TERKINI :

Tuesday, October 11, 2011

DAP tak setuju pihak-pihak burukkan Hudud..!!


Universiti Bangladesh Namakan 10 Zamalah Bersempena Nama Rosmah

PUTRAJAYA: Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor. Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.

Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkanbeliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negaralain.

"Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurangberkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain.

"Ini benar-benar memperkayakan potensi masa depan mereka sebagai seorang pemimpin di negara atau masyarakat mereka sendiri. Bagi saya, saya percaya, langkah untuk ke hadapan adalah menerusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Kamal di Seri Perdana di sini.

Julai lepas, AUW mempelawa Rosmah menjadi seorang daripada penaung universitiitu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada beliau oleh Canselor AUW, CherieBlair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bertindak sebagai ketua penaung AUW.Beliau disertai, antara lain, oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat DrCondoleezza Rice dan ahli politik Itali Emma Bonino.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada AUW kerana meletak kepercayaankepada beliau untuk menjadi salah seorang penaungnya dan berharap akan berupayamenyumbang bagi menambah baik masa depan kaum wanita.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Kamal berkata zamalah itu akanditawarkan kepada pelajar yang layak berumur bawah umur 21 tahun, dari seluruhAsia, termasuk Malaysia.

"Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan.

Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya. Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan.

Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu.

Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu,www.asian-university.org.- BERNAMA

KJ kena perli dengan Anwar camtu jaa dalam Parlimen..

‘Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam kabinet’

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berbohong’ dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

“Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion,” kata Khairy.

Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.

Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.

Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.

Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar “berbohong” dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.

Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.

“Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.

Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.

“Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai,” katanya.

Janji PR untuk warga Kg Baru...

Pakatan sedia batal akta Kampung Baru jika menang Putrajaya

October 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sambil menyifatkan pengkhianatan kepada orang Melayu, Pakatan Rakyat berjanji Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011, yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu di sebalik siri protes sejak tahun lalu, akan dibatal jika perikatan itu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

“Pilihan raya umum akan datang, insya-Allah kalau Pakatan Rakyat menang kita akan batalkan rang undang-undang ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) pada Majlis Penerangan “Selamatkan Kampung Baru” di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya itu sahaja pilihan yang ada pada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru untuk menyelamatkan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu daripada menjadi “mangsa” pembangunan.

“Siapa (Senator Datuk) Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin)? Raja Kampung Barukah? Orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh dihina seperti ini... patut beri mesej dan ajar Raja Nong Chik (agar) hormat budaya orang Melayu.

“Apa kepentingan kita di sini? PAS dan PKR, kita tiada kepentingan... ini sahaja kampung kawasan orang Melayu, biarlah ia dipertahankan. DAP pun tiada kata mahukan kawasan Kampung Baru, orang Cina pun tak mahu yang Melayu haprak ini nak mengapa? Kita Little India (di Brickfields), Little Cina (di Jalan Petaling) kita tak kacau tapi mengapa Little Melayu (Kampung Baru) ini jadi masalah? Kalau betul nak tolong bangunkan, beri pinjaman... tidak perlu nak buat perbadanan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana gagal untuk menyekat pentadbiran Najib daripada meluluskan rang undang-undang itu.

“Sekali lagi menyaksikan dengan kekuatan majoriti Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen rang undang-undang ini telah diluluskan pada 5 Oktober lalu, di mana kami bagi pihak Pakatan Rakyat telah mencuba dengan bersungguh-sungguh dan telah habis segala ikhtiar kami sebagai manusia biasa untuk halang ia daripada diluluskan.

“Hasilnya selepas ini Dewan Negara yang akan bersidang pertengahan Disember dan ia akan diluluskan dan rang undang-undang akan digazetkan dan pemilik, pewaris dan tanah akan tertakluk masa depan dengan rang undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, nasib dan masa depan Kampung Baru boleh diselamatkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

“Kalau nak rang undang-undang ini ditarik balik jatuhkan BN pada pilihan raya umum ke-13 kerana dari segi amalan dan usaha kita dengan cara itu rang undang-undang ini boleh ditarik balik jika wakil rakyat mendapat mandat yang besar dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

Jelas Salahuddin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas petempatan berusia 111 tahun itu dan segala bentuk pembangunan harus diputuskan pemilik dan pewaris tanah kawasan itu.

