TERKINI :

Wednesday, October 12, 2011

Promo Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Negeri Kedah


MP: Kenapa takut hingga hantar pulang peguam Perancis?

Ahli parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan kerajaan yang "seolah-olah begitu takut" dengan perbicaraaan satu kes rasuah di Perancis melibatkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Hinggakan, katanyha, kerajaan Malaysia telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis yang menangani kes berkenaan ke negara asalnya Julai lalu.

Sedangkan, peguam William Bourdon hanya berada di negara ini untuk menghadiri satu majlis mengutip dana untuk membiaya perbicaraan kes tersebut.

"Saya tak tahu apa yang kerajaan takut sangat. Saya agak, sebagai seorang profesional, dia tidak akan dedahkan maklumat yang belum disahkan di mahkamah.

"Apa yang ditakutkan Malaysia hingga beliau ditahan dan dihantar keluar daripada Malaysia?

"(Tindakan tersebut) tunjukkan Malaysia takut dengan kes ini, seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan," katanya di bangunan parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan bertulis oleh menteri dalam negeri di parlimen yang menyebut, tindakan itu diambil atas Bourdon kerana peguam hak asasi tersebut telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, menurut jawapan bertarikh 11 Oktober itu lagi.

"Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan kaitan dengan, atau arahan yang diendors di atas mana-mana pas, permit atau pas sempadan, adalah melakukan kesalahan terhadap peraturan ini."

Bourdon berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali atas kesalahan tersebut.

Menteri dalam negeri juga menepis soalan yang dikemukakan Tian bahawa beliau telah memberi kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan ketua pengarah imigresen berhubung kes berkenaan sebelum ini.

"Perkara yang dinyatakan menteri dalam negeri dan ketua pengarah imigresen adalah mempunyai maksud yang sama dan berlaku kekeliruan oleh laporan akhbar tersebut," jawapan itu dipetik.

BOB LOKMAN: Kalau Korang Nak Mati Malam Ni.... Datang Sini!!

Teratak Kampung

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.


Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

RM10 Punya Pasal, Hidup Melayu Umno Johor!!


Edyes belum rasa nak ulas apa yang berlaku malam tadi di Segamat. Sila ke laman komrad SAMM Johor pulakdah.com untuk melihat gambar lain dan ulasan menarik. Juga di laman sahabat SAMM Pahang di sini.

Terus terang, Edyes fikir ada yang tak kena dengan barisan hadapan Pakatan Rakyat - kita terlalu berlembut! Sampai bila kita nak bersabar dengan puak pengacau? Sampai bila kita nak lepaskan budak-budak upahan yang sebelum ini pernah menyebabkan seorang anggota Unit Amal cedera berdarah di muka dalam ceramah di Labis baru-baru nie? Jangan lupa juga kejadian berdarah melibatkan orang awam di Ampangan sebelum samseng RM10 ini lari melintang pukang di Rembau.

Buat masa nie Edyes tak sempat nak ulas, ada masa nanti Edyes akan ulas dari 'angle' yang penting untuk sama-sama kita rungkai. Sebelum itu, cuba anda yang hadir di Segamat malam tadi ingat semula siapa yang sebenarnya melepaskan budak-budak upahan ini?

Fikir-fikirlah, kita bersabar pun ada batasnya. Air yang menitis ke dalam cawang yang kosong, setitik demi setitik, akan penuh dan melimpah juga akhirnya.


EDYES @ edyesdotcom

Sumber bergambar oleh: dhamamfoto

AKIBAT KECELUPARAN MAT SABU!!!

Drs. Harun Jaafar,

Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.

Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.

“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.

Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.

“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.

Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.

"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.

Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.

“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.

Pandangan lain pula: Yang tu baru Pakatan sound melalui Mat Sabu, kerajaan dah bagi insentif kepada bekas anggota pasukan keselamatan. Belum pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Kalau betul-betul nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah tak ada siapa yang akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...

Antara komen lagi:

“Di sini Mat Sabu ialah hero. Tanpa dia jangan mimpilah depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yang dok marah kat dia.

