TERKINI :

Friday, October 14, 2011

Taraf Berita Mangkok Jamban Blogger UMNO - Orang Kawin dua pon kecoh..!!

Berita PANAS!!! MP Pendang kahwin sorang lagi... Sebarkan!!!


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Seorang rakan hubungi MK beritahu sebuah blog upahan UMNO Kedah siarkan berita panas kononnya Ahli Parlimen Pendang YB Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, kahwin senyap2 pulak tu dengan pekerja klinik miliknya.

Oleh kerana cerita ini bukan cerita baru, MK dah dengaq lebih dua bulan lalu jadi MK dengan yakinnya habag dekat kawan tu, "Menatang apa pun kalau mai dari UMNO semuanya muhong belaka." (ayat power Kedah La).

Tapi dalam hati cuak jugak, maklumlah itu cerita dua bulan lalu. Cerita terbaru kita pun tak tau... Jadi MK pun hubungi seorang demi seorang yang rapat dengan MP Pendang tu... sampai 5 orang, jawapannya sama: "Itu cerita bohong, FITNAH yang dibuat oleh UMNO." Sahihlah, Dr. Mohd Hayati Othman MP Pendang hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini!!!

Dan yang terakhirnya barulah MK hubungi sendiri Dr. Mohd Hayati tepat jam 12.03 pm hari ini, kebetulan dia berada di Kulim. 'Jawapan' pertama dari beliau ialah ketawa berdekah-dekah. "UMNO dah habis isu nak serang PAS, reka cerita bukan-bukan... kahwin dua bukan salah.. saya boleh kahwin lagi tiga, ada tiga kuota lagi... Tapi setakat ni isteri saya cuma seorang," ujar Dr. Mohd Hayati.

Begitulah UMNO.. FITNAH ADALAH RUKUN NO. 1 UMNO, tidak sempurna keUmnoan mereka jika tak buat fitnah. Anologinya macam kita orang Islam mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam pertama. Dahsyatnya cara hidup UMNO.

MK siarkan berita fitnah yang disiarkan dalam blog UMNO ini... untuk menjelaskan betapa jahatnya UMNO:


Selamat Pengantin Baru YB Dato' Dr. Hayati

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada YB Dato' Dr. Mohd Hayati, ahli parlimen Pendang. Kami minta maaf kerana agak terlambat mengucapkan tahniah atas pembukaan satu lagi "cawangan" baru. Kami terpaksa ikut hieraki, dan kami mulakan ucapan kepada Dato' IR Amiruddin dulu.

Selepas Dato Ir. Amiruddin membuka cawangan (baca sini), kini giliran YB Dato' pula. Kami tumpang bangga pemimpin kami mempunyai kemampuan dari pelbagai segi, bukan setakat memimpin masyarakat, malah memimpin keluarga yang berbilang.

Apatah lagi kebijaksanaan pemimpin kami memilih isteri kedua juga amat tepat dari segi logistik dan kemudahan memandangkan dari pekerja klinik YB Dato' sendiri. Ini juga strategik dari segi penjimatan kos operasi klinik YB Dato'.

Cuma keperluan untuk mendapatkan kelulusan dari "ibu pejabat" tidak patutlah di bypass. Nak bina masjid ni perkara baik, namun kena juga minta kelulusan melainkan kena bina di luar negara la. Memanglah peribahasa moden dalam soal poligami ni ada berkata " Meminta maaf lebih mudah dari minta izin", tetapi setakat meminta maaf bukan bermakna maaf sudah diberi.

Walaubagaimanapun Tahniah sekali lagi dari kami atas pembukaan "cawangan" baru YB!!!
http://kedahla.blogspot.com/2011/10/berita-panas-mp-pendang-kahwin-sorang.html

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

http://1.bp.blogspot.com/_vMo79hg4TBE/R-M4fWMm61I/AAAAAAAAADU/7aipSSD6ij4/s400/sultan+kedah.jpg

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan
Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERNAMA

Kisah bakal Menteri Besar BN dan Tokong Sayur

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Minggu lalu Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah menerima tempelakan hebat dari kepimpinan kerajaan negeri yang mendakwa beliau tidak ambil tahu mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri Kedah sewaktu menjadi Exco dahulu.

