TERKINI :

Wednesday, October 19, 2011

Jawapan Ust Zaharuddin kepada UTUSAN berkenaan Isu PAS tak joint HIMPUN



Abdul Muhaimin Saifulbahri

Petang tadi, Dr Zaharuddin berkata pihak Utusan Malaysia menghubungi beliau untuk mendapatkan respon mengenai isu penolakan PAS daripada menyertai HIMPUN. Ini jawapan beliau hafizahullah, dan semoga Utusan Online amanah serta takut kepada Allah. Jangan ada penyelewengan.

Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN sekali lagi

Oleh Muhammad Zir

Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia.

Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.

Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menggunakan wang rakyat untuk berniaga.

Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak.

Dalam asas demokrasi sosial atau dalam konsep Pakatan Rakyat sekali pun, dasar disentralisasi menjadi matlamatnya. Inilah konsep Ketuanan Rakyat, kita mahu rakyat bijak berdikari dan hanya dipandu oleh kerajaan, bukan dicucuk hidung oleh kerajaan.

MyCreative Venture Capital

Cadangan kerajaan UMNO-BN untuk golongan belia itu membawa maksud akan wujud sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Penubuhan demi penubuhan pada setiap kali Belanjawan dibentangkan di Parlimen tidak pernah menjanjikan apa-apa penambahbaikan pada sistem, hatta keuntungan syarikat GLC ini.

Apakah janji MyCreative Venture Capital (MVC) akan lebih berjaya daripada berlambak-lambak GLC yang sudah sedia?

MVC akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif. Maka sekali lagi kita ingin bertanya, adakah ‘keratif’ ini bermakna medium seni – seni muzik, filem atau sekadar menjadi cyber trooper UMNO di alam internet?

Jika demikian, dana ini sepatutnya disalurkan terus kepada kementerian yang terbabit seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) atau Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau diagihkan kepada institusi-institusi sedia ada.

Contohnya, jika aliran seni tampak, maka salurkan ke Balai Seni Lukis Negara. Bukankah ia lebih jelas dan mudah tanpa perlu menubuhkan lebih banyak GLC?

Mengapa jika hanya untuk bidang kreatif maka harus ditubuhkan sebuah lagi GLC? Kos penubuhannya sudah tentu memakan belanja sedangkan kos pulangannya belum tentu berjaya.

Ini belum lagi dibincangkan pula tentang bidang kuasa kementerian dan jabatan terbabit yang selalunya dilihat sebagai menghalang kebebasan berekspresi golongan muda dengan menyekat pinjaman peralatan atau permohonan geran.

Gelanggang futsal

Kerajaaan UMNO-BN juga telah mengumumkan pembinaan tambahan gelanggang sukan futsal yang berjumlah 150 buah bagi mencapai matlamat “1 gelanggang 1 mukim”. Dari 150 buah ini, 30 buah daripadanya akan dibuat dengan padang tiruan dilengkapi dengan lampu limpah.

Kita akui, membina arena untuk anak-anak muda termasuk masyarakat awam bersukan amatlah baik. Itu tidak kita persoalkan, mana-mana kerajaan sekali pun harus melaksanakan keperluan ini dan tidak perlu menagih ‘kredit’ (pujian) dari rakyat.

Konsep bersukan harus dilihat sebagai aspek riadah dan kesihatan – mental dan fizikal. Itu jelas.

Apa yang selalu menjadi isu adalah cara ia dilaksanakan. Dalam hal ini, sudah tentu pengagihan kontrak membina dan menjaga gelanggang ini akan mengikut selera kerajaan UMNO-BN, iaitu menerusi syarikat kroni.

Inilah cara yang ‘sah’ untuk UMNO-BN merompak rakyat sendiri berkali-kali. Amalan ini adalah budaya UMNO sejak zaman Tun Mahathir Mohamad lagi.

Sebagai contoh, bandingkan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang telah wujud lebih awal program ‘Jelajah Futsal’ yang mana di semua daerah termasuk luar bandar telah memiliki gelanggang futsal mereka sendiri.

Kewujudan gelanggang tidak lagi menjadi isu, hanya soal kualiti dan penambahbaikan sahaja yang sedang dirangka dan dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia dibina oleh pihak swasta dan operasinya berjalan begitu baik, malah kos sewaannya juga amat berpatutan. Ini berlaku sejak 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tanpa bimbang dan ragu telah melaksanakan disentralisasi aspek ini demi menggalakkan persaingan perniagaan yang sihat serta kegiatan anak muda yang bebas atau independen.

