killing each other. All good cells are destroyed. I think they need chemotherapy. Lain-lain abang tak tau”.

Keadaan ini kita dengar di mana-mana, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Itu masalah ‘intra-party’, belum lagi di pandang dari sudut ‘inter-party’. Masalah yang paling besar ialah perhubungan di antara parti-parti dalam BN itu tidak sebaik dahulu. Ahli-ahli UMNO masih terluka dengan kenyataan MCA dan Gerakkan yang menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu sehingga tidak dapat mengekalkan majoriti dua par tiga kerusi di dewan parlimen serta di beberapa buah negeri yang di menangi oleh BN.

Selain dari itu lima negeri telah jatuh ketangan PR dan hampir kesemua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat sudah biasa dan tidak lagi kekok untuk menyokong pembangkang kerana pembangkang telah terbukti sentiasa berkembang pengaruh mereka di mana-mana.

Rakyat sedar mereka selama ini telah diperdaya oleh BN melalui media masa perdana dan sekarang ini jika media memainkan isu panas terhadap pembangkang rakyat tidak lagi mahu menerima apa yang di siarkan oleh media perdana itu bulat-bulat. Mereka tahu itu adalah semata-mata propaganda politik untuk parti-parti yang memerintah.

Perbalahan ‘intra-party’ dan ‘inter-party’ dalam BN ini, jika dibuat kajian sedalam-dalamnya, ia tidak dapat di sembuhkan lagi. Bagi setengah pihak hanya setelah BN berada di luar kerajaan sahaja penyakit yang dihadapi mereka akan sembuh. Ini akan berlaku kerana yang akan tinggal bersama UMNO dan BN itu sahaja yang akan berkeupayaan untuk memperbaiki penyakit yang di hadapi oleh UMNO/BN itu.

Buat masa ini ‘krisis keyakinan’ terhadap UMNO dan BN itu merupakan persepsi yang begitu ‘conclusive’ oleh rakyat yang bakal memilih pada PRU yang akan datang. Pemimpin-pemimpin tidak mungkin mampu memperbaiki keadaan ini. Hanya rakyat sahaja yang bakal memberikan penyelesaianya nanti.

Apa yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu memang satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan

Oleh A Kadir Jasin

BUKANLAH tujuan kita sepanjang masa mencari salah Kerajaan. Kita juga harus mengiktiraf perkara-perkara betul yang Kerajaan lakukan. Tetapi kalau Kerajaan melalukan kesalahan, kita berhak mengutuknya kerana kita tidak memilih dan membiayai Kerajaan untuk melakukan kesalahan.
Atas prinsip itu, kita menyambut baik Laporan Ketua Juruaudit Negara yang memberi markah tinggi kepada kebanyakan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Tetapi kita juga mengutuk kegagalan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Pada 24 Oktober, portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat (PAC) akan menyiasat tujuh Kementerian dan Agensi kerana pengurusan kewangan yang lemah.

Mereka adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Perbadanan Stadium.

Pengerusi PAC, Azmi Khalid dipetik memberitahu pemberita bahawa ini adalah tujuh yang diperakukan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan tahunannya yang terbaru. Kata Azmi, PAC akan memutuskan minggu depan kalau bilangan yang akan disiasat akan ditambah.

Azmi yang disertai Ketua Juruaudit Negara, Ambrin Buang, berkata, pengurusan kewangan Kementerian dan Agensi Kerajaan bertambah baik dengan 43 daripadanya mendapat skor tertinggi empat bintang, 60 tiga bintang dan dua mendapat dua bintang. Tidak ada yang memperoleh penarafan bintang merah iaitu satu bintang.

Saya tidak bercadang membuat analisis laporan Ketua Juruaudit Negara itu kerana media massa arus perdana dan baru telah banyak melaporkannya.

Memadailah kalau saya katakan, kelemahan pengurusan kewangan awam, biar sekecil mana pun, tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi dalam suasana kewangan negara yang semakin terhad dan mencabar.

Penyalahgunaan, pembaziran dan kebocoran peruntukan kewangan negara bertentangan langsung dengan mantera 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan menggambarkan kegagalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi wadah perjuangan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.

Apatah lagi, Perdana Menteri sendiri, sebagai Menteri Kewangan, adalah ketua turus kewangan negara. Jadi, kalau ada autoriti mutakhir yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan pengurusan kewangan awam, hendak tidak hendak, orang itu adalah Perdana Menteri sendiri kerana beliau adalah Menteri Kewangan.

Sebab itulah saya dari dulu lagi, berpegang kepada prinsip bahawa Perdana Menteri tidak wajar menjadi Menteri Kewangan. Tetapi, oleh kerana Perdana Menteri memilih untuk turut menjadi Menteri Kewangan, maka beliau perlulah menanggung padah “the buck stops here” seperti yang diungkapkan oleh Presiden Amerika, Harry S. Truman.

