TERKINI :

Tuesday, October 25, 2011

Oit shahrizat, pulangkan balik wang rakyat berjumlah rm73.64juta sekarang.

Tak guna.

Dah kalah dalam PRU pun boleh diberikan tempat dalam kerajaan. Kalau boleh buat kerja dengan cekap dan jujur takpe. Orang takan kesah. Tapi setakat buat kerja depan tv dan bermusim sambil songlap dan pelingkup wang rakyat nak buat apa?

Si shahrizat neh rupanya dah makan wang rakyat sebanyak rm70juta ++. Dia songlap secara berjemaah anak beranak keluarga suku sakat sebab orang kata tak baik makan sorang. Kedekut. Kita kan family. Apa salahnya sama2 share songlap menyonglap.

1. Pada tahun 2008, kementerian asas tani blablablab telah meluluskan satu projek usahasama dengan kerajaan negeri, n9 [JV] dalam satu projek perternakkan lembu. Kira nya macam neh. Kerajaan pusat bagi duit, kerajaan negeri bagi tapak, usaha dan blablablab dan mereka akan tubuhkan satu syarikat dan jv dengan mereka2 yang berpengalaman dalam bidang neh untuk meraih keuntungan.

2. Tujuan nya ialah untuk meningkatkan kualiti daging tempatan, mengurangkan import daging lembu, meningkatkan penghasilan daging tempatan sekaligus merendahkan harga daging. Selain dari itu, projek neh sepatutnya membantu menambahkan jumlah bilangan perternakkan lembu.

3. Maka dengan itu kementerian asas tani blababla jv dengan kerajaan negeri dan satu syarikat lain di bawah syarikat NFC corporation. Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd ialah syarikat yang terpilih dalam usahasama neh. Kenapa syarikat neh? Ada pengalaman ka? Lantikan? Rundingan? Tender terus? Tender terbuka? Atau pemilihan yang dibuat berdasarkan kepada syarat dan kriteria tertentu? Atau pasal dia syarikat suami si shahrizat?

4. Okey2, katakanlah syarikat si shahrizat dan laki dia neh memang layak mendapat projek neh. Tapi sekarang projek neh dah lari dari matlamat. Ikut pelan asal sepatutnya menjelang tahun 2015 sebanyak 60,000 lembu ternakan mesti dibiakkan. 8,000 ekor lembu setahun. Tapi ia gagal mencapai sasaran. Setakat neh hanya 3,289 ekor sahaja lembu ternakan yang berjaya dihasilkan di bawah projek neh.

5. Apa yang disasarkan dalam projek neh menemui kegagalan. Ianya kacau bilau. Itulah yang dikatakan oleh jabatan audit negara. Kacau bilau satu hal. Tak mencapai sasaran satu hal. Menyumbang kepada kerugian berjuta2 ringgit satu hal. Sebab bila gagal penuhi sasaran pada tempoh yang ditetapkan sudah pasti akan meningkatkan kos.

6. Antara faktor penyumbang kepada kegagalan neh ialah syarikat pengendali utama projek neh Lamberts Agricultural Trade M Sdn Bhd telah menarik diri daripada terlibat dalam projek neh. Kenapa dia tarik diri? Tah.

7. Selain itu, mereka juga bagi alasan faktor kegagalan tersebut adalah disebabkan kerajaan pusat gagal menyiapkan beberapa kilang seperti pusat penyembelihan yang boleh menyembelih sehingga 350 ekor anak lembu sehari, kilang proses makanan haiwan ternakan, kilang biogas untuk memproses sisa dari pusat penyembelihan.

8. Bagi aku, ko nak ternak lembu banyak2 patut takde hal. Pasal kerja ko ternak kan? So ko kena lah ternak je. Pasal ko dah dapat duit untuk ternak. Kalau tak cukup tempat untuk simpan lembu disebabkan kegagalan kerajaan dalam projek yang lain itu isu lain. Tapi sekarang isunya ko sendiri dah gagal mencapai sasaran dalam ternakan. So nak blame benda lain buat apa?

