TERKINI :

Monday, October 17, 2011

Pelakon PORNO dok cari kwsn MELAYU sebab lanie cina dah pakat tolak dah dia..!!!

Soi Lek says may contest in Perak, Johor or Negri Sembilan

KUALA LUMPUR, Oct 17 – Datuk Seri Dr Chua Soi Lek is considering standing for elections in Perak, Negri Sembilan or his homestate Johor, a move likely to invite flak from the MCA president’s detractors in the party.

Chinese-language daily Nanyang Siang Pau reported today Dr Chua’s speech during a Deepavali dinner in Seremban last night where the senior politician purportedly claimed to have received invitations from all three state mentris besar to stand in the coming polls.

But, added the daily, Dr Chua (picture) had stressed he would first consider the feelings of MCA leaders in each state and gauge local sentiment before making his decision.

“Just because I am the party president, it does not mean I can simply contest anywhere, or take over someone else’s position for my own interest,” he was quoted as saying.

Dr Chua currently chairs both the Johor and Perak state liaison committees.

His announcement comes just two weeks after he declared himself a “winnable candidate” despite his sex scandal past, in the heat of his squabble with Datuk Seri Ong Tee Keat, his predecessor in MCA.

Ong, Dr Chua’s most outspoken critic in MCA, had said he did not consider the party president a qualified candidate for the polls due to his scandalous past, adding the latter would not fit Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s “winnable candidate” criteria.

But with Chinese support for Barisan Nasional (BN) still weak, it appears the veteran politician cannot afford to shy away from the coming polls, viewed as the pact’s most crucial, and will have to lead his party into the foray by standing as a candidate.

Failing which, Dr Chua will remain an MCA president without any government post, the second such occurrence in the 62-year-old party.

Dr Chua’s bitter rivalry with Ong first erupted in 2009 when he was expelled by the latter from his deputy president post due to his 2007 sex scandal.

He had earlier clinched the post during the party polls in 2008 in a momentous comeback after the scandal saw him resign earlier that year as the Labis MP, Health Minister and MCA vice-president.

Dr Chua however made his final comeback during last year’s party polls, and successfully edged out Ong from the president’s seat in a three-cornered fight with another former president Tan Sri Ong Ka Ting.

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN - pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Akta Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela Digubal

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menggubal akta baru untuk Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memperluaskan fungsi dan skop kedua-dua sistem itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata langkah mewujudkan undang-undang baru itu selaras perkembangan semasa dan penggubalannya perlu berikutan pemansuhan beberapa enakmen termasuk Ordinan Darurat.

“Sehubungan itu, kementerian mengalu-alukan cadangan semua pihak bagi meningkatkan keberkesanan RT dan SRS dalam akta yang akan digubal itu,” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tsu Koon berkata, kebanyakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan secara positif mengikut sasarannya sejak ditubuhkan pada 1975 mengikut Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969.

“KRT lebih menumpukan kepada pelbagai aktiviti yang dapat mempromosikan interaksi, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan, kejiranan, muhibbah, kerjasama, persefahaman, keharmonian dan perpaduan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata SRS, yang diperkenalkan mulai 2004, bertujuan melibatkan anggota jiran setempat membantu pihak polis menangani jenayah.

Katanya KRT dan SRS sentiasa sedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), persatuan penduduk dan badan-badan lain untuk meningkatkan keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan di kawasan berkenaan.

Bilangan KRT meningkat 37 peratus iaitu 5,456 pada Ogos lepas berbanding 3,995 pada awal 2009 manakala SRS bertambah daripada 1,248 kepada 2,698, meningkat 110 peratus, katanya.

“Ini merupakan dua rekod yang dicatat di bawah pentadbiran baru di bawah inisiatif-inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP),” katanya. – BERNAMA

Debat - Ada orang nak sakit perut lagi nampaknya.....

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat
Harakahdaily

PETALING JAYA, 17 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.

Katanya, adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai ‘belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat’.

"Ini membuktikan Datuk Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, beliau mempelawa Najib berdebat yang seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

“Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat.

“Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia,” katanya lagi.

