TERKINI :

Monday, October 24, 2011

Laporan Audit untuk negeri Kedah

http://1.bp.blogspot.com/-8A9SqY51iCI/TqWype207XI/AAAAAAAAFU0/tkDm826eDxE/s1600/2011-10-25_024621.png

Sudahkah anda menyempurnakan ibadah korban?

Hanya tinggal 11 hari lagi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs728.snc4/64891_439581623045_215868293045_4928422_4267755_n.jpg

MARYAM IBU ISA A.S:

Ibu Maryam A.S bernazar agar anaknya sentiasa mengabdikan dirinya untuk agama Allah SWT. Nazar itu diterima Allah dan sejak kecil lagi Maryam dipelihara oleh Nabi Zakaria A.S. Maryam tekun beruzlah dan beribadah kepada Allah SWT. Pada suatu hari, malaikat Jibrail muncul di depannya dengan rupa paras manusia. Alangkah terkejutnya Maryam dan dengan segera Maryam memohon perlindungan daripada Allah SWT. Lantas Jibril menyampaikan berita bahawa Allah SWT akan menganugerahkan Maryam seorang putera yang suci.

Maryam berkata,”Bagaimana aku akan memperoleh seorang putera, padahal tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan seorang perempuan yang jahat.”

Jibril menjelaskan mencipta anak tanpa bapa itu mudah bagi Allah. Mukjizat ini merupakan tanda kekuasaan Allah dan merupakan rahmat kepada seluruh manusia. Hal yang serupa telahpun terjadi apabila Adam AS dan Hawa dicipta Allah SWT tanpa pengantara ibu dan bapa.

Sungguhpun begitu semasa mengandung Maryam menyisihkan diri ke suatu tempat yang jauh
agar nama baik keluarganya terpelihara daripada sangkaan yang buruk. Sedih sungguh perasaan Maryam, tambah-tambah lagi dalam keadaan dirinya sakit untuk bersalin. Tiada sesiapa pun

daripada ahli keluarganya yang dapat menolong. Maryam pun berdoa dan dalam keadaan yang getir itu, Allah SWT mengutuskan Jibril a.s untuk memberi bantuan.

Selepas bersalin Maryam membawa bayi itu kepada kaumnya dengan menggendongnya.Kaumnya berkata,”Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu perbuatan yang terkutuk!” Maryam tidak menjawab – hanya sekadar menunding jari ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.

Tiba-tiba Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikan kepadaku al-Kitab dan Dia mengangkat aku menjadi Nabi.” Lalu cerita tentang bayi yang boleh bercakap tersebar di seluruh wilayah Palestin. Isa A.S telah mematikan fitnah orang ramai terhadap ibunya.

Alhamdulillah..Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

Universiti Islam Antarabagnsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONESelepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

MARA - tempat jembalang buat duit..!!!

Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Beli peralatan, bekalan eletrik tiada

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

NONELaporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

Dakwa manusia yang terlibat beli teropong sampai 29X harga lebih tinggi nie..

Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

NONEJabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
NONE“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

FAM Cekik darah...belasah tiket Final PM sampai RM50...!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/310706_10150326217936222_258659121221_8525383_2127244819_n.jpg

Indek perbelanjaan dari laporan audit terbukti perbelanjaan boros berlaku

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini antara lain mendapati beberapa kementerian dan jabatan membelanjakan peruntukan untuk belanja mengurus melebihi jumlah yang ditetapkan.

Menurut laporan berkenaan, peruntukan muktamad bagi perbelanjaan mengurus bagi 2010 ialah RM149.06 bilion, bertambah sebanyak RM10.78 bilion dari jumlah asal RM138.28 bilion.

Bagaimanapun jelasnya, tambahan peruntukan ini masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan berjumlah RM151.63 bilion, iaitu melebihi RM2.57 bilion daripada jumlah yang diperuntukkan.

Laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu berkata, mengikut peraturan kewangan, sesuatu perbelanjaan hanya boleh dilakukan jika peruntukan kewangan yang diluluskan mencukupi.

Najib jadikan Pekerja Kilang sebagai hamba bila RUU Akta Kerja 1955 diluluskan..


Maruah Universiti Negara Kita Terus Menjunam

http://4.bp.blogspot.com/_w2AXLgFWdBE/TO0hkvW80sI/AAAAAAAABTc/EanWNK9j4aQ/s400/Logo+Universiti+Malaysia.jpg

1. Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap. Terbaru pelanggaran "demokrasi ilmu" yang sungguh sadis, apabila Prof. Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh University Islam Antarabangsa [UIA] hanya kerana pengaruh kontraversi yang dicetus oleh media.

2. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau. Sungguhpun kenyataan beliau menyentuh pihak tertentu seperti Sultan dan pihak pemerintah seperti kerajaan, ternyata kenyataan beliau masih dalam disiplin ilmu

3. Disiplin ilmu sememangnya lurus berbanding "disiplin ampu". Ilmuan atau pakar yang melandaskan pandangan dan pendapat dalam bidangnya secara jujur dan amanah adalah satu langkah yang bijak dan menepati disiplin ilmu sekalipun pandangan dan pendapat tersebut masih terbuka kepada perbahasan cendikiawan.

4. Kaedah umum "persilatan ilmu" di mana - mana universiti dalam dunia ini ialah "hujjah lawan hujjah" atau "fakta lawan fakta" bukan "hujjah lawan maki hamun" dan "fakta lawan gantung tugas". Malang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu apabila pantas mengambil tindakan gantung tugas Prof Dr. Aziz Bari. Patutlah universiti Malaysia belum ada yang tersenarai dalam kelompok 400 buah universiti terbaik dunia.

5. Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti AUKU, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa.

6. Kami mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari pegantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini. Kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti diperingkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Banner : Kita perlu ingat siapakah UMNO..!!??

Anwar: Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

“Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan,” katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

NONEPada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

“Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana,” kata Anwar.

china chinese farmer farming 061008 02Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

“Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin,” katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

riceBernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

“Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

“(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka,” kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

himpun rally hasan ali speaking 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

“Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin,” katanya lagi.

UMNO Kedah akur jika MIC & MCA mintak tukaq kerusi...

Umno Kedah akan akur jika diminta tukar kerusi

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah tiada masalah untuk membuat pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain jika ia merupakan sesuatu yang dipersetujui BN pusat.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau akan mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan BN berhubung perkara itu.

Semalam Presiden MIC Datuk G Palanivel dilapor sebagai berkata bahawa MIC berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.

Ahmad Bashah berkata bagaimanapun tindakan Presiden MIC itu dirasakan masih terlalu awal kerana tarikh pilihan raya sebenar belum diketahui.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya Deepavali kepada lebih 300 warga emas dan kanak-kanak masyarakat India di Dewan MCA di Padang Serai malam tadi.

Majlis itu adalah anjuran Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri Lunas S Ananthan dengan kerjasama Penyelaras BN Parlimen Padang Serai Datuk Chin Tung Leung sempena perayaan Deepavali Rabu ini.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat perkara pertukaran kerusi itu adalah terlalu awal untuk difikirkan.

Apa yang lebih penting sekarang ialah mencari jalan menguatkan lagi pengaruh BN pada semua kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Rumah Terbuka Pemuda MIC Padang Serai, Padang Taman Kucai, Lunas petang semalam.

Lebih 800 anggota MIC dan masyarakat tempatan hadir pada majlis itu. Mukhriz turut menyumbangkan lebih 500 bungkusan hamper berupa barangan keperluan untuk masyarakat India tempatan sempena sambutan Deepavali.

