TERKINI :

Wednesday, October 26, 2011

Isu Tiket Final Piala Malaysia - Antara BOLA MALAYSIA dengan BOLA INDONESIA


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/312612_284862791535417_100000350943433_964310_939301810_n.jpg

Zack Rahim (Pengurus Safee Sali): Liga Indonesia, tiket max PJFC Rp50k @ RM17 (G/stand) & min Rp15k @ RM5 ikut tempat duduk, 5 pemain import tiap tim. Ada kualiti. Hampir tiap game live. Stadium hampir penuh. Suasana meriah, players bersemangat. Tetapi bila FAM kenakan RM50 utk mana2 tempat duduk final PM, ini masalah. Duduk dibelakang gol dan tingkat atas tak sama pandangan dgn duduk di teres bwh. No import! FAM wajib pertimbang.

Sementara baru sejam yang lalu :-

FAM tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.-Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata

MENJAWAB TUDUHAN JAHAT DR MASYITAH TERHADAP PAS

Dalam Utusan Meroyan semalam, Dr Masyitah mendakwa bahawa PAS celaru apabila tidak menyokong HIMPUN. Bagi menjawab dakwaan Dr Masyitah tersebut, dipaparkan hujjah-hujjahnya berikut..

JAWAB DR MASYITAH TENTANG PENDIRIAN PAS TERHADAP HIMPUN
(Ustaz Wan Ji)


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA ADALAH KPI RAKYAT TERHADAP KERAJAAN

(26 Oktober 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak rakyat menilai kembali tahap kecekapan dan keberkesanan kerajaan mengurus tadbir negara ini. Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan pada 24 Oktober 2011 menunjukkan kerajaan Malaysia sudah jauh daripada berupaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.

Disebalik pembentangan Bajet ‘gula-gula’ Pilihanraya 2011, yang dianggap ramai sebagai Bajet rakyat kerana banyak peruntukan one off untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya. Tidak hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempohari.

Daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai Kementerian serta agensi kerajaan. Antara yang dilaporkan adalah RM 160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan.

Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar. Antaranya Laptop dan pencetak dibeli dengan harga RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 iaitu 246% lebih mahal, LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182 iaitu 638% lebih mahal, Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 iaitu 478% lebih mahal, Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827, 1893% lebih mahal, Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940, 2805 % lebih mahal, Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561, 177% lebih mahal.

Majlis Sukan Negara pula mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73 291 orang petani. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

Selain itu, terdapat 8 Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan ialah RM 630.45 Juta.

Kesemua fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan kepincangan kerajaan. Ternyata saban tahun negara ditadbir oleh pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten. Amalan berboros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari ini. Harta rakyat seumpama harta ‘mak bapa’ mereka yang boleh diagih sesuka hati mereka.

Justeru, DPPWP mengharapkan rakyat menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai KPI dalam penilaian rakyat menjelang PRU ke 13 nanti. Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat mentadbir negara. DPPWP percaya Pakatan Rakyat berupaya membuktikan pengurusan yang lebh baik sebagaimana negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah buktikan dalam masa 3 tahun ini.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

CHOGM 2011: Malaysia Hantar Wakil Walau Tak Pernah Dijajah..?


Datuk Seri Najib Razak hari ini berlepas ke Perth, Australia untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang ini.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas.

Najib yang dijangka tiba di Perth malam ini, akan menghadiri lima mesyuarat dua hala selain menghadiri Forum Perniagaan Komanwel (CBF) pada Khamis dan tiga sesi pertemuan santai pada Sabtu dan Ahad.

CHOGM yang diadakan setiap dua tahun, menghimpunkan pemimpin dari negara anggota Komanwel bagi membincangkan isu berkaitan politik, krisis kewangan global, pembasmian kemiskinan, perubahan iklim, pembangunan mampan dan perkara lain.

Mesyuarat yang bertema 'Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global' itu berlangsung empat hari mulai esok. [ ]

Laporan Ketua Audit Negara: Dah lama kita kena kelentong rupanya..