Sewajarnya, kata beliau Najib prihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.

Katanya, kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara, manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menambah, selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal.

“Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi,” katanya lagi.

Sebagai contoh, jelasnya perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Oleh itu, ujar beliau wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Beliau menambah, laporan terkini Bank Negara Malaysia (dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011.

Jumlah tersebut, jelasnya merupakan pecahan dari RM421 ribu juta hutang tempatan dan RM16 ribu juta hutang luar negara.

Ini, katanya bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta.

Oleh itu, tegasnya berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Menurutnya, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.

“Oleh itu, debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara,” ujarnya.

“Akan tetapi sekiranya Najib merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam,” ujarnya lagi.

Panas : Video SEX Tok Guru dengan Janda anak 8 didedah..!!

Pi mai pi mai isu sex juga jadi bahan fitnah, otak UMCO penuh dengan sex

Oleh: Tok Senapi

Agaknya semua dah dengar fitnah terbaru UMCO mengenai kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membayar kepada seorang budak perempuan sebanyak RM200 ribu. Bayaran tersebut ialah untuk dua belah buah dada yang diramas oleh anak Guan Eng. Sebelah buah dada dinilai RM100 ribu. Wang itu dibayar oleh pemaju perumahan. Kah kah kah...

Cerita yang direka tu bodo takdak dah, tapi tetap dijaja dalam semua blog-blog UMCO dalam usaha untuk menipu rakyat menjelang pilihanraya. Macam kita dok kata, FITNAH adalah rukun nombor satu UMCO... depa kalau tak fitnah untuk satu tempoh masa rosaklah aqidah UMCO depa, macam orang Islam kalau tolak kalimah shahadah maka jatuh murtad.

TS tak tertarik langsung cerita isu buah dada bernilai RM200 ribu tu, tapi yang TS tertarik ialah.. semua isu yang UMCO main, alih pi alih mai..SEX SEX SEX. Dalam kepala hotak UMCO penuh dengan sex.

Kisah Anwar tak terkiralah semuanya sex, lagi dakwaan dua ADUN PAS berzina dalam keretapi, lepas tu phone sex Mat Sabu... semua jalan cerita bangang dan bengong, jangankan kepala hotak, kepala lutut pun takleh nak terima...

Kesianlah aku tengok UMCO makin dekat dengan pilihanraya makin jadi sasau merapu meraban. Jangan terkejut kalau lepas ni ada pulak video sex Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang... ehhh jangan pelik, puak2 tu sanggup buat apa saja untuk fitnah Pakatan Rakyat, tak dak dalam perkiraan mereka dosa pahala.

Buatlah sementara hangpa belum mampoih.. masuk kubog baru hangpa tahawan...

Menteri Dalam Negeri Takut Menghadapi Kenyataan


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi. Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara. Saya berpendapat tiada keperluan Menteri Dalam Negeri untuk membentangkan tuduhan manipulasi kad pengenalan dalam jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan pilihanraya bertugas untuk menyiasat ruang manipulasi dalam pilihanraya bukannya ruang manipulasi kad pengenalan di negara ini. Mungkin sebab teknikal ini Menteri Dalam Negeri akan terselamat daripada disoalsiasat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung dengan keraguan-keraguan yang Pemuda PAS bangkitkan seperti berikut :

1. Bagaimana terdapat lebih 5 Ribu identiti yang mempunyai nama yang sama dan nombor kad Pengenalan yang 83 % sama seperti dibawah :

AZINAH BT MOHD FAZIN (800820-02-5150)

AZINAH BT MOHD FAZIN (800829-02-5150)

2. Bagaimana Mismah yang masuk ke negara kita tahun 1982, hanya perlukan masa 6 bulan sahaja boleh mendapat status penduduk tetap sedangkan syarat Jabatan Imigresen memberi syarat 5 tahun untuk membolehkan Mismah mendapat status penduduk tetap.

3. Kenapa rekod penduduk tetap seperti Mismah tidak dikemaskini lebih 7 bulan dalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara?