- Bernama

MP Jerai - Perbahasan RUU Perlindungan Pengguna


'Gua Ikut Enta' Part 1


PAS punca utama HIMPUN gagal. - UTUSAN

PAS buat apa pun salah. Pergi salah. Tak pergi pun salah. Sokong salah. Tak sokong pun salah. Neh seme tak betul dan tak patut. Awang selamat tak boleh macam neh. Dia tak boleh salahkan PAS dalam semua hal. Dia tak boleh menuduh pas sebagai punca kegagalan HIMPUN.

PAS takde kaitan dengan semua benda neh. PAS tak pernah melarang ahli2 pas dan pr daripada menyertai HIMPUN. Pas cuma menegaskan bahawa ahli pas tidak akan menyertai HIMPUN atas label politik bagi mengelak kekeliruan yang mungkin timbul. Tapi ahli pas masih boleh menyertai HIMPUN atas label sebagai orang islam. Ko nak pergi, ko pergi. Ko taknak pergi ko punya pasal. Larang? Tak pernah. Jadi, kat sini tang mana pas bersalah pula?

Kalau pas boikot perhimpunan neh maka apa sebab nasaruddin ada kat situ? Nasaruddin tue sapa? Hasan ali tue sapa pula? Kalau bukan ahli pas maka sapa pula mereka?

Lihat bawah neh ;

Awang bersyukur, Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam semalam berjalan lancar, tenang dan tanpa provokasi. Ribuan hadir di sebalik pelbagai usaha pihak tertentu untuk menggagalkannya. Ada sabotaj secara langsung mahupun tidak langsung.

Minggu lalu, Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi tidak menyokong perhimpunan itu. Aneh, sedangkan dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja, parti itu tidak pun mengeluarkan pendirian rasmi walaupun didesak oleh pimpinan Dewan Pemudanya. Sebaliknya ada beberapa pemimpin Pas mengenakan tekanan ke atas JAIS menyamai pendirian pemimpin DAP dan PKR. Siasatan kes itu akhirnya mendapati ada cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Selain faktor Pas menolak Himpun, pihak tertentu di Selangor menggunakan pelbagai taktik mengalihkan perhatian daripada perhimpunan itu. Antaranya mengadakan beberapa acara keramaian berhampiran stadium.-AWANGSELAMAT-

Yar..

berhenti salahkan pas dalam hal neh. Bukan kah semalam tpm mengadakan lawatan apa tah di selangor? Kenapa dia tak hadir kat himpun semalam? Kenapa tak persoalkan ketua sendiri tapi sibuk pasal program orang lain?

Mana pergi menteri agama malaysia yang nama jamil khir tue? Mana pergi ustazah cantik yang nama mashitah tue? Di malaysia ada berapa negeri? Setiap satu negeri ada mufti. Jadi mana pergi semua mufti negeri tue? Mana pergi 3 juta ahli umno?

Bukan kah ahli2 pas dan pkr dah ramai keluar parti? Tak mustahil pas tak mampu hadirkan penyokong yang ramai semalam ini kerana kebanyakan ahli pas dah masuk umno. So, kenapa awang selamat nak salahkan pas dalam hal neh? Kenapa awang selamat tak kerahkan ahli2 umno, patriot dan perkasa untuk hadir perhimpunan neh? Bukan kah mereka itu orang melayu = orang islam?

Aku cuma separuh melayu. Sebab tue aku tak hadir. Herm. Faham kan? Sila lihat di bawah neh ;



Bila mereka sendiri menetapkan dan mempromosikan benda neh sebagai agenda orang melayu dan ia gagal mendapat sambutan, mereka salahkan orang lain pula. Adil ka? Urusan islam sepatutnya ialah urusan umat islam. Kenapa perlu nak cakap pasal melayu?Adakah 99.9 muslim di malaysia ialah bangsanya melayu asli?

Apa yang berlaku menyerlahkan suatu hakikat bahawa parti pembangkang termasuk sebahagian pemimpin Pas menjadi penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat Islam.

