TERKINI :

Thursday, October 27, 2011

Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama



Penulis menamakan entri hangat kali ini “ Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama”.

Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.

Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS ! [ ]

Najib tahu salah laku Gani Patail

Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail

Abdul Gani Patail
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008, lebih kurang pukul 10.30 pagi.

“Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini,” katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

“Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut,” kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

“Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

“Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.”

“Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

“Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,” katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi “lemah dan lesu seperti tidak bermaya.”

“Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

“Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,” katanya lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2010: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH

http://3.bp.blogspot.com/-mrWh_F9wYRs/TqjgoL5Ny4I/AAAAAAAAARA/aE_C6Jyr_9g/s1600/IMG02478-20111027-1045.jpg
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA : Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!!

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!!

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Implikasi Kebanjiran Warga Asing Di Sabah

Oleh Siti Salasiah Salamun

http://1.bp.blogspot.com/-VzSkKosH8LQ/Tgys4yC3M1I/AAAAAAAAAZg/UU8ymwpWAqI/s320/PATI.jpgIsu pendatang asing di Sabah bukan isu yang baru. Isu ini sudah berlanjutan bertahun lamanya. Walaupun dianggap isu yang lapuk, namun ia tetap mencuri tumpuan semua pihak saban hari, kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing ini keluar di corong radio dan media massa. Kes pecah rumah, mencuri, merompak dan penyeludupan dadah dan rokok, semuanya melibatkan pendatang asing dan hal ini amat membimbangkan penduduk tempatan.

KEADAAN SEMASA

Kebanjiran pendatang asing ke negeri ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, faktor paling dominan adalah mencari pekerjaan yang baik lantaran persaingan yang terlalu sengit untuk mencari pekerjaan di negara asal mereka. Di Indonesia misalnya, kepadatan penduduk yang tinggi amat menuntut penduduknya untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Apabila lambakan penduduk terjadi, imigrasi ke negara lain akan berlaku. Pendatang asing ini akan menggunakan apa jua cara untuk memasuki negara lain terutamanya negara jiran kerana pintu sempadan yang dekat dan mudah untuk dimasuki sama ada secara sah ataupun tidak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman menjelaskan dalam Bernama pada 29 April 2011, keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran

Hal ini memberikan impak yang besar kepada isu pendatang asing ini. Tambahan pula, bancian pada tahun lalu menunjukkan bahawa seramai lebih 800 000 orang penduduk di negari ini adalah pendatang asing. Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat pada tahun ini. Hal ini amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian yang khusus.

MASALAH SOSIAL

Pelbagai masalah sosial yang dicetuskan oleh pendatang asing ini, sama ada mereka datang daripada Indonesia, Filipina, India, Pakistan ataupun negara lain dan sama ada mereka datang secara sah ataupun tidak. Statistik Jabatan Penjara Sabah yang dikeluarkan pada Oktober tahun ini menunjukkan bahawa jumlah warga asing yang ramai menyebabkan kesesakan di tiga penjara utama di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Secara keseluruhannya sebanyak 60% penghuni penjara ini adalah warga asing dan 40% adalah penduduk tempatan. Warga asing ini ditahan atas pelbagai tuduhan seperti jenayah dan dadah serta kesalahan imigresen.

Selain itu, penyeludupan rokok ke negeri ini juga didalangi oleh pendatang asing. Sama ada mereka menyeludup masuk dari Tawau atau kawasan pantai timur Sabah. Kebanyakan pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang melakukan kegiatan penyuludupan dan penjualan rokok haram ini di Sabah. Di Sandakan misalnya, mereka menjual rokok ini secara terbuka di kawasan stesen bas. Tambah menghairankan apabila mereka ini menjual rokok tersebut tanpa halangan dan sekatan dari pihak berkuasa seperti pihak KASTAM dan polis. Di Kota Kinabalu juga tidak terkecuali.

Di kawasan seperti di Jalan Sinsuran Kota Kinabalu, merupakan ‘hot spot’ untuk menjual rokok seludup ini dan ianya dijual pada harga yang sangat murah. Jika penjualan rokok ini boleh dilakukan secara terbuka, tidak mustahil jika penjualan dadah turut dilakukan oleh pendatang asing ini.

Isu penjualan arak secara haram di kawasan petempatan penduduk juga suatu fenomena yang semakin membarah dan perlu ditangani segera. Di Tuaran misalnya, penjualan arak secara haram ini dilakukan oleh pendatang asing yang mempunyai MyKad.