“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”

-harakah-

http://bilahrotan.blogspot.com/2011/10/akibat-keceluparan-mat-sabu.html

Seks lagi! Najib dan UMNO tidak puas, “One Night in Bangkok”

Oleh Wong Choon Mei

Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Belanjawan 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di ‘hotel’ baru.

“UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu.

Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang,” kata Naib Presiden PKR N Surendran

“Semasa kekecohan video seks ‘Datuk T’, adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya dalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”

Menurut The Star, klip sepanjang 2.25 minit berjudul ‘One Night in Bangkok’ atau ‘Round Two’ itu dimuat naik pada hari Isnin. Video itu katanya dirakam di Bangkok pada 13 Januari tahun ini.

Fetish Bangkok UMNO

Seperti kata Surendran, klip itu dijumpai di laman web UMNO yang biasa www.papagomo.com, stopthelies.my dan juga www.parpukari.blogspot.com. Bloger-bloger itu juga bertanyakan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari.

Mereka juga menyertakan perincian penerbangan MAS KLIA-Bangkok MH 782 yang meninggalkan KLIA pada 3.15pm pada 12 Januari; dan MH 785 yang meninggalkan Bangkok pada 11.05am hari seterusnya. Tetapi tidak seperti video sensasi trio Datuk T pada Februari itu yang menunjukkan orang yang mirip dengan Anwar melakukan seks dengan seorang pelacur, klip terakhir ini tidak mengandungi adegan seks.

Tetapi, menurut salah satu bloger tersebut Round Two akan keluar tidak lama lagi. Dan sudah pasti, minat ramai terhadap video itu adalah kandungan pornografiknya.

Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengambil keputusan samada Anwar atau Najib yang bersalah. Video Datuk T itu sudah makan tuan, mengakibatkan populariti Najib jatuh mendadak kepada 59% pada bulan Ogos berbanding 65% pada bulan Mei. Malah lagi, Najib sendiri terlibat dengan skandal yang melibatkan hubungannya dengan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketidak percayaan yang tidak dapat dibendung

Malahan dengan perbicaraan Sodomi II di mana Najib dan isterinya Rosmah telah dituduh memalsukannya untuk mematikan kerjaya politik Anwar, ramai rakyat Malaysia percaya dengan keterangan pakar dari Belanda, Dr Thomas Hoogland. Thomas berkata Anwar mempunyai pergerakan belakang dan pinggul yang terhad, that tidak mungkin beliau boleh meliwat penuduh.

Sementara itu pula, Najib dan Rosmah menimbulkan syak wasangka daripada rakyat apabila mereka tidak mahu menjadi saksi teradap Anwar, membuang rasa kesedaran sivik dan tanggungjawab ke tepi kerana takut berhadapan dengan peguam-peguam bela Anwar. Akibatnya adalah mereka berdua kelihatan bersalah seperti yang dikatakan Anwar.

Wajarlah kenapa apabila Najib membentangkan Belanjawan 2012nya itu, rakyat tidak teruja.

“Bukan satu kebetulan apabila klip video ini muncul sewaktu Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaannya berusaha keras untuk mempertahankan Belanjawan 2012. Proposal belanjawan kerajaan itu dikatakan lemah dan berdasarkan perkembangan ekonomi yang terlalu optimistic,” kata Surendran.

“Belanjawan itu tidak menyentuh pun soal ketidak seimbangan ekonomi, dan imbuhan-imbuhan adalah janji-janji yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa senang semasa pilihanraya umum ke-13 nanti. Penganalisa dan pengamat ekonomi telah menghentam belanjawan itu, dan rakyat sangat berduka cita. Kerajaan harus tarik balik dan mengubah proposal belanjawannya itu, dan tidak cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengeluarkan video-video seks palsu.”

- Malaysia Chronicle

Umno masih syok sendiri di Selangor

Oleh SAFAR JUMAAT

http://www.humanrightspartymalaysia.com/wp-content/uploads/2010/01/khalid22.jpgBN bercita-cita mahu merampas Selangor. Mereka anjurkan kempen selamatkan Selangor. Padahal, Selangor sudah jelas lebih selamat di tangan Pakatan Rakyat dengan simpanan berjumlah RM1.1 bilion.

