TERKINI :

Friday, October 21, 2011

Aduhai Zul Nordin oi.. Patut la selama nie hg selalu negelat nak habiskan sesuatu kes...!!

Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

Tahukah Anda Sempadan Negara manakah yang paling baik layanannya di dunia..???

Where to cross the border?

Know where to cross the border...

If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained as a spy

If You Cross The Afghan Border Illegally
You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported

If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER

YOU GET:

· MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
· A Driving License,
· Voting Rights
· Job Reservation,
· Special Privilege to be Consider as Bumi,
· Credit Cards,
· Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
· Free Education,
· Free Health Care,
· and if you are a clever dickie, you can be a Menteri Besar or even Prime Minister!

Oh Malaysia, what a great country

Intipati Belanjawan Pakatan Rakyat 2012:

1. Subsidi RM22 bilion minyak mentah.

2. Bonus RM1000 setiap tahun untuk warga emas yang layak.

3. Bonus RM1000 setiap tahun untuk suri rumah dan ibu yang layak.

4. Memastikan pendapatan bulanan isi rumah mencecah RM550.

5. Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

6. Gaji minima RM1,100 untuk penjawat awam.

7. Elaun Pendidik sebanyak RM500 setiap bulan untuk guru.

8. Penggunaan tenaga perunding luar dalam proses keputusan kerajaan dihentikan.

9. Penambahbaikan skim latihan vokasional dan teknik.

10. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam.

11. Melaksanakan skim perumahan “Bina dan Jual”.

12. Belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dipotong.

13. Lesen dan permit teksi diberi terus kepada pemandu teksi.

14. Lesen import AP akan dilelong.

15. Mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra.

16. Pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan disemak kembali.

17. Mengutip hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

18. Mengembalikan cukai eksais dan duti terhadap barangan mewah.

19. Menumpukan pembangunan wilayah.

20. Meminda Akta Geran Kapita 2002.

21. Menambah peruntukan RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar.

22. Memperuntukan RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa.

23. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga.

24. Merombak Jabatan Perdana Menteri.

25. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

26. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan.

ZULKIFLI NORDIN “JAHIL MURAKKAB” TENTANG HUDUD

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Nordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa’zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “ Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa’zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno” Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ).

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Pengalaman Seorang Blogger

Mahathir kata TAKPA... Ada Orang kata NATANG pun TAKPA tapi mai Aziz Bari bagi pandangan sikit.. terus HUKUM SALAH..!!


Yesss Najib dah boleh bubar Parlimen dah..!!!

OSK Research: BN dijangka menang besar PRU-13

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Bank pelaburan utama menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum ke-13 berbanding kedudukan tiga tahun lalu berikutan indikasi adanya peralihan sokongan kepada perikatan itu.

Dalam laporannya semalam, OSK Research berkata, kerajaan pusat yang memerintah itu dipercayai akan menambah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini yang dijangka akan diadakan Mac depan.

BN dinafikan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.

“Jangkaan ini bersandarkan pada indikasi bahawa sokongan beberapa komuniti mula beralih kepada BN sejak awal 2010,” kata OSK.

“Sementara kita tidak boleh meramalkan bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh BN, kami percaya kedudukan akan lebih baik daripada 63 peratus pada 2008,” katanya lagi.

Laporan OSK itu berkata berdasarkan pilihan raya 2008 dan aliran berita sejak itu, tiga negeri di pantai barat iaitu Kedah, Perak dan Selangor dijangka akan menyaksikan saingan sengit.

Ia juga memberi pecahan sokongan mengikut sudut geografi dengan Pakatan Rakyat mendominasi kawasan bandar, pantai barat Semenanjung dan kawasan pendalaman diduduki orang Melayu di utara, menggambarkan ikatan komponen merangkumi fundamentalis Islam, penduduk sekular di kawasan bandar dan pembawa pembaharuan yang sederhana pendirian.

BN menguasai kawasan selatan Semenanjung dan Malaysia Timur, yang lebih menggambarkan agenda memfokuskan pembangunan.

BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berhadapan dengan rekod keputusan bercampur-campur dalam pilihan raya kecil sejak 2008 tetapi memenangi kebanyakan pilihan raya kecil yang baru diadakan termasuk Tenang pada Januari lalu dan kemudian pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Kajian pungutan suara kendalian Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Najib merosot kepada 59 peratus Ogos lalu berbanding 79 peratus pada Mei 2010, antara lain disebabkan kenaikan kos sarap hidup dan juga tindakan keras pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Bulan lalu Najib mengumumkan pembaharuan politik dengan memansuhkan dua undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2012 yang menyediakan siri ganjaran dan pemberian jangka pendek, yang pengkritik melihatnya sebagai bajet pilihan raya.

Mandat semasa hanya akan berakhir suku kedua 2013.

Lawatan ‘seks’ Umno utk PRU-13: Dari Penang ke Perak, Guan Eng ke Anwar

Oleh Maria Begum

Tidak cukup dengan tuduhan ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahu itu, UMNO melancarkan satu lagi serangan ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Untuk menarik orang ramai ke ceramahnya, UMNO mengeluarkan satu rakaman seks yang didakwanya menunjukkan Anwar mengadakan seks dengan seorang pelacur dan disiarkan sebelum makan malam bersama 2,000 orang pegawai kerajaan – yang menjadi tulang belakang sokongan terhadap UMNO.