Dalam ingatan saya, hanya Tunku Abdul Rahman Putra tidak pernah menjadi Menteri Kewangan. Yang lain semuanya menjadi Menteri Kewangan, kalau tidak lama, sekejap. Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan sejak beliau menerajui negara pada awal 2009.

Elok disebutkan yang dua daripada agensi yang akan disiasat oleh PAC terletak di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Itu belum diambil kira sembilan Kementerian dan Jabatan yang terlebih berbelanja sebanyak RM3.73 bilion. Antaranya Kementerian Pelajaran, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Secara peribadi, saya tidak membantah keras kalau kejadian terlebih berbelanja oleh Kementerian-Kementerian sosial dan ekonomi seperti Pelajaran, Kesihatan dan Pertanian bukan berpunca daripada pembaziran atau penyelewengan.

Dalam suasana ekonomi yang lembap dan inflasi yang meningkat, adalah lebih baik Kerajaan berbelanja ke atas rakyat jelata daripada untuk kesenangan beberapa kerat Menteri dan pegawai tinggi. Jadi, eloklah dijimatkan perbelanjaan mengubahsuai rumah dan pejabat Menteri, perjalanan dan keraian yang tidak perlu.

Satu lagi, saya bimbang sikap sambil lewa sesetengah pegawai awam terhadap kewangan negara bukan sahaja merugikan rakyat jelata, malah akan membawa nama buruk kepada Kerajaan.

Golongan yang paling dianakemaskan dan dijaga ibarat menatang minyak yang penuh adalah kakitangan awam. Tetapi, bukan sahaja perkhidmatan awam masih tidak cemerlang seperti yang dijanjikan di bawah GTP, malah (dengan ampun) wujud tanda-tanda ketidakpedulian dan sabotaj oleh elemen-elemen tertentu dalam perkhidmatan awam.

Akar umbi kepada kewujudan unsur-unsur negatif ini perlu didalami, difahami dan ditangani segara. Kepastian perlu dicari sama ada ia kebetulan atau disengajakan.

Antara yang sering kita dengar adalah ketidakpuasan hati kakitangan awam terhadap campur tangan pihak luar dan pihak-pihak dalam Kerajaan yang diberikan kuasa eksekutif yang mengatasi kuasa Menteri dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi.

Wallahualam.

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Oleh Mummy Rokiah

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menhttp://2.bp.blogspot.com/-3oHeits5kfk/TWXNd7RjajI/AAAAAAAAAeE/RNs-BEEjkM4/s400/logo-kemas.gifjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

FB, kuda dan Shahrizat

Ahmad Lutfi Othman,

Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak.

Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru.

Di zaman internet "mendefinisikan" pergolakan politik antarabangsa, sehingga Facebook, twitter dan youtube dilihat mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan dan menggulingkan regim, seperti ditunjukkan di Timur Tengah, saya cuba membawa perspektif agak berbeda, sambil mempersoalkan beberapa "tanggapan dan kepercayan" terhadap mukjizat kuasa siber.

Dalam konteks siasah tempatan, "padang permainan" kini hampir sama rata; tiada lagi monopoli maklumat sepertimana situasi 20 tahun lalu. Meskipun media konvensional, seperti akhbar, radio dan televisyen, masih dikongkong elit penguasa dengan pelbagai peraturan ketat, namun majoriti rakyat mempunyai pilihan dan akses terhadap media baru, yang menawarkan berita dan laporan lebih seimbang.

Faktor-faktor lain yang juga membantu kesedaran berpolitik, antaranya adalah kualiti pendidikan, meluasnya kelas menengah, pertumbuhan urbanisasi, peningkatan tahap ekonomi, celik IT, dan pengaruh globalisasi.

Namun, sewaktu masih ramai yang teruja, misalnya dengan pengaruh kejayaan revolusi rakyat 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah, yang difaktorkan oleh pencetusnya, Khalid Said dan Wael Ghonim, melalui sumbangan besar media sosial, kita wajar menekuni semasaknya gelagat dan kerencaman politik lokal. Malaysia harus ada formula tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan realiti dunia luar, tanpa memperkecilkan suntikan semangat dan motivasi di atas kejayaan mereka.

Khalid Said adalah anak muda Mesir, 28 tahun, dibunuh kejam Amin Daulah (unit khas polis paling ditakuti di Mesir) apabila mendedahkan komplot jahat polis bersama pengedar dadah, yang dimuat-turun dalam youtube. (Perhatikan pengaruh luar biasa video bergerak melalui youtube). Kepalanya dikatakan dihentak ke dinding dan tangga sehingga mati; mayatnya dicampak ke tepi jalan tetapi polis mendakwa beliau mati disebabkan terlebih mengambil dadah.