4. Bagaimana satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu yang sama. Seolah-olah kad pengenalan lama ini melahirkan dua kad pengenalan baru. Contohnya :

Mariam Binti Su (No Kad Pengenalan lama : A2278510)(No Kad Pengenalan baru : 720616025472)

Mariam Binti Su (No Kad Pengenalan lama : A2278510)(No Kad Pengenalan baru : 720610025738)

5. Kenapa 240 orang warga asing diberi kursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort hanya 5 jam sahaja? Bukankah warga asing ini tidak dibenarkan berniaga, kenapa perlu diberi kursus? Kenapa Hishmuddin tidak tahu aktiviti 240 orang warga asing ini lakukan, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu bahawa mereka terlibat dengan kursus keusahawanan? Apakah Hishamuddin sudah tidak percaya kepada pegawainya sendiri? Kenapa Hishamuddin mengangap isu ini sebagai isu kecil sedangkan ia melibatkan pengkhianatan kepada negara.

6. Kenapa ada jumlah yang terlalu ramai iaitu 170,818 pengundi yang mempunyai kad pengenalan berkod negara “71” dimana kod tersebut tidak ditafsirkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara.

7. Kenapa ada begitu ramai warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara selepas tahun 2008 hingga 2011 iaitu 27, 293 orang sedangkan rakyat kita sudah terseksa dengan pesaingan sektor pekerjaan dan perniagaan kecil di negara ini.

Saya merasakan penjelasan Menteri Dalam Negeri terhadap ruang manipulasi dalam pemberian kad pengenalan tidak sesuai dijelaskan dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan pilihanraya kerana itu bukan saluran yang sebenar. Saluran yang sebenar adalah menjawab setiap soalan yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Malaysia. Malangnya Menteri Dalam Negeri seolah-oleh takut untuk menjawab setiap persoalan kerana beliau tahu Pemuda PAS Malaysia ada peluru yang banyak untuk menjawab balik setiap jawapan yang diberikan. Atau pun Menteri Dalam Negeri takut terperangkap dalam agenda “kursus keusahawanan”. Jalan mudah maka Hishmuddin menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan pilihanraya walaupun membentangkan pada saluran yang salah. Itulah lambang sebuah kerajaan yang lemah.


SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHANDEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA

Orang PAS tak minat Nik Aziz?

Oleh Dinsman

http://2.bp.blogspot.com/-BRbmWPWzytc/Tgu9GJS4kqI/AAAAAAAABVE/XCvm7HkbDP8/s200/HHalem-Dinsman.jpgALHAMDULILLAH, majlis bicara buku yang membicarakan dua buah buku kepemimpinan karya Prof Shaharir Md Zain berjalan dengan baik sekali, 4 Oktober lalu, di Dewan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Shah Alam. Dua pembicaranya, Dr Zaid Ahmad dan Dr Mat Rofa Ismail (kedua-duanya daripada Universiti Putra Malaysia) menyampaikan bicara mereka dengan keistimewaan masingmasing.

Paling mengujakan saya ialah pembentangan Dr Mat Rofa Ismail (tokoh matematik yang pakar di bidang mantik), yang membicarakan buku Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman.

Saya tidak menjangka yang dia mempunyai begitu banyak maklumat mengenai Tok Gurhttp://1.bp.blogspot.com/_BoJRANmrloo/TUa7KcVvqDI/AAAAAAAAAC8/w4HrNvLAoR0/s1600/nik.jpgu Nik Aziz. Rupa-rupanya dia mengikuti TG Nik Aziz sejak dia masih bersekolah lagi, dan minatnya yang besar itu mendorong dia menyimpan pitapita rakaman ceramah TG Nik Aziz sejak tahun 70-an.

Pembentangannya satu jam itu pula menjadi menarik kerana dibantu gambar-gambar foto yang sebahagiannya mungkin belum pernah kita lihat. Misalnya gambar Tok Guru sedang tidur lena di suatu tempat (bukan bilik tidur) kerana berehat sebentar dalam kesibukannya, sebelum memulakan ceramah atau tugastugas lain.