Pornografi sangatlah mendalam di dalam tradisi UMNO, sehingga pemimpin seperti Ketua Penerangan Ahmad Maslan tidak terfikir apa-apa dengan penyiaran cebisan-cebisan satu pasangan meraba-raba dan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks di layar besar semasa Pelancaran Program Informasi di Dewan Jubili Perak pada hari Sabtu.

“Mereka ini tidak malu,” kata Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim kepada Malaysia Chronicle.

Polis bertindak ke atas UMNO?

Zulkifly telah membuat laporan polis di atas isu itu kerana pihak penganjur telah melanggar undang-undang dengan membuat tayangan lucah secara umum. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka pihak polis akan mengambil tindakan ke atas UMNO, sebuah parti Perdana Menteri Najib Razak.

Juga hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Perak Zambry Kadir, Naib Presiden UMNO Shafie Apdal dan Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Aslan menafikan video itu ditayangkan tetapi mengakui bahawa klip-klip yang pernah ditayangkan di saluran kawalan kerajaan TV1 dan TV3 disiarkan sewaktu makan malam. Beliau tidak menjelaskan kenapa itu dilakukan atau melihat apa-apa yang aneh dengan menayangkan cebisan-cebisan itu di hadapan penonton yang besar.

“Ia hanyalah apa yang pernah disiarkan di TV1 dan TV3, dan juga gambar-gambar yang telah disiarkan di Utusan (Malaysia) dan akhbar-akhbar lain. Saya bukannya bodoh untuk melakukan ini,” Ahmad dilaporkan berkata.

Beliau langsung dihentam kerana kata-kata selorohnya itu.

“Dia mungkin tidak bodoh tetapi tidak beretika untuk melakukan lagak seperti itu,” MP Bukit Gantang PAS Nizar Jamaluddin berkata pada Malaysia Chronicle.

Serangan seks

Dalam apa yang dilihat sebagai serangan seks terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang melancarkan kempen terhadap Guan Eng pada hujung minggu, mendakwa anak lelakinya telah mencabul teman sekolahnya dan kerana itu terpaksa dipindahkan ke sekolah lain.

Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan menafikan kejadian itu. Beliau juga membidas pemimpin-pemimpi UMNO di atas tindakan mereka yang “tidak bertamadun” dan “kejam” terhadap anaknya.

Semua tumpuan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu. Bloger-bloger UMNO dijangka akan mengungkit kembali dakwaan seks telefon dan khalwat terhadapnya tidak lama lagi, sebagai tektik untuk mencemarkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan di ambang pilihanraya umum ke-13, yang dijangkan akan berlangsung awal tahun depan.

“Kelihatan seperti Najib dan UMNO akan mengadakan lawatan seks ke seluruh negara sebelum PRU-13. Ini adalah persediaa besar yang telah mereka sebutkan dan ini yang mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia. Tiada benda yang kukuh untuk masa depan kita, cuma seks dan pornografi,” Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

- Malaysia Chronicle

Lengkaplah dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung

Tindakan ke atas Aziz Bari ala ISA

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.

"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.

Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti?

"Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau.

1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari

GOMBAK, 21 Okt: Hampir 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu.

Perhimpunan aman yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam.

Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” mula bergema.

Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku.

Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum.

Mereka diketuai pihak penganjur dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa Malaysia (Dema) serta persatuan mahasiswa kampus itu sendiri.

Sewaktu perarakan itu, sekali lagi berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum tersebut menyebabkan tolak menolak berlaku.

Memorandum tersebut akhirnya berjaya diserahkan kepada Timbalan Reaktor UIAM kira-kira jam 2.20 petang.

Dalam memorandum itu mereka menuntut hukuman penggantungan terhadap Aziz Bari agar segera ditarik balik.

Mereka juga menyifatkan tindakan terhadap pakar perlembagaan itu sebagai mengongkong kebebasan akademik di universiti.

Terdahulu, pemeriksaan ketat dilakukan di pintu gerbang universiti itu oleh beberapa anggota keselamtan.

Hanya pelajar dan kenderaan mempunyai pelekat universiti sahaja dibenarkan masuk manakala orang awam termasuk pihak media dihalang walaupun untuk tujuan solat Jumaat.

Safee Sali jadi pelakon selama sejam di Indon

Safee tolak sambung berlakon
Oleh Nurul Huda Kosnon
nurulhuda@hmetro.com.my

http://3.bp.blogspot.com/-KgPw2lBHU0Q/Tcq8mhPAKVI/AAAAAAAAAAM/LOoIRSTVYyQ/s1600/MOHD_SAFEE_SALI.jpg
KUALA LUMPUR: Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan. “Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi. Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio.

Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava. Safee berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu.

“Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon. Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi, alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya.

Safee adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.

Kenyataan Jamil Khir sah Umno gagal jaga Islam

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di dalam negara ini.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sepatutnya Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya.

Tambahnya, tetapi amat malang setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini, agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk menyokong undang-undang hudud yang telah diluluskan di Dun Kelantan dan Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda Umno, Perkasa dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya.

Akhirnya, kata beliau program tersebut akan menjadi medan politik murahan Umno dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini.

Menurutnya, Umno, Perkasa dan rakan-rakan sekutu mereka selama ini telah terbukti dan terkenal di dalam meng’hijack’ program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka.

Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program Himpun akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini.

“Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

TERKINI - Demo Aziz Bari: Pintu Masuk Utama Ditutup



Berita yang baru diterima dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus utama di Gombak, Selangor.