Wael Ghonim, eksekutif muda Google, membuka akaun Facebook, 'Kulluna Khalid Said' atau 'We are All Khalid Said', memaparkan gambar ngeri Khalid, yang kemudiannya menaikkan rasa amarah amat sangat rakyat terhadap Presiden Hosni Mubarak. Di peringkat awal siapa pun tidak menjangkakan jaringan laman sosial mampu mencetuskan revolusi rakyat secara aman yang bersejarah itu.

Tarikh 25 Januari diingati sebagai "Hari Melahirkan Marah". Wael ditangkap. Penahanannya tidak meredakan malah mencetuskan kebangkitan lebih hebat. Ramai nyawa terkorban. Rasa takut yang menyelubungi rakyat Mesir selama lebih 3 dekad hilang. Melalui youtube kita saksikan mereka berani mengasak kereta perisai tentera.

Laluan internet disekat, tetapi anehnya ia makin mendorong lebih ramai membanjiri Tahrir. Ya, daripada bersembang dalam FB dan merayau di alam maya, tekad mereka lebih serius untuk berkubu di lapangan, berdada langsung menuntut perubahan. Akhirnya Hosni tinggal keseorangan, "perkakas tradisinya" seperti tentera dan media "berpaling tadah. Beliau terpaksa berundur juga.

Realiti Mesir waktu itu diasak enam isu besar: Kadar kemiskinan tinggi, merebaknya rasuah, pengangguran tidak terkawal, inflasi melonjak, gaji rendah, Hosni mungkin bertanding presiden lagi atau memberi jalan kepada anaknya, manakala suara rakyat langsung tidak dilayan.

Secara kasar, isu sama turut melanda negara kita, tetapi perinciannya agak berbeda. Malaysia nampak ke hadapan daripada segi kebebasan bersuara, agihan kekayaan dan partisipasi politik. Sistem demokrasi dan perjalanan pilihan raya kita lebih maju dan tersusun. Penyelewengannya agak "sofistikated" dan tidak begitu menjolok mata seperti Mesir.

Dalam kedua-dua majlis, di Taman Melewar dan Ipoh, saya menekankan agar aktivis arif memahami kerencaman persekitaran dan budaya-sensitiviti lingkungan. Selain menguasai perkembangan ICT dan aplikasi media baru sepenuhnya, aspek modal insan mesti diperkukuhkan ke peringkat kecemerlangan. Meskipun internet seolah-olah dianggap semacam "agama baru" di abad ke-21 ini, tidak semudah itu pengaruhnya melempah, seperti yang kita hajatkan.

Saya tertarik dengan soalan seorang peserta, yang membangkitkan keberkesanan media baru dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak. Bagi saya, internet hanya satu alat atau medium berkesan untuk kita berhubung langsung dengan pengundi. Banyak lagi aspek lain wajar ditekuni.

Dalam konteks Sarawak, apakah rakyatnya dapat akses dengan media baru secara berkesan dan menyeluruh? Saya perhatikan, banyak pendedahan berfakta mengenai salahlaku dan penyelewengan Ketua Menteri, Taib Mahmud, bertaraf mega disiarkan beberapa laman, tetapi para pengunjungnya tidaklah begitu ramai. Malah, dengan hambatan keluasan negeri, kemudahan perhubungan, tahap celik IT, dan politik ugut BN terutama di kawasan luar bandar, Sarawak memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan perubahan.

Dalam pada itu, asas penulisan dan kewartawanan perlu dihadam sebaiknya oleh aktivis dunia siber. Begitu juga selok-belok penggunaan bahasa yang baik dan indah, dengan etika terjaga. Memang internet telah menghapuskan segala hirarki dalam penerbitan media tradisi. Tulisan tidak perlu diedit dan disemak lagi. Dengan sekali klik atau tweet, kita dapat berkongsi sehingga jutaan orang. (Tapi ia tidak seindah disangka, hal jaringan ini perlu dianalisis lebih rapi).

Saya mengingatkan, tanpa kredibiliti, media (termasuk internet) akan hilang bisa dan pengaruhnya. Sedangkan, pembinaan dan pemantapan pengaruh merupakan perkara asas terpenting dalam proses reformasi. Jika akhbar pro-Umno, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, semakin tipis pengaruhnya disebabkan hilang wibawa, maka laman-laman sosial turut terdedah kepada gugatan serupa.

Facebook atau blog tidak akan membawa impak positif jika ia hanya sarat dengan gosip dan khabar angin.

Justeru, program melahirkan lebih ramai penulis berwibawa harus digiatkan, termasuk di kalangan blogger dan 'facebooker'. Bahan yang terhidang dalam laman sosial mestilah berkualiti, baik dari segi hujah, idea, pendekatan mahupun susunan bahasa, serta dapat dipertanggungjawabkan dan mampu mempengaruhi khalayak. Biarpun lebih terdedah kepada generasi muda, mutu kandungan usah diremehkan.