“Apa pun yang kami bercakap sama ada di dalam atau luar Parlimen, kami tiada kepentingan apa-apa... kalau saya bercakap soal Kampung Baru, saya tiada apa-apa, kami tiada kepentingan, kami tiada saham dan kami tiada syarikat yang berkepentingan di Kampung Baru.

“Apa yang kami buat pada hari ini sekadar tanggungjawab kami untuk melindungi dan mempertahankan hak pewaris Kampung Baru, itu sahaja,” katanya.

Beliau juga berharap rang undang-undang baru yang menggantikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 tidak akan menggadai hak pemilik dan pewaris tanah.

“Rang undang-undang yang diluluskan ini boleh buat apa sahaja, saya hanya mampu berdoa dan berharap ia tidak jadi seperti pepatah orang tua-tua, kita menang sorak kampung tergadai,” katanya.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 pada 3 Oktober lalu tetapi pada hari yang sama digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 sebelum diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dua hari kemudian.

Bacaan kali kedua rang undang-undang itu telah tertangguh beberapa kali selepas dibawa ke Parlimen 14 Disember lalu ekoran protes.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, langkah Putrajaya meneruskan hasrat untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mendapat izin pemilik dan pewaris tanah sebagai satu pengkhianatan kepada orang Melayu.

“Ini adalah satu pengkhianatan apabila pemilik dan pewaris tanah hanya diberi peranan sebagai Majlis Penasihat sedangkan menteri diberi kuasa mutlak.

“Kita perlu pastikan rang undang-undang ini tidak mengkhianati anak-anak dan generasi kita pada masa depan. Dalam pandangan menteri tanah ini akan bernilai jika ia dijual,” katanya.

Rakyat tak ada tanah, tak dapat Rumah Mesra Rakyat

Oleh: amkns

"Bajet 2012 memperuntukan pembinaan 10,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM) . Di Malaysia ada 222 Parlimen dan 576 DUN, bermakna secara purata setiap Parlimen hanya akan dapat 45 buah RMM atau purata setiap DUN hanya akan dapat 17 RMM saja.

Helo brader, setiap DUN ada berapa kampung , ada berapa ketua kampung, berapa Pengerusi JKKK? 17 buah RMM nak direbutkan untuk setiap kampung dalam DUN, akhirnya siapa yang dapat? Yang dapat Rumah Mesra Rakyat ini mereka yang ada tanah, rakyat miskin papa kedana yang tak ada tanah, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Pekerja kilang yang gaji bawah RM 1,500 yang tak ada tanah pun, minta maaflah ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda.

Petikan Bajet 2012 - Selain itu, Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Di bawah program ini, mereka yang mempunyai tanah persendirian dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, boleh mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri. SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. Kos rumah yang berharga 65 ribu ringgit ini, akan dijual dengan harga 45 ribu ringgit sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah 20 ribu ringgit. Sebanyak 200 juta ringgit akan diperuntukkan untuk program ini.

********

Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:

- Warganegara Malaysia.

- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.

- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.

- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.

- MEMPUNYAI TANAH / TAPAK YANG BERSESUAIAN DAN TIADA SEKATAN / CAGARAN KE ATASNYA.

- Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.

- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

www.spnb.com.my

"

aduhai ROSMAH awat tergedik-gedik mengalah PM nie...

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.-KD

Apa laa punya menteri..org tak suka gaji naik pun dia nak marah..!!!

Kenaikan elaun ditarik balik....marah ke kesal..???

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Marah benar Tok Mat Nazeri  bila cadangan menaikkan elaun ahli parlimen sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan dalam belanjawan 2012, ditarik balik oleh kerajaan kerana gagal mendapat sokongan penuh daripada ahli parlimen.

Melalui berita perdana yang disiarkan oleh tv3 semalam ( 10hb Okt), Tok Mat Nazeri menempelak kononnya ahli parlimen pembangkang yang lebih ditujukan kepada Anwar Ibrahim banyak duit dan tak perlu kepada kenaikan elaun lagi.

Seorang menteri boleh bercakap demikian dan disaksikan ribuan penonton ketika itu. Apakah alasan Anwar Ibrahim banyak duit dijadikan hujjah bila ahli parlimen pakatan rakyat tidak bersetuju kenaikan elaun tersebut. Kenapa tidak jelaskan pendirian ahli parlimen pakatan rakyat yang mengatakan kenaikan elaun tidak sesuai ketika ini dan memohon agar agenda keutamaan rakyat perlu didahulukan.

