TERKINI :

Tuesday, October 18, 2011

Apa punya suei... Buku kisah PM aku kena bagi diskaun sampai 50% nak suruh orang beli..!!



Aduuuuuhh!! Malu aku dengan PM aku,...
Kedai buku terpaksa kena bagi diskaun 50% buku dia utk org beli. Malu oiii!!

Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur. Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Umno sebelum ini secara tidak langsung meletakkan kegagalan UBN mengekalkan Pulau Pinang kepada Gerakan. Kerana itu Umno tiba-tiba 'bercongek ekor' membuat serangan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Itu orang bernama Rezza Marican Naina Marican selalu muncul dengan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan DAP. Bagi Rizal sama seperti bagi pemimpin pembangkang yang melihat apa-apa yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul, begitu jugalah nilai Rezza.

Beberapa tunjuk perasaan dan himpunan juga sering berlaku di perkarangan Komtar - Pejabat Ketua Menteri. Dari sekecil-kecil isu sampai ke sebesar-besar isu cuba dibangkitkan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Isu Mat Sabu tuntut wang perubatan kerana luka lutut disebabkan dilanggar kenderaan pada himpunan Bersih juga dibangkit. Kononnya Mat Sabu yang menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tidak layak untuk mendapat bayaran ke atas lukanya kerana berhimpun dalam himpunan haram Bersih.

Bukannya banyak apa yang dituntut oleh Mat Sabu tidak sampai pun RM10,000 apalah kalau dibezakan dengan tuntutan ratusan juta dilakukan Umno. Namun kerana itu kesalahan, tidak kisah besar atau kecil jumlahnya. Rezza dan Umno Pulau Pinang tetiba hendak jadi hero memperjuangkan wang rakyat. Sebelum turun gelanggang Rezza dan Umno Pulau Pinang sepatutnya membersihkan atau mengintaikan dulu sampah yang disepak ke bawah karpet oleh pemimpin parti itu.

Atau isu paling hampir yang ada di sisinya mengenai bagaimana seorang bekas setiausaha kepada menteri memilik wang ratusan juta ringgit. Tetapi isu itu nampaknya disunyikan saja oleh Rezza seolah dia tidak pernah mendengar apa-apa tentangnya. Kalau betul Rezza bekas graduan universiti Islam antarabangsa (UIA) beliau tidak mengamalkan budaya kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di birai mata tidak nampak.

Segala aksi-aksi itu - apa dilakukan oleh Umno - menunjukkan Umno begitu beriya untuk mengungguli kemudian memerintah Pulau Pinang. Tetapi apabila Najib membuat kenyataan itu segala usaha itu menjadi anti klimek. Belum sempar 24 jam orang bernama Musa Sheikh Fadzil telah memperakui akan akur kepada apa yang dituturkan oleh Najib Razak.

Ertinya perjuangan Umno yang macam 'nak rak' menyerang kerajaan DAP sebelum ini sia-sia sahaja. Perjuangan dan kesungguhan itu semacam tidak mendapat restu dari ketua mereka Najib Razak. Seperti hanya Umno Pulau Pinang saja mengigau untuk menjadi kerajaan di negeri itu tetapi pucuk pimpinan atasanya tidak memepdulikan langsung.

Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah sikap Umno tentang Pulau Pinang tidak perlu dipertikaikan lagi. Satu masa dulu Umno pernah mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan tetapi kerusi ketua menteri diserahkan kepada Gerakan. Hakikat disebalik itu sepatutnya difahami oleh Umno terutamanya orang seperti Rezza Marican dan Musa Sheikh Fadzil.

Biarlah. Soalnya kini pula apakah Cina Gerakan dan MCA Pulau Pinang yakin dengan penjelasan dan pengakuan Najib itu? Apakah benar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan sekrianya Pulau Pinang dapat ditawan. Macam mana sekiranya dalam pilihan raya nanti Umno mendapat kerusi lebih dari Gerakan? Apakah Umno Pulau Pinang akan akur dengan kehendak Najib?

Bukan semudah itu rasanya untuk orang Cina mempercayai kenyataan Najib itu. Sudah tentu kalau keadaan itu berlaku Umno Pulau Pinang yang sudahm lama mengidam untuk menjadi kerajaan akan menuntutnya. Apa lagi kalau kebetulan Umno mendapat kerusi melebihi daripada apa yang Gerakan dan MCA perolehi?

Kesimpulannya kenyataan dan pengakuan Najib itu tidak ubah ia adalah janji politik semata-mata yang kondisinya boleh berbuah pada bial-bila masa saja. Najib juga tidak akan dapat mempertahankan kenyataan itu sekiranya Umno Pulau Pinang mendesaknya. Saat itu Najib akan mempertimbangkan apakah mengenai persepakatan politik yang semakin meruncing atau kedudukannya yang juga meruncing.