Kes pembunuhan yang melibatkan pendatang asing ini turut mengancam keselamatan penduduk tempatan. Seperti kes yang berlaku pada Mei tahun ini di Kota Kinabalu, yang melibatkan kematian seorang pemandu van yang dibunuh oleh perompak yang dipercayai pendatang asing dari Filipina. Perompak ini terlebih dahulu merompak kedai emas si mati sebelum membunuhnya dengan cara menembaknya sehingga mati. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa pendatang asing ini sangat membahayakan kerana mereka turut memiliki senjata api dan terdapat juga antara mereka yang memiliki senjata tajam seperti parang dan pisau ‘Rambo’.

Gangguan seksual terhadap penduduk tempatan oleh pendatang asing ini turut menimbulkan ketakutan yang berpanjangan, terutamanya kepada golongan wanita. Golongan pendatang asing ini tanpa rasa takut mengganggu penduduk dan kadang kala sehingga mencabul dan meraba. Hal ini terjadi di dalam pengangkutan awam, di tempat awam dan di dalam lif serta di kawasan-kawasan perumahan.

ISU SETINGGAN

Kebanjiran pendatang asing ini juga turut menyebabkan pertambahan kawasan setinggan di negeri ini terutamanya di kawasan bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Di Sandakan misalnya, kawasan tumpuan untuk mendirikan perumahan setinggan adalah di kawasan perindustrian seperti di kawasan Batu Sapi dan di sekitar Batu 2 dan Jalan Buli Sim-Sim.

Rentetan daripada masalah setinggan ini, ia turut menyebabkan masalah lain timbul di kawasan petempatan itu seperti pergaduhan, penyeludupan dadah dan rokok, pembunuhan dan kecurian. ‘Pembiakan’ masalah sosial ini amat membimbangkan, tambahan pula budaya lain yang dibawa oleh pendatang asing ini seperti melepak, berjudi dan sebagainya juga semakin meresap dan menular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya remaja.

PERSAINGAN PEKERJAAN

Persaingan sengit penduduk tempatan dengan pendatang asing dalam bidang pekerjaan seharusnya turut dipandang serius oleh kerajaan negeri. Di Sandakan misalnya, sebuah kilang pengeluar papan lapis yang beroperasi di Batu Sapi telah membuang pekerja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan mengupah pekerja asing yang didakwa lebih murah kadar gajinya.

Dalam sektor perkapalan pula, seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Laut Sabah, Abdul Aziz Mahamud pada November tahun lalu, 90% pekerja dalam bidang tersebut adalah terdiri daripada pekerja asing. Statistik yang dikeluarkan pada November tahun lalu oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah merekodkan lebih daripada 15 000 belia di Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Semua ini berlaku kerana penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing ini untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan pula, jika warga asing ini diberikan upah yang lebih rendah, sudah tentu pihak majikan memilih mereka kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk membayar upah pekerja.

Berikutan daripada situasi tersebut, tidak hairanlah apabila ramai daripada anak tempatan yang berhijrah ke negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan lantaran taraf hidup yang semakin menuntut untuk mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

PENUTUP

Penduduk di negeri ini sudah muak dengan pelbagai janji yang ditawarkan oleh kerjaan negeri yang berkali-kali berjanji akan menyelesaikan isu ini, namun ia ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak ada pun kesungguhan yang diperlihatkan dan jauh sekali untuk melihat hasilnya.

Pihak kerajaan negeri seharusnya bersungguh-sungguh dalam menangani masalah pendatang asing ini. Bekerjasama dengan kerajaan persekutuan juga merupakan langkah yang bijak kerana di negeri lain di Semenanjung Malaysia turut dibanjiri oleh pendatang asing dan kebanyakannya membawa masalah yang serupa.

Penubuhan suruhanjaya, Ops PATI, Makmal Pengurusan Pekerja Asing dan polisi pengurangan pekerja asing di pelbagai sektor seharusnya dapat menyelesaikan isu ini. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat negeri ini sangat berbesar hati sekiranya dapat ditempatkan di pelbagai sektor untuk mengisi kekosongan yang ada. Janganlah sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Belum dapat warganegara dah belagak..macamana laa dengan yang dibagi IC Percuma ???

Penduduk parah dibelasah warga Nepal


MOHD. Zamri Alias (kiri) menunjukkan tangannya yang patah kepada Mohamed Arim akibat dibelasah warga Nepal di Pangsapuri Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 26 Okt. – Niat baik seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort, dekat sini, menegur sekumpulan warga Nepal yang membuat bising dan mabuk di kawasan kediaman membawa padah apabila dia dipukul sehingga cedera, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zamri Alias, 40, dibelasah kira-kira lima warga Nepal sehingga patah tangan kanan, patah gigi, calar dan bengkak di bahagian telinga serta diberi cuti sakit oleh pihak hospital selama 14 hari.