DAP, parti paling berpengaruh dalam kerajaan Selangor, tentunya lega betapa percaturan parti itu terus berjaya untuk memecah belahkan dan melemahkan umat Islam. Begitu bijaknya DAP berpolitik tanpa mengorbankan agama anutan ahli dan penyokong mereka.

Sekali lagi jelas menunjukkan Pas tunduk kepada DAP demi politik untuk meraih undi bukan Melayu pada pilihan raya akan datang. Buat pertama kali dalam sejarah, kepimpinan Pas begitu tunduk dan dayus.

Pas lebih rela bertuankan S. Ambiga untuk menjayakan perhimpunan haram Bersih daripada berpegang kepada kesatuan Islam untuk menangani ancaman murtad. Menjijikkan. Sedangkan semua NGO Islam memperakukan bahawa ancaman murtad di negara ini semakin serius dan membimbangkan.-AWANGSELAMAT-

Heh.

Pas penghalang? Aku terpaksa respect dengan awang selamat. Ia bukan kerja mudah bagi orang hipokrit untuk terus menulis bahawa dia lah orang baik dan semua yang lain ialah jahat.

Awang selamat dia lupa pas bawa usul akta cegah murtad di parlimen sebanyak 3 kali. Fakta dan bukti hansard parlimen menyatakan dengan jelas usul itu di bawa oleh pas tapi ditolak oleh umno. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi tiga kali.

Dan selepas semua itu berlaku, dengan berani awang selamat mengatakan pas penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat islam? Sebab tue aku cakap, aku terpaksa respect. Ia bukan kerja mudah bagi orang jahat untuk terus berlagak hipokrit bahawa mereka ialah orang baik.

Mereka menuduh bersih sebagai agenda murtad. Tapi sampai sekarang pun aku masih tak murtad2 lagi. Kenapa? Aku bukan doa minta untuk murtad. Tapi aku cakap pasal fakta. Berapa ramai orang islam yang berjaya ambiga murtadkan selepas bersih? Siapa yang murtad? Ada sesiapa murtad? Boleh bagi confession tak kat sini?
Ada sesiapa yang dapat upah rm200? Aku masih tak dapat2 lagi. Ada sesiapa yang kena bom? Ada sesiapa yang bankrupt? Nampaknya tiada. Yang ada cuma kematian. Aku takmo ulas bab kematian arwah. Yang dah pergi, dia dah pergi. Yang ada perlu meneruskan misi.

HIMPUN neh tak salah. Kalau ia di anjurkan pas aku boleh gerenti ia akan menjadi himpunan yang besar dan bersejarah. Tapi masalahnya tiada sesiapa yang berminat nak join bila umno dalang di balik himpun. Ia bukan pasal umno. Ia pasal hipokrit. Umno pandai cakap. Dan akan terus bercakap bila situasi memerlukan. Tapi bila bab pelaksanaan mereka hancur.

Sebab ada 55 tahun pengalaman neh. Maka rakyat sendiri taknak turun support himpun. Mengenangkan umno sebahagian daripada himpun ia kembali membuka luka dan sejarah lama. Ia mengingatkan orang islam terhadap pengkhianatan umno. Ia mengingatkan kami kepada SAR. Ia mengingatkan kami kepada kasino. Ia mengingatkan kami kepada kilang arak. Ia mengingatkan kami kepada majalah mangga. Ia mengingatkan kami kepada semua benda2 yang orang islam tak patut buat. Sebab itu himpun di tolak. Harap awang selamat sedar dan faham tentang neh.

Aku pernah fikir adakah kerana ia dibuat di shah alam ? Adakah kerana ia dibuat pada akhir bulan time orang takde duit? Adakah ia kurang dipromosikan? Tapi aku percaya semua itu cuma faktor sampingan.

Apabila seseorang itu berkehendak mereka akan usahakan melalui apa jua cara. Walaupun jalan disekat. Walaupun polis menghalang. Walaupun hujan turun. Walaupun ada halangan. Walaupun ada provokasi dan fitnah melampau. Sayang. Umno tak faham benda simple macam neh. Ia perlukan aku untuk menulis supaya mereka faham isi ahti sebenar seorang rakyat.