Apa pun, tentulah pendekatan dan persembahan dalam laman sosial tidak perlu terikat dengan bentuk penulisan kewartawanan. Pastinya ia lebih padat tetapi santai, ringkas dan bersahaja, mudah difahami, selari dengan jiwa anak muda tetapi harus ada elemen "menggemparkan" sehingga ramai audien mahu berkongsi dan membuat pautan.

Sejumlah 12 juta pemegang akaun Facebook di Malaysia memang merupakan sasaran berpotensi, yang jika digerakkan dengan bijaksana, mampu membentuk gelombang dan menarik turun BN daripada Putrajaya. Tapi harus diingat, generasi yang bermaklumat tidak semudah itu dapat dipengaruhi. Mereka semakin bijak menilai dan menganalisis, serta menuntut pembuktian. Ya, jangan sama sekali perkecilkan minda anak muda ...

Saya kira, Facebook juga bergantung dengan capaian youtube dan ruang itu belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh aktivis Pakatan. Tidak banyak klip video mengenai senario sosio-politik-ekonomi, apatah lagi yang benar-benar kreatif, telah dihasilkan. Sedangkan "bahan-bahan mentahnya" mudah didapati di mana-mana. Klik sahaja enjin carian seperti Yahoo atau Google, segalanya di hadapan mata.

Misalnya mengenai pembentangan bajet Najib Razak dan belanjawan alternatif Pakatan. Begitu banyak fakta dan pendedahan menarik dikemukakan Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan yang lain, susulan daripada Buku Jingga, yang boleh dipakejkan dalam yotube. Tawaran Pakatan juga dapat diolah dalam bentuk animasi mudah.

Seorang rakan FB saya telah menunjukkan klip-klip video kempen parti-parti politik di Britain, yang dirakam untuk tayangan dalam masa hanya 60 saat. Malah ia mendedahkan fakta menarik, merujuk insiden-insiden tertentu yang berlaku dalam masa satu minit, misalnya jumlah kecurian atau pelepasan gas karbon disoksida di England. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan sebagai persiapan kempen pilihan raya umum akan datang.

Jika pilihan raya 1999 menyaksikan ledakan laman-laman web reformasi, dan pilihan raya 2008 disendat dengan kemunculan blog dan youtube, tidak syak lagi perang PRU13 akan riuh-rendah dengan pertarungan "sengit tetapi santai" di laman-laman sosial.

Cadangan agar aktivis lebih didedahkan dengan aspek-aspek teknikal dan meneroka pengkhususan, seperti kaedah menaikkan ranking blog, wajar diberi perhatian segera. Mungkin bengkel-bengkel lebih kecil perlu diusahakan. Lagi pula, keajaiban dunia siber, khususnya berkaitan jaringan laman sosial, masih banyak misterinya. Kita belum benar-benar mengoptimumkan aplikasinya.

Apa pun, sewaktu kita begitu obses dengan media baru, usah lupa medium tradisi, yang sepatutnya menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Internet bukannya alternatif tetapi lebih dilihat sebagai satu lagi medium untuk memperkukuhkan prasarana sedia ada. Janganlah diremehkan pengedaran risalah, pembikinan VCD, penerbitan buletin dan usaha menyebarluaskan Harakah itu sendiri.

II.

Saya belum sempat meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010. Meneruskan tradisi daripada tahun-tahun sebelum ini, pendedahan tentang pelbagai kelemahan, kepincangan dan penyelewengan bukan lagi satu kejutan.

Tiga tahun lalu, kita digemparkan (sekadar contoh kecil) dengan harga set screwdriver RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan 6 kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan!

Tahun ini, ia berulang lagi. RM56,350 dibelanjakan bagi sepasang teropong visi malam, iaitu 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus).

Harga 23 kuda yang dibeli Majlis Sukan Negara berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih teruk, hanya lima kuda didapati layak dan dapat bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Kita juga masih belum mendapat jawapan Shahrizat Jalil, seorang menteri kanan dan ketua wanita Umno, di atas kegagalan Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kepunyaan suami dan anak-anak Shahrizat.

Sasaran projek bernilai RM250 juta di atas tanah anugerah seluas 5,000 ekar itu bagi memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekor sehari sedangkan jumlah lembu yang kini disembelih hanya 20 ekor sehari.

Bukan setakat Shahrizat, malah Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau perlu memberi respons segera.

Benarlah rumusan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man: "Kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan Audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada peti undi."

Ya, masakan saban tahun kita belum jelak lagi dengan paparan Laporan Ketua Audit yang hampir sama. Itu belum dikira rasuah atau salahguna kuasa elit pemerintah bersama suku-sakat mereka, yang tidak dapat dihidu SPRM ...

