TERKINI :

Thursday, October 13, 2011

MP Ponteng : BN 70 vs 28 Pakatan Rakyat..mana pie lagik..makan elaun buta kaa..???

depa dok hingaq bab GAJI MP....jadi ini dia gaji yang seorang Ahli Parlimen dapat... belambak macam nie pon malas lagi nak masuk dewan cam celaka hangpa nie....gua kalau yang malas tu BN gua tak heran tapi jika malas tu puak PR itu yg gua tensionnya... rakyat bagi sokongan dan harapan menggunung untuk hangpa lawan BN last hangpa boleh ponteng....dah la kalah TKO..cuma 28 orang sahaja...sedangkan yg PR ada sampai 70 lebih..kalau kalah 10 undi ka tak tension la sangat dilihat sbb mungkin 10 lagi tu tokwan depa sakit nie tak yg ada cuma 28 orang lagi selebihnya mengulaq tangmananya....

Jadi mulai skrg MP Pakatan Rakyat nie kena beringat laaa noo jangan ingat nak pie dewan nak kutip elaun hangguk depan speaker sahaja... buat kerja elok2 dah tak jauh dah PRU13 nuuu..nanti orang tak pangkah kan naya hangpa.....

Elaun keraian
RM1,500.00 <-- Ini yang biasa kita panggil gaji Ahli Parlimen.

Elaun ini akan meningkat berdasarkan jawatan dalam parlimen.

Seorang ahli parlimen yang berjawatan dalam kerajaan ;

Contoh ;

Bagi perdana menteri ; rm22,826.25 sebulan,

Bagi menteri kabinet ; rm14, 907.00 sebulan

Berhak menerima elaun keraian, kemudahan2 ahli parlimen walaupun dia seorang perdana menteri, menteri besar, speaker dan sebagainya.

Seseorang yang menjadi ahli parlimen dan adun dalam masa yang sama berhak menerima dua elaun keraian dalam sebulan selama tempoh perkhidmatan.

Elaun khas

RM1,500 + rm750 sebulan.

Elaun tempat tinggal

Berbeza kadar mengikut jawatan. [Ahli parlimen biasa tanpa jawatan tiada kemudahan ini]

Elaun Mesyuarat

rm200 sehari jika menghadiri persidangan parlimen.

rm150 sehari jika menghadiri seminar anjuran kementerian / agensi kerajaan yang berkaitan.


Elaun mesyuarat hanya boleh dituntut sekali sehari meskipun dia hadiri lain2 mesyuarat.


[Nota : berbeza kadar mengikut jawatan ahli parlimen]

Elaun elektrik dan Air

Percuma. Sebagaimana yang diperuntukkan kepada ahli parlimen yang berjawatan. Ahli parlimen tanpa jawatan tiada peruntukan ini.

Elaun bekalan gas dan pembentungan

Percuma. Sebagaimana yang diperuntukkan kepada ahli parlimen yang berjawatan. Ahli parlimen tanpa jawatan tiada peruntukan ini.


Elaun telefon

Untuk rumah rasmi / kediaman peribadi ;

- Disediakan oleh kerajaan jika menggunakan rumah rasmi.


- Ditanggung oleh kerajaan jika menggunakan rumah peribadi.

- Line disediakan mengikut peruntukkan dan keperluan.


- Lain2 gajet dan elaun telefon disediakan mengikut peruntukan dan keperluan atas bidang elaun perdana menteri.

- Had penggunaan sebagai perdana menteri ialah tiada had atas tugas rasmi.

Untuk ahli parlimen ; rm1,500 peruntukan pembelian telefon berserta resit dalam tempoh 3 tahun dan rm900.00 sebulan had penggunaan telefon bimbit. Untuk telefon talian tetap sewa ditanggung kerajaan sepenuhnya.

Elaun harian


Bagi ahli parlimen sahaja.

rm100.00 setiap 24jam atau kurang, ketika bertugas dalam negara. [luar kuala lumpur]

rm150.00 setiap 24jam atau kurang, ketika bertugas di luar negara

Elaun neh bertambah mengikut jawatan dalam kerajaan bagi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, menteri besar, dan lain2 menteri termasuk setiausaha.

Elaun makan

Boleh dituntut berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan kerajaan.

Elaun sewa hotel
Dalam negara : rm350.00 [paling had] semalam.


Luar negara : boleh dituntut berpandukan sistem saraan malaysia.

Elaun perbelanjaan pelbagai
a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta sendiri;

b) bayaran talipon dan taligram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa
menginap di hotel;

d) bayaran cukai lapanganterbang yang disokong dengan resit;

e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi
yang disokong dengan resit.

f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang
disokong dengan resit;

g) 25% dari Elaun Makan bagi maksud bayaran "Tips" "gratuities" dan
"porterage" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia.

h) 3% daripada jumiah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai
gantirugi berkaitan penukaran matawang asing.



Elaun perjalanan

Bagi ahli parlimen

- Kelas bisnes bagi perjalanan rasmi.


- kereta api percuma kelas satu. Keutamaan diberi andai menggunakan feri.


Keistimewaan di atas bertambah jika memegang jawatan PM, TPM, MB dan lain2 menteri.
[Nota : mereka tidak perlu membayar tambang]

Elaun kereta rasmi

Kemudahan petrol di tanggung/dibekal oleh kerajaan sepenuhnya untuk urusan rasmi.