Ameno : Adakah hanya pas je yang islam di malaysia neh?

Tidak jejas hubungan: MB

ALOR SETAR - Masalah pertindihan kerusi akibat tuntutan kerusi yang dikemukakan DAP terhadap PKR tidak akan menjejaskan hubungan baik antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah dilakukan dan memang wujud pertindihan namun ia masih di peringkat perbincangan.

Menurutnya, parti lain turut hadapi masalah pembahagian kerusi, dan Dap Kedah menuntut kerusi yang disandang oleh PKR namun ia terpulang kepada rundingan di antara kedua-dua parti namun sebagai penyelaras, Pas mahu penyelesaian yang terbaik.

“Rundingan melibatkan ketiga-tiga pihak dan dipengerusikan Pas, jika masing-masing dapat memberikan alasan yang boleh meyakinkan rakan-rakan lain dalam PR, tuntutan itu boleh dipertimbangkan.

“Tetapi kita tidak fikir permintaan (tuntutan kerusi oleh Dap) akan menjadi satu masalah pula kepada PR di negeri ini, dan jika tiada apa-apa, kita lebih selesa dengan keadaan sekarang ,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, semalam.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, Pas tidak meletakkan syarat atau kuota terhadap calon yang bakal mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tidak kira sama ada calon terbabit muda atau tua, individu berkenaan akan dipilih mewakili parti jika dia mampu memberi kemenangan kepada parti dalam pilihan raya umum kelak.

“Tidak kira muda atau tua, kalau (calon itu) boleh menang, kita bagi kerana yang penting dalam pilihan raya ialah kemenangan, kalau usia 21 tahun sekalipun tetapi berpotensi untuk menang, kita akan calonkan.

“Kita lihat keadaan persekitaran, bagaimana kehendak rakyat sebab rakyat yang akan mengundi dan menilai siapa (bakal) pemimpin mereka,” katanya.

Azizan berkata, penilaian akan di buat di semua peringkat untuk mengenal pasti calon yang dikehendaki rakyat sebelum disenaraikan untuk pemilihan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pertindihan tuntutan itu berlaku apabila DAP meminta untuk bertanding kerusi yang ditandingi PKR (pada 2008), dalam pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan, DAP yang bertanding dua kerusi iaitu Dun Kota Darul Aman dan Derga pada pilihan raya umum 2008, menuntut tambahan empat kerusi Dun iaitu Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Bakar Bata serta dua kerusi Parlimen iaitu Alor Setar dan Padang Serai. [Sinar Harian]

PAS yakin peralihan kuasa akan berlaku


KOTA SARANG SEMUT - Pas yakin peralihan kuasa boleh berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), selepas negara menyaksikan kebangkitan parti Islam sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau mengingatkan supaya mempertahankan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan berusaha untuk ambil alih Putrajaya.

“Ini agenda utama kita dalam PRU akan datang,” katanya ketika berucap di hadapan 5000 penyokong Pas yang hadir pada ceramah sambutan 60 tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Mohamad berkata, fenomena baru dalam politik Malaysia yang melihat gabungan Pas-DAP tidak disenangi ramai, oleh itu pihaknya mahu kedua-dua pemimpin bergerak dengan pemikiran baru tanpa meninggalkan dasar asal perjuangan parti.

“Kita juga sedang menterjemah kandungan Buku Jingga di semua negeri PR. Ada yang kita puas hati dan ada sebaliknya. Namun saya lihat penerimaan rakyat sedang meningkat, sehingga Perdana Menteri cuba menjawab buku itu dalam belanjawan 2012,” katanya.

Menurutnya, PR kini mahu mengikis pemikiran rakyat yang sudah lama disogok dengan prinsip, konon hanya Umno mampu memerintah dan menyejahterakan Melayu.