9. Tak cukup tempat untuk sembelih lembu? Takde hal. Bina lah sendiri. Sepatutnya dari awal lagi kena fikir kat mana nak sembelih lembu, proses lembu, bahan buangan sisa sembelihan dan sebagainya. Dah siap satu persatu facility barulah boleh move on to other plan. Ini tidak. Itu tak siap dah sibuk buat neh. Sudah nya menjadi ganguan dan kerugian. Last2 menyusahkan orang lain.

10. Selain dari itu NFCorp neh juga diterajui oleh shahrizat, suami dia dan anak beranak dia. Dorang bukan setakat terajui NFCorp, dorang juga terlibat dalam projek memasarkan daging lembu di bawah label gemas gold. Gemas gold juga menjadi menu utama di beberapa restoran milik keluarga mereka.

Herm. Interesting. Ko dapat duit untuk ternak lembu. Ko dapat duit untuk sembelih lembu. Ko dapat duit untuk proses daging lembu. Ko dapat duit untuk jual sisa sembelihan. Ko dapat duit untuk pasarkan daging lembu. Dan ko dapat duit bila jual hidangan lembu di restoran yang mungkin juga modalnya datang dari rakyat.

Satu lagi benda yang buat aku confuse ialah kenapa syarikat si shahrizat neh terpilih dalam jv untuk projek neh dan mereka pula dilantik untuk mengetuai syarikat jv under nama NFCorp? Siap anak beranak shahrizat lagi melepak berjawatan dalam NFCorp kenapa?

Jangan salah faham. Aku fikir juga. Kadangkala mereka mungkin layak. Mungkin sebab mereka memang boleh buat kerja dan berpengalaman. Tapi ikut dari info yang aku dapat ialah duit pelaburan dari rakyat tidak dapat kepada rakyat pun? Keluarga shahrizat yang kaya raya. Mereka ada cawangan restoran bagai. Mereka juga gagal mencapai sasaran dalam projek nasional ternakan lembu tapi still tidak perlu hadapi apa2 tindakan.

Sepatutnya dalam projek2 macam neh bila syarikat lantikan gagal penuhi matlamat yang dipersetujui, kerajaan tak boleh duduk diam hihi haha je. Kena saman. Kena persoalkan. Kena amek tindakan. Baru adil. Walaupun ramai gak yang akan marah pasal apa si shahrizat neh layak dapat tender kerajaan walhal dia seorang menteri? Tang mana satu ada undang2 yang menteri layak dapat tender? Aku pun tatau. Jangan tanya aku. Tanya umno. Depa yang songlap duit kita.


Ameno : Lagi satu projek bakolsampahkan wang rakyat.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/10/oit-shahrizat-pulangkan-balik-wang.html#ixzz1bnBgpGVT

'Tak perlu menang parlimen untuk laksana hudud'

Salhan K Ahmad

Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

"Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya.

Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

"Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN supaya menimbangkan hasrat kita.

"Kita tidak perlu tunggu pilihan raya. Kalau sekarang dia bagi laluan, tidak ada masalah," katanya lagi.

Terdahulu, dalam wacana "Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya" itu, Mohd Amar berkata masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah kerajaan BN yang tiada tekad politik untuk menjayakan hudud.

"(Sedangkan) kita bukan minta untuk laksanakan di Malaysia tetapi supaya buka laluan supaya boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya.

Tanpa pindaan perlembagaan

Malah, kerajaan negeri juga telahpun memulakan kajian untuk membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan.

Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk kerajaan negeri bagi usaha itu dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan, katanya lagi.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pertemuan diadakan di antara menteri besar dan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.

"Kita nak tengok penemuan oleh jawatankuasa teknikal. Bila jawatankuasa dah (kenalpasti masalah), masa itu baru Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh jumpa dan berbincang dengan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Sekarang ini belum ada (perkara) untuk bincang nak jumpa buat apa?" katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Jelasnya, Kelantan mengambil sikap berhati-hati dalam isu ini kerana telah diancam oleh kerajaan persekutuan pada 1993 apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Katanya, perdana menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam untuk mengambilalih kerajaan Kelantan melalui undang-undang darurat.