Pintu utama yang menuju ke dalam kampus kini sudah dikawal ketat oleh petugas keselamatan universiti dan juga kelihatan berpuluh-puluh polis berpakaian preman, dipercayai Special Branch aka Siput Babi sedang mundar-mandir di perkarangan masjid, tempat dijadualkan mahasiswa dari seluruh Lembah Klang berkumpul menyatakan sokongan terhadap profesor Abdul Aziz Bari yang digantung perkhidmatannya semalam.

Saksi yang berada di lokasi berkata terdapat dua buah helikopter terbang rendah berlegar-legar di kawasan UIA,dipercayai polis yang diarahkan untuk memantau demonstrasi yang bakal diadakan selepas solat Jumaat sebentar lagi.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengetuai demo menurut mesej yang dikirimkan melalui laman mikroblog Twitter semalam.

LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Balak: Najib dituntut bayar Kedah RM100 juta

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk membayar imbuhan sebanyak RM100 juta setahun kepada Kerajaan Kedah kerana tidak menebang balak di negeri itu.

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman berkata, janji tersebut bukan hanya dibuat oleh Najib, malah oleh dua bekas Perdana Menteri sebelum ini, tetapi masih belum ditunaikan sehingga sekarang.

Katanya, Perdana Menteri tidak sepatutnya bercakap sahaja untuk membayar imbuhan tersebut, tetapi tidak pula mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

"Janji itu telah terlalu lama, malah sejak dua bekas Perdana Menteri sebelum ini dan sekarang perlu ditunaikan sejajar dengan janji yang telah dibuat," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Jika janji itu tidak dilaksanakan juga, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, menurut beliau, berhak menuntutnya kerana Kerajaan Kedah sememangnya berhak mendapat imbuhan tersebut.

Sebelum itu, beliau turut menyentuh tentang keperluan Kerajaan Pusat memberikan imbuhan kepada persatuan pemandu teksi bagi membantu ahli-ahlinya dengan kadar yang berpatutan paling kurang RM15,000 setahun.

Selain itu, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberikan elaun kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja penghantaran pesakit menerusi ambulan yang bukan dimiliki oleh hospital, tetapi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Pertahanan Awam.

Menurutnya, peranan mereka juga penting bagi membolehkan orang sakit atau mereka yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital dengan segera, memandangkan ambulan hospital kadang-kalanya lambat tiba setelah dipanggil.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar mereka yang terlibat dengan kerja-kerja itu diberikan latihan mencukupi, bagi membolehkan mereka memberikan bantuan kepada pesakit dengan betul agar tidak mencederakan atau menambahkan lagi kecederaan pesakit.

"Jika terdapat pesakit yang perlu dimasukkan air ke dalam badannya, sekiranya mereka diberikan latihan, bolehlah mereka melakukan kerja-kerja itu dengan betul bagi membantu pesakit sepanjang berada di dalam ambulan," tegasnya.

Menyentuh tentang kepentingan pelajaran anak-anak, beliau menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi melakukan penyelarasan terhadap tawaran masuk para pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, kini tawaran masuk para pelajar ke IPTA agar lambat berbanding tawaran yang diterima dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga terdapat para pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu sebelum ke IPTA.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, diumumkan pada bulan Mac, manakala tawaran dari IPTS telah diterima oleh para pelajar sekitar bulan Jun dan ke IPTA pula sekitar bulan September.

"Disebabkan tawaran ke IPTA lambat, terdapat pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu kerana bimbang tidak akan mendapat tawaran ke IPTA.

"Apabila tawaran ke IPTA diterima kemudiannya, terdapat pelajar yang menanggung kerugian sehingga RM500 akibat membayar yuran yang tidak akan dipulangkan kembali kepada pihak IPTS terlebih dahulu," ujarnya.

Sebelum itu juga, beliau turut menyarankan Kementerian Kewangan agar turut membayar elaun kepada kakitangan kumpulan sokongan yang bertugas di hospital, setelah pihak kerajaan memutuskan untuk membayar elaun khas kepada para doktor dan pembantu perubatan baru-baru ini.

Beliau sebelum itu turut menuntut Kerajaan BN melaksanakan janjinya untuk membina hospital di Pendang di atas tapak seluas 40 hektar dengan kos RM150 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, memandangkan janji tersebut telah diulang banyak kali setiap kali pembentangan bajet dilakukan setiap tahun.

"Jadi bilakah lagi nak dibina hospital di kawasan itu? Janganlah hanya menunggu hendak diadakan pilihanraya barulah nak dibina hospital di Pendang," katanya.

Di awal ucapannya, beliau mendesak Kerajaan Pusat mengambil perhatian ke atas nasib para petani, khususnya yang mengusaha tanaman padi agar membantu memberikan benih padi kepada mereka, memandangkan para petani di kawasan Pendang khususnya dan di Kedah amnya kini mengalami kekurangan benih padi.

Kejadian tersebut, menurut beliau, tidak akan berlaku sekiranya perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan betul, tetapi disebabkan terdapat permainan politik di sebaliknya menyebabkan para petani pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

Katanya, masalah tersebut tidak sepatutnya dipandang mudah oleh kerajaan kerana ia amat penting bagi kepentingan bekalan beras negara, memandangkan Malaysia kini hanya mempunyai stok beras sebanyak 295,000 tan sahaja setahun.

"Selebihnya, iaitu sebanyak 60 peratus lagi terpaksa diimport dari negara lain termasuk dari Thailand, tetapi Thailand pula baru-baru ini telah dilanda banjir sehingga menyebabkan 1.8 hektar kawasan tanaman padi di negara itu ditenggelami banjir.