By Naruto
http://1.bp.blogspot.com/-8A9SqY51iCI/TqWype207XI/AAAAAAAAFU0/tkDm826eDxE/s1600/2011-10-25_024621.png

Hari ini Prof Aziz Bari membuat ulasan yang kontroversi lagi. Pastinya insan-insan yang cuba mencari populariti singkat akan mengecam beliau lagi dengan alasan beliau memang tak sokong biru. Apapun, sejak lama mengikuti penulisan beliau, saya rasa Prof Aziz Bari memang suka bercakap mengenai bidang yang dia suka, iaitu Perlembagaan Malaysia. Ada sekali dia 'attack' kepimpinan PAS dulu. Itupun masih lagi dihubung-kaitkan dengan ruang lingkup Perlembagaan Malaysia.

Kali ini beliau memberi komen pula mengenai prosidur pembentangan Laporan Ketua Audit Negara seperti mana yang diperuntukan oleh Fasal 107 Perlembagaan Malaysia. Terus terang saya katakan, memang selama ini saya tak pernah ambil pusing tentang peruntukan ini walaupun naskah Perlembagaan Malaysia yang saya beli semasa di universiti dulu dahpun dipenuhi habuk. Itulah fakta kebanyakan orang kita. Kebanyakannya berfikiran setelah lebih 50 tahun kemerdekaan, takkan kerajaan Malaysia masih lagi melakukan kesalahan didalam prosidur pentadbirannya.

Kata Prof Aziz Bari yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. "Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Kepada pembaca yang ingin memahami isu ini dengan lebih lanjut, hal-hal berkaitan kewangan negara diperuntukan dibawah Bahagian VII kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu PERUNTUKAN KEWANGAN. Terdapat 22 Fasal di dalam bahagian ini dimana Fasal 96 hingga Fasal 112 diletakan dibawah Bab 1 - Am. Manakala Fasal 112A hingga 112D diletakan di bawah Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak. Fasal 112E telahpun dimansuhkan.

Isu-isu berkaitan audit negara diletakan dibawah Fasal 105 hingga Fasal 107 iaitu:
Fasal 105. Ketua Audit Negara
Fasal 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
Fasal 107. Laporan Ketua Audit Negara

Fasal 107 menyatakan:

Laporan Ketua Audit Negara

107.(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

107.(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Amalan yang dipraktiskan oleh kerajaan selama ini sepertimana yang dilaporkan dalam Malaysiakini adalah, "Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan."

Membaca peruntukan Fasal 107, saya tak rasa kenyataan Tan Sri Ambrin Buang seperti yang disiarkan menepati maksud yang dikehendaki oleh Fasal ini. Saya tidak mahu mempengaruhi pembaca tentang pemahaman saya tetapi saya rasa semua pembaca boleh memahami sendiri apa yang Perlembagaan kita mahukan dan apa yang telah kerajaan selama ini buat.

Meminjam kata-kata seorang kounselor ternama di negara kita, "renung-renungkanlah..... "

BN parti 'rojak' dan 'sayur'

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

SIDANG Parlimen yang bermula awal Oktober lepas, bermula dengan hambar dan kelam kelibut. Kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidakhttp://nonya-cooking.webs-sg.com/images/rojak_mixed_vegetable_salad.jpg mampu menyusun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), Usul mahupun Belanjawan dengan cermat.

Umno-BN seolah-olah diburu bayangan hantu apabila, selepas sehari menarik balik RUU Kg Baru 2010, dikemukakan satu RUU baru dan diluluskan dengan amat tergesa-gesa sehingga Ahli-Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat tidak sempat menelitinya terlebih dahulu.

Begitu juga pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kebiasaannya MP dibekalkan dengan buku belanjawan, beserta dengan Laporan Audit Negara, untuk dibahaskan bersekali. Namun kali ini semua peraturan itu dilanggar dan tidak dipatuhi, semata-mata kerana mereka masih mempunyai kuasa majoriti.

Parlimen bukannya sekolah rendah kebangsaan. Sekolah pun ada silibus, ada homework yang diberikan lebih awal untuk murid-murid membuat persediaan. Parlimen tidak harus jadi lebih cacamerba dari sekolah umum buta huruf.

Parlimen adalah sebuah institusi yang tinggi integritinya. Kesucian dan kemuliaannya harus dipertahankan kerana ia merangka, merencana serta menentukan dasar-dasar negara.

Mana mungkin sebuah institusi semulia Parlimen 'dibulldoze' sesukahati ikut sedap hati penguasa yang rakus. Kerakusan penguasa dalam membentang dan meluluskan apa-apa usul di Parlimen khususnya dalam soal Kg Baru, hanya menyerlahkan sikap tamak haloba mereka untuk menjarah harta rakyat.