Beliau membuka luas lagi maklumat dan pengetahuan mengenai TG Nik Aziz, di samping mengulas analisis Shaharir terhadap ciri-ciri kepemimpinan unggul yang terdapat pada diri Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang boleh dijadikan contoh seorang pemimpin Islam sebenar.

Manakala pembentangan Dr Zaid Ahmad pula, paling menarik perhatian saya ialah apabila dia mengatakan kemungkinan terputusnya perkembangan tamadun Melayu apabila penggunaan tulisan Jawi di “mati”kan, kerana tamadun Melayu berkembang di peringkat awalnya dan mencapai kegemilangannya melalui tulisan Jawi.

Apabila tulisan Jawi dihapuskan penggunaannya dan digantikan dengan tulisan Rumi, maka perkembangan tamadun Melayu pun terhenti sekejap di situ, sebelum diteruskan dengan jalur perkembangan baru yang agak berbeza daripada yang asalnya.

Tentunya ia suatu pandangan yang perlu diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam untuk didapatkan bukti-bukti dan dokumen-dokumen bagi menyokongnya.

Banyak lagilah pandangan yang menarik lahir daripada majlis bicara buku tersebut.

Sambutan khalayak juga agak memuaskan. Kehadirannya hampir 150 orang. Mungkin kakitangan PPAS daripada pelbagai cawangannya turut memenuhi ruang hadirin. Namun peserta awam daripada kalangan budayawan, ilmuan dan pelajar juga agak ramai.

Hanya yang sedikit mengecewakan ialah sambutan orang-orang politik, khasnya orang-orang PAS. Ramai juga kawan-kawan dan tokoh pimpinan PAS yang saya kenal telah saya maklumkan program ini melalui SMS, (di samping berita dalam Harakah). Tetapi mengecewakan sekali tak ada seorang pun yang hadir. Pelik juga tu!

Apakah mereka tidak berminat untuk mengetahui ciri-ciri keunggulan pimpinan Tok Guru Nik Aziz? Atau apakah semua mereka itu berpendapat mereka sudah tahu semua itu dan tak perlu hadir lagi ke majlis yang membicarakan hal tersebut? Atau mereka terlalu sibuk dengan pelbagai tugas dan kerja hingga tak seorang pun dapat meluangkan sedikit masa untuk hadir?

Apabila beberapa orang ilmuan/cendekiawan menunjukkan minat mereka untuk berbicara mengenai tokoh pemimpin kita, (berbeza dengan ribuan profesor dalam Majlis Profesor Negara yang hanya minat Umno-BN), dan daripada kalangan kita tidak seorang pun menunjukkan minat untuk menyambut kesudian mereka itu - cubalah anda fikirkan sejenak apakah implikasi maknanya?

Maknanya orang-orang PAS seperti tidak tahu menghargai ilmuan dan cendekiawan, kecuali ilmuan dan cendekiawan yang secara terang dan jelas menyatakan sokongan kepada politik mereka. Maknanya orangorang PAS hanya dididik untuk berpolitik dan berpolitik sahaja, tiada lain daripada itu.

Beberapa orang daripada hadirin menimbulkan soalan ini kepada saya, dengan nada kecewa, sewaktu tamat sesi wacana tengahari itu. Malah seorang dari Kelang terus menyatakan kekecewaannya melalui SMS panjang kepada saya, mengenai sikap orang-orang PAS yang dilihatnya kurang menghayati budaya ilmu. “Jadi kalau orang kata PAS hanya hendakkan kuasa sahaja, macamana kita nak nafikan?” katanya.

Sebaliknya beberapa orang AJK cabang KeADILan yang saya kenal di sekitar Shah Alam itu ada juga yang hadir. Seorang daripadanya menyatakan minat untuk menganjurkan majlis sama, dengan menjemput pembicara yang sama, sebagai aktiviti biro komunikasi partinya.