Sebelum itu, beliau bertanya kepada Kerajaan BN mengenai status jalan raya yang hendak dibina oleh JKR khususnya jalan timur barat Pendang ke Sungai Tiang yang menelan belanja RM160 juta.

"Projek itu menelan belanja yang besar, tetapi status jalan itu sendiri pun tidak dimaklumkan. Adakah Lebuh Raya Timur Sepang? Apakah status sebenarnya jalan itu?" katanya.

Aziz Bari: Himpunan bantah dijangka lebihi sasaran

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Melihat kepada sokongan pelbagai pihak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak kemungkinan himpunan membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini melebihi sasaran.

Menurut Pengerusi NGO, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab, sehingga kini sudah tujuh buah pertubuhan mahasiswa menyatakan kesediaan mengerahkan ahli mereka menyertai himpunan di Masjid UIA, Gombak yang dijadual selepas solat Jumaat ini.

Selain mereka, difahamkan Angkatan Muda Keadilan juga turut memobilisasi anggota mereka untuk menyertai himpunan membantah tindakan UIA itu.

"Kita sasar 1,500 orang, tetapi melihat mood rakyat secara keseluruhan khususnya melalui laman Facebook, saya jangkakan ianya akan lebih," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun menurutnya, satu sidang media khas berhubung himpunan itu akan dibuat di Pejabat Sekretariat PKPIM Pusat, Jalan Gombak jam 12 hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu turut mendapat maklumat bahawa satu kumpulan yang menyokong tindakan UIA akan berhimpun ditempat sama hari ini.

Bagaimanapun, pihak mereka mengharapkan tiada sebarang pertembungan berlaku bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kita dapat maklumat, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut akan berhimpun menyokong tindakan UIA," katanya.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sementara itu, SMM antara yang mengecam keras tindakan UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'.

Dok Kalut Rumah Tangga Orang tetapi RUmah Sendiri pun tangga dah dimakan anai-anai..!!

Memo Editor
Tukar kerusi hanya pandangan peribadi

KUANTAN - Parti komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Indera Mahkota kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berhubung tawaran pertukaran kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO dan kerusi Parlimen Indera Mahkota diserahkan untuk ditandingi MCA.

Pengerusi BN bahagian, Datuk Mohd Hazmi Yusof berkata, Lian Ker tidak sepatutnya memberikan kenyataan media kerana sebarang urusan pertukaran kerusi perlu dilakukan di peringkat pucuk pimpinan parti.

“Namun itu pandangan peribadi beliau dan bukan mewakili parti. Sepatutnya kita kena bekerja keras selain berkhidmat untuk rakyat bagi merampas kembali kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Lagipun kenyataan beliau itu juga boleh merosakkan hubungan antara parti komponen yang ada,” katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama wakil komponen BN bahagian itu di sini, semalam.

Muka depan Sinar Harian semalam menyiarkan kesediaan MCA Kuantan untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dan namun dengan syarat, kerusi lain dalam daerah itu diberikan terhadap parti itu kerana bahagian tersebut melaporkan pengundi keturunan Tiong Hua memerlukan wakil rakyat dari kaum.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, semua parti komponen BN di bahagian itu selesa dengan kedudukan dan komposisi kerusi yang ada sekarang iaitu Indera Mahkota untuk UMNO dan Kuantan (MCA).

“Biar masing-masing buat kerja dan dinilai rakyat (pengundi), kita masih ada masa untuk berkhidmat sehingga PRU dan bukannya rebut kerusi kerana perkara ini boleh menimbulkan masalah bila PRU diadakan.

“Setakat ini kita melihat momentum sokongan rakyat semakin baik dan sebarang urusan pemilikan kerusi tidak dapat kita tentukan kerana ia urusan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Ditanya tindakan Lian Ker mengeluarkan kenyataan itu, Hazmi memberitahu ia berikutan timbul kemungkinan kerusi Parlimen Kuantan bakal diserahkan kepada UMNO.

Menurutnya, ramai tidak tahu hubungan UMNO Bahagian Kuantan dan Indera Mahkota umpama adik-beradik walaupun sudah dipecahkan mengikut sempadan masing-masing.

“Kita berharap selepas ini tidak lagi timbul kenyataan sebegini kerana ia boleh jejaskan parti, kita bukan nak mencari masalah tapi nak selesaikan masalah,” katanya.

Teringat Kesah Kg Berembang yang UMNO Selesaikan & Kg Sg Nibung yang PR selesaikan..

Penduduk dapat ganti rumah

SUNGAI NIBONG - Hanya dalam masa 24 jam, Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berjaya membantu penduduk Kampung Sungai Nibong Besar mendapatkan rumah. Terdahulu akhbar ini melaporkan 12 rumah penduduk di kampung berkenaan hampir dirobohkan setelah mendapat perintah daripada Mahkamah Sesyen Georgetown.

Ia berikutan kesemua tanah 12 rumah penduduk berkenaan sudah pun dibeli pemaju dan dijangka akan dibina dengan sebuah perumahan lain.

Namun ketika wakil Mahkamah Balik Pulau turun padang dan memberikan notis terakhir, terdapat beberapa penduduk dan juga wakil politik cuba menundakan operasi perobohan berkenaan kerana mahu keadilan yang sewajarnya.

Ia berikutan ada penduduk yang tidak setuju dengan jumlah pampasan yang tidak cukup memandangkan kos rumah pada masa kini agak mahal.

Tze Tzin yang kemudiannya tiba di kampung itu berjaya mendapat persetujuan untuk menundakan perobohan dari pemaju.