KETIKA Kerajaan Selangor, kerajaan negeri termaju di Malaysia mengumumkan mereka mempunyai simpanan RM1.1 bilion, khabarnya bekas pemimpin-pemimpin utama Selangor, terpaksa menahan sesak nafas dan mereka yang bercitacita mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, terkedu lidah masing-masing.

Sejak 28 tahun lalu, belum pernah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai simpanan sebanyak ini, bukan kerana hasil negeri berkurangan, tetapi disebabkan sifat amanah tidak ada di kalangan mereka yang selama ini menerajui Selangor.
Baru-baru ini, bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan, usaha “mengenakannya” dibuat oleh mereka yang berjawatan menteri kerana alasan mudah untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan ialah dengan “mengenakannya.”

Dakwaan Dr. Mohamad Khir yang disiarkan di blognya itu tidak mendapat respon yang baik dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar enggan memberi komen.

Suatu ketika dahulu, ketika Dr Mohamad Khir menjadi Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Noh adalah timbalannya. Tetapi apabila Bahagian Tanjung Karang dipecah dua, satu menjadi Bahagian Sungai Besar, Dr Mohamad Khir dan Noh berpisah bahagian.

Masing-masing menjadi ketua bahagian di tempat masing-masing. Namun, Dr Mohamad Khir sudah melepaskan jawatannya itu kerana kesnya dibicarakan di mahkamah dan tempatnya kini disandang Dato’ Ramli Norani, seorang bekas Adun di zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Besar.

Sejarah Umno Selangor memang berwarna warni. Boleh dikatakan semua Menteri Besarnya mengakhiri karier masing-masing secara tragis, kecuali Allahyarham Dato’ Hormat Rafie.

Sejarah kejatuhan Menteri Besar terdahulu ini tidak memberi pengajaran kepada Dr. Mohamad Khir yang akhirnya membawa Barisan Nasional (BN) rebah dalam PRU 12, Mac 2008.

Hari ini, BN Selangor bercitacita mahu merampas kembali Selangor. Mereka menganjurkan kempen selamatkan Selangor.

Padahal, Selangor sudah jelas lebih selamat di tangan Pakatan Rakyat dengan simpanan berjumlah RM1.1 bilion.

Kenapa dalam zaman BN memerintah dahulu, simpanan negeri tidak pernah sampai ke tahap itu? Jawapannya tentulah ada di kotak pemikiran rakyat dan pengundi di Selangor.

Masalah pembangunan Bukit Botak Selayang pun hanya selesai di zaman Pakatan Rakyat memerintah, padahal, boleh dikatakan semua penduduk Bukit Botak adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Umno Negeri Selangor berkali-kali bertempik, “sepatutnya kita bukan yakin boleh merampas kembali Selangor tetapi hendaklah insaf dengan kehilangan kuasa.”

Maknanya, Najib tidak mahu mereka yang diharapkan di Selangor menganjurkan program syok sendiri, hanya kerana mesti ada program untuk mengundangnya memberikan ucapan tetapi dalam masa yang sama, para pemimpin di peringkat bahagian, tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman.

Najib nampak, beberapa orang wakil rakyat BN di Selangor bergelumang dengan kes mahkamah. Ada ketua bahagian yang belum mampu menyelesaikan masalah yang dibicarakan dan beberapa ketua bahagian yang baru menang, tidak mahu menerima pasukan yang kalah dalam pertandingan di peringkat bahagian.

Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih “membisu sampai kini” kerana enggan meneruskan tugasnya sebagai ketua bahagian.

Setahun yang lalu, beliau mengatakan, beliau lebih seronok menjadi pemerhati dalam perkembangan politik di Selangor.

Hakikatnya, Umno Selangor sedar, sokongan masyarakat Cina dan India belum kembali menyokong BN. Walaupun mereka memasang keyakinan yang pengundi Melayu akan kembali ke pangkuan BN namun, rata-rata kepimpinan bahagian di Selangor tidak dapat mengesahkan apakah Umno boleh memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi.