Mohd. Zamri berkata, dia menegur kumpulan pekerja asing tersebut yang membuat bising selain mabuk di kawasan terbuka kerana boleh mengganggu ketenteraman penduduk lain.

“Bila saya cakap sahaja macam itu, salah seorang daripada mereka menolak saya sehingga jatuh dan terus memukul saya bertubi-tubi. Waktu itu saya tidak ingat apa kerana hanya mampu melindungi muka daripada dipukul.

“Ketika dipukul itu juga, salah seorang daripada mereka mengugut akan membunuh saya. Saya menjerit meminta tolong dan syukurlah ada beberapa penduduk setempat segera memberi bantuan dan meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Mohd. Zamri yang bekerja sebagai penyelenggara landskap Tanjung Puteri Golf Resort itu berkata, kejadian tersebut pertama kali berlaku di kawasan kediamannya yang mempunyai 16 blok bangunan.

Menurutnya, warga asing yang menetap di kawasan itu sering membuat kacau seperti bising dan mabuk terutama ketika cuti umum dan hari minggu.

“Lepas minum, mereka membiarkan sahaja botol dan tin minuman di merata-rata tempat dan ia mengundang rasa kurang selesa kepada penduduk terutama mereka yang mempunyai anak-anak berusia empat hingga 12 tahun.

“Kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia itu bukan tahu ia baik atau buruk. Ada pernah terjadi kaki seorang kanak-kanak terkena serpihan kaca botol minuman keras yang dibuang merata-rata,” katanya.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Tanjung Puteri Apartmen Resort, Mohamad Arim meminta majikan kepada pekerja asing tersebut mengambil inisiatif memberi penjelasan tentang adat dan budaya masyarakat di negara ini.

“Kita harap ia kejadian pertama dan terakhir yang berlaku di sini. Pihak majikan wajar mengambil tahu perihal mereka di sini dan mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya bersalah.

“Ini kerana keselamatan penduduk sering kali terancam dengan perbuatan kumpulan pekerja asing yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

TATU sebenarnya boleh dibuang..!!

20 bulan buang tatu pada tubuh


PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.

Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. - Agensi

Ustaz Kazzim sebagai Ahli Panel?.. Hormatilah suara minoriti wahai PR Pulau Pinang...



Dalam tiga program Majlis Ijtimak Al-Huffaz peringkat negeri Pulau Pinang yang dianjurkan seperti yang dapat dilihat di banner di atas, salah satu program iaitu program iaitu Forum “ Generasi Al-Huffaz Pemangkin Ummah” seorang Ustaz yang kurang disenangi oleh penyokong PAS telah dijemput sebagai ahli Panel.




Beliau adalah Al-Fazil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, Ahli PAS Perak..

Salah satu dari dua usul yang telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 ialah Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.

Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.

Itu adalah usul dan sebabnya kenapa Ustaz Kazim Alias perlu dipecat dari PAS Perak.

Dan antara sebab utama selain dari apa yang dicacatkan diatas, aku diberitahu Ustaz Kazim juga telah mengkritik Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan keras dalam satu ceramahnya..

Malangnya biarpun beliau telah diusulkan untuk di pecat keahliannya dari PAS Perak, beliau akan dijemput pula sebagai Ahli Panel untuk Forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang EXCOnya dari PKR sendiri..

Tidakkah EXCO dari PKR itu sedar akan tindakan menjemput Ustaz Kazim itu akan menyebabkan rasa kurang senang dari Ahli-Ahli PAS terutamanya PAS Perak dan juga Ahli PAS Pulau Pinang sendiri?

Memang majlis tersebut bukanlah satu majlis berbentuk politik tetapi bolehkah pemimpin-pemimpin dan juga Ahli-ahli PKR pulau Pinang menerima kehadiran Zulkiflee Noordin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS?

Pasti Pemimpin dan Ahli PKR akan berasa kurang senang dengan kehadirannya.. begitulah apa yang dirasa oleh Pimpinan dan Ahli PAS Pulau Pinang dengan kehadiran Ustaz Kazim dalam Majlis ini.

Mungkin PKR lebih hebat dalam penguasaan kerusi DUN dinegeri Pulau Pinang ini, tapi dalam merasakan kita hebat kita juga perlu sedar kita menguasai kebanyakkan kerusi DUN itu adalah hasil kerjasama dengan PAS dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat.

Jadi bila kita sudah menang hasil dari kerjasama tersebut, sewajarnyalah kita juga belajar menghormati apa pandangan dan perasaan sahabat yang berjuang bersama kita dalam Pakatan Rakyat biarpun mereka hanya menguasai satu kerusi DUN.