Ridhuan Tee belum nampak kesediaan

"Maka kita bimbang juga. Kita pernah ada pengalaman dengan Umno mereka pernah 'memagerankan' Kelantan tahun 1978 dulu.

"Sebab itu kita freekan gear. Tapi kita tak matikan enjin. Sebab itu kita rasa lepas pilihan raya itu lampu akan jadi hijau," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam majlis wacana berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut mengulas mengenai peranan kerajaan pusat dalam pelaksanaan hudud.

Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN).

"Tapi kalau bertanya kepada individu itu, saya rasa tidak ada yang menolak dengan jelas hukum Islam ini.

"Saya yakin orang Islam yang mengucap syahadah ini menerima undang-undang ini. Cuma mungkin ada kekangan tertentu, maka timbullah kenyataan sedemikian," katanya lagi dalam sidang media sama.

Seorang lagi anggota panel dalam majis wacana berkenaan ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip.

Najib Cancel turun UIA..mungkin takut dengan gelombang Aziz Bari...

Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar

October 25, 2011

KUALA LUMPUR,25 Okt — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut untuk berhadapan dengan perkembangan semasa dengan sanggup membatalkan kunjungan saat-saat akhir ke pusat pengajian tinggi itu.

Berdasarkan jadual asal Najib sepatutnya mengadakan lawatan ke UIA bagi menyempurnakan final debat Piala Perdana Menteri antara universiti malam ini.

Ekoran demonstrasi Jumaat lalu, SMM merancang untuk meneruskan protes dengan menyerahkan memorandum kepada Najib (gambar) hari ini.

Dalam satu kenyataan pagi ini, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

“SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari,” kata beliau merujuk kepada isu menyelubungi Aziz.

UIA sedang menyiasat Aziz berhubung kentataannya menyentuh titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Banyak pihak mengkritik tindakan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab dengan menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu.

Beberapa jam selepas Aziz menjawab surat tunjuk sebab petang semalam, UIA menarik balik penggantungan tugas dan beliau diminta lapor diri hari ini.

Jumaat lalu, sekitar 700 pelajar mengadakan demonstrasi di kampus UIA mendesak tindakan ke atas Aziz ditarik balik.

Dalam kenyataan hari ini, Syukri berkata, demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung.

“Kami menjangkakan, (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hishammuddin Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri,” kata beliau.

Ucapan Hari Depavali dari MB Kedah



tudia tutuh RM1.6juta....Risda tengok saja....

Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman

October 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Risda Plantation Sdn Bhd diarah mengambil tindakan undang-undang ke atas tujuh kakitangannya — pegawai pembeli — yang tidak memulangkan RM1.16 juta, yang disalurkan untuk tujuan pembelian komoditi, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, semakan mendapati wang pendahuluan RM1.16 juta itu untuk pembelian komoditi yang diberi kepada tujuh kakitangan Risda Plantations antara 2001 dan 2005 tidak dipulangkan.

“Pihak Audit berpendapat Risda Plantation perlu mengambil tindakan sivil terhadap tujuh kakitangan untuk menuntut semula wang pendahuluan tersebut,” kata laporan itu.

Laporan itu menambah kes itu membabitkan enam kakitangan cawangan Kuala Kangsar, yang dikesan pada 201 dan seorang lagi di cawangan Machang yang dikesan pada 2005.

Risda Plantation didaftarkan pada 1 Ogos 1996 dengan Risda memegang ekuiti 70 peratus sementara Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad memegang ekuiti 30 peratus. Ia ditubuhkan untuk meneruskan program tanam semula getah dan sawit pekebun kecil secara komersial di bawah pendekatan pengestetan.

Ia menguruskan ladang seluas 76,000 hektar kebun getah dan sawit.

Menurut penjelasan digariskan dalam laporan itu, peguam telah dilantik untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut semula wang pendahuluan tersebut bagi kes staf cawangan Kuala Kangsar dan bagi kes staf cawangan Machang.

Bagaimanapun katanya, seorang staf dari cawangan Kuala Kangsar telah meninggal dunia dan tiada sebarang perjanjian dibuat yang boleh mendakwa warisnya.