Umno-BN meminda RUU dan akta, membentangkan Belanjawan secara terburu-buru serta tidak rasional. Seolah-olahnya mereka hendak cepat-cepat mencari dana menampung belanja pilihan raya.

Soal tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi menjadi perbualan hangat. Ada yang kata bulan Disember selepas musim haji. Ada yang kata selepas Hari Raya Cina, Februari atau Mac tahun hadapan.

Hakikatnya, pada bila-bila masa pun Umno-BN harus gamble. Mereka sedar, tiada lagi majoriti dua pertiga. Itu dah jadi mimpi. Yang mereka pening sekarang, ialah cuba mencari formula bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan simple majoriti.

Kebimbangan BN terpancar dari perbualan beberapa orang MP BN di satu sudut Parlimen sewaktu rehat. Sambil-sambil menghirup kopi, mereka berbicara tentang masa depan mereka.

"You ingat selepas PRU ini kita masih ada di sinikah?" tanya MP A dari Umno kepada rakan-rakannya.

"Tak taulah, report dari bawah (rakyat) pun macam tak ok, hari tu TPM (Muhyiddin Yassin) turun kat bahagian aku, report kelabu lagi" jawab MP Umno yang lain.

"Aku ingat kerusi Umno ok, parti komponen lain (MCA, MIC, Gerakan) mana boleh jamin," getus MP A tadi.

"Sebab itulah kita minta you orang sikit rasional, kalau tak boleh menang, kasi sama Umno," kata MP Umno lain kepada MP-MP bukan Melayu di situ.

"Haiya, mana boleh itu macam kawan, kita dalam BN mau kasi sama peluanglah," kata MP B dari MCA.

"Betul tu, kitakan 1Malaysia, kita mesti tolong-menolong, kasi hak (kerusi sama) bukan Melayu," kata MP C dari MIC.

"Patut you orang kuat dalam komuniti sendiri. Macam Umno kuat dalam kawasan Melayu. Ini MCA mau lari, Gerakan mau lari, macam mana BN boleh menang," getus MP A, merujuk kepada hasrat Presiden Gerakan dan MCA untuk mencari kerusi selamat.

"Jangan itu macam kawan, kalau macam tu MIC mana ada kerusi majoriti India," getus MP C.

"Itu sebab Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) cakap, parti komponen BN kena rasional, kalau tak boleh menang, kasi kerusi sama Umno la," kata MP A, menegaskan hujah.

"You orang la kena kuat, tarik Cina, India sokong balik BN," getus MP Umno yang lain.

"Haiya kawan, macam mana mau tarik Cina. You Umno sekejap 1Malaysia, sekejap 1Melayu, macam rojak. Susah ini macam maa, Cina lari la," kata MP B sambil berdengus.

"Betul tu, bila polisi Umno sudah macam 'rojak', MCA, MIC, Gerakan jadi 'sayur' lah, habis tak ada future," kata MP C bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun perbualan yang hampir menjadi panas itu terhenti seketika. Masing-masing terdiam apabila loceng masuk ke dewan jam 2.30 petang berbunyi.

Masing-masing bangun perlahan-lahan dari tempat duduk, seperti orang kemalasan, bergerak perlahan-lahan menuju ke dewan. Masing-masing meninggalkan tempat duduk dengan persoalan masa depan yang bersarang di kepala.

Pening memikirkan masa depan diri, masa depan parti yang sudah menjadi 'rojak' dan 'sayur'.

Barangkali mereka sudah mula menerima hakikat bahawa pada sidang hadapan, belum tentu kerusi empuk yang bergelar Ahli Dewan Rakyat, menjadi milik mereka lagi.

Apabila telaga minyak kering

Oleh NURUL IZZAH

“Salam sejahtera. Saya seorang rakyat Malaysia. Saya cintakan negara kita. Malaysihttp://3.bp.blogspot.com/_dbdAH1baw1U/TIaU0vhENuI/AAAAAAAACQ4/tn_nuKPEks4/s400/nurul+izah.jpga cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kita tahu apa masalah ini. Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah, apa pun terjadi Malaysia ini negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. Ingatlah walau apa pun terjadi, negara ini adalah negara anda. Ia negara kita. Malaysia perlukan kita semua.”