Apa susah sangatkah untuk belajar menghormati suara minoriti?

Mungkin juga Ustaz Kazim dijemput bagi membuktikan bahawa EXCO Agama dari PKR itu adalah proffesional dalam menjalankan tugas.. beliau menjemput sesiapa sahaja biarpun jelas bahawa yang dijemput itu adalah musuh kepada Pakatan Rakyat sendiri..

Atau mungkin juga hanya Ustaz Kazzim seorang yang diketahuinya sebagai Al Hafiz yang layak menjadi ahli panel forum tersebut.. kerana beliau terlalu sibuk untuk mengambil tahu siapa itu Ustaz Kazzim…

Buat EXCO tersebut.. menjemput itu adalah hak anda.. membatalkan jemputan juga adalah hak anda tapi perlu juga disedari jemputan itu menimbulkan keresahan dan untuk menghilangkan keresahan itu ianya juga ditangan anda..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/10/ustaz-kazzim-sebagai-ahli-panel.html

Dari Sham Kamikaze ke lagu "Lau Kana Bainana"

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

http://media1.malaysiakini.com/29/f847ec23e41b5f6f20bba87fc9ab222b.jpgPetang Khamis lalu, semasa singgah di Masjid Bukit Indah, Ampang, saya tertarik dengan poster warna-warni yang ditampal berdekatan pintu utama. Forum agama, "Syoknya Islam", di Surau Pandan Indah, menampilkan beberapa personaliti seperti Sham Kimakaze, Diana Amir dan Irma Hasmie.

Poster seumpama itu bukan perkara asing lagi. Kini, sepanduk, kain rentang dan risalah yang mempromosi aktiviti keagamaan artis-artis terkenal tanahair mudah dilihat di mana-mana.Kalau dahulu, nama-nama yang kita dengar sekadar Akil Hay, Wardina, Noor Kumalasari, Waheeda, Aishah, kini senarainya lebih panjang.

Rahmat Ekamatra

Selain Bob Lokman, saya cepat terkesan dengan beberapa selebriti yang dikatakan sama-sama "berhijrah" seperti Iwan Syahman, Rahmat Ekamatra dan Catriona Ross.

Semasa membelek sisipan Utusan Malaysia, Mega, edisi Khamis itu juga, dua lagi nama artis lelaki dilaporkan "membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak", iaitu Abdullah Ahmad (Lah) dan Mohd Aizam Mat Saman (Adam VIP).

"Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya. Dalam qasidah ada jaz, R&B dan ia membuatkan saya menitis air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang," kata Lah.

Segera saya teringat, semasa menjadi editor majalah Muslimah, hampir 20 tahun lalu, saya pernah meminta wartawan menemuramah penyanyi Rahimah Rahim, yang mencipta kejutan dengan memilih untuk menutup aurat.

Apa khabar Ogy, Rahimah Rahim?

Majalah yang saya terajui, Wasilah, sekitar tahun 2000 juga memilih Fauziah Ahmad Daud sebagai hiasan muka depan, juga selepas memakai tudung. Ogy turut berkunjung ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak, yang turut menerbitkan majalah proreformasi, Detik dan siri akhbar politik tidak berkala. Wasilah dan Detik kemudiannya diharamkan KDN.

Melalui buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung, dirakam pengalaman Noor Kumalasari: "Bukan saja saya bertudung, malah saya rasa perlu berpakaian seperti dituntut Allah, bajunya longgar, daripada kain berwarna yang tidak jarang akhirnya muncullah fesyen hitam lebar... Hijab memberi kesan besar ... Saya rasa Allah sangat dekat dan saya tidak ingin kehilangannya."

Fenomena para artis tanahair "berhijrah" menghayati cara hidup Islam memang perkembangan mengembirakan. Banyak pihak melihat kehidupan selebriti terkemuka mempunyai pengaruh besar ke atas kehidupan anak-anak muda. Mereka dikatakan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya hidup personaliti yang mendapat liputan meluas media.


Ada artis yang terlibat, terutama wanita, memilih untuk berundur terus daripada alam hiburan. Mungkin itu adalah pilihan terbaik bagi memastikan dapat "menjaga iman dan keyakinan" sebaiknya. Namun, ada yang berpendapat, bakat alam itu perlu dimanfaatkan di atas "jalan dakwah" atau cuba "memperbetulkan dunia seni yang kelam-kabut" itu.

Bukan sekadar trend - Iwan

Iwan, dalam interbiu dengan Harakah mengingatkan, artis kembali kepada Islam bukanlah menjadi sekadar trend sahaja.