“Kes cawangan Kuala Kangsar telah melebihi had masa iaitu enam tahun, oleh itu walaupun kesemua kes telah difailkan, hanya satu kes diteruskan sebagai percubaan.

“Sekiranya kes ini boleh dimenangi, syarikat akan membawa lima kes yang berikutnya,” kata laporan itu lagi.

Perbicaraan kes tersebut telah dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 22 Ogos lalu, tetapi hakim telah menangguhkannya sehingga 31 Oktober ini.

Laporan itu menambah, bagi kes membabitkan cawangan Machang, staf terbabit telah berhenti kerja dan belum dapat dikesan.

“Peguam yang dilantik sedang berusaha mendapatkan alamat terbarunya. Bagaimanapun surat tuntutan telah dikeluarkan dengan menggunakan alamat lamanya,” kata laporan itu lagi.

Laporan itu menambah, kakitangan Risda yang terlibat sebagai pegawai pembeli telah ditamatkan tempoh pinjaman dan penempatan di anak syarikat Risda Plantations dan diarah bertugas balik agensi induk.

“Seterusnya jawatankuasa tatatertib pusat Risda yang bermesyuarat pada 13 November 2006 telah menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas mereka.

“Jawatankuasa Rayuan yang bermesyuarat pada 13 Mac 2007 telah mengubah hukuman tersebut kepada hukuman turun tiga kenaikan gaji selama 36 bulan,” katanya lagi.

Bantuan RM500 tidak ikhlas?

Majdan Dagang

'Rumah siap pahat berbunyi', mungkin itulah peribahasa yang sesuai digunakan terhadap pembentangan belanjawan 2012 yang baru berlalu.

Pengumuman kerajaan bahawa setiap keluarga yang pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah akan diberi RM500 pada akhir tahun ini dinilai daripada pelbagai sudut oleh rakyat, ada yang gembira dan ada yang tersenyum sinis.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pemberian tersebut adalah salah satu usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion.

Selain syarat pendapatan tersebut, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan pemberian RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit.

Tidak ketinggalan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

Dari satu sudut, memanglah, rakyat wajar mengalu-alukan pemberian seumpama itu. Sekurang-kurangnya dapat membebankan sedikit golongan sasaran.

Namun berdasarkan syarat-syarat yang diserikan, pasti akan ada golongan sasaran yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Yang pertama, syarat jumlah pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Syarat seperti ini bakal menidakkan hak sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan lebih sedikit daripada syarat tersebut. Bagaimana jika pendapatannya RM3,100? Adakah layak menerima bantuan ini?

Perincian syarat-syarat keluarga yang menerima bantuan ini akan menimbulkan pelbagai perbahasan lain, seperti; keluarga yang mempunyai lima orang anak yang bersekolah dan berpendapatan RM,3100 tentunya lebih layak menerima bantuan berbanding keluarga yang berpendapatan RM2,950 yang hanya menanggung seorang anak bersekolah. Jika syarat-syarat itu terlalu khusus dan ketat, maka makin ramailah rakyat yang tidak puas hati dengan dasar kerajaan tersebut.

Yang kedua, bakal penerima mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagaimana pula nasib rakyat lain yang tidak berdaftar tetapi pendapatan isi rumah mereka di bawah RM3,000? Golongan yang ramai berada dalam kelompok ini tentulah rakyat luar bandar yang bekerja sendiri – apakah mereka ada menerima bantuan dalam bentuk lain? Amat malang jika akhirnya kelompok inilah yang paling malang kerana terpinggir dan dipinggir secara terhormat oleh pemerintah.

Sehingga kini, kelompok inilah yang sering diabaikan dalam setiap kali belanjawan dibentangkan. Mereka hanya mendengar jumlah peruntukan yang berbilion ringgit untuk rakyat luar bandar, hakikatnya pengumuman itu terbang dibawa angin dan lesap begitu sahaja – hampir setiap tahun. Janji-janji manis itu sekadar menyedapkan telinga dan pengharapan yang tidak pernah kunjung tiba. Rakyat luar bandar masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek terutama dari segi pembangunan.