“Mungkin rakyat belum nampak kebolehan kita untuk ganti Umno. Saya mahu kikis pemikiran itu, dan beri jaminan jika Umno kalah, orang Melayu masih boleh teruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan Umno bahawa isu pembangunan tidak lagi sesuai dijadikan bahan kempen parti itu untuk mengembalikan sokongan rakyat.

“Pada PRU akan datang, berdasarkan analisis saya, BN bergantung kepada empat sumber, iaitu undi orang Melayu di luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk kekalkan kuasa,” katanya.

Malah, katanya, BN masih memainkan isu 3R (racial, religion, royal) untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan pada masa sama membuat tuduhan liar terhadap PR konon sering memperlekeh isu membabitkan perkauman, agama dan kesetiaan raja.

Mohamad berkata, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kesemua negeri di bawah PR belum memutuskan sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri atau tidak.

“Saya tahu ramai yang bertanya adakah pilihan raya seperti itu akan berulang kali ini. Itu kita tunggu dahulu. Kita pernah buat pilihan raya berasingan dan keputusan berpihak kepada kita, apabila menang di dua buah negeri,” katanya.[Sinar Harian]

City bedil United 6-1

BALOTELLI meledak dua gol bagi membantu City membenamkan United 6-1 di Old Trafford.


MANCHESTER - Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.

Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.

Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.

Sementara itu, Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Stoke City 3-1 di Emirates, manakala Fulham sekadar seri 1-1 dengan Everton di Craven Cottage.

Rakyat Malaysia nie semakin hari semakin tak ketahuan nampaknya sampai kemaluan pun dok pie tunjuk kat orang..

Lelaki ditangkap selepas tunjuk kemaluan

BUTTERWORTH - Tindakan seorang lelaki kemaruk seks yang gemar mengganggu penghuni sebuah asrama jururawat di sini dengan menunjukkan kemaluannya menerima padah apabila dia akhirnya berjaya diberkas kelmarin.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap oleh sepasukan anggota Persatuan Keselamatan Sukarela-Butterworth (PKS-Butterworth) yang menjejakinya setelah menerima aduan dari seorang jururawat pada hari kejadian.

Dalam kejadian itu, suspek didakwa menunjukkan kemaluannya kepada mangsa yang berjalan kaki pulang seorang diri ke Asrama Jururawat Hospital Bagan pada pukul 8 pagi.

Mangsa yang ketakutan terus meluru masuk ke pekarangan asrama dan sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek sebelum melaporkannya kepada PKS-Butterworth.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

USM-MDPT buat kajian mengenai banjir di Padang Terap

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

KUALA NERANG, 23 Oktober 2011- Majlis Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Universiti Sains Malaysia, membuat kajian terhadap usaha mengurangkan masalah yang sering berlaku sebelum, semasa dan selepas banjir di Kawasan Padang Terap.

Pemangku Timbalan Pengarah CGSS, Dr Salfarina Abdul Gabor, berkata, pihak CGSS bermula pada awal April 2011 lalu menjalankan kajian bertujuan untuk mengenalpasti antara isu dan faktor berkaitan golongan yang sering mengalami masalah banjir dan tindakan yang dilakukan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Barangan Bantuan Banjir CGSS-USM di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang.

“Selain itu, kami juga melaksanakan program pembinaan keupayaan dalam kalangan mangsa banjir untuk mengurangkan kesengsaraan dan ketidakselesaan akibat banjir.

“Sepanjang kajian ini dijalankan, kekurangan alatan bantuan banjir adalah masalah utama mangsa banjir. Menyedari akan kekurangan alatan bantuan ketika banjir ini, pihak USM khususnya CGSS mengambil inisiatif menghulurkan barangan bantuan banjir dan dalam masa yang sama, menyediakan beberapa program yang didiktiraf seperti latihan menyelamat mangsa lemas, latihan mengendali dan menjaga bot serta kaunseling sebelum dan selepas banjir,” terangnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...