[Nota : Ahli parlimen berjawatan sahaja ada kenderaan rasmi]

Elaun kereta peribadi

Kemudahan petrol, bayaran sewa dan tambang [andai menyewa] di tanggung/dibekal oleh kerajaan sepenuhnya untuk urusan rasmi dengan syarat didaftarkan sebagai kereta milik peribadi di bawah parlimen. Perlukan resit sebagai sandaran.

[Nota : Semua ahli parlimen]

Elaun pemandu kereta

Ahli parlimen

rm1,200 tanpa perlu mengemukakan resit.

Ahli parlimen berjawatan kerajaan. [BN DAN PR]

Gaji, elaun hotel, bonus semua ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan berdasarkan kepada gaji yang ditetapkan ke atas mereka. Mengikut kegunaan rasmi.

Elaun pakaian panas

Tidak ditetapkan. Mereka berhak pohon tanpa ada had tempoh / nilai berdasarkan surat pekililing yang dikeluarkan sebelum neh.

Elaun pakaian rasmi

rm1,000.

Elaun meraikan pelawat

Mengikut cadangan majlis. [Hanya untuk ahli parlimen yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan negeri dan pusat, Yang dipertua dewan negara, Yang dipertua negeri, setiausaha]
Elaun surat menyurat

Percuma.

Elaun kesihatan

Percuma jika dirawat oleh hospital / klinik kerajaan

Di tanggung oleh kerajaan jika di rawat oleh hospital swasta [dalam dan luar negara].

Kemudahan ini turut dirasai oleh ahli keluarga. Semua ini percuma kecuali rawatan pergigian.

Selain dari ini, setiap ahli parlimen berhak mendapat lesen senjata api percuma, lesen motor kereta percuma, cuti rehat sebanyak 30 hari setahun, pinjaman pembelian komputer, pinjaman yang senang untuk pembelian kereta [rm100,000 paling had] dan rumah [rm360,000 paling had], Pencen 1/4 dari gaji yang diperolehi, perbelanjaan pelepasan jawatan dan lain2 perkara yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan ahli parlimen ketika itu. Mereka juga dibekalkan dengan komputer peribadi percuma yang bernilai rm6,000 [paling tinggi] bagi sepenggal parlimen. Lepas dilantik lagi, boleh tukar lagi. Hehehehe.

Ingat ;

1. Gaji ahli parlimen bukan bermaksud gaji perdana menteri. Gaji ahli parlimen ialah gaji ahli parlimen. Gaji perdana menteri ialah gaji perdana menteri. Jika dia ialah ahli parlimen + perdana menteri maka kiraan gaji dia berbeza sebab memegang dua jawatan. Dan begitu lah juga jika dia ialah menteri kewangan dan sebagainya. Kalau ada 5 jawatan, maka gaji untuk kelima2 jawatan ada berbeza2. Harap maklum.

2. Bukan semua ahli parlimen pakatan rakyat mendapat kemudahan elaun yang diperuntukkan di atas neh. Arwah DR. LOLO berkali2 memberitahu bahawa dia tidak mendapat peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Dia telah meninggal, dan mereka yang menganiaya kawasan yang dia jaga.. kena jawab depan Allah swt. Padan muka. Sapa suruh umno tindas orang islam.

3. Telefon bimbit, komputer, dan apa2 barangan yang MP pakai.. seme guna duit kita beb. Kalau MP tak bagi no hp dia kat kita, dia bersalah sebab no dia tue pun kita yang bayar tiap2 bulan.

4. Najib dan MP pergi mana2 pun di bayar. Keluar dari kl, dibayar rm100 [ahli parlimen biasa] sehari, ke luar negara, rm150 [ahli parlimen biasa] sehari.. itu tak masuk tipsi lagi.

5. Rawatan lutut najib di australia tue pun kita bayar.

6. Najib pergi kazaksthan pun kita bayar dia lagi.. disamping dia bayar kepada orang lain itupun guna wang kita.

So.. boleh faham tak betapa bagusnya jadi Ahli Parlimen? Aku pun nak jadi macam neh. Hanya perlu pandai tidur, bodek, beli degree, dan berlakon depan rakyat. Aku yakin aku mampu jayakan watak neh. Hehehe.

Hidup mesti mao jadi ahli parlimen. Undilah amenoworld untuk kesejahteraan rakyat malaysia. Yeah!!!

Updated ;

Satu persoalan yang wajar difikirkan ;

adakah ahli parlimen bayar cukai?


Untuk rekod keseluruhan elaun ahli parlimen ialah rm5,900 + rm1,500 + 300 = rm7,700 sebulan. Ini ialah elaun sebagai seorang ahli parlimen yang biasa. Elaun bulanan berbeza dengan elaun kawasan. Elaun kawasan ialah peruntukkan yang lain. Elaun kawasan neh larh yang depa selalu hulur2 wang kat rakyat. Bukan hulur guna gaji depa.

Kalau elaun ahli parlimen berjawatan menteri lagi banyak. Kalau ahli parlimen yang ada jawatan adun pun banyak. Pendek kata paling2 busuk boleh dapat rm7k sebulan, takan tak reti bersyukur bhai?

Lagi mao naik kah? Lue fikirlah sendiri!

Nota : Untuk rekod, ahli parlimen juga ada pencen.

GST lagi...walau kena BODOH dengan NAJIB berkandaq tapi dok pangkah situ laa..!!

GST perlu segera dilaksanakan - Utusan Malaysia


LIHAT dengan mata kepala anda sendiri taktik Najib memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya. Jika BN menang PRU13 poket rakyat akan koyak rabak!

Sebelum ini Rafizi Ramli pengarah strategi KEADILAN, telah meramalkan bahawa Goods and Services Tax (GST) akan dilaksanakan berdasarkan belanjawan 2012 yang tidak realistik rujuk sini [Budget 2012].