Nampaknya kerajaan UMNO-BN ingin memonopoli kegiatan anak muda menerusi bisnes gelanggang futsal. Entah-entah anak muda yang ingin bermain di gelanggang itu perlu mengisi borang keahlian UMNO dahulu, siapa tahu?

Program Strategik Belia 1Malaysia

Kerajaan UMNO-BN juga mengumumkan Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) yang seakan-akan bunyi dengan program Rakan Muda.

Apakah kita sudah lupa pada program Rakan Muda? Apa jadi pada hari ini? Mengapa perlu sebuah lagi program sedangkan Rakan Muda yang sudah sedia ada struktur dan infrastrukturnya itu boleh dirumus dan diperbaiki lagi?

Kesemua persoalan ini tidak pernah dan tidak akan dijawab oleh kerajaan UMNO-BN kerana mereka beranggapan “aku memerintah, aku punya suka lah”. Inilah sikap kerajaan yang yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tawaran ikhlas Pakatan Rakyat

Dalam pelbagai usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN, kita jangan lupa apa pula yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak apabila mereka memerintah.

Antaranya, sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian.

Walau pun kita memahami bahawa inisiatif ini belum begitu lengkap perinciannya, asasnya cukup jelas sekali. Anak muda akan diberi dana untuk mereka memilih, membentuk dan melaksana sendiri apa-apa program yang mereka mahukan tanpa perlu dihambat oleh kehendak kerajaan sepertimana yang UMNO-BN lakukan.


Mesejnya amat jelas, anak muda diberi kepercayaan untuk berprogram, beriadah dan bergerak bebas dalam keadaan yang penuh harmoni dan bertanggungjawab. Bukankah tawaran ini lebih realistik?

Bagi golongan muda yang sejati, wang bukanlah segala-galanya bagi mereka. Maruah, harga diri dan jati diri serta komitmen yang progresif menjadi pegangan kebanyakan anak muda.

Dalam hingar-bingar UMNO-BN menabur duit ratusan juta itu, Pakatan Rakyat telah mengumumkan satu dasar yang amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan golongan muda, khususnya mahasiswa.

Pakatan Rakyat akan memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Pemansuhan AUKU bertujuan membebaskan pelajar-pelajar daripada cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan memerdekakan pensyarah dan tenaga pengajar daripada kongkongan briokrasi dan politik UMNO-BN. Malah, kepimpinan universiti-universiti awam akan ditentukan berdasarkan merit.

Inilah hadiah paling penting yang tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN. Bagi mereka, anak muda hanyalah perkakas untuk mereka.

Sedangkan Pakatan Rakyat melihat bahawa dengan kebebasan berekspresi, berdialog dan berakedemik, pasti akan menyegarkan kembali idealisme anak muda yang telah dimandulkan oleh UMNO-BN selama hampir 40 tahun.

Jika anak muda mensia-siakan peluang ini, jangan merungut jika kehidupan di kolej atau universiti, atau pun di alam kerja sewaktu muda, masih terperuk dan mandom selama ini. Selagi UMNO-BN di tampuk kuasa, selama itu anak muda tidak merasai nikmat kebebasan sebenar. – Roketkini.com

UMNO Cuci Otak TOK IMAM, BILAL & SIAK untuk lihat PAS Buruk..

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.

Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.

Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah.

"Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagitahu siapa yang gunakan imam dan bilal untuk kepentingan politik," kata Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mempertikai perkara itu apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa elaun dan kursus adalah perkara berbeza.

Firdaus sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebelum itu meminta Jamil menyatakan pihak mana yang terlibat menganjurkan kursus tersebut.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal, baru-baru ini.

Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu.

"Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini?

"Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya.

Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam.

Elaun bagi imam dan bilal ialah RM750 daripada Kerajaan Pusat dan RM50 daripada kerajaan negeri.

Manakala elaun bagi siak ialah RM290 yang dibayar kerajaan negeri.


Bloger SEX yang kantoi menjadi kesayangan parti mereka..!!!

Blog Umno guna gambar juara catur serang anak Guan Eng, kata DAP

TERKINI @ 04:14:53 PM 19-10-2011
October 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Okt — DAP hari ini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

“Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda.Semalam, Lim berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau.

Dalam kenyataan menggunakan nada yang keras, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata anaknya terganggu dengan dakwaan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno dan tidak hadir di sekolah sejak beberapa hari lalu.