Itulah kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah dalam video Undilah yang diharamkan penyiarannya di stesen-stesen televisyen. Ini realiti sekarang tetapi hakikatnya, Malaysia cukup bertuah kerana kaya dengan pelbagai sumber asli, terutama minyak dan gas. Khazanah ini semestinya digunakan untuk manfaat rakyat generasi ke generasi.

Sebaliknya, ia diguna untuk keuntungan pihak terpilih di mana dalam generasi ini jika tidak ada perubahan dasar dan amalan pengurusan yang strategik, rakyat akan terus menjadi mangsa kepada apa yang Perdana Menteri sebutkan sebagai perangkap sumber asli (resource trap) atau sumpahan sumber (the oil curse) - di mana negara-negara yang kaya dengan sumber minyak akan lebih autokratik, pembangunan ekonomi tidak seimbang dan jurang kemiskinan akan melebar.

Adakah negara kita termakan dengan sumpahan sumber ini? Pada hemat saya, memang negara kita menyaksikan bahana sumpahan sumber dalam penyalahgunaan pendapatan sumber minyak dan gas negara yang boleh dibahagi kepada lima, iaitu sebagai Sumber Ketirisan Ekonomi, Sumber Herotan Ekonomi, Sumber Pemborosan Belanjawan Kerajaan, Sumber Kewangan ‘Gelap’ dan Sumber Krisis Ekonomi Generasi Muda.

Pertama, Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini?

Kedua, Petronas diarah kerajaan menjadi penyumbang sumber herotan ekonomi. Subsidi gas dan petrol yang kurang saksama mencetus herotan ekonomi di mana subsidi ‘tenaga’ dinikmati pelabur asing sebagai sumber kos rendah bila ditambah dengan kos buruh asing yang rendah akan terus memerangkap dan menjerut potensi peningkatan manufacturing value chain untuk negara - tidak seperti di Jepun, Korea dan Singapura di mana mereka ini miskin sumber asli tapi kaya sumber modal insan.

Ketiga, Petronas menjadi telaga buta kewangan untuk belanjawan boros kerajaan. Sepatutnya hasil khazanah negara digunakan secara bijak seperti di Norway yang menubuhkan Tabung Hasil Minyak Negara untuk menabung bagi generasi masa depan apabila sumber minyak habis. Tabung negara Norway hanya membenarkan empat peratus hasil pendapatan minyak (bukan 40 peratus seperti di negara kita) digunakan dalam belanjawan negara.

Keempat, Petronas menjadi sumber kewangan ‘gelap’ di mana segala akaun dan pengurusan kewangan syarikat tidak perlu dilaporkan kepada Parlimen untuk pengetahuan umum. Oleh demikian kita dapati sumber wang Petronas digunakan untuk pelbagai ‘projek khidmat negara’ seperti Malaysia Philharmonic Orhestra yang berbelanja tinggi, membina Putrajaya dengan kos berganda dan pelbagai projek mega yang membazir.

Kelima, lebih dari persoalan penyalahgunaan dan pengurusan tidak strategik sumber asli negara adalah apa yang akan berlaku apabila telaga minyak kering? Apakah ini akan cetuskan krisis ekonomi generasi muda kelak yang akan memperlihatkan negara bukan saja miskin sumber asli, tetapi modal insan kerana kurang tumpuan dan pelaburan pendidikan strategik ketika mewah?

Apabila telaga minyak kering, kerajaan terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti menambah pelbagai jenis kutipan cukai baru seperti GST, menaikkan yuran perkhidmatan kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, tol, tarif elektrik dan semua yang boleh dinaikkan sehingga beban rakyat berganda.

Oleh itu tidak terlambat untuk rakyat menuntut agar dasar dan pengurusan sumber minyak dan gas negara dipulihkan dengan bijaksana melalui dua pendekatan iaitu Petronas diletakkan di bawah kawal selia Parlimen dan keuntungannya digunakan 10 tahun untuk menjayakan gagasan revolusi pendidikan yang akan membina kapasiti daya saing rakyat.

Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak

Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

NONEMenurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

NONE“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

NONEKontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil

Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pemnbinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

NONE“Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

“Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan,” kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 nbanduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

NONELaporan itu membidas kelewatan dalam pelantikan kontraktor kedua, sebagai antara punca kenaikan kos.