Kalau tidak masakan Ahmad Bashah tidak mengetahui bahawa kerajaan BN dulu tidak menggunakan kesemua peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberikan oleh Pusat untuk tujuan tersebut.

Isunya Ahmad Bashah tuduh kerajaan negeri PR sekarang guna peruntukan berkaitan jalan pemberian Pusat itu untuk urusan lain yang tiada mengena dengan selenggaraan jalan, walhal di zaman BN dulu pun perkara yang sama dilakukan.

Belum pun isu tersebut reda, bakal Menteri Besar Kedah dalam bayangan itu diserang lagi. Kali ini berkaitan tindakannya menyertai upacara keagamaan bukan Islam.

Mengikut catatan pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata itu telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan tersebut telah menjatuhkan maruah umat Islam.

Jika sebelum ini Umno sibuk dengan program menghantar memorandum di sana-sini, kini giliran Pemuda PAS pula mengambil tempat tersebut. Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendesak supaya tindakan tertentu diambil terhadap Ahmad Bashah.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah “Redho akan kekufuran boleh membawa kufur”.

“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Encik Mohd Azam Awang yang mengepalai penyerahan memorandum tersebut.

Dalam tercungap-cungap mencari jawapan mempertahankan Ahmad Bashah, jentera penerangan BN Kedah menyamakan tindakan boss mereka itu dengan tindakan Menteri Besar Kelantan menyampaikan watikah lantikan sami Buddha pada 23 Mac 1995 bagi menggantikan sami Phra Vicarayanmuni yang mati pada 30 november 1992. Mereka mendakwa sewaktu penyampaian watikah tersebut, terdapat juga upacara keagamaan Budhha.

Sebenarnya, dua situasi itu jauh berbeza. Menteri Besar Kelantan sebagai ketua kerajaan betanggungjawab terhadap semua pemimpin masyarakat yang di bawah pentadbirannya. Beliau bukan sahaja pemimpin orang Islam tetapi juga adalah pemimpin bukan Islam, asalkan mereka rakyat Kelantan. Watikah lantikan yang dikeluarkannya diiktiraf sebagai pengesahan tertinggi dari ketua kerajaan. Pengesahan oleh Menteri Besar terhadap ketua komuniti itu berbeza sama sekali dengan pengesahan terhadap 'kebenaran' sesuatu ajaran agama. Jika secara kebetulan mereka mempunyai upacara tertentu dalam majlis tersebut maka ia bukan kehendak Menteri Besar dan beliau pun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disifatkan turut serta mengambil bahagian.

Ia berbeza dengan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan. Jika bukan Islam mengarak berhala dengan berjalan kaki beramai-ramai, maka orang Islam yang turut serta berarak itu terdedah kepada dakwaan 'turut mengambil bahagian'. Apa hukumnya? Dato' Mufti telah menjelaskan hukumnya.

Kita memahami situasi sulit Umno yang selama ini bergantung harap kepada undi bukan Muslim tiba-tiba sejumlah besar undi tersebut berpaling dari mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula undi bukan Muslim tetapi takkanlah perlu ke tahap menggadai persoalan aqidah demi undi?

Isu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan bukan Islam ini bukan isu politik. Ia persoalan aqidah. Dato' Ahmad Bashah dan Umno tidak layak sama sekali untuk memimpin negeri Kedah di mana majoriti rakyatnya beragama Islam ini, jika persoalan aqidah sebegini dianggap remeh.

Pengerusi Umno Kedah itu perlu bertaubat ke hadrat Allah SWT di samping memohon maaf dari seluruh umat Islam kerana menjatuhkan maruah umat Islam di negeri ini.

PAS persoal ‘sejak bila pekerja asing diberi kursus keusahawanan’

October 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

“Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?” kata beliau.

Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.

“Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang,” kata beliau lagi.

Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan “mereka diberi perkhidmatan bas dan resort.”

“Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?” tambah beliau.

Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.

“Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari),” kata beliau yang turut mempersoalkan “jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?”

“Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,” kata beliau.

Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka “Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Kelmarin, PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.

“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.

UTUSAN kantoi lagik.... itupun jangan dok percaya situ laa propaganda depa tuu..!!