“Saya menggesa pihak-pihak pro-Umno yang kejam jangan mengganggu anak-anak saya yang kecil. Jika anda mahu menghabiskan saya, buat yang terburuk ke atas saya, biarkan anak-anak saya yang kecil,” katanya lagi.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kepimpinan Umno mengambil tindakan ke atas ahli-ahli partinya yang didapati menyebarkan khabar angin.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan susulan ke atas pihak-pihak berkenaan.

“Buat masa sekarang, saya dan isteri saya sedang berusaha untuk memulihkan anak kecil saya dan berdoa agar dia dapat kembali pulih daripada gangguan disebabkan oleh pihak-pihak kejam pro-Umno ini,” katanya lagi.

Dalam penjelasannya, Pua juga menggesa Khairy agar menarik balik kenyataan sinisnya dan meminta maaf kepada Lim atas mesej yang dihantar menerusi Twitter.

“Sebagai model teladan kepada generasi muda rakyat Malaysia, dan yang mendakwa sebaagi teladan kepada politik baru, beliau harus memikul tanggungjawab,” katanya lagi.

Beliau juga menuntut Umno mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahlinya yang menyebarkan fitnah.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-umno-guna-gambar-juara-catur-serang-anak-guan-eng-kata-dap/

Blogger-blogger SEX Kantoi... !!!

Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee

KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng (gambar) pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

“Jika saya senyap, ia akan menyebabkan saya, sekolah berada dalam situasi memalukan. Sangat mudah, jika ia benar-benar, pastinya saya tahu, bukan begitu?

“Tiada pelajar yang membuat dakwaan sedemikian,” kata Goh.

Awal hari ini DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dakwaan-atas-anak-guan-eng-tidak-benar-kata-pengetua-heng-ee/

SPR TIADA ALASAN LAGI LENGAHKAN PELAKSANAAN DAKWAT KEKAL

(19 Oktober 2011)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13. DPPM menganggap proses menunggu ‘lampu hijau’ dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut.

DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM, m/s 144 yang menyebut bahawa : “Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.”

Bagi DPPM, Fatwa ini terang dan jelas bahawa tiada masalah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU ke 13 nanti. SPR tidak perlu berlengah dan tidak perlu bimbang kerana hukum dari pihak yang berautoriti dalam bidang agama telah dikeluarkan lebih awal. Rakyat khususnya umat Islam akan selamat dengan kaedah ini kerana ia tidak akan mengganggu amal ibadat serta mengandungi perkara yang syubhat mahupun haram.

DPPM mengingatkan bahawa SPR sedang menjadi bahan cemuhan dan mendapat krisis ketidak yakinan bukan setakat rakyat di Malaysia, bahkan masyarakat dunia. Bagi mengelakkan prasangka yang lebih buruk, SPR perlu melaksanakan sistem celup jari secepat mungkin. Setidak-tidaknya, rakyat akan memberi sedikit harapan dan kepercayaan bahawa SPR sedang berusaha menjadikan sistem pilihanraya di Malaysia bebas, bersih dan adil.

Justeru, DPPM ingatkan agar SPR tidak mencari dalih lain bagi melengahkan pelaksanaannya dalam PRU ke 13 nanti. Jika tidak, SPR akan dianggap gagal dan rakyat tidak akan memaafkan kesalahan besar ini buat selama-lamanya. Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan satu sistem pilihanraya yang bersih, adil, telus dan diyakini. Usahalah agar sistem pilihanraya di Malaysia menjadi antara yang terbaik didunia.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN?

Oleh Aspan Alias

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah menhttp://3.bp.blogspot.com/_nzf-xGrt08M/SkCX7VqLmVI/AAAAAAAACNs/rzFLNYJPctQ/s320/mydgubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan UMNO dan BN semakin hari semakin lemah. UMNO sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan ‘warlords’ dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan ‘war lords’ tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, ‘war lords’ serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa ‘fed-up’ mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara ‘one-off’ yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan ‘one-off’ itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM 2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Perjudikan One-Off hadapi PRU13

Oleh SAFAR JUMAAT

SELEPAS ketawa besar, dengan sokongan ampu-ampuan daripada rakanrakannya, Perdana http://emaskini.com/wp-content/uploads/2011/10/dato-seri-najib-tun-razak-300x249.jpgMenteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak nampaknya masih belum puas menerima pujian-pujian kerana mendakwa telah membentangkan Bajet Transformasi 2012.