Menurutnya, malah beliau telah berusaha dan berjaya mendapatkan pampasan untuk penduduk dengan rumah ganti rumah.

“Setiap keluarga akan menerima rumah kos rendah bernilai RM42,000 dan ditambah dengan RM5,000 kos pindah.

“Ini bermaksud penduduk akan mendapat pampasan nilai berjumlah RM47,000, usaha ini hanya dapat dicapai dengan bantuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman dan dengan pendekatan efektif saya selaku Adun kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara menandatangani perjanjian dengan penduduk di Dewan JKKK Kampung Sungai Nibong Pantai, dalam majlis berkenaan kesemua 12 penduduk telahpun menandatangani perjanjian.

Tze Tzin dalam ucapannya berkata, beliau telah mendapat tawaran yang baik kepada penduduk kampung setahun yang lalu.

Tetapi, malangnya penduduk kampung dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka tidak ingin mengambil tawaran itu.

“Akibat daripada itu, mereka membawa kes ke mahkamah. Tetapi mereka kalah dalam mahkamah akhirnya. Ada parti politik yang cuba mengaut kepentingan politik tetapi mereka gagal menunaikan janji.

“Penduduk kampung hampir-hampir kehilangan kesemua harta akibat kejadian berkenaan, hari ini saya menyeru supaya penduduk sendiri harus ambil iktibar daripada kejadian ini,” katanya.

Tze Tzin berkata, walaupun kelmarin ada yang menghalaunya balik, namun beliau tetap bersabar berikutan mahu penduduk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

“Keadaan juga agak tegang dan bagaimanapun saya tetap tabah hati dan tenang menjalankan tugas.Saya bernasib baik kerana dapat menyelesaikan masalah itu dengan lancar.

“Dengan perjanjian ini juga mereka akan diberi kelonggaran tiga bulan untuk berpindah ke rumah baru,” katanya.

Antara Orang DAP yang faham akan isu HUDUD

Isu hudud dibangkit kerana Umno takut: DAP

ALOR SETAR - DAP mendakwa isu hudud dibangkitkan atas rasa ketakutan pemimpin Umno terhadap pelaksanaannya, bukan disebabkan oleh penolakan parti itu.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, DAP bukan menentang hudud, sebaliknya pada pandangannya, ia tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum atas dasar keadilan.

“Sebenarnya yang takut pada hudud ialah ahli Umno. Pas acah sahaja untuk lihat reaksi pemimpin Umno. Namun isu ini dijadikan umpan untuk mereka tarik pengundi sertai Umno, namun saya percaya cara ini tak berjaya alihkan pengundi, sebab rakyat bijak menilai,” katanya.

Menurutnya, pendirian DAP dalam isu ini jelas, selain ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR) memahami dasar masing-masing yang berbeza, di mana persefahaman yang menyatukan mereka dalam banyak perkara.

“Negara ini adalah sekular malah dalam perlembagaan pun tidak disebut. Termasuk polisi dalam PR yang langsung tidak menyentuh mengenai negara Islam. Bermakna isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan menjadi isu politik,” katanya.

Guan Aik berkata, sekiranya terdapat dua undang-undang di negara ini, ianya tidak adil kepada dua individu berbeza agama yang dikenakan hukuman yang berbeza bagi kesalahan yang sama.

“Jika pada masa akan datang menyaksikan mendapat persetujuan 2/3 Parlimen untuk laksana hudud, kita tengok macam mana,” katanya.

Mengulas pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan, Guan Aik berkata, DAP percaya Nik Abdul Aziz mendapat tekanan daripada Umno, khususnya Tun Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu itu.

“Ini cuma ketegasan Nik Abdul Aziz dalam isu ini untuk bidas Umno, sebab mereka yang banyak beri tekanan pada beliau supaya timbul pergeseran antara Pas dan DAP. Isu ini sengaja diapi-apikan untuk meretakkan hubungan dalam PR,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya menggesa pemimpin PR supaya berhati-hati agar tidak terjebak dalam perangkap Umno, yang mahu melihat rakan sekutu PR bercakaran sesama sendiri.

“Apa jua isu selepas ini elok bincang secara tertutup. Saya percaya isu ini dibangkitkan ketika Umno bimbang undi orang Melayu kepada parti itu semakin hilang,” katanya.

LHDN: Gaji isi rumah bawah RM3,000 terima RM500


KANGAR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan pendaftaran isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500, diagihkan bermula Di­sember tahun ini.

Pengerusi LHDN, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, Kemen­terian Kewangan belum memuktamadkan mekanisme terbaik bagi menyelesaikan pendaftaran dan bantuan dengan sistematik.

Menurutnya, LHDN perlu memastikan keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja mencukupi telah siap sedia selewatnya November ini.

“Antara mekanisme dicadangkan, menyediakan pendaftaran secara bergerak untuk memudahkan orang ramai, meminta kerjasama Ja-watankuasa Kema­juan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan merangka borang khas untuk memudahkan orang ramai mengisinya.

“Setakat ini, proses mendraf borang semuka sedang dipersiapkan dan mungkin akan diedarkan akhir bulan Disember,” katanya ketika Majlis Perasmian Wisma Hasil Kangar di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu; Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.
Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dengan membabitkan pe-runtukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Jln-Jln Masuk Kg: kempuan tak dpt merasa daging korban

Weekend baru ni, waktu beli nasi lemak kat gerai sorang sahabat depan restoren cina dekat taman saya duduk ini, ada la saya ter-bersembang dengan beliau pasal Korban, pasal raya Korban nak mai dua tiga hari lagi ni.