Atau apakah semua ini terjadi secara kebetulan sahaja? Maka ia tidak boleh dianggap sebagai mereka tidak berminat, atau tidak ada kesedaran budaya ilmu dan sebagainya

Secara kebetulan pula malam 3 Oktober itu di Shah Alam juga ada satu majlis anjuran Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang dipimpin Zulkifli Omar. Malam sambutan Hari Habitat Sedunia. Baguslah, PAS telah menganjurkan sesuatu yang bukan sahaja politik. Tetapi berapa ramaikah yang hadir? Padahal iklannya terpampang dalam Harakah! Dan penceramahnya terdiri daripada Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Yang hadir boleh dihitung dengan jari (walaupun ada persembahan nyanyian oleh Ito). Nampaknya banyak lagilah yang perlu dilakukan PAS sebelum menghulur tangannya untuk membuka pintu Putrajaya.

>> Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau SMS 019-9592408

Bila Najib nak lunaskan hutang kerajaan?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

http://4.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/TSxd4dVf_UI/AAAAAAAAaMw/XFcKKNBfR0Q/s320/bengkrap.jpgMENURUT Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mudah untuk membuat janji dengan wang yang kita tidak miliki, apabila kita bukan kerajaan dan selagi kita boleh memengani pilihan raya (dibaca sebagai umpan pilihan raya umum).

Komen tersebut yang dibuat oleh mantan PM dan juga mantan Menteri Kewangan adalah antara reaksi kem Umno-BN sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan (bayangan) bagi tahun fiskal 2012.

Tidak dapat dipastikan sekiranya Dr. Mahathir sudah terlupa tentang apa yang disebut sebagai strategi politik. Buat apa bentuk parti politik atau pakatan politik kalau matlamatnya bukan untuk memenangi pilihan raya. Lebih baik buat persatuan kuntau, atau persatuan peniaga putu piring sahaja. Mustahillah perkara seasas ini tentang politik Dr Mahathir dah lupa.

Tak apalah. Kita lupakan sahaja tentang Dr Mahathir. Dia pun suka cakap tentang hal lupalupa ini. Dia pernah kata ‘Melayu mudah lupa’. Mungkin yang dimaksudkan ialah Melayu Umno.

Tapi dia jangan lupa, Melayu di luar Umno tak mudah lupa.

Mana dia Wawasan 2020? Mana dia Islam Hadhari? Mana dia ‘Look East Policy’. Sekali air bah sekali pantai berubah, sekali PM berubah sekali dasar berubah.

Apapun adalah diharapkan beliau tidak lupa betapa menjanjikan sesuatu (walaupun sumbernya belum diperolehi) adalah lebih mulia daripada berjanji dan kemudian berbohong dan gagal menunaikan janji.

Itu Dr Mahathirlah. Bagi Dato’ Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, ceritanya lain pulak. Sebagai reaksi kepada Belanjawan itu, dia kata pemimpin Pakatan Rakyat tak faham apa dia subsidi. Eh betulke ni? Betulkah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng dan lain-lain tak faham apa itu yang dikatakan subsidi kerajaan?

Kasihan jugak dengan Noh. Dia pun nak tumpang hentam pembangkang tapi tak kena cara. Masakanlah pemimpin pembangkang tak tahu apa itu subsidi. Pesawah di Tanjung Karang pun tahu apa dia subsidi. Cuba tarik subsidi baja dan tengok jika mereka tak menjerit.

Kalau mereka tak faham tentu mereka tak menjerit. Ini simple logiclah. So janganlah bagi hujah kebudak-budakkan. Bukan apa, yang rugi Umno jugak nanti. Kita pun tak mahu tengok di Parlimen nanti tak ada satupun kerusi pembangkang daripada kalangan Umno. ‘Boring’ nanti Dewan Rakyat.

Membaca komen Noh Omar ini, mengingatkan perihal seorang sahabat zaman persekolahan. Sesudah begitu lama bermastautin di Wellington, New Zealand dan bertugas sebagai seorang rakan senior dalam salah sebuah firma perkauman The Big Five (lima firma perkaunan terbesar di dunia), dia pulang bercuti ke Malaysia.