Yang ketiga, jumlah pemberian tersebut tidak memadai dengan peningkatan kos sara hidup masa kini. Pemberian itu sememangnya diterima dengan tangan dan hati yang terbuka. Hal ini kerana, wang tersebut datangnya daripada pelbagai jenis cukai. Realiti suasana kos hidup yang tinggi pada hari menjadikan jumlah tersebut sangat kecil nilainya.

Sudahlah penerima dikenakan syarat-syarat yang menyukarkan, jumlah tersebut kurang pula dengan nilai semasa. Pada masa yang sama pemberian tersebut tidak menyeluruh dan mungkin menyebabkan jurang antara rakyat dan kerajaan semakin menjauh.

Dalam hal ini, masih ada cara yang lebih mudah dan semua rakyat mendapat manfaatnya. Rakyat tidak perlu dikenakan apa-apa syarat dan kerajaan tidak perlu bersusah payah menggerakkan agensi di bawahnya untuk membuat kerja-kerja tambahan.

Yang rakyat keseluruhan mahu bukan sekadar pemberian tersebut, tetapi yang lebih penting ialah penurunan kos sara hidup. Jika kerajaan dapat menurunkan harga minyak dan gas ke tahap yang sewajarnya, maka segala kos barangan lain akan turut turun. Apabila semua nilai barangan dapat direndahkan, maka dengan sendirinya nilai pendapatan rakyat akan tinggi.

Tidak perlulah rakyat disogokkan dengan pemberian “wang ehsan” tersebut. Apabila kos hidup tidak tinggi, dengan pendapatan isi rumah RM3,000 rakyat mampu memiliki rumah teres, kenderaan, dan menanggung persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Itu lebih baik daripada bersusah payah memperjuang gaji minimun. Hal ini kerana, perjuangan menuntut gaji minimum tidak akan habis-habis selagi kos sara hidup meningkat dan terus meningkat.

Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu

Zulhazmi Shariff

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

Demikianlah prosedur sesuatu Rang Undang-Undang menjadi Akta yang akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang. Selagi tidak diluluskan dan tidak diwartakan, sesuatu Akta tidak mempunyai apa-apa kuasa penguatkuasaan. MALANGnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) nampaknya tidak mempedulikan semua prosedur ini lantaran kegelojohan mereka ingin menjarah tanah Kampong Bharu milik orang-orang Melayu yang dijamin oleh Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 (Malay Agricultural Settlement Enactment 1950).

Pada 19 Oktober 2011, KWPKB telah mengadakan suatu perjumpaan tertutup di antara KWPKB dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kampong Bharu dan juga Lembaga Pentadbir Kampong Bharu (Lembaga MAS) serta Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kampong Bharu. Perjumpaan tertutup tersebut diadakan di Aras 7 Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada sidang media selepas perjumpaan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan bangganya memaklumkan bahawa KWPKB akan menubuhkan suatu pasukan interim dengan peruntukkan geran sebanyak RM15 juta bagi memulakan kerja-kerja awal pembangunan Kampong Bharu. Beliau dilaporkan berkata “Justeru tak kan kita nak tunggu selesai baru nak bangunkan kawasan itu”.

Kegelojohan amat ketara di pihak Menteri yang tidak sabar-sabar hendak masuk ke Kampong Bharu meneroka tanah orang Melayu sedangkan pemilik dan pewaris tanah masih belum mendapat maklumat pembangunan bagaimana akan dilakukan oleh Kerajaan. Malah pemilik dan pewaris juga tiada pengetahuan tentang cadangan ini. Kementerian hanya mengambil pandangan NGO-NGO yang disebutkan terdahulu iaitu PAKAM (Persatuan Anak-Anak Kampong Bharu) dan PPKB (Persatuan Permbangunan Kampong Bharu) yang kedua-duanya tiada sebarang lokus untuk mewakili pemilik dan pewaris tanah. Siapa NGO-NGO ini yang beriya-iya benar hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sedangkan selama ini mereka hanya ibarat “hidup segan mati tak mahu”? Mereka hanya muncul apabila cadangan pembangunan ini disebut-sebut oleh Menteri. Ada udang di sebalik batu kah mereka ini?