Sembang pi sembang mai, saya cerita la mcm mana meriahnya tiap kali saya anak beranak balik beraya ke kampung halaman isteri saya di Pantai Timur sana nu. Saya habag kat dia, di sebelah sana, Raya Korban memang meriah sungguh, bukan setakat 1st Day saja raya, tapi sampai seminggu depa dok be-raya lagi.

Dah la tu, kalau bab semelih Korban pula, bukan takat sekoq tapi kat masjid tepi rumah adik ipaq saya tu, depa semelih sampai 9 ekoq sekali. Surau kat taman tak jauh dari situ, lagi 3 ekoq, kat masjid sebelah sana nu pulak sampai lima enam ekoq.

Tak macam raya di Kedah (atau pun sekurang-kurangnya di daerah Baling/Sik daerah kelahiran saya ni), raya Korban di negeri-negeri sebelah pantai timur sana memang meriah sungguh. Tak caya, cuba hangpa pi menikah dengan orang sana tengok – untuk yang belum menikah lagi la.

Masa balik be-raya di pantai timur hari itu, saya cukup suka ikut orang takbir waktu tukang semelih dok semelih lembu-lembu dan kerbau tu, nak habis 9 ekoq, mau suara naik serak dok takbir. Terserlah sungguh suasana Hari Raya Korbannya.

Bila tang bab bahagi daging pulak, tu dia – 9 ekoq 9 tempat dan 9 kumpulan dok cincang dan bahagi daging2 tu; penuh orang ramai anak beranak pakat mai masjid/surau tu. Tak payah habag pun depa mai.

Tak macam kat kebanyakan kawasan di Kedah ini; majlis korban secara kelazimannya depa buat di rumah sendiri. Sekali tu saya balik beraya di kg, ada saudara jemput pi majlis korban di rumah dia. Masa nak pi tu ada terjumpa sorang pakcik, tanya dia tak pi korban ka, pakcik tu kata “TAK KENA!”

La – mcm kenuri kahwin pulak, kalau tak kena/tak panggil tak boleh pi.

Bukan tak boleh pi sebenarnya, boleh pi, tapi dia yang segan sebab tuan rumah tak panggil. Beza dengan di Pantai Timur, panggil tak panggil ka, buat korban di masjid/surau, semua orang boleh maghi!

Ringkas ceritanya, kat Kedah ni suasana korban memang tak boleh lawan belah pantai timur sana nu. Tak tau pasal apa, masyarakat di negeri-negeri pantai timur sana tu depa memang suka buat korban. Sedangkan kat Kedah ni, kalau ada yang kat masjid pun, tak berapa ekor punya; tak sempat nak agih2 sekeliling pun, dah habis dah.

Sebab tu saya rasa ralat sikit bila saya dengar sahabat saya yang jual Nasi Lemak tu habag, dia dengar kata masjid ada korban tahun ini, tapi dia tak pasti pulak tahun ini daging tu sampai kat dia ka tidak. Dia kata tahun sudah-sudah ada jugak orang buat korban kat masjid tu, tapi tak pernah pun daging tu sampai ke rumah dia, sedangkan sebagai ahli kariah, dia rasa dia layak dapat bahagian dia itu.

Dia komplen kat saya kata, sepatutnya pihak masjid buat giliran lah, tahun ini bahagi untuk orang Taman X, tahun depan Taman Y, lepas tu Taman Z ka mana ka, barulah semua orang dapat merasa daging-daging korban tu.

Terus terlintas di pemikiran saya – rupanya, dalam riuh rendah kita dok pi buat korban merata Dunia nu, orang Islam kat Malaysia ni sendiri ramai juga rupanya yang kempunan, tiap tahun dok tunggu nak merasa daging korban.

Sebab tu, saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab perkenalan saya dengan kawan-kawan yang kerja kilang melalui NGO WARGAKILANG ini mentakdirkan saya untuk pertama kalinya tahun ini terlibat dalam aktiviti kebajikan KORBAN besar-besaran hasil usaha kawan-kawann dok kutip bahagian korban di kilang masing-masing; hasilnya Alhamdulillah setakat ini kami dah dapat 13 ekoq lembu untuk dibuat korban.

Kalau ikut skala korban di negeri Kedah ini, 13 ekoq tu dah kira banyak lah tu.

Dok ingatkan banyak sungguh, jenuh la kami nak agih-agihkan kpd org2 miskin di negeri Kedah ini terutamanya di daerah Sik dan Baling ini, tapi bila kami meeting dengan Ustaz Ismail, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah tempat kami nak buat korban hari raya ke-2 nanti ni; bila kami buat list penerima sumbangan daging2 korban itu, rupa-rupa 2kg/sorang tu memang tak cukup.

Sekeliling pondok tu saja dekat 200 orang.

Nak pi edar belah pedalaman Sik dalam 150 pack, belah Baling lagi, Padang Serai lagi, Jeneri lagi, Nami dll – tak cukup rupanya. Tapi tak apalah, insyaallah kami akan pi edar takat mana yang ada. Moga bagi mereka yang tidak pernah merasa daging korban dihantar sendiri ke pintu rumah mereka ini, tahun ini mereka akan merasa dan dapat masak sendiri daging-daging korban itu mengikut citarasa mereka sendiri.

Kepada kwn-kwn yang ambik bahagian, terima kasih banyak-banyak, mudah-mudahan korban tuan/puan ini akan diterima Allah SWT sebagai kerja buat ibadah yang diberkati hendaknya.