Contoh paling ketara, tiada siapa dalam BN yang yakin BN mampu memenangi semula kerusi Parlimen Gombak dan ketiga-tiga kerusi Dun di bawah Parlimen tersebut, iaitu Hulu Kelang, Gombak Setia dan Batu Caves.

Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan, ada bekas-bekas Menteri Besar Selangor “saling tidak bersetuju” antara satu sama lain kerana masing-masing bimbang kalau-kalau ada salah seorang dari mereka diangkap semula menjadi pemimpin utama Umno negeri.

Tidak hairanlah apabila Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menganjurkan pemukiman wakil-wakil rakyat di Kuala Selangor, kawasan di mana Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim datang.

Mungkin ia secara kebetulan tetapi, dalam masa yang sama, tentulah bersebab mengapa Kuala Selangor, di mana kerusi Parlimen itu diwakili Dr Zulkefli Ahmad dijadikan tempat mereka berhimpun.

Malangnya, krisis dalaman Umno Bahagian Kuala Selangor antara ketua bahagian sekarang, Ameruddin Sutero dengan bekas ketua bahagian, Mohd Daud Tarihep seperti tiada kesudahan.

Dari segi logiknya, selagi mereka tidak menyelesaikan masalah dalaman, mustahil untuk mereka memenangi kembali kerusi yang sudah kalah.

Gerakan, salah sebuah parti komponen BN juga mengimpikan untuk merampas kembali empat kerusi Dun di Selangor, iaitu Bukit Lanjan, Teratai, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta kerusi Parlimen Puchong.

Apakah impian Gerakan di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon akan menjadi kenyataan? Tsu Koon sendiri seperti ditolak di Pulau Pinang, negeri di mana beliau menjadi Ketua Menteri selama 18 tahun.

Tiada minggu yang tidak kendengaran kecaman dan kritikan terus kepada kepimpinannya hingga ada yang mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya melantik Tsu Koon menjadi Menteri Pengiring bagi memudahkannya mengiringi ke mana-mana Perdana Menteri berada.

Dari 56 kerusi Dun Selangor, mana-mana parti yang ingin memerintah mesti memenangi lebih dari 28 kerusi. Jika Umno yang dikatakan mewakili 30 kerusi Dun, boleh memenangi kesemua kerusi yang ditandingi, memang BN boleh kembali memerintah Selangor tetapi jika mereka awal-awal lagi sudah tidak mampu untuk memikirkan cara mahu memenangi kerusi Dun Hulu Kelang dan Gombak Setia (Dun Batu Caves dipunyai MIC), ia sudah cukup untuk memberitahu mereka, lupakanlah hasrat untuk merampas kembali Selangor.

Noh sendiri, perlu menjaga kerusi Parlimen Tanjung Karang dan Dun di bawah Parlimen itu jika beliau mahu menjadikan impiannya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan bukan timbalan seperti sekarang ini.

Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN

Oleh Idris Ahmad

http://1.bp.blogspot.com/-d4cqNmoIJ5o/TXI3NOacquI/AAAAAAAADyQ/gJh9gxZj6Ac/s1600/1MSIA%2BTOLAK%2BBN.jpgDatuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.

Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa

Rosmah Bakal Menteri kewangan selepas PRU13?

Oleh Tukang Lawan

http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20090315/RosmahMansor-AP.jpgKhabarnya rosmah sekarang dah mula berjinak-jinak pulak dengan hal urus takbir kewangan negara , bakal menteri kewangan baru malaysia nei akan memulakan tugas-tugas rasminya sebagai menteri penuh jika umnoapco sekali lagi menang PRU13 nanti.

Petikan berita dari bernama baru-baru ini menyatakan bahawa rosmah hadir bersama membantu suami yang amat disayanginya dalam persediaan terakhir pembentangan badjet negara, sudah pasti rosmah yang sangat bijak itu juga turut menyumbangkan beberapa idea yang dirasakan sesuai.

Mungkin secara peribadinya najib dan jemaah kabinet berpendapat rosmah la yang paling layak menguruskan hal-hal kewangan dan belanjawan negara, kerana rosmah telah terbukti mampu menabung dari kecil hanya kerana mahu membeli sebentuk cincin permata.