Laporan Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi United Malays No Otak ini membuktikan muslihat Najib membentangkan belanjawan yang tidak realistik.


Keterangan firma percukaian dan audit, UHY Malaysia ini menjelaskan bahawa dana negara yang sedia ada sukar untuk menampung belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Najib.

Penyelesaian terhadap hal ini ialah GST! Good and Services Tax yang bakal membebankan rakyat. Ini bermakna setiap barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai secara langsung dari pengguna.

Seperti biasa, hujah-hujah basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST dan sebagainya akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat.



ReJaM© "Propaganda sudah bermula untuk bodohkan rakyat agar terima cukai baru..."

Nota: GST (Goods and Services Tax) tidak sama dengan Government Services Tax yang sedia ada. Ini sistem cukai baru yang akan dilaksanakan oleh Najib.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/gst-perlu-segera-dilaksanakan-utusan.html#ixzz1afNzXOtq

UMNO oiii..p lah didik MCA nuu jgn kacau DHPP...

Oleh : PUTERI BULAN

Tak cukup dok pelaga PAS dengan DAP, UMNO APCO ni meraban pula main nak pelaga PAS dengan DHPP. Main isu perkauman...tak jalan..orang tak layan..sekarang ni..main isu hudud pulak....

UMNO APCO ini cuba nak bermain api bila membuat kenyataan kononnya DHPP Kedah menentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Tak puas meneka dalam kesamaran..kononnya DAP menentang perlaksanaan hukum hudud..berjangkit pula kepada DHPP Kedah.

Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin, menafikan sekeras-kerasnya fitnah UMNO APCO yang dah semakin lemas tersebut. Katanya, DHPP akan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan sentiasa menjaga hubungan kerjasama erat dengan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, perlaksanaan hukum huduh hanya untuk orang Islam sebagaimana yang diperjelaskan oleh pemimpin PAS dan secara tidak langsung ianya menghindarkan kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Orang bukan Islam pun mengaku , perlaksanaan hukum hudud akan memberi imfak positif tidak kira kepada orang Islam atau bukan Islam...cuma UMNO APCO yang mengaku Islam sahaja yang menolak dan meragui undang-undang Islam..apatah lagi sekutu-sekutunya yang bukan Islam.

Jangan kerana nak lindung isu-isu yang menjadi bualan rakyat, UMNO APCO sengaja timbulkan cerita sandiwara lapok ( kalau nak masuk pertandingan anugerah skrin pun...awal-awal lagi dah kena reject)...

Isu KENAIKAN HARGA BARANG yang menghimpit rakyat sekarang ini sengaja nak tenggelamkan..

Wahai UMNO APCO...pilah didik MCA dulu supaya kenai Islam daripada dok teropong yang dok dalam poket PAS dah...terima kasih banyak-banyaklah....

http://kedahla.blogspot.com/2011/10/gajah-depan-mata-sengaja-buat-tak.html

Perang Dalaman di RTM?

Gelagatanwar

Semalam bertemu dengan ramai kenalan lama penulis blog ini di RTM. Rupa-rupanya banyak isu dalaman RTM yang rakyat di luar sana tidak tahu. Banyak perkara dan pertengkaran dalaman yang berlaku – menyebabkan ramai kakitangan RTM berasa tidak puas hati dan kecewa dengan kepimpinan Rais Yatim aka DASURY.

DASURY dikatakan memimpin RTM dengan kaedah lama. Bagaimana tuanya kamera RTM – demikianlah tuanya kepimpinan Rais Yatim. Tak segar. Pemalas. Penting diri. Penting kawasan sendiri. Mengutamakan agenda peribadi. Kakitangan RTM berasa Rais Yatim ini seperti memimpin sebuah JKKK Kampung. Selalu membebel dan bercakap banyak. Itu belum lagi masuk kisah isteri YB Menteri yang berlagak macam first lady. Semua benda nak yang terbaik – sedang bajet RTM pun sekadar cukup sahaja.

Sekarang ini, wujud krisis dalaman antara DASURY dan Ketua Setiausaha Kementerian terbabit. Perang dalaman ini muncul kerana kegagalan sebuah usaha perniagaan selepas pencen KSU terbabit yang ditolak oleh DASURY. Bab ini memang kakitangan RTM puji DASURY melangit.

Diberitahu oleh kakitangan RTM, bahawa satu perjanjian hampir termeterai bagi membolehkan BERNAMA membeli satu unit khas di dalam RTM. Kakitangan BERNAMA akan mengambil alih satu unit khusus di dalam RTM. Menurut kakitangan RTM, Berita Perdana – akan diusahakan sepenuhnya oleh BERNAMA; dengan kos hampir RM20 juta setahun. Dengan ini, BERNAMA boleh mendapat sedikit keuntungan. Lebih menarik lagi, menurut maklumat kakitangan RTM - Ketua Setiausaha dan Pengurus Besar BERNAMA akan mendapat keuntungan langsung daripada penjualan Berita Perdana kepada BERNAMA.

Nasib baik DASURY membuat keputusan tepat dan tidak tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh KSU terbabit. KSU yang tidak pernah kenal penat lelah dalam mencari keuntungan peribadi.

Apa yang DASURY tidak tahu, kakitangan RTM sudahpun bersedia bertindak sekiranya beliau memberikan lampu hijau kepada usaha ini. Mereka sudah siapkan laporan terperinci mengenai perkara ini dan akan diserahkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Mereka mahu Nurul Izzah sendiri menyerang Rais Yatim di dalam Parlimen.