Ahli parlimen pakatan rakyat berfikiran jauh kehadapan, memandangkan ekonomi sekarang semakin menghimpit dan rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang begitu mendadak sekali.

Apa alasan dan jaminan kenaikan elaun itu digunakan untuk kepentingan rakyat sedangkan kita semua tahu ahli parlimen BN/UMNO lebih kepada menggunakan peruntukan kerajaan dari mengeluarkan wang sendiri untuk membantu rakyat. Malah lebih teruk lagi menggunakan kedudukan dan status mereka untuk meraihkan dan mengaut kekayaan peribadi.

Gaji ahli parlimen sekarang sebanyak RM6.500 sebulan untuk kerajaan mahu pun pembangkang tetapi kenapa ahli parlimen pakatan rakyat tidak merungut, walhalnya kebanyakan peruntukan kerajaan untuk kawasan yang diwakili oleh pakatan rakyat kebanyakannya disalurkan melalui UMNO bahagian.

Bukan SM menafikan hak mereka tetapi sebagai seorang pemimpin, kita perlu memikirkan bebanan yang dipikul oleh rakyat daripada memikirkan hal diri masing-masing. Apa salahnya peruntukan RM30 juta itu dimasukkan kedalam perkara-perkara yang memberi manafaat terus kepada rakyat.

kalau dah masuk poket ahli parlimen...belum tentu rakyat dapat rasa...

Syoknya jadi PM..perabih duit 1juta dalam masa 2 hari jaa..!!

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Kalau menang, Mukhriz jadi MB Kedah?

Oleh SAFAR JUMAAT

http://1.bp.blogspot.com/_P6bgLo1z_aw/SRkPA2eaRgI/AAAAAAAAAEQ/ZpH8t2NyjxI/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpgKETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.

Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.

Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato’ Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.

Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato’ Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?

Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato’ Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.

Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato’ Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato’ Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.

Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah “peranan Dr Mahathir” akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.

Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup “menjaga hati Dr Mahathir”. Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.

Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.

http://warta-utara.blogspot.com/

Mana dia Laporan Audit Negara..Jika tak reti buat kerja baik tutup jee..!!!

Oleh: amkns

"Dah bulan Oktober 2011, masih belum keluar lagi Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 untuk Persekutuan dan semua negei di Malaysia. Kalau macam ni baik tutup sajalah Jabatan Audit Negara ni, ada, macam tak ada. Ke ada sebab lain laporan tersebut belum dikeluarkan untuk tatapan umum? Apa ke tidaknya banyak pendedahan dilaporkan semasa Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009.

Antaranya Bangunan Majlis Agama Islam Melaka yang terjual kepada taukeh Cina seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara. “Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.

“Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?” soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut. Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.

Potongan dan kajian semula itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat. “Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

“Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012,” kata Anwar. Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.

Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

“Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas,” kata Anwar

http://www.keadilandaily.com/belanjawan-2012-dibentang-tanpa-laporan-ketua-audit-negara-anwar/

DHPP Terabai Atau Presidennya Rasa Diabaikan?

Oleh: AntiKarat

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata bahawa ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Lebih menghairankan apabila beliau berkata, “Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah mencabar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”
Dakwa Hu lagi, PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, PAS harus melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim

Cukup menghairankan. Bukankah sudah banyak kali disebut oleh Musyidul Am dan Presiden PAS bahawa hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. Mustahil Hu sebagai Pengerusi DHPP tidak sedia maklum hal ini setelah begitu lama berdamping dengan kepimpinan PAS. Atau adakah Hu sudah berkecil hati dan ada agenda tersembunyi.

Apakah kekeliruan Hu ini disebabkan oleh sikap lepas pandang PAS yang sepatutnya terlebih dahulu menerangkan isu hudud kepada DHPP ? Kalau itu masalah sebenarnya, wajarlah DHPP rasa dipinggirkan. Mereka bukan rasa dipinggirkan hak mereka tetapi rasa terpinggir kerana PAS tidak bersedia untuk memberi maklumat ‘first-hand’ kepada mereka. Ini mungkin membuatkan mereka berkecil hati. Itulah nada Hu sebenarnya. Mustahil DHPP tidak selari dengan dasar dan perjuangan parti sekiranya mereka tidak dibiarkan terlepas pandang begitu rupa.