Tegasnya kenyataan itu Najib itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada senerio politik Gerakan khasnya dan Umno Pulau Pinang amnya. Ianya hanya sebuah kenyataan bersifat retorika semata-mata. [ttdi.12:55 t/hari 17/10/11]

Mohd Sayuti Omar

Gerakan Kempen Mansuh ISA 2.0 dilancar, gesa kontrak Isa dibatal

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0 dilancarkan di bangunan Parlimen hari ini sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad dibatalkan kerana didakwa menimbulkan konflik dalam agensi itu.

Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.

Mengulas mengenai gerakan tersebut, Mazlan berkata ia ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Isa, bekas menteri dan menteri besar Negeri Sembilan, sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa melanggar undang-undang kecil koperasi.

“Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap dalam Felda.

“Tapi Isa hanya dilantik secara kontrak,” jelas beliau pada sidang media sempena pelancaran gerakan tersebut.

Dipetik Harakahdaily, beliau juga mendakwa Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

“Warga Felda sebenarnya berasa terancam dengan penyenaraian ini kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan,” katanya.

Minggu lalu, Isa menjelaskan bahawa kedudukannya dalam KPF tidak bercanggah dengan undang-undang.

Pagi tadi, Mazlan mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda ini.

“Kita dimaklumkan tadi, Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara ini,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Mazlan turut mencabar Isa membuktikan warga Felda menyokong pelantikannya seperti yang diperkatakan dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen minggu lalu.

Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.

Kerajaan PAS Kedah menghalang peniaga pasar malam utk berniaga mencari rezeki halal - TV3suku


KLIK GAMBAR UNTUK BACAAN LEBIH JELAS


  • Hasrul Adha Bin Hussain Yezza... pelan pelan kayuh.... yahoooo
    4 hours ago · · 1 person
  • Khairul Izlan Alhamdulillah.. Sejuk hati dan mata bila memandang Peniaga2 sebegini.. kalau setuju..
    Like ----->
    4 hours ago · · 1 person
  • Zack Azwan AlhamduliLlah.. ubah sikit demi sedikit ke arah kebaikan, pasti beroleh kejayaan. membangun bersama Islam...
    4 hours ago · · 1 person
  • Sobrima Aloq Staq harapnya jgnlah puak kepala lembu wat demo bantah perturan baru ini....dunia..dunia juga, akhirat jgn lupa....ingat tagline ini "berhenti sat, tunaikan solat"
    4 hours ago · · 1 person
  • Paiejan Mat Chu Majid aritu pi pasaq malam kat baling..hari sabtu malam ahad..time bang maghrib ada sorang pakcik pakai baju tulih "PENGUATKUASA" mai round suruh semua peniaga tutup lampu..lps tu ada solat berjemaah kat dlm bangunan kat sblah pasaq malam..yg x leh blah bila tengok majoriti peniaga muslim hanya patuh arahan supaya tutup lampu saja..tapi x pi sembahyang maghrib..kahkahkah..
    3 hours ago ·
  • Sobrima Aloq Staq takpa lah koi-koi dakwah depa....maklumlah sejak sekian lama dijajah minda depa...tub2 kena tutup kedai time setan tengah galak tarik orang pi pasat malam
    3 hours ago ·
  • Mzidee B Isa KEDAH MAMPU UBAH
    3 hours ago ·
  • Hasrul Adha Bin Hussain macam orang tua tua kata... kayuh gerek pelan pelan... nak ubah mentaliti nie kena pelan pelan
    3 hours ago ·
  • Zullkifli Che Rose sokong sangat2.
    3 hours ago ·
  • Zack Azwan takpa la, pelan2 ubah.. skrg mula menghormati, mudah2an mndpt hidayah.
    3 hours ago ·
  • Mohd Zubaidi bagus2 satu langkah awal laksana pemerintahan Islam...
    3 hours ago ·
  • Ismail Hussain HIDUP KEDAH. AMAN SEJAHTERA UTAZ AZIZAN
    3 hours ago · · 1 person
  • Hahe Nuau Aaha Semakin SEJAHTERA negeri Kedah dgn arahan2 patuh syara' sebegini...ini yg harus dicontohi tp malangnya yg lain yg disensasikan.
    2 hours ago ·
  • Amir AsHraf alhamdulillah...tp apa pulak berita sensasi akan kluaq dlm Buletin Utama nnt..
    2 hours ago ·
  • Hahe Nuau Aaha Berita yg mungkin disiarkan TV3 ialah: "Kerajaan PAS Kedah menghalang peniaga pasar malam utk berniaga mencari rezeki halal".....;-)
    2 hours ago · · 3 people
  • Muhammad Asyraf kiki..besa la nama pn tv3 suku..kiki
    2 hours ago ·
  • Hahe Nuau Aaha Pastu nanti bayaq kat ntah sapa2 suruh menyamaq jd peniaga sambil dok crita depa rugi itu ini kes arahan terbaru kerajaan Kedah...hehe.
    2 hours ago ·
  • Muhammad Asyraf kikii..kelaku depa huduh cam 2 xleh bt pa dah..kiki
    2 hours ago ·
  • Mohd Rejab Ahmad PMCM-bersangka baiklah,solat tak semestinya dimasjid atau suarau(walupun itu yang terbaik).mungkin depa solat bawah khemah.Tempat aku ada yg macam tu walaupun larangan belum kuat kuasa.
    about an hour ago ·
  • Izham Bakar baguslah tu. Kat selangor pun dah buatdah. Kat Pdg Jawa, Shah Alam lampu gerai pasar malamtak boleh on selagi sembahyang maghrib tak sudah lagi. Semua orang ikut dan tak dak masalah.
    46 minutes ago ·
  • Moha Hussein benda mcm ni benda yg allah suka..hatta rezki tu pun allah yg bagi..yg niaga ni dah la berniaga ni sunnah nabi...sambil niaga tak tinggal solat..murah rezki..walaupun mungkin hasil tu kurang tapi keberkatan tu ada..dari untng byk tapi keberkatan tak ada...:)
    10 minutes ago ·