Rosmah yang sangat perihatin kepada anak-anak kecil itu khabarnya, telah membelanjakan wang tabung PERMATA dengan begitu cermat sekali, jadi rata-rata ahli umnoapco berpendapat kewangan negara akan lebih kukuh apabila rosmah menjadi menteri kewangan jika umnoapco menang PRU13 nanti.

Kadar inflasi negara dijangka akan turun dengan mendadak, peluang pekerjaan akan bertambah dan nilai ringgit dijangka akan naik berlipat kali ganda.

Dan apa yang lebih penting, sumber-sumber dalaman bilik gerakan umnoapco menyatakan bahawa jika rosmah dilantik sebagai menteri kewangan, harga barangan akan diturunkan selari dengan keperihatinan rosmah serta kerajaan bn yang sangat perihatin terhadap rakyat.

Rakyat harus yakin akan kemampuan wanita ini, jika umnoapco menang pada pilihanraya akan datang, kesinambungan najib sebagi perdana menteri dan rosmah sebagai menteri kewangan pasti satu gandingan yang akan menggegarkan dunia.

Jika Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuktikan pencapaian yang membanggakan kaum wanita, pasti rosmah akan membuat lebih ramai wanita terutama dari umnoapco tersenyum riang sekali. disifatkan sebagai wanita besi serba boleh, rosmah sangat digeruni dan sangat berpengaruh , ini terbukti bila najib juga sering akur dengan keputusan yang diberikan oleh rosmah.

Untuk menjana ekonomi yang lebih stabil, hanya rosmah yang dilihat paling mampu, dan pasti jika umnoapco menang sekali lagi pada PRU 13 akan datang, harga barang pasti akan turun dibawah pentabiran cekap rosmah mansor.

http://tukanglawan.blogspot.com

Terus sokong Pas, nafi buat ugutan - Pang Chaw

KOTA BHARU - Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan

Malah beliau juga menafikan dakwaan bahawa ahli DHPP akan meninggalkan Pas.

“Saya nafi sekeras-kerasnya laporan akhbar semalam. Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong Pas yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian,” tegas beliau.

Menurutnya, laporan akhbar semalam tidak tepat kerana beliau tidak mungkin dapat menghalang 20,000 anggotanya daripada terus menyokong perjuangan Pas.

Pang Chaw berkata, beliau akan terus bersama Pas kerana percaya masalah berhubung perlaksanaan hudud ada jalan penyelesaiannya.

“Umpama membina rumah dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga, tiba-tiba saya bertindak membakarnya hanya kerana sedikit bocor di bahagian dapur...tidak mungkin.

“Kalau saya tidak setuju dengan Pas, saya boleh ‘pindah ke rumah lain’ dan bukannya memberi ugutan akan keluar daripada sayap parti itu secara beramai-ramai,” katanya.

Katanya, beliau tidak menolak hudud tetapi hanya mahu pimpi:nan Pas memberi tumpuan kepada perkara lain terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

:DHPP mempunyai kira-kira 20,000 ahli dengan 70 peratus daripadanya daripada kaum India, 20 peratus Cina manakala 10 peratus daripada kaum lain.

Kerajaan Najib di Kuala Lumpur bukan ambik kesah pun bab BANJIR di Kedah nie..!!

Lihat kembali keperluan PTB

PEDU - Kerajaan Pusat perlu melihat kembali keperluan Projek Tebatan Banjir (PTB) untuk Kedah walaupun ia tidak disenaraikan dalam Bajet 2012.

Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah bajet tahunan untuk diuruskan sepanjang tahun depan.

Menurutnya, walaupun PTB di Kedah tiada dalam senarai bajet namun ia masih di bawah bidang keberhasilan utama ekonomi negara dan diletakkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

“Sebenarnya terdapat dua projek yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada pusat iaitu infrastruktur tanaman padi serta PTB meliputi dua pakej kawasan Sungai Kedah dan kawasan Sungai Pendang Sala ke Yan,” katanya selepas menyertai gotong royong membaiki dua titi gantung di Kampung Musa, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap merangkap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim dan 100 orang penduduk.

