TERKINI :

Monday, October 10, 2011

BN asyik meludah ke langit

http://photo.blogpressapp.com/big_photos/11/10/09/5158.jpghttp://photo.blogpressapp.com/big_photos/11/10/09/5158.jpg
(Foto: Ku Iskandar Ku Saad, Presiden MBMN Kedah)

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Konon-kononnya pembangkang di Kedah telah mendapat satu isu yang 'sangat besar' untuk menyerang kerajaan negeri; iaitu dakwaan kerajaan pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Razak telah menyelewengkan peruntukan menyelenggara jalan yang telah diberikan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM148 juta. Hanya RM55 juta yang digunakan iaitu mengikut Bajet 2010 yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Maka berkokoklah pemimpin BN siang malam, di seluruh pelosok negeri memberitahu rakyat bahawa kerajaan PAS tidak amanah. Kononnya jalan berlubang di sana-sini tidak dibaiki, sebaliknya peruntukan membaiki jalan diguna untuk membayar gaji.

Di saat ramai individu dalam BN mahu menonjol diri untuk dipilih sebagai calon PRU ke 13, masing-masing ghairah bercakap isu tersebut dalam media bagi mendapat perhatian. Seorang pemimpin muda Umno yang memimpin Majlis Belia Malaysia Negeri Kedah, Ku Iskandar Ku Saad lebih lajak dari laju apabila terus membuat laporan polis dan laporan SPRM terhadap kerajaan negeri. Hakikatnya apa yang mereka minta disiasat bukannya pemimpin kerajaan negeri tetapi Ketua Audit Negara kerana telah mengesahkan kewajaran, ketelusan dan ketulusan kerajaan negeri membelanjakan wang secara betul melalui laporan audit 2010. Ketua Audit Negara yang biasanya sangat teliti sehingga harga sebatang screw driver pun dipertikaikan, tidak mengulas apa-apa terhadap perbelanjaan menyelenggara jalan oleh kerajaan negeri Kedah.

Nampaknya akibat kegelojohan politik jadi mainan demi pangkat dan kedudukan pihak tersebut maka sekonyong-konyong Ketua Audit Negara pun boleh menjadi lebih 'jahil' dari pemimpin belia, ketua pembangkang dan Pengerusi Umno Kedah. Mereka pula yang lebih pandai dari semua professional yang ada di dunia ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi tiba-tiba mengancam akan membuat pendedahan mengejutkan iaiyu bagaimana duit peruntukan Pusat untuk penyelenggaran jalan digunakan di zaman BN.

"Apa yang dibuat kerajaan negeri sekarang dalam pengurusan kewangan adalah sama seperti yang dibuat oleh kerajaan lalu, kita tidak pernah mengeluarkan arahan baru kepada pegawai melainkan mengekalkan prosedur sedia ada.

"Semua duit yang diterima dimasukkan dalam akaun yang disatukan dan semua perbelanjaan dibuat mengikut Bajet yang telah diluluskan.

"Di masa BN dulu pun sama, duit (peruntukan) jalan Pusat tidak dibelanjakan semuanya... tunggu saya akan dedahkan perbelanjaan di zaman BN dalam Sidang DUN nanti," ujarnya.

Kenyataan Phahrolrazi membuatkan para pemimpin pembangkang tergaman. Apabila didedahkan nanti, maka terserlahlah juga 'penyelewengan' di zaman mereka dahulu. Maknanya pemimpin BN sekarang cakap tidak serupa bikin. Atau tempelakan yang kedua bagi BN ialah, mereka sewaktu jadi kerajaan dahulu tidak tahu apa-apa mengenai pentadbiran negeri. Mereka hanya sibuk ambil tahu mengenai pentadbiran selepas jadi pembangkang.

Jika Karam Singh Walia di pihak PR, pepatahnya akan berbunyi, ibarat meludah ke atas pokok, taik burung jatuh ke dalam mulut.

Isu penyelenggaraan jalan ini pernah berbangkit dalam Sidang DUN lalu. Mereka bertanya ke mana perginya baki peruntukan Pusat yang tidak dibelanjakan untuk baiki jalan? Menteri Besar menjawab, ia dimasukkan dalam Tabung Amanah.

Phahrolrazi menjelaskan bahawa setiap lebihan dari peruntukan asal perlu dimasukkan dalam kira-kira kewangan yang disebut akaun amanah penyelenggaraan jalan (istilah tepat ialah akaun amanah bukan Tabung Amanah). Ia menjadi prosedur kewangan sejak 2003 lagi, sewaktu kerajaan diterajui BN.