Dan, mudah-mudahan juga ada insan – insan seperti sahabat saya yg jual nasi lemak ni tidaklah lagi kempunan tak dapat merasa daging korban di musim Hari Raya Korban tahun ini.

Kepada yang berkelapangan, mailah bantu kami melapah dan mengagih-agihkan daging korban itu di Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah pada pagi hari raya ke-2 nanti. Kami tak ramai, cuma empat lima orang saja, cuma dok harap bantuan org-org kg sekeliling pondok itu saja. Sebarang bantuan amatlah dialu-alukan.

Sekian
Salam Aidiladha

moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Sudah Lama Aziz Bari Mendirikan Rumah Di Tepi Pantai


UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggantung tugas Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Abdul Aziz Bari (foto) mulai semalam. Penggantungan itu ekoran siasatan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) terhadap penysrah kanan itu. Aziz Bari disiasat polis ekoran terdapat lima laporan polis berhubung kenyataanya yang dianggap sebagai menyentuh kedudukan sultan Selangor.

Salah seorang makhluk yang membuat laporan polis ke atas Aziz Bari ialah seorang senator dari Umno. Mudah-mudahan sempena ulang tahun sultan nanti senator itu akan dikurniakan gelaran Datuk memandangkan jasa-jasa dan bakti besarnya kepada Umno termasuk memburukkan bekas bosnya sendiri dan 'mendolor' bos barunya. Manusia seperti itulah yang mendapat sanjungan Umno.

Saya tidak mahu mengulas sebab musabab mengapa siasatan itu dibuat ke atas Aziz Bari dan apakah ianya relevan atau tidak. Umum sudah mengetahuinya serba sedikit sebab-sebabnya. Tetapi apa yang hendak saya ulas di sini ialah mengenai keberanian Aziz Bari dalam mengeluarkan suaranya berhubung bidang yang beliau arifi, iaitu perlembagaan. Juga keberaniannya dalam menyatakan sesuatu yang hak dan tidak hipokrasi seperti beberapa orang profesor kangkung menjalar lainnya.

Persoalannya apakah salah kalau Aziz Bari bercakap sesuatu dari sudut ilmu - perlembagaan yang beliau tahu? Jangan peduli apakah topik yang beliau sentuh itu sultan atau siapa? Yang penting apa yang beliau perkatakan itu kebenaran dari segi ilmunya. Islam menuntut kita memperkatakan kebenaran. Sebuah hadtih bermnaksud; katakan kebenaran itu walaupuin pahit.

Sebuah negara yang mengakui mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada rakyat, salahkan tindakan Aziz itu? Apakah ilmu yang dipelajarinya hanya untuk dikenang semata-mata dan tidak boleh dimanfaatkan untuk umum. Sarjana yang dimilikinya bukan saja untuk membolehkan dia lulus periksa kemudian mendapat wang, tetapi mendauluatkan ilmu itu untuk kepentingan semua. Bahkah itulah matlamat sebenarnya mempergunakan ilmu untuk hidup.

Soal teguran itu menderhaka ia hanya persepsi pihak tertentu yang sudah lama membenci Aziz Bari kerana Aziz tidak pernah condong kepada bayangan politiknya dan juga membenci kepada keberanian dan kebenaran Aziz Bari. Tanggapan itu dari minda orang yang otat kemeto. Saya yakin kalau apa yang Aziz Bari cakapkan itu memberi untung kepada Umno beliau tidak dipengapa-apakan. Usahkan hendak dikenakan tindakan menggantungkan tugas, hendak siasat jauh sekali.

Sudah ada banyak contoh sebelum ini, sesiapa yang bercakap tidak menguntungkan Umno kalaupun benar dia akan dikenakan tindakan. Akan disiasat dan didatangi polis. Tetapi kalau dia bercakap menguntungkan Umno walaupun telah dipecat dari Umno tujuh kali dia akan dipuji melangit. Polis pula akan membisu untuk memanggil orang itu disiasat walaupun ada beratus laporan polis terhadapnya. Tindakan polis sebeginilah yang dianggap sebagai tidak profesional dan menjadi alat kepada Umno.

Sekitar tahun 1982 dulu hampir semua pemimpin Umno mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu. Ada raja yang diaibkan dengan mendedahkan harta dan juga skandal mereka di media massa. Tetapi anihnya tiada seorang pun yang terlibat dalam kerja mengaibkan raja-raja Melayu itu tidak dikenakan tindakan. Kenapa? Jawabnya kerana mereka Umno parti yang memerintah, bukan saja memerintah negara tetapi turut memerintah raja-raja Melayu.

Di Malaysia ini mudah saja kalau anda ingin mengkritik raja dan selamat tidak disiasat polis, masuk atau kritiklah raja-raja dari rumah Umno, nescaya anda akan selamat. Raja-raja juga tidak ada kuasa dan hak untuk mengambil tindakan ke atas orang mengaibkan mereka kerana tidak ada peruntukan undang-undang? Raja kita raja berperlembagaan. Perlembagaan pula bukan perlembagaan Malaysia tetapi perlembagaan Umno! Perlembagaan Umno pula bukan berlandas kepada tatabudi dan agama tetapi kepada nafsu pemimpin tertingginya.