Mahdzir yang juga Adun Pedu berkata, kedua-dua kawasan itu akan diletakkan sebagai kawasan rancangan PTB kelak.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, banyak perkara terkandung dalam Bajet 2012 yang memberi impak positif dan negatif kepada Kedah, terutama apabila tercicir daripada menerima peruntukan PTB yang hanya dinikmati Perlis, Perak dan Johor.

Dalam perkembangan menbabitkan Peruntukan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi berjumlah RM420 juta melalui Bajet 2012, beliau berkata ia akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur pulau berkenaan.

Beliau berkata, tumpuan akan turut diberikan kepada kerja pembersihan di tempat tertentu termasuk kawasan rekreasi yang menjadi perhatian pelancong ke pulau peranginan itu.

“Peruntukan besar itu akan meliputi naik taraf jalan, meningkatkan kemudahan bidang berkaitan sistem telekomunikasi, bekalan tenaga elektrik serta merangkumi sistem pengangkutan,” katanya.

Azizan - Projek pembangunan negeri gerak lancar

ALOR SETAR - Kesemua projek pembangunan negeri berjalan lancar, terutama dalam sektor pendidikan dan pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan laporan yang dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan negeri baru-baru ini, ia mengesahkan tiada projek yang terbengkalai dan kemajuan mengikut jadual.

“Jawatankuasa ini ditugaskan untuk memantau kemajuan projek yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri, yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun lapan bulan ini. Kita juga mengkaji sejauh mana pencapaian dan kelemahan dalam mana-mana projek yang sedang berjalan,” katanya.

Menurutnya, pengumuman ini dibuat bukan untuk meraih undi mahupun sebagai kempen pilihan raya, sebaliknya rakyat berhak tahu apa yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

“Ini tanggung jawab Kerajaan Negeri untuk penuhi kehendak rakyat. Ingin saya tegaskan, setiap sen yang dibelanjakan akan sampai kepada sasaran, kita tak akan salah guna untuk kegunaan lain. Namun saya akur kita hanya mampu merancang untuk yang terbaik, berjaya atau tidak, itu perkara kedua,” katanya.

Azizan berkata, antara kemajuan yang berjalan rancak ialah projek pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang kini mencecah 37 peratus.

“Projek bernilai RM330 juta ini dijangka siap mengikut jadual iaitu akhir tahun depan. Saya yakin sesi pengajian dapat dimulakan pada tahun 2013. Malah saya percaya dengan adanya kampus ini, Kuala Ketil kelak akan menjadi bandar satelit,” katanya.

Menurutnya, untuk membangunkan projek itu, Kedah tidak membuat sebarang pinjaman kepada Kementerian Pengajian Tinggi atau Kerajaan Pusat sebaliknya menggunakan dana sedia ada selain mendapat pinjaman daripada institusi perbankan.

“Kemajuan Sekolah Tahfiz Sains yang kini dalam pembinaan di Pulau Tuba juga amat memberangsangkan. Saya yakin ia kelak dapat melonjak Kedah sebagai pusat ilmu sama ada di peringkat rendah mahupun tertinggi,” katanya.

Mengulas sektor pertanian yang kini menjadi fokus utama Kedah, Azizan berkata, pihaknya yakin Kedah akan muncul sebagai pengeluar nenas terbesar negara menjelang 2015.

“Buat masa ini Kedah berada pada kedudukan kedua selepas Johor. Malah kita turut membuat persediaan awal dengan menubuhkan kilang memproses sumber asas tani seperti rambutan dan nenas di Sungai Petani,” katanya.

Azizan berkata, pada masa akan datang, kesemua sumber asas tani yang berpotensi akan dimajukan secara komprehensif, bermula dari buah hingga ke pokoknya.

“Perancangan kita sekarang adalah memproses rambutan dan nenas, menghasilkan kiub buah, jem, jus, makanan ternakan dan hinggalah kepada baju barung berkualiti tinggi,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...