Berhubung isu rungutan orang ramai mengenai sebahagian jalan negeri yang berlopak disebabkan musim hujan, Phahrolrazi mengakui berlaku masalah dalam pemilihan kontraktor membaiki jalan. Sebelum ini, katanya, penyelenggaraan jalan dibuat oleh Bina Kuari dan Seri Temin namun terdapat cadangan baru supaya ia diurus oleh GLC dan kontraktor lain dalam tempoh yang agak lama bagi memantapkan perancangan jangka panjang.

Sementara perkara tersebut belum dimuktamadkan, beliau telah meminta Pengarah JKR Negeri supaya mengarahkan JKR Daerah beri secara langsung projek penyelenggaraan jalan kepada mana-mana kontraktor.

JKR daerah boleh berbuat demikian bagi projek yang bernilai kurang RM500 ribu. Tidak ada masalah kerana bajet tersebut memang sedia ada. Tidak timbul langsung dakwaan bahawa kerajaan tidak berduit.

Rungutan mengenai ketidaksempurnaan jalan terdengar di mana-mana sekarang di negeri Kedah. Biasalah, kerana sekarang musim hujan. Bukan sahaja jalan negeri, jalan Persekutuan pun berlopak. Jalan MADA (Pusat) lebih-lebih lagi, bukan setakat berlubang tapi berkubang di sana sini. JKR tidak dapat membaiki jalan di tengah-tengah musim hujan. Sabarlah sekejap, sehingga musim hujan berakhir.

Selepas itu nanti jentera membaiki jalan akan sibuk bekerja di atas jalan raya. Apabila jalan di seluruh Kedah jadi sempurna nanti maka termangu-mangulah pula BN mencari isu baru untuk dijadikan modal politik. Begitulah BN yang sentiasa tercungap-cungap mengutip isu-isu picisan bagi menyambung hayat politik.

Itu Pang Chaw kalau mahu belah di persilakan... tapi kalau nak stay buat cara nak stay..!!

Pemuda PAS beri ‘amaran’, ketua bukan Muslim nafi mahu keluar

October 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw hari ini ini menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa sayap muda parti Islam itu akan keluar jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

“Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi dewan, tidak ada sebab saya buat demikian.

“Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur,” kata Hu dipetik Harakahdaily hari ini.

Akhbar muka depan Sinar Harian hari ini membawa laporan kononnya 20,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS akan keluar PAS jika hudud dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Hu berkata berkata, PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.

Harakahdaily turut memetik Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta Hu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, Hu yang menerajui dewan itu lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Hu agar tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

“Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS sama ada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan bukan Muslim,” kata beliau.

Latif menambah, “pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan,” kata beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Hu selaku ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada bukan Islam agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

“Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS,” katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.

Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Projek RM250juta hangus macam tu saja dek penangan menteri..!!

Projek RM250 juta isteri menteri berbangkit lagi

Dakwaan pemberian projek sekitar RM250 juta membabitkan suami dan anak seorang menteri kabinet yang menemui kegagalan berbangkit lagi dalam parlimen hari ini.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya.

Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat.

http://www.malaysiakini.com/news/178253

BERSIH 2.0 : Alhamdulillah Cuma Seorang Ja Abang Polis langgaq SOP..!! Tapi Betoi kaa..???

Bersih: Hanya seorang anggota tak ikut SOP, kata polis

October 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Polis telah mengenal pasti anggota yang dipercayai telah mengambil tindakan di luar garis panduan operasi polis (SOP) ketika melaksanakan penguatkuasaan penyuraian perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan dalaman telah dijalankan dan anggota berkenaan sedang dalam proses untuk diambil tindakan disiplin.

“Kita telah mengenal pasti seorang anggota yang menutup mulut menggunakan sapu tangan di dalam video yang kita ambil dalam internet dan tindakan disiplin akan diambil terhadapnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pada mulanya pihak polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan telah memajukan kertas siasatan terbabit ke pihak pendakwa raya.

“Kita telah rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tetapi DPP telah buat keputusan kepada NFA (tiada tindakan lanjut) kes itu memandangkan tiada saksi dan mangsa yang tampil ke hadapan,” katanya dipetik Bernama Online.

Bagaimanapun katanya kes itu kemudiannya telah dirujuk kepada bahagian disiplin dalaman untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan sedang dalam proses ... kerana kita telah siapkan siasatan pada Ogos dan sebulan kemudian kita mendapat keputusan daripada DPP dan kes itu kemudiannya dirujuk ke Jabatan Disiplin,” katanya.

Semalam, laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tidak berlaku tembakan gas pemedih mata oleh anggota polis ke dalam kawasan Hospital Tung Shin ketika perhimpunan itu.