Gambar: Ahmad Lutfi dan Editor Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam bergambar bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Mohd Nuri Al-Amin Endut (duduk, tengah) dan jawatankuasa kursus kewartawanan, di pejabat Perhubungan PAS Negeri, 23 Oktober lalu.

Debat :Najib masih demam itu pasal tak sahut lagi cabaran anwar

Debat: Mengapa Najib enggan sahut cabaran Anwar

KUALA LUMPUR 27 Okt: Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

KeadilanDaily melaporkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (gambar) berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

“Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.

Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.

“Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.

“Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.

Apabila kantung rakyat jagaan ‘Abang Umno’ kian pokai

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

http://2.bp.blogspot.com/-dUBswsPbcts/TpUDajuY4lI/AAAAAAAAVZc/E3Vjqom2vUQ/s1600/najib-pening1.jpgSuatu ketika dulu, ada ungkapan popular berbunyi, “Ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.”

Maka besar kebarangkalian berdasarkan ungkapan klasik ini, Abang Umno-BN mengumumkan dua tiga jenis ‘pemberian-sekalisahaja’ atau dalam bahasa Perdana Menteri/Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, oneoff payment kepada adik-adik sekalian agar Abang Umno-BN tak melayang dalam pilihan raya umum akan datang.

Politik kuasa ini kadang-kadang ibarat orang bercinta. Sebab itu mereka yang telah dan sedang menerima pelbagai ganjaran daripada Umno-BN dalam bentuk kontrak, komisyen, lesen, konsesi dan seumpama dengannya terus mencintai Abang Umno-BN.

Kalau boleh tak mahu berpisah sampailah ketikanya untuk dimasukkan ke dalam liang lahad.

Bagi rakyat biasa penyokong dan pengundi parti tersebut, sayangnya mereka terhadap Abang Umno-BN kerana kepandaian si abang bermain ‘tanam tebu di bibir’. Namun mereka tidaklah mencinta si abang bagaimana segelintir kecil yang menerima pelbagai hadiah dan habuan. Tapi hari ini tanda abang sayang akan melayang sudah semakin jelas. Dengan hutang negara yang dalam liga menghampiri setengah trilion dan begitu juga hutang isi rumah yang sudah melepasi angka 500 bilion ringgit, Abang Umno-BN sudah mula pening kepala.

Tapi ibarat lelaki yang suka memperdaya wanita, Abang Umno- BN terus membuat seribu jenis janji, terus mengayat rakyat dan terus memutar-belitkan isu itu dan ini yang membabitkan ekonomi.

Walaupun pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan kadar hanya empat peratus berbanding lebih daripada lima peratus sebagaimana yang diramalkan oleh maha guru ekonomi, Abang Umno-BN masih lagi menjaja kononnya ekonomi negara adalah baik, kukuh dan abang cukup pandai mengurus kewangan negara.

Cakaplah apa pun dan pusinglah ikut mana sekalipun, namun tembelang Abang Umno- BN sudah tidak dapat ditutup lagi.

Ibarat orang yang melepaskan angin, bau pekongnya semerbak menusuk ke seluruh negara.

Dulu kebanyakan rakyat tak pandai sangat, tak ramai yang berpendidikan tinggi dan tak ada Internet. Bahan rujukan utama balik-balik adalah akhbar seperti Utusan Malaysia dan sumber berita muktahir semata-mata ‘TV Tiga Untuk Anda’. Maka mudah sahaja mereka kelentongkan oleh para pemimpin berkuasa yang tidak bertanggungjawab dan lebih mementingkan kedudukan politik daripada kedudukan rakyat.

Tapi hari ini semuanya sudah berubah. Kalau Abang Umno-BN mendabik dada kononnya pandai sangat menguruskan ekonomi negara dan mengaku tanpa segan silu betapa ikhlas dan jujur mereka, rakyat sana sini sudah mula bertanya, ‘betulkah’ apa yang dikatakan itu.

Dan persoalan yang berlegar di ruangan minda, cukup mudah.

Kenapa kedudukan tunai mereka kian hari kian parah walaupun ada di antara mereka yang telah menerima kenaikan gaji dan sebagainya. Kebanyakannya menuding jari kepada faktor harga barangan keperluan utama yang naik pada kadar cukup fenomenal serta semakin kedekutnya kerajaan terhadap pemberian subsidi.

Kedudukan inilah yang telah mengakibatkan rakyat Malaysia mencatatkan jumlah hutang isi rumah (kad kredit, pinjaman peribadi, ansuran pembayaran rumah, kereta, motosikal, TV, peti sejuk dan pelbagai lagi) ketiga tertinggi di dunia.

Menurut CIMBResearch, hutang isi rumah atau house hold debt meningkat begitu cepat pada kadar 11.1 peratus setahun dari 2004- 2009, dan daripada RM516.6 bilion pada akhir tahun 2009 kepada RM560 bilion pada akhir Ogos 2010. Dan nisbah hutang tersebut kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) melonjak daripada 66.7 peratus kepada 76 peratus pada tahun 2009.