Proses untuk melantik TSR Bina mengambil masa dua tahun dan tujuh bulan, dan sepanjang tempoh itu struktur bangunan termasuk besi dan kayu yang digunakan mulai karat dan reput.

Politik.... Melayu Serta Lucah

NGO: Politik lucah bukan falsafah budaya Melayu

Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang tergamak melemparkan dakwaan keji serta menjijikan berbentuk seksual bagi menamatkan kerjaya politik lawan masing-masing.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak berkata permainan politik ini “desperado” itu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Lim guan eng at Buah Pala house handoverJusteru, katanya Pakatan Rakyat dan BN akan saling menuduh sesama sendiri.

Pakatan, sebagai contoh, katanya telah menuduh Umno sebagai dalang di sebalik dakwaan yang memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (berbaju hijau).

“Orang Melayu harus diyakini bahawa politik lucah dan porno bukanlah falsafah perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu di Malaysia,” kata Rahmad pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

“Sebagai sebuah NGO Melayu yang bertapak di Pulau Pinang dan berkecuali, kami dukacita dan rasa terhina sekiranya benar isu tersebut dimainkan oleh pemimpin politik Melayu.

Sudah muak

“Tak kira pemimpin ini datang dari parti politik Melayu manapun jangan sampai meletakkan martabat kemelayuan di peringkat yang terendah,” katanya.

NONERahmad juga menasihatkan pemimpin Melayu supaya jangan sampai kuasa politik mereka ditolak oleh orang Melayu sendiri atas kesilapan yang berlandaskan ketamakkan kuasa.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh penulis blog pro-Umno bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.

Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke (bawah, kiri), Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

NONEMenurut Rahmad, orang-orang Melayu juga sudah muak dan letih dengan permainan politik begini.

“Bagaimana soal ekonomi Melayu dapat dipertingkatkan jika sesama pemimpin Melayu gemar bermain politik?

“Jika benar pemimpin Melayu jadi dalang terhadap fitnah terhadap pemimpin Cina, (ini) bakal menjadi liabiliti politik yang (hanya akan) merugikan orang Melayu,” katanya.

Bukan tengok batang getah tapi perempuan bergetah

TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.

“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.

Tambahnya, sebahagian besar keluarga Melayu rasa tidak kisah jika pergi konsert buka, aurat dan pergaulan bebas, semuanya kerana selesa dengan pegangan Melayu itu Islam.

Bob Lokman berhujah demikian dalam forum wacana ilmu bertajuk ‘Belia: Antara Seni dan Maksiat’ sempena Karnival Belia Muslim di Taman Kubang Gajah di sini malam tadi.

Turut menjadi panel ialah Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman dan pendakwah Ustaz Mujiburrahman Ishak.

Menceritakan pengalamannya sebagai artis apabila ditanya oleh pengerusi majlis, Bob Lokman menyindir bahawa pakcik-pakcik yang bekerja menoreh getah tidak pernah naik syahwat apabila melihat pokok getah.

“Tapi saya bekerja sebagai pelakon banyak bergaul dengan perempuan. Maknanya saya bukan tengok batang getah tapi saya tengok perempuan yang bergetah yang boleh menimbulkan syahwat,” katanya sambil diiringi derai ketawa kira-kira 1,000 yang hadir.

Bob Lokman mengingatkan, budaya suka berhibur sehingga melalaikan (hedonisme) sebenarnya sengaja dicucuk oleh Yahudi ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari.

“Malangnya kalau dulu persembahan konsert dianjurkan syarikat perniagaan, tetapi sekarang ini konsert dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan parti pemerintah sendiri kerana nak ajak orang datang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Shahril Azman berkata jika kita mahu melihat bagaimanakah sesebuah negara pada masa akan datang lihatlah keadaan belianya pada hari ini.

“Jadi jika semua pihak mahu melihat negara baik pada masa akan datang maka semua pihak mesti berusaha menjadikan belia hari ini kekal baik.

“Namun Islam datang bukan untuk menyekat hiburan yang menjadi kegemaran naluri manusia, tetapi Islam datang untuk mengawal. Sebab itu kerajaan yang bertanggungjawab dia mesti kawal,” jelasnya.