Dalam sibuk PAS, ingin menjelaskan isu hudud kepada masyarakat secara terbuka, mengapakah PAS tidak mengadakan majlis penerangan kepada ahli DHPP sendiri. Ahli yang beragam Islam di dalam PAS mungkin tidak memerlukan penjelasan lagi, tetapi berlainan dengan ahli yang bukan Islam. Mereka mudah keliru apatah lagi ilmu mereka tentang hudud tidaklah sedalam ilmu yang dimiliki oleh ahli beragama Islam. Justeru itu, sewajarnya DHPP diambilkira sebelum hati DAP mahu dijaga. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali sepertimana pernah terjadi kepada rakan PAS suatu waktu dahulu iaitu CCC.

Satu persoalan timbul; mengapa nada Pengerusi Hu Pang Chaw dan Timbalan Pengerusi DHPP, Balasubramaniam agak kontradik dalam isu hudud ini? Balasubramaniam awal-awal lagi menyokong hudud ini khususnya pelaksanaannya di Kelantan?

Ibrahim Si Tidur, Najib Si Pelancong mahu gaji naik!

Oleh Ismail Dahlan

“Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!”

Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen.

Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua ‘gedebe’ kaum Melayu rasis bak ‘samseng Kampung Dusun’.

Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk ‘bekerja’ selama ini.

Harga naik takala ekonomi mula merudum?

Ahli Parlimen BN tidak berhak mendapatkan tarif pendapatan baru bilamana purata rakyat harus mengikat perut menyara hidup angkara kegagalan dan kelemahan BN. Selain sebuah 'terima kasih' yang tidak ternilai kerana telah menjarah dan mengodam hasil bumi negara sehingga tiada yang tersisa.

Kerana kemarahan inilah Najib cuba mengenengahkan pendekatan ini diwaktu keadaan ekonomi yang tidak baik.

Sekiranya mereka mahu memberikan lebih wang rakyat kepada orang seperti Ibrahim Ali, perlu ada satu referendum disetiap kerusi bahagian untuk menentukannya. Biar pengundi setempat di setiap bahagian menentukan apakah Ibrahim Ali berhak mendapatkan tarif pendapatan baru itu. Dan kepada orang seperti Zahrain, Tan tee Beng, Hee Yit Foong, Wee Choo Keong dan Gobalakrishan ‘Si Mulut Besar’. Semua pembelot ini telah menipu pengundi untuk kepentingan peribadi dan mereka ini harusnya tidak dihargai langsung.

Dibayar harga rendah - bukankah kita semua?

Menyedari kemarahan rakyat tentang pemberian gaji tambahan untuk Ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi berkata Parlimen Malaysia sedia ada membayar gaji rendah.

“Kamu tahu yang kita antara negara yang membayar gaji terendah didunia. Kita empat kali lebih rendah dari Indonesia dan Thailand…dan tak perlulah kita membandingkan dengan Singapura,” ujar Junaidi kepada Malaysian Insider.

Tapi adakah Ahli Parlimen di Singapura berbelanja dengan kereta mewah impot, terlibat dalam konsesi kayu balak, perdagangan hartanah, perniagaan pembinaan, projek-projek pembinaan hospital, sekolah,buku dan juga kantin sekolah. Dan jangan lupa pembelian kapal selam!

Tuntas rasuah dahulu!

Melainkan ada tindakan lanjut untuk mengurangkan penyelewengan di semua tingkat Eksekutif, bermula dengan Najib sendiri, kenapa perlu rakyat yang membayar cukai terus hidup sengsara?

Apapun keputusan itu nanti, tarif pendapatan baru Ahli Parlimen sudah dikedepankan. Cadangan menggandakan jumlah gaji dua kali ganda turut diberitakan.

Menurut Junaidi, 9 Ahli Parlimen yang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang ditubuhkan tahun lalu dan tiga rang undang-undang iaitu PSA Bill, House or Parliament (Privileges and Powers) Amendment Bill dan Members of Parliament (Renumeration) Amendment Bill – telahpun dihantarkan kepada Speaker Dewan Parlimen Pandikar Amin, Presiden Dewan Senat Abu Zahar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Gaji Ahli Parlimen telah digubal sebanyak lima kali pada tahun 1992,1997, 2001, 2002 and 2005 semenjak Members of Parliament (Renumeration) Bill diperkenankan pada 1980. Dalam pindaan 2005, gaji asas mereka dinaikkan dari RM5,916.90 tahun 2002 kepada RM6,508.59, tidak termasuk faedah lain seperti elaun pemandu peribadi iaitu RM1,200.