Tu dia aihhh idea jenoh sungguh bila bagi Jawatan PM 100 hari..!!

Andai ANDA di beri kuasa menjadi PM selama 100hari... apa yg akan anda lakukan...??
· · · 15 hours ago near Uganda, Tanzania

    • Mohd Marwan Haris Fazilah tringat gmbaq hindustan .. sinopsis dia mcm admin ckp ni laaa.. hak3
      15 hours ago · · 1 person
    • Cap Kapalayar ubah perlembagaan bg kuasa pm 100 hari kpd seumur hidup.
      15 hours ago · · 1 person
    • Ridzuan Musa hehe,,,aku pnh tgk cter tu...menteri tu jahat nk mampos...
      15 hours ago ·
    • Amir Taib Mula banteras rasuah..banteras abis abisan...teringat cite hindustan filem nayak..tp tu jd CM 1 hari jer...
      15 hours ago ·
    • Fadzil Manaf Sivaji the boss..haha
      14 hours ago ·
    • Mazlan Taat Cap kapal layar, idea kamu amat bagus...aku sokong 100%.
      14 hours ago ·
    • RauNa Einiasuy kalau saya jd PM 100 hari..saya nk beli cincin berlian plg mhl skali kat dunia ni n bagi kat isteri saya... ;)
      14 hours ago · · 1 person
    • Mazlan Taat Jika aku diberi peluang tersebut, ubah malaysia jadi republik of tanggara dimana presiden ganti perdana menteri. Tiada timbalan dan menteri dilantik dari golongan cerdik pandai. Bukan macam skrg, kuasa raja2 dimansuhkan jadi mcm sultan humengkowobono, jadi gabenor jogjakarta saja. Cari duit banyak2 untuk senangkan rakyat jelata dan pastikan republik of tanggara bebas dari kemiskinan dan rakyat bercakap satu bahasa rasmi serta menganut kepercayaan masing2 tanpa ganggu gugat. Campur aduk sikit perintah negara ala tentera supaya rakyat berdisplin sikit ni tidak buang sampah merata2 malahan bayi pun sanggup buang dalam tangki air. Setiap warga negara yg sihat tubuh badan berusia 21 tahun keatas wajib masuk unit berunifrom mcm polis. bomba, tentera, jpj, rela, pertahanan awam, upp, appm malahan pengakap sekali pun atau biulan sabit merah.
      14 hours ago · · 1 person
    • Ahmad Shahbani hapuskan rasuah kembalikan kuasa raja,spr sprm dan badan kehakiman diletakkan dibawah parlimen
      14 hours ago ·
    • Wari Nordin Laksanakan hukum ALLAH sepenuhnya.
      13 hours ago · · 1 person
    • Ahmad Pijun Hahhhh tudia...kalau aku jadi peyyem satu ratui hari, mau takdak nak beli cincin 100 juta laaa..agak2 kalah kakmah hang..
      13 hours ago ·
    • Zaidi Zainol kumpul duit bnyak2.... hehe
      13 hours ago · · 1 person
    • Mohd Yanz songlap duit banyak2... kalu depa komen banyak2 letak jawatan... malaysia kan kaya...
      13 hours ago · · 1 person
    • Pak Mid Akanku ku beli istana yg besar-besar, akan ku beli cincin yang paling mahal dalam dunia (lebih 24 juta), akan ku tembak manusia yang bernama altantuya dan yang serupa wajah dengannya, akan ku beli segala kapal selam yg. tak leh selam, akan ku bagi warganegara kepada semua rakyat Indon, Bangla, Myanmar dan lain-lain.
      13 hours ago · · 2 people
    • Zullkifli Che Rose Pak Mid lepaih tu suruh TV1,2,3 hebah kata aku adalah PM berjiwa rakyat




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...