Nasib baik deal KSU dan Pengurus Besar BERNAMA ini gagal. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan satu lagi skandal ekonomi melibatkan kakitangan kerajaan seperti KSU Kementerian Penerangan.

Bayangkan, kalau semua perincian mengenai penjualan unit khusus di dalam RTM kepada BERNAMA terjadi? Nurul Izzah akan mendapat satu lagi isu untuk menyerang kerajaan dalam isu ini. Sudahlah RTM tidak ditonton oleh masyarakat Malaysia – banyak pula skandal yang merosakkan stesen terbabit.

Ingatan buat KSU Kementerian Penerangan dan Pengurus Besar BERNAMA – jangan gunakan RTM untuk kepentingan diri. Ingatan ini disampaikan oleh kakitangan RTM. Jika usaha ini diteruskan, maka banyaklah skandal lain di dalam RTM akan sampai ke meja Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ini amaran yang jelas oleh kakitangan RTM. RTM ini memang di bawah kawasan Parlimen Nurul Izzah. Kakitangan RTM pun mempunyai hubungan baik dengan Nurul Izzah. Bila sampai isu ini kepada Izzah – apakah Anwar juga akan turut masuk campur dan melakukan serangan kepada Rais dan Kerajaan? Sudah pasti.

http://gelagatanwar.wordpress.com/2011/10/05/perang-dalaman-di-rtm/

Apa hebatnya Warga Asing ini Sampai dapat jadi Warganegara Malaysia - 5 Soalan Untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN)



Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011. Suatu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup mereka terpaksa bersaing denga warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini. Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilianraya ke-13.

Pemuda PAS melalui Lujnah Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi telah membuat intipan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang selasa 11 Oktober 2011. Operasi ini melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya. Mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu. Pada jam 1 tengah malam kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat & Rawat (R &R) Pagoh. Daripada maklumat warga asing ini tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara.

Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya. Mereka sampai di sana sekitar jam 6 pagi. Solat di Masjid Putrajaya. Selepas solat seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakkan mereka. Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali.

Saya telah keluarkan maklumat operasi ini dalam laman Facebook sekitar jam 7 pagi. Secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke lokasi yang tidak diketahui. Perjanjian dengan pemandu bas hanyalah ke Putrajaya tetapi di saat-saat akhir telah ditukar ke lokasi lain. Akhirnya mereka sampai di Istana Dugang Country Resort sekitar jam 8 pagi. Semua warga asing telah diturunkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada operasi ini, Pemuda PAS mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Dato’ Seri Hishmuddin Tun Hussin menjelaskan perkara-perkara berikut :

1. Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok ? Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok ?

2. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita ?

3. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara ?

4. Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort ? Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa?

5. Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju ? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing?


SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA.

Empat kumpulan jadi sasaran untuk Murtadkan orang Islam

Empat kumpulan jadi sasaran

SHAH ALAM - Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang Islam di negara ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, mereka ialah golongan miskin, anak muda, pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

“Mereka menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus,” katanya.

Antara caranya kata Hasan ialah dengan mendekati pesakit kronik yang terlantar di hospital terutama yang diabaikan atau kurang mendapat perhatian keluarga.

“Inilah sasaran utama untuk mereka dekati, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Selangor, Datuk Dr Sidek Baba.

Selain itu kata Hasan, gerakan itu juga menjalankan aktiviti mengedar risalah secara terbuka di pusat beli-belah dan juga kawasan perumahan.

“Mereka mempunyai kepakaran dan strategi serta taktik yang terancang untuk mempengaruhi golongan seperti ini,” katanya.

Hasan bagaimanapun mengakui, pihaknya tidak mempunyai data mengenai bilangan individu Islam yang sudah dimurtadkan menerusi gerakan seperti itu selain berapa banyak kumpulan yang menjalankan kegiatan Kristianisasi dengan menjadikan orang Islam sebagai sasaran.

“Apa yang kita diberitahu, gerakan Kristian aliran Evangelist yang aktif dalam kegiatan ini malah mereka dilihat semakin aktif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hasan berkata, seramai 25 individu telah mendapatkan bantuan di Unit Selamatkan Akidah (USA) yang diwujudkan awal bulan lalu.

“Hampir sebulan unit ini ditubuhkan, kita berjaya membantu individu yang pernah dan sedang mendapat bantuan daripada pertubuhan Kristian.

“Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Gelombang Jingga Bakal Landa Felda?


klik gambar

Assalamualaikum wbt dan Salam Hormat.

Ketakutan dan kerisauan nampak jelas di raut wajah Tan Sri Isa Samad (Isa Samad) dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada malam 12 Oktober 2011. Fakta-fakta diberikan sama sekali adalah sekadar alasan dan Warga Felda keseluruhannya berterima kasih kepada TV3 kerana menanggalkan topeng yang dipakai Isa Samad dan menampakkan sisi wajah kerakusan dan kedangkalan pengetahuan Isa Samad. Gerakan-gerakan yang dimulakan oleh ANAK diketuai oleh saudara Mazlan Aliman dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa Warga Felda tidak lagi meyakini UMNO sebagai pembela Felda yang sebenar, bermula pada hari pertama Isa Samad memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Felda.