Terkejut beruk dia melihat pembangunan fizikal yang sedang berlaku di mana-mana terutama di Kuala Lumpur. “Sudahkah Malaysia menjadi negara maju?” tanyanya tatkala bersiarsiar dan mengambil foto di sekitar KLCC

“Macam nilah,” jelas saya kepada anak pengusaha kedai dobi kecil di bandar tempat saya lahir dan dibesarkan di selatan tanah air,“Bayangkan anda belanjakan wang anda untuk membeli pakaian jenama Polo Ralph Laurent asli, bermegahmegah dengan barangan peribadi mahal-mahal sedangkan isteri dan anak anda di rumah cuma makan nasi dengan ikan kembong goreng setiap hari. More forms than substance.”

Apa yang dimaksudkan ialah orang nampak kita mewah dengan pelbagai infrastruktur.

Kerajaan BN bermegah kerana boleh buat itu dan ini dan rakyat boleh bermegah dengan itu dan ini yang dibuat oleh kerajaan BN.

Tapi tengok apa sudah jadi. “Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion… 53% daripada KDNK negara. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% daripada KDNK Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.”

Itulah yang sudah jadi. Mana tak banyak hutang, nak beli susu anak tenyeh kad kredit, nak beli keperluan makanan harian di pasar raya pun terpaksa tenyeh kad kredit. Bila jumlah hutang kad kredit sudah tak tertanggung, buat pula pinjaman peribadi.

“Macam mana ini boleh berlaku,” tanya sahabat itu. Jawab saya, “Pendapatan sebenar menurun (setelah mengambil kira penurunan kuasa belian ringgit dari tahun ke tahun, inflasi, dan kenaikan indeks pengguna), tak ada barangan keperluan asas yang tak naik.

Dulu minum teh tarik kat warung mamak, cuma 70 sen, sekarang sudah ada yang RM1.80. Subsidi pula ditarik balik sedikit demi sedikit. Duit yang ada digunakan untuk buat projek mewah supaya BN boleh megah.

Nak cerita wang bagi kat kroni, tak payahlah. Itu cerita lain.”

Bila agaknya Dr Mahathir nak suruh Perdana Menteri sekarang berjanji untuk melunaskan hutang kerajaan? Apa pulak cadangan Noh Omar tentang hutang peribadi rakyat?

Jangan pandai komen sahaja. Buatlah. Bukankah kuasa masih ada di tangan. Buktikan anda semua bukan sekadar pandai bercakap.

Kes Jual Negara kerajaan boleh cool....

'Sindiket' beri kerakyatan: KDN serah kepada PSC

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyerahkan dakwaan Pemuda PAS berhubung satu kegiatan 'sindiket' kad pengenalan untuk ditangani jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya (PSC).

home minister and igp in parliament 051011 hishammuddin hussein and ismail omar story image Katanya, kementerian berkenaan menyerahkan isu tersebut untuk ditangani jawatankuasa berkenaan memandangkan soal yang ditimbulkan itu "berunsur politik."

"Jadi lebih baik kita guna platform lebih luas, lebih telus, seperti apa yang diwujudkan melalui jawatankuasa ini untuk menjawab setiap tuduhan yang dibangkitkan," katanya.

"Kalau tidak, minggu ini (dakwaan berhubung) bas, minggu lepas (melibatkan pendatang) Bangladesh, minggu depan Burma pula," katanya.

Pemuda PAS minggu lalu dilaporkan mengepung sekumpulan 240 orang pendatang asing, kebanyakannya warga Bangladesh, yang dibawa dengan bas ke Putrajaya.

Penganjur yang membawa kumpulan pendatang asing itu mendakwa, warga berkenaan dibawa untuk menghadiri satu kursus keusahawanan.

Pemuda PAS bagaimanapun mengesyaki bahawa kumpulan itu dibawa untuk diberikan taraf kerakyatan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.

Ditanya dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin berkata beliau sendiri tidak mengetahui apakah program yang dihadiri kumpulan warga asing itu.

"Tak tahulah saya. Perkara kecil begitupun diperbesar-besarkan.

"Bila pertimbangannya politik, kalau kita jawab tepat pun, jawapan kita. Dia akan alih sasaran mereka kepada isu lain," katanya lagi.