Utusan diarah bayar RM60,000 pada Khalid
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pengarang dan penerbit Utusan Malaysia supaya membayar RM60,000 kepada anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memfitnah dalam laporan muka depannya dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham yang mengumumkan jumlah yang perlu dibayar oleh Utusan dan penerbit Utusan Melayu (M) Bhd.

Mahkamah Tinggi pada 30 September lalu mendapati Utusan bersalah memfitnah Khalid setelah plaintif (Khalid) berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuatturun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid menamakan Utusan dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Khalid mendakwa, pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Kursus Keusahawanan 5 Jam : Polis Jangan Bersubahat

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.

Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :

1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?

2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.

3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?

4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).

5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.

Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.


SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR.

TAHNIAH..DARI TAHUN 2000 ~ 2010 SERAMAI 50k WARGA ASING jadi WARGANEGARA MALAYSIA...

HUDUD - indahnya pemimpin mereka dengan surat habaq mereka...

Apa yang dicari...kepuasan diri....atau merosakkan jemaah....tepuk dada tanyalah iman..

SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri Kedah


Malaysia merupakan negara ke -7 terbesar akaun Face Book dan Tweeter. Sejumlah 5.5 juta pemegang akaun Face Book pada tahun 2011 dan jumlah tersebut meningkat kepada 10 juta pada tahun 2011. Antara golongan teramai meminati ruang maya ini termasuklah golongan muda dan pertengahan.

Face Book merupakan satu medan tanpa had dan kawalan untuk menghebah, berkongsi, berinteraksi mahu pun berurus niaga sesama rakan. Selain ingin menambah kenalan atau mengumpul kenalan lama, ianya juga menjadi sumber maklumat terkini yang tidak dapat diperolehi dari media cetak atau sumber-sumber lain.

Tidak kurang juga, para pendakwah, ahli politik serta aktivis parti menggunakan ruang terbabit untuk menyampaikan ilmu, maklumat, risalah , berkongsi idea dan lain-lain untuk kepentingan ramai.
Secara tidak langsung, banyak faedah yang diperolehi serta maklumat dapat disampaikan terus dalam satu masa yang singkat, cepat dan tepat.

Oleh itu, aktivis-aktivis parti khususnya Pakatan Rakyat digalakkan membuka akaun Face Book dalam usaha menyampaikan maklumat kepada orang ramai, menjawab tomahan musuh serta menyebarkan kebaikan Pakatan Rakyat, selain menyiarkan kezaliman dan ketidakadilan pihak musuh. Oleh itu, kita digalakkan meramaikan kenalan lebih-lebih lagi kenalan tempatan agar maklumat yang diperolehi dapat dikongsi bersama untuk pengetahuan umum.

Selain yang bergerak melalui parti, ada juga yang bergerak secara individu atas nama penyokong Pakatan Rakyat, tidak kiralah samada PAS, KeAdilan mahu pun DAP. Kadang kala, mereka ini lebih kehadapan dan ‘advance’ dalam memberi komen dan tidak kurang pula memberi hujjah bernas apabila berinteraksi dengan penyokong BN dan UMNO.

Hasil dari laman maya yang terbuka serta tanpa sempadan ini, secara tidak langsung membuka minda masyarakat dan memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui berita-berita yang tidak disiarkan di media arus perdana, lebih-lebih lagi mengenai kejayaan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung ianya juga boleh meraih sokongan dan simpati dari mereka.

Walau bagaimana pun perlu diingatkan, apa saja komen dan maklumat yang disebarkan tanpa kawalan ini kadang kala boleh menimbulkan natijah sebaliknya. Biasanya, komen atau kenyataan yang mewakili parti akan lebih cermat dan menjaga imej parti itu sendiri tetapi berbeza dengan komen dan kritikan mewakili indvidu atau persendirian. Walau pun secara umumnya mereka merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat namun terdapat segelintir yang terlalu agresif dan lebih kepada mengikut hati sendiri apabila mengeluarkan komen-komen serta kenyataan.