“Kita akur gaji Ahli Parlimen rendah dan perlu ada peningkatan, tetapi gaji semua orang juga rendah. Kenapa perlu mereka dahulu? Sepatutnya merekalah yang perlu dapat terakhir,” ujar Eddie Wong, ahli PKR veteran kepada Malaysia Chronicle.

“Dan untuk Ahli Parlimen BN, mereka perlu disiasat sekiranya ada sebarang perniagaan tidak langsung diatas nama mereka, faedah dan keuntungan yang diterima kerana menjadi orang kerajaan. Ambil contoh Najib dan Rosmah sekeluarga bercuti di Perth menggunakan pesawat kerajaan. Beliau tetap mahukan peningkatan gajinya? Adakah beliau berhak?”

- Malaysia Chronicle

Anwar - Belanjawan yang tiada wibawa

Oleh Anwar Ibrahim
Apa yang sangat ditakutkan kepada dasar gaji minima, sedangkan kajian Bank Dunia menunjukkan kadar RM1,100 seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi. Perdana Menteri seolah-olah lebih mengutamakan lobi taukeh-taukeh besar dan kroni mahakaya daripada keperluan jutaan rakyat ang sangat mengharapkan satu anjakan gaji yang menyeluruh meliputi semua 12 juta tenaga kerja di negara ini, bukannya gula-gula yang hanya memikat pekerja sektor awam tetapi mengenepikan kebajikan 90% tenaga kerja yang lain.

MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

Izinkan saya merujuk kepada pembentangan "Bajet 2012" oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.

Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.

Namun setelah meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.

Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.

Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut, "Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice." (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)

Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah:

  • Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
  • Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
  • Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;
  • Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen;
  • Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
  • Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

Suka saya mengingatkan Dewan bahawa sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.

Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah - bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat. Kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan.

Kita tidak mahu belanjawan yang baru dibentangkan minggu lepas, pada hari Jumaat 7 Oktober lalu seumpama yang dikritik al Quran, ayat 7, Surah al Ma’un:

MP Pakatan Selamatkan RM30 Juta Wang Rakyat

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy-565x376.jpgAKHIRNYA Putrajaya terpaksa menarik balik cadangan untuk menyemak semula kemudahan untuk Ali Parlimen seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kata Nazri beliau telah menarik balik cadangan itu selepas mendapati ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyemak kemudahan untuk ahli Parlimen itu. Cadangan itu katanya membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Nasib baik juga ahli Parlimen pembangkang membuat bising kononnya tidak bersetujuan dengan cadangan berkenaan. Syabas kepada ahli Parlimen pembangkang, penolakan itu menunjukkan mereka tidak pelahap untuk menambahkan kemudahan untuk diri sendiri dan berpadan dengan apa yang ada.

Peruntukan itu mebabitkan RM30 juta ringgit. Dengan perkiraan mudah seorang ahli perlimen akan mendapat RM135,000 seorang di mana dengan wang itu membolehkan mereka mendapat sebuah kereta Honda Civiv 1.8 untuk diberikan kepada anak gadis atau kekasih atau isteri muda yang berbaju hijau.

Penolakan ahli Pembangkang itu menjelaskan akan keikhlasan mereka. Apa yang mereka perjuangkan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat. Inilah perbezaan sikap di antara ahli parlimen pembangkang dengan ahli pembangkang UBN yang selamanya ketidakcukupan wang.

Sekiranya Menteri Kewangan atau Nazri bermurah hati untuk membantu ahli Parlimen bukan menambahkan kemudahaan saraan hidup tetapi berikan hak kepada mereka untuk sama mengagihkan wang kepada rakyat yang diperuntukan RM1 juta untuk satu parlimen. Selama ini peruntukan diberikan kepada ahli parlimen UBN saja, manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat dikecualikan.