Tiada siapa peduli, bajet yang dibentangkan ini merupakan sambungan daripada bajetbajet defisit yang sudah lama berlarutan, kerana Najib kelihatan gelabah untuk membacakan cadangannya itu di Parlimen, selepas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah awal membentangkan Bajet Mesra Rakyat.

Bila Najib menyebut ‘one off’, ini bererti Najib cuba sebaik mungkin membelanjakan wang yang ada, bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat tempat di hati rakyat – jika tidak, dikhuatiri mereka yang sedang berkuasa sekarang tidak sempat membelanjakan apa yang ada, seandainya Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang sudah tidak dimenanginya lagi.

Dalam kegelabahan itu, beliau nampaknya terpaksa ‘sedia berbelanja boros’ kerana mahu memikat hati rakyat yang sudah dikesan tidak lagi mahu memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa.

Ini menyebabkan mereka mahu mencurahkan air di tempayan kerana mereka nampak, jika dengan cara ini akan dapat menadah hujan yang bakal turun atau, mereka akan berpuashati selepas segala-galanya dihabiskan, untuk mempertahankan Putrajaya hingga ke syiling yang penghabisan.

Untuk apa wang jika selepas ini hilang kuasa, kata seorang Ahli Parlimen BN yang ditemui selepas mendengar Najib membentangkan bajet.

Maknanya, Najib memperjudikan wang negara dengan harapan dapat meneruskan kuasa yang seperti telor di hujung tanduk.

Itulah sebabnya, ketika mengadakan program turun pandang ke Selangor, Najib memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang BN kalah antaranya Ijok, Batu Caves dan Gombak Setia. Ini kerana mereka di Selangor yakin, jika boleh menang semula kerusi Ijok yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, harapan BN untuk menang semula Selangor agak cerah.

BN Selangor juga mengharapkan BN boleh menang kerusi Dun Batu Caves yang selama ini diwakili calon MIC dan Gombak Setia, kerana BN tidak bimbang kawasan sebelah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang tetapi yang mereka khuatir ialah Gombak, Hulu Langat, Ampang Jaya dan Pandan.

Kawasan-kawasan di pinggir bandar ini, khabarnya cukup terkesan dengan pembentangan bajet baru-baru ini. Malahan, Najib juga tidak sabar-sabar untuk turun berkempen sebaik sahaja pembentangan dilakukan kerana mahu melihat sambutan daripada rakyat terhadap kehadirannya di mana-mana.

Bajet pilihan raya Memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa bajet ini boleh dikatakan bajet pilihan raya atau sebagainya, kelihatan beberapa Menteri Kabinet tidak sabar-sabar mahu pulang ke kawasan masingmasing bagi membawa khabar gembira ini kepada pengundi di kawasannya.

Mereka seperti dapat suntikan semangat baru dari apa yang dibentangkan Najib tanpa mereka mempedulikan bahawa Najib membunuh langsung legasi perjuangan bekas Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan.

Apakah ia disengajakan atau tidak, tiada siapa dapat menjawabnya tetapi kalau boleh Najib mahu seluruh rakyat Malaysia tidak lagi menyebut Islam Hadhari dan Modal Insan, gagasan Abdullah dahulu.

Dalam masa yang sama, Najib juga tidak menyentuh langsung Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau menyebut di kalimah akhirnya pembentangannya bahawa apa yang sudah dilakukan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein On, Dr Mahathir dan Tun Abdullah, kini diteruskannya.

Itulah sebabnya Najib menyebut bahawa beliau baru 2 tahun lebih memimpin bagi meminta rakyat tidak menyalahkannya dengan apa yang berlaku sekarang hingga defisit meningkat dan hutang negara bertambah.

Najib sedar, tanpa sokongan kakitangan kerajaan, mana mungkin BN akan terus mengekalkan kuasa dan Najib juga sedar bahawa guru-guru merupakan jentera yang cukup dekat dengan pengundi.

Itulah sebabnya, kali ini Najib memberi tumpuan kepada gaji kakitangan kerajaan selain bonus dan skim kenaikan pangkat guru-guru yang dilihat perlu diutamakan jika mahukan sokongan golongan ini.

Najib sudah berkali-kali memberitahu, beliau tidak mahu bajet yang dibentangkannya dianggap sebagai dicedok dan terikut-ikut kehendak Buku Jingga tetapi dalam masa yang sama, apabila Najib memberi fokus kepada warga emas dan guru, ia sekali gus menjawab bahawa kesan Buku Jingga telah masuk ke pemikiran Najib.

Biarlah beribu kali Najib menafikannya tetapi mana mungkin ada pembelaan kepada bekas anggota keselamatan jika tidak kerana serangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu?