Kementerian Kesihatan berkata mereka telah membawa ke perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis yang terlibat melakukan lontaran bom asap agar ia tidak berulang.

Semalam, Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam dalam kenyataannya berkata berdasarkan laporan itu wujud tindakan tidak beretika dan di luar garis SOP oleh anggotanya yang terbabit dalam menangani orang ramai yang menyertai perhimpunan yang secara salah menggunakan premis hospital berkenaan.













Adakah Punca bagi komputer free kat depa yang dok buat kelaku macam nie..??

[BH] KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.


Akhirnya, Mahathir vs Najib

Oleh Maclean Patrick

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.

Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.

Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.

Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.

Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.

Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?

Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.

Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.

Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.

Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.

- Malaysia Chronicle

Alahai..Orang Nak Hisap Rokok..Bukan nak hisap Darah Babi..!!

CEO SYABAS makan gaji buta ja RM5juta setahun tapi ayaq yang dibagi penuh karat..!!

Gaji RM5 Juta Untuk Air yang Penuh Karat

Pengerusi SYABAS, Tan Sri Razali Ismail, mendapat gaji sebanyak RM5.2 juta setahun. Gaji beliau lebih tinggi dari gaji CEO bank terbesar di dunia, yakni CEO Bank of China. Namun, adakah air yang kita dapat dari SYABAS benar-benar bersih dan selamat untuk digunakan?

Tulang Besi mendapat surat dan video dari seorang pembaca. Mungkin pengalaman pembaca ini serta video yang diberikan boleh menjadi iktibar yang baik untuk kita. Adakah wajar kita membayar Tan Sri Rozali gaji RM5.2 juta setahun untuk bekalan air yang penuh dengan karat dan membahayakan kesihatan anak-anak kita?

Tan Sri Rozali ini adalah bekas Bendahari UMNO Bahagian Hulu Selangor sewaktu Mat Taib menjadi MB Selangor. Malahan, penswastaan Air di Selangor diberikan oleh Mat Taib kepada beliau sewaktu Mat Taib menjadi MB Selangor.

Asalnya, surat ini adalah dalam bentuk email dan bahasa yang digunakan adalah bahasa percakapan. Maka, Tulang Besi terpaksa membuat sedikit edit kepada bahasa persuratan. Selamat membaca:

Saudara Tulang Besi,

Saya telah memasang sebuah tapis yang menapis air dengan menggunakan pasir dan batu di punca utama air saya beberapa bulan yang lepas. Sebelum saya memasang tapis ini, anak-anak saya sering sakit-sakit. Seminggu sekali kami sekeluarga terpaksa ke doktor kerana pasti salah seorang anak saya akan demam, selsema atau muntah-muntah. Kos doktor saya sebulan hampir RM1000. Malahan anak saya yang paling kecil pernah masuk hospital kerana paru-parunya terdapat cecair di dalamnya..

Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk memasang tapis yang ada dalam video ini. Secara tiba-tiba anak-anak saya berhenti demam dan sakit-sakit. Peti ais saya yang penuh dengan ubat-ubat sebelum ini sudah tidak lagi kelihatan ubat-ubatnya. Tiada lagi lawatan mingguan ke specialist, klinik mahupun hospital.

Saya masih lagi tidak tahu mengapa tapis ini menyelamatkan anak-anak saya dari sakit dan demam. Kebetulan tapis ini memerlukan proses pembersihan setiap 2 minggu atau lebih.

Saudara Tulang Besi boleh melihat sendiri mengapa anak2 saya sakit dalam video itu. Cukup dengan saya kata air yang keluar dari tapis itu selepas proses pembersihan berwarna "MERAH".

Itulah kuantiti karat yang masuk ke dalam rumah-rumah kita dari SYABAS. Saya yakin, anak-anak sakit kerana meminum air yang penuh karat. Dan, karat ini tidak boleh hilang dengan kita memanaskan air untuk minuman.

Saya bersyukur tindakan saya memasang tapis itu menyelamatkan anak-anak saya dari sakit yang berpanjangan. Syukur, alhamdulillah.

Video ini saya ambil sewaktu saya membersihkan "Tapis" yang dipasang di punca utama air rumah saya. Lihatlah betapa banyak karat yang terkandung dalam air di rumah kita untuk tempoh masa dua minggu.

Bajet: Syarikat luar nikmati subsidi minyak RM12b

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.

Justeru, bagi Presiden PAS, secara konsepnya Bajet 2012 masih sama, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

“Ini adalah belanjawan pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, ujarnya tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.

Katanya, kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat.

Contohnya, kata beliau harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya.