Meneruskan lagi kesinambungan perjuangan warga Felda dalam menentang kerakusan Isa Samad dan konflik-konflik yang ditimbulkan oleh beliau dengan restu Perdana Menteri, Warga Felda akan memulakan kempen Gelombang Jingga dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. Tujuan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 ini adalah untuk menyatukan kumpulan-kumpulan peneroka, golongan belia Felda, golongan profesional kelahiran Felda serta NGO-NGO yang bersimpati dengan perjuangan warga Felda bagi menghalau Isa Samad dan konco-konconya dari agenda peribadi masing-masing.

Pelancaran dan penamaan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 akan diumumkan kelak melalui sebuah sidang akhbar yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. NGO-NGO yang ingin turut bersama dan bersimpati dengan warga Felda diminta berhubung dengan Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. Sementara itu, Warga Felda diseru memakai warna kebanggan kita iaitu warga jingga sekerap mungkin yang akan dijadikan permulaan sebuah gelombang bagi menumbangkan Isa Samad dan konco-konco korporatnya yang rakus. Menteri Besar - Menteri Besar di mana terletaknya tanah-tanah Felda Plantation yang cuba dicagarkan oleh Isa Samad kepada Felda Global Ventures selama 60 tahun diminta terus mempertahankan tanah masing-masing iaitu hak rakyat negeri dari cuba digadaikan di Bursa Saham.

Bersama-sama ini juga disertakan ringkasan bergrafik Krisis Campur Tangan Isa Dalam Felda bagi menjelaskan lagi situasi yang berlaku dalam Felda untuk disiarkan dalam media kendalian tuan dan sokongan media tuan adalah sangat dihargai.

Sekian,terima kasih.

Suara Felda
Penganjur Bersama
Gerakan Mansuhkan ISA 2.0
(Jom nyahkan ISA samad serta Isterinya dan Sabri Ahmad)

Sidang Parlimen Hujung Tahun tak disertakan Laporan Audit Negara...!!

MP: Mana laporan audit?
Ahli parlimen Pakatan Rakyat menimbang untuk mengemukakan usul khas bagi menuntut penjelasan kerajaan kerana masih belum mendapat laporan kewangan untuk tahun 2010.

Sedangkan pejabat ketua audit negara telah mengesahkan bahawa laporan audit itu telahpun siap, dakwa ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Mereka terkejut bila ahli parlimen belum dapat (laporan audit) sedangkan ia telah dihantar," kata Johari dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Jelasnya, beliau diberitahu demikian ketika menghubungi pejabat ketua audit negara semalam.

"Malah mereka gembira kerana mereka boleh siapkan laporan itu jauh lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Tambahnya, laporan berkenaan biasanya telahpun disediakan ketika menteri kewangan membentangkan belanjawan.

Macam mana nak bahas bajet

"Macam mana kita hendak bahaskan bajet jika kita belum lihat laporan sebelum ini," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, perkara itu memalukan kerana perbahasan telahpun masuk hari keempat dan laporan itu masih belum diperolehi.

"Kalau sangkut di pejabat menteri, itu pelik kerana laporan itu perlu diserahkan kepada parlimen, bukannya ke pejabat menteri.

"Yang saya hairan, bagaimana ada negeri yang telah dapat laporan audit daripadada jawatan audit negara berhubung kewangan negeri tersebut.

"Selalunya akan dibentangkan (laporan) kerajaan pusat dan kerajaan negeri semuanya akan diberikan kepada kami," katanya lagi.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa negeri Kelantan telahpun mendapat laporan kewangan untuk negeri berkenaan.

Minta penjelasan PAC

Sementara itu ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata, isu berhubung laporan audit itu telahpun ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbahasannya Isnin lalu.

"Beliau telah menempelak kerajaan kerana inilah kali pertama laporan audit tidak dibentangkan sebelum perbahasan.

"Tidak pernah berlaku di zaman (Anwar yang juga bekas menteri kewangan). Itupun, hingga sekarang tidak dibawa ke Dewan," katanya.

Tambahnya, speaker dewan boleh mencadangkan supaya perbahasan itu tidak dapat diteruskan selagi dokumen tersebut tidak diperolehi.

Ahli parlimen Rantau Panjang, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam sidang media sama berkata beliau selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) juga tidak pernah menerima atau melihat apa-apa laporan audit.

"Saya rayu kepada pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid supaya buat penjelasan," katanya.

Rakyat menggelupur dengan Harga Barang

Dewan Rakyat 6 Okt 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat di luar sana menggelupur dalam keadaan harga barang. Ini bukan cerita harga rumah mewah atau kereta. Harga hendak makan, ini. Harga barang makin meningkat. Kadang-kadang supply barang dalam market pun tidak ada.

Jadi, adakah kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan supaya gunakan kaedah yang telah pun digunakan oleh banyak negara-negara di dunia ini bagi memberikan food coupon kepada mereka yang berpendapatan – low income group ini. Kadang-kadang kita bagi subsidi. Subsidi gulakah, subsidi minyakkah. Subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Orang miskin pun dapat subsidi, orang kaya pun dapat subsidi. Akan tetapi kalau food coupon, dengan agensi yang kita ada, kita boleh control. Kenapa tidak kementerian fikirkan supaya rakyat yang betul-betul susah itu mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
Adakah kementerian fikir untuk mencadangkan kepada kerajaan? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim [ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II ]: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasihlah Yang Berhormat membangkitkan dari segi food coupon dan terima kasih juga ada beberapa cadangan yang kami terima melalui portal dan juga email telah mengatakan supaya kita mengadakan food coupon atau food stamp. Dia samalah. Yang Berhormat, itu memang satu langkah atau cadangan yang baik tetapi sebelum kita betul-betul dapat mengimplementasikan food coupon, rasanya senarai orang-orang yang miskin, orang yang betul-betul kita perlu bantu harusnya dikemas kini dengan begitu baik. Ini kerana Yang Berhormat juga sedia maklum kita pernah hendak melaksanakan SUBUR Yang Berhormat ya dan didapati banyak kelemahan atau ruang di mana ramai yang kompelin di mana ramai nama-nama di situ tidak sepatut atau tidak seharusnya berada di dalam senarai itu.