KWPKB, walau pun sedar RUU PPKB 2011 masih belum diluluskan oleh Dewan Negara dan masih belum dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agong untuk diperkenan malah lebih jauh lagi masih belum diwartakan, begitu gelojoh telah menimbang-nimbang melantik suatu pasukan interim dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM15 juta bagi kerja-kerja awal. Sekali lagi jelas begitu gelojohnya mereka. Rang Undang-undang belum pun diluluskan, mereka sudah berkira-kira untuk meneroka tanah orang Kampong Bharu.

Peruntukkan geran RM15 juta tersebut juga menimbulkan persoalan. Bagaimana peruntukkan geran tersebut dibuat? Peruntukkan RM15 juta tersebut disalurkan kepada siapa? Pasukan interim yang dimaksudkan belum ditubuhkan tetapi dimaklumkan bahawa sebanyak RM9 juta daripada peruntukkan tersebut telah digunakan. Bagaimana peruntukkan tersebut digunakan? Siapa yang membelanjakan RM9 juta peruntukkan tersebut? Adakah Kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau NGO-NGO tersebut? Jika peruntukkan RM9 juta telah digunakan sebelum pembentukkan pasukan interim dan pembentukan Perbadanan, maka kenapa perlu disebutkan?

Pengumuman penubuhan suatu pasukan interim ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa KWPKB telah mendahului Parlimen dan Yang Dipertuan Agong. Bagaimana boleh ditubuhkan dan diwujudkan suatu pasukan bagi menjalankan sesuatu tugasan dengan peruntukkan kewangan sedangkan Akta yang mengawal Perbadanan yang dimaksudkan masih belum diluluskan? Adakah ini cara Kerajaan mentadbir negara? Perundangan masih belum diluluskan dan belum dikuatkuasakan tetapi peruntukkan telah dibuat malah telah pun dibelanjakan? Ini jelas suatu tindakan menghina institusi Parlimen dan institusi Istana malah suatu tindakan yang melanggar perundangan negara.

Menteri juga menyatakan bahawa pihak Kementeriannya sedang dalam perbincangan bersama NGO-NGO dan GLC-GLC berkaitan tentang bentuk pembangunan yang akan dilakukan di Kampong Bharu. Sekali lagi jelas menunjukkan bahawa hak pemilik dan pewaris tanah tidak diambilkira malah diketepikan begitu sahaja. Pembangunan Kampong Bharu hanya mengambilkira pandangan NGO dan GLC sedangkan mereka ini tiada apa-apa kepentingan langsung berbanding pemilik dan pewaris tanah. Adakah pemilik dan pewaris tanah dilibatkan di dalam perbincangan pembangunan? SILA AMBIL PERHATIAN bahawa tanah yang hendak dibangunkan itu adalah milik pemilik dan pewaris tanah, bukannya milik NGO atau GLC. Bagaimana jaminan yang diberikan Menteri sebelum ini bahawa hak pemilik dan pewaris tanah diambilkira sedangkan pandangan hanya diambil daripada NGO dan GLC? Sekali lagi nyata dan terang bahawa semua jaminan yang disebutkan sebelum ini hanyalah omong kosong sahaja.

Kenapa begitu gopoh dan gelojoh hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sehingga pemilik dan pewaris tanah tidak diberikan maklumat terperinci tentang Rang Undang-undang dan bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan? Pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu seharusnya sedar dan membuka mata dengan tindakan gelojoh dan gopoh pihak-pihak ini. Jangan biarkan tanah milik orang Melayu dan harga diri orang Melayu diperkudakan pihak-pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan mereka semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan hidup dan maruah bangsa.

Penulis adalah Penasihat Undang-Undang Sekretariat Pembangunan Kampung Baru.

SYABAS JANGAN AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR


Saya menyokong tindakan MB Selangor melantik dua firma audit untuk menyiasat kewangan SYABAS.

Tindakan SYABAS seminggu dua ini cukup-cukup melampau. Begitu beriye-iye SYABAS menyokong projek Langat 2 sehingga sanggup berbohong dan menipu.

SYABAS berkata sekiranya projek Langat 2 tidak siap, maka Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014.

Padahal, mengikut kenyataan Lembaga Urusan Air Selangor, LUAS, bekalan air mentah di Selangor berada dalam keadaan normal dan tidak terjejas.