Rasanya kalau menteri kewangan mencadangkan mekanisme itu ahli parlimen pembangkang - tidak termasuk enam orang ahli parlimen hantu, tentu akan bersetuju kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan tindakan Nazri itu - menarik balik peruntukan bererti semakan untuk saraan tambahan ahli parlimen tidak akan jadi kenyataan ini menyebabkan ahli parlimen UBN yang tidak kecukupan wang termasuk enam orang hantu juga akan kebuluran. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada ahli parlimen pembangkang - Pakatan Rakyat yang tidak mengutamakan perut tetapi lebih melihat masalah rakyat
http://msomelayu.blogspot.com/

BAJET 2012: MACAM MANIFESTO PRU 13 BN

ustaz_nasir_kecik1.jpgMenekuni Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib dan respon segera rakyat menjadikan kita percaya bahawa inilah bajet yang menentukan hidup mati Barisan Nasional. Lebih tepat ia adalah sebuah manifesto yang merupakan satu 'counter offer' atau tawaran balas terhadap bajet Pakatan Rakyat. Tekanan yang kerajaan pimpinan DS Najib hadapi apabila berdepan dengan tawaran Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat adalah kayu ukur terhadap beberapa tindakan terdesak termasuklah pengumuman pemansuhan ISA dan bajet durian runtuh pada kali ini.

Bajet adalah instrumen utama dalam urus tadbir kewangan kerajaan yang melibatkan perancangan, unjuran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun akan datang. Inti kepada belanjawan ialah cukai dan perbelanjaan kerajaan demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu pertumbuhan, pengawalan inflasi dan pengurangan pengangguran. Sebagai anak muda, saya ingin membawa tulisan ini bagi melihat secara ringkas bajet ini berdasarkan pemerhatian sepintas lalu.

Pertama. Bajet ini kata DS Najib ialah Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Kebanyakan tawaran bersifat 'one off' ini betul, boleh menggembirakan dan menghiburkan rakyat yang bersifat sementara. Sebanyak 1.3 juta rakyat yang terdiri daripada penjawat awam agak dilayan oleh Barisan Nasional. Sedangkan jumlah sebenar pekerja di dalam negara kita ialah kira-kira 12 juta. Apa nasib mereka yang terlibat di dalam sektor swasta dan pekerjaan tidak formal.

Kedua. Kesan langsung kenaikan gred sektor awam ini akan menyebabkan sektor masyarakat terbanyak yang terdiri daripada swasta dan pekerja tidak formal berdepan dengan inflasi. Contohnya bagaimana nasib, penoreh getah dan petani di Padang Terap Apakah insentif dalam bentuk polisi yang disediakan kepada khalayak ini. Kuasa beli semakin menurun.

Ketiga. Kerunsingan saya juga ialah berkaitan dengan golongan belia yang menganggur. Menanggung hutang pengajian daripada PTPTN ataupun yang terrcicir daripada pengajian. Golongan belia yang menganggur yang sudah menghampiri 100 ribu daripada golongan siswazah. Berdasarkan unjuran Bajet 2012, pengangguran dalam lingkungan 3.5 peratus. Ia mewakili hampir 400 ribu daripada guna tenaga rakyat Malaysia!!. Unjuran kerajaan itupun masih dipertikaikan oleh pakar ekonomi.

Keempat. Umur pencen yang dinaikkan oleh kerajaan kepada 60 tahun juga menimbulkan reaksi pelbagai. Pada persepsi saya, ia akan menyebabkan peluang pekerjaan baru kepada siswazah dan kenaikan pangkat akan terbeku selama dua tahun paling kurang. Janji Perdana Menteri akan mewujudkan peluang baru melalui sektor swasta adalah sangat subjektif berdasarkan unjuran angka pengangguran yang semakin membesar.

Kelima. Saya sangat gusar apabila bajet yang lebih populis ini hanya menyebut 'durian runtuh' kepada peneroka. Apakah sebenarnya polisi kerajaan untuk membantu anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga FELDA, FELCRA dan lembaga-lembaga seperti KEDA, KETENGAH, KESEDAR dan lain-lain. Penyenaraian Felda Global Ventures yang diumumkan juga menimbulkan beberapa tandatanya termasuklah tentang keperluan Felda mendapatkan kewangan melalui IPO dan pembukaan saham Felda kepada orang luar Felda.

Keenam. Saya masih menunggu pelancaran kerajaan satu Skim Amanah yang patuh syariah. Seingat saya, daripada 10 skim amanah yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad, masih belum wujud walaupun satu Skim Amanah yang benar-benar patuh syariah.

Ketujuh. Peruntukan sekolah agama rakyat yang masih dikesampingkan lanjutan dendam politik sejak sekian lama. Tanpa mempertikaikan bantuan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cinadan Tamil serta sekolah agama bantuan kerajaan dan mubaligh, Sekolah Agama rakyat yang berjumlah 161 buah dengan 20 764 orang murid masih tiada cerita. Manakala Sekolah Rendah Agama berjumlah 1132 buah dengan 208,000 pelajar masih terkebelakang.