Tambahnya, siasatan bagaimanapun sentiasa berjalan kerana dakwaan itu turut melibatkan integriti agensi di bawah kementeriannya.

"Tuduhan terhadap parti kita, kerajaan kita, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftar, Jabatan Imigresen semata-mata hendak menghantui dan mengaburi mata orang ramai," katanya lagi.

Beliau bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Burma, U Maung Myint berhubung isu melibatkan warganegara berkenaan di Malaysia.

Katanya, Burma telah memberi kesediaan untuk bekerjasama dengan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (Program 6P).

Seramai 144,098 pendatang tanpa izin Burma telah berjaya direkodkan melalui program tersebut.

NAJIB TIDAK TAHU DEFINISI ADIL DALAM PILIHANRAYA

19 Dzu al-Kaedah 1432 / 17 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato’ Seri Mohd Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Dato’ Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Dalam sejarah pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat. Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin UMNO perolehi setakat ini?

Dalam soal undi pos, PAS telah banyak kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah. PAS pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah PRU. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? Memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO-BN. DPPM ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya?

Dalam soal berkempen, apakah Najib lupa bahawa UMNO-BN selalu bertindak berat sebelah. Seluruh jentera kerajaan dikerah bagi berkempen dalam sesebuah pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil atau umum. Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya kecil atau umum adalah milik UMNO-BN. Adakah Najib mahu menafikan hal ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam pilihanraya?

Mungkin juga Najib terlupa takrifan projek ‘mee segera’ setiap kali pilihanraya berlangsung. Secara tiba-tiba DUN atau Parlimen terbabit bertukar menjadi kawasan yang mendapat projek runtuh, sedangkan sebelum daripada itu tidak pernah kawasan tersebut dijenguk. Bagi BN, ia adalah baik kerana untuk rakyat, Tetapi rakyat mentakrifkannya sebagai rasuah pilihanraya. Agensi penting seperti SPR dan SPRM pula seakan buta melihat segala macam kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Mungkin ini adil menurut Najib.

Adil yang paling benar bagi Najib adalah merahsiakan tarikh pilihanraya umum. Tarikh pilihanraya seakan suatu rahsia besar yang perlu dielak dari dikongsikan bersama rakyat Malaysia. Biarlah pembangkang ‘terkulat-kulat’ membuat persiapan apabila secara tiba-tiba pilihanraya umum dipanggil pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Najib. Bagaimana jika Pakatan Rakyat melakukan hal yang sama, dan BN yang menjadi pembangkang pula dalam keadaan tidak bersedia apabila tiba-tiba berlaku PRU?

Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi ia membuktikan bahawa rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok, maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang diterima rakyat.

Ini adalah sedikit dari pelbagai bukti kepincangan yang berlaku dalam Pilihanraya era BN. Najib seakan menghidap ‘sindrom penafian’ bahawa BN sejak sekian lama, merosakkan sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Buat Najib, belajarlah mengenal erti keadilan dari perspektif rakyat dan umum, bukan dari kacamata BN semata-mata!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemandu Teksi pun BN nak kencing.....

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN… – Oleh Daing Yahya



Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, “Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh”.

Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah:

  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan.
  • Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun)

Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560.

Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini?

Tampi padi untuk dapatkan beras

Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara.

Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga. Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan ‘duit kopi’.

Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi.

Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka? Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan.

Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah. Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi. Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu.

Respon pemandu teksi

Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya “ lepas ni aku tak nak ‘kayuh’ lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat ‘pilot’ macam aku ni, penat je kayuh cab orang ”

Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi…

‘kayuh’ – memandu / bawa teks

‘cab’ – teksi

‘NR’ – Najib Razak.

‘pilot’ – pemandu teksi

Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan. Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik. Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah.

Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi. Hairan bagaiman kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi.

Tawaran Pakatan Rakyat

Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi – memberi permit penuh kepada pemandu teksi.

Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi. Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka Felda mendapat hak milik tanah.

Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut. Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari.

Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi.

Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi? Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO?

Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri? Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja.

Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya. Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup. – Roketkini.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...