Soalnya sekarang, mengapa SYABAS sanggup menipu sebegitu sekali?

Adakah kerana SYABAS sudah kehabisan wang dan terpaksa bergantung kepada projek LAngat 2 untuk bekalan wang yang baru?

Apakah dgn gaji Pengerusi SYABAS sebanyak RM5 juta setahun, maka SYABAS boleh dikategorikan sebagai sebuah syarikat yang berhemah di dalam menjaga kewangan mereka?

Pada saya, adalah satu tindakan yang terbaik bagi kerajaan Negeri Selangor mengaudit SYABAS dan mendedahkan hasil audit kepada umum.

Sudah tiba masanya syarikat2 seperti SYABAS berhenti mengambil kesempatan ke atas rakyat Selangor.

Syukur kerana rakyat Selangor mempunyai kerajaan yang memihak kepada rakyat bukan kepada syarikat-syarikat korporat yang hanya mahu membuat keuntungan di atas kesusahan rakyat.

PENGUNDI DI SELANGOR

Masalah Tong Sampah Reput dan Busuk Sampah - Harap MKK, Ahli Majlis & YB Tg. Dawai dapat menolong

Assalamualikum YB,

kami di persimpangan Lorong Seri Tanjong 42 Taman Seri Tanjong 3 Sg Layar menghadapi masalahan berkaitan tong sampah diletakan di persimpangan menggangu lalulintas dan becak serta berbau busuk dan longkang telah tersumpat, dalam masa musim hujan dah sebulan kami banyak sangat menghadapi masalah, mohon pihak YB bertidnak dan beri kepedulian segera..

UMNO Kedah sembang SEX reti laa..apa kata mai sembang FAKTA & DATA nie..??



lihatlah dunia.....BN baguih kaaa PR yang baguih perintah Kedah..kalau sikit2 sembang SEX SEX SEX itu yg depa reti..apa kata kita sembang FAKTA & DATA..tengok sapa yg pandai memerintah..???

MURTAD : Lulus kat parlimen laa..dok kumpul dalam stadium bukan boleh buat apa..!!

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir.

Baguih jugak sekolah buat macam nie..!!

Guna CCTV pantau anak dalam kelas


Reuters

SEORANG ibu memantau pergerakan anaknya di dalam kelas tadika Pishtaz, Teheran pada 19 Oktober lalu.

TEHERAN, Iran - Sejumlah ibu bapa di sini memantau gelagat anak mereka di dalam kelas sebuah tadika menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tadika itu yang dikenali sebagai Pishtaz dilengkapi komputer untuk kanak-kanak pintar.

Ibu bapa boleh melihat aktiviti anak-anak mereka dari rumah menerusi CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di tadika itu seperti di dalam kelas dan taman permainan.

Tadika itu mendakwa menjadi perintis teknik pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. - Reuters

Komunis: Najib jangan bohongi rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.

“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.

Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.

Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.

Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.

Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.

“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.

Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.

“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?

“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.

Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.

Buat Penyokong Ganu & N9 - Jika hangpa rasa hebat ayuhh kita tunjukkan kuasa kita sebagai penonton..!!!

Ringgit Malaysia Lima Puluh

Assalamu'alaikum,

Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.

Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.

Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.

Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.

Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.

Macam ni;

  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah.
Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)

Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita. Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka. Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM??

Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????

Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.

Renung-renungkan lah..Selamat Beramal.

Sekadar tulisan dan pendapat.

http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/ringgit-malaysia-lima-puluh.html

Najib Tun Razak telah merapu dalam "Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis"

Beberapa hari lepas, Najib Tun Razak telah merapu. Di dalam "Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis", Najib berkata:

“Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan. “Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis. “Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,”
Mengapa saya kata Najib merapu:

1.0 Mat Indera berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Bukan sebagai ahli Parti Komunis Malaya. Itu adalah fakta

2.0 Mat Sabu tak pernah kata Mat Indera tidak merancang serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong

3.0 Najib tak sebut Rumah Pasung Bukit Kepong itu mengibarkan bendera British, bukannya bendera Johor mahupun bendera Malaysia.