Beliau tidak mahu ketika orang nak dakwah, semua nak dakwah, tutup aurat juga begitu, tetapi ia hanya sementara dan akhirnya kembali seperti asal.

Catriona turut melakukan muhasabah diri yang baik dan cukup merendah diri. Katanya, untuk melakukan perubahan adalah mudah, namun untuk mengekalkan perubahan itu sangat payah.

"Untuk itu, saya rasa sambil kita berubah, kita perlu mencari ilmu supaya lebih memahami. Pilih sahabat yang baik, hadiri majlis-majlis ilmu termasuk usrah dan banyakkan berdoa agar Allah tidak memesongkan hati kita," ujar pelakon yang nama penuhnya Catriona Norhayati Rose Bahrin.


Irma Hasmie juga mempunyai pendapat sama. Cabaran utama baginya adalah untuk kekal istiqamah dengan perubahan itu.

Doa satu kekuatan

"Apa pun, semuanya bergantung kepada niat asal. Segalanya hanya kerana Allah," tegasnya. Irma juga menekankan kepentingan sentiasa berdoa kepada Allah untuk ditetapkan hati dan menguatkan tekad dalam proses penghijrahan itu.

Secara peribadi saya tidaklah sampai ke peringkat "mahu membebankan" personaliti berkenaan. Alhamdulillah jika mereka berminat atau terdorong untuk menyuburkan kerja-kerja dakwah.

Namun sekiranya tidak berkemampuan, sudah cukup baik jika mereka dapat berkongsi pengalaman menemui hidayah dan melayari dunia baik dengan audien yang lebih ramai.

Dunia seni juga masih mempunyai ruang cukup luas yang perlu "diisi dan dibersihkan" seadanya, atau sekurang-kurangnya "tidak dikotori" lagi. Misalnya, bukankah lagu-lagu bermesej ketuhanan dan kemanusiaan, yang dinyanyikan, antara lain oleh Ramli Sarip, M Nasir, Ito, Amy Search dan tentunya tidak terkecuali Mawi serta artis-artis nasyid lainnya juga begitu menghiburkan dan perlu dimartabatkan secara lebih mantap dalam dunia muzik tanahair?

Menanti kesan Sham Kimakaze

Saya melihat perkembangan menarik mengenai "penghijrahan" artis-artis ini apabila mereka mewakili pelbagai sektor dalam dunia hiburan. Ya, ada penyanyi, pelakon dan juga pemuzik terkenal seperti Sham Kimikaze yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.


Saya mengingati penampilan istimewa Sham dalam beberapa persembahan utama TV, misalnya Akademi Fantasia. Gayanya mengetuai barisan pemuzik menarik sekali; ada keunikan dan aura tersendiri.

Membaca wawancara Harakah terbaru dengannya, saya rasa terharu, terutama apabila Sham menyentuh soal dugaan dan cabaran semasa berdakwah: "Jangan mengeluh ... Jangan bila nak berdakwah, Allah uji sikit sahaja, kita terus cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah."


Selain itu, lebih penting lagi adalah medium untuk menampung "penghijrahan" mereka itu. Tentulah tidak cukup sekadar radio Ikim, stesen TV Al-Hijrah dan Astro Oasis misalnya.

Saya lebih menekankan peluang dan ruang yang perlu dihampar oleh kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat, yang boleh memainkan peranan lebih besar.

Sediakan medan mereka berhibur Islami

Untuk mereka berkongsi pengalaman syahdu dan berdakwah, rasanya tidaklah begitu sukar. Badan-badan dan institusi formal Islam serta surau-masjid pastinya cukup mengalu-alukan rakan-rakan artis kita itu.

Cuma yang saya bimbangkan ialah medan untuk mereka berkarya. Sediakan gelanggang secukupnya untuk mereka terus menghibur secara Islami itu.

Dan usah lupa, "pengisian baru" ini akan tempang jika tenaga di sebalik tabir -- misalnya pencipta lagu atau penulis lirik, juga pengarah dan penulis lakon layar -- tidak bersama-sama menghayati konsep seni Islam.

Saya pernah terbawa-bawa rasa marah sampai terganggu tidur, selepas menonton teater atau drama yang dikatakan berunsurkan Islam tetapi membawa "mesej menyesatkan".

Imej pendakwh atau orang yang kembali ke jalan benar masih diberikan persepsi stereotaip, seperti tidak beradab dengan ibu bapa, kasar ketika menyeru kepada kebaikan dan fanatik melulu kepada ketua.

Ya, kita begitu ketandusan penerbit dan pengarah, yang dapat memahami bagaimana bentuk hiburan yang mendidik jiwa.