Mujiburrahman pula berkata seni dan hiburan tidak salah tetapi telah dipesongkan cara berhibur dan pergaulan.

JPJ mai tang rakyat bukan main saman memanjang.. tapi mai depa..

Kenderaan JPJ guna tanpa kelulusan

SHAH ALAM - Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal mematuhi syarat penggunaan kenderaan ketika menjalankan operasi.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, terdapat kenderaan jabatan berkenaan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sarawak digunakan tanpa kelulusan pegawai kenderaan.

“Semakan audit mendapati buku log kenderaan dan buku rekod pergerakan kad inden minyak tidak diseleng-garakan dengan lengkap. Kad inden minyak dan kad Touch n Go tidak semuanya disimpan pegawai berkenaan.

“Salinan resit penyata pembelian minyak tidak disemak dan disahkan pembeliannya oleh pemegang kad inden tersebut,” katanya.

Menurutnya, walaupun prestasi pengurusan kewangan JPJ baik, masih ada kelemahan perlu penambahbaikan untuk dipertimbangkan.

“JPJ perlu melakukan penyeliaan rapi terhadap kerja pegawai bawahan yang terlibat secara langsung dengan urusan kewangan untuk memastikan peraturan kewa-ngan sentiasa dipatuhi.

“Pemeriksaan secara menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan setiap kelemahan dibangkitkan Jabatan Audit Negara dilakukan di bahagian lain memandangkan pengauditan dijalankan berdasarkan sampel dan skop tertentu sahaja,” katanya.[Sinar Harian]

23 ekor kuda tak patut dibeli: Audit

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) tidak sepatutnya membeli 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta untuk Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Antarabangsa (WEG) 2010 serta Sukan Asia 2010 di China, menurut Laporan Audit Negara 2010.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sepatutnya hanya beli enam ekor kuda dengan nilai RM1.98 juta.

Katanya, kuda itu terpaksa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), MSN Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable.

“Audit turut sangsi dengan pembayaran kepada satu �syarikat atas nama seseorang individu melalui rundingan terus tanpa pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan, perolehan kuda tanpa surat tawaran dan tiada jaminan pembekal.

“Institut Sukan Negara (ISN) memaklumkan kepada audit, perolehan kuda melalui ejen perseorangan dilakukan kerana kosnya lebih murah. Apapun, kami dapati hanya lima ekor kuda layak dibeli bertanding,” katanya.

Daripada itu, katanya, 18 ekor kuda bernilai RM3.94 juta sepatutnya tidak dibeli kerana gagal memenuhi syarat yang dikeluarkan oleh Persatuan Antarabangsa Ekuestrian kerana mengalami kecederaan dan menghadapi masalah teknikal.

Ambrin berkata, perkara ini terjadi kerana perbelanjaan penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 tidak dibentang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MSN dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

“Malah MSN sepatutnya melantik beberapa pegawai dan setiausaha untuk menentukan kesemua perbelanjaan sukan bernilai RM 21.70 juta, bukan dilakukan ISN.

“Audit yang dilakukan pada Oktober hingga Disember 2010 mendapati, pembayaran kepada persatuan sukan itu tidak disediakan dengan lengkap dan perbelanjaan kepada program WEC tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan,” katanya. [Sinar Harian]

Tolak segala fahaman yang menyesatkan

http://www.wartakedah.net/images/tuankusultan.jpg

ALOR SETAR, 25 Oktober - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bimbang melihat umat Islam hari ini yang berpecah dan berbalah sesama sendiri.

“Cukuplah berbalah dan berpecah kerana isu dan fahaman politik, janganlah berpecah lagi kerana sebab fahaman agama pula,” titah baginda ketika merasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman.

Baginda mengharapkan Majlis Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Mufti dan seluruh agensi agama mengambil berat dan sentiasa mengawasi supaya ajaran-ajaran yang bercanggah dengan pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah tidak dikembangkan di negeri Kedah ini.

“Semua agensi agama perlu mengenal pasti imam-imam, guru-guru agama, guru-guru tahmir, guru KAFA dan pendakwah yang giat di negeri ini hendaklah jangan sekali-kali terlibat sekiranya ada hendaklah diambil tindakan ke atas mereka,

“Beta amat berharap agar segala keputusan fatwa dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dipatuhi sepenuhnya oleh semua rakyat beta di negeri Kedah Darul Aman ini,” titah baginda.