Ini, tambahnya menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar, tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang menambah, untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat.

Malah, katanya rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.

“Penstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat,” ujarnya.

Sebagai contoh, beliau berkata subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.

“Ini merupakan pengaliran keluar sumber.

“Insya Allah, saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti,” katanya. [harakahdaily]

Ini Jawapannya pasaipa Benih Padi tak dak kat Kedah...!!!




Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan mengkaji rungutan sesetengah petani yang mendakwa bekalan benih padi tidak mencukupi di beberapa kawasan Mada dan luar kawasan Mada sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata berdasarkan laporan daripada pengeluar-pengeluar benih padi, tiada masalah tentang kekurangan bekalan benih padi.

"Kita mempunyai tiga pengeluar benih padi iaitu SPPM, Seri Merbok dan Bernas dan semua mereka mengatakan bahawa bekalan benih padi mencukupi malah mempunyai stok yang lebih.

"Kita hairan sekarang ini bagaimana sesetengah pihak mendakwa benih padi tak cukup sedangkan laporan daripada Jabatan Pertanian pun mengatakan bekalan benih padi memang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bekalan benih padi di Ibu Pejabat Mada dekat Alor Setar semalam.

Beliau berkata bagi satu musim, kawasan Mada memerlukan benih padi sebanyak 14,000 tan manakala 5,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Kedah dan 2,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Perlis.

Johari berkata antara kawasan yang dilaporkan menghadapi masalah bekalan benih padi ialah Simpang Empat, Perlis (Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1), Kangar (PPK C1) dan Simpang Empat Kuar (PPK F-2) bagi kawasan Mada dan bagi kawasan luar Mada pula ialah di Langkawi, Asun dan Changlun.

"Bagaimanapun, saya dah minta pihak Mada dan PPK buat pemantauan, kita nak lihat di mana kekurangannya. Kita akan minta pihak PPK bekalkan dahulu benih padi kepada petani untuk sementara waktu," katanya.

-- Bernama

Janji Bajet 2009 pon tak terlaksana tu pun hangpa nak percaya yg 2012 punya...!!



Hangpa ingat dak lagi apa yg Najib Razak janjikan semasa BAJET 2009 dahulu dimana dia nak buat program bagi beras kat rakyat yg miskin yg depa panggil SUBUR ...bukan main kalut masa tu dok isi borang nak bagi rakyat dapat beras percuma..alhamdulillah la program baik utk rakyat takan kita tak sokong kot.. tapi nak habaq kat hangpa sampai skrg HARAM SEKAMPIT pon tak dapat lagik... dah tu nak bestnya KERAJAAN KELANTAN pulak laksanakan program nie utk rakyat dia.... BAJET pon depa boleh kencing camtu jaa...tu pun jangan dok jilat situ laaa...

http://www.moa.gov.my/web/guest/subur_minimaha

Ini Jawapan dia - Apa rasionalnya umur pencen dinaikkan 60thn sedangkan kita ada 400ribu rakyat yg menganggur..??


Had usia bersara penjawat awam 60 tahun - Anak Muda berpendapat menaikkan usia persaraan akan menyempitkan peluang mereka mendapat pekerjaan dan kenaikan pangkat,manakala kadar pengangguran juga semakin meningkat... hutang PTPTN nk bayar caner?
· · Share · 57 minutes ago

  • Sue Humayra and 11 others like this.
    • Zulkarnain Zidane layankan ajerla drama BN NIH
      56 minutes ago ·
    • Isa Arbiter niaga kopok lekor jela
      54 minutes ago ·
    • Robin Wan Persie Niaga burger ler
      52 minutes ago ·
    • Sue Humayra bajet semput
      51 minutes ago ·
    • Yusmainor Yusof aku pon tak paham apsal dia buat camni patutnya ada penjelasan yg rasional tentang umur bersara ni
      43 minutes ago · · 1 person
    • Emy Zai x setuju usia bersara di tambah lg hingga 60th....coz usia 50an pn penyakit,mcm2 ada..bagi la dia org berehat .
      42 minutes ago · · 1 person
    • Nor Azwah umno nak bg dia org jauh dari majlis 2 ilmu ...
      40 minutes ago · · 1 person
    • Apis Jamal Okayla tu.. Sok lusa klu takde keje, leh merayu melutut bagai mcm peminta sedekah kt Kerajaan.. :)
      28 minutes ago · · 1 person
    • Ibni Battutah
      MALAYSIA BANGKIT!!!....JOM KITA UBAH!!!....Sudah tiba masanya Kita Ubah KERAJAAN UMNO BN....PAKATAN RAKYAT ROAD TO PUTRAJAYA!!!......TAKBIR3X