Deddy Mizwar, Para Pencari Tuhan dan Cinta Bertasbih

Terus-terang, saya belum dapat melihat siri drama TV kita yang setanding dengan sinetron Para Pencari Tuhan, karya Deddy Mizwar, yang menyampaikan pesan agama secara santai dan menghiburkan. Temanya mudah, berkaitan kehidupan harian di kampung, namun terselit nasihat (bukan khutbah) yang mengesankan.

Begitu juga dengan filem Cinta Bertasbih, nukilan Habiburrahman El Shirazy; sedangkan siri drama TV tempatan bertemakan cinta yang melambak sekarang jarang dapat ditemui "keindahan yang kudus". Tentunya saya lebih mengharapkan agar munculnya filem seperti Sang Murabbi, yang mengisahkan mantan Ketua Majlis Syura PKS, Indonesia, KH Rahmat Abdullah ...

Rupanya dalam hal ini, dunia hiburan Islami dan juga karya-karya sastera yang bermutu tinggi, kita masih perlu lebih banyak merujuk kepada Indonesia.

Lau Kana Bainana yang memaksa air mata mengalir

Semasa mengedit kolum ini, saya terdengar lagu Arab yang penuh syahdu dan cukup menggetarkan nurani, sehingga tanpa disedari air mata mengalir, walaupun tanpa mengetahui maknanya dengan sempurna.

Lagu "Lau Kana Bainana" menjadi santapan telinga saya tiap hari ... tentang kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bayangan keberadaannya bersama kita. Begitu mengharukan dan terasa sebak menikam dada.

Bagi saya, ia "kuliah akhlak" yang cukup sempurna.

Selepas meneliti terjemahan lirik "Lau Kana Bainana", masya-Allah, cukup halus dan menusuk ke jiwa paling dalam. Melodinya meresap jauh ke sanubari. Dengarlah ....

BOIKOT saja Final Piala Malaysia walaupun kerajaan negeri bagi subsidi..!!

FAM tidak hargai peminat

Ramai yang terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan Sabtu ini (29 Oktober 2011) kepada RM50 berbanding hanya RM30 kebiasaannya.

Keputusan yang paling mendukacitakan itu disambut dengan perasaan marah dan benci oleh penyokong, bukan sahaja dari kedua-dua negeri berkenaan tetapi juga negeri-negeri lain yang cintakan bola sepak negara.

Selain itu, ia juga telah membawa impak paling negatif dalam usaha memajukan sukan bola sepak negara yang masih terkapai-kapai mencari hala tujunya sendiri.

Saya hairan, mengapa peminat bola sepak menjadi mangsa keadaan ini kononnya kerana kos penganjuran di Stadium Shah Alam yang sangat teruk kualitinya itu, sedangkan FAM sudah tentu mempunyai jadual perlawanan Piala Malaysia sehingga ke akhir. Mengapa tidak di Bukit Jalil?

Jawapan kononnya Stadium Nasional Bukit Jalil sedang dibaikpulih menggambarkan FAM seperti ‘tidak tahu jadual sendiri’ sehingga akhirnya peminat dan penyokong bola sepak yang menjadi mangsa mereka.

Keputusan FAM bukan sahaja tidak membantu pembangunan bola sepak dengan memandang peranan penonton dengan sebelah mata, malah keputusan yang dibuat juga tidak langsung memikirkan beban rakyat Malaysia yang terpaksa berbelanja lebih bagi tujuan tersebut. Persatuan bola sepak negeri pula langsung tidak mahu ambil tahu apa yang ditanggung penyokong mereka, malah lepas tangan begitu sahaja.

Dan, jika benar seperti yang didakwa bahawa wakil Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan tidak menyuarakan bantahan dalam mesyuarat FAM berhubung harga tiket, ia sesungguhnya amat mendukacitakan.

Bagi saya, bagi menghargai penonton yang tidak mampu berbuat apa-apa dengan keputusan FAM, mereka sepatutnya mengambil inisiatif memberi subsidi tiket kepada penyokong negeri masing-masing dengan memotong bayaran hasil jualan tiket bagi negeri-negeri berkenaan. Sikap terlalu mementingkan kantung persatuan telah menyebabkan perkara tersebut tidak berlaku.

Kasihan saya melihat keluhan dan suara hati penyokong bola sepak Terengganu (kerana saya orang Terengganu dan saya percaya penyokong Negeri Sembilan juga sama) terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan FAM dan sikap tidak peduli Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung isu tiket.

Kesediaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menaja separuh daripada harga tiket perlawanan akhir itu pasti tidak mendidik sesiapa, sama ada dalam PBSNT atau sebaliknya untuk menghargai penyokong Terengganu pada masa akan datang.