Najib juga terpaksa memikirkan untuk membela nasib ahli-ahli parlimen kerana Najib tahu mereka yang bersama-sama BN pun tidak menentukan lagi pendiriannya jika nasib mereka tidak diperdulikan.

Najib tahu, tiada siapa yang boleh ‘dipercayai’ lebih-lebih lagi ada ahli parlimen BN pernah berucap di Parlimen mengatakan ‘apa guna duduk di rumah besar jika hanya berada di kaki lima. Lebih baik duduk di rumah kecil tetapi dapat duduk dalam rumah dan ada bilik disediakan’.

Apakah kata-kata itu tidak memberi kesan kepada tahap sokongan Ahli-ahli Parlimen BN? Jadi, selain dari pertemuan dan perjumpaan yang diatur, Najib sering diserang rasa bimbang kalau-kalau ada antara anggota BN yang berpaling tadah.

Blogger UMNO nie isu dalam kepala cuma SEX.. SEX.. SEX... tak ada benda lain dah kaa..???

Kalau ada tok aji, lebai boleh sokong lagi UMNO, aku tak tau nak kata apa...

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Minggu lepas blogger upahan UMNO Kedah 'bongkarkan' dua isu besar. Pertama, MP Pendang Dato' Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, Kedua, MB Kedah Ustaz Azizan Razak kahwin dengan budak 19 tahun. Bila blogger PAS buktikan isu itu FITNAH jahat semata-mata, mereka langsung takdak rasa malu dan bersalah.. Reka lagi macam-macam fitnah baru mengenai pemimpin PAS, semua fitnah jahat itu berkaitan sex semata-mata. Apalah malangnya tempurong kepala hotak UMNO.. tiada yang lain melainkan sex.

Di peringkat nasional anak Lim Guan Eng yang masih dibangku sekolah pun menjadi mangsa fitnah. Isunya tetap sama.. Sex sex sex.

Rakan2 saya di Kedah La tak habis mendedahkan fitnah UMNO yang muncul saban hari. makin dekat dengan PRU makin banyak. Depa buat fitnah makan kita makan kacang goreng, relaxxx jer langsung takdak rasa takut akan dosa. Apa jenih manusia bernama UMNO ni, sungguh mengherankan.

Jenih tuu syaksiyah UMNO ni.. Tiba-tiba kalau ada tok-tok lebai, tok aji buleh pi dok sokong lagi UMNO aku tak tau nak kata apa.. letih dah nak heran. Boleh jadi pak aji yg dok sokong UMNO ni pi Mekah bukan buat haji tapi dok pi cari barang pelaris dekat masjid jin.

Entahlah belalanggg...

Umno sedia terima hudud daripada tolak rasuah!

Ahmad Lutfi Othman

Siapa dapat menolak hakikat bahawa Umno-BN meraih kuasa dan kemudiannya mempertahankan takhta melalui proses "pembelian undi", dasar "patron-client (politik penaung-dinaung)" dan "rasuah" yang sudah berakar-umbi sejak zaman berzaman serta sukar untuk dicerai-tanggalkan lagi.

Boleh anda bayangkan Umno tanpa rasuah, salahguna kuasa, pembolotan kekayaan negara, monopoli tender projek yang memberi pulangan lumayan? Maaf cakap, pada hemat saya, Umno mungkin lebih bersedia menerima pelaksanaan hukum hudud daripada hidup tanpa korupsi dan nepotisme. Ya, hudud seperti diamalkan di Arab Saudi dan Pakistan ...

Justeru, biarpun Umno kalah di Kelantan sejak 21 tahun lalu, namun dengan agihan projek daripada pusat yang sarat dengan elemen habuan rasuah kepada setiap hieraki kepimpinannya di sana, parti itu masih nampak bertenaga. Malah, rasuah yang membusuk dalam usus Umno itu akan sentiasa menjadi penghalang daripada mereka kembali bertakhta di Kelantan.

Begitu juga dengan keadaannya di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat; talian hayat Umno bergantung kepada naungan kerajaan persekutuan, yang turut melimpahkan materi untuk terus "merasuahkan" pengundi dengan niat untuk mengembalikan kuasa. Semangat kesukarelawanan sudah pupus. Lagi pun apa lagi yang mahu "diperjuangkan", 'kan?