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kerajaan Barisan Nasional dan semua kita inilah sebagai wakil rakyat harus sama-sama membantu supaya senarai ini memang adalah senarai yang sahih, yang telah dikemaskinikan dan mungkin satu langkah seperti Yang Berhormat katakan tadi, subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Akan tetapi kalau food coupon atau food stamp, ia akan betul-betul pergi kepada mereka yang harus kita bantu.

Akan tetapi Yang Berhormat, itu adalah cadangan yang baik yang memang telah insya-Allah, akan
dipertimbangkan kecuali mekanisme ini kita harus halusi lagi. Terima kasih.

Soalan asal No. 1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan langkah dan usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

UMNO kelaku Macam budak2.. gempak sekali diam terus

Oleh: Saiburi Sudin

Zaman kanak-kanak dahulu, apabila berlaku pergaduhan, maka yang teruk kena buli dengan samseng mulalah berkata-kata menakutkan kawan “jaga, aku bagitau pak aku, biar padan muka hangpa”.

Rupanya taktik ala budak2 tu berkesan jugak digunakan untuk puak-puak samseng UMNO yang siang malam dok fitnah kerajaan negeri kononnya peruntukan selenggara jalan telah diselewengkan untuk tujuan lain.

Mula tu bukan main menyalak lagi salahkan kerajaan negeri, siap dengan report polis dan SPRM. Tapi bila Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi sebut akan dedahkan dalam Sidang DUN bahawa zaman BN dulu pun, macam tu la jugak hangpa buat ponnnn. Lepas tu senyap sepi.. mulut para pemimpin UMNO bagaikan terkunci dengan pedai ayam. Rupanya berkesan jugak main politik cara budak-budak ni.

Tapi budak tak budak pun.. Mai Sidang DUN nanti tahawan la hangpa, masa tu Tok Bashah dan Tok Det baru nak kudong kepala. Tuduh orang pencuri, rupanya aku pun penyamun.. Kah kah kah.

Ada jugak orang kata, "Kalau benar ada benda hendak dedah, dedahkan sahaja, kenapa perlu tunggu sidang dewan undangan dan main ugut pulak, biarkan sama-sama berhujah mempertahankan pendirian sendiri." Sabagg paklong, biag suspen sikit. Tambah2 bila dekat PRU baru tinggi nilai pendedahannya.

SS nak habag bagi, banyak lagi isu yg kita dok tunggu tiup wisel PRU saja nak dedahkan. Antaranya penyelewengan Tok Bashah dan Tok Det waktu jadi Exco dulu. Penyelewengan di PKNK, beberapa projek perumahan dan yang paling panas.. Isu pengambilan tanah di area Mergong sana, kawasan Tesco, Mempelam dll... Jeng jeng jeng, depa ketag lutut dah dengan ugutan 'macam budak2 ni."

BOLEHKAH TANGKAP POLIS YANG CURI TULANG DI CERAMAH PAKATAN?

Kita selalu mendengar ceramah Pakatan yang mendapat permit diganggu oleh parti yang rasa tergugat. Mereka telah melakukannya melalui PERKASA. Apabila terbongkar rahsia bahawa yang menyertai PERKASA itu termasuk beberapa orang pemimpin UMNO/APCO, mereka mengubah taktik. Mat Rempit pula diupah untuk buat kacau. Ini merupakan satu tindakan yang benar-benar primitif. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja melakukannya. Orang yang bertamadun akan mengambil sikap gentleman.

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyatnya diberi hak untuk menyampaikan pendapat, maklumat, dan sebagainya kepada khalayak. Khalayak yang hadir tidak boleh dipersalahkan. Rasa dengki terhadap kehadiran begitu ramai khalayak tidak boleh dijadikan alasan untuk rasa gentar atau iri hati. Yang perlu mereka lakukan adalah melawannya dengan hujah-hujah mantap dalam ceramah juga, bukannya melalui provokasi.

Satu hal lagi yang sering dibising-bisingkan ialah keengganan pihak polis mengambil tindakan terhadap pengacau-pengacau itu sehingga Pakatan terpaksa kerah ahli-ahli mereka membuat kawalan. Tindakan polis ini ternyata bercanggah dengan tanggungjawab mereka. Sanggup mereka tunggu sehingga hampir-hampir tercetus pergaduhan baharu hendak bertindak.

Pengamal undang-undang dalam Pakatan perlu meneliti hal ini sedalam-dalamnya. Bolehkah tangkapan awam dibuat terhadap polis yang enggan melaksanakan tugas mereka dalam situasi yang sering berlaku ini? Jika boleh, patuhi semua syarat yang perlu, tangkap saja polis tu bawa ke muka pengadilan.

Sembang Deras..Parang La Golok La tapi GUAN ENG maintain jee ceramah kat JOHOR..!!

HEBAT GUAN ENG!!! Ceramah di Johor dengan bergaya walaupun ada yang sudah asah parang



Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.









Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..


sumber: PASPB

UTUSAN penakut sebab berselindung di sebalik polis - Pyan Habib


Nota hari minggu buat kawan-kawan Utusan

KAWAN-KAWAN Utusan yang dikasihi, membaca berita ini -Utusan buat laporan polis ke atas Namewee- gua tiba-tiba terfikir begini: Apabila kita mengutuk orang, orang juga berhak membalas kutukan kita. Tetapi apabila kita membalas semula kutukan itu, kenapa membabitkan polis? Membuat laporan polis memperlihatkan betapa daifnya kita, betapa tidak jantan dan tidak betiknanya kita. Kawan-kawan Utusan yang dikasihi: Melayan kerenah remaja sekreatif dan segila Namewee (seperti diakui PM Najib) dengan membabitkan polis, tidakkah kita berasa terkemaluan?

Latar:
* Utusan buat laporan polis ke atas Namewee


http://pyanhabib.blogspot.com/2011/10/nota-hari-minggu-buat-kawan-kawan_12.html

DHPP Kedah sokong Pas, PR

ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah menafikan sekeras-kerasnya sayap parti itu menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini, malah komited untuk meneruskan hasrat melaksanakan perkara itu bersama Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha DHPP, William Khor Eng Hin berkata, DHPP Kedah sentiasa menyokong perjuangan Kerajaan Negeri PR di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam membawa pembaharuan kepada rakyat Kedah.

Menurutnya, isu pelaksanaan hukum hudud sengaja dicetuskan oleh Barisan Nasional (BN) untuk mencetuskan pertelagahan dalam kalangan parti PR dan kenyataan Pengerusi DHPP Kebangsaan, Hu Pang Chow yang kononnya mengancam untuk meninggalkan parti itu sama sekali tidak benar.

“Setelah kenyataan Pang Chow dikeluarkan media, saya lantas menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan beliau ketika dihubungi mengakui terkejut dengan laporan dikeluarkan.

“Pang Chow menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan perkara itu melegakan DHPP Kedah memandangkan kami mempunyai hubungan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dan PR,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, semalam.

Eng Hin berkata, sejak Kedah diterajui Kerajaan Negeri PR, terdapat pelbagai manfaat dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu termasuklah pelbagai bentuk bantuan diberikan dalam aspek pendidikan, kebajikan dan keagamaan.

Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud hanya untuk orang Islam sebagaimana diperjelaskan pemimpin Pas Pusat sebelum ini seharusnya menghindarkan kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini.

“DHPP Kedah percaya pelaksanaannya bakal memberi impak positif kepada semua rakyat negara ini dan saya menggesa isu ini diketepikan segera untuk memberi fokus kepada isu lebih penting,” katanya.

Mengenai tercicirnya Kedah dari senarai negeri yang menerima peruntukan projek tebatan banjir (PTB) sebagaimana dinyatakan dalam Bajet 2012, Eng Hin menyifatkan keputusan itu satu penghinaan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Umno Kedah.

“Saya yakin keputusan itu kurang disenangi wakil rakyat BN dan Umno Kedah kerana mereka telah menabur janji kepada rakyat untuk menyelesaikan isu banjir dan apabila Kedah dipinggirkan, rakyat sudah pasti akan berasa tertipu.

“Justeru, saya berharap rakyat Kedah dapat menilai kembali sejauh mana bantuan diberikan Kerajaan Pusat terhadap mereka memandangkan masalah banjir merupakan masalah utama di negeri ini,” katanya.

Wanita lebih ramai hadapi tekanan mental


ALOR SETAR - Golongan wanita didapati lebih banyak menghadapi tekanan mental berbanding lelaki di negara ini.

Pakar psikiatri dan psikologi, Kedah Medical Centre (KMC), Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata, kebanyakan yang mengalami tekanan mental adalah daripada kalangan mereka yang bercerai, tidak berkahwin atau hilang pasangan berbanding wanita yang berkahwin.

“Wanita yang mengalami tekanan mental di Malaysia berada pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki sebanyak 10.4 peratus.

“Golongan wanita di negara ini berada di tangga 16 dalam ranking dunia mengalami tahap tekanan perasaan iaitu 44 peratus berbanding India di tempat pertama dengan 87 peratus berdasarkan satu kaji selidik yang dilakukan,” katanya pada forum Mental Sihat, Badan Sihat di KMC semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr Ahmad Rasidi M Saring serta Pengarah Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Dr Abu Bakar Abdullah.

Menurutnya, kajian juga mendapati masalah itu turut membabitkan warga emas berumur antara 70 hingga 74 tahun sebanyak 19.5 peratus dan 14.4 peratus golongan muda.

“Sebanyak 14 peratus golongan dewasa di Malaysia mempunyai gangguan tidur termasuk warga emas dalam lingkungan 70 hingga 74 tahun sekitar 20 peratus.

“Sebanyak 6.4 peratus pernah terlintas untuk membunuh diri manakala tujuh kes bunuh diri berlaku setiap hari atau 2,500 orang setahun,” katanya.

Dr Wan Mohd Rushidi berkata, dalam satu projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah 2011 melibatkan enam sekolah terpilih di seluruh negara, hampir kesemua murid yang disaring (responden) seramai 6,540 orang didapati mengalami tekanan.

Mengikut statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap 40 saat seorang individu membunuh diri disebabkan mengalami tekanan dan hampir 50 peratus daripada semua penyakit mental bermula sebelum penghidap berumur 14 tahun.

“Terdapat 33 peratus daripada negara di seluruh dunia tidak mempunyai bajet untuk menangani masalah mental manakala yang lain hanya memperuntukkan dua hingga tiga peratus daripada perbelanjaan kesihatan bagi merawat masalah ini,” katanya.

Tak Payah Berang la pakcik... cukai pintu tu bayaq la dulu..