Itu cerita beberapa tahun lalu, cerita sekadar menggambarkan betapa ‘terror’nya Abang Umno-BN menguruskan ekonomi negara.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010 pula menunjukkan pada akhir tahun fiskal berkenaan, hutang isi rumah sudah menjadi RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK.

Dalam bahasa harian ini bermakna rakyat Malaysia terpaksa menggunakan separuh daripada pendapatan mereka untuk membayar hutang. Justeru sebab itulah semakin ramai yang mengeluh, “kerja macam nak mati pun dapat gaji semuanya habis bayar hutang.”

Setakat ini, kecuali gimik transformasi, tidak jelas apakah langkah konkrit kerajaan Abang Umno-BN untuk mengatasi masalah ini. Apa yang jelas, Abang Umno-BN terus mengambil sikap ‘relaks’ – ekonomi kita ok, rakyat kita hidup makmur, krisis kewangan Eropah tidak akan menjejaskan kita dan dan blah blah. Mungkin inilah yang mendorong BNM negara, dalam laporan berkenaan mendakwa bahawa paras hutang isi rumah itu masih lagi boleh ditangani kerana paras penabungan tinggi rakyat, peluang pekerjaan yang cukup baik dan pertumbuhan pendapatan.

Tak tahulah berapa banyakkah pertumbuhan pendapatan rakyat dalam sebutan sebenar. Tapi di sebalik jaminan jangan susah hati kerana krisis kewangan di tempat lain tidak akan, jangan kata turut menjejaskan kita malah tempias pun kita tak kena, krisis kewangan terbaru Eropah sudah mula memberi kesan kepada nilai tukaran ringgit berbanding dolar Amerika, Yen Jepun dan sebagainya.

Ketika kolum ini ditulis satu dolar Amerika adalah bersamaan RM3.13. Maknanya kalau dulu anda hanya memerlukan, barangkali RM2.93 untuk membeli satu dolar Amerika, kini anda harus membayar RM3.13 untuk nilai sama mata wang dolar. Bayangkanlah sekiranya ada yang perlu membayar AS$100 juta dan sebagainya untuk melunaskan hutang dan sebagainya.

Atas sebab yang sama, kuasa dan nilai muka ringgit di negara sendiri juga terus menguncup mengakibatkan penderitaan rakyat dari segi ekonomi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.

Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.

"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?

"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini.

Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang.

Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali.

"Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar.

"Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Patut lah UMNO selalu berdolak dalih tak mau guna kaedah celup jari

Penggunaan Dakwat Kekal Menangkan Parti Islam

Gambar di atas adalah gambar Sheikh Racheed Ghanooshi, pemimpin Parti Islam En Nahda yang baru memenangi pilihanraya Tunisia.

Jelas, apabila digunakan dakwat kekal, semua orang berpuas hati dan gembira dengan keputusan nya.

Hasilnya Parti Islam Ennahda yang selama ini difitnah, ditekan, disiksa, dibuang negara dsbnya berjaya memenangi pilihanraya umum yang adil yang pertama dalam sejarah Tunisia.

Patutlah UMNO takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal.

hehehehehe

Tulang Besi

Orang tua nie hina ISLAM tak nak ambik tindakan kaa..???

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.


“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Sambutan hebat di Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu

http://www.wartakedah.net/images/a1.jpg http://www.wartakedah.net/images/a3.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a5.jpg http://www.wartakedah.net/images/a6.jpg

KODIANG, 26 Oktober - Lebih 3000 penduduk Pekan Kodiang dan kawasan-kawasan sekitar hadir ke Program Mesra Rakyat anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kubang Pasu.

Program seumpama ini adalah kali ke lima diadakan selepas Sik, Bandar Baharu, Pendang dan Padang Terap bertujuan mendekatkan para pemimpin dan rakyat dengan aktiviti turun padang bertemu mesra dengan rakyat.

Bertempat di perkarangan Komplek Perniagaan Taman Berjaya acara bermula seawal 9.00 pagi seramai 250 kanak-kanak pra sekolah mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna, memecah belon, busana muslimah dan muslimat, lontar bola dalam raga dan susun gambar.

Kegembiraan terbayang pada wajah kanak-kanak, para ibu bapa yang menemankan serta guru-guru mereka yang sibuk mengatur acara disaksikan orang ramai yang hadir. Usaha guru-guru itu berbaloi ketika juruacara mengumumkan keputusan dan kanak-kanak yang berjaya dipanggil mengambil hadiah di atas pentas.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu telah membuka kaunternya untuk orang ramai mendapatkan maklumat. Ini memberi kemudahan kepada penduduk pedalaman mengetahui peluang-peluang bantuan yang disediakan kerajaan untuk mereka layak.