4.0 Kalau nak sebut pasal Komunis, tindakan UMNO menjalin hubungan mesra dengan Parti Komunis China adalah penghinaan yang lebih serius berbanding apa yang Mat Indera buat.

5.0 Parti Komunis China adalah bapak. Parti Komunis Malaya adalah anak. Mat Indera berhubung dengan "anak". UMNO menjalin hubungan dengan "bapak". Mana lebih teruk?

6.0 Najib pula tak sebut UMNO telah memberi permit kepada suara rasmi Parti Komunis China untuk disebar di Malaysia.

Najib jangan jadi munafik. Itu sahaja nasihat Tulang Besi pada beliau.

Tulang Besi

Orang tengah hanya kaut untung

ALOR SETAR - Kerajaan Pusat digesa bertindak segera membatalkan lesen belian padi penimbang besar melalui orang tengah serta skim beras subsidi kerajaan (Super Tempatan ST 15%) demi kebaikan pengguna.

Pengerusi Persatuan Pengilang-pengilang Beras Cina Melayu Kedah, Datuk Chew Giok Kun berkata, tindakan berkenaan perlu dilakukan kerana kewujudan orang tengah hanya sekadar mengaut keuntungan melalui dua hasil komisen daripada petani serta pengilang beras.

Menurutnya, petani akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi sekiranya hasil padi mereka dijual secara terus kepada kilang tanpa menggunakan khidmat orang tengah untuk melakukan urusan berkenaan.

“Jika orang tengah terus dibiarkan menguasai perniagaan ini tidak mustahil akan menimbulkan pelbagai masalah lain dan turut menjejaskan sumber pendapatan pengilang beras bersaiz sederhana untuk membeli hasil padi.

“Orang tengah bukan sahaja membeli hasil padi daripada petani dengan harga lebih rendah tetapi dalam masa yang sama meminta komisen tinggi kepada kami termasuk caj tidak sepatutnya antara RM100 hingga RM150 termasuk kos pengangkutan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Giok Kun berkata, kapasiti kilang yang dilengkapi pelbagai peralatan moden di Kedah dan Perlis turut melebihi hasil keluaran padi dan tidak akan timbul sebarang masalah sekiranya lesen belian padi penimbang besar dimansuhkan.

“Kami sudah tidak sanggup untuk menanggung bebas kos operasi yang terlalu tinggi kerana terpaksa membayar komisen bagi menguntungkan orang tengah sedangkan golongan petani tidak dapat menikmatinya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Marzukhi Othman berkata, kilang beras mampu membeli sekitar satu juta metrik tan padi namun hasil padi yang mampu dikeluarkan di kedua negeri ini sekitar 550 ribu tan metrik sahaja.

“Terdapat 14 pemegang lesen penimbang belian padi penimbang besar sedang bergerak aktif membeli hasil padi daripada petani di dua negeri ini termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan ada antaranya dikesan pernah wujud pada 1974.

“Kebanyakan pemegang lesen ditaja oleh kumpulan kilang beras swasta besar yang memerlukan bekalan padi dalam kuantiti banyak dan kilang bersaiz besar ini turut dibina bersebelahan kilang beras bersaiz sederhana dan ini menimbulkan persaingan,” katanya.

Menurutnya, mereka turut mencadangkan kepada kerajaan supaya setiap kilang beras diberi kuota belian padi mengikut nisbah supaya tidak timbul monopoli pembelian padi secara berleluasa antara kilang serta mampu menawarkan harga terbaik dalam pasaran.

“Kerajaan pusat juga perlu memansuhkan skim beras subsidi kerajaan (ST 15%) kerana walaupun sudah lama dilancarkan namun tidak sampai ke tangan penerima yang sepatutnya sehingga menimbulkan rungutan daripada orang ramai.

“Kami pernah mencadangkan supaya kupon penerima skim beras subsidi kerajaan diperkenalkan namun tidak mendapat perhatian dan disebabkan itu ada segelintir pemborong tidak bertanggungjawab membeli beras ST 15% secara pukal kemudian menukar jenama sebelum menjual kembali beras dengan harga lebih rendah,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Mohamad Zaini Ahmad.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...