Pergunaan kata-kata kesat seperti babi, haram jadah, pelaq, anak haram serta gelaran-gelaran mengejek seperi Pak Sembab, Najis atau lain-lain sepatutnya dielakkan demi menjaga maruah dan adab kita sebagai pendokong parti berteraskan Islam dan keadilan. Mungkin kita akan berkata, kenapa BN/UMNO boleh sewenang-wenangnya menggunakan kata-kata kesat dan gelaran-gelaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan kita tidak dibenarkan melakukannya. Secara umumnya, pemilik akaun Face Book kebanyakannya dari golongan terpelajar dan intelik selain dari para pelajar, golongan muda, remaja yang minda mereka boleh memberi penilaian sewajarnya dalam sesuatu hal. Jangan biarkan mereka melabelkan penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat ini tidak ada akhlak dan rendah moral. Kita sendiri perlu ujudkan ‘gap’ antara tulisan penyokong BN/UMNO dan Pakatan Rakyat.

Dalam hal mengkritik pemimpin sendiri, perlu juga diingatkan, jangan kerana ingin meletakkan diri seperti zaman pemerintahan Saidina Omar Al-Khatab, kesannya merugikan jemaah dan menimbulkan syak kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat. Tidak salah mengkritik pemimpin tetapi kena faham dan tahu cara yang terbaik. Wajarkah kita menghebahkan keburukan dan kelemahan pemimpin kita di Face Book dan secara tidak langsung boleh dibaca oleh kenalan kita yang datangnya dari pelbagai latar belakang.

Apa untungnya kita ? Kepuasan? Dan mendabik dada memaklumkan aku jaguh tidak mengira siapa. Di mana adab dan akhlak kita dengan pemimpin? Di mana letakkan tarbiyyah yang kita dokong selama ini?

Pemimpin silih berganti, ianya boleh diganti untuk jangka masa yang ditetapkan. Tetapi jemaah dan pegangan kita tidak boleh bertukar ganti. Kritiklah pemimpin di medan yang sesuai seperi muktamar, ijtimak, mesyuarat atau hantar memo melalui parti kepada President atau Pesuruhjaya. Itulah tandanya kita sayang kepada pemimpin dan jemaah. Kita boleh nyahkan pemimpin kita yang nyata menyeleweng tetapi biarlah mengikut cara yang betul dan yang telah ditetapkan oleh parti.

Jangan kerana inginkan kepuasan hati, kita merugikan jemaah. Kalau musuh menghentam pemimpin kita, itu perkara biasa tetapi andai kata ahli serta penyokong sendiri melakukan sedemikian itu perkara luar biasa. Tentulah ‘orang di atas pagar’ akan berkata….

“ Ahli mereka sendiri tidak suka mereka, macamana kita perlu sokong mereka. Kalau macam ni parti mereka baik kita tak payah pilih dan ikut mereka”.

SIAPA YANG UNTUNG DAN SIAPA YANG RUGI
FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Majlis Daerah Kubang Pasu Tawar kompaun serendah RM5

Tawar kompaun serendah RM5

KUBANG PASU 12 Okt. - Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada lebih 60,000 pemilik kenderaan untuk membayar saman kerana kesalahan trafik yang mencecah RM3 juta sejak 2008.

Ketua Penguat Kuasa Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, kegagalan melunaskan kompaun itu akan menyebabkan mereka disenarai hitam selain disekat dalam semua urusan dan kemudahan berkaitan MDKP.

"Tindakan tegas juga akan diambil termasuk merujuk perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan.

"Kegagalan pemilik kenderaan menjelaskan semua saman trafik yang tertunggak sejak tiga tahun lalu memungkinkan mereka disenarai hitam dan dirujuk kepada JPJ," katanya ketika dihubungi di sini.

Sejak Rabu lalu, MDKP mengadakan Operasi Kompaun dan Kempen Beli Kupon, Satu Kenderaan Satu Kupon yang berakhir semalam.

Sempena operasi itu, MDKP turut menawarkan kompaun serendah RM5 berbanding RM50 kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan.

Menurut Zakariya, hampir 1,000 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan meletak kenderaan di kawasan MDKP sepanjang enam hari operasi itu.

"Kaunter bergerak yang dibuka untuk memudahkan orang ramai membayar saman masing-masing akan diteruskan setiap Jumaat dan Sabtu setiap minggu bagi menjayakan operasi pemutihan bayaran kompaun RM10 sehingga 31 Oktober ini.

"Ia juga akan terus dibuka atas permintaan orang awam bermula November sehingga 2012 bagi memudahkan bayaran saman dibuat di kawasan terpilih di sekitar Jitra," katanya.