Sepanjang kaunter itu beroperasi seramai sepuluh penduduk kurang mampu dan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) telah mengisi borang untuk memohon bantuan.

Gerai Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu pula mendapat sambutan hangat sebaik dibuka dengan memberi khidmat pemeriksaaan kesihatan percuma kepada orang ramai.

Menteri Besar Kedah Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama barisan Exconya hadir memeriahkan program ini di samping menyampaikan bantuan Skim Kafalah dan sumbangan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah dan diploma

Majlis yang berlangsung di tapak program diakhiri dengan jamuan rakyat. Pada sebelah petang YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan memenuhi acara lawatan ke ladang jagung dan kuih tradisional di Kampung Manggol Bongor dan Kampung Telok Mukim Gelung.

Aktiviti ziarah wakil rakyat telah dipecahkan kepada beberapa kawasan di mana Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri termasuklah YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah, YB Tan Chow Kang, YB Lim Soo Nee dan YB Siti Ashah Ghazali pergi ke kawasan-kawasan berkenaan bertemu dengan penduduk di situ.

Begitu juga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut sama turun padang bertemu rakyat bagi menyampaikan bantuan dan mendengar luahan masalah rakyat. Mereka ini termasuklah YB Md Zuki Yusof, YB Ustaz Mohd Izzat Shauqi, YB Dato’ Rohsidi Osman, YB Johari Abdullah, YB Abdullah Jusoh, YB Mohd Nasir Mustafa, YB Yaacob Hussin, YB Lee Guan Aik dan YB Yahya Abdullah.

Manakala Ahli Parlimen yang tidak mahu ketinggalan mengambil peluang bertemu rakyat ialah YB Ahmad Kassim, YB Nasir Zakaria, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dan YB Dato’ Rashid Din.

Program Mesra Rakyat telah membuktikan bahawa pemimpin yang dipilih dan dilantik rakyat sememangnya memegang amanah, berusaha ke arah membina kehidupan rakyat supaya lebih selesa dan sejahtera.

http://www.wartakedah.net/images/a7.jpg http://www.wartakedah.net/images/a8.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a9.jpg http://www.wartakedah.net/images/a10.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a11.jpg http://www.wartakedah.net/images/a12.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a13.jpg http://www.wartakedah.net/images/a14.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a15.jpg http://www.wartakedah.net/images/a16.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a17.jpg http://www.wartakedah.net/images/a18.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a19.jpg http://www.wartakedah.net/images/a20.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a21.jpg http://www.wartakedah.net/images/a22.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a24.jpg http://www.wartakedah.net/images/a25.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a26.jpg http://www.wartakedah.net/images/a27.jpg
http://www.wartakedah.net/images/a28.jpg http://www.wartakedah.net/images/a29.jpg
http://wartakedah.net/images/a30.jpg http://wartakedah.net/images/a31.jpg

Gelagat MB BN dan pesan Mufti

Oleh Zulkifli Yahaya

http://4.bp.blogspot.com/-HOx3sz72WJE/Taw81evACAI/AAAAAAAAARE/9g_1dnokEUY/s1600/ahmad_bashah_md_hanipah.jpgPENGERUSI Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah menerima tempelakan hebat daripada kepimpinan kerajaan negeri yang mendakwa beliau tidak ambil tahu mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri Kedah sewaktu menjadi Exco dahulu.

Kalau tidak masakan Ahmad Bashah mengetahui bahawa kerajaan BN dulu tidak menggunakan kesemua peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberikan oleh Pusat untuk tujuan tersebut.

Isunya Ahmad Bashah tuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang guna peruntukan berkaitan jalan pemberian Pusat itu untuk urusan lain yang tiada mengena dengan selenggaraan jalan, walhal pada zaman BN dulu pun perkara yang sama dilakukan.

Belum pun isu tersebut reda, bakal Menteri Besar Kedah dalam bayangan itu diserang lagi.

Kali ini berkaitan tindakannya menyertai upacara keagamaan bukan Islam.

Mengikut catatan pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, Adun Bakar Bata itu telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian akidah di samping tindakan tersebut telah menjatuhkan maruah umat Islam.

Jika sebelum ini Umno sibuk dengan program menghantar memorandum di sana-sini, kini giliran Pemuda PAS pula mengambil tempat tersebut. Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendesak supaya tindakan tertentu diambil terhadap Ahmad Bashah.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah ‘Reda akan kekufuran boleh membawa kufur’.

“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Mohd Azam Awang yang mengepalai penyerahan memorandum tersebut.

Dalam tercungapcungap mencari jawapan mempertahankan Ahmad Bashah, jentera penerangan BN Kedah menyamakan tindakan bos mereka itu dengan tindakan Menteri Besar Kelantan menyampaikan watikah lantikan sami Buddha pada 23 Mac 1995 bagi menggantikan sami Phra Vicarayanmuni yang mati pada 30 november 1992. Mereka mendakwa sewaktu penyampaian watikah tersebut, terdapat juga upacara keagamaan Buddha.