      Pantun Gendang Gendut Tali Kecapi...hehe

      GENDANG DI PALU BERBUNYI KUAT
      ...See more
      24 minutes ago · · 1 person
    • Mohd Naszri Bero like we discuss Jai.. Ermmm
      22 minutes ago · · 1 person
    • Fauzi Rasyid KWSP tadak duit..sbb tu extend umur persaraan, itu ja.. dan lebih terang lagi, caruman kpd pekerja dinaikkan 13%.
      p/s: nak menang sesuatu perlawanan kena pandai baca game.
      16 minutes ago · · 1 person
    • Shahrizal Stratovario well written, well said Mr fauzi
      7 minutes ago ·

Peruntukan Khas Untuk Sabah dan Sarawak takan banyak itu sahaja..??

Pada bajet 2011 yang lalu, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Umno-Barisan Nasional hanya memperuntukkan sekitar RM9.55 bilion untuk projek pembangunan di Sabah dan Sarawak sementara Semenanjung Malaysia mendapat sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut iaitu RM110 bilion. Ini menunjukkan yang Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan dari arus pembangunan apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukan yang agar kecil kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Memang tidak mencukupi kalau dibanding dengan keluasan tanah bumi Sarawak yang hampir persamaan dengan Semenanjung Malaysia. Peruntukan sebanyak RM9.55 billion yang dikongsi bersama Sabah dan Sarawak menunjukan bahawa Negeri di Malaysia Timor tidak begitu mendapat perhatian dari pihak Kerajaan persekutuan.

Berdasarkan maklumat pada tahun 2007, Sabah dan Sarawak telah menyumbangkan 44.5 peratus dalam bentuk minyak mentah dan 64.1 peratus hasil pengeluaran gas asli dalam negara.

Dalam peruntukan bajet 2011 juga kerajaan Persekutuan memperuntukan bajet sebanyak RM3.8 billion untuk projek-projek pembangunan di Sarawak tetapi sampai sekarang Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan juga jalan perhubungan yang masih ditahap yang agak teruk kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Kalau benar ada peruntukan khas untuk Sarawak kemana dan macam mana peruntukan tersebut digunakan? Kita tidak mahu ada penyelewengan dalam peruntukan yang khas untuk rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan.

Kita cadangkan agar setiap peruntukan yang sudah diluluskan hendaklah digunakan sepenuhnya kepada golongan sasaran dan setiap projek kerajaan hendaklah telus agar rakyat tahu kemana hasil peruntukan tersebut digunakan. Setiap kali ada pilihanraya kecil kita sering kali mendengar pemimpin BN dengan mudah berjanji untuk memberi peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya tersebut tanpa melalui saluran yang betul dimana setiap peruntukan tambahan perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum dikeluarkan. Kalau pemimpin BN dengan mudah mengeluarkan peruntukan tambahan tersebut tanpa persetujuan parlimen bermakna janji tersebut umpama ‘gula-gula’ pilihanraya saja.

Kita juga mendesak agar pemimpin BN jangan sesekali menggunakan setiap peruntukan yang sudah diluluskan sebagai janji pilihanraya mereka sebab peruntukan tersebut memang khas untuk rakyat bukan untuk kepentingan pemimpin BN. Peruntukan yang sudah mendapat kelulusan dalam parlimen memang sudah ada dalam perancangan setiap projek kerajaan yang hanya perlu dilaksanakan bukan untuk tujuan kempen pilihanraya semata-mata. Pemimpin BN jangan mengugut rakyat dengan amaran kononnya kalau rakyat menyokong pembangkang setiap peruntukan tidak akan diberi. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar yang selalu di amalkan oleh pemimpin BN setiap kali ada pilihanraya, mereka menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen mereka.

Sedangkan peruntukan tersebut sudah mendapat kelulusan kabinet untuk dilaksanakan tanpa perlu mengira tempat atau kawasan penyokong kerajaan atau pembangkang. Itulah kewajiban pihak pemerintah untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Secara ringkasnya kita berharap agar bajet yang akan dan sudah diluluskan digunakan sebaik mungkin dan perlu dipantau agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan. Selalunya kita hanya mendengar berbillion ringgit diperuntukan untuk rakyat sedangkan hakikatnya tidak seperti yang dinyatakan. Moga-moga peruntukan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN dapat dinilai sendiri oleh rakyat kerana hanya rakyat yang berhak untuk memilih yang terbaik untuk mereka.


Sekian wasalam
Jofri Jaraiee
PAS Miri




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...