Harus diingat bahawa penyokong telah menjadi sebahagian nadi kekuatan sesebuah pasukan walaupun ia mungkin sebesar kuman di mata persatuan bola sepak.

Oleh itu, saya sangat berharap agar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi perhatian terhadap hal ini agar bola sepak negara terus berkembang secara sihat pada masa datang.

AYOB MAMAT,

Kuala Terengganu

Ini dia kisah siapa Zulkifli Noordin sebenarnya






ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi PAS sejak dahulu lagi sedia maklum dan mengenali keperibadian sebenar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Kerana itulah, pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004 ditolak Majlis Syura PAS walaupun ketika itu beliau ialah pimpinan PAS di Bandar Tun Razak.

Malah sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga menolak pencalonan PAS Kawasan Baling untuk meletakkan Zulkifli bagi bertanding kerusi parlimen tersebut.

“Maksudnya keperibadian dia sudah diketahui. Dia ditolak dari bertanding. Dia nampak hebat ketika itu, tetapi kita kenal keperibadiannya. Dia bercakap macam mana dan perbuatannya macam mana, kita tahu.

“Tetapi tidak perlulah kita dedahkan (kepada umum) siapa dia. Kita tak mahu layan dia, lagipun dia wakil rakyat yang tiada maruah,” demikian didedahkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemangku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh berkata, walaupun Zulkifli cuba mendakwa dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, hakikatnya dia membawa suara Umno-BN.

Ujarnya, Zulkifli sememangnya seorang yang beramal dengan pembohongan di mana beliau sering menggambarkan pada penulisannya di blog, kononnya beliau turun melawat masalah rakyat di parlimen diwakilinya sedangkan dia sebenarnya tidak berbuat demikian.

Khairi juga menempelak Zulkifli yang sibuk mencabar orang lain bertanding pada pilihan raya akan datang sedangkan kedudukannya sendiri sebagai calon mana-mana parti dilihat mustahil.

“Parti mana hendak ambil dia calon? Pakatan Rakyat tak mungkin. Tidak ada calon mampu bertanding melainkan dengan kekuatan dari jentera parti.

“Jadi Zulkifli ini sekarang aktif menonjolkan diri sebenarnya berharap-harap kalau Umno boleh bagi jawatan Senator pada dia,” ujar Khairi pada Taklimat Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah di Pejabat PAS Kulim-Bandar Baharu, Serdang, 24 Oktober lalu.

GLC RUGI sebab duit untung diberi kepada rakyat ianya salah dimata BN/UMNO

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan Negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab. Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini.

Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat.

Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.

Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan.

Jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan dengan syarat beliau juga menunjukkan perjalanan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Awat laa TV3suku tak londeh cerita ini pulak...mau tunggin anwar rasanya lepas nie..!!

Laporan Audit yang tak disiarkan oleh berita TV3Suku ialah...

http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SdXRVNjCifI/AAAAAAAAGOg/0fV0lnfgH4A/s400/tv3suku.pnghttp://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SdXRVNjCifI/AAAAAAAAGOg/0fV0lnfgH4A/s400/tv3suku.png

Laporan Audit Negara kononnya kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang & Kelantan prestasi teruk ditadbir Pakatan Rakyat..

Yang tak masuk berita TV3 plak -

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Nak lagi?....Nah...

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Orang sekarang dah cerdik laa wahai TV3.. Kamu hentam Kerajaan Selangor padahal peningkatan kutipan zakat berbanding negeri lain Selangor adalah yang tebanyak.. Kerajaan Pulau Pinang memberi pulangan kepada rakyat warga emas hasil lebihan dari MPSP & MPPP..

Kenapa tak hentam Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Perlis? Perfect sangat kaa negeri ni punya pentadbiran? Tiada perselisihan kewangan?? tv3 suku nak butakan mata pekakkan telinga rakyat?

KAMI TAK BODOH lah.. Orang yang takda kemudahan internet.. Bolehlah kamu bodohkan...

http://kedahla.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-yang-tak-disiarkan-oleh.html

Hukuman takzir untuk liwat isteri

SHAH ALAM – Perbuatan suami meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud, sebaliknya dikategorikan sebagai hukuman takzir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbuatan itu tetap haram dan salah dari segi undang-undang, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“Mengapa ia dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah fekah, syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak seperti mana dalam kes kesalahan hudud yang dinyatakan yang mana pasangan bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ia berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” katanya pada sidang media pada siri Wacana Sinar Harian ke-8, Hudud: Dilema Pelak�sanaannya di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa hukum hudud yang hendak dilaksanakan Pas membenarkan suami meliwat isteri.