Islam agama bersifat universal di mana risalah agama yang suci tidak khusus bagi sesuatu generasi atau kaum tertentu sahaja sebagaimana berlakunya kepada umat terdahulu sebelum kedatangan Islam.

Islam itu agama persaudaraan yang diikat melalui akidah yang satu, iaitu kepercayaan kepada Allah dan RasulNya serta seluruh intipati ajaran Islam itu sendiri.

“Perpecahan yang berlaku di negara-negara luar seperti Iraq, Pakistan, India dan beberapa negara yang mengalami krisis kehancuran sewajibnya menjadi pengajaran kepada kita. Sehingga kini kita dapat lihat Baghdad masih bermandikan darah kerana tiadanya persefahaman di antara penduduk Sunni, Syiah serta Kurdish di Iraq,” titah baginda.

Rentetan dari situ, umat Islam terpaksa menghadapi dua jenis musuh, dari luar iaitu golongan kuffar, manakala hari ini kita terperangkap pula dengan musuh dalaman iaitu golongan yang tidak beramal dengan Ahlussunnah Wal jamaah.

“Tidak cukup dengan musuh dari luar Islam, masih juga ada umat Islam yang bersifat hipokrit yang mencipta pendapat, bersandiwara dan bertopeng di sebalik agama untuk kepentingan diri sendiri.

“Di rantau Nusantara ini kefahaman agama dan tahap pendidikan di kalangan umat Islam kelihatan masih cetek. Apabila kita berpecah maka dengan mudah bagi musuh Islam menembusi ikatan akidah yang terbina melalui amalan yang dipelajari di sekolah, maktab atau pondok yang melalui asuhan persaudaraan dan kekeluargaan,” titah baginda di hadapan lebih 1000 guru-guru agama, pegawai-pegawai masjid serta pendakwah-pendakwah.

Titah baginda lagi, fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran Quran dan sunnah amat berbahaya kerana berpontensi memecah-belahkan masyarakat di samping holeh memesongkan akidah umat Islam.

“Kita tidak boleh membiarkan segala bentuk kefahaman dan perbuatan songsang berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi gejala-gejala mungkar di kalangan umat Islam,” titahnya.

Baginda kesal semenjak pasca perang salib berlaku perbalahan, bergaduh sesama sendiri, curiga dan tuduh menuduh dan mudah dilaga-lagakan termasuklah kerana permasalahan khilafiyyah.

Baginda menyeru umat Islam yang berbeza pendapat dan fahaman politik harus berpegang pada kiblat yang satu ini, betapa Islam mementingkan penyatuan dan menerima orang Islam sebagai saudara.

“Perkara wajib dilakukan bagi mengekalkan kuasa dan kedaulatan Melayu Islam, bukan sahaja setakat kuasa politik tetapi juga untuk membina keupayaan ekonomi dan pendidikan,” titahnya.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Paduka Rasli Basir dan Mufti Negeri Kedah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad.

Hadi puas hati prestasi Kedah


KOTA SARANG SEMUT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpuas hati dengan pencapaian Kedah malah menyifatkan Kerajaan Negeri berjaya mentadbir dengan baik walaupun sistem persekutuan tidak diamalkan secara telus di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, tindakan ini membuktikan bahawa sehingga kini Umno-Barisan Nasional (BN) masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

“Ternyata Kerajaan Negeri Kedah masih dapat menjalankan tugas dengan baik, dan apa yang penting ialah kita dapat memperkenalkan konsep kerajaan yang bersih dan amanah dan inilah perkara penting dalam amalan demokrasi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Abdul Hadi berkata, beliau yakin sekiranya pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara telus dan adil, Pas bukan sahaja berupaya menambahkan bilangan kerusinya di Kedah tetapi juga dapat menawan negeri lain.

“Malah pada pilihan raya umum sebelum ini, Pas berjaya meletakkan wakil di semua negeri selain Sabah, Sawarak dan Melaka.

“Bagaimanapun, saya berpesan agar seluruh ahli tidak terlalu yakin. Yang penting kita perlu bergantung kepada kerja, kesungguhan dan kekuatan diri sendiri, bukan mengharapkan kelemahan yang ada pada parti lawan,” katanya.[Sinar Harian]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...