Tambahnya, operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan 65 hingga 95 peratus pengguna di daerah itu membayar caj meletak kenderaan masing-masing.

GST selepas PRU-13 hampir realiti

Harakahdaily

http://2.bp.blogspot.com/-OjmCmhZT8EU/TnAdtZauluI/AAAAAAAAFSA/HIl4Pe2MNrg/s320/1.jpg

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakatan Rakyat yakin kerajaan Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika kekal berkuasa selepas PRU13.

Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang.

Katanya, ini kerana ekonomi negara sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5% - 6% memandangkan angka unjuran ekonomi terkini yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.

"Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan," katanya.

Untuk merealisasikan Belanjawan 2012, BN ujarnya perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012.

Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Tambahnya, hutang negara kini sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.

" Ini mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13.

"Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak," tegasnya.

PAS tempelak Dr Mahathir....!!!

PAS tempelak Dr M, jamin mampu selamatkan kuasa politik Melayu

Dr Mahathir berkata orang Melayu dijangka kehilangan identiti dan kuasa dalam masa 10 tahun lagi. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 14 Okt — PAS, komponen Pakatan Rakyat memberi jaminan kaum Melayu negara ini tidak akan hilang kuasa, sebaliknya ia mampu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam kerana Umno didapati gagal menjaga amanah bangsa sepanjang lima dekad lalu.

“Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Idris Ahmad menjawab pendirian bekas perdana menteri itu kelmarin.

Laporan media memetik Dr Mahathir berkata orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti dan kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi.

Kata Dr Mahathir, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi “berhutang” dengan pemberi “bantuan” berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurut Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

Pandangan Dr Mahathir itu bukan pertama kali diketengahkan. Beliau konsisten dengan pendirian seumpama itu sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu Idris juga menegaskan, pandangan terbaru Dr Mahathir hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat.

Malah kata beliau, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Dr Mahathir ketika menghadapi hari tuanya.

“Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan,” ujar beliau dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.

“Insya-Allah doa (bekas presiden PAS) Allahyarham (Datuk) Fadzil Noor dikabulkan Allah supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini,” kata beliau lagi.

Oleh itu tambah Idris, PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

PAS, tambah beliau, terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu.

Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam.

Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu daif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini.

Jelas Idris, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno pada 1990 sebanyak RM718 juta.

Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.

PAS, tambah beliau, mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.

Senarai Tanah-Tanah Rizab Melayu yang tergadai sepanjang 50thn lebih UMNO berkuasa...

Duit ada RM186bil. tapi berjanji sampai RM232bil..mampos rakyat kena tanggung lagi RM46bil. lepas nie..!!

Bajet Nak buat LebuhRaya yg tahun lepas pun 1 tak nampak..mai tahun nie janji lagi nak buat lebuhraya...!!

Pua: Mana 6 lebuh raya dari bajet tahun lalu?
Ketika mengalu-alukan lima lebuh raya baru iberimpak tinggi' yang diumumkan dalam Bajet 2012, seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang enam projek lebuh raya yang serupa dari bajet tahun lepas.

BNONEercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (kiri) berkata enam projek lebuh raya tersebut yang diumumkan dalam bajet tahun lepas, masih belum bermula pembinaannya.

Katanya, jika tidak satu pun pembinaan lebuh raya tersebut telah dimulakan, maka pastinya lebuh raya yang diumumkan dalam bajet tahun ini, juga sukar menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Katanya, ini adalah berdasarkan kepada jawapan bertulis perdana menteri semalam yang menyatakan bahawa enam projek tersebut sama ada masih dinilai atau hanya diberi kelulusan pada prinsipnya, dengan tiada kontrak atau pelan, setakat ini.

Enam lebuh raya tersebut adalah:

- Lebuh Raya Bertingkat Pandan-Cheras-Ampang

- Lebuh Raya Guthrie-Damansara

- Lebuhraya Damansara-PJ

- Lebuhraya Pantai Barat (Banting-Taiping)

- Lebuh Raya Sg Dua-Juru

- Lebuh Raya Senawang

Menurut jawapan perdana menteri lagi, oleh kerana projek itu masih di peringkat awal, maka tiada maklumat mengenai kos dan butir-butir lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...