Dalam sidang media itu Mohd Amar membidas pihak mendakwa hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu adalah hukum Pas.

Katanya, jika mereka yakin itu adalah hudud Pas, mereka dicabar membawa hudud yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis.

“Kalau betul apa yang kita lakukan tidak benar dan bercanggah daripada al-Quran dan sunnah, kami bersedia dan menukar dan memindanya. Tiada masalah,” katanya yang menyifatkan tindakan itu sebagai kenyataan liar.[Sinar Harian]

Rumah awam di Kedah tidak bayar tunggakan sewa beli tinggi akan disita


ALOR SETAR - Penyewa atau pembeli perumahan awam di Kedah yang ada tunggakan ansuran sewa beli yang tinggi, akan berdepan tindakan tegas termasuk kediaman disita jika gagal jelaskan bayaran selepas menerima notis mulai minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sehingga kini jumlah tunggakan keseluruhan mencecah RM20 juta membabitkan semua daerah.

:“Kita akan mula menghantar notis kepada 5,000 penyewa dikenal pasti ada tunggakan tinggi hingga lebih RM20,000 sejak lebih 20 tahun lalu.

:“Kita nak maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dan minta penyewa bermasalah tampil berbincang tentang cara bagaimana hendak menyelesaikan tunggakan mereka,” katanya di sini, semalam.

:Beliau berkata, beban hutang yang tinggi itu menjejaskan proses penyelenggaraan di kawasan perumahan awam di bawah seliaan Bahagian Perumahan negeri.

:Katanya, tindakan tegas akan di�ambil terhadap penyewa atau pembeli yang melanggar syarat perjanjian seperti menyewakan kediaman mereka.:

:“Siasatan awal mendapati 20 peratus pemilik melanggar syarat perjanjian dan mereka diberi tempoh untuk kembali menduduki rumah berkenaan atau rumah mereka akan dirampas dan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

:“Lebih 15,000 orang berpendapatan RM1,500 ke bawah ada dalam senarai menunggu yang memerlukan rumah awam ini. Bagi sesiapa yang enggan menjelaskan ansuran sewa beli atau langgar peraturan, kita boleh rampas rumah mereka mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

:Beliau berkata, terdapat 78 skim rumah awam membabitkan 15,000 unit rumah sewa beli di negeri ini, yang mana kadar bayarannya antara RM50 dan RM100 sebulan, selain 5,400 unit rumah transit atau sewa dengan kadar sewaan antara RM90 dan RM124 sebulan. - Bernama

Sambutan Karnival Jom Pi Muzium Padi 2011 memberangsangkan

ALOR SETAR 26 Okt. _ Usaha Lembaga Muzium Negeri Kedah mempromosikan Muzium Padi di Gunung Keriang di sini menerusi penganjuran Karnival Jom Pi Muzium Padi 2011 mencapai matlamatnya apabila program itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Kalangan pengunjung yang datang dari sekitar negeri ini tidak melepaskan peluang menyertai dan menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang disusun sepanjang 10 hari karnival itu diadakan bermula 20 Oktober lalu.

Pengarah Muzium negeri, Suhaidi Shukri berkata, sambutan masyarakat termasuk pelajar sekolah amat menggalakkan dengan dianggarkan lebih 2,000 orang mengunjunginya setiap hari.

Katanya, sambutan berkenaan dipercayai hasil promosi, termasuk menerusi media selain pengisian aktiviti yang diatur telah berjaya menarik kehadiran khalayak.

"Setakat lima hari lepas, dianggarkan 15,000 pengunjung telah menghadiri karnival ini. Ia telah melepasi sasaran awal kami iaitu keseluruhan 10,000 pengunjung.

"Jumlah kehadiran dijangka mampu mencecah 25,000 orang sebelum karnival ini berakhir empat hari lagi kerana melibatkan hari cuti umum dan hari minggu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Antara aktiviti diadakan demonstrasi masakan, pertandingan bolasepak bendang, memancing di tali air, serkap ikan, pertandingan wau, memasak dan gubahan selain gerai jualan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

Penganjur juga menyediakan pertunjukan pentas dan nyanyian artis jemputan seperti persembahan nasyid serta Wayang Kulit Seri Asun.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti seekor lembu, kambing dan barangan elektrik dalam acara cabutan bertuah.

Menurut Suhaidi, pihaknya tidak menolak kemungkinan menjadikan karnival itu sebagai acara tahunan berikutan sambutan begitu menggalakkan daripada orang ramai.

Jika cadangan tersebut menjadi kenyataan, katanya, pengisian program akan dinilai semula berdasarkan pengalaman penganjuran kali ini agar ia bertambah menarik. [Utusan Malaysia]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...