Sebenarnya, dua situasi itu jauh berbeza. Menteri Besar Kelantan sebagai ketua kerajaan betanggungjawab terhadap semua pemimpin masyarakat yang di bawah pentadbirannya.

Beliau bukan sahaja pemimpin orang Islam tetapi juga adalah pemimpin bukan Islam, asalkan mereka rakyat Kelantan.

Watikah lantikan yang dikeluarkannya diiktiraf sebagai pengesahan tertinggi daripada ketua kerajaan. Pengesahan oleh Menteri Besar terhadap ketua komuniti itu berbeza sama sekali dengan pengesahan terhadap ‘kebenaran’ sesuatu ajaran agama. Jika secara kebetulan mereka mempunyai upacara tertentu dalam majlis tersebut maka ia bukan kehendak Menteri Besar dan beliau pun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disifatkan turut serta mengambil bahagian.

Ia berbeza dengan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan. Jika bukan Islam mengarak berhala dengan berjalan kaki beramai-ramai, maka orang Islam yang turut serta berarak itu terdedah kepada dakwaan ‘turut mengambil bahagian’. Apa hukumnya? Dato’ Mufti telah menjelaskan hukumnya.

Kita memahami situasi sulit Umno yang selama ini bergantung harap kepada undi bukan Muslim tiba-tiba sejumlah besar undi tersebut berpaling daripada mereka.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula undi bukan Muslim tetapi takkanlah perlu ke tahap menggadai persoalan akidah demi undi?

Isu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan bukan Islam ini bukan isu politik.

Ia persoalan akidah. Ahmad Bashah dan Umno tidak layak sama sekali untuk memimpin negeri Kedah di mana majoriti rakyatnya beragama Islam ini, jika persoalan akidah sebegini dianggap remeh.

Pengerusi Umno Kedah itu perlu bertaubat ke hadrat Allah SWT di samping memohon maaf daripada seluruh umat Islam kerana menjatuhkan maruah umat Islam di negeri ini.

Umno Kedah baru-baru ini mencabar Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak supaya nyatakan pendirian berhubung akta pencegahan murtad yang kononnya mahu diperjuangkan Umno. Eloklah kalau dalam akta tersebut masukkan sekali kesalahan mengambil bahagian dalam upacara agama lain. Lepas tu, baru cabar Ustaz Azizan.

UMNO guna kaedah 3R...!!!

UMNO terdesak guna 3R untuk tarik sokongan

TEMERLOH, 27 Oktober: Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pendengar sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang, di Tapak Kompleks PAS, Kerdau di sini malam tadi.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Exco Pemuda PAS Pusat Kamal Ashaari.

Tambah Mohamad, dengan strategi 3R yang dimainkan itu membuat suhu politik negara menjadi panas mendidih, walhal semua itu dirancang Umno.

Beliau mengambil contoh mengenai tindak tanduk Umno cuba mengheret istana ke kancah politik dalam isu Lim Guan Eng dengan isu jenayah di Johor dan Dr Abdul Aziz Bari berkaitan titah Sultan Selangor.

“Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah’ raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu,” katanya.

Mat Indera dan Hang Jebat

Mengenai isu komunis yang cuba dikaitkan dengannya, Mohamad berkata itu merupakan isu baru yang mereka timbulkan untuk cuba bangkitkan kebencian sedangkan terdapat seorang bekas Menteri Besar (Umno) yang biasa melawat ke perkampungan bekas komunis di selatan Thailand untuk memberi bantuan.

Mohamad berkata, isu Mat Indera dan Bukit Kepong yang pernah dimainkan media satu ketika dulu hanyalah isu percanggahan pendapat tetapi sengaja dimainkan media untuk keuntungan politik.

“Contohnya macam ni... katakanlah ada seorang tu kata Hang Tuah hero, ada seorang lagi kata Hang Jebat hero. Sepatutnya bila timbul dua perbezaan pendapat begitu, berhujahlah secara ilmiah.

“Tapi apa yang berlaku apabila saya katakan Mat Indera yang menentang penjajah Inggeris itu sebagai pejuang kemerdekaan, saya dihentam dari segenap sudut sehingga ada yang cadang dilucut kewarganegaraan saya dan akhirnya didakwa di mahkamah,” katanya.

Ayuh Anak Muda Jom Kita Ke Ijtimak Tarbawi

'Gua Ikut Enta'



SAINTIS AKUI CARA TIDUR RASULULLAH BAIK UNTUK KESIHATAN

Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Berwuduklah sebelum tidur
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Jangan tidur atas pokok!!
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.


Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/10/saintis-akui-cara-tidur-rasulullah-baik.html#ixzz1bzxRKijK




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...