Rasanya kita semua tahu akan hakikat ini. Tindakan ke atas Aziz Bari menunjukkan negara ini tidak menghormati ilmu yang ada kepada seseorang. Ilmu atau pun kebebasan dibenarkan hanya slogan sahaja. Di samping itu tindakan itu sebagai isyarat kepada yang lain. Kepada pensyarah yang cuba hendak bercakap benar dan mengkritik Umno perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku ke atas Aziz itu. Itulah tujuannya. Makanya kalau profesor yang hati 'kie' penakut akan urung ke belakang sebelas ini dan terpaksa mengajar anak muridnya menggunakan selibas Umno kembali.

Tindakan seumpama ini bukan baru berlaku, tetapi sudah lama terjadi. Orang yang cuba menegakkan kebenaran berlandaskan ilmu dan undang-undangnya akan dikenakan tindakan sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan parti yang memerintah. Kecerdikan dan kelogikan akan mengatasi kuasa politik 'gedebe' di negara ini. Sebab itu di negara seperti Malaysia ini lebih baik jadi orang bodoh dan tolol dari jadi orang cerdik. Dalam kloni politik tidak kira Umno atau apa orang bodoh memimpin orang cerdik.

Mengenai masalah dan risiko dihadapi Aziz Bari ini, saya sudah lama menaruh kebimbangan. Saya sudah fikir dengan ketelusan dan keberanian beliau mentafsir sesuatu yang berlaku di dalam negara ini berdasarkan ilmunya tanpa 'perdamian', lama kelamaan beliau akan berhadapan dengan masalah. Kerajaan ini mana boleh menerima sesuatu yang benar dan hak.

Apabila beliau disiasat polis kemudian dikenakan tindakan tunjuk sebab oleh majikannya, apa yang saya bimbangkan sudah menjadi kenyataan. Tetapi tidak mengapa Aziz... mungkin ada pihak yang bergembira dengan tindakan itu walaupun natijah ia membodohkan diri sendiri, tetapi ada segolongan rakyat akan bersama anda. Saya sendiri sudah melalui apa yang baru terjadi ke atas Aziz Bari itu.

Mereka yang sihat otak berpegang kepada prinsip ilmu dan kebebasan bersuara akan menyanjungi apa yang Aziz lakukan. Pembawa kebenaran adalah Aziz. Keberanian ialah menyuarakan apa yang difikirkna betul berlandaskan ilmunya tanpa gayut kepada tekanan dan ugutan. Aziz dalam erti kata lain seorang pratikal, kerana dia mengamalkan ilmu yang ada kepadanya. Orang yang ikhlas, berani dan jujur beginilah pemimpin sebenarnya. Aziz juga bererti berani.

Kepada Aziz beliau jangan risau dan sedialah menerima apa sahaja hukuman. Umno berkuasa ke atas segala-galanya. Jalan terbaik bagi Aziz ialah turun ke gelanggang. Kalau kampus tidak membenarkan dan cuba memotong lidahnya dari menyatakan kebenaran beliau boleh tukar gelanggang. Terjunlah ke gelanggang siasah. Bukan pula bermakna bila terjun ke gelanggang siasah beliau terlepas dari menghadapu ujian. Siasah lagi banyak dan mencabar ujiannya.

Waktu ini adalah terbaik untuk Aziz memulakan gelanggang baru. Sementara UIA mengantung tugasnya, Aziz boleh menjelajah ke seluruh negara untuk memperkatakan kebenaran. Masa yang diberikan ini gunalah seluas mungkin untuk mempraktrik langkah baru dalam medan juang baru.

Saya tidak fikir orang seperti Aziz yang simple dan tawaduk, memikirkan soal wang. Beliau lebih memikirkan kebenarannya. Orang seperti beliau merasa bersalah kalau dia tidak mempraktikan ilmu yang ada kepadanya. Kalau beliau memikirkan soal wang pasti beliau akan menjejaki beberapa orang pensyarah universiti yang menjadi majikan beliau itu yang kini senang lenang dan kaya raya menurut kamus materialistik.

Sebenarnya orang macam Aziz Bari tidak ramai. Di universiti di kalangan pensyarah dan tenaga akademi hanya beberapa orang saja. Ada yang cuba melawan Umno tetapi bila umno menawarkan kerusi usang mereka kembali berpaling menjadi alat bukan penentang lagi. Mungkin ada mengatakan Aziz bodoh kerana tidak sedia untuk memutarkan lidah dan melacurkan ilmunya tetapi rakyat nun jauh di kampung merasa bertuah kerana memiliki seorang Aziz. Aziz telah menjadikan dirinya harta rakyat bukan menjadikan ilmunya mengejar kekayaan untuk dirinya.

Percaya dan yakinlah rezeki untuk hidup bukan bergantung kepada satu sumber sahaja. Allah telah memberi jaminan akan menyediakan rezeki dan kemudahan kepada mereka yang berjuang dijalan-Nya. Aziz tidak perlu gundah dan bimbang. Selagi nawaitunya betul dan hatinya ikhlas kepada Allah, Allah akan bersamanya. Kalau tidak percaya cubalah Aziz bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang, beliau tentu akan disokong rakyat. Sokongan rakyat itu adalah sokongan Allah kerana Allah menggerakkan hati dan kalbunya untuk berbuat begitu.

Saya mendoakana semoga Aziz tidak akan cemas dengan apa yang berlaku. Dan saya percaya Aziz sudah pun bersedia untuk berdepan dengan angin dan ombak, kalau tidak masakan dia berumah di tepi pantai; mendokong perjuangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat samalah dengan pelaut yang berani mendirikan rumah di tepi laut. [wmkl.4:45 pm 20/10/11]

Mohd Sayuti Omar,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...