Kelapan. Arahan khusus agar GLC menggunakan instrumen kewangan Islam dan menggunakan sistem perbankan Islam. Keperluan kerajaan mempunyai perancangan mewajibkan GLC menyokong perbankan Islam. Hanya sekitar 22 peratus penyertaan GLC.

Kesembilan. Saya kecewa apabila bajet ini tidak ditekankan peperangan terhadap rasuah dan ketirisan. Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan kira-kira 28 bilion wang rakyat hilang akibat ketirisan dan rasuah pada 2008. Bajet durian runtuh ini akan mendedahkan lebih ruang terhadap berlaku ketirisan.

Kesepuluh. Saya menyambut baik bajet pembangunan fizikal untuk golongan belia. Namun program peningkatan iman, shahsiyyah masih lagi bukan keutamaan kerajaan. Gejala sosial yang parah termasuk kes zina, rogol dan bunuh yang menakutkan tidak akan mampu ditangani tanpa pembangunan bersepadu mental, jasad dan roh.

Kesebelas. Dalam kerancakan industri perbankan dan kewangan Islam Malaysia, kerajaan yang mendakwa ingin terus mengekalkan Malaysia sebagai antara hub kewangan Islam terbaik dunia meneruskan sokongan kepada sistem riba. Dana Perkhidmatan Profesional yang diumumkan oleh Perdana Menteri masih dalam bentuk pinjaman mudah masih mengenakan faedah 4 peratus.

Kedua belas. Isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos sara hidup. Persoalannya adakah bajet kali ini memberi nilai sebenar kepada kos sara hidup rakyat. Fomca telah melaporkan harga makanan naik 83 peratus dalam masa 4 tahun..!!!! Harga gula naik 27 peratus manakala sayur naik 16 peratus, telur, dairy dan daging naik 10 peratus dan buah naik 9 peratus berbanding tahun lepas. Perbelanjaan isirumah utk makanan adalah 40-50 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Justeru itu, saya masih melihat bahawa bajet ini masih bersifat satu langkah berbentuk populis, tak mengambil kira strategi khusus dengan memberi fardah langsung tanpa mengira impak ekonomi jangka panjang. Apapun Pakatan Rakyat telah memberi satu dimensi baru terhadap penyediaan bajet kerajaan dengan satu pilihan dan tawaran kepada rakyat. Bajet Pakatan Rakyat telah diberi satu perhatian serius oleh kerajaan dan saya percaya diteliti dengan penuh minat oleh rakyat.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Pelajar jadi haru-biru macam nie..pakat rogol kawan sekolah..apa kejadahnya nie..??

Empat pelajar rogol rakan sekolah

SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (gambar) berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun.

“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini.

“Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan .

“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya. [Sinar Harian]

NGO desak JHEAINK bertindak perbuatan cemari kesucian Islam

images/stories/copy of sayuq.jpgALOR SETAR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) supaya mengambil tindakan terhadap seorang ADUN yang melakukan perbuatan yang dianggap boleh mencemar kesucian aqidah serta menjatuhkan maruah umat Islam.

Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang ditujukan kepada Pengarah JHEAINK yang dihantar oleh rombongan NGO tersebut di Bangunan Wan Mat Saman pagi ini.

Mengikut catatan memorandum tersebut, pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata iaitu Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

“Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka tindakan ADUN Bakar Bata itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan beliau telah menjatuhkan maruah umat Islam.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah “Redho akan kekufuran boleh membawa kufur”.

images/stories/copy of tokong.jpg“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Encik Mohd Azam Awang selaku ketua kepada pihak yang menyerahkan memorandum tersebut.

Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak pihak JHEAINK yang mentadbir hal ehwal Islam supaya mengambil sesuatu tindakan terhadap ADUN Bakar Bata tersebut berdasarkan peruntukan yang ada.

Kumpulan tersebut juga turut menyerahkan satu salinan video sebagai bahan bukti.

Video : Terengganu 3-1 Kelantan & 5 Kad Merah



Kelantan parah...


Pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (kiri) mengelak asakan pemain Kelantan, S. Subramaniam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

KUALA LUMPUR - Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.

Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.

Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...