Peniaga berang premis disita

JITRA - Naik berang. Begitulah reaksi seorang peniaga di pekan Tanah Merah di sini, selepas premis perniagaannya hendak disita Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) kerana gagal menjelaskan cukai tafsiran tertunggak lebih RM1,000 dalam Operasi Cukai Pintu, semalam.

Keadaan menjadi makin tegang selepas peniaga berkenaan memarahi pengamal media yang merakamkan gambar ketika premisnya hendak disita, namun beberapa minit kemudian peniaga terbabit akur dan berjanji akan menjelaskan bayaran kepada MDKP.

Ketua Bahagian Penguat kuasa, Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, pihaknya masih berdiplomasi dengan pembayar cukai dan memberi peluang kepada peniaga terbabit menjelaskan hutang tanpa menyita premis perniagaan itu.

“Kali ini kita masih berkompromi kerana dalam kes ini peniaga berjanji mahu menjelaskan hutang cukai pintu yang tertunggak itu, namun jika gagal tindakan tegas akan diambil,” katanya selepas operasi berkenaan di sini, semalam.

Dalam operasi semalam, sebanyak 50 premis termasuk kediaman, perniagaan dan industri di sekitar Jitra, Bandar Darulaman dan Tanah Merah yang mempunyai tunggakan melebihi RM70,000 disita.

Setakat September lalu, MDKP sudah menyita hampir 800 premis kediaman, perniagaan dan industri dengan nilai kutipan lebih RM1 juta daripada keseluruhan tunggakan sebanyak RM3.4 juta.

Zakariya berkata, 300 daripada 800 premis yang disita itu sudah dikenal pasti untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana masih gagal menjelaskan hutang cukai pintu yang tertunggak selepas premis disita.

“Kita harap melalui operasi yang dijalankan secara berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pembayar cukai pintu supaya segera menjelaskan hutang tertunggak bagi mengelak sebarang tindakan diambil.

“Bagaimanapun, jika pembayar cukai datang berunding dan menjelaskan cukai tertunggak sebelum atau pada 28 November depan, tindakan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka boleh ditarik balik,” katanya.

Negeri Pakatan buat Bajet dalam keadaan lebihan negeri depa buat semua defisit..apa dia nie..??

Guan Eng: Pakatan beri wang daripada lebihan bajet

Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 bergantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

Walaupun bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan rakyat Malaysia dialu- alukan, timbulnya persoalan di manakah Kerajaan Persekutuan akan mencari wang apabila Petronas dijangka hanya akan menyumbang dividen sebanyak RM28 bilion pada tahun ini ataupun RM2 bilion kurang berbanding tahun 2011? Jelas bahawa unjuran Kerajaan Persekutuan bahawa pendapatan akan meningkat daripada RM183 bilion tahun ini kepada RM186 bilion tahun depan adalah tidak munasabah memandangkan dividen daripada Petronas dijangka berkurang.

Tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang memberikan bantuan tunai kepada golongan miskin daripada lebihan bajet, bajet pilihan raya BN 2012 pula hanya bergantung kepada perbelanjaan defisit untuk meraih undi. Ramai pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa risiko bajet 2012 membawa negara kepada perbelanjaan yang tidak mampan kerana dibelanjakan ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan.

Dr Marie-Aimee Tourres, seorang felo penyelidik kanan di fakulti ekonomi dan pentadbiran Universiti Malaya, berkata bahawa bajet "buah tangan" ini tidak dikaitkan dengan mana-mana komitmen produktiviti. Jelas Bajet Pilihanraya ini direka untuk meraih pengundi. Pada masa yang sama, DAP tidak dapat nampak sebarang usaha untuk memerangi rasuah atau ketirisan dalam pengurusan sumber negara.

Atas sebab itulah, sasaran Kerajaan Persekutan untuk mengurangkan defisit bajet dari RM45.5 bilion tahun ini kepada RM43 bilion menjelang tahun 2012 atau 5.4% kepada 4.7% daripada KDNK mungkin tidak dapat dicapai. Pungutan hasil adalah terlalu optimistik dan boleh menyebabkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perbelanjaan defisit ini.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun daripada 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 dan 54.8% pada tahun 2012. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat sebanyak 12% pada tahun 2011 kepada RM456 bilion daripada RM407 bilion pada tahun 2010. Bagi memastikan kemampanan hutang, KerajaanPersekutuan telah menetapkan nisbah 55% kepada KDNK. Justeru, nisbah 54.8% kepada KDNK menjelang tahun 2012 ini sangat berbahaya kerana sudah menghampiri 55% kepada KDNK.

Lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah sebanyak RM581 bilion atau 76% daripada GDP. Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua tertinggi selepas Korea Selatan.

Nisbah bayaran hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah 47.8% pada tahun 2010, yang bermakna bahawa hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk bayaran hutang. Secara umum, nisbah bayaran hutang yang melebihi 33% dianggap tidak sihat. Bank juga mempunyai syarat tidak akan memberi pinjaman jika lebih daripada satu pertiga daripada pendapatan mereka digunakan untuk bayaran hutang. Jelas rakyat Malaysia telah membentuk negara yang banyak berhutang, terutamanya apabila Kerajaan Malaysia memberikan wang yang diperolehi daripada pinjaman.

Ini adalah satu perbezaan antara BN dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan memberikan wang kepada rakyat daripada wang yang dipinjam di mana pada akhirnya, rakyat masih perlu membayar wang tersebut. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memberi wang daripada lebihan bajet di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak perlu membayar balik wang pada masa akan datang.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...