Sekali lagi saya bertanya, bolehkah anda bayangkan bagaimana Umno mahu survive tanpa mendakap erat amalan rasuah, tumbuk rusuk atau makan suap itu? Bagi saya, tidaklah sukar untuk membayangkan masa depan Umno jika talian hayatnya itu diputuskan, terutama apabila kerajaan persekutuan bertukar tangan dan Putrajaya diambil alih.

Organisasi Umno sendiri akan menjadi pincang, tempang dan lumpuh jika tidak "dilicinkan" oleh "wang rasuah", yang disalurkan secara rasmi atau tidak rasmi, melalui tabung politiknya, yang dikutip "secara profesional" daripada sumber dana awam.

Bukan berita mengejutkan kita mendengar jutaan ringgit terpaksa "dilaburkan" untuk calon-calon yang bertanding di peringkat bahagian, apatah lagi pusat, memilih saf kepemimpinan Umno. Jawatan dalam parti menjanjikan keistimewaan, sama ada menduduki posisi dalam kerajaan, syarikat berkepentingan kerajaan GLC, pihak berkuasa tempatan (PBT), selain peluang meraih kekayaan melalui penganugerahan tender projek-projek kerajaan.

Soal berapa ramai pemimpin Umno dicekup SPRM, seterusnya didakwa di mahkamah dan akhirnya kebanyakan mereka dibebaskan, bukanlah isu besar. Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), terbitan Jabatan Perdana Menteri, halaman 154, dicatatkan: "Pendakwaan yang berjaya terhadap individu yang berkuasa juga jarang berlaku, menyebabkan orang ramai percaya bahawa kami melindungi ahli politik dan individu yang mempunyai hubungan politik."

Mengenali agensi pencegahan rasuah daripada dekat sejak lebih 10 tahun lalu, dengan pengalaman saya membuat pelbagai aduan rasmi membabitkan orang kenamaan (VIP), sudah cukup untuk membuktikan bahawa banyak kes salahguna kuasa bukan saja boleh terlepas, malah tidak mampu pun untuk dihidu SPRM. Mungkin ada kes dilihat salah daripada segi moral dan etika, tetapi "dibenarkan" oleh undang-undang.

Tidak keterlaluan apabila ada pihak secara sinis berkata: "Sistem sedia ada telah menternak perasuiah-perasuah besar." Malangnya, Pelan Integriti Nasional 2004 yang diharap berupaya menjadi formula penyelesaian terbaik masih belum mendatangkan hasil. Konsep integriti belum membudaya dalam diri atau personaliti, apatah lagi dalam sistem dan institusi.

Projek-projek kerajaan, khususnya yang bernilai dan berprofil tinggi, masih diuruskan secara tender rundingan, misalnya pembinaan Istana Negara yang baru. Bukan saja kos projek melambung tinggi daripada harga siling, malah kontraktor kroni yang dipilih langsung tiada pengalaman. Selepas mendapat kritikan hebat, kini banyak projek dianugerahkan melalui proses tender terhad (bersaing sesama suku-sakat) -- bukannya tender terbuka -- sedangkan ia masih terikat kuat dengan amalan kronisme dan pilih kasih.

Justeru, saya tertarik untuk melihat pembentangan bajet 2012 daripada aspek ini. Apakah ruang dan peluang rasuah, penyelewengan perolehan serta ketirisan yang selama ini menghanguskan RM28 bilion setiap tahun, telah ditutup ketat? Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat juga mencatatkan, tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

Usahlah tersilau dengan "kemilau" pelbagai insentif one-off, namun perhatikan juga habuan yang dibolot para kroni dan suku-sakat elit pemerintah, misalnya siapa yang mendapat kontrak pembinaan infrastruktur, penjenamaan semula projek yang gagal, pelepasan cukai kepada kerabat.

Misalnya, kes pemaju hartanah di KLIFD, yang projeknya bernilai RM26 bilion, telah diberikan pelepasan cukai sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Pada kadar cukai korporat 25%, sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat, yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara, akan bolos begitu sahaja ke tangan kroni.

Dengan itu, saya cukup bersetuju dengan penekanan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, 10 Oktober lalu: "Belanjawan 2012 ini tidak lebih daripada senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan bilion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat."

Benarlah apabila Anwar merumuskan: "Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan."

Piala Malaysia: Terengganu, Negeri Sembilan menang, selesa ke final

October 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Terengganu dan Negeri Sembilan menang selesa ke atas lawan masing-masing dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Pasukan Terengganu mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam manakala Negeri Sembilan pula menewaskan pasukan T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Pusingan kedua akan berlangsung Sabtu ini.




Himpun: PAS tidak terlibat

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...